The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 750-9-aiman, 2022-04-03 10:43:09

TUGASAN 2 BMMB1144

CERPEN

"USAHA"

Sebuah cerpen yang
berkisahkan dua orang

sahabat yang bakal
menduduki SPM.

AIMAN IZZAT BIN HANAFI

Namaku adalah Muhammad Fairuz bin Faizal dan

rakan-rakanku memanggilku dengan nama Fai. Aku

pun tidak tahu mengapa mereka memanggilku

dengan panggilan Fai. Aku merupakan seorang

pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh iaitu

Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Tahun ini merupakan

tahun terakhirku sebagai pelajar di sekolah ini

kerana aku merupakan pelajar tingkatan 5 aliran

perkaunan dan bakal menduduki peperiksaan Sijil

Rendah Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Hari-

hariku dipenuhi dengan kelas tambahan dan

program-program yang dianjurkan oleh pihak

sekolah sebagai persediaan untuk menghadapi

SPM. Aku tidak kisah dengan semua perkara

tersebut kerana aku berpegang dengan peribahasa

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian,

bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang

kemudian.

25 Julai 2019, itulah Tarikh penting bagi pelajar
tingkatan 5 di seluruh Malaysia kerana pada tarikh
tersebut peperiksaan percubaan SPM akan
berlangsung. Siang dan malam silih berganti, hari-
hariku dihabiskan dengan mengulangkaji
pelajaran. Ketika aku sedang fokus belajar, tiba-
tiba bahu aku ditepuk oleh Ahmad yang entah
datang dari mana.

“Hai Fai!, tengah ulangkaji lagi ka? Dia menegurku
sambil tersenyum.

“Eh Ahmad, ya la tengah ulangkaji lagi ni”.
Ahmad merupakan rakan karibku sejak sekolah
rendah lagi dan dia merupakan seorang yang berat
lidah.

“Dah lewat ni Fai, esok-esok boleh ulangkaji lagi.”
“ Sikit ja lagi ni, sekejap lagi habis la, kau rehat la
dulu”

“Kalau begitu, aku pergi dulu, selamat tinggal!’
“Ya, esok jumpa lagi.”

Setelah selesai mengulangkaji pelajaran, aku pun
pulang ke bilik dan tidur. Keesokan harinya, rutin
harian aku seperti biasa iaitu pergi ke kelas pada
waktu pagi untuk menjalankan proses PDP. Subjek
pertama pada hari tersebut ialah bahasa Melayu.
Cikgu Halimah sudah menyuruh kami untuk
mengulangkaji tentang cara untu membuat
karangan yang baik sebagai persediaan sebelum
bermulanya kelas hari ini.

“Assalamualaikum semua!” sapa Cikgu Halimah
ketika memasuki kelas.

“Waalaikumussalam cikgu” jawab kami.

Setelah itu, Cikgu Halimah menerangkan aktiviti
yang ingin dilakukan hari ini.

“Pada hari ini, saya nak kamu semua bentuk
kumpulan dan berbincang tentang cara untuk
membuat karangan yang baik.” Ujar Puan Halimah
yang merupakan guru bahasa melayu di kelasku.

“Baik Cikgu!

“Kalau kurang faham, sila bertanya kepada saya.
Malu bertanya sesat jalan ya! Kamu semua boleh
bentuk kumpulan masing-masing.”

Puan Halimah menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran yang menarik ketika mengajar.
Hasilnya, murid-murid suka belajar dengannya dan
tajuk yang dibincangkan mudah difahami. Aktiviti
yang dijalankan oleh cikgu Halimah amat menarik.
Secara tidak disedari, waktu kelasnya sudah pon
tamat.

Tepat jam 2.00 petang, semua pelajar sudah boleh
balik ke asrama dan berehat dalam bilik masing-
masing. Prep petang pula akan berlansung pada
jam 3.30 hingga 4.45 petang. Ada pelajar yang
terlihat lesu setelah habisnya kelas.

