The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jannahmazlan08, 2022-07-14 22:18:00

Tinkercad module

Tinkercad module

MODUL: PENGENALAN KEPADA TINKERCAD
SMK INDERA MAHKOTA 2, KUANTAN
27th – 28th July 2022

Disediakan oleh:
Nur Jannah Binti Mazlan

Pengenalan

Tinkercad adalah sebuah program 3D modelling atas talian (online) yang boleh digunakan
dalam pelayar web (web browser). Ia membolehkan pengguna membina rekabentuk 3D dengan
mudah dan ringkas berbanding AutoCAD. Selain rekabentuk 3D, pengguna juga boleh
menggunakan Tinkercad untuk elektronik dan juga coding. Tinkercad adalah percuma dan
boleh digunakan oleh sesiapa sahaja termasuklah kanak-kanak, pelajar, pendidik dan
sebagainya.

Cara-cara untuk log masuk ke Tinkercad
1. Taip www.tinkercad.com ke dalam carian bar. Selepas itu, tekan “Login” untuk
mendaftar masuk ke dalam tinkercad.

2. Kemudian, pilih “Students with Class Code” serta masukkan kod yang diberi. Tekan
“Join Class”

3. Daftar masuk menggunakan akaun Google peribadi masing-masing.

Aktiviti 1: Menerokai Tinkercad
1. Selepas login, pilih kelas “Sci ON Program”

2. Pilih “Aktiviti 1: Menerokai Tinkercad” dan tekan “Create new design”. Selepas itu,
pilih “3D design”.

3. Tukar nama design anda kepada apa apa nama yang anda suka.

1.1 Menukar pandangan/perspektif dalam “workplane”
1. Pilih bentuk kiub yang berwarna merah daripada pilihan “Basic shapes” dan bawa kiub
tersebut ke atas “workplane” yang berwarna biru di tengah tengah skrin (P/s: Pilihan
“Basic shapes” boleh didapati di kanan skrin)
2. Dengan menggunakan kiub kecil Tinkercad yang terletak di atas kiri skrin dan di bawah
logo Tinkercad, cuba tekan mana-mana sisi/sudut kiub Tinkercad tersebut and lihat
bagaimana pandangan terhadap kiub merah di tengah tengah “workplane” berubah.
(Tips: Untuk lebih mudah, tekan butang kiri tetikus sambil menggerakkan tetikus di
sekeliling kiub kecil Tinkercad)
3. Butang “home” membolehkan pengguna melihat pandangan asal “workplane” tersebut.
4. Butang “Fit all in view” membolehkan pengguna melihat kesemua objek di atas
“workplane” secara dekat dan jauh pada waktu yang sama.
5. Kemudian, butang “zoom in” membolehkan anda untuk melihat objek lebih dekat
manakala butam “zoom out” membolehkan pengguna untuk melihat objek dengan lebih
jauh.
6. Butang di bawah sekali membolehkan pengguna menukar perspektif “workplane” sama
ada secara pandangan 3D (perspective view) atau pandangan atas/rata (flat view).
7. Tips lain adalah pengguna boleh menekan butang kanan tetikus sambil menggerakkan
tetikus di sekitar “workplane” tersebut untuk lebih mudah.

1.2 Menukar ciri-ciri objek/bentuk 3D
1. Tekan objek kiub yang terletak ke arah “workplane”.
2. Pengguna boleh menukar ciri-ciri objek yang dipilih seperti warna objek, panjang objek
dan sebagainya.
3. Tukar warna objek tersebut kepada mana mana warna.
4. Tukar panjang, tebal dan tinggi objek kiub tersebut kepada 40mm untuk setiap satu.
5. Sebahagian kiub berada di bawah workplane, maka pengguna boleh bawa kiub tersebut
ke atas “workplane” dengan menggunakan anak panah kecil yang berwarna hitam yang
terletak di atas objek kiub tersebut.
6. Ketika menekan objek kiub tersebut, pengguna boleh lihat terdapat 5 poin kecil yang
berwarna putih dan 4 poin kecil yang berwana hitam. Poin poin ini boleh digunakan
untuk menukar size objek seperti panjang dan tinggi objek. (Tips: Semasa menukar size
objek, tekan “Shift” pada waktu yang sama supaya kedudukan pusat (centre) objek
tidak berubah)

