The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by malapibgkvk, 2022-01-07 10:01:22

BAK 4032 PENGEKOSAN

KERTAS PENERANGAN 2

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat / Page : 1
Drp / of : 15

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL
VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KOD DAN NAMA KERTAS PENERANGAN 2
PROGRAM
( INFORMATION SHEET )

FB-100-04:2012 PERAKAUNAN

TAHAP DAN SEMESTER L4 ( SEMESTER 4 )

KOD DAN TAJUK BAK 4032 : PENGEKOSAN
KURSUS

NO. DAN TAJUK K1 MENGUMPUL DOKUMEN DAN MAKLUMAT
KOMPETENSI PENGEKOSAN

K2 MENYEDIAKAN PENGEKOSAN STANDARD
K3 MENYEDIAKAN PENGEKOSAN SEBENAR
K4 MENYEDIAKAN VARIANS PENGEKOSAN
K5 MENGIRA TITIK PULANGAN MODAL

NO.KOD KSKV BAK 4032 /KP(2/3 )
NO.KOD NOSS Muka Surat : 1 Drp / 15

FB -100-04:2012-C05/P(2/3)

TAJUK/TITLE : PENGEKOSAN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada
pelatih bagi menguasai kemahiran dalam teori dan amali berkaitan pengumpulan
dokumen dan maklumat pengekosan standard dan pengekosan sebenar serta
menyediakan laporan varians.

1

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat / Page : 2
Drp / of : 15

PENERANGAN/INFORMATION:
1. Pengekosan produk
Pengekosan produk ialah proses mengumpulkan, mengelaskan dan memperuntukkan
atau mengagihkan kos bahan mentah langsung, kos buruh langsung dan kos overhed
kepada produk atau pekhidmatan. Maklumat yang diperoleh daripada pengekosan
produk dapat membantu sesebuah perniagaan atau firma untuk menentukan kos
produk dan perkhidmatan, mengukur nilai inventori produk, melaksanakan
perancangan pengurusan, pengawalan kos, dan penilaian prestasi, serta membuat
keputusan operasi dan keputusan strategik.

1.1 Pengekosan Standard

Definisi:
Pengekosan standard merupakan anggaran kos standard yang dijangkakan untuk
mengeluarkan satu unit produk atau perkhidmatan (belanjawan untuk satu unit). Ia juga
adalah kos pratentu iaitu anggaran kos yang diperlukan Ia juga merupakan alat untuk
menyediakan belanjawan dan menyediakan rangka kerja untuk pengekosan keluaran
secara tepat.
Kos standard juga membantu dalam menyediakan sasaran kecekapan dicapai oleh
kakitangan dan memudahkan simpan kira.

Elemen:
Elemen kos adalah:
kos bahan langsung yang terlibat dalam pemprosesan seperti dalam membuat rak
buku bahan langsung adalah kayu, varnish, paku.
Kos buruh langsung adalah kos pekerja yang terlibat secara langsung untuk
memproses produk seperti tukang kayu pembuat rak, tukang cucuk sate, tukang uli
tepung.
Kos overhed adalah kos tetap yang terlibat dalam pemprosesan produk seperti sewa
tapak, susutnilai mesin, KWSP dan PERKESO buruh langsung, gaji pengurus /
penyelia pengeluaran.

2

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat / Page : 3
Drp / of : 15

Kelebihan:
Memudahkan perbandingan di antara prestasi sebenar dengan standard. Perbezaan
antara kos sebenar dan standard boleh dianalisis untuk membolehkan pengurusan
mengetahui punca supaya tindakan pembetulan boleh dilakukan.
Penetapan standard memerlukan penelitian terhadap kaedah dan operasi. Ini akan
mendedahkan sebarang ketidakcekapan serta membawa kepada kecekapan yang
lebih baik (penambahbaikan).
Sebagai satu cara kawalan yang membolehkan pengurusan menugaskan
tanggungjawab dan pada masa yang sama menguasai keadaan dan menerima
maklumat mengenai kakitangan.
Mewujudkan kesedaran kos dan menyediakan satu asas untuk menganggarkan harga,
kos dan sebagainya.
Kesan turun naik harga terhadap kos didedahkan.

Had:
Kenaikan harga perlu diambilkira dalan penetapan standard.
Harga bahan sukar ditetapkan kerana pengaruh luaran. Oleh itu, anggaran sukar
ditentukan.
Kesilapan dalam membuat anggaran.
Ketidaksetujuan atau pertikaian seringkali wujud apabila menetapkan standard
kecekapan buruh.
Keputusan tentang kualiti dan kuantiti bahan yang digunakan adalah sukar kerana
kualiti dan kuantiti yang tidak sesuai boleh menyebabkan pembaziran bahan.

