The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Usahawan daripada 20 universiti awam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahrini24, 2022-09-21 14:33:51

Profil Alumni Usahawan Milenia

Usahawan daripada 20 universiti awam

141

MOHD MUAS
SAZWAN
MOHAMMAD
MAZLAN

EVENT MANAGEMENT MUAS MO WEDDING AND EVENT STYLIST
FAKULTI BUSINESS MANAGEMENT USAHAWAN SOLEKAN PROFESIONAL DAN
PENGURUSAN ACARA
Graduasi: 2011
Saudara Mohd Muas Sazwan merupakan grad-
[email protected] uan Program Pengurusan Acara dari Fakulti
017 355 0105 Pengurusan Perniagaan. Pada tahun 2019,
saudara Muas dan syarikat beliau - Muas Mo
21 Jalan Setia Perdana U13/26k Wedding and Event Stylist telah dilampirkan
Bandar Setia Alam di dalam majalah Pengantin sebagai “stylist”
40170, Shah Alam terkenal. Perkhidmatan perniagaan saudara
Selangor Muas kepada para vvip disamping keunikan
reka bentuk dan gaya solekan beliau, telah
menjadikan nama Muas Mo Wedding
and Event Stylist gah serta menjadi buah
mulut orang ramai. Malah dalam dunia media,
hiburan dan fesyen tempatan, nama Muas
Mo Wedding and Event Stylist telah melakar
sejarah.

Saudara Muas bermatlamat untuk
mengembangkan syarikat Muas Mo
Wedding and Event Stylist diperingkat
antarabangsa disamping melahirkan lagi
bintang-bintang profesional dalam bidang
solekan profesional dan pengurusan acara.

142

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Jangan terlalu manja dengan persekitaran dan berdaya saing. Cepat
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru juga dapat melatih dan
membimbing diri lebih berdikari. Paling penting sekali dalam dunia usahawan
adalah berani untuk mengambil risiko lalu percaya pada kesungguhan, nilai
berkat dan percaya akan misi dan visi dalam keusahawanan

143

SARJANA MUDA PENGURUSAN MUHAMMAD
MAJLIS (BM236) AIMAN
FAKULTI PENGURUSAN RAHIM
PERNIAGAAN
THE MODELS LAB KL
Graduasi: 2016 USAHAWAN AGENSI PERAGAAN

[email protected] Saudara Muhammad Aiman merupakan
012 6311 079 graduan Fakulti Pengurusan Perniagaan
tahun 2016. Beliau telah menubuhkan
Colonial Loft agensi peragaan di Malaysia yang
Empire City pertama kalinya khusus untuk model
Jalan PJU 8/8 tempatan Malaysia. Agensi modeling ini
Damansara Perdana dibarisi oleh peragawati dan peragawan
Selangor ternama dalam industri peragaan
seperti Tuti Noor, Shikin Gomez, Tengku
Azura, Natalie Prabha, Nia Atasha, Rita
Suraya, Rita Nadira dan ramai lagi. Dua tahun
selepas fokus hanya pada model tempatan
Malaysia, The Models Lab KL melebarkan
sayap dengan juga memberi ruang
kepada model dari Asia seperti Indonesia,
Filipina dan Singapura. Antara client agensi
ini adalah seperti Zalora, Fashionvalet, Duck,
Isetan, Chanel, Tom Ford, Levis, Uniqlo,
Rizalman, Rizman Ruzaini, Mimpikita dan
banyak lagi.

144

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Perjalanan untuk menjadi usahawan/majikan kepada diri sendiri
adalah bukan jalan yang mudah kerana apabila bekerja sendiri, usaha
harus dilipat kali gandakan untuk mendapat kejayaan dan bertahan dalam
industri. Jika bekerja “makan gaji” usahanya 60%, bila bekerja sendiri
usahanya harus lebih dari 100% untuk menjamin hari-hari mendatang. Kita perlu
selalu keep up dengan isu semasa dan marketing semasa supaya kekal relevant.

145

AMAR REZA
ZAINALABIDIN

PROJEK MARHAEN PRODUCTION
USAHAWAN KANDUNGAN DIGITAL
KREATIF (CREATIVE DIGITAL CONTENT) -
“CIK YAH”

IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN Saudara Amar Reza, graduan Ijazah
KEPUJIAN (TEKNOLOGI KREATIF) Sarjana Muda Kepujian Teknologi Kreatif
FAKULTI FILEM, TEATER & ANIMASI UiTM, merupakan pencipta kandungan
(FITA) kreatif Instafamous ‘Cik Yah”. Disamping
itu perniagaan beliau juga mempelopori
Graduasi: 2018 beberapa bidang lain seperti kejurulatihan
gerak irama bagi 150 pelajar sekolah rendah,
[email protected] peringkat kebangsaan pada tahun 2019.
012 2028771 Beliau dan perniagaan beliau juga telah
memenangi pelbagai anugerah tempatan
No 36, Jalan Enggang Timur 8 seperti Anugerah Teater Terbaik, Pak Pandir
Taman Sri Keramat Sebuah Muzikal (2019) dan Anugerah Khas
54200 Kuala Lumpur Juri, Dato Onn The Musical (2015). Melalui
Wilayah Persekutuan Projek Marhaen Production, saudara Amar
Reza turut menawarkan perkhidmatan
kepakaran kejurulatihan seni persembahan
dan perkhidmatan pengurusan acara.

