TEKNIK-TEKNIK
FOTOGRAFI
Disediakan oleh: Jennievie Piturus
ISI KANDUNGAN Muka surat
1
Bil Perkara
1. Pengenalan 4-24
2. Teknik-Teknik Fotografi 24
3. Penutup 25
4. Rujukan
2
1.0 PENGENALAN
Seni fotografi adalah gabungan kemahiran teknikal dan juga seni. Menurut Bull
(2010), dalam Hamdan (2017), istilah fotografi berasal dari dua istilah Yunani iaitu
photo dari phos (cahaya) dan graphy dari graphe (tulisan atau gambar). Oleh itu,
makna harafiah bagi fotografi ialah menulis atau menggambar dengan cahaya.
Fotografi merupakan satu kegiatan merakam dan memanipulasi cahaya untuk
mendapatkan hasil yang diinginkan.
Secara umumnya, fotografi digunakan untuk menangkap peristiwa penting
untuk rujukan masa depan. Setiap orang akan mengambil gambar pada acara penting
mereka untuk memastikan mereka dapat melihat gambar-gambar tersebut pada masa
hadapan. Selain daripada berfungsi untuk mengembalikan ingatan mengenai
peristiwa hebat yang telah berlalu, fotografi juga berfungsi untuk memberi inspirasi
kepada orang lain. Contohnya, seorang pencinta alam semula jadi akan mendapat
inspirasi apabila melihat karya yang bercirikan keindahan alam semula jadi.
Seiring dengan perkembangan teknologi, fotografi juga mengalami perubahan.
Fotografi tradisional masih dibenarkan berkembang bersama perkembangan ledakan
teknologi ICT. Fotografi tidak dapat dipisahkan daripada tradisi tradisionalnya.
Kamera digital telah diterima dan digunakan secara meluas namun fotografi dengan
menggunakan filem masih digunakan dalam kalangan pengamal fotografi.
3
2.0 TEKNIK-TEKNIK FOTOGRAFI
i. RULE OF THIRD
Lokasi gambar diambil: Aperture : 1.8
Kediaman Aspuri
Masa : 10.00 a.m Shutter speed : 1/33s
Tarikh : 23/11/2021 ISO : 80
Apa itu Rule of Third
Rule of third merupakan salah satu teknik penting dalam bidang fotografi. Rule of third
merupakan teknik yang digunakan oleh jurugambar dalam menghasilkan gambar yang
berkualiti (Long Mai et.al, 2011). Rule of third adalah salah satu teknik menyusun komposisi
imej. Rule of third menyatakan bahawa sesuatu imej itu perlu dibahagikan kepada sembilan
bahagian yang sama besar dengan dua garisan melintang dan menegak. Objek atau hero
penting yang ingin ditonjolkan dalam sesebuah gambar itu perlulah berada di atas garisan
atau titik pertemuan garisan tersebut.
Cara mengaplikasikan Rule of Third
Kawasan yang paling menarik dilihat oleh mata ialah pada empat titik pertemuan rule of
third tersebut. Dengan meletakkan objek pada salah satu titik pertemuan itu, maka gambar
yang dihasilkan akan kelihatan lebih menarik dan lebih seimbang. Terdapat beberapa cara
untuk megaplikasikan rule of third yang akan dijelaskan pada penerangan di bawah.
4
Fotografi lanskap
Objek boleh diletakkan pada titik tengah sebelah kanan dan kedua titik tengah
bahagian bawah. Oleh itu, gambar yang dihasilkan akan mempunyai perspektif
yang menarik.
Fotografi potret
Semasa mengambil gambar potret terutamanya figura manusia, konsep rule of
third boleh diaplikasikan dengan meletakkan objek pada salah satu garis
vertikal.
Fotografi Jalan
Bagi menghasilkan sesuatu gambar yang menarik, objek boleh diletakkan
dekat atau pada garis persilangan garisan menegak dan juga mendatar.
