The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aty_129, 2020-02-04 20:04:23

BUKU PERATURAN MGS edisi 2020

BUKU PERATURAN MGS edisi 2020

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PEREMPUAN METHODIST, KUANTAN.

NAMA MAKING GREAT SUCCESSES
TINGKATAN
PERATURAN –PERATURAN
SEKOLAH

:
:

Edisi 2020

Maklumat Peribadi :
Nama :
Tingkatan :
Alamat Rumah :
Nombor Telefon :
No Kad Pengenalan :
Tarikh Lahir

MISI DAN VISI

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI,

INSAN TERDIDIK,
NEGARA SEJAHTERA.

MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN

YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA.

MOTO SEKOLAH

“From Darkness to Light”

Maksudnya ilmu yang diperoleh boleh
menerangi kejahilan selaras dengan
aspirasi sekolah yang menekankan
kecemerlangan dalam segala aspek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN
KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU
SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN
INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK,
ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN
DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI
MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU
PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN, BERAKHLAK MULIA,
BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI
KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN
TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA,
MASYARAKAT DAN NEGARA.

RASIONAL LENCANA

 BENTUK-Perisai
 MOTO-Ilmu Menerangi Kejahilan
 BUKU-Sebagai sumber mendapatkan ilmu pengetahuan.
 OBOR-Menunjukkan cahaya menerangi pengetahuan

kebenaran, inspirasi dan kejayaan sekolah
 WARNA BIRU-Melambangkan kebenaran dan kualiti
 WARNA KUNING-Semangat dan keyakinan untuk

berjuang mencapai kejayaan

IKRAR MURID

BAHAWASANYA KAMI MURID-MURID SMK (P) METHODIST,
KUANTAN, DENGAN INI BERJANJI DAN BERIKRAR:

 AKAN BELAJAR DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH
 MENGAMBIL BAHAGIAN YANG AKTIF DALAM AKTIVITI

KOKURIKULUM
 MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH
 MENJAGA DISIPLIN DAN NAMA BAIK SEKOLAH DEMI

KECEMERLANGAN DIRI, KELUARGA, SEKOLAH, DAN
NEGARA.

ADAB MURID DI SEKOLAH

1. Berpakaian seragam sekolah lengkap, bersih, kemas, dan mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.

2. Bersopan, berdisiplin dan mengikut peraturan-peraturan di dalam / di luar sekolah.
3. Bertanggungjawab mengguna dan menjaga harta benda sekolah.
4. Menjaga kebersihan kelas, sekolah, dan persekitaran.
5. Mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan syarat-syarat pelaksanaan aktiviti kokurikulum

serta mengikut kriteria kelas / persekitaran yang ditetapkan.
6. Mematuhi peraturan-peraturan kantin, perpustakaan, makmal, dan bilik-bilik khas lain.

“BERDISIPLIN BERHARMONI TANGGA KEJAYAAN”

HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN TERHADAP MURID

1. Amaran
 Atas budi bicara Pengetua jika kesalahan itu kurang wajar dikenakan hukuman lebih berat.

2. Denda
 Terpulang kepada pertimbangan Pengetua.
 Perlu mengambil kira kemampuan murid untuk membayar denda sejajar dengan wang saku

murid.
 Pastikan denda tidak dibayar oleh ibu bapa.

3. Penahanan Dalam Kelas ( Kelas Tahanan )
 Untuk mengawal murid daripada melanggar peraturan sekolah.
 Cara: Menafikan peluang murid itu untuk menikmati atau menggunakan masa lapangnya di

sekolah.
 Aktiviti penahanan mestilah berfaedah dan membina.

4. Gantung Persekolahan
 Bersifat sementara dan dalam jangka masa yang berpatutan.
 Dikenakan apabila murid berkelakuan liar/tidak terkawal dan mengganggu sehingga perlu

diasingkan dari sekolah.
 Pengetua boleh mengarahkan hukuman penggantungan sementara menunggu hasil siasatan

atau atas kesalahan yang difikirkan perlu.

5. Buang Daripada Sekolah
 Dikenakan ke atas mana-mana murid yang melakukan salah laku secara berulang kali dan

didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya dibuat oleh Pengetua.
 Tingkah laku murid mendatangkan gangguan serius kepada murid lain dan keseluruhan

disiplin sekolah.
 Ponteng sekolah secara berterusan selama 31 hari dan berkala 60 hari.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST
KUANTAN

PERATURAN SEKOLAH

Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah disemai, dipupuk dan disuburkan ciri-ciri baik
pembentukan sikap dan peribadi juga pertumbuhan fizikal yang sempurna. Beberapa peraturan dan
undang-undang perlu bagi kesejahteraan individu dan masyarakat sekolah ini. Patuhi dan hayatilah
undang-undang dan peraturan-peraturan berikut bagi kepentingan diri, kebaikan masyarakat sekolah
dan keharmonian hidup bangsa dan negara.

