The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kursus Resital Tari ADP1234 merupakan subjek praktikal yang memerlukan kesemua pelajar Diploma Tari tahun akhir untuk mereka, koordinasi, mendemostari dan menubuhkan sebuah Persembahan Akhir Resital Tari. Projek akhir ini merupakan sebuah produksi yang dikendalikan oleh pelajar Diploma Tari. Pelajar juga dikehendaki untuk bergiat aktif di dalam proses produksi ini dimana ianya melibatkan perancangan, latihan dan persediaan yang cukup untuk membentangkan setiap repertoir persembahan yang akan dibawa semasa persembahan akhir yang dikenali sebagai Resital Tari ataupun ResTar. ResTar'23 ini akan menampilkan sebanyak 27 orang pelajar tahun akhir program Diploma Tari yang akan dinilai mengikut kriteria tertentu yang telah ditetapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pearl Eidan, 2023-03-13 23:38:32

Buku Program ResTar'23

Kursus Resital Tari ADP1234 merupakan subjek praktikal yang memerlukan kesemua pelajar Diploma Tari tahun akhir untuk mereka, koordinasi, mendemostari dan menubuhkan sebuah Persembahan Akhir Resital Tari. Projek akhir ini merupakan sebuah produksi yang dikendalikan oleh pelajar Diploma Tari. Pelajar juga dikehendaki untuk bergiat aktif di dalam proses produksi ini dimana ianya melibatkan perancangan, latihan dan persediaan yang cukup untuk membentangkan setiap repertoir persembahan yang akan dibawa semasa persembahan akhir yang dikenali sebagai Resital Tari ataupun ResTar. ResTar'23 ini akan menampilkan sebanyak 27 orang pelajar tahun akhir program Diploma Tari yang akan dinilai mengikut kriteria tertentu yang telah ditetapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

UCAPAN ALUAN Salam sejahtera, pertama sekali saya selaku Pengarah ResTar’2023 ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana telah memberkati segala perihal yang berlangsung sepanjang proses pelaksanaan Resital Tari 2023. Dengan rendah hati, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan dan amanat yang diberikan kepada saya untuk menjadi pengarah Resital Tari 2023. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya yang telah menggembleng tenaga dalam menjayakan resital ini. Tanpa mereka tidak akan belayarnya kapal di lautan dengan hanya seorang nakhoda. Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang menjadi tulang belakang untuk menjayakan Resital Tari secara langsung mahupunsecaratidak langsung. Meskipun pelbagai halangan yang dihadapi tetapi kami dari pihak produksi sentiasa cakna dan tabah demi kelangsungan resital ini. Selangit terima kasih diucapkan juga kepada ibu bapa, barisan pensyarah dan pengurusan universiti atas selaut kasih sayang, pengorbanan dan sokongan dalam menjayakanproduksi ini. Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk meninggalkan legasi kami sebagai Anak Kandung Suluh Budiman di Universiti yang cukup bertuah ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan maju jaya kepada rakan-rakan saya agar sentiasa sukses dan bersinar terutamanya didalamduniasenipersembahan. JOSHUA GUNDI ANAK SIRAI Pengarah ResTar'23


Kursus Resital Tari ADP1234 merupakan subjek praktikal yang memerlukan kesemua pelajar Diploma Tari tahun akhir untuk mereka, koordinasi, mendemostari dan menubuhkan sebuah Persembahan Akhir Resital Tari. Projek akhir ini merupakan sebuah produksi yang dikendalikan oleh pelajar Diploma Tari. Pelajar juga dikehendaki untuk bergiat aktif di dalam proses produksi ini dimana ianya melibatkan perancangan, latihan dan persediaan yang cukup untuk membentangkan setiap repertoir persembahan yang akan dibawa semasa persembahan akhir yang dikenali sebagai Resital Tari ataupun ResTar. ResTar'23 ini akan menampilkan sebanyak 27 orang pelajar tahun akhir program Diploma Tari yang akan dinilai mengikut kriteria tertentu yang telah ditetapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran. PENGENALAN