Namun, jika gambar yang ingin diambil tersebut adalah figura manusia,
pandangan mata perlu diambil kira untuk menjadikan gambar tersebut lebih
menarik.
Contoh Gambar Rule of Third
https://www.pinterest.com/pin/1970331710 https://www.pinterest.com/pin/643874696633
6250204/ (Sumber: Pinterest) 20746/
5
ii. RULE OF ODDS
Lokasi gambar diambil: Aperture : f 2.2
Kediaman Aspuri
Masa : 9.40 pm Shutter speed : 1/17
Tarikh : 28/11/21 ISO : 125
Apakah rule of odds dalam fotografi?
Rule of odds ialah aturan penyusunan jumlah objek dalam gambar yang berjumlah
ganjil. Penggunaan rule of odds dalam fotografi mejadikan sesebuah gambar yang diambil
tersebut lebih dinamik dan menarik. Rule of odds mempunyai daya tarik yang lebih tinggi
kerana manusia cenderung melihat subjek utama sebelum melihat keseluruhan gambar. Rule
of odds dapat diaplikasikan pada sebarang fotografi sama ada orang, pokok atau objek lain
asalkan objek tersebut ganjil. Namun begitu, rule of odds selalunya diaplikasikan pada objek
ganjil yang sedikit seperti 3 dan 5.
Susunan Rule of Odds
Terdapat dua susunan rule of odds yang boleh diaplikasikan semasa mengambil gambar
iaitu teknik susunan bersebelahan dan juga susunan formasi segi tiga. Bagi susunan
bersebelahan, dua subjek yang digunakan perlu menyeimbangkan titik fokus di tengah. Bagi
6
teknik susunan formasi segi tiga pula, ia boleh dibuat dengan menyusun objek yang ingin
digambar berbentuk segi tiga. Teknik ini akan memberi kesan visual kelompok dan
menghasilkan kesatuan pada komposisi tersebut.
Cara mengaplikasikan rule of odds dalam fotografi
Bagi mengambil gambar menggunakan teknik ini, perkara pertama yang perlu
dititikberatkan mestilah objek yang dipilih tersebut harus bersifat ganjil. Biasanya, kaedah
penyusunan bagi objek bersifat ganjil ini ialah berbentuk garisan dan segi tiga. Susunan
seperti ini akan membuatkan penonton tertarik untuk melihat gambar tersebut kerana
mereka akan cenderung untuk mencari garisan dan corak pada gambar. Apabila berada di
luar, terutamanya bila mengambil gambar lanskap, jurugambar tidak boleh mengerakkan
objek untuk menyusunnya. Oleh itu, jurugambar perlu mengambil masa dan sudut yang
sesuai untuk mengambil gambar yang menepati konsep rule of odds.
Contoh-contoh Gambar Rule of Odds
https://images.app.goo.gl/8tZW1KbRyXmMKvxP8
7
https://images.app.goo.gl/nKWq5GrgRrScnsFz9
iii. PERSPEKTIF
Lokasi gambar Aperture : f
diambil: 1.8
Kediaman
Aspuri Shutter speed
Masa : 6.00 pm : 1/1808
ISO : 126
Tarikh :
28/11/21
Pengertian tentang perspektif.
Dalam fotografi dan seni, perspektif dimaksudkan sebagai seni yang mewakili objek tiga
dimensi pada permukaan dua dimensi untuk memberikan gambaran tentang ketinggian, lebar,
kedalaman dan kedudukannya dalam hubungan antara objek lain. Perspektif dalam fotografi
pula merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk mewujudkan kesan kedalaman dalam
sesuatu gambar. Secara ringkasnya, perspektif ialah cara melihat sesuatu objek.
Jenis-Jenis Perspektif dalam Fotografi
o Perspektif Linear
Perspektif linear adalah teknik yang digunakan dalam bentuk visual untuk
mencipta ilusi kedalaman permukaan dua dimensi. Elemen utama yang perlu ada
dalam perspektif linear ini ialah garis selari dan juga titik lenyap. Perspektif linear
dapat dilihat apabila dua garis selari kelihatan seolah-olah bercantum bila ia
semakin jauh daripada mata yang memandang gambar tersebut.