1.0 PAKAIAN
Berpakaian seragam sekolah lengkap pada hari-hari persekolahan, menghadiri
kelas-kelas dan aktiviti / tugas sekolah / mewakili sekolah iaitu dengan;

1.1 Tanda nama (name tag). Nama samaran tidak dibenarkan.

1.2 Stoking
1.2.1 Panjang melebihi paras buku lali dan TIDAK melebihi 15 cm dari
tapak kaki.
1.2.2 Berwarna putih/hitam keseluruhannya ( tidak termasuk bahagian tapak
kaki ).
1.2.3 Stoking yang nipis dan jarang serta pendek TIDAK dibenarkan.

1.3 Kasut
1.3.1 Jenis kanvas yang berwarna putih atau hitam.
1.3.2 Murid-murid tidak dibenarkan memakai kasut jenis PVC sepenuhnya.
1.3.3 Tidak banyak corak dan sesuai untuk murid sekolah.
1.3.4 Tali kasut mesti diikat di hadapan.
1.3.5 Kasut-kasut sukan tidak dibenarkan pada waktu persekolahan dan
aktiviti sekolah (kecuali pada hari sukan).
Murid yang tidak boleh memakai kasut atas sebab-sebab
kecederaan dikehendaki memakai sandal dan memaklumkan
kepada guru disiplin.

1.4 Pakaian sekolah
1.4.1 Pinafore berwarna biru, kemeja putih berkolar tajam, berlengan pendek
(tidak boleh dilipat).
1.4.2 Pinafore MESTI dipakai bersama dengan tali leher.
1.4.3 Murid-murid DIWAJIBKAN memakai kain dalam.
1.4.4 Panjang skirt mestilah melepasi paras lutut. Skirt kembang payung
TIDAK dibenarkan.
1.4.5 Semua pengawas pusat sumber dan pengawas sekolah yang memakai
baju kemeja lengan panjang dikehendaki melipat lengan baju sehingga
paras siku sekiranya perlu.
1.4.6 Bagi murid yang memakai baju kurung pula DILARANG melipat lengan
baju kurung.
1.4.7 Murid-murid tidak dibenarkan menila baju sehingga kelihatan biru.

Panduan Bentuk dan Ukuran Pakaian Seragam
(Pinafore Sahaja) bagi Sekolah Menengah

Contoh Pakaian Seragam Murid Perempuan
Memakai ‘Pinafore’ dan ‘Blouse’

1.4.8 Murid-murid Islam dibenarkan memakai baju kurung tradisional (tanpa
cekak di pergelangan tangan) dan kain biru bersusun. Kain biru yang
dipakai mestilah menutupi buku lali.
Baju hendaklah dikenakan butang tetapi jenis ‘brooch’ TIDAK dibenarkan.

1.4.9 Murid-murid Islam yang memakai baju kurung tradisional dibenarkan
memakai sarung lengan berwarna hitam dan coklat tanpa berenda.
Contoh Pakaian Seragam Murid Perempuan
Berbaju Kurung dan Berkain Sarung serta
Bertelekung Mini

Panduan Bentuk Pakaian Seragam
(Baju Kurung Berkekek)

Panduan Bentuk Pakaian Seragam
(Kain Sarung)

(Dipakai dengan Baju Kurung Berkekek atau Baju Kurung Pesak Gantung)