Beliau bermatlamat untuk menerbitkan
sebuah produksi animasi “Cik Yah” di layar
televisyen disamping membuka lebih banyak
peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan
jurusan seni khususnya.

146

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Jatuh tidak bererti kalah atau lemah, sebaliknya ia adalah titik permulaan
untuk kita berjaya. Teruskan mengejar minat dan citacita. Niatkan segala
pekerjaan kerana Allah SWT dan sentiasalah berkongsi rezeki yang diperoleh.
Jangan sesekali ada rasa iri hati dengan rezeki orang lain.

147

SENI LUKIS DAN SENI REKA MOHAMMAD
(TEKSTIL) BASRI
FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI HARUN
REKA
SIDAI CRAFT WORKS
Graduasi: 2016 USAHAWAN REKABENTUK, TEKSTIL,
KORPORAT ITEM DAN PERCETAKAN
[email protected]
019 4092512 Saudara Mohammad Basri graduan Fakulti
Seni Lukis Dan Seni Reka UiTM tahun
314, Tingkat Atas, Bizpark 4 2016, kini aktif menjalankan perkhidmatan
Jalan Melor 1/3 kepakaran penghasilan produk korporat dan
Persiaran Amanjaya 4 persendirian. Antara pelanggan prominen
Bandar Amanjaya beliau ialah kerabat DiRaja Kedah, KWSP,
08000 Sungai Petani Gading Group Berhad dan UiTM. Beliau
Kedah kini bermatlamat untuk mengembangkan
perniagaan beliau - Sidai Craft Works ke
platform antarabangsa.

148

Titipan Alumni Usahawan Millenia

llmu tidak pernah ada penghujungnya, usaha dan positif maka hasilnya akan tiba.

149

IJAZAH SARJANA MUDA MOHAMMAD
(KEPUJIAN) PENGURUSAN FAUZI
MAJLIS MINOR IN HUMAN ABD MANAN
RESOURCE
FAKULTI PENGURUSAN & FAMES MANAGEMENT SDN. BHD.
TEKNOLOGI PEJABAT USAHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN
SERTA PENGURUSAN ACARA
Graduasi: 2010
Saudara Mohamad Fauzi, merupakan
[email protected]/ graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
famesmanagementsdnbhd@ Pengurusan Majlis dari Fakulti Pengurusan
gmail.com & Teknologi pejabat UiTM tahun 2010.
012 4174522 Melalui perniagaan beliau – Fames
Management Sdn. Bhd., pelbagai
GF, Skytech Tower 2 perkhidmatan berasaskan makanan dan
MKN Embassy Techzone minuman serta pengurusan acara telah
63300 Cyberjaya beliau jalankan. Antara lokasi perhidmatan
beliau termasuklah, di Sultan Lounge Cafe,
Wedding Decorator, KL Wedding Ministry.
Saudara Mohammad Fauzi bermatlamat
untuk mengembangkan dan membuka
lebih banyak cawangan dalam bidang
perkhidmatan berasaskan makanan dan
minuman serta pengurusan acara
serta dapat membantu lebih ramai graduan
untuk berjaya bertapak di dalam industri ini
di masa akan datang.

150

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Just do it! But you need to have a good skill. Learn as far as you can during degree
time and practical. Cari asas berniaga and you are good to go!

151

152

153

AZIZUL
JULIRIN

KONOHA AGROTECH SDN. BHD.
USAHAWAN AKUAKULTUR

Saudara Azizul merupakan graduan ijazah

Sarjana Muda Sains dengan

Kepujian (Akuakultur) di Fakulti Sains

dan Sumber Alam UMS. Beliau bergraduat

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS pada tahun 2010 dan kini bergerak aktif dalam
AKUAKULTUR
FAKULTI SAINS DAN SUMBER perniagaan keusahawan berasaskan
ALAM
teknologi akuakultur. Saudara Azizul yakin
Graduasi: 2010
peluang menjalani latihan industri di Kansai
[email protected]
019 8106351 Bussan Product Co. Ltd di Kagawa Prefecture,

Jepun selama tiga bulan pada Mei hingga

Julai 2010 telah mendidik beliau menjadi

lebih berdikari, kreatif lasak, bermotivasi

dan mencontohi budaya kerja cemerlang

warga Jepun dalam menyelesaikan sesuatu

pekerjaan.

Beliau yang aktif selaku aktivis dan
kepimpinan dalam kampus sepanjang
pengajian di UMS telah membantu beliau
memenangi pelbagai pertandingan idea
perniagaan malah telah terpilih mewakili
Malaysia ke Persidangan Perusahaan Makro,
Kecil dan Sederhana di United Nations, New
York Amerika Syarikat.