8
o Perspektif Diminishing Scale
Kita tidak boleh menafikan fakta bahawa otak kita sudah mempunyai jangkaan
akan saiz sesebuah objek yang dilihat dan ia sudah disimpan di dalam otak kita.
Oleh itu, perspektif diminishing scale ini akan menskalakan jarak atau saiz objek
yang dilihat oleh mata kita. Sebagai contoh, jika kita melihat dua objek
berdekatan antara satu sama lain tetapi objek yang satu lebih besar dan objek
yang satu lagi lebih kecil maka otak kita akan membuat kesimpulan bahawa salah
satu daripada objek tersebut berada pada jarak yang jauh.
o Forced Perspective
Teknik ini ialah teknik yang memanipulasi perspektif manusia dengan
menggunakan ilusi optik untuk menjadikan objek kelihatan lebih besar, lebih
kecil, lebih dekat dan lebih jauh berbanding keadaan sebenar mereka. Dengan
melihat korelasi antara objek berskala dan sudut pandang kamera, persepsi
visual manusia akan berubah.
o Overlap
Apabila mengambil gambar yang melibatkan objek berbeza bertindih, objek yang
lebih dekat dengan kamera akan menghalang objek yang lebih jauh. Pertindihan
pelbagai elemen ini akan memeberikan penonton merasai kedalaman dan
perspektif jarak anatar objek dalam reality.
o Aerial Perspective
Teknik ini mencipta ilusi kedalaman dalam gambar dengan menggunakan warna
untuk mensimulasikan perubahan yang dilakukan oleh atmosfera pada warna
benda yang dilihat pada jarak jauh. Contohnya, perspektif atmosfera yang
ditangkap pada waktu pagi yang berkabus akan menjadikan objek yang lebih
jauh kelihatan terang.
Cara Mengaplikasikan Perspektif dalam Fotografi
Terdapat beberapa cara untuk mengaplikasikan teknik ini dalam fotografi. Pertama, tukar
ketinggian kepada perspektif yang baru. Gambar boleh diambil daripada paras pinggul
atau tanah untuk membolehkan perspektif wujud. Selain itu, mengubah sudut kamera
untuk komposisi yang baru. Sudut kamera ketika mengambil gambar boleh diubah
dengan meletakkan kamera pada arah tanah. Kamera boleh dihalakan pada arah
matahari untuk mendapatkan perspektif yang menarik. Seterusnya, gunakan garisan
untuk menambahkan lebih kedalaman pada imej. Garis yang digunakan boleh berbentuk
lurus, melengkung atau zig-zag. Pada penghujung garis, ialah imej yang ditekankan. Ini
akan memberikan perspektif imej kelihatan lebih menarik.
9
Contoh Gambar Perspektif
https://images.app.goo.gl/SrUArpoQhWQuFkfSA
https://images.app.goo.gl/6CR5xVgH7pSETTdeA https://images.app.goo.gl/SrUArpoQhWQuFkfSA
10
iv. LEADING LINES
Lokasi gambar diambil: Aperture : f 1.8
Kediaman Aspuri
Masa : 3.00 pm Shutter speed :
1/4
Tarikh : 28/11/21 ISO : 100
Definisi Leading Lines
Apa itu garisan? Garisan ialah satu tanda yang dibuat menggunakan alat tulis seperti
pen, pensel, berus ataupun kayu. Leading lines merupakan salah satu teknik yang selalu
digunakan dalam fotografi. Leading lines merujuk kepada garisan yang akan membawa
mata yang memandang gambar tersebut dari satu bahagian komposisi kepada bahagian
yang lain. Biasanya, garisan ini bermula pada bawah frame dan akan membawa mata
ke atas. Apa-apa garisan yang ada di persekitaran boleh menjadi leading lines seperti
pagar, jambatan serta garisan pada pesisir pantai boleh menjadi leading lines.
