The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by u2000335, 2022-05-12 13:13:03

MASJID DALAM TAMADUN ISLAM : MASJID NABAWI

IIX1004 : PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN

IIX1004 : Pengantar Pengajian Usuluddin

MASJID DALAM
TAMADUN ISLAM

-MASJID NABAWI-
PROF DR FAISAL @ AHMAD FAISAL BIN ABDUL HAMID

DISEDIAKAN OLEH :

NURUL SYAZA BINTI NAZRUL HARIS A'LIYA HANA SAKINAH BINTI OMAR
U2000288/2 U2000177/2

NUR NAIMAH BINTI AZEMI NURUL HANIS BINTI GHAZALI
U2000210/2 U2000413/2

NUR ATHIRAH BINTI AMERUDDIN DAMIA BATRISYIA BINTI MUHAMMAD JEBAT
U2000240/2 U2000335/2

NURUL ILYANA BINTI AHMAD SAIBANI AFIFAH BINTI AZIZ
U2000195/2 U2000305/2

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN --------------------------------------------

2.0 SEJARAH PEMBINAAN MASJID NABAWI ------------------

3.0 KEISTIMEWAAN MASJID NABAWI -------------------------
3.1 RUANG YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA ----------
3.2 SALAH SATU MASJID YANG MULIA ------------------
3.3 GANJARAN PAHALA SOLAT DI MASJID NABAWI ------

4.0 PERANAN MASJID NABAWI -------------------------------
4.1 PUSAT PENTADBIRAN NEGARA -----------------------
4.2 PUSAT PENDIDIKAN ----------------------------------
4.3 MARKAS KETENTERAAN DAN AL-RIYADAH ------------
4.4 DEWAN MESYUARAT ---------------------------------
4.5 KEHAKIMAN DAN PERPADUAN UMMAH --------------

5.0 KESIMPULAN ---------------------------------------------

6.0 RUJUKAN -------------------------------------------------

Kata Aluan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat
serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada
kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan
ini kepada para pensyarah yang mengajar subjek usuluddin ini
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada ibu bapa kami yang memberikan pemudah cara untuk
menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan kami segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami
berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan
lain yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang
kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap
pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.

Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan
kerja kursus ini.

Terima Kasih.

1.0: Pengenalan apa itu masjid?

Masjid ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud
tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang
khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Sejak
zaman permulaan Islam lagi, kemajuan umat dan
gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Terdapat
tiga buah masjid utama yang dimuliakan umat Islam.
Antaranya ialah Masjid Nabawi.

Masjid Nabawi yang terletak di Madinah Arab Saudi
merupakan masjid kedua terpenting dalam islam. Masjid
ini telah dibina pada tahun 622 oleh Nabi Muhammad
s.a.w bersama dengan masyarakat islam. Disini juga
menempatkan makam Rasulullah bersama sahabat
baginda, seperti Saidina Abu Bakar As-siddiq dan
Saidina Umar Al-Khattab. Didalamnya juga terdapat
kawasan yang dipanggil sebagai Taman Syurga iaitu
raudhah di Masjid Nabawi. Baginda telah menjadikan
masjid sebagai tempat memupuk kesedaran umat
islam. Masjid ini menyentuh dua simbol iaitu simbol
ibadah yang menemukan masyarakat madinah
dengan jati diri sendiri dan simbol kebajikan mereka
dalam sejarah islam.
:

Beberapa gedung dan bangunan utama
yang ada di sekeliling Masjid Nabawi adalah
pemakaman Jannatul Baqi. Ini merupakan
tempat pemakaman bagi ratusan sahabat Nabi.
Bangunan lain di sekitar masjid adalah berbagai
pejabat pemerintah dan fasiliti kesihatan, hotel
mewah, pusat perbelanjaan dan jalan-jalan
utama. Berikut merupakan peta kawasan masjid
Nabawi:

2.0: Sejarah Pembinaan Masjid An Nabawi :