Beliau amat berterima kasih kepada para
pensyarah UMS seperti Prof. Dr. Sigeharu
Senoo, Prof. Dr. Saleem Mustafa dan
Prof. Madya Dr. Abentin Estim dalam
perkongsian kefahaman teori, kemahiran
teknikal serta ilmu keusahawanan dalam
industri akuakultur.

154

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Budaya bertekad cemerlang yang ditanam dalam setiap diri individu merupakan
azimat untuk terus meraih kecemerlangan dari semasa ke semasa.

155

FAKULTI SAINS DAN SUMBER JUBAIR
ALAM JUHININ

Graduasi: 2013 AV FAMILY GROUP SDN. BHD.
USAHAWAN AKUAKULTUR
[email protected]
014 8665408 Saudara Jubair merupakan Pengasas
serta CEO Av Family Group Sdn. Bhd.
Peti Surat 263 Disamping itu, beliau juga merupakan
89308 Ranau pengarah syarikat JJM Venture Group Sdn
Sabah Bhd. Kedua-dua syarikat ini menjalankan
perniagaan berasaskan akuakultur iaitu
Taman Arnab (Arnab Village), Magical
Garden Ranau dan Kampung Itik Uncle Jay
di Kota Belud, Sabah.

Pemenang anugerah Bolungkitas Muda
Usahawan, Kementerian Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar SABAH
tahun 2018 dan Outstanding Entreprenuer
By Sabah Techprenuer (SATA 2018) ini,
merupakan graduan ijazah Sarjana Muda
Sains dengan kepujian (Akuakultur) UMS.
Saudara Jubair yang aktif selaku ahli
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan
JAKMAS dalam kampus sepanjang
pengajian beliau di UMS merupakan
pencetus arah aliran (trend) Taman Arnab
di Sabah dan sehingga kini sudah
terdapat lebih 11 Taman Arnab di Sabah yang
menggunakan konsep yang sama seperti
Arnab Village.

Taman Arnab merupakan taman
terbesar yang menempatkan lebih 1000
arnab dari spesis yang berbeza seperti
Angora, Lionhead, Satin, Rex, Netherland
Dwarf, New Zealand White dan Holland
Loop. Taman ini bukan sahaja menempatkan
spesis arnab, tetapi semua haiwan peliharaan
kecil lain seperti kucing, guinea pig dan
hamster.

156

157

MOHAMMAD
SYAHRIZAL @
RICO
HJ IZHAR

KK EVENT HOUSE SDN BHD
USAHAWAN PENGURUSAN ACARA

FAKULTI PERNIAGAAN EKONOMI & Saudara Syahrizal, graduan Fakulti
PERAKAUNAN Perniagaan Ekonomi & Perakaunan UMS
tahun 2011, merupakan Pengasas serta CEO
Graduasi: 2011 KK Event House Sdn. Bhd. Disamping itu
beliau juga merupakan pengarah Syarikat
[email protected] | Zoom Billion Sdn Bhd., Solusi Cara Sdn Bhd.
[email protected] dan Gergasi Mega. KK Event House Sdn. Bhd.
013 8865049 berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Malaysia - Perbendaharaan Malaysia Sabah,
Lot No.124, First Floor dan merupakan 100% milik Bumiputera dan
Golden Centre Putatan PUKONSA.
88450, Kota Kinabalu
Sabah Selaku pengarah urusan KK Event House Sdn.
Bhd. saudara Syahrizal atau lebih dikenali
sebagai Rico, mengendali perniagaan
berasaskan pengurusan acara berpusat di
Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mempunyai
lebih lapan tahun pengalaman dalam
pengurusan acara dan beliau pernah
berurusan dengan pelbagai jenis
perniagaan dan organisasi terkenal
tempatan. Saudara Rico dan pasukannya
sentiasa komited untuk menyediakan
pelanggan mereka perkhidmatan yang
berkualiti tinggi.

158

159

FAKULTI PSIKOLOGI DAN NOR
PENDIDIKAN HEDAYAH
KAULAN
Graduasi: 2010
HEDYS INTERNATIONAL SDN BHD
[email protected] USAHAWAN SNEK TRADISI MALAYSIA
014 8696084
Saudari Nor Hedayah, graduan Fakulti
7503-A, Jalan Enggang 19 Psikologi dan Pendidikan UMS tahun 2010,
Bandar Putra merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Hedys
81000 Kulai International Sdn. Bhd. dan ibu pejabatnya
Johor terletak di Bandar Putra, Kulai Johor. Hedy’s
telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan
mengendali proses pengeluaran produk
kuih batang buruk secara komersial. Pada
tahun 2020, saudari Hedayah dan Hedys
International Sdn. Bhd. telah berjaya
mengkomersialkan beberapa produk
tempatan lain iaitu Kuih Bangkit Gula
Melaka dan Maruku Shake. Melalui
perniagaan atas talian, Hedy’s telah berjaya
membantu melahirkan ramai usahawan
tempatan dengan menjana pendapatan 4-5
angka sebulan.