Cara Mengaplikasikan Leading Lines dalam Gambar
Antara perkara yang boleh dilakukan dalam mengambil gambar menggunakan teknik ini
ialah perhatikan cari garisan pada pokok. Cara ini sangat mudah untuk diaplikasikan.
Cari jalan, lorong atau pokok yang mempunyai garisan dan titik bertumpu yang kuat.
Selain itu, garisan juga boleh didapati pada laluan pejalan kaki. Cari garis utama pada
11
konkrit atau pada tanah. Bingkaikan gambar secara menegak agar dapat menekankan
garis utama serta pastikan ia membawa mata penonton kepada subjek yang menarik.
Jurugambar juga boleh menunggu subjek untuk memasuki leading lines. Teknik ini
selalunya dipanggil sebagai teknik ‘memancing’: cari latar yang menarik, bersabar dan
tunggu sebelum anda menangkap ikan anda. Tips yang lain ialah, cari leading lines pada
anak panah. Teknik ini sesuai dilakukan ketika jurugambar berada di luar. Perhatikan
leading lines berbentuk anak panah seperti anak panah yang ada pada jalan raya.
Tunggu sehingga subjek berada pada kedudukan dan masa yang sesuai kemudian
ambil gambar.
Contoh Gambar Leading Lines
https://www.theschoolofphotography.com/tutorial
s/leading-lines-photography
12
v. FRAME IN FRAME
Lokasi gambar Aperture : f
diambil: Blok 1.8
Akademik A
Masa : 5.00 pm Shutter
speed :
Tarikh : 28/11/21 1/33
ISO : 25
Definisi Frame in Frame
Teknik Frame in Frame ini sebenarnya diadaptasi daripada dunia perfileman. Pengertian
frame dari sudut fotografi ialah penggunaan elemen komposisi yang dapat kita lihat di
sekitar objek sebagai bingkai semula jadi. Frame in frame ialah tentang meletakkan
subjek utama pada frame supaya ia dibingkai oleh sesuatu yang lain. Bagi mengambil
gambar menggunakan teknik ini, boleh menggunakan bingkai segi empat tepat seperti
pintu atau tingkap.
Cara Mengaplikasikan Teknik Frame in Frame
Teknik framing tidak bergantung kepada alat atau kamera yang digunakan semasa
mengambil gambar. Teknik ini bergantung kepada kreativiti dan ketelitian mata si
jurugambar. Framing tidak bererti harus terdiri daripada empat sisi. Dua atau tiga sisi
yang membentuk bingkai pun tetap juga disebut sebagai framing. Sebelum mengambil
gambar menggunakan teknik ini, jurugambar harus memerhatikan sekeliling. Perhatikan
bentuk-bentuk yang boleh digunakan. Hal ini penting supaya dapat membantu
mengembangkan imaginasi jurugambar. Selain itu, cuba ambil gambar dari pelbagai
sudut. Jurugambar tidak boleh melihat bingkai pada satu sudut yang selari dengan mata
sahaja sebaliknya cuba lihat bingkai dari sudut pandangan yang lain. Benda seperti
13
ranting, pagar, pintu, jendela dan tembok merupakan benda-benda yang biasanya akan
memiliki celah berbentuk bingkai.
Contoh Gambar Teknik Frame in Frame
https://contrastly.com/how-to-shoot-
a-frame-within-a-frame-composition-
tutorial/
https://images.app.goo.gl/KXpVY6e
9opYiUNm87
14
vi. REFLEKSI
Lokasi gambar Aperture : f
diambil: Kabin 1.8
Masa : 7.30 a.m Shutter speed
: 1/2227
Tarikh : ISO : 20
26/11/2021
Pengertian refleksi dalam Fotografi
Teknik ini sering digunakan dalam mengambil gambar keindahan alam yang
direfleksikan melalui air tasik sehingga keindahan alam dapat terpantul ke dalam sungai
atau danau tersebut.
