The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 63zila, 2021-03-24 23:20:15

BUKU PROGRAM MAT PIBG KALI KE - 24

BUKU PROGRAM MAT PIBG KALI KE - 24

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK JALAN TASEK
31400 IPOH, PERAK

MESYUARAT AGUNG
TAhUNAN PIBG

SMK JALAN TASEK

KALI KE - 24
SESI 2019/2020

TARIKH : 27 MAC 2021
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING

MELALUI APLIKASI GOOGLE MEET

Organization

KANDUNGAN HALAMAN
2
BIL PERKARA

1. Atur Cara Majlis

2. Jawatankuasa PIBG SMKJT Sesi 3
2019/2020 4 – 15

3. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 23

4. Laporan Aktiviti PIBG 2019/2020 16 – 17
18 – 22
5. Sumbangan Kewangan PIBG Kepada 23 - 29
Sekolah
30
6. Laporan Kewangan PIBG 2019/2020 31
32 - 33
7. Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG 34
SMKJT Sesi 2019/2020

8. Pelantikan Jawatankuasa PIBG Sesi
2020/2021

9. Usul yang diterima

10. Penghargaan

1

2

ATUR CARA MAJLIS

8.00 pagi : Pendaftaran kehadiran guru/ ibu bapa /penjaga

8.30 pagi : Bacaan doa
Mesyuarat Agung PIBG SMK Jalan Tasek Kali ke- 24

Agenda Mesyuarat :

 Ucapan Pengerusi PIBG Sesi 2019/2020
 Ucapan Penasihat PIBG
 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke- 23
 Membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG bagi Sesi

2019/2020
 Membentangkan Sumbangan PIBG Kepada Sekolah
 Membentangkan dan Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG Sesi

2019/2020
 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020
 Melantik Pengerusi Sementara
 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2020/2021
 Pemilihan Juruaudit Dalaman (Ibu Bapa)
 Membentangkan dan Membahaskan Usul
 Membentangkan Kutipan Bayaran Persekolahan Tahun 2020
 Ucapan Penangguhan YDP PIBG Sesi 2020/2021

9.30 pagi : Majlis berehat seketika

2

3

JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SESI 2019/2020

PENASIHAT PIBG
Tuan Hj. Salleh bin Hj. Yusuf

YANG DIPERTUA PIBG
En. Mohd Zaki bin Che Deraman

NAIB YANG DIPERTUA
En. Lee Kian Sha’ng
SETIAUSAHA

Pn. Norzila binti Ahmad
BENDAHARI

Cik Chan Lee Yee

AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA
Pn. Cheong Swee Kin
En Shafie bin Sa’aid

Pn. Nor Aziyan binti Mat Zaini
En. Pasupathy a/l Supramaniam
En. Kamarul Azhar bin Sulaiman

AHLI JAWATANKUASA GURU
Pn. Nuriza binti Tajudin

Pn. Padmaloshini a/p P. Seresena
Pn. Normusnaini Fariza binti Mostofar
En. Theenathayalan a/l Karanthavasami

Pn. Leong Siew Hoong
Pn. Kamroon Asseken binti Saad

JURUAUDIT
En. Tan Seng Toh
Pn. Masni binti Abdul Rahman

3

4

MINIT MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG

SMK JALAN TASEK
KALI KE-23

5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN TASEK, IPOH

KALI KE -23

TARIKH : 23 Mac 2019

MASA : 11.00 pagi

TEMPAT : Dewan Koperasi Sejati, SMK Jalan Tasek

KEHADIRAN : 135 orang

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 En. Mohd Zaki bin Che Deraman, YDP PIBG SMK Jalan Tasek sesi 2018/2019,
merakamkan penghargaan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang
telah meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23. Beliau juga
menyatakan tujuan mesyuarat ini untuk melunaskan kutipan bagi meningkatkan usaha
ibu bapa dan guru-guru agar dapat meringankan dan membantu apa yang perlu untuk
kecemerlangan warga SMKJT. Beliau juga menyatakan kekuatan PIBG adalah
kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam berganding bahu bagi meningkatkan lagi
usaha untuk kecemerlangan sekolah.

Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Pengetua

2.1 Pn. Hajah Saibah Binti Hj. Mansor, Pengetua SMK Jalan Tasek merakamkan ucapan
terima kasih di atas kehadiran semua AJK PIBG , ibu bapa dan guru dalam Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-23. Beliau juga memaklumkan, dalam mesyuarat hari ini akan
menyentuh beberapa perkara penting seperti kutipan wang PIBG, perkembangan dan
pencapaian sekolah.
Tindakan : Makluman

4

6

2.2 Pn. Hajah Saibah Binti Hj. Mansor mengupas beberapa perkara kepada ibu bapa dan
guru mengenai intipati ucapan perutusan tahun baharu oleh KPM:
2.2.1 Penekanan wawasan 2020
 Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
 Masyarakat berjiwa bebas
 Masyarakat demokratik
 Masyarakat bermoral dan beretika
 Masyarakat liberal
 Masyarakat progresif dan saintifik
 Masyarakat penyayang
 Masyarakat yang adil dalam ekonomi
 Masyarakat makmur

