2 ISI KANDUNGAN Setulus Kata Yang di-Pertua PIBG 3 Atur Cara Majlis 4 Senarai AJK PIBG 2023/2024 5 Notis Jemputan Ke Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-50 6 Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 7 AJK Pengelola Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 8 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 10 Laporan Tahunan Bagi sesi 2023/2024 17 Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Dis 2023 18 Usul dan Cadangan 23 Sekalung Penghargaan 24
3 SETULUS KATA YANG DIPERTUA PIBG KV TANJUNG PUTERI Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat llahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bersama bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50. Sesungguhnya, saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran para ibu bapa ke mesyuarat kita pada hari ini. Saya dahului dengan rakaman ucapan syabas dan terima kasih. Ini menggambarkan kesungguhan, iltizam dan komitmen kita untuk bersama-sama meningkatkan kecemerlangan anakanak kita pada masa hadapan. Saya mewakili semua AJK PIBG menyatakan ikrar akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak kolej bagi memacu kecemerlangan anak-anak pelajar serta memberi nilai tambah. Begitu juga, saya menyatakan kesediaan untuk terus mendengar segala pandangan tulus daripada ibubapa yang sudah tentu adalah bertujuan demi kebaikan dan kemaslahatan anak-anak bangsa kita semua. Segala pandangan, sumbangan dan idea yang telah dan akan dicurahkan kepada pembangunan fizikal kolej atau pembangunan insan adalah sangat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Saya turut ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala pengorbanan dan sumbangan besar barisan guru-guru KV Tanjung Puteri dalam meneruskan perjuangan mendidik dan memajukan anak bangsa. Buat para guru yang mulia, jasa anda akan sentiasa dikenang dan semoga terus kekal menjadi pelita untuk anak bangsa. Semoga hubungan ukhuwah ibu bapa dan guru terus tersemat indah disepanjang jalan membina anak bangsa. Bersama membina masa hadapan! Sekian, terima kasih. (KAMARUL ZAMAN BIN ABDULLAH) Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru.
4 ATUR CARA MAJLIS 8:30 Pagi Pendaftaran & sarapan pagi 9:00 Pagi Ketibaan VIP, YDP PIBG dan Pengurusan Kolej Nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku Persembahan Tarian Selamat Datang Bacaan Doa Ucapan Aluan daripada YDP PIBG KVTP Ucapan Perasmian daripada Dato’ Haji Noorazam bin Dato’ Hj Osman, Datuk Bandar Johor Bahru Penyampaian cenderahati kepada perasmi 10:50 Pagi Mesyuarat Agung PIBG kali-50; 1. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-49 3. Membentang dan menerima laporan tahunan PIBG 4. Membentang, menerima laporan dan meluluskan penyata kewangan PIBG 5. Pembentangan usul yang telah dikemukakan daripada ibubapa/penjaga 6. Hal-hal lain 7. Ucapan penangguhan 12:10 tengahari Cabutan bertuah Sesi Penggambaran Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 Bersurai
5 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023 /2024 Ex-Officio : En. Abdul Rahman bin Hashim Pengarah Naib Ex-Officio` : Pn. Azneen Nely bt Basir TP Akademik : En. Mohd Ali Redza b. Mohamed Yusoff TPSA : Pn. Sarinah bt Hashim KJK Yang Dipertua : En. Kamarul Zaman bin Abdullah Naib Yang Dipertua : Datin Nur Malina binti Abu Bakar Setiausaha : En. Abd Rahman bin Ahmad Naib Setiausaha : Pn. Suraya binti Hashim Bendahari : Pn. Nurulhidayah binti Abd Aziz Naib Bendahari : En. Salmezan B. Murat AJK Ibu Bapa : En. Ahmad Safar bin Ismail Pn. Fauziah bt. Ismail En. Mokhtar bin Muhamad En. Mohd Farid bin Mohd Mazlan Pn. Nor Azniza bt. Rais AJK Guru : Pn. Asmahani binti Md Noor Pn. Nuha binti Noor Hakim En. Wan Mohd Haslan bin Wan Suhaimi Pn. Noor Asilah binti Ali Rahim Juruaudit : Pn. Shahidatul Hashima binti Yahaya Pn. Nur Sakinah binti Mohamad