Masjid Nabawi sudah semestinya tidak asing lagi dengan
kita sebagai umat Islam di setiap pelusuk dunia. Mengikut
sejarah dan sudah kita sedia maklum bahawa Masjid
Nabawi merupakan masjid kedua yang suci diikuti dengan
Masjid Aqsa dan sudah semestinya dan Masjidil Haram.
Selain itu, masjid ini juga terletaknya Makam rasulullah SAW.
Masjid Nabawi dibangunkan selepas Masjid Quba’
dibangunkan sewaktu penghijrahan Rasulullah SAW ke
Madinah. Pertama ialah Masjid Quba` yang dibina di dalam
persinggahan Baginda dalam rangka Hijrah Baginda ke
Madinah al-Munawwarah. Rasulullah s.a.w. tiba di Quba`
pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal (dikira tarikh awal Hijrah)
selepas 13 tahun Baginda diutus menjadi Rasul. Di Quba`
Rasulullah s.a.w. singgah selama tiga hari. Di Quba` inilah
Baginda meletakkan asas batu pertama bagi pembinaan
Masjid Quba`. Masjid ini adalah masjid pertama dibina di
dalam Islam dan Al-Qur`an menyifatkannya sebagai masjid
yang diasaskan di atas dasar taqwa.

Hal ini telah dibuktikan melalui ayat surah Al- taubah ayat 108-109:

‫اَل َتُقْم ِفْيِه َاَبًدۗا َلَم ْس ِج ٌد ُاِّس َس َع ىَل الَّتْق ٰو ى ِم ْن َاَّوِل َيْو ٍم َاَحُّق َاْن َتُقْو َم ِفْيِۗه ِفْيِه‬
‫) َاَفَم ْن َاَّس َس ُبْنَياَنٗه َع ىٰل‬١٠٨( - ‫ِرَجاٌل ُّيِح ُّبْو َن َاْن َّيَتَط َّه ُرْو ۗا َوُهّٰللا ُيِح ُّب اْلُم َّط ِّهِرْيَن‬
‫َتْق ٰو ى ِم َن ِهّٰللا َوِرْض َواٍن َخْيٌر َاْم َّم ْن َاَّس َس ُبْنَياَنٗه َع ىٰل َش َفا ُجُرٍف َهاٍر َفاْنَه اَر ِبٖه‬
)١٠٩ ( - ‫ِفْي َناِر َجَه َّنَۗم َوُهّٰللا اَل َيْه ِدى اْلَقْو َم الّٰظ ِلِم ْيَن‬



Janganlah engkau melaksanakan solat dalam masjid itu selama-lamanya. Sungguh, masjid yang didirikan

atas dasar takwa, sejak hari pertama adalah lebih pantas engkau melaksanakan salat di dalamnya. Di

dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Allah menyukai orang-orang yang bersih. (108)

Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan (masjid) atas dasar takwa kepada Allah dan

keredaannya itu lebih baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang

runtuh, lalu (bangunan) itu roboh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahanam? Allah tidak

memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim (109).


Terdapat beberapa faktor penarik dan faktor penolak yang mendorong

penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Antaranya faktor penolak ialah
:



1


Tekanan yang semaki
n meningkat di Makkah.

- Keadaan di Kota Makkah tidak lagi dianggap sebagai kawasan yang sesuai
untuk perkembangan Islam kerana setelah 13 tahun baginda berdakwah
pelbagai penentangan yang diterima. Suasana di Makkah itu menggambarkan

bahawa lama kelamaan keadaan Islam semakin tertekan.

2 Umat Islam semakin menderita.

- Tindakan kaum Quraisy semakin hebat. Penyeksaan ke atas golongan hamba
semakin berleluasa. Malah Nabi sendiri sering menjadi mangsa penyeksaan
mereka. Pada 617 hingga 620 M seluruh umat Islam dan Bani Hashim telah
dipulaukan daripada segi sosial, ekonomi dan politik. Mereka dilarang
berurusan dengan masyarakat Makkah kecuali musim haji. Umat Islam
mengalami penderitaan dan ujian yang sangat getir.

3 Kegagalan seruan ke Taif.

- Nabi Muhammad dan hambanya iaitu Zaid bin Harithah pernah cuba
menyampaikan Islam ke Taif namun dihina dan diejek dan dilontar dengan batu.
Pemimpin Bani Thaqif mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Quraisy
Makkah.Kegagalan Nabi memberikan gambaran yang pengaruh Quraisy sangat
kuat di Taif. Oleh itu Nabi Muhammad perlu mencari destinasi lain.

