The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctsyanur, 2022-04-24 22:07:18

PENGENALAN PROGRAM MENTOR MENTEE

PENGENALAN PROGRAM MENTOR MENTEE

 Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam membentuk
pembangunan modal insan.

 Program mentor mentee :
- pengisian Program Guru Penyayang
- guru adalah seseorang yang perlu memiliki sifat kepedulian berkaitan dengan
muridnya .
- setiap guru berperanan penting dalam menghasilkan kemenjadian murid.

 Program Mentor Mentee merupakan satu program bagi mewujudkan satu suasana harmoni
di kalangan komuniti sekolah menengah khususnya antara guru dan murid.

 Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara individu atau kumpulan
dan interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi
nasihat.

 Membangun sahsiah diri murid melalui budaya amalan penyayang.

 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan
pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan mentor.

 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang
sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi
membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.

Pada akhir program ini murid dapat;
 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati
antara mentor dan mentee.
 Meningkatkan kesedaran dan minat untuk terus belajar bagi memperbaiki
kelemahan diri.
 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
 Menyuburkan budaya sihat dalam kalangan murid dan guru yang boleh membantu
meningkatkan pencapaian sahsiah unggul.
 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan
sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan
mereka

 Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.
 Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.
 Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee.
 Membantu mentee yang memerlukan perhatian.
 Mengambil kehadiran mentee.
 Mengisi borang pertemuan mentor mentee.


Click to View FlipBook Version