1.4.9 Baju dan kain hendaklah daripada jenis kain yang tidak jarang.
1.5 Tudung

1.5.1 Murid-murid Islam digalakkan memakai tudung.
1.5.2 Para murid Islam diwajibkan memakai anak tudung berwarna putih

sepenuhnya. Anak tudung yang berwarna hitam TIDAK DIBENARKAN kecuali
pada hari kokurikulum mengikut unit masing-masing.
1.5.3 Murid DILARANG memakai anak tudung separuh dan jenis ‘lace’.
1.5.4 Jika bermini telekung, hendaklah berbentuk segi tiga paras bahu dan
menutupi bahagian dada. Murid dilarang memakai tudung yang pendek dan
singkat (bahagian hadapan dan belakang).
1.5.5 Tudung untuk aktiviti kokurikulum mestilah berwarna putih/hitam tanpa
corak.
1.6 Pakaian bagi pendidikan jasmani ialah seluar trek sekolah dan kemeja T sekolah.
Tidak dibenarkan memakai “scarf”.
1.7 Pakaian bagi semua aktiviti kokurikulum sama ada di dalam atau di luar sekolah ialah
pakaian PJ/rumah sukan/jersi pasukan sekolah/persatuan lengkap bertudung putih/hitam
dengan kasut sekolah dan stoking putih/hitam.
Kasut sukan hanya dibenarkan untuk latihan sukan/hari sukan dan dengan kebenaran
guru sahaja.
1.8 Pemakaian baju dalam (coli) yang berwarna-warni dan pelbagai corak DILARANG.
1.8.1 Murid yang memakai baju kurung MESTI memakai baju alas dan kain dalam.
1.9 Murid yang hadir ke sekolah untuk kelas tambahan atau aktiviti sekolah pada hari Sabtu
dan cuti sekolah, mesti berpakaian PJ, pakaian kokurikulum sekolah, atau T – shirt rumah
sukan serta bertudung putih/hitam dan berkasut sekolah/sukan.
1.10 Murid-murid tidak dibenarkan memakai pakaian PJ dari rumah pada waktu persekolahan
(kecuali ada waktu PJK dalam jadual waktu). Walau bagaimanapun murid-murid wajib
memakai uniform sekolah yang lengkap ketika perhimpunan rasmi.

KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN DIRI

2.0 RAMBUT
2.1 Rambut hendaklah bersih dan didandan kemas.
2.2 Rambut panjang melebihi 6 inci hendaklah diikat tocang dan dijalin kemas.
2.3 Murid-murid yang ingin menyimpan fringe diwajibkan memakai klip rambut, fringe mesti
diklip dengan kemas.
2.4 Rambut pendek hendaklah TIDAK melebihi kolar dan potongan hadapan (fringe) TIDAK
menyentuh kening. Pengetua berhak memotong rambut tanpa amaran.
2.5 Riben atau getah kain yang berwarna putih, biru muda (royal blue) dan hitam sahaja
dibenarkan.
2.6 Klip jenis ‘bobbie clip’ dan hitam sahaja dibenarkan.
2.7 Murid-murid dilarang keras menginai atau mewarnakan rambut.

3.0 AKSESORI

3.1 Barang-barang kemas TIDAK dibenarkan kecuali subang kecil jenis ‘studs’ sahaja.
3.1.1 Murid hanya dibenarkan memakai sepasang subang sahaja.
3.1.2 Murid-murid hanya dibenarkan memakai subang studs kecil dan ‘plain’ pada
lubang paling bawah.
3.1.3 Subang cincin tidak dibenarkan kecuali yang bermasalah memakai ‘studs’ dan
mendapat kebenaran pihak sekolah.
3.1.4 Murid-murid tidak dibenarkan memakai subang pada hidung.

3.2 Murid-murid TIDAK dibenarkan memakai jam tangan pintar.
3.3 Murid-murid yang hendak memakai rantai atau gelang yang berkaitan dengan agama

perlu memaklumkan pihak sekolah melalui surat kepada PK HEM.
3.4 Murid-murid DILARANG memakai kanta lekap kecuali mempunyai surat rujukan doktor.

4.0 KUKU

4.1 Kuku mestilah sentiasa pendek. Jika didapati berkuku panjang, pengawas boleh
mengarahkannya untuk memotong kuku pada masa itu juga dengan bayaran denda
sebanyak RM 0.20 untuk satu jari walaupun murid tersebut menggunakan pengetip kuku
sendiri.

4.2 Murid-murid TIDAK dibenarkan mewarna atau memakai varnish kuku.
4.3 Murid-murid juga DILARANG menginai kuku atau tangan kecuali atas alasan kesihatan.

5.0 KEHADIRAN KE SEKOLAH

5.1 Kehadiran ke sekolah adalah diwajibkan.
5.2 Kehadiran akan diambil pada waktu ‘homeroom’.
5.3 Murid yang tidak hadir atas alasan tertentu mesti menyerahkan surat ibu bapa/penjaga/

surat akuan doktor kepada guru kelas. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan
murid tersebut dianggap ‘ponteng sekolah’.
5.4 Surat daripada ibu bapa/penjaga hanya diterima maksimum sebanyak 3 kali.
5.5 Tindakan disiplin terhadap mereka yang ponteng adalah seperti berikut:

SURAT HARI TIDAK HADIR (P) HARI TIDAK HADIR (P) BUKAN
BERTURUT – TURUT BERTURUT - TURUT
Amaran Pertama
Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
Amaran Kedua
7 hari selepas Amaran 10 hari lagi selepas Amaran
Amaran Terakhir Pertama Pertama
7 hari selepas Amaran 20 hari lagi selepas Amaran
Buang Sekolah Kedua Kedua
Jumlah Hari Tidak 14 hari selepas Amaran 20 hari lagi selepas Amaran
Hadir Terakhir Terakhir

31 Hari 60 hari lagi bukan berturut- turut

Catatan:
1. Murid dianggap tidak hadir sekiranya balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran.
2. Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah dalam aktiviti kokurikulum.