6 ,
7 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 1. Ucapan Pengerusi 2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-49 3. Pembentangan dan pengesahan Laporan Tahunan 4. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun 2023 5. Membahaskan usul 6. Hal-hal lain 7. Ucapan penangguhan
8 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 Penasihat : En Abdul Rahman Bin Hashim Pengerusi : En Kamarul Zaman Bin Abdullah Timbalan Pengerusi : En Zainal Bakri Bin Abu Bakar Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Azneen Nely Binti Basir Naib Pengerusi 2 : En Mohd Ali Redza Bin Mohamed Yusoff Naib Pengerusi 3 : Pn Hjh Sarinah Binti Hashim Setiausaha : En Abd Rahman Bin Ahmad Naib Setiausaha : Pn Suraya Binti Hashim Bendahari : Pn Nurulhidayah Binti Abdul Aziz Pengurus Majlis : Pn Asmahani Binti Md Noor AJK Pendaftaran Cik Nurfarhana binti Sulaiman AJK Juru Acara En Amir Mustaqim bin Yusof AJK Buku Program Pn Haziman binti Isahak Bacaan Doa En Kamarul Zaman bin Ngah Penyedia Teks Ucapan Pn Siti Nordiana binti Lokman Pn Siti Rahmah bin Jumaat AJK Jamuan Pn Noor Asilah binti Ali Rahim AJK Cabutan Bertuah Pn Nuha binti Noor Hakim Pn Nur Sakinah binti Mohamad AJK Kawalan Pelajar Ts Mohd Sani bin Md Hassan JK Siaraya Pn Nor Atikah binti Mazlan Pn Hafizah binti Mat Yusuf AJK Fotografi En Ahmad Saufi bin Murahman En Elham Farhan bin Alias AJK Hebahan Pn Hearniza binti Nordin Pn Asmahani binti Md Noor AJK Persembahan Pn Hearniza binti Nordin Pn Adeena binti Iskandar Philip
9 AJK Persiapan Tempat En Mohd Salmezan bin Murat En Mohamad Alif Ikhwan bin Che Sanusi AJK Kawalan Parkir En Asmadi bin Pairin En Mohd Hafeez bin Sarrasi AJK Banner En Wafi bin Abu Bakar AJK Protokol Pn Asmahani binti Md noor AJK HIasan Pentas Pn Hazimah binti Isahak AJK Kompang En Ahmad Saufi bin Murahman
10 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 Tarikh : 15 Jun 2023 (Khamis) Tempat : Dewan Saidatina Aisyah, KVTP Masa : 10.00 pagi. AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan alu-aluan oleh Pengarah Kolej Vokasional Tanjung Puteri. 2. Ucapan Pengerusi Yang Dipertua PIBG 3. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 48 4. Perkara-perkara berbangkit 5. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Tahunan bagi Sesi 2022 / 2023 6. Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun 2022 7. Membahaskan usul 8. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2022 / 2023 9. Pelantikan Pengerusi Sementara 10. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2023 / 2024 11. Hal-hal lain 12. Ucapan penangguhan 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI 1.1 Tuan pengarah mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga atas kesudian menghadiri mesyuarat dan rakaman penghargaan terutamanya kepada jawatankuasa PIBG yang telah menjalankan tugas dengan baik dengan memberikan sokongan bagi menggerakkan dan menjayakan semua aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak kolej. 1.2 Tuan pengarah memaklumkan bermula 1 Jun 2023 dewan terbuka tidak dapat digunakan kerana kerja-kerja menaik taraf dijalankan untuk menjadikannya dewan tertutup. Sehubungan dengan itu, Dewan Saidatina Aisyah ini telah diwujudkan bagi kegunaan pelajar-pelajar kolej. 1.3 Tuan pengarah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang telah menyumbang dalam kerja-kerja menyiapkan dewan ini termasuklah sokongan modal daripada PIBG. 1.4 Sukacita dimaklumkan oleh Tuan pengarah, pelajar KVTP telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan World Skill Belia Negara dan akan mewakili Malaysia ke peringkat Asean.
