SK BANDAR BARU RAWANG
48000 RAWANG, SELANGOR
MINIT MESYUARAT GURU BIL.1 /2019
TARIKH : 28 NOVEMBER 2018
HARI : RABU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SEBARAW
KEHADIRAN
Hadir :
1. Puan Nini Nafaizah bt Mokhtar (Guru Besar)
2. Puan.Zulaifah bt Mohammed Yussuf (PK Pentadbiran)
3. Encik Azhar bin Mohd Shah (PK HEM)
4. Puan Sharifah Kastinah bt H.M Kassim (PK KoKurikulum)
5. Puan Siti Yusriaty Bt Yussof
6. Puan Norhazliza Bt Husin
7. Puan Rohani Bt Ghazali
8. Puan Rosilah Bt Ibrahim
9. Puan Salmah Bt Kassim
10. Puan Faridah Bt Sher Mohamed
11. Puan Zarith Farhana Bt Zulkifli
12. Puan Zaitun Bt Mohamed
13. Puan Junaida Bt Ramli
14. Puan Ismadiha Bt Ismail
15. Encik Marzalan B Md. Ali
16. Encik Azman B Latiff
17. Puan Jurinah Bt Siron
18. Encik Jamaluddin B Marji
19. Encik Azrul Hisyam B Abu
20. Puan Nur Asma Bt Ghazali
21. Encik Mohd Fahrulrazi B Mat Zain
22. Puan Fazilah Bt Mat Yasin
23. Puan Fatimah Bivi Bt Moidunny
24. Puan Norasma Bt Yahya
25. Puan Nor Baizura Bt Mohd Ehwal
26. Puan Zahirah Shoba Bt Abdullah
27. Puan Noorshazlina Bt Zainal
28. Puan Aida bt Ibrahim
29. Puan Azimahtul Nadiah bt.Umoruddin
30. Puan Nor Adawiyah bt Ahmad Pudzi
31. Puan Nor Hayati bt Abu Jamin
32. Puan Azuraida bt Jaafar
33. Puan En. Mohamed Razali b Daud
34. Encik Ramlan b Abdullah
35. Puan Norhasnida bt Musa
36. Puan Roshazadiana bt Saaidin
37. Puan Yuziyana bt Kamarudin
38. Puan Rozlina bt Rosli
39. Puan Ruzaini bt Zakaria
1
40. Cik Hajjah Hasimah bt Ibrahim
41. Puan Nor Asiah bt Mahassan
42. Puan Rohayati bt Abd Latif
43. Puan Siti Nur Ashiqin Bt Yaacob
Tidak hadir bersebab :
1. Encik S.M Mahhudi bin Omar (PK PPKI)
2. Encik Muhamad Anizan B Mohd Fauzi
3. Puan Rusmiza Bt Mat Salleh
4. Puan Nurul Syazwani bt.Nordin
5. Puan Nurul Huda Bt Ishak
6. Encik Subky b Ramli
7. Encik Ahmad Faiz B Naupa
8. Puan Nurul Husna Abd Jamil
Urus Setia Mesyuarat : Puan Aida binti Ibrahim (Setiausaha)
AGENDA MESYUARAT
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI (PUAN NINI NAFAIZAH BT MOKHTAR)
1.1 Tuan pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Guru
Bil.1/2019.
1.2 Bacaan doa oleh Ustaz Ramlan bin Abdullah bagi memberkati majlis.
1.3 Beliau menyampaikan amanat dan berharap para guru agar dapat: sentiasa
berlapang dada semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab.Sentiasa
mengamalkan sikap positif tentang sesuatu perkara yang berlaku
dipersekitaran tempat kerja.
1.4 Sentiasa memastikan apa sahaja maklumat yang disalurkan melalui platform
media sosial seperti disiasat terlebih dahulu kesahihannya.
1.5 Berita atau perkara yang berlaku dalam kawasan sekolah usahlah disebarkan
ke pihak luar bagi mengelak berlakunya salah faham.
1.6 Warga sekolah digalakkan untuk menyebarkan maklumat yang positif sahaja
dan bukan yang sebaliknya.