Terinai Layang Mas merupakan tarian yang dicipta berdasarkan lagu dengan nama yang sama, diiringi dengan irama rancak dan mempunyai daya tarikan desa. Tarian ini menggambarkan pergerakan burung layang-layang yang terbang dengan riang di atas sawah padi berwarna emas. Terinai Layang Mas ini mempunyai pengaruh daripada tarian Changgong dan budaya Siam. Terinai Layang Mas ini merupakan ciptaan oleh Dr. Zamin Haroon semasa majlis perkahwinan Tuanku Syed Sirajuddin dengan Tuanku Tengku Fauziah yang ketika itu menyandang gelaran Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis (1977). TERINAI LAYANG MAS KOREOGRAFER : Encik Mohd Fauzi bin AmiruDdin Penasihat : Encik Abdul Hamid bin Chan Terinai Layang Mas is a dance that was originally choreographed to the tune of the same name; it has a lively rhythm and an endearingly rural appearance. The moves of this dance resemble the beautiful flight of swallows across a field of golden rice. This Terinai Layang Mas has had an impact on both Changgong dance and Siamese culture. Terinai Layang Mas was developed by Dr Zamin Haroon for the wedding of the thencurrent Raja Muda and Raja Puan Muda of Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin and Tuanku Tengku Fauziah (1977). Tarian ini di gelar Terinai Dewa Raja kerana dahulunya negeri Perlis dinamakan indera kayangan dan tempat tersebut merupakan tempat berkelah dan bersuka ria bagi raja – raja dan sultan. Tarian ini adalah sebuah tarian istana yang sangat indah dikatakan berasal dari improvisasi pergerakan silat. Di samping itu, dalam tarian ini terdapat pengaruh daripada siam yang digunakan dalam postura, gestura dan pergerakannya. Tarian ini juga hanya dipersembahkan oleh penari lelaki sahaja. Dalam tarian Terinai Dewa Raja, mempunyai keistimewaan tersendiri kerana menggunakan canggai atau kuku untuk menunjukkan konsep kedewaan dalam tarian ini. TERINAI Dewa RAJA Terinai Dewa Raja is derived from the fact that the present-day state of Perlis was formerly known as Indera Kayangan, a popular picnic and celebration location for kings and sultans. This dance, which was originally based on the improvisation of silat methods, is a spectacular example of palace dance. In addition, the Siamese are acknowledged to have impacted the dance's stance, gestures, and movements, which are performed exclusively by men. Unique to the Terinai Dewa Raja dance is the symbolic use of Canggai, or nails, to represent the heavenly notion. KOREOGRAFER : Encik Mohd Fauzi bin AmiruDdin Penasihat : Encik Abdul Hamid bin Chan


Tarian ini di gelar Terinai Dewa Raja kerana dahulunya negeri Perlis dinamakan indera kayangan dan tempat tersebut merupakan tempat berkelah dan bersuka ria bagi raja – raja dan sultan. Tarian ini adalah sebuah tarian istana yang sangat indah dikatakan berasal dari improvisasi pergerakan silat. Di samping itu, dalam tarian ini terdapat pengaruh daripada siam yang digunakan dalam postura, gestura dan pergerakannya. Tarian ini juga hanya dipersembahkan oleh penari lelaki sahaja. Dalam tarian Terinai Dewa Raja, mempunyai keistimewaan tersendiri kerana menggunakan canggai atau kuku untuk menunjukkan konsep kedewaan dalam tarian ini. TERINAI Dewa RAJA Terinai Dewa Raja is derived from the fact that the present-day state of Perlis was formerly known as Indera Kayangan, a popular picnic and celebration location for kings and sultans. This dance, which was originally based on the improvisation of silat methods, is a spectacular example of palace dance. In addition, the Siamese are acknowledged to have impacted the dance's stance, gestures, and movements, which are performed exclusively by men. Unique to the Terinai Dewa Raja dance is the symbolic use of Canggai, or nails, to represent the heavenly notion. KOREOGRAFER : Encik Mohd Fauzi bin AmiruDdin Penasihat : Encik Abdul Hamid bin Chan