2.2.2 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor menyebut 12 inisiatif baharu KPM 2019.
Menurut beliau, bukan semua dapat dilaksanakan. Antara 12 inisiatif tersebut
iaitu:
 Setiap sekolah akan ada Manual Nilai yang akan dibacakan setiap kali
perhimpunan.
 Pendidikan Sivik akan diperkenalkan.
 KPM akan berusaha memberpaiki masalah ‘mutual distrus’ antara ibu
bapa dan guru.
 Popularkan kembali ‘Hero Teachers” untuk tingkatkan kembali
pengiktirafan profesion perguruan.
 Telefon pintar akan dimanipulasi untuk tujuan pendidikan
 Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh mula bersekolah tahun 2019
 Kawasan rehat guru akan diwujudkan
 Guru tiada lagi kerja kekeranian mulai 2019
 Tidak akan ada kompromi dalam belanjawan pendidikan. Pendekatan
selepas ini akan ‘slice and dice’ ketirisan.
 Ke arah menjadikan sektor pendidikan ‘OKU Friendly’

5

7

2.2.3 Tunjang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas;
 Tunjang Komunikasi
 Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai
 Tunjang keterampilan diri
 Tunjang perkembangan fizikal dan estetika
 Tunjang sains dan teknologi
 Tunjang kemanusiaan

2.2.4 STEM (Sains Teknologi Engineering Mathematics) dalam hal ini di tekankan
4K dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ada aktiviti melibatkan
kerjasama seperti:
 Komunikasi
 Kerjasama
 Pemikiran kritis
 Kreatif

2.2.5 Revolusi Industri 4.0- Industri Tenaga Kerja yang memperkenalkan teknologi
pintar dan lebih kepada kreatif iaitu:
 Autonomous Robot
 Simulation
 System Integration
 Internet of Things
 Cybersecurity
 Cloud Computing
 Additive Manufacturing
 Augmented Reality
 Big Data
Tindakan : Makluman

6

8

3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke -22
3.1 Pn. Norzila Binti Ahmad, Setiausaha PIBG membentangkan minit Mesyuarat Agung

PIBG kali ke- 22 untuk diterima dan disahkan. Beliau meminta para hadirin merujuk
halaman 5 hingga 12.

Tindakan : Setiausaha

3.2 En. Mohd Zaki bin Che Deraman memberi peluang kepada para hadirin untuk
membuat sebarang pertanyaan atau pembetulan sekiranya ada.
Tindakan : Makluman

3.3 Persoalan daripada En. Azizan Bin Aziz pada muka surat 5, meminta penjelasan
tentang kehadiran mesyuarat PIBG : adakah peratus kehadiran mencukupi korum dan
peratus korum sepatutnya berapa.

3.4 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor menjelaskan bahawa untuk SMK Jalan Tasek tidak
dinyatakan. Pihak sekolah akan pastikan ada wakil daripada ibu bapa. Sebagai contoh
tahun lepas, pelajar 1000 lebih bersamaan 136 orang yang hadir. Kehadiran diambil
berdasarkan tandatangan ibu bapa yang hadir.

3.5 En. Mohd Zaki Bin Che Deraman menyatakan kehadiran merosot dan perlu
dipertingkatkan pada masa akan datang.

3.6 En. Mohd Zaki Bin Che Deraman meminta semua hadirin merujuk muka surat 11
perkara 8.3, agar mencadangkan bayaran PIBG.

3.7 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor meminta rujuk jadual agar boleh membuat kata
putus.

3.8 En. Azizan Bin Aziz mencadangkan agar pihak sekolah dan AJK PIBG membuat
keputusan.

7

9

3.9 Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019 mencadangkan bahawa Bayaran Sumbangan PIBG
tahun 2019 seperti berikut :

JENIS KUTIPAN PERALIHAN TING 1 TING 2 TING 3 TING 4 TING 5 TING 6
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
Sumbangan
PIBG (per 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00
keluarga)
Program 25.00 25.00 25.00 35.00 35.00 35.00 35.00
Peningkatan
Akademik 15.00 15.00 15.00 15.00 15.00 15.00 15.00
Keselamatan dan
Keceriaan - 10.00 10.00 -- - -
Sekolah 60.00 70.00 70.00 70.00 70.00 70.00 70.00
ICT

Jumlah Besar :

Sumbangan di atas yang sama jumlahnya seperti tahun sebelumnya telah dipersetujui.
Tindakan : Makluman/Bendahari

4.0 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG 2018/2019

4.1 Cik Chan Lee Yee Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan bagi 1 April
2018 sehingga 15 Mac 2019. Hadirin diminta merujuk pada muka surat 18 hingga 23
untuk melihat perincian akaun.
Tindakan : Bendahari