(e) Tempoh masa projek:
Tempoh masa diambilkira dari proses pembelian bahan hingga barang siap (bagi
bahan cepat rosak).
Contoh masa diambilkira untuk proses penyediaan nasi lemak daripada penyediaan
bahan hingga penjualan iaitu pukul 4.00 pg – 9.00 pg.
Contoh masa diambilkira membuat rak buku iaitu daripada kayu diambil dari stor
hingga rak siap dan sedia dijual.

3

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat / Page : 4
Drp / of : 15

1.2 Pengekosan Sebenar

Pengekosan sebenar ialah semua kos pengeluaran iaitu kos bahan langsung, kos
buruh langsung dan kos overhead perkilangan dicajkan kepada pengeluaran pada kos
sebenar iaitu kos sebenar yang berlaku.

Lembaran pengekosan
Lembaran pengekosan merupakan dokumen sokongan atau dokumen sumber asas
yang merekodkan ringkasan kos bahan mentah, kos buruh langsung, dan kos overhed
perkilangan untuk sesuatu kerja. Lembaran ini disediakan sebaik sahaja proses
pengeluaran untuk sesuatu kerja dimulakan.

4

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat /
Drp / of :

Format Lemba

Bahan langsung Buruh

Butiran Kuantiti Kos / Jumlah Butiran Bil Pekerj
Unit (RM)
(RM)

Jumlah Jumlah
5

/ Page : 5
15

aran Kos Standard

h langsung Overhed

ja Kadar Jumlah Butiran Kadar Bil hari Jumlah
(RM) (RM) (RM) (RM)

Jumlah
Ringkasan:
Bahan langsung
Buruh langsung
Overhed
Jumlah kos
Sasaran unit

5

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat /
Drp / of :

Format Lemba

Bahan langsung Buruh

Butiran Kuantiti Kos / Jumlah Butiran Bil Peker
Unit (RM)
(RM)

Jumlah Jumlah
6

/ Page : 6
15

aran Kos Sebenar

h langsung Overhed

rja Kadar Jumlah Butiran Kadar Bil hari Jumlah
(RM) (RM) (RM) (RM)

Jumlah
Ringkasan:
Bahan langsung
Buruh langsung
Overhed
Jumlah kos
( ÷ )Unit siap
Kos seunit

6

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat / Page : 7
Drp / of : 15

1.3 Menyediakan Pengekosan Standard

Sila lihat contoh di bawah sebagai rujukan untuk menyediakan Pengekosan
Standard.

Contoh 1:
Pn Aminah ingin membuka gerai nasi lemak di sudut Restoran Selera Sedap dalam
Taman Indah. Beliau dikenakan sewa RM200 sebulan. Beliau bercadang mengupah
jirannya bagi membantunya berniaga. Upah hariannya adalah RM20. Beliau
berhajat untuk menghasilkan 150 bungkus nasi lemak sehari.

Bahan utama yang terlibat adalah:

Bahan Kuantiti Anggaran kos (RM)
diperlukan
Beras 4.00/kilo
Cili kering 3 kilo 6.00/kilo
Bawang besar 1 kilo 3.00/kilo
Ikan bilis ½ kilo 6.00/kilo
Santan 1 kilo 8.00/kilo
Kertas 2 kilo
pembungkus RM0.05/keping
150 keping

a) Sediakan Jumlah Kos Produk Standard mengikut spesifikasi yang berikut :

i. Definisi - Pn Aminah ingin membuka gerai nasi lemak dan
membekalkannya kepada Penduduk di dalam kawasan
Taman Indah

ii. Fungsi - Fungsi pengekosan standard ini dibuat adalah untuk mengira
jumlah kos produk bagi 150 bungkus nasi lemak bagi penduduk
di dalam kawasan Taman Indah.

iii. Elemen - Elemen kos yang diambil kira adalah sewa, upah pekerja dan
bahan utama dalam pembuatan nasi lemak

7

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat / Page : 8
Drp / of : 15

iv. Kelebihan - Memudahkan untuk membuat perbandingan antara kos

standard dengan kos sebenar

v. Had (kekangan semasa menyediakan kos standard):
1) Kenaikan harga perlu diambil kira dalam penetapan standard
2) Kesilapan dalam membuat anggaran
3) Keputusan tentang kualiti dan kuantiti bahan yang digunakan adalah
sukar kerana kualiti dan kuantiti yang tidak sesuai boleh menyebabkan
pembaziran bahan.

vi. Tempoh Masa – Tempoh yang diambil kira adalah dari proses pembelian
bahan hinggalah nasi lemak siap dibungkus. Anggaran
masa untuk satu sesi adalah lebih kurang 4 jam

