The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46033727, 2023-06-27 01:50:49

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2023/2024

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2023/2024

BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JOHOR JAYA 2023/2024 145 SKOP KERJA DI BAWAH PENGURUSAN KOKURIKULUM 3.2.1KETETAPAN PERLAKSANAAN KOKURIKULUM 3.2.1.1 DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM A. UMUM 1. Mengikut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) mendefinisikan kokurikulum seperti berikut: • Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan peluang kepada murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. 2. Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998 Jilid 42 No.11 Tambahan No 41 Perundangan P.U(A)196, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut: 2.1 Mata Pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. 2.2 Hobi dan rekreasi 2.3 Sukan dan Permainan 2.4 Badan Beruniform atau 2.5 Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar. 3. Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967 Jilid II Bil 27, No.5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai “Kegiatan Kumpulan”. 4. Kegiatan kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Pelaksanaannya di semua sekolah adalah wajib [ Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550]. 5. Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah satu kesalahan yang jika disabitkan boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara ataupun kedua-duanya sekali di bawah Penalti Am [Seksyen 135, Akta Pendidikan 1996]. 6. Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang murid. Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuanatau kelab atau satu kegiatan sukan atau permainan [SPI Bil 1 Tahun 1985]. 7. Sekolah mewujudkan peluang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang diminati oleh mereka. 8. Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkodkan dan diberi penilaian [ SPI Bil 1 Tahun 1985 dan SPI Bil 2 Tahun 1986]. Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum setelah murid itu didaftarkan untuk menyertainya ialah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah, seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. 10. Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib [SPI Bil 1 Tahun 1985].


BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JOHOR JAYA 2023/2024 146 11. Setiap guru di sekolah hendaklah diberi tugas dan tanggung jawab secara bertulis, spesifik, terperinci dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum. 12. Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan adalah suatu kesalahan dari segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam ataupun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut Perintah-perintah Am Pegawai Awam-Bab D- Kelakuan dan tatatertib. 13. Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baharu serta nilai-nilai murni yang membantu murid membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani secara seimbang. 14. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur diskriminasi atau paksaan tetapi memfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid. 15. Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaannya pula terbuka kepada semua murid. 16. Kegiatan kemasyarakatan seperti kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong-royong memperbaik sekolah, gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian murid juga dianggap sebagai kegiatan kokurikulum [ SPI Bil 1 Tahun 1985]. 17. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat jika ada keperluan. 18. Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid bergiat dalam kegiatan pasukan seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru dan murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi kerajaan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berdaftar [SPI Bil 24 Tahun 1998]. 19. Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibubapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut [SPI Bil 2 Tahun 2000].


BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JOHOR JAYA 2023/2024 147 20. Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru dan murid atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada murid yang mempunyai sifat disiplin yang baik [ SPI Bil 1 Tahun 1985]. 21. Berpandukan SPI Bil. 2/2007 telah menetapkanperuntukan waktu minimum untuk kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut: 22. Sekolah hendaklah mewujudkan peluang kepada murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang kokurikulum yang diminati oleh murid ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-masing kepada masyarakat awam. a. KEGIATAN EKSTRA KURIKULUM 1 Sekolah sentiasa menggalakkan supaya murid-murid didedahkan kepada bidang-bidang kesenian berikut: 1.1 Bahasa dan kesusasteraan; penghayatan dan penglibatan dalam kegiatan-kegiatan puisi dan prosa seperti sajak, syair, penulisan esei dan kegiatan-kegiatan penulisan kreatif, pemikiran dan keilmuan melalui forum, perbahasan dan sebagainya. 1.2 Seni halus dan seni tampak; bidang-bidang pertukangan tangan, seni ukir, seni hias, seni khat, seni foto, seni lukis, seni tembikar, tekat- menekat, sulam-menyulam, tenunan dan anyaman. 1.3 Seni mempertahankan diri; silat. 1.4 Permainan tradisi; gasing, congkak, wau. 2. Kegiatan seni lakon atau seni pentas juga digalakkan dengan mengutamakan kesenian tradisi rakyat asal rantau ini; 2.1 Nyanyian seni suara; nyanyian tradisi rakyat seperti lagu-lagu rakyat (contoh Rasa Sayang, lenggang Kangkong), lagu asli (misalnya dendang saying, Tudung Periok), Nasyid, Qasidah, Marhaban, Hadrah. 2.2 Muzik; membina penghayatan muzik melalui Muzik Tradisi seperti Gamelan, muzik Wayang Kulit, Kompang, Ghazal. 2.3 Seni lakon / teater; senilakon/teater bercorak tradisi/klasik seperti Makyung, Bangsawan, Boria. Teater semasa / kontempra seperti drama tari, drama moden, purbawara. 2.4 Seni tari; tarian tradisi kebangsaan seperti inang, zapin dan joget. Tarian bersifat wilayah budaya seperti kuda kepang, canggung, sumazau. 3. Bidang kesenian yang hendak diketengahkan dalam mana-mana majlis atau upacara rasmi hendaklah semestinya berlandaskan prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan. KELAS MASA (minit) Tahun 3 dan 4 60 Tahun 5 dan 6 120


BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JOHOR JAYA 2023/2024 148 4. Mana-mana unsur kesenian asing hanya boleh dipersembahkan dalam majlis-majlis dan upacara sekolah setelah diubahsuaikan dengan prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan. 5. Penglibatan murid berbilang kaum dalam satu-satu aktiviti kesenian sangat digalakkan untuk memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum serta menyerapkan ciri-ciri keperibadian kebangsaan. 6. Sebarang persembahan yang mengandungi unsur-unsur budaya massa yang tidak terkawal seperti tarian disko, hippism dan lain-lain unsur baru pengaruh asing dari semasa ke semasa yang tidak sesuai dan bercanggah dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah dilarang. 7. Semua bentuk aktiviti kesenian dan kebudayaan sekolah hendaklah mematuhi Garis Panduan Mengenai Aktiviti Kebudayaan di Sekolah- Sekolah [ SPI Bil 3 Tahun 1984]. C PENGURUSAN KEGIATAN KOKURIKULUM 1. Aktiviti kokurikulum telah ditetapkan pada setiap hari Selasa 7.20-8.20 pagi dan Rabu pada pukul 12.40-1.40 tengah hari. Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan mengikut perancangan Takwim Kokurikulum atau surat arahan jabatan bagi memenuhi peruntukan masa kokurikulum. 2. Setiap guru menerima tugas dan tanggung jawab masing-masing dalam bidang kokurikulum secara bertulis. Tugas dan tanggung jawab ini mestilah jelas, spesifik, adil dan kuantitatif serta ada unsur-unsur yang menguji kepatuhan, kesungguhan dan kebertanggungjawaban serta yang mencabar profesionalisme guru. 3. Fail pengurusan setiap unit hendaklah sentiasa kemas kini, aktif dan lengkap. Setiap unit mesti mempunyai Takwim Aktiviti Unit berpandukan Takwim Kokurikulum Sekolah.Setiap unit membuat perancangan aktiviti berdasarkan KPI yang telah ditetapkan oleh JK Kokurikulum Sekolah. 4. Setiap murid hendaklah menyertai kegiatan kokurikulum seperti yang ditetapkan dan masing-masing mempunyai rekod penyertaan, penglibatan dan pencapaian dalam bidang kokurikulum berdasarkan skema penilaian yang ditetapkan oleh KPM. 5. Sekolah hendaklah mewujudkan dan mengemas kini pangkalan data mengenai pencapaian sekolah dan murid dalam bidang kokurikulum pada setiap tahun. 6. Sekolah hendaklah berhasrat untuk menghasilkan satu pasukan murid atau seorang murid mencapai kejayaan yang cemerlang di peringkat kebangsaan dan menyertai aktiviti di peringkat antarabangsa. 7. Indikator kemenjadian murid hasil kegiatan kokurikulum yang berkesan dapat dikesan melalui: 7.1 Penurunan kadar kes disiplin dan vandalism 7.2 Penurunan kes ponteng dan buang sekolah 7.3 Murid cergas dan ceria 7.4 Peningkatan kuantiti dan kualiti dalam aspek budi bahasa dan budi pekerti 7.5 Peningkatan prestasi akademik 7.6 Hubungan sekolah dengan komuniti lebih efektif


149 BUKU PENGURUSAN SK TAMAN JOHOR JAYA 2023/2024


Click to View FlipBook Version