Selaku bekas Pemenang Anugerah
Kepimpinan Mahasiswa dan Anugerah
SPKS UMS, saudari Hedayah bermatlamat
untuk mengkomersialkan produk makanan
tradisi disamping mempertahankan rasa dan
keasliannya. Beliau yakin, Hedys
International Sdn. Bhd. bakal menjadi
platfom kepada usahawan untuk
menjana pendapatan dengan produk snek
tradisi Melayu.

160

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Jalan menuju kejayaan itu penuh rintangan
yang berliku, hadapilah dengan tenang dan jangan menyerah.

161

SABLY YUSIN

RETRO HEBAT ENTERPRISE
USAHAWAN PENTERNAKAN

Saudara Sably Yusin, merupakan graduan

bidang pengajian Sejarah di bawah Fakulti

Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS. Di UMS,

beliau telah mempelajari pelbagai jenis

kemahiran perundingan perniagaan dan

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN beliau telah menggunakan pengetahuan
KEMANUSIAAN
dari kelas tersebut secara sepenuhnya
Graduasi: 2009
dalam merencanakan dan
[email protected]
[email protected] menjalankan perniagaan beliau. Saudara
011 16108693
Sably Yusin kini menjalankan perniagaan

penternakan kambing di kampung

Kimolohing, Sabah.

Pada tahun 2013, Syarikat Retro Hebat

Enterprise ini telah memenangi geran

perniagaan usahawan RBC

berjumlah RM300,000. Melalui geran

tersebut, saudara Sably telah

memfokuskan syarikat beliau kepada aktiviti

pembinaan kandang kambing, pembinaan

stor pemprosesan, penyimpanan peralatan

dan makanan ternakan serta menaik taraf

infrastruktur utiliti seperti kemudahan

air serta elektrik. Melalui Retro Hebat

Enterprise, saudara Sably telah berjaya

meningkatkan pendapatan kasar

daripada RM800.00 kepada RM25,000.00

sebulan Ketika ini. Malah beliau juga berjaya

mewujudkan lima peluang pekerjaan

kepada penduduk setempat dan

membimbing lebih 30 usahawan dalam

bidang penternakan kambing.

162

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Semoga kami menjadi generasi yang lebih baik dan dapat menyumbang kepada
masyarakat.

163

164

165

MOHD
HAFIZUDDIN
HIEW
ABDULLAH

TDC HOLDING SDN BHD.
USAHAWAN PRODUK KESIHATAN

SARJANA PENGURUSAN Encik Hafizuddin Hiew bukan sahaja
PERNIAGAAN MBA
(KEWANGAN) memiliki Sarjana Pengurusan Perniagaan
MALAYSIA GRADUATE SCHOOL
OF BUSINESS (MGSEB) di Universiti Malaysia Kelantan, beliau juga
Graduasi: 2015
[email protected] merupakan graduan Sarjana Muda dari
016 5613380
Pt286-G Seksyen 26 Universiti Malaysia Kelantan dan seterusnya
Jalan Dusun Muda
15200 Kota Bharu meneruskan pengajian di peringkat Ijazah
Kelantan Darul Naim
Sarjana Pentadbiran Perniagaan. (Ijazah
166
Sarjana Muda Keusahawanan Teknologi

Pertanian, Fakulti Agro Industri dan

Asas Tani bergraduat tahun 2011). TDC

Holdings Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah

syarikat Pemasaran Pelbagai Peringkat

(MLM) milik Muslim di Malaysia yang tidak

hanya mematuhi undang-undang Malaysia,

tetapi juga kepatuhan terhadap SIRIM dan

Pematuhan Syariah dari segi

pengurusan, rancangan pemasaran,

produk dan kewangan pengurusan.

Saudara Mohd Hafizuddin yang bertindak

selaku Ketua Pegawai Eksekutif TDC

Holdings Sdn. Bhd., dilahirkan dalam

keluarga Cina, yang kemudian mengambil

keputusan untuk memeluk Islam semasa

ijazah tahun ketiga di UMK. Menurut saudara

Hafizuddin, sentiasa tahu bahawa

beliau akan berakhir dalam dunia perniagaan.

Beliau memulakan perniagaan yang kukuh

seawal kerjaya bebas semasa bergelar

siswazah universiti di Universiti Malaysia

Kelantan (UMK).

Saudara Mohd Hafizuddin telah

berjaya membawa TDC Holdings Sdn Bhd

memasuki pasaran Brunei, Thailand,

Singapura dan Indonesia dengan pro-

duk berasakan kesihatan beliau seperti susu kesihatan C2Joy dan Safe&Joy,
minuman kolustrum Colever, BerrMix, minuman tenaga Alithera dan sanitizer
SaniCare. Saudara Mohd Hafizuddin juga telah berjaya menubuhkan lagi
beberapa syarikat lain dan membentuk satu rangkaian perniagaan yang lebih
stabil disamping memperbanyakkan program berbentuk tanggungjawab
sosial korporat untuk membangunkan sosio-ekonomi masyarakat seterusnya
melahirkan usahawan yang bertaraf dermawan malah jutawan.