4.2 En. Mohd Zaki Bin Deraman memohon ibu bapa dan guru mengesahkan dan
menyokong.

4.3 Pn. Zalina Binti Mat mengesahkan laporan kewangan 2018/2019.
Tindakan : Makluman

4.4 En. Azizan Bin Aziz meminta penjelasan tentang wang tumpang. Wang tumpang
datang daripada mana?
Tindakan : Bendahari

8

10

4.5 Menurut Cik Chan Lee Yee, wang tumpang tidak diaudit dan wang tumpang datang
daripada pelbagai sumbangan seperti sumbangan daripada gendang 24 musim, kolej-
kolej swasta yang datang ke sekolah, SUKMA, Menteri Besar dan sumbangan daripada
En. Tan Seng Toh.
Tindakan : Bendahari

4.6 Cik Chan Lee Yee meminta rujuk muka surat 19, jumlah wang yang di terima.

4.7 En. Azizan Bin Aziz menyokong dan mengesahkan laporan kewangan.

4.8 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor menyatakan bahawa kewangan dibuat beberapa
pecahan bagi memudahkan untuk membuat pelbagai aktiviti.
Tindakan : Makluman

5.0 Hal-hal Lain
5.1 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor memaklumkan penggunaan telefon bimbit. Apabila

telefon bimbit dirampas, pihak sekolah akan simpan selama sebulan dan ibu bapa akan
dipanggil untuk ambil. Pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. Pelajar
Tingkatan 6 yang mempunyai aktiviti sahaja boleh menggunakan telefon bimbit.
Kesalahan dalam membawa telefon bimbit perlu membuat akur janji dan pelajar juga
tidak dibenarkan membawa telefon bimbit semasa aktiviti sekolah. Pelajar akan
dikenakan denda.

Tindakan : makluman
5.2 En. Paramasivam A/L Ammasy menyatakan tidak perlu mendenda dengan menyimpan

dalam jangka masa yang panjang. Sebulan terlalu lama. Menurut En. Paramasivam,
rampas hari ini dan esok maklum ibu bapa untuk datang ambil.

5.3 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana
pelajar akan mengulangi kesalahan. Pada pendapat beliau, guru yang simpan adalah
lebih baik dan selamat. Jika pelajar yang simpan, dikhuatiri dicuri dan keadaan akan
menjadi lebih sukar.

9

11

5.4 Menurut En. Paramasivam lagi, pihak sekolah perlu mancari pendekatan bagaimana
hendak menggalakkan ibu bapa agar hadir ke Mesyuarat Agung PIBG. Sekiranya yang
hadir sokong, belum tentu yang tidak hadir turut sokong ( berkaitan pembayaran PIBG
RM 70.00).

5.5 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor akan membincangkan dalam mesyuarat akan datang
berkenaan isu tersebut.

5.6 En. Paramasivam A/L Ammasy mempersoalkan tentang kebersihan kawasan luar
sekolah, di mana sampah melimpah sehingga berbau busuk. En. Paramasivam meminta
pihak yang bertanggungjawab membersihkan kawasan di luar sekolah.

5.7 Menurut Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor, kawasan luar sekolah diuruskan oleh Majlis
Bandaran Ipoh. Sampah tidak diselenggarakan setiap hari, ada tarikh-tarikh tertentu
untuk memungut sampah.

5.8 En. Mohd Zaki Bin Che Deraman menjawab tentang kehadiran yang merosot dalam
kalangan ibu bapa, pihak sekolah akan menyemak semula pada masa akan datang
kenapa perkara begini terjadi.

5.9 Menurut En Mohd Zaki juga, beliau bimbang korum tidak cukup dan mesyuarat tidak
sah. Guru dan waris tidak ramai datang Mesyuarat Agung PIBG. Beliau turut berasa
sedih dengan jumlah kehadiran waris yang tidak ramai. Beliau bimbang andai perkara
yang akan dibincangkan dalam mesyuarat menjadi gagal kerana ramai waris tidak hadir
mesyuarat.

5.10 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor memaklumkan bahawa komposisi sekolah ramai
kaum Cina kurang mendapat sambutan. Mesyuarat sering ramai tidak hadir. Pada masa
akan datang, kita akan melakukan sesuatu kerana ibu bapa banyak komitmen yang
menyebabkan mereka tidak dapat hadir.
10

12

5.11 En. Mohd Zaki Bin Che Deraman mohon cadangan disah dan disokong.

5.12 Pn. Raja Hasnah Binti Raja Abdullah mengesahkan cadangan.

5.13 Disokong oleh En. Azizan Bin Aziz.

5.14 En. Azizan Bin Aziz mempersoalkan perkara 8.0 (muka surat 11).

5.15 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor memaklumkan bahawa pihak sekolah telah
memanggil kontraktor untuk datang dan bercadang membuat tempat menunggu di luar
pagar sekolah. Kos untuk membuat tempat menunggu sahaja RM 6000 manakala
bumbung sebanyak RM 7000.
Tindakan : Makluman

5.16 Menurut beliau juga, pihak sekolah masih menunggu sumbangan dan peruntukan
daripada pihak luar. Duit yang ada untuk kegunaan perkara lain. Selepas mesyuarat
agung, sekolah akan cuba membina pondok pelajar.
Tindakan : Makluman

5.17 Pn. Norhayati, wakil ibu bapa mencadangkan agar ditubuhkan kumpulan WhatsApp
untuk setiap kelas supaya ibu bapa boleh mengetahui maklumat tentang aktiviti sekolah
dan hal-hal lain.