“Mungkin mereka penat setelah seharian belajar”
ujarku di dalam hati.

Hari berganti hari, peperiksaan pun telah tamat.
Kesemua rakan-rakanku terlihat sedikit lega
setelah selesai menduduki peperiksaan percubaan
SPM tersebut. Walaupun masih terlalu awal untuk
bergembira, kami merasakan seperti sedikit beban
hilang dari fikiran. Hatiku agak gementar
menantikan keputusan peperiksaan yang akan
keluar dalam beberapa hari lagi.

“Kau rasa keputusan peperiksaan kau nanti macam
mana?” tanya Ahmad kepadaku.

“Aku rasa cukup-cukup makan ja” jawabku sambil
tersenyum.

“Mesti baik punya keputusan kau nanti, kau kan
rajin belajar”

“Kau pun apa kurangnya Ahmad.”

Setelah beberapa hari, keputusan peperiksaan
percubaan SPM diumumkan. Keputusanku agak
memberangsangkan. Aku telah berjaya mendapat
sebanyak 8A 1B. Setelah itu, aku mencari Ahmad
untuk bertanyakan kepadanya tentang keputusan
peperiksaannya. Setelah puas aku mencari, aku
melihat dia sedang termenung di belakang dewan.
Wajahnya kelihatan agak sedih. Tanpa menunggu
lama, aku mendekatinya.

“Assalamualaikum Ahmad, tengah buat apa tu?”
tanyaku kepada Ahmad.

“Tak buat apa pon” jawab Ahmad dengan nada
yang agak sedih.

“Keputusan kau macam mana?”

“Boleh la Fai, 2A 2B 3C dan 2G” jawab Ahmad
dengan begitu ringkas dengan mata yang merah
macam biji saga.

Aku boleh memahami jawapan yang diberi oleh
Ahmad. Dia pasti kecewa dengan keputusan
peperiksaannya. Aku cuba memberi sedikit kata-
kata semangat dan nasihat kepada Ahmad.

“Ni baru peperiksaan percubaan Ahmad, boleh
usaha lagi untuk SPM yang sebenar. Aku yakin kau
pasti boleh kerana usaha tidak akan mengkhianati
hasil.” Kataku kepada Ahmad.

“Nanti kau tolong aku boleh?”

“Tolong apa tu?”

“Tolong ajar aku subjek yang aku lemah”

“Boleh ja Ahmad. Lagi bagus sebab aku ada teman
untuk belajar sama-sama”

“Terima kasih Fai!”

“Sama-sama Ahmad, aku pergi dulu ya.”
“Baik, terima kasih tau Fai”

“Sama-sama Ahmad”

Aku pergi meninggalkan Ahmad untuk
memberikannya sedikit masa untuk mendapatkan
kembali semangat dan motivasinya. Aku yakin
Ahmad akan mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM yang akan datang. Untuk
peperiksaan kali ini, mungkin dia melakukan
sedikit kesilapan ketika soalan menjawab.

Setelah beberapa hari, Ahmad semakin ceria dan
bermotivasi. Dia selalu mengajakku untuk
mengulangkaji bersama-sama. Jika berlaku sedikit
masalah, kami akan berbincang untuk
menyelesaikannya. Jika tidak mampu, kami akan
merujuk kepada guru-guru. Bilik Cikgu Halimah
menjadi tempat yang selalu kami kunjungi. Cikgu
Halimah tidak kekok untuk berkongsi ilmu dan
penerangannya amat jelas kerana menggunakan
bahasa yang ringkas dan padat. Guru-guru lain juga
tidak kurang hebatnya. Mereka memberi latihan
dalam pelbagai bentuk seperti teka silang kata dan
kuiz.