1.7 Memohon kerjasama semua warga kerja sekolah agar sama-sama istiqomah
1.8 dan bekerjasama untuk menjayakan semua program yang diatur bagi tahun
1.9 2019.
1.10
Makluman
Tuan pengerusi memaklumkan mulai tahun 2019, setiap hari Isnin para guru
digalakkan untuk memakai pakaian mengikut tema warna yang ditetapkan. Ini
bagi melambangkan simbol kesatuan warga kerja dan menjadi contoh ukhwah
yang baik kepada murid-murid.
Tindakan: Semua guru
Para guru diminta mendaftar kehadiran dan pulang menggunakan punch kad
secara berhemah. Waktu persekolahan secara rasmi tamat pada pukul 1.20
petang, namun para guru dibenarkan pulang mulai jam 1.30 petang.
Makluman
Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah
merancang beberapa aktiviti sepanjang tahun 2019, antaranya;
1.10.1 Wayang pacak
1.10.2 Jualan gerai hari sukan
1.10.3 Jogathon
1.10.4 Perlawanan tarik tali
2
1.11 1.10.5 Karnival keusahawanan
1.12 1.10.6 Makan Malam Perdana
1.13 1.10.7 Bintang Sebaraw
1.10.8 Gotong – royong Perdana
Makluman
Sambutan Hari Guru untuk tahun 2019 akan dianjurkan oleh pihak PIBG
dengan kerjasama komuniti setempat.
Makluman
Mesyuarat Agung PIBG dijangka akan berlangsung pada 16 Februari 2019.
Apa sahaja perubahan akan dimaklumkan kelak.
Makluman
Mengikut perancangan pihak sekolah akan mengadakan Hari Komuniti pada 26
Januari 2019. Dalam majlis ini ketua-ketua komuniti akan dijemput ke sekolah
bagi menjalinkan dan mengeratkan silaturahim dengan para guru dan murid.
Makluman
1.14 Ahli jawatankuasa Kelab Guru dan Staf Sebaraw (KESTA) disarankan untuk
menyusun perancangan bagi menganjurkan lawatan ke Australia untuk Trip
2019.
Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT -
2.1 Disahkan oleh : Puan Ismadiha Bt Ismail
2.2 Disokong oleh : Encik Jamaluddin B Marji
3.0 PERKARA BERBANGKIT - Tiada
4.0 PERKARA BAHARU
4.1 UCAPAN PK PENTADBIRAN (PUAN ZULAIFAH BT MOHAMED YUSUFF)
4.1. Pn Zulaifah (PK Pentadbiran) mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua guru kerana dapat hadir ke Mesyuarat Kurikulum kali pertama
tahun 2019.
4.2 Terima kasih kepada semu guru dalam pelaksanaan program 2018.
Semoga pada tahun 2019 semua program yang dirancang berjalan
dengan lancar.
4.3 Ahli jawatankuasa unit kurikulum dan bidang tugas.
(seperti dalam Manual Pengurusan & Takwim Sekolah 2019)
Makluman
4.4 NKRA
4.4.1 Prasekolah - Pn. Nur Asma Ghazali memaklumkan Key
Performence Indexs (KPI) Prasekolah iaitu enrolman murid
100%. Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) ada
sedikit penambahbaikan.
4.1.2. Common European Framework of Reference for Languages
(CEFR) Bahasa Inggeris diteruskan seperti sebelumnya.
4.1.3 E-keberadaan murid dipantau oleh Pejabat Pendidikan Daerah
Gombak (PPDG). Guru perlu isi offline kehadiran setiap hujung
bulan.
4.1.4 Murid terlibat dengan aktiviti panitia sekolah dan aktiviti anjuran
PPDG.
4.1.5 Bilangan murid 2019 adalah 50 orang yang berumur 6 tahun.
3
Makluman
4.5 Program Literasi dan Numerasi (LINUS) - Linus telah dimansuhkan.
Makluman
4.6 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.7 Semua guru mesti ada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) mata pelajaran masing-masing.
4.8 Semua guru mesti ada borang pentaksiran ‘offline’ bagi mata pelajaran
yang diajar. Pentaksiran hendaklah dibuat dari masa ke semasa.