5.18 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor memaklumkan akan membincangkan kemudian.

Tindakan : Pengetua

11

13

6.0 Membentang dan Membahaskan Usul

6.1 Menambah bilangan penapis air dan penambahbaikan kebersihan serta makanan yang
disediakan di kantin. Mohon pihak sekolah buat pemeriksaan kerap ke atas kebersihan
kantin bukan di dalam sahaja malah di sekeliling kantin.

6.2 Menurut Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor, memang ada syarikat penapis air datang dan
pihak sekolah sedang memilih tempat yang sesuai untuk menempatkan penapis air
tersebut. Menurut beliau lagi, berkaitan isu kebersihan sekeliling kantin, kawasan
sekitar kantin dibersihkan oleh syarikat pembersihan. Syarikat pembersihan akan
membersihkan longkang supaya air dapat mengalir.

6.3 Pengetua memaklumkan terdapat program yang akan dilaksanakan selepas cuti sekolah
untuk pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 iaitu, Program Peningkatan Akademik.

6.4 En. Paramasivam A/L Ammasy menyentuh tentang isu semasa berkaitan gelombang
haba dan berharap sekolah mengelakkan daripada mengadakan aktiviti. Pihak sekolah
perlu berwaspada.

6.5 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor memaklumkan bahawa pihak PPD Kinta Utara juga
melarang sekolah mengadakan aktiviti di waktu cuaca yang panas. Sekolah baru selesai
sukan balapan, hanya permainan tertentu sahaja yang di adakan di Dewan Serbaguna.

6.6 En. Mohd Zaki Bin Che Deraman mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru
yang dapat hadir. Setiap tahun kehadiran tidak ramai. Oleh itu, beliau akan berbincang
untuk mancari hari yang sesuai agar ramai dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG.

6.7 En. Azizan Bin Aziz merujuk kepada masalah berkaitan telefon bimbit merupakan isu
yang sensitif bagi pihak sekolah. Menurut En. Azizan, beliau kerap masuk ke sekolah.
Beliau mendapati terdapat sebahagian pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Satu
12

14

bebanan kepada guru sekiranya berlaku kehilangan dan kecurian telefon bimbit di
sekolah. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam perkara ini.

6.8 En. Azizan juga mencadangkan pihak sekolah membuat banting melarang pelajar
membawa telefon bimbit ke sekolah atau bawa perkara ini untuk berbincang dengan
PPD. Selain itu, guru-guru juga tidak digalakkan menggunakan telefon bimbit di dalam
kelas.

6.9 En. Azizan juga memohon agar surau sekolah tidak dikunci kerana memudahkan
pelawat yang datang ke sekolah menumpang untuk menunaikan solat.

6.10 Menurut En. Azizan juga, pihak sekolah telah membuat Program Pembangunan Sukan
jangka panjang. Oleh itu, beliau meminta En.Azmi membuat kertas kerja untuk
mendapatkan sumbangan baju kepada ahli-ahli sukan terbabit.

6.11 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor memaklumkan akan membuat banting di kantin
sekolah bagi memudahkan semua orang melihat atau PIBG dapat menyumbang kos
membuat papan maklumat dalam bentuk kekal.

6.12 Menurut Pn. Hjh. Saibah, beliau sentiasa mengingatkan guru-guru agar tidak
menggunakan telefon bimbit semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

6.13 Pn. Hjh. Saibah juga memaklumkan bahawa guru pengganti perlu meletakkan tanda ‘R’
di dalam kelas bagi menunjukkan guru tersebut sedang ‘relief’.

6.14 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor memaklumkan berkaitan surau, pihak sekolah akan
memutuskan kemudian sama ada perlu dikunci atau tidak. Hal ini kerana berikutan
terdapat pekerja menumpang tidur dan didapati barang-barang di dalam surau hilang.
Kemungkinan pihak sekolah sendiri akan meminta pekerja atau pengawal keselamatan
tolong tengokkan surau.

13

15

6.15 Pn. Hjh Saibah juga memaklumkan, Program Pembangunan Sukan disumbang oleh
PIBG. Mana-mana syarikat di alu-alukan untuk menaja baju.

6.16 En. Tan Seng Toh menyuarakan rasa sedih ke atas kehadiran ibu bapa yang kurang
memuaskan pada mesyuarat hari ini. Menurut En. Tan Seng Toh, perkara ini berpunca
daripada ibu bapa sendiri bukannya pihak sekolah. En. Tan Seng Toh juga berkata ibu
bapa ramai datang ke sekolah apabila melibatkan penyerahan wang. Menurut En. Tan
Seng Toh lagi, kehadiran ibu bapa di kawasan luar bandar lebih ramai berbanding di
kawasan bandar. Sekiranya kehadiran tidak cukup korum bagaimana kita hendak
berbincang kegiatan anak-anak di sekolah. Mesyuarat agung PIBG penting untuk
kepentingan anak-anak dan sekolah.

