Modul:
Pengenalan
kepada
Tinkercad
Bersama SMK Indera Mahkota 2
pada 27 & 28 Julai 2022
Disediakan oleh: Nur Jannah
Mazlan
Apa itu Tinkercad?
Tinkercad adalah sebuah program 3D modelling atas talian (online)
yang boleh digunakan dalam pelayar web (web browser) seperti
Google Chrome.
Fungsi Tinkercad:
- Rekabentuk 3D (3D Design)
- Elektronik (Electronic)
- Pengekodan (Coding)
Log masuk ke Tinkercad
1.Taip www.tinkercad.com di carian bar (search bar) dan pilih
'Login'
2.Pilih 'Students with code' dan masukkan code yang diberi. Tekan
'Join class'
3. Pilih 'Join with a nickname'
4.Kemudian, daftar masuk menggunakan 'Nickname' yang diberi dan
tekan 'That's me!'
Aktiviti 1: Mengenali Tinkercad
1.Di laman 'Your classes', pilih 'Sci On program'.
2.Pilih 'Aktiviti 1: Menerokai Tinkercad'. Tekan 'Create new
design'. Pilih '3D design'
3. Di laman 'Workplane', tukar nama design anda.
1.1 Pilihan butang dalam 'Workplane"
Di laman 'Workplane', ada beberapa butang yang anda boleh pilih
untuk tukar pilihan 'view'.
1.Kiub 'Viewcube Tinkercad' - berubah mengikut mana mana
sisi/sudut yang dipilih
2.Home - pandangan asal (initial view)
3.Fit in all - pandangan semua objek di atas 'Workplane' secara
'zoom in' dan 'zoom out'
4.Zoom - pandangan dekat atau pandangan jauh
5.Butang di bawah sekali - secara pandangan 3D (perspective view)
atau pandangan atas/rata (flat view).
1.2 Tukar ciri ciri objek 3D dalam Tinkercad
1. Pilih objek 'Box' atau kiub yang berwarna merah dan bawa ke
tengah tengah 'Workplane'
2. Tekan objek tersebut dan sebuah tetingkap kecil akan keluar.
3. Tetingkap kecil tersebut memaparkan ciri ciri objek yang dipilih
sama ada warna objek, panjang objek dan sebagainya.
4. Daripada pilihan warna yang diberi, tukar objek tersebut kepada
mana mana warna.
5. Tukar panjang dan tinggi objek kiub tersebut kepada 40mm
untuk setiap satu.
6. Selain itu, anda juga boleh menukar panjang, lebar dan tinggi
objek menggunakan point kecil yang berwarna hitam dan putih di
sekeliling objek tersebut.
1.3 Gabungan objek 3D dalam Tinkercad
1.Pilih objek 'Silinder' daripada pilihan objek/bentuk.
2.Kemudian, ubah ketinggian objek silinder tersebut kepada
25mm manakala panjang serta lebar silinder ditukarkan kepada
15mm.
3.Letakkan silinder ditengah-tengah kiub.
4.Tekan kedua-dua bentuk sambil tekan butang 'Shift' dan pilih
alat 'Group' di panel alatan (Tool options).
5.Warna kedua dua objek akan menjadi sama. Untuk tukar warna
objek kepada warna asal, tekan objek tersebut dan tandakan
pada 'Multicolour' untuk menukar warna objek menjadi warna
asal.
1.4 Buat lubang atau 'hole' pada objek 3D
dalam Tinkercad
1. Tekan gabungan objek kiub dan silinder yang telah dibuat
sebelum ini dan pilih butang 'Ungroup'
2. Pisahkan silinder daripada kiub dan jadikan silinder sebagai
'Hole'
3. Untuk membuat lubang pada kiub, tekan pilihan 'Hole' untuk
silinder dan gabungkan semula silinder dengan kiub tersebut.
4. Tekan kedua-dua bentuk sambil tekan butang 'Shift' dan pilih
alat 'Group' di panel alatan (Tool options).
5. Satu lubang di tengah kiub telah terbentuk.
1.5 Tambah perkataan dalam Tinkercad
1.Pilih dan bawa bentuk 'Text' ke tengah 'Workplane'.
2.Tukar perkataan tersebut kepada nama anda sendiri di bahagian
'Text'.
3.Ubah warna perkataan tersebut kepada mana mana warna.
4.Ubah saiz perkataan tersebut dengan menukar tinggi, lebar dan
panjang dan lihat perubahan perkataan tersebut.
5.Ubah kedudukan perkataan tersebut kepada mana mana tempat
di atas 'Workplane'.
Aktiviti 2: Menggabungkan objek 3D menjadi
habitat marin
1. Di laman 'Activities'.
2. Pilih 'Aktiviti 2: Menerokai Tinkercad'. Tekan 'Create new
design'. Pilih '3D design'.
3. Di laman 'Workplane', tukar nama design anda.
1. Pilih 'Import' untuk mengimport file objek 3D yang diberi.
2.Tekan 'Choose a file' dan pilih mana mana file objek 3D. Tekan
'Open'.
3.Selepas itu, objek yang telah diimport boleh diedit dengan
menukar saiz atau memilih warna.
4.Ulang langkah 1-2 untuk memilih maksimum sepuluh(10) file 3D.
5.Gabungkan kesemua objek yang telah dipilih menjadi satu habitat
marin secara kreatif.
6.Setelah siap, eksport objek 3D tersebut dengan menekan butang
'Eksport'. Kemudian, pilih 'Everything in the design' dan
'STL' untuk membolehkan objek 3D tersebut dicetak kemudian.
Tahniah,
anda sudah
sampai ke
penghujung!