Seterusnya, faktor penarik yang menyebabkan Rasulullah SAW
berhijrah ke Madinah ialah:

Bai’ah Al-Aqabah





- Faktor asas yang memulakan hijrah k
erana dalam Aqabah 2 terdapat jemputan dari

pemimpin Madinah agar Nabi datang me
njadi pemimpin mereka. Dalam ikrar itu mereka

berjanji untuk berjuang bersama-sama Nabi dan mempertahankan Nabi. Nabi merasakan

masanya telah tiba bagi umat Islam untuk
keluar dari Makkah.

Kejayaan di Habsyah




- Sebelum Saidina Umar memeluk Islam, umat Islam pernah menuju ke Habsyah untuk
berlindung atas saranan Nabi sendiri. Ini kerana Habsyah digelar sebagai bumi kebenaran
yang diperintah oleh Raja Najasyi yang terkenal adil. Kejayaan ini memberi harapan kepada
Nabi bahawa kejayaan yang sama akan dicapai di Madinah. Ini disebabkan masyarakat
Habsyah dan Madinah lebih hampir kepada agama langit dan telah biasa dengan soal-soal
ketuhanan dosa dan pahala.

Kedudukan Madinah yang strategik

- Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat
sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi
kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat
dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.

Apabila Saidina Ali tiba dari Makkah dan menyertai
Rasulullah s.a.w., maka Baginda bergerak dari Quba` pada pagi
Jumaat menuju ke Yathrib. Ketibaan baginda dan jemaah
disambut gembira dan setiap kelompok orang Islam
menginginkan Rasulullah s.a.w. singgah ke rumah masing-
masing. Rasulullah membiarkan unta yang ditunggangi
memilih mana rumah untuk disinggahi. Akhirnya unta berlutut
di marbat, iaitu tempat penjemuran buah kurma dimiliki dua
orang anak yatim bernama Sahl dan Suhail bin Amr di
perkampungan Bani Malik bin Al-Najjar. Di tanah itu Baginda
turun dan masuk ke rumah Khalid bin Yazid r.a. yang
kemudian lebih dikenali sebagai Abu Ayub al-Ansari. Selepas
berunding Baginda membeli sebidang tanah milik dua anak
yatim itu bagi membangunkan masjid.

Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. mengasaskan Masjid
Quba`, demikian Rasulullah sama membina Masjid Madinah
yang dikenali dengan Masjid Nabawi bermula dengan
membersih tapak dari pokok-pokok dan bekas bangunan
lama. Keluasan bangunan adalah 100 hasta lebar dan
panjang. Dinding diperbuat daripada batu dan tanah,
atapnya diperbuat daripada pelepah kurma, tiangnya pula
daripada batang kurma. Lantainya daripada pasir dan kerikil.
Masjid mempunyai 3 pintu. Di tepi masjid turut dibina
beberapa ruang menjadi bilik isteri-isteri Nabi. Selepas siap
bangunan yang dibina secara gotong royong antara
golongan Muhajirin dan Ansar itu, maka Rasulullah berpindah
dari rumah Abu Ayub al-Ansari ke bahagian tepi masjid
berkenaan.

Fungsi Masjid Nabawi tidak sahaja untuk bersolat. Di bahagian
masjid ini turut tinggal mereka yang berhijrah dan tidak mempunyai
kediaman, maka mereka yang dikenali sebagai Ahli al-Suffah tinggal
di bahagian masjid ini. Melalui masjid ini Rasulullah mengajar orang-
orang Islam berhubung dengan keilmuan dan amal ibadat Islam.
Setengah daripada mereka datang berkhemah di sekitar masjid bagi
mempelajari keilmuan dan hukum hakam keislaman. Melalui masjid ini
Rasulullah mentadbir dan menjalankan mesyuarat bagi pentadbiran
berkenaan. Melalui masjid dan amal ibadat Rasulullah
memperkukuhkan persaudaraan antara sesama Islam yang berhijrah
dikenali dengan kaum Muhajirin dan penduduk Madinah yang terdiri
dari kaum Aus dan Khazraj dikenali sebagai Kaum Ansar. Sebahagian
kecil orang Yahudi turut menerima Islam seperti Abdullah bin Salam
yang dikenali sebagai ulama bagi agama Yahudi dan beberapa yang
lain, tetapi kebanyakan tidak menerima Islam. Pendek kata ibadat,
pentadbiran, pertahanan dan dakwah adalah digerak dari Masjid
Nabawi.