1.3 Gabungan bentuk/objek
1. Tekan bentuk kiub (cube) tersebut dan tekan butang “Delete/Backspace”
2. Daripada panel “Basic shapes”, ambil dan bawa bentuk atap (roof) ke atas “workplane”.
3. Ubah panjang kedua dua bentuk kiub (cube) dan atap (roof) kepada 42mm. Kemudian,
ubah lebar kedua dua bentuk tersebut kepada 18mm. Selepas itu, bawa/naikkan bentuk
atap (roof) kepada ketinggian 20mm dengan menggunakan anak panah kecil yang
berwarna hitam. Letakkan atap (roof) tersebut ke atas kiub.
4. Tukarkan warna kedua dua bentuk tersebut kepada warna yang disukai.
5. Tekan/pilih kedua dua bentuk tersebut. (Tips: Sambil menekan butang “Shift”, tekan
kedua dua objek tersebut)
6. Kemudian, daripada panel alatan (tool options) di atas. Pilih “Group” yang terletak di
sebelah kanan atas, untuk membuatkan kedua dua objek tersebut menjadi satu objek.
Selepas itu, tekan/pilih objek tersebut, pilih “Colour” dan tandakan pada “Multicolour”
supaya objek tersebut bertukar kepada warna asal masing-masing.



1.4 Menambah perkataan
1. Tekan dan tarik bentuk “text” yang terdapat di panel “Basic Shapes”.
2. Tukar perkataan tersebut kepada nama anda sendiri dan ubah ketinggiannya kepada
1mm. Warna perkatan boleh diubah mengikut pilihan masing-masing.
3. Kemudian, ubah kedudukan perkataan kepada 90° pada plan-z (z-plane) (sila rujuk
gambar di bawah)
4. Pilih alat “workplane” (Workplane tool) yang terdapat di sebelah atas kanan skrin untuk
menambah “workplane”. Kemudian, letakkan “workplane” yang berwarna oren
tersebut di hadapan dinding depan rumah yang telah dihasilkan sebelum ini.
5. Bawa perkataan tersebut ke arah “workplane” tersebut and ubah suai perkataan tersebut
sehinggal terletak elok di dinding rumah itu.
6. Tekan sekali lagi alat “Workplane” dan letakkan di mana mana bahagian “workplane”
asal.
7. Pilih kesemua bentuk/objek di atas “workplane” dengan cara menekan butang “Shift”
sambil memilih objek.

8. Setelah itu, daripada tekan alat “Group” dari panel alatan (toolbar) di atas untuk
menggabungkan kesemua objek menjadi satu objek. Selepas itu. Tekan objek tersebut
dan tandakan pada “Multicolour” untuk menukar warna objek menjadi warna asal.





1.5 Menghasilkan lubang pada objek
1. Pilih dan tarik bentuk kiub (cube) dan silinder ke arah “workplane”.
2. Kemudian, ubah ketinggian objek silinder tersebut kepada 25mm manakala panjang
serta lebar silinder ditukarkan kepada 15mm.
3. Letakkan silinder ditengah-tengah kiub dan jadikan silinder sebagai lubang “Holes”
4. Tekan kedua-dua bentuk dan pilih alat “Group” di panel alatan (Tool options).
5. Akhir sekali, kiub akan mempunyai lubang ditengah bahagian mengikut bentuk
silinder.



Aktiviti 2: Hidupan marin menggunakan Thingiverse dan Tinkercad

1. Buka laman web Thingiverse. Laman web Thingiverse adalah sebuah laman web yang
mengumpul pelbagai reka bentuk 3D yang direka oleh pengguna.

2. Kemudian, cari reka bentuk 3D yang diinginkan di “search bar”.
3. Taip “turtle” di search bar. Scroll ke bawah dan pilih (Turtle) 3D.
4. Tekan “Download All Files”. Kemudian, pilih fail dan tekan “Download”.
5. Buka “New Design” di Thinkercad. Kemudian, tekan “Import” untuk mengimport file

rekabentuk 3D yang telah dipilih di Thingiverse. Tekan “Choose a file” dan pilih file
yang telah didownload dari Thingiverse.
6. Selepas itu, objek yang telah diimport boleh diedit dengan menukar saiz atau memilih
warna yang bersesuaian.
7. Setelah objek tersebut diedit, pengguna boleh mengeksport objek 3D tersebut dengan
menekan butang “Eksport”. Kemudian, pilih “Everything in the design” and “STL”
untuk membolehkan objek 3D tersebut dicetak kemudian.








Click to View FlipBook Version