6.17 En. Isacc Low memberi cadangan kepada pihak sekolah agar mengadakan mesyuarat
agung PIBG pada hari Ahad. Menurut En. Isacc Low, hari Jumaat tidak sesuai. Ramai
ibu bapa bekerja dan tidak semua dapat hadir ke mesyuarat tersebut.

6.18 Pn. Hjh. Saibah Binti Hj. Mansor memaklumkan bahawa sekolah mempunyai 4 kali
setahun cuti peristiwa. Cuti peristiwa digunakan untuk mengadakan majlis Hari
Anugerah Cemerlang, Hari Sukan, mesyuarat agung PIBG ke-23 dan sebagainya.
Menurut beliau, pihak sekolah akan mencari hari yang sesuai untuk mesyuarat akan
datang.

6.19 En. Azizan Bin Aziz mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG walaupun ada
masalah kehadiran tetapi masih laksanakan mesyuarat agung. En. Azizan memohon
pihak PIBG pada masa akan datang tidak mengadakan mesyuarat pada hari bekerja.
Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada SMKJT di atas kejayaan seorang pelajar
STPM sehingga ke peringkat kebangsaan dan berharap kekalkan prestasi agar tahun
depan lebih cemerlang.

14

16

17

LAPORAN AKTIVITI PIBG SMK JALAN TASEK SESI 2019/2020
MULAI APRIL 2019 HINGGA MAC 2020

1.0 Mesyuarat Jawatankuasa

AJK PIBG Sesi 2019/2020 telah mengadakan mesyuarat sebanyak 5 kali yang diadakan
di Bilik Gerakan SMK Jalan Tasek. Kehadiran AJK seperti berikut:

BIL NAMA 5/7 21/9 7/1 9/3 5/8
En. Mohd Zaki Bin Che Deraman √√√√√
1. En. Lee Kian Sh’ang XX √ XX
2. Pn. Norzila Bt Ahmad √ √ √X√
3. Pn. Nuriza Bt Tajudin √√√√√
4. Cik Chan Lee Yee √ √ √X√
5. Pn. Padmaloshini A/P P. Seresena √ √X√ √
6. Pn. Kamroon Asseken Bt Saad √ √ √ √X
7. En. Theenathayalan A/L √X√ √ √
8.
√ √ √X√
9. Pn. Leong Siew Hoong √X√ √ √
10. Pn. Normusnaini Fariza Bt. Mostofar √√√√√
11. En. Shafie B. Sa'aid XXXXX
12. Pn. Cheong Swee Kin XX√ √ √
13. Pn. Nor Aziyan Bt Mat Zaini XXXXX
14. En. Pasupathy A/L Supramaniam X √ XXX
15. En. Kamarul Azhar Bin Sulaiman
√ ( Hadir ) X ( Tidak Hadir )

16

18

2.0 Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2019
Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2019 telah diadakan pada 22 Mac 2019. AJK PIBG
turut hadir bagi meraikan pelajar-pelajar yang mendapat kecemerlangan dalam bidang
akademik dan kokurikulum serta memberikan sumbangan wang bagi menjayakan
majlis tersebut.

3.0 Sukan Tahunan 2019
Kejohanan Sukan Tahunan yang telah diadakan turut diraikan oleh wakil AJK PIBG.

4.0 Hari kokurikulum 2019
Pihak Ahli Jawatankuasa PIBG turut menghadiri Hari Kokurikulum 2019.

5.0 Majlis khatam Al-Quran 2019
AJK PIBG beragama Islam turut hadir dalam Majlis Khatam Al- Quran

6.0 Majlis Solat Hajat Peperiksaan PT3, SPM & STPM 2019
Pihak PIBG beragama Islam turut hadir dalam Majlis Solat Hajat yang diadakan di
Dewan Terbuka SMK Jalan Tasek untuk pelajar yang akan menghadapi peperiksaan.

7.0 Sambutan Hari Guru 2019
8.0 Jamuan Akhir Tahun Pengawas 2019
9.0 Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 2019
10.0 Jamuan Akhir Tahun Pemimpin-pemimpin Organisasi Sekolah 2019
11.0 Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf 2019
12.0 Larian Jalan Raya 2020
13.0 Sukan Tahunan 2020
14.0 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24 pada 8 Ogos 2020.