4.9 Guru Tahap 1 perlu ada borang pentaksiran PBD dan hendaklah menilai
murid mengikut tahap penguasaan dari masa ke masa.
4.10 PBD Tahun 3 hendaklah menggunakan tapak ‘offline’ yang boleh diambil
4.11 di laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).
Makluman
KETETAPAN 2019 - Seperti Manual Pengurusan & Takwim Sekolah
2019.
4.11.1 Pihak sekolah telah menetapkan masa persekolahan bagi tahun
2019 seperti berikut:
HARI TAHAP 1 TAHAP 2
ISNIN 7.30 pagi - 01.20 petang 7.30 pagi - 01.20 petang
SELASA 7.30 pagi - 12.50 petang 7.30 pagi - 01.20 petang
RABU 7.30 pagi - 12.20 petang 7.30 pagi - 12.50 petang
KHAMIS 7.30 pagi - 12.20 petang 7.30 pagi - 01.20 petang
JUMAAT 7.30 pagi - 12.20 petang 7.30 pagi - 12.20 petang
4.12 Bilangan mesyuarat ditetapkan empat kali setahun untuk semua unit.
4.13 Bilangan enrolmen asas sekolah: Tindakan:Semua setiausaha
PERKARA BILANGAN
Kelas Perdana 18 unit
Kelas PPKI 5 unit
Kelas Prasekolah 2 unit
Guru 56 orang
4.14 Waktu pertama pada hari Jumaat dikosongkan untuk bacaan Yassin.
Setiap kelas murid bercampur pelbagai aras.
4.15 Kedudukan kelas
KELAS BLOK ARAS
Tahun 1 B 2
Tahun 2 C 3
Tahun 3 C 2
Tahun 4 C
Tahun 5 C bawah
Tahun 6 C 1
4
4.16 Minggu persekolahan 2019 adalah 43 minggu persekolahan iaitu 37
minggu akademik dan 6 minggu bukan akademik termasuk minggu
Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT), Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)
dan Hari Anugerah Cemerlang (HAC).
4
4.17 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran
4.18 Tahunan (RPT) hendaklah mengikut minggu akademik dan selaras untuk
4.19 semua panitia.
Minggu akademik berbeza Tahap 1 dan Tahap 2. Minggu pertama Tahap
2 akan diadakan Program Maju Diri (PMD). RPH akan bermula pada
minggu kedua.
Makluman
Hal –Hal Lain
4.19.1 Penulisan kertas kerja perlu mengikut Sistem Pengurusan
Sekolah Kualiti (SPSK), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
(JPS). Makluman
4.2 UCAPAN PK HAL EHWAL MURID (ENCIK AZHAR BIN MOHD SHAH)
4.2.1 Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua
guru yang hadir dalam mesyuarat ini dan dapat melaksanakan
semua program sepanjang tahun 2018 dengan sebaik-baiknya
4.2.2 Ahli Jawatan kuasa Unit Hal Ehwal Murid (HEM) – rujuk Manual
Pengurusan & Takwim Sekolah 2019.
4.2.3 Disiplin Murid
4.2.3.1 Penambahbaikan tentang tahap disiplin murid.
4.2.3.2 Guru-guru perlu lebih ambil perhatian mengenai murid yang
datang lewat ke sekolah.
4.2.3.3 Tahun 2019 ada sedikit perubahan yang akan dilaksanakan
berkaitan disiplin murid.
4.2.3.4 Guru-guru juga perlu menegur murid yang suka berjalan sambil
menyeret kasut.
4.2.3.5 En. Azhar juga telah maklumkan kepada guru disiplin En. Azrul
supaya sediakan teks ikrar dan serahkan kepada pengawas
awal agar murid dapat mengafal teks supaya lancar dan tidak
perlu membaca teks.
Tindakan : Guru Disiplin/Semua guru
4.2.4 Pengurusan kelas dan bilik khas.
4.2.4.1 En. Azhar juga mengingatkan guru-guru kelas tentang
pengurusan kelas dan susun atur perabot pada tahun 2019 agar
lebih ceria dan teratur. Pintu kelas berasaskan Highly Immersive
Programme (HIP) akan dikekalkan.