11 1.5 Tuan pengarah berharap mesyuarat agung ini berjalan dengan lancar dan beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan usul-usul yang membina agar kolej ini terus maju. 2.0 UCAPAN YDP PIBG KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI. 2.1 YDP menyatakan setinggi-tinggi kesyukuran serta merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir. 2.2 YDP menyatakan bahawa beliau mewakili semua ahli jawatankuasa PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak kolej bagi memacu kecemerlangan anak-anak pelajar. 2.3 YDP juga menyatakan keterbukaan serta mempelawa semua pihak untuk menyumbangkan idea bagi memperkasakan kolej. 2.4 YDP juga menyeru kepada ibu bapa yang dermawan atau berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu untuk tampil memberi sumbangan yang bersesuaian. 2.5 YDP juga menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan guru-guru KVTP atas pengorbanan dalam mendidik dan memajukan anak bangsa. 3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE- 48 3.1 YDP membentangkan minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-48. 3.2 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-48 telah disahkan oleh En. Mokhtar bin Mohamad dan disokong oleh Norainah bt. Mohamad. 4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada perkara berbangkit. 5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN TAHUNAN BAGI SESI 2022 / 2023 5.1 En. Abd Rahman bin Ahmad, Setiausaha PIBG membentangkan laporan tahunan bagi sesi 2022 / 2023. 5.2 Laporan tahunan disahkan oleh Pn. Fauziah bt. Samian dan disokong oleh Pn. Norazalina bt. Buang.
12 6.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER TAHUN 2022 6.1 Pn. Nurulhidayah bt. Abd Aziz, Bendahari PIBG telah membentangkan penyata kewangan PIBG sesi 2022 /2023 bermula 1 januari sehingga 31 Disember 2022. 6.2 En. Ahmad Safar bin Ismail mencadangkan agar penyata kewangan tersebut diterima dan disahkan. En. Nazri bin Ma’had menyokong penyata kewangan tersebut disahkan. 7.0 PERBAHASAN USUL 7.1 USUL DAN CADANGAN DARIPADA IBU BAPA 7.1.1 EN MOKHTAR BIN MUHAMMAD (BAPA NU’MAN AL HAKIM BIN MOKHTAR 2 SVM WTP) Beliau mencadangkan supaya pembelajaran vokasional mengaplikasikan sistem baharu dan mendedahkan pelajar dengan teknologi baharu. MAKLUM BALAS; Tuan pengarah memaklumkan bahawa silibus bagi program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) telah disusun dengan rapi mengikut kajian dan keperluan semasa. Pembelajaran pelajar-pelajar serta pengenalan kepada teknologi adalah secara bertahap dan di peringkat SVM pembelajaran adalah berfokus kepada perkara-perkara asas terlebih dahulu. 7.1.2 PN. HAMIDAH AZAMAIN (IBU MUHD AMSYAR AFIQ BIN IBRAHIM 1 SVM ETN) Minta supaya kelengkapan asrama di selenggara dan dibaik pulih. MAKLUM BALAS; Tuan pengarah menjelaskan bahawa penyelenggaraan dan baik pulih prasarana asrama telah dan akan dijalankan secara berkala. Ini termasuk mendapatkan 100 unit tilam baharu (2022), tambahan 100 unit katil dan 100 unit almari serta penukaran unit kipas-kipas baharu di asrama (2023) dan juga baik pulih prasarana-prasarana sedia ada yang masih boleh digunakan. Walaubagaimanapun pihak kolej akan terus komited untuk menyediakan prasarana terbaik untuk pelajarpelajar yang tinggal di asrama. 7.1.3 ABDUL ALIM BIN ASTURI (BAPA MUHAMMAD ARIF DANIAL BIN ABDUL ALIM 1 SVM MTK) Saya mencadangkan penapis air ditambah lagi bagi setiap blok asrama. Hal ini kerana penapis air sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang duduk di asrama. Pelajar perlu menunggu lama jika simpanan dalam tangki berkurangan.