Dengan berkembangnya fungsi masjid, maka adalah didapati
bangunan asal dan pertama kali didirikan itu sudah tidak mampu
untuk mengisi tugas dan peranan masjid berkenaan. Sebab itu pada
zaman Rasulullah s.a.w. lagi Masjid Nabawi dibesarkan. Atas
perundingan dengan Rasulullah s.a.w. Sayyiduna Uthman bin `Affan
membeli sebidang lagi tanah berhampiran masjid bagi perluasan
masjid. Perluasan berlaku selepas berlakunya peperangan Khaibar
(7H./628M.). Penambahan baru menjadikan masjid hampir berbentuk
empat segi berukuran 50 x 49.5 meter. Yang menjadikan luas
keseluruhan ialah 2,475 meter. Tinggi dindingnya ialah 3.5 meter
dengan 3 pintu dan 35 tiang. Untuk pencahayaan digunakan minyak,
di samping pembakaran pelepah kurma. (Sami bin Abdullah al-
Maghluts, 2014: 148).

Sesungguhnya melewati sejarah, tamadun dan
peradaban umat Islam, maka Masjid Nabawi terus
berkembang dari segi fizikal dan fungsi
penggunaannya sesuai Madinah berkembang dari
sebuah penempatan yang asalnya bernama Yathrib
kepada Madinah al-Munawwarah, sebuah bandar
pentadbiran dan ibu negara bagi pemerintahan
negara Islam yang khalifah-khalifahnya terdiri dari
Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali sebelum
memindahkan pentadbiran ke luar dari Madinah.
Hingga ke abad 13H./17M. Masjid Nabawi kelihatan
mempunyai dinding empat segi bujur dengan
permukaan bahagian keliling dan jalan tengah
permukaan, sedangkan pada bahagian tengah
adalah terbuka.

Perubahan yang ketara sebagai bangunan yang

menarik dan indah dengan identiti bagi kawasan

Raudah mempunyai kubah berwarna hijau dan

berbumbung dirakam pada 1326H./1908M. Iaitu pada

peringkat akhir pemerintahan kerajaan

Uthmaniyyah. Pada masa itu identiti Masjid Nabawi

mempunyai ciri-ciri, iaitu:

1) Kubah hijau bulat bujur dan tajam ke atas – berbentuk
bawang dengan tunjuk langit yang indah

2)Mempunyai menara yang bentuk menaranya
sebagaimana menara-menara di Masjid Al-Haram dan
kebanyakan menara-menara masjid di Makkah dan
Madinah

3)Mempunyai tiang-tiang yang mempunyai bentuk arch
lengkung bahagian atas

4)Masih mempunyai medan ruang terbuka pada bahagian
tengah

5)Mempunyai buah-buah butung pada bahagian
permukaan yang menarik pandangan

6)Mempunyai hiasan taman seperti pokok kurma dan
pokok yang lain

7) Mempunyai lampu bagi menerangkan kawasan sekitar.

3.0: Keistimewaan Masjid Nabawi

Di dalam Masjid Nabawi terdapat
raudah ruang yang mustajab
untuk berdoa

Raudhah merupakan suatu tempat di

dalam Kompleks Masjid Nabawi. Di tempat

tersebut terdapat jemaah haji yang

memanjatkan doa dengan khusyuk,

mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW.

Hadis riwayat Abdullah bin Zaid Al-Mazini

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

. ‫الَجَّنِة‬

‫َم ا َبْي َن َبْي ِت ي َو ِم ْن َب ِري َرْو َض ٌة ِم ْن ِرَياِض‬




Maksudnya: Tempat yang terletak di

antara rumahku dan mimbarku adalah

salah satu diantara taman-taman syurga.

(HR. Bukhari, no. 1196 dan Muslim, no. 1391)

Masjid Nabawi merupakan salah satu masjid
yang mulia kerana padanya terdapat
kelebihan yang tidak terdapat pada masjid-
masjid yang lain melainkan masjid al-Haram.