Muar ialah sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan budaya, dicirikan oleh gabungan unik seni bina eklektik/pelbagai dan klasik. Dari segi sejarah, ia merupakan pusat ajaran Islam yang terkenal, dengan beberapa madrasah (sekolah agama Islam) terletak di pinggir bandarnya. Pusat-pusat ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunan genre tarian dan muzik Melayu tradisional yang dikenali sebagai Zapin, melalui pengenalan bahasa Arab zaffin oleh imam dan ulama dan pedagang Arab yang melawat. Orang Melayu yang bersekolah di sekolah ini kemudiannya menggayakan, memperibadikan dan menyebarkan genre tersebut, menghasilkan gaya Zapin yang kaya dan pelbagai yang terdapat di Muar hari ini. Pameran warisan budaya ini adalah persembahan Langkahan Muar yang menampilkan gabungan lima gaya Zapin berbeza dari pelbagai bahagian di Muar. Disusun dan di koreografi dengan teliti, ia bermula dengan Zapin Parit Sakai dan berakhir dengan Zapin Lenga, yang terakhir dianggap sebagai bentuk Zapin tertua di Johor. Persembahan itu juga merangkumi Zapin Ginjat/Dinjat, Zapin Pat Lipat, dan Zapin Mahpom, serta diiringi lagu-lagu zapin yang terkenal dan berlambang seperti Ya Ladan, Semerah Padi, Bunga Hutan, dan Lancang Kuning. Persembahan ini merupakan tafsiran semula koreografi intipati gaya persembahan Melayu tradisional yang dikenali sebagai Zapin Utama. Ia merapatkan jurang antara penghibur dan penonton dan pada masa yang sama meraikan keseronokan bersama dan menyaksikan keindahan persembahan permainan Zapin. ZAPIN Muar is a town steeped in history and rich culture, characterized by its unique blend of eclectic and classical architecture. Historically, it was a prominent center for Islamic teachings, with a number of madrasahs (Islamic religious schools) located on the outskirts of its townships. These centers played a significant role in the development of the traditional Malay dance and music genre known as Zapin, through the introduction of Arabic zaffin by imams and visiting Arab scholars and traders. The Malays who attended these schools later stylized, personalized, and propagated the genre, resulting in the rich and diverse Zapin styles that are found in Muar today. The Langkahan Muar performance is a showcase of this cultural heritage, featuring a medley of five different Zapin styles from various parts of Muar. Carefully arranged and choreographed, it begins with Zapin Parit Sakai and ends with Zapin Lenga, the latter of which is considered the oldest form of Zapin in Johor. The performance also includes Zapin Ginjat/Dinjat, Zapin Pat Lipat, and Zapin Mahpom, and is accompanied by infamous and emblematic zapin songs such as Ya Ladan, Semerah Padi, Bunga Hutan, and Lancang Kuning. This performance is a choreographic reinterpretation of the essence of the traditional Malay performative style known as Main Zapin. It breaks down the boundaries between performers and audience, while celebrating the communal enjoyment and pleasure of Zapin play-performance. KOREOGRAFER : Encik Hafzan Zannie BIN Hamza PeMBANTU KOREOGRAFER : MOHAMAD FAIZ IQMAL BIN MOHTAR


Kancet Lasan merupakan tarian tradisional masyarakat Orang Ulu yang hanya dipersembahkan secara solo oleh penari lelaki sahaja, ia mempunyai sifat kegagahan dan pergerakan yang memukau. Keunikan dan kehebatan Kancet Lasan ini bergantung kepada pembawaan dalaman penari Kancet lasan untuk menghasilkan pergerakan yang memukau. Tarian ini biasanya berbentuk berbagai-bagai pergerakan yang menggambarkan kegagahan dan kepantasan seorang pahlawan yang keluar memburu musuh untuk mendapatkan kepala. 'Lasan' mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat dan membawa makna seperti tapak atau lokasi pertempuran, pentas atau tempat berehat atau sekadar merujuk kepada satu pondok untuk berehat. KANCET LASAN Penyusun Tari : Joshua Gundi ANAK SIRAI & BALQIS JANE AYESHA BINTI MOHD QHAIRULL BAIN Penasihat : Encik Abdul Hamid bin Chan The Orang Ulu community's traditional dance, Kancet Lasan, is only performed by male dancers and has a fascinating quality of bravery and movement. To create their mesmerising motions, Kancet Lasan dancers must draw on their own unique and remarkable qualities. This dance is performed in a variety of ways, each of which is meant to evoke the speed and bravery of a warrior on the search for his enemy's head. 'Lasan' can mean several different things depending on the context, including the location of a battle, a stage, a place to rest, or a simple hut in which to do so. Datun Julud adalah sebuah tarian yang hanya dipersembahkan oleh penari-penari wanita suku kaum Orang Ulu khususnya dari etnik Kenyah dan Kayan. Kebiasaanya Datun Julud akan dipersembahkan semasa keramaian, menyambut tetamu atau pesta-pesta tahunan komuniti Orang Ulu. Penari wanita akan dihiasi dengan prop di tangan iaitu ‘Kirip’. Tarian Ini diiringi alat muzik tradsional suku kaum Orang Ulu iaitu ‘Sape’. DATUN JULUD Datun Julud is a dance perform by Orang Ulu women, typically those of the Kenyah dan Kayan subtribes. Datun Julud is typically performed for large audiences, as a means of welcoming visitors, or at the Orang Ulu community's annual festivities. The dancers' hands, or "Kirip," will be adorned with various decorations. The Orang Ulu's traditional 'Sape' instrument will serve as the musical backdrop for this dance. Penyusun Tari : Joshua Gundi ANAK SIRAI & BALQIS JANE AYESHA BINTI MOHD QHAIRULL BAIN Penasihat : Encik Abdul Hamid bin Chan