Mengenalpasti Kos Tetap dan Kos Berubah

Jenis Kos Kos Tetap Kos Berubah
Bahan Langsung Beras, cili kering, bawang,
Buruh Langsung Sewa Tapak ikan bilis, santan, kertas
Overhed Susutnilai mesin
Gaji Penyelia Kilang pembungkus
Upah (pastikan ada kesan

langsung kepada unit
pengeluaran)

8

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat /
Drp / of :

Menyediakan format peng

Contoh format kos standard untuk meny

Lembaran

Bahan langsung Buruh

Butiran Kuantiti Kos Jumla Butiran Bil
/Unit h Upah Pekerja
pekerja
(RM) (RM) 1
12.00 Jumlah
Beras 3 4.00
6.00
Cili kering 1 6.00 1.50
½ 3.00 6.00
Bawang besar 1 6.00 16.00
2 8.00
Ikan bilis 150 0.05 7.50

Santan 49.00
Kertas
pembungkus

Jumlah

9

/ Page : 9
15

gekosan produk standard

yediakan 150 bungkus nasi lemak sehari
Kos Standard

h langsung Overhed

a Kadar Jumlah Butiran Kadar Bil hari Jumlah
(RM) 30 (RM)
RM20/hari Sewa RM200
20.00 tapak perbulan RM6.67
perhari

20.00 Jumlah 6.67
Ringkasan:
Bahan langsung RM 49.00
Buruh langsung RM 20.00
Overhed RM 6.67
Jumlah kos RM 75.67
Sasaran unit 150 bungkus

9

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat / Page : 10
Drp / of : 15

Menyediakan Pengekosan Sebenar

Sila lihat contoh di bawah sebagai rujukan untuk menyediakan Pengekosan
Sebenar

Setelah pengekosan standard dibuat, Pn Aminah telah memulakan operasi
pengeluaran nasi lemak daripada proses membeli bahan-bahan sehinggalah nasi
lemak siap dibungkus.

Berikut adalah kos sebenarnya terlibat dalam proses tersebut :

Bahan Kuantiti Anggaran kos (RM)
diperlukan
Beras 2.50/kilo
Cili kering 3 kilo 6.50/kilo
Bawang besar 1 kilo 3.20/kilo
Ikan bilis ½ kilo 5.80/kilo
Santan 1 kilo 8.00/kilo
Kertas 2 kilo
pembungkus RM0.06/keping
150 keping

*Nota : Sewa dan upah pekerja tidak berubah

10

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat /
Drp / of :

Lembaran

Bahan langsung Buruh
Bil
Butiran Qty Kos /Unit Jumlah Butiran
(RM) Upah Pekerja
(RM) pekerja
7.50 1
Beras 3 2.50 Jumlah

Cili kering 1 6.00 6.50
½ 3.20 1.60
Bawang besar 1 5.80 5.80
2 8.00 8.00
Ikan bilis 150 0.06 9.00
38.40
Santan
Kertas
pembungkus

Jumlah

Kos Bahan Langsung  Kos Buruh Langsung  O
Kos seunit =

Unit Dikeluarkan

11

/ Page : 11
15

Kos Sebenar

h langsung Overhed
a Kadar
Jumlah Butiran Kadar Bil hari Jumlah
RM20/hari (RM) (RM)
Sewa RM200 30
20.00 tapak perbulan RM6.67
perhari

20.00 Jumlah 6.67
Overhead Ringkasan:
Bahan langsung RM 38.40
1 Buruh langsung RM 20.00
RM 6.67
Overhed RM 65.07
Jumlah kos 150 bungkus
( ÷ )Unit siap RM65.07 / 150
Kos seunit = RM0.43

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat / Page : 12
Drp / of : 15

Pengiraan kos seunit

Kos seunit sesuatu kerja meliputi kos bahan mentah langsung yang digunakan
untuk menghasilkan kerja, kos buruh langsung yang melakukan kerja, dan kos
overhed yang diperuntukkan kepada kerja berdasarkan satu atau lebih asas
(pemacu kos aktiviti) tertentu.

Menyediakan Varians Pengekosan

Definisi varians

Varians atau sisihan ialah perbezaan antara kos piawaian (kos standard) dengan
kos sebenar. Ianya merupakan perbezaan antara keputusan sebenar dengan
keputusan dijangka untuk sesuatu tempoh.

Kepentingan analisa varians
1. Alat perancang
 Laporan analisis varians digunakan oleh pihak pengrusan sebagai alat
perancang agar kos piawaian dapat ditentukan dengan lebih tepat
disamping melakukan langkah-langkah tertentu untuk mengelakkan
berlaku ketidakcekapan pada masa hadapan.