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Kunci kejayaan dan prinsip pegangan saya sehingga kini iaitu bersedekah;
ikhlaskan niat dan usaha dalam berniaga dan bekerja; selalu mengutamakan doa
ibu walaupun belum Islam; menepati janji dalam urusniaga dan setiap kali ada
masalah berlaku, muhasabah diri dulu, memperbaiki diri dulu, sebelum cari salah
orang serta terakhir ialah bertanggungjawab atas kegagalan diri sepenuhnya

167

HAKIMULLAH
KHABILU

KHABILU MANUFACTURING SDN. BHD.
USAHAWAN SNEK TEMPATAN
(MARUKU DAN KEKACANG)

Pengarah Urusan Khabilu Manufacturing

Sdn. Bhd., saudara Hakimullah Khabilu,

usahawan muda berusia 28 merupakan

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS graduan Ijazah Sarjana Muda Sains
(TEKNOLOGI PEMBANGUNAN
PRODUK) DENGAN KEPUJIAN (Teknologi Pembangunan produk)
FAKULTI INDUSTRI ASAS TANI
(FIAT) dengan Kepujian dari Fakulti Industri

Graduasi: 2017 Asas Tani (FIAT), UMK. Menurut saudara

[email protected] Hakimullah, beliau dan adik-adiknya
012 4474466
beliau telah diperkenalkan dengan dunia
No. 13, Jalan Industri Asas Tani
Perda Food Park perniagaan oleh bapa beliau seawal usia
Kubang Menerong
13300 Tasek Gelugor remaja. Kini beliau bergerak aktif dalam
Pulau Pinang
perniagaan berasaskan snek tempatan

iaitu muruku dan kekacang. Pada

tahun 2021, Produk Muruku telah

menembusi pasaran luar negara – Dubai.

Kini saudara Hakimullah merancang untuk

mengembangkan pasaran muruku buatan

Malaysia ke seluruh dunia. Beliau menanam

impian agar jenama Khabilu Famous Maruku

menjadi sebuah jenama yang terkenal suatu

hari nanti.

168

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Kepada para mahasiswa yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dengan dunia
perniagaan, beliau menyarankan agar mereka menjalani latihan industri di
syarikat-syarikat yang bukan sahaja mengajar mengenai proses atau teori,
tetapi lebih kepada praktikal. Apa yang penting, niat untuk belajar hendaklah
disematkan dalam hati, bukan untuk bekerja semata-mata.

169

HASSMIRA
CHE OMAR@
CHE HASSAN

D'HAS EMPIRE.
USAHAWAN PRODUK MAKANAN BEKU

IJAZAH SARJANA MUDA Saudari Hassmira Che Omar@Che
KEUSAHAWANAN DAN Hassan dengan hasil produk makanan
PERNIAGAAN (PERDAGANGAN) beliau - RisolesMY Frozen telah berjaya
DENGAN KEPUJIAN dalam industri makanan beku Malaysia
FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN dan beliau kini meraih pendapatan
PERNIAGAAN bulanan lima angka. Bermula dengan niat
ingin mencuba, akhirnya cubaan beliau
Graduasi: 2011 menjadi punca rezeki sehingga berjaya
memiliki kilang sendiri sekali gus membuka
[email protected] banyak peluang pekerjaan kepada ramai suri
019 6677572 rumah, pesara dan pekerja profesional untuk
mencari pendapatan sampingan.
No 18 Jalan 2/5
Taman Seri Jaromas Graduan Ijazah Sarjana Muda
42600 Jenjarom
Selangor Keusahawanan Dan Perniagaan

(Perdagangan) dengan Kepujian Fakulti

Keusahawanan dan Perniagaan UMK ini,

memulakan operasi perniagaan dengan

hanya bermodalkan wang simpanan

sebanyak RM100, dan dilakukan dari

rumahnya di Banting, Selangor, kini

bermatlamat untuk menjadikan produk

makanan beliau setanding makanan yang

biasa rakyat Malaysia makan dan dicari

disamping menjadikan D'has Empire bertaraf

antarabangsa.

170

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Kena kuat! Kena buat! - walaupun susah. Cari sokongan. Bina jaringan dengan
orang lain yang cepat berjaya. Dekati mreka yang berfikiran positif.

171

MUHAMAD
AMERUL
MUHAMAD

TERAJU INSAN RESOURCES & SYARIKAT
PERNIAGAAN TERAJU MAHSYUR
USAHAWAN PEMBEKALAN KELENGKAPAN
DAN KAFETERIA

IJAZAH SARJANA MUDA Saudara Muhamad Amerul merupakan
KEUSAHAWANAN
(KEUSAHAWANAN KESIHATAN) graduan Ijazah Sarjana Muda
DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN (Keusahawanan Kesihatan) dengan
PERNIAGAAN
Kepujian dari Fakulti Keusahawanan dan
Graduasi: 2015
Perniagaan UMK. Beliau kini bergerak aktif
013 2886029
selaku Pengurus Syarikat Teraju Mahsyur dan
Endau
Johor pengurus pemasaran Teraju Insan Resources

di Johor Darul Takzim.

