ELECTRICAL ENGINEERING
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK : KEBAIKAN RUMAH TERBUKA
PROJEK: MENGHASILKAN e-MAJALAH
NAMA & NO. PENDAFTARAN PELAJAR : NO. PENDAFTARAN
03DET20F1133
NAMA 03DET20F1158
MUHAMMAD AKMAL BIN MUHAMAD YUSOP. 03DET20F1115
MUHAMMAD AZIM BIN MOHAMAD FARIZ. 03DET20F1202
MUHAMMAD ADIB SYAHMI BIN MUHAMMAD AZAM. 03DET20F1052
MUHAMMAD FARHAN ADLI BIN HABIDI.
MUHAMMAD ADAM DANIAL BIN NOR AZMI.
NAMA PENSYARAH :
PN. MARDZIAH BT ABDULLAH PAKRI.
PENGENALAN
MENGERATKAN PERPADUAN KAUM DAN
HUBUNGAN SESAMA MASYARAKAT
• Kerana semua ahli masyarakat bebas untuk menyertai
rumah terbuka tanpa mengira kaum , bangsa dan etnik .
• Dapat mengumpulkan semua golongan dalam satu acara di
man kita dapat mengenali anatara satu sama lain dan
bersama–sama bergembiraa menyambut perayaan yang
dirai .
• Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh yang bermaksud
kita seharusnya bermuafakat dalam masyarakat agar visi
dan misi Negara dapat dilaksanakan seterusnya menjadikan
Negara kita konsisten dan berdaya saing dalam kemajuan
sejagat .
MENGENALI DAN MEMAHAMI BUDAYA KAUM
LAIN
• Dengan menghadiri rumah terbuka kita dapat melihat
pelbagai jenis juadah dan adat yang diamalkan dalam
perayaan kaum tersebut .
• Seperti perayaan Deepavali , penganut Hindu akan
menghiasi rumah mereka dengan sebuah “Kolam” yang
dibuat daripada tepung beras yang tidak diwarnakan dan
menjadi makanan untuk semut dan serangga .
MERAPATKAN SILATURAHIM DALAM
HUBUNGAN KEKELUARGAAN
• Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim
dalam hubungan kekeluargaan.
• Amalan rumah terbuka merupakan medan pertemuan yang paling
sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli
keluarga.
• Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan
akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu
dan pudar.
• Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan
akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan lesap dalam
kehidupan generasi akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-
saudara mereka.
• Situasi ini dapat mencerminkan yang tua dihormati, yang muda
disayangi. Jika amalan rumah terbuka di peringkat keluarga diadakan,
sudah pasti setiap unit keluarga asas dan keluarag terbuka akan
terpahat.
• Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya
tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan pada hari
perayaan.
MENJADI PRODUK PELANCONGAN NEGARA
• Negara yang mengutamakan keharmonian dalam pelbagai kaum .
Keunikan dan keindahan amalan rumah terbuka wajar
dikongsikan dipaparkan ke mata dunia .
• Dapat membuka mata pelancong tentang faedah menziarah .
MODAL KEAMANAN KEPADA DUNIA
• Menjadi contoh kepada dunia tentang kebaikkan ziarah-
menziarahi.
• Dapat membuktikan tentang kebaikkan keharmonian .
• Menunjukkan tentang kebaikkan amalan rumah terbuka dapat
membantu dalam keamanan negara dan kemajuan dalam
pelbagai industri.
• Amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan
identiti Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya,
rumah terbuka berlandaskan konsep seruan beragama dan adat
budaya kaum masing-masing.
• Perayaan masing-masing telah diasimilasikan sehingga
melahirkan budaya bangsa secara nasional. Senario ini bermakna
perayaan negara kita telah berkonsep ala-Malaysia.
Pertembungan budaya antara dua atau lebih budaya sebenarnya
membawa kepentingan kepada semua pihak.