5.6 Murid yang tidak dapat mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani/Sukan hendaklah
mengemukakan Surat Akuan Doktor.

5.7 Kehadiran untuk setiap perhimpunan adalah wajib.
5.8 Kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib

dihadiri. Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sebelum bermulanya kelas
tambahan/gantian.
5.9 Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua,
Penolong Kanan atau guru bertugas.
5.10 Murid yang hendak ke klinik / hospital hendaklah mendapat kebenaran Pengetua/PK
HEM/guru bertugas.
5.11 Murid yang lewat datang ke sekolah kerana hari hujan atau kelewatan bas akan
dipertimbangkan. Mana-mana murid yang sengaja datang lewat ke sekolah akan
dikenakan tindakan disiplin seperti jadual di bawah:

SURAT HARI LEWAT (BERTURUT- HARI LEWAT (TIDAK BERTURUT-
TURUT) TURUT)
Amaran Pertama
Amaran Kedua Pada hari ke 5 Pada hari ke-12
Amaran Terakhir
Gantung Sekolah 10 hari selepas Amaran Pertama 20 hari selepas Amaran Pertama

15 hari selepas Amaran Kedua 30 hari selepas Amaran Kedua

20 hari selepas Amaran Terakhir 40 hari selepas Amaran Terakhir

6.0 TATATERTIB DAN SOPAN SANTUN

6.1 Murid-murid hendaklah memberi hormat kepada guru-guru, kakitangan sekolah dan
tetamu apabila berjumpa mereka dan bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan.

6.2 Menggunakan bahasa yang sopan setiap kali berinteraksi.

7.0 PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN HARTA BENDA

7.1 Murid-murid TIDAK dibenarkan:
7.1.1 Bersandar pada dinding/railing atau meletakkan tapak kaki pada dinding
semasa beratur.
7.1.2 Duduk di atas kerusi yang bertindih di dewan atau berdiri di atas kerusi.
7.1.3 Menconteng dinding atau meja, kerusi yang digunakan atau peralatan yang lain.
7.1.4 Membawa wang yang banyak atau barangan yang berharga ke sekolah.
Pihak sekolah TIDAK bertanggungjawab atas sebarang kehilangan tersebut.
Namun semua kehilangan hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas
secepat mungkin.
7.1.5 Menyalahgunakan papan kenyataan sekolah.

7.1.6 Duduk di atas bahu pentas dewan.
7.1.7 Menggunakan piano/organ dan barang-barang berharga tanpa kebenaran.
7.1.8 Membawa telefon bimbit ke sekolah pada hari persekolahan kecuali pada hari

Sabtu yang bukan hari persekolahan dengan kebenaran guru.

KALI TEMPOH RAMPASAN BAYARAN
Pertama Telefon bimbit hanya boleh dituntut selepas RM 10.00
seminggu dari tarikh rampasan oleh penjaga
Kedua melalui Pengetua/PK HEM. RM 10.00
Ketiga dan RM 10.00
seterusnya Telefon bimbit hanya boleh dituntut selepas
sebulan dari tarikh rampasan oleh penjaga
melalui Pengetua/PK HEM.

Telefon bimbit hanya boleh dituntut pada hujung
tahun oleh penjaga melalui Pengetua/PK HEM.

7.1.9 Suis lampu, suis kipas dan pili air hendaklah ditutup selepas digunakan.
Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan oleh ketua kelas kepada guru kelas.

7.1.10 Barangan yang tidak boleh dibawa ke sekolah. Sekiranya dirampas, tindakan
yang akan dikenakan adalah seperti berikut:

BOLEH DITUNTUT TIDAK BOLEH DITUNTUT & AKAN DIBUANG
Barang kemas atau barang Bahan bacaan
yang sebagai hiasan  Majalah hiburan
 Komik
 Gelang *bahan bacaan yang tidak berunsurkan ilmu atau
keagamaan dan mempunyai unsur-unsur lucah
 Rantai akan dirampas
 Cincin Makanan
 Gula-gula
 Makanan ringan
 Mee segera
Barang yang berkaitan dengan pemakaian
 Kerongsang
 Pengikat rambut selain warna hitam, biru dan

putih
 Cekak rambut yang selain daripada warna

hitam sepenuhnya.
Alat solek
 Lipstik berwarna

 Minyak wangi
 Set alat solek
Alat tulis
 Liquid paper
 Pisau atau bahan yang tajam (kecuali dengan

arahan guru)

KEBERSIHAN SEKOLAH.