2. Alat kawalan
 Digunakan sebagai alat kawalan dalam proses pengeluaran untuk
memastikan kecekapan berada pada tahap yang dikehendaki. Bagi
varians yang tidak memuaskan (UF – unfavourable), pihak yang
berkaitan perlulah mengambil langkah pembetulan untuk memperbaiki
keadaan.

3. Alat penilaian prestasi
 Pihak pengurusan boleh memberikan garis panduan penilaian prestasi
berdasarkan kos piawaian yang ditetapkan dan hasil analisis varian
yang diperoleh.

12

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat / Page : 13
Drp / of : 15

4. Alat pembuat keputusan

 Pihak pengurusan dapat menggunakan maklumat perubahan atau

perbezaan kos untuk membuat keputusan bagi menyemak semula

harga jualan, meneruskan atau menghentikan pengeluaran pada

masa depan dan sebagainya.

Contoh analisis varians (pengekosan produk)

(rujuk jadual penentuan varians)

Dengan menggunakan data dari contoh di atas, Pn Aminah membuat perbandingan
dan menganalisa antara pengekosan sebenar dan pengekosan standard.

Butiran Pengekosan Pengekosan Varians

Bahan Langsung standard sebenar 4.50 (F)
Beras - 0.50 (U)
Cili kering 12.00 7.50 - 0.10 (U)
Bawang besar 6.00 6.50 0.20 (F)
Ikan bilis 1.50 1.60 8.00 (F)
Santan 6.00 5.80 - 1.50 (U)
Kertas pembungkus 16.00 8.00
Buruh Langsung 7.50 9.00 -
Upah pekerja
Overhead 20.00 20.00 -
Sewa tapak
6.67 6.67

Varians bagi bahan langsung berlaku adalah disebabkan:-

1) Harga standard bagi beras diletakkan terlalu tinggi
2) Berlaku peningkatan harga bagi cili dan bawang besar
3) Perbezaan kualiti bagi kertas pembungkusan menyebabkan harga sebenar naik

sedikit.
4) Pembelian yang tidak cekap bagi santan menyebabkan berlakunya pembaziran.

13

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat / Page : 14
Justifikasi Varians Drp / of : 15

Justifikasi varians adalah bagi menentukan sama ada varians yang terwujud

memuaskan (F) atau tidak memuaskan (UF). Varians yang memuaskan (F) wujud

apabila kos sebenar lebih rendah daripada kos standard. Sebaliknya, varians tidak

memuaskan (UF) wujud apabila kos sebenar lebih tinggi daripada kos piawai.

Contoh Nasi Lemak Pn. Aminah;

Varians = Kos standard – kos sebenar
Varians bahan = RM 49 - RM38.40 =RM10.60 (F memuaskan/favourable)

Varians bahan ialah RM10.60 (F) kerana kos bahan sebenar kurang daripada kos
standard
Varians buruh langsung dan varians overhead langsung tiada perubahan

Laporan Varians

Laporan biasanya disediakan oleh pihak penyelia atau pengurus jabatan kepada
pihak pengurus atasan. Antara maklumat yang terkandung dalam laporan ialah
sebab varians wujud dan cadangan tindakan pembetulan yang harus diambil.
Maklumat tersebut menjadi asas untuk pengurusan atasan membuat keputusan.

14

NO. KOD / CODE NUM. FB -100–4:2012-C05/P(2/3) Muka Surat / Page : 15
SOALAN/QUESTION : Drp / of : 15

1. Nyatakan definisi pengekosan standard.
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

2. Nyatakan definisi pengekosan sebenar.
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

3. Nyatakan definisi varians.
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

RUJUKAN/REFERENCES :
Rujukan Utama
1. Frank Wood dan Alan Sangster (2012), Business Accounting 2, Pearson
Education Limited.
Rujukan Tambahan
1. Bahan Kursus Pemantapan SKM Tahap 4 (2014), Institut Xelfact, Kuala Lumpur.
2. Zulnaidi Yaacob (2012), Pengenalan Perakaunan Pengurusan, Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd.
3. Wan Madznah Wan Ibrahim (2015), Perakaunan Teks STPM, Penggal 2, Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
4. Wan Madznah Wan Ibrahim (2007), Prinsip Perakaunan, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
5. Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 & 5 KBSM, Sasbadi Sdn Bhd, 2010.
6. Loh Boon Foo, Ng Kim Hwa. 2014.Esensi Prinsip Perakaunan SPM. Pearson.
Jiwa Baru Sdn Bhd.Selangor Darul Ehsan.

15


Click to View FlipBook Version