The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noorshazlina Zainal, 2019-11-15 06:22:49

teks perasmi

teks perasmi

SK BANDAR BARU RAWANG

TEKS UCAPAN PERASMIAN
YBHG TUAN JUHARI BIN AZMI

PENGARAH SEKSYEN
PENGURUSAN PERKHIDMATAN IKN

SEMPENA
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Tarikh:
19 NOVEMBER 2019

(SELASA)

Masa:
9.00 PAGI

Tempat:
DEWAN PELANGI SK BANDAR BARU RAWANG

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
 Alhamdullillahirrabil ‘al-lamin Wassolatu Wassola Mu’Ala ‘Asyrafil Anbia Iwalmursalin Wa’ala

Alihi Wasohbihi ajamain.
 Terima kasih kepada saudara Pengacara Majlis;

 Yang Berusaha Puan Nini Nafaizah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Rawang

 Yang Dihormati DiPertua PIBG SK Bandar Rawang, En Khairulrejjal bin Mohd Yussof

 Yang Dihormati Naib Yang DiPertua PIBG SK Bandar Rawang, En Mohd Syukri bin Abdullah

 Yang berusaha Tuan Haji Mohd Ghazali bin Hj Anuar Guru Penolong Kanan Pentadbiran

 Yang berusaha En Azhar Mohd Shah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 Yang Berusa Puan Syarifah Kastinah Bt H.M Habib Kassim Guru Penolong Kanan

Ko-Kurikulum

 Yang Berusaha En S.M Mahhudi bin Omar Guru Penolong Kanan PPKI

 Guru-guru. Ahli jawatankuasa PIBG, ibu bapa dan penjaga serta seluruh pelajar SK Bandar
Baru Rawang yang disayangi sekalian.

1. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat hadir ke
Majlis Anugerah Cemerlang SK Bandar Baru Rawang bagi tahun 2019. Terima kasih saya
kepada pihak PIBG serta sekolah yang menjemput saya untuk hadir ke majlis ini. Saya juga
ingin merakamkan ucapan tahniah kepada barisan guru-guru yang dibantu oleh
jawatankuasa PIBG yang bertungkus lumus merealisasikan majlis ini. Tidak dilupakan
ucapan terima kasih atas kehadiran para ibu bapa pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran
ibu bapa mencerminkan komitmen dan hubungan silaturahim yang baik antara ibu bapa dan
pihak sekolah.

2. Tuan-tuan & puan-puan yang dihormati,
Sebenarnya, kehadiran ibu bapa pada majlis seperti ini membuktikan bahawa ibu bapa
mempunya sikap responsif dan sensitiviti yang tinggi terhadap isu-isu yang melibatkan anak-anak
mereka. Kepekaan dan keprihatinan inilah yang akan menjadi aspirasi dan pendorong yang
paling bermakna buat anak-anak kita agar berusaha lebih gigih bagi mencapai prestasi tinggi dan
cemerlang, di sekolah baik dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum.

3. Kejayaan anak-anak tidak akan dapat dicapai tanpa usaha gigih dan komitmen yang tinggi dalam
kalangan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan yang utama usaha pelajar itu sendiri. Justeru,
permuafakatan sangat penting antara ibu bapa dan guru menerusi PIBG. Hubungan yang erat dan
mesra, diiringi kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru diibaratkan seperti aur dengan
tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama ini sudah pasti menjadi pendorong
dan pemudah cara dalam setiap usaha ke arah kemajuan anak-anak kita sebagai tonggak masa
hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan,
4. Peranan PIBG, tidak dapat dinafikan dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian sekolah

dalam pelbagai bidang seperti akademik, kokurikulum, pembangunan fizikal dan pembentukan
modal insan. Ibu bapa haruslah peka dan membantu kepimpinan PIBG supaya dapat membentuk
satu pasukan yang mantap untuk menghadapi cabaran era globalisasi ini, kerana PIBG
merupakan satu wahana yang amat berkesan bagi ibu bapa berbincang dan memberi pandangan
yang perlu demi kecemerlangan akademik anak-anak, pun tidak dilupakan peranan dan
pengorbanan guru amatlah besar, yang telah menjadikan semua manusia menjadi orang yang
mampu berfikir, bertindak dan mewarnai dunia di luar sana.

Hadirin sekalian,
5. Besarlah harapan saya agar ibu bapa serta guru-guru berganding bahu bagi memastikan

kejayaan anak-anak didik SK Bandar Baru Rawang.
Akhir kata, saya mengucapkan syabas kepada guru-guru sekolah ini, atas komitmen yang
ditunjukkan. Kejayaan anak-anak adalah simbol kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang
terjalinkan antara kita semua. Mudah-mudahan semangat dan komitmen yang tinggi akan dapat
ditingkatkan lagi supaya sekolah akan mencapai kejayaan lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang.
Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana Majlis
Anugerah Cemerlang SK Bandar Baru Rawang bagi tahun 2019 khususnya Guru Besar Pn Nini
Nafaizah bt Mokhtar , dan seluruh pihak yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan majlis ini.

Dengan lafaz Bismilahirahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang
SK Bandar Baru Rawang bagi tahun 2019.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, wassalamuaikum w.b.t


Click to View FlipBook Version