Tarian Dansa amat popular di kalangan masyarakat Cocos. Perkataan ‘Dansa’ ini berasal daripada perkataan ‘dance’ yang bermaksud tarian atau menari dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, tarian ini mempamerkan ciri-ciri tarian barat seperti hentakan kaki, pergerakan yang berkait tangan dan berada di dalam bulatan sambil berpegangan tangan. Sejarah timbulnya tarian Dansa ini bermula sebaik sahaja orang-orang dari Kepulauan Jawa dan juga orang-orang serantau Asia yang telah dibawa ke Kepulauan Cocos bagi memperkenalkan tarian-tarian orang Inggeris dan Scottish yang telah diubahsuai mengikut keadaan semasa. Tarian Dansa ini dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan mahupun keramaian sebagai satu bentuk hiburan disamping dapat merapatkan hubungan antara masyarakat. DANSA COCOS Penyusun Tari : Mackenzy ANAK RODZA & Zahiratul Afiqah BINTI ZAENAL ABIDIN Penasihat : Encik Abdul Hamid bin Chan This dance is highly well-liked within the Cocos community. The name "Dansa" is derived from "dance," which in English means "dancing." Consequently, this dance demonstrates the characteristics of western dancing, including foot stomping, hand-to-hand moves, and holding hands in a circle. People from the Java Islands and the Asian region were brought to the Cocos Islands to promote modified versions of English and Scottish dances. This dance is performed during weddings and feasts as a kind of entertainment, as well as a means of bridging communal relationships.


Tarian Tempurung direka oleh En. Md. Ali Iskak (Alias Danny) pada tahun 1974 untuk Kompleks Kebudayaan Kebangsaan. Inspirasi tarian ini adalah daripada irama Tumbuk Kalang yang berasal dari Negeri Sembilan dan tarian ini menggunakan alatan-alatan seperti pukulan alu dan lesung, pukulan buluh dan hulu sebagai pelengkap bunyi dalam Tarian Tempurung ini. Para penari akan membuat pergerakan seperti mengikis, membuat ketukan pada tempurung. serta, membuat ketukan pada buluh dan hulu. Oleh disebabkan ketukan-ketukan tersebut, terhasillah irama-irama yang menarik. Tarian ini boleh dikatakan tarian yang berirama laju yang ditarikan oleh penari lelaki dan wanita. TEMPURUNG Penyusun Tari : Muhammad Syahmi BIN ZAINI & Farisya NUR Dania BINTI MOHD NIZAM Penasihat : Encik Abdul Hamid bin Chan 1974 was the year that Mr. Md. Ali Iskak created the Tempurung dance for the National Cultural Complex. This dance was inspired by the rhythm of Tumbuk Kalang, which originated in Negeri Sembilan, and this dance employs instruments such as a pestle and mortar, bamboo, and hulu blows to create the accompanying noises. The dancers will do actions such as scraping, tapping on the shell, and banging bamboos. Because of these impacts, upbeat beats are generated. This dance is a quick, rhythmic dance performed by both men and women. Ayam Didik merupakan gelaran kepada ayam yang dipelihara dan dimanja-manjakan. Unsur tarian ini adalah tarian yang memperlihatkan kemanjaan para penarinya serta digandingkan dengan lagunya iaitu 'Ayam Didik' yang amat memikat hati dan mesra didengar. Ayam Didik juga merupakan sebuah tarian yang rancak dan menimbulkan kemesraan kepada pasangan penari kerana mereka saling bergurausenda dan cuba memikat antara satu sama lain. AYAM DIDIK Ayam Didik is the term given to chickens who are raised with exceptional care. The music "Ayam Didik," which is extremely alluring and intimate to hear, is paired with this dance element, which depicts the dancers receiving lavish attention. Ayam Didik is another chaotic dance in which the dancers tease and attempt to entice each other, thus creating a more intimate relationship. Penyusun Tari : Muhammad Amirul BIN BAHRI & Nurul Athirah Najlaa BINTI MOHAMMAD NASRUN Penasihat : Encik Abdul Hamid bin Chan