Ini dijelaskan berdasarkan sebuah hadith
yang sahih daripada Abu Hurairah RA
bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫َص اَل ٌة ِف ي َم ْس ِج ِد ي َه َذ ا َأْف َض ُل ِم ْن َأْل ِف َص اَل ٍة ِف يَم ا‬
‫ِس َو اُه ِإاَّل اْل َم ْس ِج َد اْل َحَر اَم‬



Maksudnya:“Solat di masjidku ini (masjid
Nabawi) lebih baik daripada seribu kali solat
di tempat lain kecuali masjid al-Haram”.
[Riwayat Muslim (1394)]

Ganjaran pahala solat di Masjid Nabawi,
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi
SAW bersabda:

‫ َو َم ْس ِج ِد‬، ‫ الَم ْس ِج ِد الَحَراِم‬: ‫ُتَش ُّد الِّرَحاُل ِإاَّل ِإىَل َثَالَثِة َم َس اِج َد‬
‫ َو َم ْس ِج ِد اَألْق َص ى‬، ‫الَّرُس وِل َص ىَّل ُهللا َع َلْي ِه َو َس َّلَم‬



Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah
mengembara (atau bermusafir bagi tujuan
ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu
masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan
juga masjid al-Aqsa”.
[Riwayat al-Bukhari (1189)]

4.0: Peranan Masjid Nabawi

Masjid Nabawi memainkan peranan yang
penting dalam sejarah perkembangan islam.
Pada zaman Rasulullah, Masjid Nabawi dijadikan
sebagai pusat ibadat, pusat pengajian islam,
pusat pentadbiran negara, pusat pertahanan
negara, pusat bermusyawarah dan juga pusat
menyatupadukan umat dalam hal-hal agama
dan hal dunia. Berikut merupakan huraian lanjut
berkaitan peranan
utama masjid Nabawi.

1. Pusat Pentadbiran Negara.

Masjid Nabawi yang terletak di kota Madinah dijadikan
sebagai pusat pentadbiran bagi negara tersebut. Masjid
sebagai salah satu usaha dalam menyatupadukan
masyarakat Madinah mahupun masyarakat luar.
Rasulullah menggunakan masjid tersebut untuk
mengadakan perjumpaan dan perbicaraan mengenai
masalah kepentingan ummah, mengatur kegiatan
sosioekonomi dan memberi penjelasan hukum bagi
sesuatu masalah. Jika dilihat dari sudut hubungan
antarabangsa, masjid merupakan tempat menerima
tetamu daripada ketua-ketua kabilah dan wakil-wakil
pemerintah negara asing. Umumnya, Rasulullah
menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran negara
kerana pada ketika itu semangat dan perkembangan
islam berpunca daripada masjid.

2. Pusat Pendidikan

Masjid dalam islam merupakan tempat yang terkenal
dengan pembentukan individu muslim dan masyarakat islam
sejak zaman Rasulullah lagi. Masjid dijadikan tempat untuk
menyebarkan ilmu pengetahuan.dalam buku “ Dhuha al-
Islam 11” karya Dr. Ahmad Amin, mengatakan :

“Pada masa itu masjid adalah merupakan institusi pelajaran
yang besar sekali. Masjid-masjid itu bukanlah merupakan
tempat-tempat ibadat (khusus) semata-mata bahkan banyak
perkara lain yang dijalankan di situ”

Ilmu yang disebarkan di masjid tidak terhad kepada
sesetengah lapisan masyarakat, namun ianya sesuai untuk
semua lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, dewasa
mahupun orang tua. Pembelajaran dan pengajaran yang
diajar di masjid ketika zaman Rasulullah meliputi dari aspek
membaca, menulis, bacaan al-Quran, hafalan hadis dan
belajar solat.

Kemunculan masjid yang dijadikan sebagai pusat
pendidikan telah berjaya melahirkan ramai ulama yang bijak
pandai dan terkemuka dalam dunia islam. Antara tokoh
islam yang sangat menonjol ialah Imam Malik, Imam Abu
Hanifah, Imam Syafi’e, Imam Ahmad Hambal dan Imam Al-
Ghazali. Bukan itu sahaja terdapat seorang tokoh dan
pakar dalam ilmu fiqh iaitu Rabiah al-Ra’yi. Beliau seorang
tenaga pengajar yang mengajar di masjid Madinah.
Diantara anak murid beliau yang terkenal ialah Malik Ibn
Anas, al_Lais Ibn Saad dan Yahya Ibn Sa’id al-Qasan.

Hasil daripada penjelasan dan beberapa bukti diatas, jelas
menunjukkan bahawa pendidikan bermula daripada masjid
yang dapat melahirkan ramai ilmuan terkemuka seterusnya
berkembang luas sehingga wujud banyak institusi-institusi
pendidikan yang lain.

