The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 LAPORAN REFLEKSI BERFORMAT
- AIN NUR WAHIDAH BINTI ISIARA
- A9
- 2022192340198 -

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AIN NUR WAHIDAH BINTI ISIARA IPG-Pelajar, 2023-07-09 10:21:14

TUGASAN 2 LAPORAN REFLEKSI BERFORMAT

TUGASAN 2 LAPORAN REFLEKSI BERFORMAT
- AIN NUR WAHIDAH BINTI ISIARA
- A9
- 2022192340198 -

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2022 SEM 3 TAHUN 1 PRKA3151 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DISEDIAKAN OLEH AIN NUR WAHIDAH BINTI ISIARA NOMBOR KAD PENGENALAN 030201-12-0154 ANGKA GILIRAN 2022192340198 KUMPULAN KELAS A9 NAMA PENSYARAH ENCIK BADRUL ZAMAN BIN RAZALI TAJUK TUGASAN TUGASAN LAPORAN REFLEKSI TARIKH TAKLIMAT 6 JUN 2023 TARIKH HANTAR 10 JULAI 2023 TARIKH MAKLUM BALAS


PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya memberikan saya kesempatan bagi menyiapkan tugasan laporan refleksi ini dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan untuk dihantar pada tarikh 10 Julai 2023. Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Encik Badrul Zaman bin Razali kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar serta bimbingan sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan. Kesabaran tuan memberikan tunjuk ajar yang amat saya hargai. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga mahupun kewangan. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan serta peringatan agar saya tidak putus asa dalam menyelesaikan kerja kursus ini. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Tanpa mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini. Akhir madah, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Sekian, terima kasih daripada saya.


SENARAI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN............................................................................................................... 1 2.0 SASARAN ...................................................................................................................... 1 3.0 KAEDAH ........................................................................................................................ 2 4.0 DAPATAN ...................................................................................................................... 2 4.1 KEM BESTARI SOLAT............................................................................................... 2 4.1.1 KEKUATAN.......................................................................................................... 2 4.1.2 KELEMAHAN....................................................................................................... 3 4.1.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN...................................................................... 3 4.2 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 1 MALAYSIA (RMT1M) .............................. 4 4.2.1 KEKUATAN.......................................................................................................... 4 4.2.2 KELEMAHAN....................................................................................................... 5 4.2.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN...................................................................... 5 5.0 RUMUSAN...................................................................................................................... 5 6.0 RUJUKAN ...................................................................................................................... 6 LAMPIRAN A - PEMERHATIAN PENGENDALIAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT….7 LAMPIRAN B - PEMERHATIAN PENGENDALIAN RMT1M …………………………………..8 LAMPIRAN C - KOLABORATIF (TEMU BUAL) …………………………………………………9 LAMPIRAN D - BORANG KOLABORATIF …………………………………………………10-15


1 1.0 PENGENALAN Dasar pendidikan masa kini berteraskan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam pada itu, setiap sekolah perlu melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan bagi mencapai pendidikan yang lebih berkualiti. Lagipun, dasar pendidikan ini merangkumi pelbagai unit iaitu, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, penglibatan ibu bapa, komuniti dan sebagainya (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2017). 2.0 SASARAN Dalam hal ini, terdapat pelbagai program DPK yang dilaksanakan bagi setiap unit tersebut semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK. Muhibbahraya, Tawau. Oleh hal yang demikian, saya memilih program Kem Bestari Solat di bawah unit kokurikulum dan Rancangan Makanan Tambahan 1 Malaysia (RMT1M) di bawah unit hal ehwal murid SK. Muhibbahraya sebagai penulisan laporan refleksi ini. Program Kem Bestari Solat (KBS) merupakan salah satu agenda kerajaan untuk meningkatkan penguasaan Pendidikan Islam dalam kalangan murid-murid selain daripada program Khas Pemulihan Jawi, program Khatam Al-Quran, program Tasmik dan program Bahasa Arab Komunikasi. Hal yang demikian, program KBS merupakan salah satu program di bawah gabungan pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (Amran Mat Arriffen, 2019). Oleh itu, program ini dilaksanakan bertujuan membendung masalah dari segi akidah serta ibadah muridmurid dan diharapkan program kokurikulum seperti Kem Bestari Solat yang berbentuk amali ini dapat menarik minat murid-murid untuk mempelajari amalan ibadah. Kemudian, program Rancangan Makanan Tambahan 1 Malaysia (RMT1M) juga salah satu dasar pendidikan masa kini. Hal yang demikian kerana Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan badan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan hal ehwal murid-murid terutamanya murid-murid daripada golongan B40. Dalam erti kata lain, KPM telah memperuntukkan RM2.50 (Semenanjung) dan RM3.00 (Sabah & Sarawak) kepada sekolah untuk setiap murid-murid RMT di sekolah tersebut (Jarud Romadan Khalidi & Tan Zhai Gen, 2020). Kesannya, bantuan kebajikan yang dilakukan oleh pihak KPM seperti RMT1M ini terbukti menggalakkan motivasi murid-murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kecemerlangan dalam dunia pendidikan (Wan Nur Izzati Hazwani Kashfi et al., 2022).