Selepas bergelar graduan dalam bidang

keusahawanan , beliau terus menggiatkan

diri secara aktif sehingga kini dalam bidang

politik tanah air. Namun , dalam masa yang

sama beliau menubuhkan perniagaan

sendiri dan berdaftar dengan ssm dan

kementerian kewangan. Beberapa

172

perniagaan yang dijalankan bersama rakan kongsi seperti mengambil alih
pengurusan kem pusat latihan dan mengambil alih pengurusan chalet dan resort.

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Kita kena berani terjun tetapi perlu ada strategi. Kalau ada modal , kita hanya ada
dua pilihan. Berjaya atau rebah. Jadi untuk memastikan kita tidak rebah maka
kita perlu bijak cari peluang dan ruang. Jangan ambil kesempatan, tetapi
ambillah apa yang sempat.

173

IMER JIBRIL
MOHD NASIR

KING ODEN SDN BHD.
USAHAWAN PRODUK PERENCAH
MAKANAN

Graduan Fakulti Keusahawanan dan

Perniagaan, saudara Imer dan rakan

perniagaan beliau Saudara Wan Azehan

Helmi pada awalnya memulakan dengan

SARJANA MUDA menjual oden sedia dimakan di tapak gerai
KEUSAHAWANAN
(PERDAGANGAN) KEPUJIAN keusahawanan pelajar disewa di bawah
FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN
PERNIAGAAN seliaan Pusat Pembangunan Pendidikan
Graduasi: 2020
013 9250049 Keusahawanan (CEED), Institut
Lot 3233
Kampung Keting Kesahawanan UMK (UMKEI) yang terletak
16090 Bachok
Kelantan di UMK Pengkalan Chepa pada 2019. Hasil

174 jualan oden diusahakan secara kecil-

kecilan ini mendapat sambutan dalam

kalangan pelajar dalam kampus. Kaedah

mereka memanfaatkan platform laman

sosial sepanjang Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) seterusnya

menghasilkan pulangan yang lumayan

sehingga mampu menjana pendapatan

sehingga ratusan ribu ringgit sebulan

menerusi perniagaan perencah King

Oden segera. Kini Imer Jibril Mohd Nasir,

usahawan muda berusia berusia 24 tahun ini

telah berjaya mengusahakan perniagaan ini

dengan mendapat permintaan tinggi

sehingga berjaya menembusi

pasaran luar negara termasuk Indonesia

dan Singapura. Lebih membanggakan,

King Oden Sdn. Bhd. kini sudah berjaya

memiliki sebuah kilang pemprosesan di

Bachok Kelantan.

Saudara Imer, yakin bahawa usaha dan
fokus ke arah pengiktirafan satu-satu jenis
perniagaan secara tidak langsung akan
memberi keyakinan kepada agen dan bakal
agen perniagaan untk sama-sama mereka
komited serta menjana pendapatan melalui
penjualan produk berkualiti tinggi.

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Perlu buat dulu baharu kita yakin. Penting untuk dapatkan ilmu tentang bisnes
dari pengalaman sendiri dan dari pengalaman orang lain. Perlu mula berniaga
dari mana-mana sahaja. Perkara utama untuk berniaga bukan modal tetapi ilmu,
jika kita ada duit sedikit, laburkan untuk ilmu dahulu.

175

176

177

ANAS
AZAMI

AZDAN SDN BHD
USAHAWAN PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN

Saudara Anas merupakan graduan

Pengajian Quran dan Sunnah dengan

Kepujian dari Fakulti Pengajian

Quran dan Sunnah, USIM pada tahun 2017.

PENGAJIAN QURAN DAN Beliau merupakan pelajar yang aktif
SUNNAH DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN dengan aktiviti kepimpinan seperti
SUNNAH
Sekretariat Perhubungan Pelajar FPQS
Graduasi: 2017
2014, Pengarah Training Of Trainer 3.0 (SPP)
[email protected]
019 6217455 2016 dan Sekretariat Publisiti Seminar

Pt 7458(A) Jalan Bbn 1/1a Putra Perubatan Islam Al Hijamah. Beliau juga
Point Putra Nilai
71800 Nilai merupakan penerima Anugerah Dekan
Negeri Sembilan
FPQS 2013/2014 malah beberapa

anugerah lain seperti Johan Festival Nasyid

Peringkat Negeri Sembilan 2014 dan Johan

Pertandingan Nasyid Piala Rabbani 2014.

Pada tahun 2017, Saudara Anas telah

menubuhkan Azdan Sdn Bhd yang terletak

di Putra Point Putra Nilai Negeri Sembilan.

Hal ini bertujuan bagi membantu

masyarakat Islam yang menghadapi

kesukaran membaca Al-Quran untuk

kembali belajar Al-Quran bermula dari

peringkat asas sehingga mahir dengan

menggunakan kaedah belajar Al-Quran

dalam era globalisasi dan inovasi

terkini. Azdan Sdn. Bhd. telah berjaya

menganjurkan pelbagai program

seperti Azdan Quranic Center, Portal

E-Learning untuk belajar mengaji

Al-Quran secara atas talian, serta Kempen

Pendidikan Al-Quran yang telah berjaya

menerima pelbagai anugerah seperti

Anugerah The Brandlaureate Kategori World

Halal Bestbrands E-Branding Awards 2021,

SME & Entrepreneurs Business Awards: “Most

Innovative Education in Islamic Learning”

2021 dan “Excellent CEO In Islamic Education

Industry” 2022.