3. Markas Ketenteraan dan Al-Riyadah

Pada zaman Rasulullah S.A.W salah satu peranan
masjid ialah mengukuhkan dan mempertahankan
kedaulatan agama Islam dan negara. Masjid al-Nabawi
dijadikan markas ketenteraan dan al- Riyadah agar
dapat menyatupadukan rakyat serta jauh daripada
ancaman musuh dari dalam dan luar negara.

Selain itu, bagi melahirkan individu yang sihat tubuh
badan dan minda cerdas, masjid juga dijadikan pusat
riyadah umat Islam Madinah kerana ianya mempunyai
kaitan dengan perkara-perkara ibadah dan
ketenteraan. Nabi Muhammad S.A.W merupakan ketua
urus tentera yang tertinggi dalam Islam.

Antara tugas baginda ialah mentadbir, mengatur dan
merancang beberapa strategi peperangan selaras
dengan teori-teori ketenteraan. Tugas-tugas tersebut
dilaksanakan oleh baginda di masjidnya sendiri sebagai
langkah persediaan awal baginda dalam melatih
perajurit Islam untuk menghadapi segala kemungkinan
yang akan berlaku terhadap keselamatan Islam,
bangsa dan negara.

4. Dewan Mesyuarat

al-Syura merupakan salah satu sumber hukum dalam Islam. Dalam al-
Quran telah ditetapkan bahawa al-Syura sebagai sandaran dan
pegangan yang wajib dilaksanakan dalam apa jua perkara yang
bersangkutan dengan hukuman, tindak-tanduk dalam agama, dunia
dan sebagainya. Berdasarkan firman Allah dalam Surah Ali-Imran:159,

‫َو َش اِو ْر ُه ْم ِف ي اَأْلْم ِر ۖ َف ِإَذ ا َع َزْم َت َف َت َو َّك ْل َع ىَل ِهَّللا ۚ ِإَّن َهَّللا ُيِح ُّب اْلُم َت َو ِّكِليَن‬

Maksudnya: Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu,
kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka
bertawakallah kalian kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai
orang yang bertawakal.

Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan baginda s.a.w supaya
mengajak umat Islam untuk bermesyuarat dalam urusan peperangan
dan hal-hal duniawi serta perkara lain seperti urusan politik, ekonomi,
kemasyarakatan dan lain-lain lagi. Selain itu, ayat tersebut juga
menerangkan tentang pemimpin yang berwibawa seperti Rasulullah
S.A.W yang juga merupakan seorang pemimpin pertama dunia yang
meletakkan dasar-dasar dalam hukum Islam yang berasaskan sistem
demokrasi dan musyawarah. Berdasarkan hal tersebut, dapat kita
simpulkan bahawa syura ialah asas pembinaan undang-undang atau
peraturan hukum Islam. Syura akan berlaku jika terdapat perkara-
perkara yang tidak ada padanya nas atau dalil al-Quran.

Walaupun baginda telah wafat, syura tetap diteruskan oleh pewaris-
pewaris pemerintahan Islam di Madinah khususnya. Sebagai contoh,
sahabat baginda Umar Ibnu Alkhatab pada zaman pemerintahannya
menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran Islam. Beliau telah
membina dua buah dewan di masjid Nabi S.A.W bertujuan untuk
memberi nasihat dan tempat persidangan sebagai salah satu usaha
beliau dalam mengukuhkan sistem syura dalam pentadbirannya.

Jelaslah bahawa masjid Nabawi sangat unggul dalam merealisasikan
sistem permesyuaratan atau syura dan sepatutnya dijadikan contoh
kepada pembinaan masjid pada zaman ini umpamanya menyediakan
kemudahan khusus seperti dewan mesyuarat bagi tujuan
persidangan dan lain-lain.

5. Kehakiman dan Perpaduan Ummah

Kunci utama ke arah perpaduan dan kesejahteraan hidup
masyarakat Madinah adalah berdasarkan konsep keadilan
dan persamaan dalam Islam. Hal yang demikian adalah
kerana, masjid yang dibina menjadi tempat umat Islam untuk
mengabdikan diri kepada Allah sebagai hamba yang ingin
meningkatkan takwa kepada-Nya. Semua manusia adalah
sama dan perkara yang membezakan manusia adalah takwa
kepada Allah.