8.0 Kebersihan kawasan.

8.1 Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.
8.2 Murid tidak dibenarkan memetik atau merosakkan pokok bunga di kawasan sekolah.

9.0 Kebersihan Tandas

9.1 Tentukan tandas ditarik ‘flush’nya, lantai kering, tisu dan helaian rambut TIDAK tertinggal di
sinki serta sampah dibuang ke dalam tong yang disediakan.

9.2 Pastikan semua sinki berada dalam keadaan bersih pada setiap masa.
9.3 Dilarang membuang ‘pad’ yang telah digunakan di merata-rata tempat kecuali di tong

‘sanitact’.
9.4 Murid tidak dibenarkan pergi ke tandas antara jam 7.30 pagi hingga 7.40 pagi (homeroom)

kecuali kecemasan.
9.5 Murid tidak dibenarkan membasuh peralatan seni di sinki tandas.

10.0 Kebersihan Kelas.

10.1 Kerusi dan meja hendaklah diatur kemas, lantai termasuk koridor disapu bersih.
10.2 Bakul sampah hendaklah dialas dengan plastik dan dikosongkan sebelum waktu terakhir
PdP pada setiap hari persekolahan.
10.3 Bahagian dalam meja murid mestilah dikosongkan (tiada sampah/buku).
10.4 Alatan seperti penyapu, penyodok sampah dan bakul sampah hendaklah disusun di
penjuru kanan bahagian belakang kelas.
10.5 Almari kelas hanya boleh digunakan untuk menyimpan peralatan kelas sahaja.
10.6 Papan kenyataan kelas mestilah dipenuhkan dengan artikel yang bersesuaian.
10.7 Meja guru mestilah sentiasa bersih dan kemas.
10.8 Tingkap hendaklah dilap setiap hari.

11.0 Kebersihan Kantin

11.1 Murid-murid dikehendaki:
10.1.1 Menjaga kebersihan lantai, sinki dan persekitaran kantin.
11.2 10.1.2 Meletak mangkuk, piring dan gelas ke dalam bekas yang disediakan.
11.3 10.1.3 Beratur semasa membeli makanan dan minuman.
10.1.4 Jika berlaku sebarang tumpahan makanan/minuman, murid dikehendaki
11.4
11.5 membersihkan tempat tumpahan tersebut.
Murid-murid TIDAK dibenarkan membeli makanan dari luar pada waktu sekolah.
Makanan dan minuman yang dibeli di kantin dan di koperasi hanya boleh dimakan dan
diminum di kantin dan di hadapan koperasi sahaja. Makanan dan minuman dari kantin tidak
boleh dibawa ke koperasi dan sebaliknya.
11.3.1 Murid DILARANG membawa makanan dan minuman yang dibeli di kantin dan di

koperasi ke dalam kelas kecuali air mineral.
11.3.2 Murid DILARANG makan dan minum sambil berjalan.
Murid-murid tidak dibenarkan berada di kantin selepas pukul 7:20 pagi.
Bagi murid-murid yang membawa bekal dari rumah, dikehendaki membawa sudu dan garfu
sendiri.

PERGERAKAN DI DALAM/LUAR KAWASAN SEKOLAH

12.0 PERGERAKAN DI DALAM SEKOLAH

12.1 Pergerakan antara kelas ke padang atau makmal hendaklah dalam barisan berdua-dua
dengan cepat dan sentiasa senyap.
12.2 Murid dikehendaki menaiki tangga mengikut sebelah kiri dalam barisan satu-satu.
12.3 Murid dikehendaki menggunakan laluan berbumbung/gajah menyusu ketika masuk dan keluar
dari kawasan sekolah.
12.4 Murid-murid DILARANG:
12.4.1 Melalui dewan dan kelas-kelas yang menjalani peperiksaan awam ketika aktiviti

sedang dijalankan.
12.4.2 Berada dan berkumpul di dalam kelas, tangga, koridor dan lobi pada waktu rehat.
12.4.3 Memanggil keluar murid dari kelas lain pada waktu belajar atau menyampaikan

pesanan kecuali dengan arahan Pengetua atau guru-guru.