13 MAKLUM BALAS; YDP memaklumkan terdapat 4 unit penapis air di asrama dan ambil maklum berkenaan kekangan untuk unit penapis air tersebut digunakan secara optimum oleh keseluruhan pelajar walaupun telah dapatkan unit yang paling terbesar bagi jenama yang dipasang. YDP menjelaskan bahawa cadangan pemasangan unit penapis air tambahan ini adalah suatu perkara yang baik tetapi perkara ini perlu diperhalusi dan kajian pasaran perlu dilakukan secara berhati-hati kerana melibatkan implikasi kewangan, keperluan penyelenggaraan dan lain-lain. 8.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2022 / 2023 8.1 YDP PIBG, En Kamarul Zaman bin Abdullah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK PIBG sesi 2022/2023 kerana sentiasa memberikan yang terbaik, beliau turut berterima kasih kepada barisan ibu bapa dan pihak kolej keseluruhannya atas segala kerjasama dan sokongan. 8.2 YDP PIBG membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2022 / 2023 dan majlis diserahkan kepada pengerusi sementara untuk melaksanakan pemilihan AJK PIBG yang baharu. 9.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 9.1 En. Kamarulzaman bin Ngah mencadangkan En. Kamarul Zaman bin Abdullah sebagai pengerusi sementara. Telah disokong oleh Pn. Fauziah bt Samian. 10.0PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2023 / 2024 10.1Pn. Fauziah bt. Samian mencadangkan agar En. Kamarul Zaman bin Abdullah dikekalkan sebagai Yang Dipertua (YDP) dan disokong oleh En. Kamarulzaman bin Hassan. Ahli mesyuarat yang lain bersetuju agar cadangan ditutup. 10.2 En. Salmezan b. Murat mencadangkan Datin Nur Malina binti Abu Bakar sebagai Naib Yang Dipertua (NYDP) dan disokong oleh En. Rosli bin Nordin. Ahli mesyuarat yang lain bersetuju agar cadangan ditutup. 10.3Datin Nur Malina binti Abu Bakar mencadangkan Pn. Fauziah binti Ismail sebagai AJK PIBG. 10.4En. Rosli bin Nordin mencadangkan En. Mokhtar bin Mohamad sebagai AJK PIBG. 10.5Pn. Syahidatul Hashima mencadangkan Nor Azniza binti Rais sebagai AJK PIBG. 10.6Pn. Asmahani bt. Mohd Nor mencadangkan En. Ahmad Safar bin Ismail sebagai AJK PIBG.
14 10.7Pn. Hearniza bt. Nordin mencadangkan Mohd Farid bin Mohd Mazlan sebagai AJK PIBG. 10.8Pn. Ismaria bt. Awang mencadangkan Pn. Syahidatul Hashima sebagai AJK PIBG. 10.9Tiada cadangan tambahan dan semua ahli mesyuarat bersetuju agar pencalonan ditutup. AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023 /2024 KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI, JOHOR BAHRU Yang Dipertua : En. Kamarul Zaman bin Abdullah Naib Yang Dipertua : Datin Nur Malina binti Abu Bakar Setiausaha : En. Abd Rahman bin Ahmad Naib Setiausaha : Pn. Suraya binti Hashim Bendahari : Pn. Nurul Hidayah binti Abd Aziz Naib Bendahari : En. Salmezan bin Murat AJK Ibu Bapa : En. Ahmad Safar bin Ismail Pn. Fauziah bt. Ismail En. Mokhtar bin Muhamad En. Mohd Farid bin Mohd Mazlan Pn. Nor Azniza bt. Rais AJK Guru : Pn. Asmahani bt Md Noor : Pn. Nuha binti Noor Hakim : En. Wan Mohamad Haslan bin Wan Suhaimi : Pn. Noor Asilah binti Ali Rahim Juruaudit : Pn. Shahidatul Hashima binti Yahaya : Pn. Nur Sakinah binti Mohamad 11.0HAL-HAL LAIN 11.1En. Mokhtar bin Muhamad mencadangkan agar peluang menggunakan kemudahan asrama turut dibuka kepada pelajar diploma atau sekurangkurangnya pihak kolej boleh menyediakan kemudahan pelajar tinggal di asrama sewaktu musim peperiksaan bagi mengurangkan risiko pelajar terlibat dengan kemalangan dan sebagainya. TPSA memberikan maklum balas menyatakan bahawa peluang untuk tinggal di asrama sedia ada adalah terbuka kepada pelajar SVM dan DVM (diploma) bedasarkan kepada kriteriakriteria tertentu. Permohonan baharu juga adalah sentiasa dibuka tetapi perlu melalui proses-proses tertentu dan akan diperhalusi oleh pihak pengurusan asrama. Namun atas beberapa kekangan, pihak pengurusan asrama tidak dapat menawarkan kemudahan pelajar tinggal di asrama sewaktu musim peperiksaan kecuali terdapat kes-kes khas yang tidak dapat dielakkan.