4.2.4.2 Kunci-kunci bilik khas, guru perlu pulangkan kepada PKHEM
atau Ketua Kerani dan jika hilang perlu gantikan dengan yang
baharu.
4.2.4.3 Buku kawalan kelas perlu di isikan oleh guru mata pelajaran dan
perlu di bawa bersama-sama ke tempat Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc).
4.2.4.4 Guru waktu pertama perlu membawa murid dari tapak
perhimpunan ke kelas selepas perhimpunan.
Tindakan: Guru kelas /Bilik Khas
5
4.2.4.5 Bantuan Kewangan Awal Persekolahan (BKAP).
4.2.4.5.1 Pengurusan bantuan BKAP, guru kelas perlu bertindak
dengan baik supaya tiada keciciran berlaku.
4.2.4.5.2 Guru kelas bertanggungjawab memastikan siapa layak
dan tidak layak dan juga murid status HOME.
Tindakan:Guru kelas /Penyelaras BKAP
4.2.5 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
4.2.6 4.2.5.1 Tahun 2019, hanya sekali sahaja pemilihan dan guru kelas perlu
memastikan murid-murid yang betul layak sahaja yang dapat
KWAPM.
Tindakan: Guru kelas
Hal-Hal Lain
4.2.6.1 Kes-kes berkaitan keselamatan dan kesihatan murid, perlu
dilapor terus kepada guru besar jika PKHEM tiada. Guru
bertugas perlu menghubungi ibu atau bapa murid tersebut.
4.2.6.2 Ketua guru disiplin diminta menyediakan slip “Sila datang
sebelum 7.20 pagi”. Guru bertugas perlu menyerahkan slip
tersebut kepada murid yang datang selepas 7.20 pagi.
Tindakan: Semua guru & Ketuaguru disiplin
4.3 UCAPAN PK KOKURIKULUM (PN SHARIFAH KASTINAH BT HM KASSIM )
4.3.1 Ahli Jawatankuasa Unit Kokurikulum dan bidang tugas Makluman
- Rujuk Manual Pengurusan & Takwim Sekolah 2019
4.3.2 Kekerapan perjumpaan
4.3.2.1 Perjumpaan setiap Kelab dan Persatuan , Sukan Permainan dan
Badan Beruniform adalah sebanyak 12 kali setahun setiap unit.
Makluman
4.3.2.2 Bilangan perjumpaan Rumah Sukan mengikut Takwim Sekolah.
Makluman
4.3.2.3 Sasaran peratus kehadiran kokurikulum secara keseluruhan pada
Tahun 2019 adalah 91%. Makluman
4.3.3 Masa dan Rutin perjumpaan
4.3.4 4.3.3.1 Perjumpaan unit ialah setiap hari Rabu secara bergilir-gilir
mengikut waktu yang ditetapkan oleh sekolah iaitu pada jam 1:30
hingga 3:30 petang.
Makluman
4.3.3.2 Murid yang terlibat tidak dibenarkan balik dan mereka boleh makan
dan minum di kantin sekolah seterusnya solat Zuhur berjemaah di
dewan terbuka di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam.
Tindakan semua guru
Penglibatan Murid
4.3.4.1 Semua murid perdana Tahap 2 wajib terlibat dalam apa jua aktiviti
kokurikulum yang dirancang oleh pengurusan pentadbiran
sekolah.
Makluman
4.3.4.2 Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang berumur
10 tahun ke atas yang berkemampuan dan mendapat kebenaran
6
ibu bapa boleh terlibat dalam aktiviti kokurikulum secara inklusif
melalui program “Inklusif Kokurikulum”
Tindakan Guru PPKI
4.3.4.3 Penglibatan murid di peringkat luar sekolah sama ada anjuran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau agensi luar amat
digalakkan bertujuan untuk pemarkahan Pentaksiran Aktiviti
Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK).
Makluman
4.3.5 Pelaksanaan dan Penyertaan Aktiviti
4.3.5.1 Unit Kokurikulum wajib menganjur dan melaksanakan 3 daripada
aktiviti berikut setiap tahun iaitu Kejohanan Merentas Desa,
Kejohanan Sukan Tahunan dan Perkhemahan Perdana.