13.0 PERGERAKAN DI LUAR SEKOLAH

13.1 Murid-murid yang menaiki kereta mesti memastikan kereta mereka tidak memasuki
13.2 kawasan sekolah walaupun pada hari hujan.
13.3 Murid-murid yang berbasikal atau bermotosikal hendaklah meletakkan basikal/motosikal di
tempat letak basikal berdekatan makmal.
Murid-murid DILARANG menggunakan nama sekolah dan dokumen sekolah untuk sebarang
aktiviti persendirian.

14.0 KELAB / PERSATUAN DAN KEGIATAN LUAR

14.1 Semua murid sekolah TIDAK dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang
kegiatan luar atau mewakili pertubuhan / badan-badan luar dalam pertandingan /
14.2 aktiviti tanpa kebenaran bertulis daripada pihak sekolah.
Ahli persatuan / kelab sekolah TIDAK dibenarkan merancang lawatan tanpa kebenaran
14.3 Pengetua. Lawatan yang dirancang hendaklah mematuhi syarat-syarat yang
14.4 ditetapkan.
14.5 Semua lawatan hendaklah diiringi oleh guru-guru.
Surat-menyurat kepada badan-badan luar mesti melalui Pengetua.
Sebarang aktiviti sekolah mesti dijalankan di bawah pengawasan guru.

15.0 PENGGUNAAN BAHASA

15.1 Penggunaan bahasa:
Isnin – Khamis: Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Jumaat :Bahasa Inggeris sahaja

Murid-murid akan dikenakan denda RM 0.30 jika menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Cina,
Tamil dan lain-lain pada hari Jumaat.
Murid-murid akan dikenakan denda RM 0.50 jika menggunakan Bahasa Cina, Tamil dan lain-
lain pada hari Isnin – Khamis.

16.0 LAIN-LAIN

16.1 Murid-murid tidak dibenarkan bersolek ke sekolah.
16.2 Semua murid setibanya ke sekolah hendaklah terus masuk ke kawasan sekolah.
16.3 Murid-murid hanya dibenarkan meninggalkan / meletakkan beg di rak yang disediakan di Sudut
Ilmu dan Persada Ilmu semasa ‘stayback’. Pengawas boleh merampas barangan yang tidak
16.4 diletakkan ditempat yang sepatutnya.
Semua surat peribadi murid-murid yang dialamatkan ke sekolah terlebih dahulu akan dibuka
oleh Puan Pengetua.

16.5 Ibu bapa/Penjaga yang hendak menemui murid dikehendaki berurusan di pejabat sekolah.
Ibu bapa/Penjaga TIDAK DIBENARKAN pergi ke kelas anak/anak jagaan mereka.
Hanya Ibu bapa/Penjaga yang sah sahaja dibenarkan untuk membawa balik anak-anak bagi
kes kecemasan.

16.6 Buku- buku latihan untuk kerja sekolah hendaklah dibeli daripada pihak sekolah sahaja. Buku-
buku latihan sekolah lain TIDAK dibenarkan.

16.7 Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali menyertai kumpulan – kumpulan luar seperti Black
Metal, Hip Hop, Rappers, Break Dance atau pertubuhan-pertubuhan luar yang lain.

16.8 Murid-murid tidak dibenarkan membawa pemadam cecair (liquid paper) kecuali Correction
Tape.

16.9 Murid-murid diwajibkan membawa buku peraturan setiap hari dan disimpan di dalam poket
pinafore dan baju kurung pada setiap masa.

16.10 Murid-murid dibenarkan membawa pakaian lain untuk tujuan persembahan dengan kebenaran
guru.

16.11 Murid-murid tidak dibenarkan mencukur, mencabut atau merapikan bulu kening serta
memanjangkan bulu mata. Pemakaian bulu mata palsu juga dilarang.

16.12 Murid-murid tidak dibenarkan bekerja pada waktu persekolahan.
16.13 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan sebarang buku di kawasan sekolah. Buku yang

ditinggalkan akan dirampas dan dikenakan denda/demerit.
16.14 Murid-murid tidak dibenarkan memasang kipas atau lampu di dewan sekiranya tiada aktiviti.
16.15 Murid-murid tidak dibenarkan membawa alat-alat tajam seperti pisau kecuali dengan

kebenaran guru untuk aktiviti pembelajaran atau kokurikulum.
16.16 Murid-murid yang melanggar peraturan sekolah, salah lakunya akan dicatat dalam kad salah

laku. Murid akan dikenakan bayaran RM 1.00 bagi setiap kad.
16.17 Murid-murid wajib mematuhi peraturan makmal, bengkel, bilik masakan, makmal ICT, musolla

dan pusat sumber sekolah yang telah ditetapkan dan dimaklumkan oleh pihak sekolah.