Don’t let the fear of blindness or vision loss hold you back. Woke Up Blind Koreografer: En. Raziman bin Sarbini Komposer Muzik: Troissoeur Jangan biarkan rasa takut akan kebutaan atau kehilangan penglihatan menghalang anda. Inspiration derived from the playing card leaves. How it is shuffled and then distributed to the player, as well as the card's regulations. This choreography is abstract and lacks a discernible narrative. It is primarily a pure dance. Exploration of movements, shapes, and pictures considers the texture and colour of the leaves in addition to shapes such as hearts, diamonds, shovels, and clubs. Full House Inspirasi daripada daun terup itu sendiri. Bagaimana Ianya dikocok dan seterusnya diberikan kepada pemain serta aturan kad. Koreografi ini berbentuk abstrak tanpa ada penceritaan yang jelas. Ianya lebih kepada pure dance. Eksplorasi pergerakan, bentuk Dan imej adalah mengambil kira tekstur dan warna pada daun terup serta bentuk seperti hearts, diamond, spade dan clubs. Koreografer: En. Mohd Fauzi bin AmirudDin Komposer Muzik: Irina Taib A game of CHANCE (like life) - Pick up your last card or you are out


BIODATA PELAJAR J O S H U A G U N D I S I R A I B i n t u l u , S a r a w a k Joshua berminat dalam bidang tari seawal umur 5 Tahun dan meneruskan bakatnya ke sekolah Seni Malaysia Sarawak. Sepanjang pengajian di UPSI, beliau telah mengikuti pelbagai persembahan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya, National Danceday (2022) dan Reimagine and Reconnect: Indo-Pacific Synergies Through the Lens of Culture (2022). M I C H E A L A M I N G A N A K M A N J A S A R I K E I , S A R A W A K Micheal mula menceburi bidang Tari sejak berumur 10 tahun di sekolah rendah. Seterusnya, beliau banyak menyertai bengkel Kebudayaan dan meneruskan penglibatan dalam Pertandingan di peringkat sekolah menengah. Antara penglibatan Micheal di UPSI termasuklah Festival Filem Pelajar Malaysia (2022), Persembahan Pembukaan untuk Album Joget : Made in Malaysia (2022), dan Persembahan Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun (2022). P E A R L E I D A N A N A K F R E D I E L S I B U , S A R A W A K Pearl berminat dalam bidang tari seawal umur 6 tahun. Seterusnya Pearl juga banyak melibatkan diri dalam persembahan tari semasa sekolah menengah. Antara penglibatan beliau di UPSI termasuklah Persembahan Majlis Hari Raya Aidilfitri (2022), Majlis Jasamu Dikenang (2022), Festival Filem Pelajar Malaysia (2022), Persembahan Pembukaan untuk Album Joget : Made in Malaysia (2022), Persembahan Pembukaan Mak Yong Book Festival (2022) dan Majlis Santapan Diraja (2022).


N U R I N A F I Q A H B I N T I R O Z M A N B A L I K P U L A U , P U L A U P I N A N G Nurin mempunyai minat yang mendalam dalam bidang tari sejak kecil, lebih-lebih lagi dalam genre hiphop. Nurin juga pernah menyertai Persembahan Khas Sukan antara IPT (2022). N U R U L A T H I R A H N A J L A A B I N T I M O H A M M A D N A S R U N S E R E M B A N , N E G E R I S E M B IL A N Athirah berminat dalam bidang tari seawal umur 4 tahun disebabkan sentiasa mengikut abangnya membuat persembahan dan pertandingan. Athirah pernah menyertai Pertandingan Festival of Colours of the World (FESCO) (2022), Festival Filem Pelajar Malaysia (2022), Persembahan Pembukaan untuk Album Joget : Made in Malaysia (2022), Persembahan Ronggeng bersama NusPARC (2022) dan Majlis Santapan Diraja (2022). M A C K E N Z Y A N A K R O D Z A K U C H I N G , S A R A W A K Mackenzy bergiat aktif dalam seni persembahan tari semasa di sekolah rendah dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Seni Malaysia Sarawak. Penglibatan terbesar Mackenzy ialah Muara Festival, Singapore (2019), International Youth Culture Arts Festival dan Dance World Qualifier (2019), Dance In Diversity KLPAC (2022), Festival Filem Pelajar Malaysia (2022) dan Persembahan Pembukaan untuk Album Joget : Made in Malaysia (2022).