Selain perpaduan ummah, masjid Nabawi juga berfungsi
sebagai pusat kehakiman. Seperti yang kita maklum, Nabi
Muhammad S.A.W merupakan ketua pemerintahan Islam dan
juga hakim yang mengendalikan kes-kes berkaitan sivil dan
jenayah. Pada masa itu, kota Madinah iaitu masjid Nabawi
menjadi pusat pemerintahan Daulah Islamiyyah. Baginda
melakukan urusan-urusan kehakiman serta tugas ketua
negara di masjid Nabawi.

Masjid Nabawi sebagai pusat kehakiman dengan prosedur
kehakimannya yang adil serta sebagai tempat perpaduan
ummah tidak dapat disangkal lagi. Masyarakat kini masih
menjadikan masjid Nabawi sebagai rujukan dan mahu
mengembalikan fungsi dan peranan masjid Nabawi dalam
segenap bidang.

5.0: Kesimpulan

Sesungguhnya kedudukan Masjid Al-Nabawi sebagai masjid kedua
tersuci dalam sejarah tamadun Islam tidak dapat disangkal oleh setiap
masyarakat khususnya umat Islam kerana hakikatnya masjid ini
telah banyak berjasa dan menyumbang kepada perkembangan dakwah
Islamiah serta kemajuan umat Islam sehingga kesucian dan
kemuliaan masjid ini tetap dipelihara sejak dahulu lagi sehingga kini.
Keistimewaan masjid yang terletak di pusat Madinah serta
mempunyai ruang yang mustajab untuk berdoa (Raudah) juga jelas
terbukti. Malah, Masjid Al-Nabawi ini juga telah dibangunkan sendiri
dengan tangan Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat semasa
hijrah baginda dari Makkah ke Madinah.

Tambahan juga, umum telah kita ketahui dan memahami bahawa
penubuhan Masjid Al-Nabawi bukan sahaja berfungsi bagi
menunaikan amal ibadat yang khusus seperti solat Jumaat dan
beriktikaf malah berperanan besar sebagai pusat pentadbiran negara,
pusat pendidikan dan penyebaran ilmu, dewan mesyuarat serta
markas ketenteraan dan Al-Riyadah. Oleh sebab itu, berlaku banyak di
sini kegiatan politik, perancangan kota, penentuan strategi askar, dan
sebagainya. Kemudian, tidak dapat dinafikan juga bahawa Rasulullah
S.A.W. telah mendirikan masjid ini untuk digunakan sebagai tempat
kesatuan umat dan memperkukuhkan ukhuwwah Islamiyyah serta
menjadi mercu tanda tamadun Islam. Antara faktor penarik tentang
masjid ini juga adalah terbukti melalui reka bentuk dan kesenian
binaannya yang indah pada ketika ini berbeza dengan pembinaannya
pada era awal Islam yang cuma beratapkan pelepah tamar.

Kesimpulannya, begitu banyak peranan dan sumbangan yang

pernah dimainkan oleh masjid Nabawi pada zaman Rasulullah

S.A.W. sehingga kini dan bukan hanya terhenti pada ibadat solat

dan aktiviti keagamaan sahaja. Oleh itu, kita haruslah

memelihara kesucian masjid ini dengan baik lantaran ia

merupakan tempat ibadah yang istimewa sepanjang

perjalanan sejarah dunia bermula dari zaman Nabi

Muhammad S.A.W. sehingga kini. Pemerkasaan masjid ini sudah

tentu penting bagi kita memantapkan lagi perjalanan dakwah

kepada umat Islam supaya keutuhan agama Islam terbela

dengan mengimarahkan masjid melalui amal ibadah yang

berterusan dan program-program yang bermanfaat.

6.0: Rujukan

1) Al-Bukhari, Imam Al-Hafiz Abi Abdullah Muhammad
Bin Ismail (2012). Sahih Bukhari Kitab Fadhlul Solat Fi
Masjid Makkah Al-Mukaramah Fi Bab Fadhlul Solat,
Baitul Afkar Dauliah.

2) Dr. Abd. Basit Abd. Rahman (2015). Madinah
Munawarrah : Kelebihan dan sejarah. Telaga Biru Sdn.
Bhd.

3) Abd. Manap, Ismail (1998) Peranan masjid menurut
Al-Sunnah : tumpuan utama kepada masjid-masjid di
Brunei Darussalam_Universiti Malaya

4) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - BAYAN LI AL-
HAJ SIRI 1: KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH 40 WAKTU DI
MASJID NABAWI (muftiwp.gov.my)


Click to View FlipBook Version