17

19

SUMBANGAN KEWANGAN PIBG KEPADA SEKOLAH
MULAI APRIL 2019 HINGGA MAC 2020

1.0 Program Peningkatan Akademik
1.1 Peruntukan kewangan untuk Program Bimbingan dan Teknik Menjawab Soalan
Ekonomi Penggal 1 STPM 2019/2020.
1.2 Sumbangan kewangan bagi membiayai Bahan Bercetak Kecemerlangan Bahasa
Inggeris SPM Tahun 2019.
1.3 Sumbangan kewangan bagi Yuran Pendaftaran Pertandingan Statistik Peringkat
Kebangsaan 2019.
1.4 Sumbangan bayaran Pengangkutan Bas ke Lawatan Penanda Aras dan Jom
Masuk ‘U’.
1.5 Membantu menjayakan Program Jejak Harapan dan SMART SPM 2019.
1.6 Sumbangan kewangan STPM Peringkat Kebangsaan ke Sidang Pengumuman
Peperiksaan STPM 2018.
1.7 Sumbangan sempena pelaksanaan High Immersive Program (HIP)
1.8 Peruntukan bayaran pendaftaran Pertandingan dan Pendawaian Elektrik
(STEMDEX).
1.9 Sumbangan kewangan bagi menyertai International Chemistry Olympiad 2019.

2.0 Program Kokurikulum
2.1 Peruntukan pembayaran Jurulatih Program Pembangunan Olahraga.
2.2 Sumbangan kewangan untuk Pertandingan Kawad Kaki NGO Peringkat
Kebangsaan Tahun 2019.
2.3 Peruntukan untuk membeli kain alas gendang Kelab Wushu.

18

20

2.4 Sumbangan kewangan bagi Kem Pertolongan Cemas Peringkat Negeri dan
Kebangsaan.

2.5 Sumbangan kewangan untuk Kem Penarafan Pengakap Raja.
2.6 Sumbangan pembiayaan Yuran Pertandingan Karnival Kadet Jabatan

Pengangkutan Jalan Peringkat Negeri 2019.
2.7 Peruntukan bagi membaik pulih kasut kawad PPIM SMK Jalan Tasek.
2.8 Peruntukan kewangan bagi elaun jurulatih kawad kaki bagi Kadet Pengangkutan

Jalan.
2.9 Sumbangan pembiayaan aksesori pakaian Kadet Remaja Sekolah (KRS)
2.10 Sumbangan menampung perbelanjaan dan yuran Pertandingan Bola Keranjang

Tingkatan 6 (lelaki).
2.11 Sumbangan untuk membeli peralatan yang diperlukan bagi Pertandingan Bola

Keranjang Lelaki Tingkatan 6.
2.12 Sumbangan bagi Aktiviti Merentas Desa dan Sukan Olahraga Sekolah 2020.
2.13 Sumbangan untuk membeli kasut Persatuan St John Ambulance Malaysia SMK

Jalan Tasek .
2.14 Sumbangan untuk peralatan muzik Kelab Kebudayaan dan Kesenian.
2.15 Bantuan kewangan untuk pembelian alatan Pengakap 2020.
2.16 Sumbangan untuk Perkhemahan Tahunan Unit Bulan Sabit Merah Malaysia

(BSMM)
2.17 Sumbangan semperna Karnival Sukan Tingkatan Enam Negeri Perak 2020.
2.18 Sumbangan kewangan bagi Kem Pertolongan Cemas St John Ambulans 2020.

19

21

3.0 Program Hal Ehwal Murid
3.1 Pembiayaan untuk menjayakan program PROHAD tahun 2020.
3.2 Bantuan kewangan untuk Aktiviti Majlis Ketua Tingkatan tahun 2020, bagi
pembiayaan untuk Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
3.3 Peruntukan kewangan bagi Projek Keceriaan Kantin Sekolah.
3.4 Pembiayaan Kursus Kepimpinan dan Kecemerlangan Akademik Badan
Kepimpinan Pelajar 2019.
3.5 Sumbangan kewangan bagi Program Keselamatan Bersama dengan Jabatan
Bomba dan Penyelamat 2019.
3.6 Peruntukan untuk Program Orientasi 6 Rendah Sesi 2019/2020
3.7 Peruntukan bagi Program Pendidikan Pencegahan Jenayah dan Dadah
3.8 Sumbangan kewangan Program Pasca PT3, bagi pembiayaan Lawatan ke
Pangkalan TLDM, Lumut tahun 2019.
3.9 Bantuan kewangan untuk Pertandingan Inovasi Membuat Kincir Air Berasaskan
Buluh Tahun 2019
3.10 Peruntukan subsidi sewa bas ke Pertandingan Kaligrafi Cina ( Hui Chun) Negeri
Perak Tahun 2020.
3.11 Peruntukan bagi bayaran Pas Keluar Kelas untuk Unit Disiplin SMK Jalan
Tasek Tahun 2020.
3.12 Sumbangan kewangan bagi pembelian Name Tag Ketua dan Penolong
Tingkatan Tahun 2020.
3.13 Bantuan kewangan sempena Program Kursus Kepimpinan Badan Organisasi
Sekolah SMK Jalan Tasek 2020.

20

22

4.0 Program Pembangunan Infrastruktur
4.1 Bantuan kewangan bagi membaiki pagar SMK Jalan Tasek.
4.2 Membiayai pembelian alas meja dan kerusi untuk kegunaan guru dan pelajar
4.3 Menyalur kewangan untuk membaik pulih bahagian kantin
4.4 Menyalurkan kewangan untuk membuat bumbung kiri dan kanan di luar pagar
hadapan sekolah.
4.5 Menyalur kewangan untuk mewujudkan bilik siaraya
4.6 Bantuan kewangan bagi menaiktaraf Bilik Gerakan SMK Jalan Tasek.