F A R I S Y A N U R D A N I A B I N T I M O H D N I Z A M I P O H , P E R A K Farisya berminat dalam bidang tari sejak umur 7 tahun dan merupakan Alumni Sekolah Seni Malaysia Perak dalam bidang tari. Farisya pernah menyertai Chingay Parade Festival di Singapura (2017), Pertandingan Festival of Colours of the World (FESCO) (2022), Majlis Santapan Diraja (2022), Festival Filem Pelajar Malaysia (2022), Persembahan Khas Sukan antara IPT (2022), Persembahan Pembukaan untuk Album Joget : Made in Malaysia (2022) dan Persembahan Pembukaan Makyong book Festival (2022). W H O N D R E S B I N I P A N G S I P IT A N G , S A B A H Whondres mula berminat dalam bidang tari semasa di sekolah menengah. Sepanjang pengajian di UPSI, Whondres pernah melibatkan diri dalam persembahan Festival Filem Pelajar Malaysia (2022). N U R I N E L L F I R A S B I N T I J O H A R P A S I R G U D A N G , J O H O R Ellfiras berminat dalam bidang tari seawal umur 5 tahun dan merupakan alumni Sekolah Seni Malaysia Johor. Sepanjang pengajian di UPSI, Ellfiras menyertai persembahan Festival Filem Pelajar Malaysia (2022), Persembahan Pembukaan untuk Album Joget : Made in Malaysia (2022), dan Persembahan Khas Sukan antara IPT (2022).


E A S T E R R A C H A E L A N A K B A L I N G B E T O N G , S A R A W A K Easter mula berminat dalam bidang tari seawal umur 6 tahun dan banyak menyertai pertandingan tarian semasa di sekolah menengah. Antara penglibatan Easter di UPSI ialah Persembahan Majlis Hari Raya Aidilfitri (2022). M O H A M A D F A I Z I Q M A L B I N M O H T A R S H A H A L A M , S E L A N G O R Faiz berminat dalam bidang tari sejak tingkatan 2 dan beliau juga mempunyai pengalaman dalam menyusun tarian. Antara penglibatan Faiz di UPSI ialah Frekuensi Kolej Awang Had Salleh (2022), Persembahan Khas Sukan IPT (2022), Festival Filem Pelajar Malaysia (2022) dan Flashmob Konvokesyen (2022). E M I L Y L A I N I E A N A K A N T H O N Y T U T U N B A U , S A R A W A K Emily berminat dalam bidang tari seawal umur 7 tahun dan mula menceburi bidang tari dengan terlibat dalam pertandingan di peringkat Sekolah Rendah dan Daerah. Beliau juga banyak menyertai kelab kebudayaan di Sekolah Menengah dan terlibat dalam pertandingan di Peringkat Sekolah Menengah. Antara Penglibatan Emily di UPSI termasuklah Persembahan Zapin di Program Desa Lestari Budaya, Arts & Culture Clinic: Muzik Melayu (2022).


N U R A I N N A Z I R A H B I N T I D Z U L K A F L E E B A C H O K , K E L A N T A N Ain berminat dalam bidang tari sejak sekolah rendah ketika mengikuti persembahan nyanyian bersama penari-penari sekolah. Antara penglibatan Ain di UPSI termasuklah, Persembahan Majlis Hari Raya Aidilfitri (2022), Persembahan Ronggeng bersama NusPARC (2022), dan Persembahan Majlis Sambutan Jubli Emas 50 tahun (2022). O M R E E N N U R S Y A Z W A N I B I N T I O M R I B A N G I , S E L A N G O R Omreen melibatkan diri dalam bidang tari sejak berusia 10 tahun di bangku sekolah melalui kelab Seni Tari. Daripada itu, dia mula menggiatkan diri dengan aktif sehingga ditawarkan ke Sekolah seni Malaysia Perak dalam bidang Tari. Omreen melibatkan diri dalam Persembahan Majlis Hari Raya Aidilfitri (2022), Ronggeng bersama NusPARC (2022), Persembahan Khas Sukan antara IPT (2022), dan Festival Filem Pelajar Malaysia (2022). S Y A H R U L A F F A N D I B I N M D S A L L E H M U A R , J O H O R Syahrul berminat dalam bidang tari seawal umur 6 tahun. Sepanjang pembelajaran di UPSI beliau pernah menyertai persembahan Festival Filem Pelajar Malaysia (2022), Persembahan Pembukaan untuk Album Joget : Made in Malaysia (2022), Persembahan Majlis Anugerah Keterampilan Pelajar dan Rakaman Video Siri Pengabsahan Zapin Melayu Johor Bersama NusPARC (2022) dan Persembahan Anugerah Ketrampilan Pelajar (2022).