Setelah dua bulan berlalu, aku dan Ahmad
melakukan rutin harian yang sama. Dan keesokan
harinya merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh
semua calon SPM iaitu hari untuk menduduki
peperiksaan. Sebelum peperiksaan SPM bermula,
aku dan rakan-rakanku berjumpa dengan semua
guru-guru kami untuk memohon maaf dan
merestui ilmu yang diberikan kepada kami.
Perkara ini berlaku setiap tahun dan merupakan
tradisi di sekolahku. Kesemua guru, memberikan
semangat dan dorongan yang amat hebat kepada
kami. Aku bersyukur kerana dikurniakan guru-guru
seperti mereka.

Kini, hari yang dinanti-nanti telahpun tiba. Aku
hanya berharap yang terbaik untukku dan rakan-
rakanku. Peperiksaan pertama ialah Bahasa
Melayu yang bermula pada jam 8.00 pagi. Sebelum
melangkah ke dalam dewan peperiksaan, ketua
murid membacakan doa supaya urusan kami
dipermudahkan. Aku juga sempat berbual dengan
Ahmad yang terlihat amat gementar.

“Hei, Ahmad, janganla takut sangat. Kita pasti
boleh!”

“Insya-Allah Fai.” jawab Ahmad sambil tersenyum.

Hanya doa serta restu ibu bapa dan guru-guru kami
mengiringi kami memasuki dewan peperiksaan.
Peperiksaan pada hari itu berjalan dengan lancar
dan begitu juga pada hari-hari yang berikutnya.
Setelah beberapa minggu peperiksaan SPM pun
tamat. Kami semua sujud syukur tanda kesyukuran
kepada tuhan yang esa. Ahmad terlihat begitu
tenang dan santai. Pada waktu petang, kesemua
pelajar sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah
masing-masing. Sebelum pulang, aku dan rakan-
rakanku bergambar untuk kali yang terakhir
sebagai pelajar di sekolah tersebut.

2 Mac 2020, hari keputusan SPM diumumkan. Aku
begitu berdebar untuk pergi ke sekolah. Ibu dan
ayahku pergi menemaniku untuk mengambil
keputusan SPM. Setelah tiba di sekolah, semua
pelajar terlihat sedikit gementar. Aku mencari-cari
Ahmad tetapi dia belum tiba. Tidak lama selepas
itu, seseorang memanggil namaku. Aku toleh ke
belakang dan aku melihat Ahmad tersenyum
kepadaku. Setelah 30 minit berlalu, waktu yang
ditunggu-tunggu telahpun tiba. Pengacara majlis
mengumumkan nama-nama pelajar yang
cemerlang untuk naik ke pentas mengikut urutan.

Sijil dan hadiah akan diberikan oleh pengetua
sekolah, Encik Halim bin Hassan.

Tanpa aku sedari, nama aku dan Ahmad juga
disebut sebagi pelajar cemerlang yang berjaya
memperoleh 9A. Pada waktu itu, tidak ada kata-
kata lain yang mampu aku ucapkan selain ucapan
kesyukuran. Aku memeluk ibu dan ayahku dan
mereka mengiringiku untuk naik ke pentas. setelah
turun dari pentas aku terus meluru kepada Ahmad
dan memeluknya.

“Aku dah cakap kau pasti boleh Ahmad!” kataku
kepada Ahmad dengan nada yang gembira.

“Terima kasih Fai sebab dah tolong aku selama ini.
Tanpa bantuan kau, guru-guru dan rakan-rakan
yang lain, mungkin aku tak akan merasai manisnya
kejayaan” ucap Ahmad sambil menangis
kegembiraan.
“Tidak mengapa Ahmad, usaha kita tidak sia-sia!”
Setelah selesai, aku dan Ahmad pergi bertemu
dengan rakan-rakan yang lain dan berjumpa
dengan guru-guru untuk mengucapkan terima
kasih kepada mereka. Anggapan aku tentang usaha
itu memang benar bahawa dengan usaha kita
mampu menempa kejayaan dan orang yang gagal
juga mampu berjaya dengan usaha.

TAMAT


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BUKU PROGRAM IHYA' RAMADAN
Next Book
Penghasilan Produk kesantunan berbahasa