15 11.2YDP memaklumkan bahawa jumlah sumbangan PIBG semasa adalah berjumlah RM160.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Enam Puluh Sahaja). Semua ahli mesyuarat bersetuju agar jumlah tersebut dikekalkan. 11.3En. Abd Rahman bin Ahmad mencadangkan agar jumlah sumbangan yang dipersetujui dikutip pada tahun semasa (tahun 2023) dan meminta persetujuan agar kutipan sebanyak RM160.00 dikekalkan pada tahun 2024 supaya ibu bapa/penjaga mempunyai pilihan untuk menyerahkan sumbangan tersebut sewaktu sesi pendaftaran. Semua ahli mesyuarat bersetuju dan menyokong pandangan tersebut. 11.4En. Abd Rahman bin Ahmad mencadangkan agar jawatankuasa yang dilantik dikekalkan bagi tempoh 2 sesi. Semua ahli mesyuarat bersetuju dan menyokong pandangan tersebut. 12.0UCAPAN PENANGGUHAN OLEH YDP PIBG YDP merakamkan penghargaan kepada semua ibu bapa yang telah memberikan kerjasama yang cukup ampuh pada hari ini. YDP juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir kerana dapat meluangkan masa untuk bersamasama bermuafakat dalam mesyuarat agung tahunan pada pagi ini. Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Beliau seterusnya menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-49. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ABD RAHMAN BIN AHMAD KAMARUL ZAMAN BIN ABDULLAH Setiausaha PIBG, Yang Dipertua PIBG, Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru Johor Bahru Sesi 2023 / 2024 Sesi 2023 / 2024
16 LAPORAN TAHUNAN BAGI SESI 2023/2024 1. Mesyuarat Agung kali ke-49 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 telah diadakan pada tarikh 15 Jun 2023 (Khamis) di Dewan Saidatina Aisyah, KV Tanjung Puteri. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Kamarul Zaman bin Abdullah dan jumlah ahli yang hadir ialah seramai 173 orang. 2. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sepanjang sesi 2022/2023, Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 3 kali, seperti berikut; Bil.1 : Ahad, 13 Ogos 2023 Bil.2 : Ahad, 21 Jan 2024 Bil. 3 : Ahad, 23 Jun 2024 3. Aktiviti lain Khamis, 2 Mei 2024 : Majlis Sambutan Hari Raya Rabu, 3 April 2024 : Majlis Berbuka Puasa Sabtu, 24 Feb 2024 : Pertemuan dengan Ahli Parlimen Johor Bahru Sabtu, 24 Feb 2024 : Gotong Rotong Madani PIBG Jumaat, 2 Feb 2024 : Semarak Subuh di Masjid Tunku Laksamana Ab. Jalil 4. Sumber Kewangan PIBG Sumber kewangan bagi persatuan ini ialah : a) Sumbangan tahunan sebanyak RM160.00 bagi setiap keluarga. b) Sumbangan daripada pihak luar.
17 PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DIS 2023
18
19
20
21 PEMBENTANGAN USUL NAMA IBU BAPA DAN PELAJAR USUL MAKLUM BALAS EN. SAMLI BAWAN & AMIR HADIF BIN SAMLI 1 SVM TEK. ELEKTRONIK Review dana pibg dan penggunaan PN. SITI ZALIAH BINTI SARINGAT & MUHAMMAD NAUFAL NAQIB BIN MUHAMMAD ADHA 1 SVM TEK. ELEKTRIK Kumpul dana bersama ibu bapa untuk tukar karpet surau asrama SALINA BINTI KONER & AHMAD SYAFIQ NAZEEM BIN MOHD HUSIN 1 DVM TEK. ELEKTRIK Cikgu ada kan aktiviti sukan badminton in door game RAHIM BIN BAHROM & ASYRAAF RIFQI BIN RAHIM 1 SVM TEK. ELEKTRIK Perbanyakkan kamera litar cctv untul langkahlangkah keselamatan dan rujukan jika berlaku sesuatu kejadian. OMAR ABABIL BIN AB. HAMID & MUHAMMAD HARITH BIN OMAR ABABIL 1 SVM TEK. ELEKTRIK 1. Membina laluan berbumbung di antara asrama ke sekolah. 2. Menu berkecuali kpd pelajar yg tidak makan makanan laut & daging.
22 PENGHARGAAN