Q A Y R Y S Y A A M I R A H A I N A B I N T I A Z L A N S U N G A I B U L O H , S E L A N G O R Qayrysya mula berminat dalam dunia seni seawal 5 tahun dan banyak menyertai persembahan semasa di tadika dan sehinggalah kini. Qayrysya juga menyertai PenTAS (2022), Festival Filem Pelajar Malaysia (2022), Persembahan Khas Sukan antara IPT (2022), Majlis Jasamu Dikenang (2022) dan Persembahan Anugerah Keterampilan Pelajar (2022). M U H A M M A D A M I R U L B I N B A H R I T a n j o n g K l i n g , M e l a k a Amirul berminat dalam bidang tari sejak berumur 10. Amirul merupakan ahli kumpulan Tunas Tari Warisan yang dijaga oleh pihak JKKN Melaka dan pernah menyertai program lantai cilik musim ke-2. Tambahan pula, beliau pernah menyertai Festival Filem Pelajar Malaysia (2022), Persembahan Anugerah Keterampilan Pelajar (2022), dan Persembahan Khas Sukan IPT (2022). A Z Y A N S Y A Z A N A B I N T I M O H D A S R A L M U A R , J O H O R Azyan mula berminat dalam bidang tari sejak berumur 6 tahun. Antara penglibatan Azyan di UPSI termasuklah, Persembahan Khas Sukan IPT (2022), Festival Filem Pelajar Malaysia (2022), Majlis Santapan Diraja (2022), Rakaman Video Siri Pengabsahan Zapin Melayu Johor bersama NusPARC (2022) dan Pertandingan Festival of Colours of the World (FESCO) (2022).


B A L Q I S J A N E A Y E S H A B I N T I M O H D Q H A I R U L L B A I N K A P I T , S A R A W A K Balqis berminat dalam bidang tari sejak sekolah rendah dan merupakan alumni Sekolah Seni Malaysia Sarawak. Antara penglibatan Balqis di UPSI termasuklah, Pertandingan Festival of Colours of the World (FESCO) (2022), Festival Filem Pelajar Malaysia (2022) dan Persembahan Anugerah Keterampilan Pelajar (2022). I N T A N N U R A M I R A E R R I A N A B I N T I A M I R U L S H A H A L A M , S E L A N G O R Intan berminat dalam bidang tari sejak berumur 9 tahun. Antara penglibatan Intan di Universiti Pendidikan Sultan Idris termasuklah Pertandingan Festival of Colours of the World (FESCO)(2022), Festival Filem Pelajar Malaysia (2022), Majlis Santapan Diraja (2022) dan Pembukaan Khas Sukan IPT (2022). M U H A M A D S Y A H M I B I N Z A I N I P U C H O N G , S E L A N G O R Syahmi berminat dalam bidang tari sejak berumur 5 tahun dan mula bergiat aktif dalam bidang tari semasa berada di sekolah rendah sehingga kini. Antara penglibatan Syahmi di UPSI termasuklah Persembahan Khas Sukan IPT (2022), Dance in diversity (2022), Festival Filem Pelajar Malaysia (2022) dan Persembahan Pembukaan untuk Album Joget : Made in Malaysia (2022).


M U H A M M A D N A S R U L N I Z A M B I N N A S I R S U N G A I U D A N G , M E L A K A Nasrul mula berminat dalam bidang tari sejak berumur 8 tahun. Nasrul melibatkan diri dalam Persembahan Ronggeng bersama NusPARC (2022), Majlis Perasmian Persidangan & Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu (2022), Majlis Persembahan Khas Sukan IPT (2022) dan Persembahan Anugerah Keterampilan Pelajar (2022). Z A H I R A T U L A FI Q A H B I N T I Z A E N A L A B I D I N R A W A N G , S E L A N G O R Zahiratul mula berminat dalam bidang tari seawal umur 4 tahun dan mula bergiat aktif dalam bidang tari semasa berada di sekolah rendah sehingga kini. Antara penglibatan Zahiratul di UPSI termasuklah, persembahan Majlis Hari Raya Aidilfitri (2022), Persembahan Ronggeng bersama NusPARC (2022), Persembahan Perasmian Persidangan & Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu (2022), Pertandingan Festival of Colours of the World (FESCO) (2022) dan Persembahan Khas Sukan IPT (2022). N A D I A P I L L A Y A / P T . S L E T C H U M A N A N R O Y M E L A K A T E N G A H , M E L A K A Nadia mula berminat dalam bidang tari sejak mula terlibat untuk mewakili komuniti Peranakan Chetti Melaka. Antara penglibatan Nadia di UPSI termasuklah Persembahan Zapin di Program Desa Lestari Budaya (2022).