Makluman
4.3.5.2 Aktiviti sampingan lain yang turut digalakkan termasuklah
Kejohanan Luar Musim , Kem Kepimpinan Kokurikulum , Karnival
Unit Uniform (Perkhemahan Unit Uniform) , Majlis Anugerah
Kecemerlangan Ko , dan Lawatan ’Benchmark’.
Makluman
4.3.6 4.3.5.3 Guru Penasihat atau Jurulatih dan guru yang terlibat
dalam membentuk menyedia atau melatih pasukan sekolah
untuk penyertaan aktiviti ke peringkat Zon / Daerah / Negeri /
Kebangsaan atau Antarabangsa perlu menyediakan siri latihan
yang secukupnya untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap
aktiviti yang disertai.
Makluman
Pakaian
4.3.6.1 Guru dan murid harus memakai pakaian yang bersesuaian
mengikut aktiviti yang dijalankan serta menepati garis panduan :
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2007 Garis Panduan
Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum.
Makluman
4.3.7 4.3.6.2 Guru dan murid harus memakai pakaian sukan yang bersesuaian
dan mengikut arahan pengurusan pentadbiran sekolah.
Makluman
Rekod dan Pelaporan Aktiviti
4.3.7.1 Buku PAJSK dan Rekod Laporan Aktiviti Kokurikulum setiap unit
hendaklah dilengkapkan setiap kali perjumpaan diadakan.
Tindakan semua guru
4.3.7.2 Semua guru penasihat dan jurulatih pasukan sekolah hendaklah
membuat pelaporan bagi setiap aktiviti yang disertai dalam masa
1 minggu dari tarikh setelah selesai menyertai setiap aktiviti.
Tindakan semua guru
4.3.7.3 Pengisian data dalam Buku Rekod PAJSK hendaklah
dikemaskinikan oleh murid serta guru unit gerak kerja masing-
masing dengan pemantauan guru kelas mengikut panduan
berikut:
4.3.7.3.1 Murid - mengisi data dan maklumat asas murid
Tindakan: guru penasihat
7
4.3.7.3.2 Guru Pendidikan Jasmani - mengisi dan
melaksanakan Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan (SEGAK).
Tindakan: guru Pendidikan Jasmani
4.3.7.3.3 Guru Penasihat Unit - mengisi rekod kehadiran
dan aktiviti mengikut unit masing-masing
Tindakan: guru penasihat
4.3.7.3.4 Jurulatih / SU Ko / SU Sukan/ Guru Data Ko -
4.3.8 Hal- Hal Lain mengemaskinikan penyertaan pelajar diperingkat
Zon / Daerah / Negeri / Kebangsaan atau
Antarabangsa.
Tindakan Jurulatih / SU KOKU / SU SUKAN
4.3.8.1 Pengerusi mengharapkan agar guru-guru dapat memartabatkan
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang sebagai “Sekolah
Berwatak Kesenian” melalui pelbagai kemahiran dan pencapaian
sehingga peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
4.3.8.2 Mewujudkan peluang dan memberi bimbingan yang sama rata
kepada semua murid untuk mengembangkan potensi, mengasah
bakat kepimpinan, tanggungjawab serta peranan setiap individu
secara optimum dalam semua bidang kokurikulum dan sukan.
4.3.8.3 Mencungkil dan mengasah bakat murid dalam semua bidang
kokurikulum dan sukan. Memberi latihan yang sistematik serta
professional ke arah pencapaian tertinggi yang mampu dicapai.
4.3.8.4 Mewujudkan peluang penglibatan dalam pelbagai bidang pada
peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahu pun
antarabangsa sekurang-kurangnya sekali sebelum
meninggalkan alam sekolah rendah.
5.0 HAL-HAL LAIN Tiada
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru
dan pentadbir atas khidmat bakti dan pengorbanan untuk sekolah, anak-anak didik dan
keluarga. Diharap semua guru dapat memudahkan urusan sesama kita dan dapat
menjalankan tugas secara beradab dan sopan santun.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
Urusetia, 28 November 2018
Setiausaha Mesyuarat Guru,
SK Bandar Baru Rawang
8