TINDAKAN DISIPLIN

Sesiapa yang didapati melanggar undang-undang sekolah akan dikenakan tindakan disiplin selepas
diberi amaran. Bagi kesalahan yang didapati berat seperti Lampiran (1), kes akan dibincangkan
dalam mesyuarat Lembaga Disiplin. Hasil mesyuarat Lembaga Disiplin akan dirujuk kepada
Pengetua untuk tindakan yang selanjutnya.
Pihak sekolah juga akan mengenakan denda berdasarkan sistem demerit bagi kesalahan-kesalahan
yang lain, rujuk lampiran (2).

LAMPIRAN (1)

KES BERAT

Murid-murid yang melakukan kesalahan di bawah boleh digantung dan dihukum buang sekolah.

1. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau/rokok, mengambil
dadah dan larangan pengunaan rokok elektronik atau vape di sekolah
(Surat Siaran Bil. 6/1975, Bil. 7/1975 dan Bil. 17/2015)

2. Mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan Pengetua, guru, kakitangan sekolah,
pengawas dan murid.

3. Membawa dan menggunakan senjata atau alat berbahaya.
4. Mencuri, merompok, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
5. Mencabul kehormatan guru atau murid, melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii, melacur

dan menjadi bohsia/bohjan atau pondan/transgender.
6. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
7. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
8. Mengedar, memiliki, membawa, mempamer, mencetak, menulis dan melukis perkataan atau

gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
9. Melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan politik, judi, minum minuman keras atau

memabukkan, jenayah, kumpulan haram, kumpulan samseng, peras ugut, kongsi gelap dan
sebagainya.
10. Berdua-duan/bercumbu /berkhalwat dan perbuatan yang mempunyai unsur lesbian dalam
kawasan sekolah.
11. Berkelakuan buruk seperti mencuri, menipu, menghasut dan sebagainya.
12. Menimbulkan/mencetuskan isu-isu sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan
perpecahan kaum.
13. Menyertai sebarang bentuk pertandingan ratu cantik, model atau pertunjukan fesyen.
14. Bertunang/bernikah/mengandung ketika sedang bersekolah.
15. Sengaja merosakkan harta sekolah/kerajaan, harta persendirian, harta guru-guru atau murid-
murid.
16. Menggunakan facebook, instagram, dan media sosial lain untuk memburukkan sekolah,
guru-guru dan kakitangan sekolah.
17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara
Pengetua sebagai pelancaran tatatertib yang berat.
18. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak
berturut-turut) selama 60 hari /selama 1 tahun sesi persekolahan.
19. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana sebanyak tiga kali.
20. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin
Sekolah.

Langkah-langkah berikut akan di ambil:

1. Memberi amaran akhir kepada murid. Murid dirujuk kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah. Ibu bapa/penjaga dipanggil untuk sesi perbincangan.

2. Penggantungan (7 atau 14 hari persekolahan)
Salinan surat penggantungan akan dihantar kepada ibu bapa/penjaga, PIBG dan Bahagian
Hal Ewal Murid di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Ibu bapa/penjaga diminta hadir ke
sekolah bersama anak/anak jagaan apabila tamat tempoh penggantungan untuk
menandatangani surat perjanjian.

KESALAHAN BERAT DIMERIT 10

1. Menyebabkan atau melakukan pergaduhan atau kekerasan.
2. Biadap/melawan guru, kakitangan sekolah dan pengawas.
3. Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap murid lain secara fizikal atau melalui

laman sosial.
4. Mengintai murid/guru lelaki atau perempuan.
5. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
6. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan

budaya dan nilai-nilai masyarakat Malaysia.
7. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah,

Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.
8. Mengganggu atau menjejaskan kuasa Pengetua atau guru yang menjalankan tugas.
9. Membawa masuk tetamu dari luar ke dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran pihak

sekolah.
10. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
11. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat/mencarut.
12. Makan dan minum di khalayak ramai di bulan puasa (Islam).
13. Tidak menghormati lagu-lagu, bendera, jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
14. Meniru tandatangan ibu bapa/penjaga, guru-guru dan mengubah markah ujian/peperiksaan.
15. Memalsukan sijil cuti sakit.
15. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Ahli Jawatankuasa Disiplin

Sekolah.