S Y A Z N I T A B I N T I A D A M K U L I M , K E D A H Syaznita berminat dalam bidang tari seawal umur 6 tahun dan melibatkan diri dalam beberapa persembahan tarian di peringkat sekolah. Antara penglibatan Syaznita di UPSI termasuklah Pertandingan Video Pendek Kolej Awang Had Salleh (KAHS) (2022). N E LL A V IL A R I E J I T O H K E N I N G A U , S A B A H Nella berminat dalam bidang tari sejak sekolah rendah dan bergiat aktif dalam bidang tari semasa Sekolah Menengah. Antara penglibatan Nella di UPSI termasuklah, Persembahan Majlis Hari Raya Aidilfitri (2022), Majlis Jasamu Dikenang (2022) dan Festival Filem Pelajar Malaysia (2022). J E Z C E L Y N E A N D R E A J U L A D I U S K E N I N G A U , S A B A H Jezcelyne berminat dalam bidang tari seawal umur 10 tahun dan pernah menyertai aktiviti tari bahagian Sabah. Antara penglibatan Jezcelynne di UPSI termasuklah Persembahan Zapin di Program Desa Lestari Budaya, Arts & Culture Clinic: Muzik Melayu (2022).


DEKAN Prof. Madya. Dr. Muhammad Fazli Taib bin Saerani TIMBALAN DEKAN AKADEMIK DAN ANTARABANGSA Dr. Christine Augustine Prof. Madya. Dr. Mohd Azam Bin Sulong Dr. Lena Farida binti Hussain Chin TIMBALAN DEKAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI TIMBALAN DEKAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI Pn. Nooraini binti Abdul Kassim TIMBALAN PENDAFTAR FMSP Dr. Leng Poh Gee KETUA JABATAN SENI PERSEMBAHAN Dr. Wong Huey Yi @ Colleen Wong KETUA JABATAN MUZIK DAN PENDIDIKAN MUZIK PENYELARAS PROGRAM DIPLOMA Pn. Nur Nabila Micheal Luang Abdullah PENYELARAS ResTar'23 Dr. Nurulakmal Binti Abdul Wahid PENSYARAH TARI, JABATAN SENI PERSEMBAHAN Prof. Madya Dr. Muhammad Fazli Taib Bin Saearani Dr. Nurulakmal Binti Abdul Wahid Dr. Leng Poh Gee Pn. Nur Nabila Michael Luang Abdullah En. Abdul Hamid bin Chan En. Hafzan Zannie bin Hamza En. Mohd Fauzi bin Amiruddin En. Raziman bin Sarbini UNIT KOMUNIKASI DAN BUDAYA, FMSP UNIT TEKNIKAL DAN PRODUKSI, FMSP UNIT PEMUZIK, FMSP JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI, UPSI JABATAN KESELAMATAN, UPSI AHLI KELUARGA PELAJAR ResTar'23 PENGHARGAAN


PENAJAAN


PENAJAAN


PENAJAAN


PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH Joshua Gundi anak Sirai & Omreen Nursyazwani binti Omri JAWATANKUASA ResTar'23


SETIAUSAHA Nadia Pillay A/P T.S Letchumanan Roy & Muhammad Amirul bin Bahri BENDAHARI Farisya Nur Dania binti Mohd Nizam & Jezcelynne Andrea Juladius PENGURUS BUKU PROGRAM Pearl Eidan anak Frediel PENOLONG SETIAUSAHA PENOLONG BENDAHARI


PENGURUS JEMPUTAN Emily Lainie anak Anthony Tutun PENGURUS PENTAS Qayrysya Amirah Aina binti Azlan & Micheal Aming anak Manja & Mohamad Faiz Iqmal bin Mohtar PENOLONG PENGURUS PENTAS PENGURUS PROTOKOL Nurin Afiqah binti Rozman


PENGURUS PENAJAAN Nur In Ellfiras binti Johar & Nur Ain Nazirah binti Dzulkaflee PENGURUS PUBLISITI Muhammad Nasrul Nizam bin Nasir & Easter Rachael anak Baling PENOLONG PENGURUS PUBLISITI PENGURUS F.O.H Whondres bin Ipang PENOLONG PENGURUS PENAJAAN


PENGURUS BUSANA DAN TATARIAS Zahiratul Afiqah binti Zaenal Abidin & Azyan Syazana binti Mohd Asral & Nella Vilarie Jitoh PENGURUS ARTISTIK Mackenzy anak Rodza PENGURUS TEKNIKAL Syahrul Affandi bin Md Salleh & Muhamad Syahmi bin Zaini PENOLONG PENGURUS TEKNIKAL


PENGURUS MULTIMEDIA DAN DOKUMENTASI Intan Nuramira Erriana binti Amirul & Nurul Athirah Najlaa binti Mohammad Nasrun PENGURUS SET DAN PROP Balqis Jane Ayesha binti Mohd Qhairull Bain PENGURUS KEBAJIKAN, KEBERSIHAN & KESELAMATAN (3K) Syaznita binti Adam PENOLONG MULTIMEDIA DAN DOKUMENTASI


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version