Cara Mengaplikasikan Teknik Refleksi dalam Fotografi
Terdapat beberapa jenis refleksi yang boleh diaplikasikan dalam fotografi. Pertama,
refleksi alam. Pada refleksi ini, jurugambar boleh menggunakan alam semula jadi untuk
mendapatkan gambar. Contohnya, menggunakan haiwan seperti kucing yang sedang
minum air di sebuah tasik atau pokok di tengah sawah padi. Air pada tasik yang akan
digunakan perlulah berada dalam keadaan yang tidak mengalir dan tenang agar dapat
menangkap gambar yang lebih menarik. Kedua, refleksi arsitektur. Jurugambar boleh
memanfaatkan pantulan dari bangunan yang besar. Ketiga, refleksi surreal. Contohnya,
jurugambar boleh mengambil gambar seseorang dengan media genangan bekas air
hujan. Teknik ini memerlukan kreativiti yang tinggi daripada seseorang jurugambar itu.
Selain itu, jurugambar juga boleh mengaplikasikan teknik refleksi ini dengan mengambil
gambar refleksi abstrak.
15
Contoh Gambar Refleksi
https://images.app.goo.gl/rRa8jvokAAzvX8F79
https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2F1.bp.bl
ogspot.com%2F-L04B-
OvV1o4%2FXeXkauCXDLI%2FAAAAAAAACso%2FcSv0EcMgu
P4gB0utdFWGNNflCubUiGqWgCLcBGAsYHQ%2Fs1600%2F1.jp
g&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.rozisenirupa.com%2F2019
%2F02%2Frefleksi.html%3Fm%3D1&tbnid=qoV8RDHkVTWzEM
&vet=1&docid=TqQVCXhE0GXyjM&w=357&h=474&itg=1&source
=sh%2Fx%2Fim
16
vii. KOMPOSISI SIMETRI
Lokasi gambar Aperture : f
diambil: Kediaman 1.8
Aspuri
Masa : 8.30 p.m Shutter speed
: 1/33
Tarikh : ISO : 25
27/11/2021
Apa itu komposisi simetri?
Komposisi simetri bermaksud objek gambar berada tepat di tengah, dimana jarak kanan-
kiri dan atas-bawah yang seimbang. Komposisi simetri ialah teknik yang
menggambarkan tentang keseimbangan, kestabilan dan kesatuan dalam bentuk simetri.
Dalam komposisi simetri, dua bahagian imej adalah cerminan antara satu imej dengan
imej yang lain. Ia akan mewujudkan rasa harmoni dan keseimbangan estetik.
Tips Mencari dan Memotret Komposisi Simetri
Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menerapkan teknik komposisi simetri
dalam gambar agar mendapat hasil gambar yang berkualiti. Cara yang pertama ialah,
mengambil gambar secara menegak. Apabila jurugambar mengambil gambar dengan
teknik sebegini, garis akan kelihatan pada tengah subjek dari atas ke bawah. Kesannya,
akan membentuk sisi kiri dan sisi kanan yang sama besar. Seterusnya, jurugambar boleh
mengambil gambar secara melintang. Melalui teknik ini garis akan kelihatan pada tengah
subjek dari kiri ke kanan membentuk sisi atas dan sisi bawah yang serupa. Jurugambar
boleh mencari objek menggunakan garis melintang. Contohnya, pantulan pada langit
atau pada garis pantai.
17
Contoh Gambar Komposisi Simetri
https://images.app.goo.gl/
2HCHfj82VZxisaMv9
https://images.app.goo.gl/SmL
1jqZbfCZ3YFnu6
18
viii. SILUET
Lokasi gambar Aperture : f
diambil: Kabin 1.8
Masa : 6.30 p.m Shutter speed
: 1/6
Tarikh : ISO : 80
26/11/2021
Pengertian tentang teknik Siluet
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, siluet bermaksud imej atau gambar seseorang
atau sesuatu dalam bentuk bayang. Dalam konteks fotografi pula, siluet bermaksud hasil
gambar dimana objek utama dalam frame kelihatan under-exposure (gelap) dengan
background yang terang. Oleh sebab cahaya background sangat terang dan objek yang
akan digambar tersebut membelakangi sumber cahaya maka akan mengakibatkan objek
tersebut tidak mendapatkan cahaya yang cukup sehingga nampak gelap.