KESALAHAN DEMERIT 6

1. Tidak amanah, menipu, berbohong atau meniru ketika ujian atau penilaian atau peperiksaan.
2. Ponteng kelas, sekolah, perhimpunan, acara rasmi sekolah atau aktiviti kokurikulum.
3. Berada dalam kelas lain sewaktu PdP dijalankan.
4. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk, ‘skin head’ atau berwarna.
5. Menconteng harta benda sekolah.
6. Memakai barang kemas.
7. Memakai subang berlebihan daripada satu pada cuping telinga.
8. Membawa sebarang alat multimedia/komunikasi ke sekolah tanpa kebenaran.
9. Mengganggu ketenteraman waktu PdP, perhimpunan, peperiksaan atau majlis rasmi.
10. Mengganggu atau mengusik murid lain secara keterlaluan.
11. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
12. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin

Sekolah.

KESALAHAN RINGAN DEMERIT 4

1. Bermain dalam bilik darjah atau koridor.
2. Menyimpan, menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah/sekolah

dan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
3. Membawa atau memakai alat solek, pewarna kuku, menginai kuku dan yang seumpamanya.
4. Makan dan minum dalam bilik darjah, makmal, bengkel atau kawasan larangan.
5. Melakukan pembaziran elektrik dan air.
6. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau betul (termasuk baju alas dan kain

dalam).
7. Memakai baju PJK atau sukan semasa perhimpunan rasmi tanpa kebenaran.
8. Membawa pakaian luar ke sekolah tanpa kebenaran
9. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran contoh, tidak membawa buku, tidak

membuat kerja rumah, tidak memberikan perhatian dalam kelas semasa PdP atau
seumpamanya.
10. Meninggalkan sebarang buku di kawasan sekolah.
11. Datang lewat ke sekolah (direkod dalam SSDM jika melebihi 7.30 pagi).
12. Lewat bergerak ke perhimpunan, kelas, bengkel atau makmal.
13. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
14. Bercakap dalam perhimpunan atau semasa berbaris.
15. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran dan
dalam keadaan yang membahayakan.
16. Melanggar peraturan keselamatan jalan raya. Contohnya memandu kenderaan tanpa lesen.
17. Mengotorkan/membuang sampah di merata-rata tempat, kelas atau kawasan sekolah.
18. Tidak duduk mengikut pelan kelas atau tidak mengikut arahan guru.
19. Membawa media cetak dan elektronik yang berunsurkan hiburan atau lucah.
20. Kekemasan rambut yang tidak mengikut peraturan sekolah.
21. Tidak memakai tanda nama, tali leher dan lencana sekolah atau menggunakan tanda nama
samaran/tanda nama murid lain.
22. Tidak memberi kerjasama kepada guru-guru dan kakitangan sekolah
23. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin
Sekolah.



Mulai 2019 ,

 Sistem demerit akan diperkemaskan.
 Tebusan markah demerit diselia oleh Badan Disiplin dan Pengawas
 Pengawas dan guru boleh memberi markah demerit.

 Markah demerit akan mengikut senarai yang diedarkan.
 Prosedur mengeluarkan surat amaran kepada ibu bapa mengikut jadual di bawah :

Markah Merit pada Awal 100 -
Tahun 80-99
Amaran Hijau 60-79 Boleh ditebus melalui kerja amal dengan
<59 mana-mana guru.
Amaran Kuning Boleh ditebus melalui kerja amal dengan
mana-mana guru.
Amaran Merah Hanya boleh di tebus melalui Badan Disiplin
dan Pengawas.

Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist,
Jalan Gambut,
25000 Kuantan.

Tuan/Puan,

Peraturan Sekolah

Saya ……………………………………… ibu bapa/penjaga kepada…………………………….
Tingkatan …………
telah membaca dan faham tentang peraturan sekolah ini.
Saya berjanji akan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk memantapkan disiplin di sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

………………………..
Tandatangan ibu bapa / penjaga
Tarikh : …………………

SCHOOL SONG

March along school girls of MGS
Singing and tell all the world your story.

Out to win, girls,
But quick to smile girls,
If fortune fails you in the games.

Rules obey, girls,
And be of aid girls,
And up the grade, girls,
And crown your school with glory.
Everyone loyal to MGS
Surely we’ll make our school proud of your name.

March along school girls of MGS
Singing and tell all the world our story.

It is pluck girls,
And not good luck girls,
That brings success into the games.

We must work girls,
And must not shirk girls,
Lest dangers lurk girls,
And crown our school with glory.
All as one, loyal to MGS
Surely we’ll make our school proud of our name!

RUKUNEGARA

MAKA KAMI,
RAKYAT MALAYSIA BERIKRAR
AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA

DAN USAHA KAMI
UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT

BERDASARKAN ATAS
PRINSIP-PRINSIP BERIKUT:-

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Click to View FlipBook Version