The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh: Ain Nur Wahidah Binti Isiara (A9)

Sinopsis:
Sebuah kampung harmonis dihuni oleh penduduk berbilang kaum yang hidup dalam keharmonian. Keharmonian terganggu oleh kehadiran Amir, seorang budak nakal yang suka membuat kacau. Meskipun sudah banyak kali dinasihati, Amir tetap tidak mendengar nasihat dan terus melakukan perbuatan nakal. Suatu hari, Amir tergelincir ke dalam lubang akibat kulit pisang yang dilemparnya dengan cuai. Amir meminta tolong dengan penuh ketakutan dan akhirnya diselamatkan oleh penduduk kampung. Merasakan penyesalan, Amir berjanji untuk berubah menjadi anak yang lebih baik. Dengan bantuan dan kasih sayang dari penduduk kampung, Amir belajar menghargai orang lain dan menjaga persekitaran kampung. Sejak kejadian itu, Amir berubah menjadi anak yang baik dan tidak lagi membuat kekacauan di kampung itu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AIN NUR WAHIDAH BINTI ISIARA IPG-Pelajar, 2024-04-02 12:09:34

AMIR YANG NAKAL

Disediakan oleh: Ain Nur Wahidah Binti Isiara (A9)

Sinopsis:
Sebuah kampung harmonis dihuni oleh penduduk berbilang kaum yang hidup dalam keharmonian. Keharmonian terganggu oleh kehadiran Amir, seorang budak nakal yang suka membuat kacau. Meskipun sudah banyak kali dinasihati, Amir tetap tidak mendengar nasihat dan terus melakukan perbuatan nakal. Suatu hari, Amir tergelincir ke dalam lubang akibat kulit pisang yang dilemparnya dengan cuai. Amir meminta tolong dengan penuh ketakutan dan akhirnya diselamatkan oleh penduduk kampung. Merasakan penyesalan, Amir berjanji untuk berubah menjadi anak yang lebih baik. Dengan bantuan dan kasih sayang dari penduduk kampung, Amir belajar menghargai orang lain dan menjaga persekitaran kampung. Sejak kejadian itu, Amir berubah menjadi anak yang baik dan tidak lagi membuat kekacauan di kampung itu.

amir YANG NAKAL Ain Nur Wahidah Buku Cerita Kanak-Kanak


Di sebuah kampung yang aman damai, terdapat penduduk berbilang kaum yang hidup secara harmoni. 1


Mereka saling bekerjasama dalam bercucuk tanam dan menjaga persekitaran kampung dengan rapi. Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing. Persekitaran kampung tersebut sentiasa dalam keadaan yang ceria dan bersih. 2


Namun, keharmonian itu terganggu dengan kehadiran seorang budak yang nakal bernama Amir. Amir selalu membuang sampah sesuka hatinya. 3


Amir juga suka mengacau penduduk kampung dengan merosakkan tanaman mereka dan tidak menghiraukan kesukaran yang dialami oleh penduduk kampung yang lain. 4


Amir telah banyak kali dinasihati oleh ibunya agar berhenti daripada perbuatan nakal itu. Amir, tolonglah jangan buat macam tu. Dengar cakap ibu, kamu perlu ubah sikap kamu tu! 5


Biarlah, Amir tak kisah! Itu masalah mereka, bukan masalah Amir! 6 Namun, Amir tetap tidak mendengar nasihat itu seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.


Suatu hari, ketika Amir sedang bermain kejar-kejar bersama rakan-rakannya, dia berlari sambil memakan pisang. 7


Setelah pisang habis dimakan, Amir dengan cuai membuang kulit pisang sesuka hatinya. 8


Tanpa disedari, ketika Amir cuba melompat lubang itu, dia tergelincir ke dalam lubang akibat kulit pisang yang dilepaskannya tadi. 9


Rakan-rakannya tidak sedar bahawa Amir telah jatuh ke dalam lubang itu kerana terlalu seronok bermain. 10


Amir berasa takut kerana tidak dapat naik sendiri dari lubang itu. Amir pun menjerit meminta tolong lalu menangis. 11


Tolong saya!...Tolong! Tolong! Saya tak boleh naik! Huhuhu… 12


Penduduk kampung yang mendengar jeritan Amir segera datang untuk menolongnya. Tolong saya!...Tolong! Tolong! Saya tak boleh naik! Huhuhu… 13


Jangan risau, Amir! Kami akan menolongmu keluar dari situ! Mereka bekerjasama untuk menarik Amir keluar dari lubang dengan selamat. 14


Terima kasih, semua. Saya minta maaf atas semua perbuatan saya selama ini. Saya akan berubah, saya janji. 15


Daripada pengalaman itu, Amir merasakan penyesalan dan insaf atas perbuatannya selama ini. Dia berjanji untuk tidak lagi menjadi budak nakal dan mahu berubah menjadi lebih baik. 16


Dengan pertolongan dan kasih sayang dari penduduk kampung, Amir belajar untuk menghargai orang lain dan menjaga persekitaran kampung dengan baik. 17


Kejadian itu mengajarinya tentang pentingnya tolong-menolong dan hidup dalam harmoni dengan semua penduduk kampung. 18


Sejak itu, Amir menjadi anak yang baik dan tidak lagi nakal. 19


PERKATAAN MAKSUD Bak sebagai, seperti Menghiraukan memperdulikan, mengendahkan, mengacuhkan, memerhatikan Tergelincir tergeluncur, tergeser kerana licin, terlepasa dari landasan GLOSARI


amir YANG nakal SINOPSIS Sebuah kampung harmonis dihuni oleh penduduk berbilang kaum yang hidup dalam keharmonian. Keharmonian terganggu oleh kehadiran Amir, seorang budak nakal yang suka membuat kacau. Meskipun sudah banyak kali dinasihati, Amir tetap tidak mendengar nasihat dan terus melakukan perbuatan nakal. Suatu hari, Amir tergelincir ke dalam lubang akibat kulit pisang yang dilemparnya dengan cuai. Amir meminta tolong dengan penuh ketakutan dan akhirnya diselamatkan oleh penduduk kampung. Merasakan penyesalan, Amir berjanji untuk berubah menjadi anak yang lebih baik. Dengan bantuan dan kasih sayang dari penduduk kampung, Amir belajar menghargai orang lain dan menjaga persekitaran kampung. Sejak kejadian itu, Amir berubah menjadi anak yang baik dan tidak lagi membuat kekacauan di kampung itu.


Click to View FlipBook Version