2 3.0 KAEDAH Saya telah menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian untuk mendapatkan maklumat program DPK yang telah saya pilih. Kaedah temu bual dan pemerhatian ini membantu saya mendapatkan maklumat dengan lebih mudah. Namun demikian, guru yang sibuk merupakan salah satu halangan saya untuk menemu bual dengan lebih cepat. 4.0 DAPATAN 4.1 KEM BESTARI SOLAT Sepanjang 2 minggu saya menjalani PBS di SK. Muhibbahraya, Program Kem Bestari Solat telah diadakan selama 3 hari pada minggu pertama iaitu hari Selasa, Rabu dan Khamis. Program ini melibatkan semua murid tahun 1 hingga tahun 6 iaitu sesi pagi bagi tahap 2 dan sesi petang bagi tahap 1. Melalui pemerhatian saya, hari Selasa untuk murid tahun 1 dan tahun 4, hari Rabu pula untuk murid tahun 2 dan tahun 5, dan hari Khamis untuk tahun 3 dan tahun 6. 4.1.1 KEKUATAN Melalui temu bual yang saya lakukan, antara kekuatan pengendalian program KBS di SK. Muhibbahraya adalah murid-murid diberikan taklimat mengikut sukatan model KBS masing-masing sebelum melakukan latihan amali. Tambahan pula, terdapat beberapa aktiviti menarik yang diadakan sepanjang KBS ini dilaksanakan iaitu aktiviti berkumpulan, pertandingan, kuiz dan lain-lain. Selain itu, pihak sekolah turut menyediakan kelengkapan peralatan KBS kepada murid-murid. Melalui pemerhatian pula, saya dapati makanan juga disediakan kepada murid-murid iaitu sarapan dan makan tengah hari dan minum petang. Seterusnya, pihak pengurusan KBS di sekolah dapat sedikit sumbangan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk melancarkan pelaksanaan program ini. Hal yang demikian kerana, Kementerian Pendidikan Malaysia juga memberi sumbangan sebanyak RM4 bagi setiap murid yang menyertai program KBS ini.


3 4.1.2 KELEMAHAN Hasil pengendalian program KBS ini agak memuaskan kerana objektif KBS ini hampir tercapai daripada apa yang pihak sekolah sasarkan. Hal ini disebabkan sebahagian murid belum boleh lagi menghafal, memahami, mengingat serta mengamalkan apa yang mereka pelajari pada hari KBS tersebut. Jadi, salah satu kelemahan pengendalian program KBS di SK. Muhibbahraya ialah program ini diadakan secara karnival dan menyebabkan sebahagian murid tercicir dalam pencapaian objek KBS ini. 4.1.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Sepanjang pemerhatian saya terhadap program Kem Bestari Solat yang diadakan di SK. Muhibbahraya tersebut, saya telah mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan KBS sekolah untuk melaksanakan program KBS ini di dalam kelas masing-masing sahaja mengikut sukatan yang telah ditetapkan agar tiada murid-murid yang tercicir dalam pencapaian objektif KBS ini. Secara tidak langsung, semua murid dapat dibimbing oleh guru-guru yang bertugas di setiap kelas dan mencapai objektif KBS dengan mudah. Jadi, guru-guru juga dapat mengesan murid-murid yang belum boleh mencapai objektif. Oleh hal yang demikian, saya berharap cadangan penambahbaikan yang saya utarakan kepada pihak pengurusan PBS dapat dipertimbangkan.