178

Saudara Anas juga berazam untuk terus aktif menjadikan Azdan Sdn. Bhd.
sebagai hub pengajian dan pembelajaran Al Quran seluruh dunia.

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Teruskan proses belajar dan mempunyai guru bimbingan.

179

MOHD EZZAT
MUSA

BIG LEMON DESIGN & DEVELOPMENT /
BIG LEMON GROUP SDN BHD / KHAE
CREATIVE
USAHAWAN PENCETAKAN DAN
PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
DAN SISTEM

IJAZAH SARJANA MUDA QURAN Saudara Ezzat merupakan seorang
DENGAN MULTIMEDIA DENGAN usahawa muda aktif kampus. Sewaktu
KEPUJIAN beliau masih bergelar mahasiswa, beliau
FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN telah menubuhkan QM studio, bagi
SUNNAH menjalankan perniagaan ICT (PC servis/web
Graduasi: 2013 development dan lain-lain) didalam kampus.
[email protected] Beliau telah menerima pelbagai anugerah
013 941 3814 keusahawanan dan kepimpinan sepanjang
No.16, Jalan Bp 6/8 beliau berada di USIM. Antara anugerah
Bandar Bukit Puchong tersebut adalah Pingat Emas – Ekspo
47100 Puchong Inovasi Islam 2011 USIM (I-INOVA 2011),
Selangor Pingat Perak-My Tarannum Smart
Learning System: National Research &
180 Innovation Competation 2011 UUM
(NRIC), Tempat Pertama - Anugerah
Keusahawanan Fakulti FQPS USIM,
Anugerah Dekan 2011/2012 dan Anugerah
Motivasi FPQS 2011 atas kecemerlangan
NRIC dan I-INOVA.

Seterusnya selepas tamat pengajian,

saudara Ezzat telah mendaftarkan

perniagaan tersebut pada tahun 2013

dibawah nama Big Lemon Design &

Development. Melalui Big Lemon Design

& Development, Saudara Ezzat memberi

tumpuan kepada perniagaan

berasaskan perkhidmatan pembangunan

perisian kursus perniagaan pengeluaran

IT dan Multimedia, pembangunan web,

penyeliaan web dan pembangunan sistem.

Selain itu, syarikat itu menawarkan reka

bentuk grafik dan visual serta perkhidmatan

lainseperti percetakan, pengiklanan dan

ukiran cenderamata.

Saudara Ezzat berazam untuk terus aktif dan menjadikan Big Lemon Group Sdn.
Bhd. dapat dikembangkan dengan lebih meluas dengan pembukaan cawangan
baru, serta menerokai cabang perniagaan baru.

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Teruskan minat anda, jadikan kemahiran dan minat kita sebagai pekerjaan yang
boleh menghasilkan pendapatan, serta dapat memberi manfaat dan membantu
masyarakat sekeliling.

181

MUHAMMAD
NAFIS
ABDUL MOIS

UI PLATINUM GROUP SDN BHD
USAHAWAN PERUNDING PEMBANGUNAN
MODAL INSAN, KEUSAHAWANAN SOSIAL
DAN PENDIDIKAN & LATIHAN

SARJANA MUDA FIQH DAN Saudara Muhammad Nafis, graduan
FATWA (SYARIAH) DENGAN Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa
KEPUJIAN (Syariah) Kepujian, dari Fakulti Syariah
FAKULTI SYARIAH DAN Dan Undang-Undang USIM, merupakan
UNDANG-UNDANG Ketua Pegawai Eksekutif Ui Platinum Group
Sdn. Bhd. yang beroperasi di Menara Arina
Graduasi: 2017 Uniti, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala
Lumpur.
[email protected]
013 4552304 Bermula sebagai seorang aktivist

Tingkat 7, Menara Arina Uniti kampus yang menubuhkan pusat
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur pembelajaran Darunnafis untuk
Wilayah Persekutuan
masyarakat setempat dan membuka

peluang pekerjaan sebagai tutor kepada

mahasiswa/i USIM, beliau kini menceburi

bidang profesional selaku pakar perunding

pembangunan modal insan, pembangunan

keusahawanan sosial dan pendidikan. Rakan

Kongsi Strategik UI Platinum Group Sdn Bhd

termasuklah Bank Muamalat, Felda Travel,

Angkasa, Kopeyro Travel & Tours dan JAWI.

Saudara Muhammad Nafis yakin beliau
mampu untuk Melahirkan Lebih Ramai
"Pemberi" Berbanding "Penerima"

182

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Optimis dalam melihat sesuatu perkara. Fokus kepada target, bukan pada
halangan.

183

MUHAMMAD
ZAHABY
ZAINUDDIN

FOODLAB VENTURE
USAHAWAN INOVASI MAKANAN &
MINUMAN.