5.0 Program Kebajikan
5.1 Sumbangan kewangan bagi menjayakan Program Ihya’ Ramadhan Al Mubarak
SMKJT 2019.
5.2 Sumbangan Jamuan Makan Perdana Kokurikulum 2019.
5.3 Sumbangan bagi menjayakan Program Maal Hijrah Peringkat SMK Jalan
Tasek.
5.4 Sumbangan kewangan untuk Jamuan Akhir Tahun Badan Kepimpinan Pelajar
2019.
5.5 Sumbangan kewangan untuk Jamuan Akhir Guru – guru dan Staf Sokongan.
5.6 Sumbangan kewangan untuk Majlis Pragraduasi SPM dan STPM.
5.7 Sumbangan baki kewangan untuk Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2019.
5.8 Program Ziarah Cakna 2019.
5.9 Sumbangan kewangan membeli bagi Hadiah Cabutan Bertuah untuk pelajar
yang membayar bayaran PIBG dan kelas yang mencatat kutipan tertinggi setiap
bulan.
21

23

6.0 Lain-lain
6.1 Menyalurkan kewangan untuk membeli pembesar suara dan LCD projektor
6.2 Menyalurkan kewangan untuk membeli peralatan siaraya, peralatan pentas dan
bekas simpan barang-barang perhiasan
6.3 Menyalurkan kewangan untuk membeli portable basketball hoop,rim and stand
6.4 Peruntukan bagi keceriaan kawasan sekolah
6.5 Bantuan Photostat Bahan PdPc tahun 2019.
6.6 Sumbangan bagi membasmi anai-anai di Bengkel KH dan surau di bawah.
6.7 Sumbangan bagi pembelian ubat-ubatan dan keperluan kesihatan.
6.8 Sumbangan kewangan untuk pembelian barang perhiasan pentas (bunga-bunga)
bagi setiap program-program di sekolah.
6.9 Sumbangan kewangan untuk Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24.

22

24

LAPORAN
KEWANGAN PIBG

SESI 2019 / 2020

25

23

26

24

27

25

28

26

29

27

30

28

31

29

32

JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 24
SMK JALAN TASEK, 31400 IPOH

Penasihat : Tn. Hj. Salleh bin Hj. Yusuf (Pengetua Cemerlang)
Penolong Penasihat : Cik Hajah Fatimah binti (PK Pentadbiran)
: Pn. Jamilah binti Juhari (PK HEM)
Pengerusi
Naib Pengerusi En. Ahmad Izwin bin Ismail (PK Petang)
Setiusaha En. Abdul Rahman bin Ghazali (PK Kokurikulum)
Naib Setiausaha En. Zulkifli bin Shaari (PK Tingkatan 6)
Bendahari : En. Mohd Zaki bin Che Deraman (YDP PIBG SMK Jalan Tasek)
Naib Bendahari : En. Lee Kian Sha’ng (NYDP PIBG SMK Jalan Tasek)
: Pn. Norzila binti Ahmad
: Pn. Nuriza binti Tajudin
: Cik Chan Lee Yee

: Pn. Padmaloshini A/P Seresena

SAMBUTAN/PROTOKOL PERSIAPAN TEMPAT
Pn. Raja Hasnah binti Raja Abdullah (K) En. Lee Kok Chuon (K)
Pn. Noor Haiyati binti Abd. Rahman
Pn. Suraini binti Samsuddin En. Shahrinol bin Zainol
En. Abdul Nasir bin Abdul Rahman En. Ling Hua Sang
En. Aidel Redzuan bin Abas
PENDAFTARAN IBU BAPA DAN MENGEDAR BUKU En. Mohd Ridzuan bin Bakri
PROGRAM
Pn. Nor Lailian Maimonhayu binti Mat Desa (K) En. Mior Ahmad Shah bin Abd Aziz
Cik. Liong Lock Wai En. Rajendran A/L Arunasalam
Pn. Manimala A/P Shanmugam En. Victor A/L Selvaraj
En. Chen Han Chong

JURUACARA MAJLIS PENGERUSI SEMENTARA
Pn. Muflihatun binti Muhammad Ghuffron (K) En. Mohamad Azmi bin Ahmad
Pn. Siti Zanariah binti Ahmad
SERANTA , FOTOGRAFI & DOKUMENTASI
PENCATAT MINIT MESYUARAT En. Hazril Amri bin Hasan (K)
Pn. Norhashimah binti Abd. Wahab (K) Pn. Leong Siew Hoong
Pn. Normusnaini Fariza binti Mostofar Pn. Padmaloshini A/P P. Serena
Pn. Nurul Husna binti Rafaad
Pn. Zahirah binti Osman BANNER DAN PERSIAPAN PENTAS DEWAN SEJATI
Pn. Norlinda binti Zakeria (K)
MENYEDIAKAN BUKU PROGRAM Pn. Haslinda binti Mohamed
Pn. Nuriza binti Tajudin (K)
Pn. Norzila binti Ahmad SIARAYA
En. Fazmi bin Ishak (K)
SIJIL DAN CENDERAMATA En. Mohd Hafisz bin Mohd Noor
En. Mohd Zulhelmi bin Abdul Wahab (K)
Pn. Mariatul-Kibtiah binti Baharudin
Pn. Farina binti Hj. Hassan