4 4.2 RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 1 MALAYSIA (RMT1M) Sepanjang saya menjalani PBS di SK. Muhibbahraya, saya dapati bekalan RMT telah disediakan oleh pihak kantin pada setiap hari. Melalui pemerhatian saya, pihak kantin telah membuat persiapan awal penyediaan bekalan RMT sejam sebelum waktu rehat murid-murid. Hal ini bagi memastikan proses penyediaan bekalan RMT tidak menjadi kelam kabut. 4.2.1 KEKUATAN Terdapat beberapa kekuatan pengendalian RMT1M di SK. Muhibbahraya telah saya dapat berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang saya lakukan. Salah satunya adalah berkaitan menu yang disediakan. Menu RMT yang disediakan oleh pihak sekolah ialah menu berkhasiat seperti nasi lemak, mi goreng, bubur, roti, air coklat dan sebagainya. Kesannya, menu makanan berkhasiat ini boleh menjadikan murid-murid sihat justeru meningkatkan prestasi akademik serta meningkatkan kehadiran sekolah. Selain itu, melalui pemerhatian, saya dapati murid biasa dan murid RMT dapat dibezakan melalui warna yang terdapat pada tanda nama sekolah. Contohnya, warna hitam putih untuk murid yang biasa dan warna hitam kuning untuk murid-murid RMT. Hal ini bertujuan mengelakkan kes penipuan daripada kalangan murid biasa yang berpura-pura menjadi murid RMT. Seterusnya, sikap murid-murid RMT terhadap pihak kantin adalah baik. Melalui temu bual saya bersama staf kantin sekolah, saya dapati murid-murid RMT menghormati pihak kantin sekolah dan menjaga tingkah laku mereka. Dalam erti kata lain, murid-murid RMT beratur mengambil bekalan RMT dan tidak berebut. Bukan itu sahaja, murid-murid boleh mengeratkan hubungan silaturahim mereka antara satu sama lain. Hal yang demikian, murid-murid RMT telah mengambil bekalan makanan RMT dan duduk makan bersama di Dewan Kamalsari SK. Muhibbahraya pada waktu rehat.


5 4.2.2 KELEMAHAN Walaupun terdapat perbezaan antara murid-murid biasa dan murid RMT, saya dapati terdapat sebilangan murid biasa menipu kerana pihak kantin tidak dapat mengesan murid tersebut sama ada murid biasa atau murid RMT akibat tidak memakai tanda nama sekolah yang diberikan. Perbuatan yang dilakukan oleh murid-murid adalah perbuatan yang disengajakan. Jadi, perkara ini merupakan salah satu kelemahan pengendalian program RMT1M di SK. Muhibbahraya. 4.2.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan pemerhatian terhadap kelemahan pengendalian program RMT di SK. Muhibbahraya, saya telah mengutarakan cadangan saya kepada guru penyelia RMT SK. Muhibbahraya agar memberi senarai nama murid-murid RMT kepada pihak kantin. Kesannya, murid-murid RMT dan murid biasa dapat dikesan dan dikenal pasti. Jadi, saya berharap cadangan saya ini dipertimbangkan oleh pihak penyelia RMT sekolah. 5.0 RUMUSAN Rumusannya, program-program dasar pendidikan masa kini terbukti banyak memberi pelbagai manfaat kepada murid-murid. Salah satunya, program Kem Bestari Solat dapat mempersiapkan murid dari segi kefahaman perihal ibadah selain dalam bidang akademik. Melalui Rancangan Makanan Tambahan 1 Malaysia pula, saya dapati murid-murid bersemangat untuk belajar di samping membantu meringankan beban keluarga. Secara tidak langsung, program-program yang berteraskan dasar pendidikan masa kini membantu saya sebagai bakal guru untuk memahami apakah itu pendidikan yang berkualiti.


6 RUJUKAN Amran Mat Ariffen. (2019). Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Pelajar Lepasan Program J-Qaf. Tesis Ijazah Sarjana UKM, 5(3), 248–253. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jarud Romadan Khalidi & Gen, T. Z. (2020). Understanding School Feeding in Malaysia. Khazanah Research Institute (KRI) Discussion Paper, 1, 20. Wan Nur Izzati Hazwani Kashfi, Norhayati Che Hatm Siti Salwa Mohd Noor, Norasyikin Osman, Nurazan Mohmad Rouyan & Zahrah Hussin. (2022). CABARAN DAN PERMASALAHAN PEMBELAJARAN MURID B40 DI SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA [THE CHALLENGES AND PROBLEMS OF LEARNING FACED BY B40 STUDENTS AT PRIMARY SCHOOLS IN MALAYSIA]. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research (Vol. 2).


7 LAMPIRAN A – PEMERHATIAN PENGENDALIAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT Sarapan dan makanan tengah hari serta minum petang disediakan Sesi taklimat Aktiviti berkumpulan Latihan Amali Penyerahan hadiah kepada pemenang kuiz dan pertandingan


8 LAMPIRAN B – PEMERHATIAN PENGENDALIAN RMT1M Bekalan RMT yang telah disediakan Murid-murid RMT menunjukkan sikap yang ramah. Menu RMT Murid-murid RMT makan bersama-sama


9 LAMPIRAN C – KOLABORATIF (TEMU BUAL) Temu bual bersama guru pembantu penyelaras program Kem Bestari Solat. Temu bual bersama staf kantin RMT. Temu bual bersama Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK. Muhibbahraya


10 LAMPIRAN D – BORANG KOLABORATIF


11


12


13


14


15


Click to View FlipBook Version