BIOTEKNOLOGI MAKANAN Foodlab adalah sebuah sosial enterprise
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI berdaftar yang telah membantu lebih 26
usahawan makanan dari tahun 2020-2021
Graduasi: 2013 melalui konsep Shared Cloud Kitchen.
Perniagaan yang di terajui oleh Saudara
[email protected] Muhammad Zahaby selaku Ketua
017 685 6227 Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama
ini telah memenangi pelbagai anugerah
Water House Beverages seperti, Rural Business Challege 2017 : Juara
(002740863-K) Idea Perniagaan MaGIC IDEA Accelerator
2-3, Jalan Merbah 1 2018 Graduate, SEEd.Lab 2021 Graduate,
Bandar Puchong Jaya Finalist Teraju Superb 2020, Social
47170 Puchong Enterpise (Basic) Accerdetation – 2021 MEDAC.
Selangor
Selaku graduan bidang
Foodlab Venture
Level 2, Tower 3 Bioteknologi Makanan dari USIM,
Avenue 7 Horizon 2 Bangsar South
City, Bangsar South perniagaan berasaskan inovasi makanan
59200 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan dan minuman bukan lah bidang baru

buat Saudara Muhammad Zahaby.

Sepanjang pengajian di USIM, beliau aktif

dalam inovasi bioteknologi makanan dan

pernah memenangi pelbagai anugerah

seperti Anugerah Inovasi MAFAST 2013 bagi

kategori Student Innovation Compettion

dan Food Product Development. Saudara

Muhammad Zahaby berazam untuk

mengembangkan FoodLab Ventru dan pada

masa yang sama membantu ekosistem

industri makanan di Malaysia terutama

dalam inovasi makanan

184

Titipan Alumni Usahawan Millenia

Ilmu keusahawanan adalah sangat penting sebelum mengambil risiko (calculated
risk) dan memulakan perniagaan.

185

PUAN
HAJAH
NURIAH
ZAKARIA

HASNURI SDN BHD
USAHAWAN "MODEST FASHION"

IJAZAH SARJANA MUDA Puan Hajah Nuriah pemegang Ijazah
PERAKAUNAN DENGAN
KEPUJIAN Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari
FAKULTI EKONOMI & MUAMALAT
Fakulti Ekonomi & Muamalat USIM, telah
Graduasi: 2012
memulakan perniagaan beliau
[email protected]
013 7436765 dengan matlamat untuk membantu wanita

No 11 Jalan Ihp 1/11 menjadikan baju kurung sebagai pakaian
Iskandar Halal Park
81700 Pasir Gudang harian agar tampil ayu dan sopan
Johor Bahru
disamping dapat menutup aurat

dengan sempurna. Hasnuri Sdn Bhd. juga

menawarkan koleksi baju kurung yang cantik

dengan harga mampu milik bagi semua jenis

acara.

Perniagaan yang diterajui oleh Puan
Hajah Nuriah ini terbukti berjaya dengan
penerimaan pelbagai anugerah cemerlang
seperti Anugerah Outstanding Achievement,
2018, Anugerah Excelent In Leadership, 2019,
Anugerah Titanium Outstanding Growth,
2019. Anugerah 1st Runner Up Vip Reward
J&T 2019, Anugerah J&T 2020 Best Strategic
Business Partner dan Anugerah The
Brandlaureate Smes Best Brand
E-Branding Award For Muslimah Wear, 2020.
Malah Saudari Hasnuri sendiri telah dianuger-
ahkan pemenang Anugerah Asia Pacific Top
Women Entrepreneurs bagi tahun 2021 –
2023.

Puan Hajah Nuriah bermatlamat untuk
menjadikan Hasnuri sebagai jenama pilihan
utama "Modest Fashion" di Malaysia.

186

Titipan Alumni Usahawan Millenia

"Saya berharap agar lebih ramai pelajar yang akan berkecimpung dalam dunia
keusahawanan agar dapat sama – sama membantu meningkatkan ekonomi
negara dan ekonomi umat Islam khususnya." Puan Hajah Nuriah Zakaria.

187

188

189

KEJURUTERAAN MEKANIKAL KU MOHD
PERTAHANAN FAKHRI
FAKULTI KEJURUTERAAN KU AZIZAN

Graduasi: 2012 UNI LEVERAGE SDN. BHD.
USAHAWAN KILANG MEMPROSES
[email protected] MAKANAN, RESTORAN DAN CAFE
012 6707388
Saudara Ku Mohd Fakhri merupakan graduan
Arked Kepala Batas Kejuruteraan Mekanikal Pertahanan dari
No. 1 (Atas) Fakulti Kejuruteraan UPNM. Melalui Uni
Jalan kepala Batas Leverage Sdn. Bhd., beliau bermatlamat
06200 Kepala Batas untuk melahirkan usahawan yang dapat
Kedah Darul Aman bersama-sama membawa jenama Port
Kambing Bakaq (PKB) ke peringkat
antarabangsa.

190


Click to View FlipBook Version