Cara Mengaplikasikan Siluet dalam Fotografi
Jurugambar boleh mengaplikasikan teknik ini ketika berada di situasi low light. Selain itu,
jurugambar biasanya boleh mengambil gambar siluet ketika matahari terbit dan ketika
matahari terbenam. Antara tips yang boleh diaplikasikan ketika mengambil gambar siluet
ialah pastikan kedudukan objek yang ingin digambar betul. Pastikan objek yang ingin
digambar berada di hadapan cahaya. Tips yang kedua ialah, jaga bentuk objek. Bentuk
objek yang ingin digambar tidak boleh bertindih dengan objek yang lain. Hal ini boleh
menyebabkan objek yang digambar tidak jelas. Seterusnya, pilih waktu yang sesuai.
Waktu yang dimaksudkan tersebut ialah ketika “kamera-objek-sumber cahaya’ berada
pada garis lurus iaitu waktu matahari terbit atau pada waktu matahari terbenam. Namun
19
begitu, matahari bukanlah satu-satunya sumber cahaya untuk membuat gambar siluet.
Jurugambar juga boleh menggunakan lampu kenderaan atau cahaya dari jendela yang
masuk ke dalam bilik. Tips yang lain ialah, perhatikan segitiga exposure. ISO perlu
ditetapkan pada kadar yang rendah untuk mengurangkan noise dan menurunkan
intensity cahaya yang masuk. Dari segi aperture pula, gunakan bukaan yang besar untuk
mendapatkan bokeh pada latar belakang, namun gunakan bukaan yang kecil jika ingin
mendapatkan latar belakang tajam. Gunakan shutter speed yang tinggi untuk
mengurangkan cahaya yang masuk.
Contoh Gambar Siluet
https://images.app.goo.gl/VcqQbkY76wZ4D https://images.app.goo.gl/2gz7JJDG3cbUzBh5
Nmt8 9
20
ix. MAKRO
Lokasi gambar diambil : Aperture : f 1.8
Kafeteria
Masa : 11.00 a.m Shutter speed : 1/997
Tarikh : 29/11/21 ISO : 20
Pengertian tentang Makro
Makro dalam fotografi bermaksud mengambil gambar dengan hasil gambar atau objek
yang berukuran kecil dengan jarak pengambilan gambar yang sangat dekat, detail, dan
tajam. Objek biasanya binatang kecil diambil untuk melihat berbagai-bagai detail dan
tekstur yang tidak dapat dilihat dengan jelas dengan mata kasar.
Cara Mengaplikasikan Teknik Makro
Terdapat beberapa cara untuk mengambil gambar menggunakan teknik makro ini.
Sebelum mengambil gambar, sediakan alat-alat yang diperlukan. Alat tambahan yang
diperlukan untuk mengaplikasikan teknik ini ialah ring makro atau dikenali juga sebagai
makro extension tube. Ia harus dipasang pada lensa biasa. Tetapkan bukaan lensa pada
nilai yang besar. Contohnya, nilai F/22. Setelah alat yang diperlukan sudah dipersiapkan,
mula untuk mengambil gambar tetapi jangan tergesa-gesa. Hal ini penting supaya objek
atau serangga yang ingin digambar tidak terbang pada saat jurugambar mendekati.
Shutter speed juga perlu dinaikkan supaya gegaran pada lensa tidak terlalu besar.
Speed 60/s adalah speed yang baik untuk mengambil gambar menggunakan teknik ini.