PENGIRA UNDI JEMPUTAN
En. Muhammad Faiz bin Muhammad Halil Pn. Norzila binti Ahmad
En. Theenathayalan A/L Karanthavasami Pn. Nuriza binti Tajudin

BACAAN DOA JAMUAN
En. Mohd Basri bin Hassan Pn. Hjh. Soraya Bibi binti Ibrahim (K)
Pn. Kamroon Asseken binti Saad
GOOGLE MEET Pn. Farihah binti Husin @ Shaaban
En. Hafezullah bin Shafie (K) Pn. Masni binti Abdul Rahman (K)
Pn. Nur Zarith binti Zanal Abidin Pn. Saadah binti Haron @ Hassan
Pn. Jesicca Sutha binti Santiago
Pn. Norlaila binti Che Murat (Poll) 30

33

YANG DI PERTUA :

…………………………………………………………………………….................................................

NAIB YANG DI PERTUA :

…………………………………………………………………………………………………………….

SETIAUSAHA :

…………………………………………………………………………………………………………….

NAIB SETIAUSAHA :

…………………………………………………………………………………………………………….

BENDAHARI :

…………………………………………………………………………………………………………….

NAIB BENDAHARI :

…………………………………………………………………………………………………………….

AJK IBU BAPA : 1.

…………………………………………………………………………………………………………

2.

…………………………………………………………………………………………………………

3.

…………………………………………………………………………………………………………

4.

…………………………………………………………………………………………………………

5.

…………………………………………………………………………………………………………

AJK GURU : 1.

…………………………………………………………………………………………………………

2.

…………………………………………………………………………………………………………

3.

…………………………………………………………………………………………………………

4.

…………………………………………………………………………………………………………

JURUAUDIT (GURU) :

…………………………………………………………………………………………………………….

JURUAUDIT (IBU BAPA) :

…………………………………………………………………………………………………………….

31

34

MEMBENTANGKAN DAN MEMBAHASKAN USUL-USUL YANG DITERIMA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24

Cadangan usul 1:
Daripada Pn. M. Elamathi ibu kepada V. Thibashini, Tingkatan 2 Bestari.
Mencadangkan : Bilakah kelas Bahasa Tamil akan dimulakan?

Cadangan usul 2:
Daripada Pn. Nurul Aida Bt Abdul Rahim ibu kepada Dang Alis Bt Amir, Tingkatan 3
Iltizam.
Mencadangkan : Sehalakan lalulintas di waktu keluarnya pelajar sekolah.

Cadangan usul 3:
Daripada En. Azizan Bin Aziz bapa kepada Muhammad Dhiyaulhaq, Tingkatan 5VT2.
Mencadangkan : Menaikkan yuran PIBG sebanyak RM 30.00 bagi setiap waris.

Cadangan usul 4:
Daripada En. Faizalhawafiz Bin Abdul Wafar bapa kepada Putra Fairuz
Haziq,Tingkatan 6RK3.
Mencadangkan : Agar diperketatkan lagi SOP PKPP terutama selepas sesi persekolahan
iaitu di luar pagar sekolah. Perlu ada pemantauan dan pengawasan.

32

35

Cadangan Bayaran Sumbangan PIBG tahun 2020

Jawatankuasa PIBG sesi 2018/2019 mencadangkan bahawa Bayaran Sumbangan PIBG tahun
2020 seperti berikut :

JENIS KUTIPAN PERALIHAN TING 1 TING 2 TING 3 TING 4 TING 5 TING 6
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)
Sumbangan PIBG (per 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00
keluarga)
Program Peningkatan 25.00 25.00 25.00 35.00 35.00 35.00 35.00
Akademik
Keselamatan dan 15.00 15.00 15.00 15.00 15.00 15.00 15.00
Keceriaan Sekolah
ICT - 10.00 10.00 - - - -
60.00 70.00 70.00 70.00 70.00 70.00 70.00
Jumlah Besar :

Nota : Oleh kerana ramai keluarga yang terjejas dengan Pandemik Covid–19, pihak sekolah mencadangkan agar
kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2020 dikurangkan sebanyak RM 20.00, menjadikan jumlah keseluruhan
sumbangan pada tahun ini adalah sebanyak RM 50.00.

33

36

AJK PIBG SMK JALAN TASEK
Sesi 2018/2019 merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih

kepada para ibu bapa/ penjaga,
guru-guru, staf sokongan SMK Jalan Tasek
dan semua pihak yang terlibat secara langsung
atau secara tidak langsung dalam menjayakan

Majlis Mesyuarat Agung PIBG
SMK Jalan Tasek Kali ke – 24

34

37


Click to View FlipBook Version