Namun, gambar yang ditangkap kemungkinan akan gelap. Pada situasi seperti inilah
21
flash external perlu dipasang. Mini tripod juga sangat diperlukan agar tenang ketika
mengambil gambar.
Contoh Gambar Makro
https://images.app.goo.gl/rPL4
7PM5V1XfBV9j7
https://images.app.goo.gl/v1j1F
fuSsGXJS3t27
22
x. DEPTH OF FIELD
Lokasi gambar Aperture : f
diambil: Kabin 1.8
Masa : 8.30 a.m Shutter speed
: 1/20
Tarikh : ISO : 20
26/11/2021
Pengenalan tentang Depth Of Field
Depth Of Field atau dikenali sebagai DOF merupakan salah satu konsep terpenting
dalam fotografi. Depth of Field adalah jarak antara benda terdekat dan terjauh dalam
sebuah gambar yang nampak tajam. Terdapat dua jenis depth of field iaitu Depth of Field
sempit dan lebar DOF sempit biasanya digunakan dalam gambar potret dengan
memfokuskan pada “objek utama”. Background juga perlu dalam keadaan kabur. Bagi
DOF jenis lebar pula, ia biasanya digunakan dalam mengambil gambar-gambar
landskap. Kebiasannya hasil gambar menampakkan detail keseluruhan gambar.
Tips Mengaplikasikan Depth of Field dalam Fotografi
Terdapat beberapa cara untuk mengaplikasikan teknik DOF ini dalam fotografi. Pertama
ialah aperture lensa. Depth of Field dipengaruhi oleh besar dan kecilnya bukaan lensa
yang kita tetapkan. Semakin kecil aperture, semakin luas Depth of Field sehingga banyak
bahagian yang kelihatan tajam. Bagi mendapatkan gambar DOF yang sempit pula,
aperture perlu ditetapkan besar. Selain daripada aperture lensa, jarak kamera dengan
objek juga harus dititikberatkan. Jika jurugambar ingin mengambil gambar DOF sempit,
maka jarak kamera dengan objek yang perlu digambar perlu dekat. Sebaliknya, jika ingin
mengambil gambar dengan DOF yang lebar, jarak antara kamera dengan objek perlu
jauh.
23
Contoh Gambar Depth of Field
https://images.app.goo.gl/CH4Kpv2pbE46kXn1A
https://images.app.goo.gl/taoiSQ1wyd6ibr747
3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, teknik-teknik fotografi sangat penting untuk didalami kerana membawa kesan
yang sangat berpengaruh dalam menentukan kualiti sesuatu gambar yang dihasilkan. Semua
pihak wajar mendalami ilmu mengambil gambar atau teknik fotografi agar dapat menghasilkan
gambar yang boleh menarik perhatian setiap mata yang memandang.
24
RUJUKAN
Long Mai et.al. (2011). Rule Of Third Detection from Photograph. Dilayari pada 23 November
2021 daripada
https://www.researchgate.net/publication/221558456_Rule_of_Thirds_Detection_fro
m_Photograph
Eric Kim. (2021). 7 Leading Lines Photography Composition Tips. Dilayari pada 23 November
2021 daripada https://erickimphotography.com/blog/2017/02/23/6-tips-to-integrate-
leading-lines-into-your-photography-composition/
Onie. (2014). Seni Fotografi. Dilayari pada 24 November 2021 daripada
https://www.slideshare.net/moriniGi/seni-fotografi-38296885
Simarjith Singh. (2021). What is Framing in Photography? Definition, Tips and Example. Dilayari pada
25 November 2021 daripada https://www.imaginated.com/glossary/what-is-framing-in-
photography/
Ullie Hakim. (2017). Pengenalan Fotografi. Dilayari pada 25 November 2021 daripada
https://www.scribd.com/document/354813763/Pengenalan-Fotografi
Zuriatun Ashikin. (2014). Sejarah Ringkas Fotografi. Dilayari pada 23 November daripada
https://www.scribd.com/doc/212466156/Sejarah-Ringkas-Fotografi
25