AMMELIA ANAK BUJANG PISMP BM1622 BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK “Bahasa Melayu Kini: Isu, Inovasi, dan Integrasi”
ISU BAHASA KERANCUAN BAHASA (Bahan Media) PENERANGAN Menurut Hashim Musa dan Halimah Pondo (2012) dalam Noor Aida et al. (2014), kerancuan bahasa dapat diistilahkan dengan penggunaan bahasa yang tidak mengikut hukumnya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata mahupun istilah yang menyebabkan kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Berdasarkan satu perkongsian daripada Facebook yang menunjukkan kesalahan bahasa di mana kata perintah digunakan terlalu banyak dalam satu ayat perintah. Kesalahan ejaan dan penggunaan bahasa rojak yang menggunakan bahasa Inggeris juga dapat dilihat. CONTOH KESALAHAN Penggunaan kata perintah banyak dalam satu ayat: ‘sila’ , ‘tolong’ & ‘jangan’ Kesalahan ejaan: ‘ton’ & ‘sampa’ Penggunaan bahasa Inggeris: ‘TQ’
Kategori Kesalahan Pembetulan (Pembentukan Perkataan Baharu) Penggunaan kata perintah dalam satu ayat Sila tolong jangan simpan ton sampa di sini. TQ > Jangan simpan tong sampah di sini. Terima kasih. Kesalahan ejaan ton > tong sampa > sampah Penggunaan bahasa Inggeris TQ > Terima kasih CONTOH PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU
Penerangan Penyingkatan perkataan adalah proses yang menyingkatkan perkataan yang panjang yang terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti kata nama am, kata nama khas, dan kata nama adjektif (Muhammad Marwan Mohd Tanos dan Nik Safiah Karim, 2014). Berdasarkan salah satu keratan komik yang menunjukkan penyingkatan perkataan dalam satu dialog oleh watak dalam komik tersebut. Penyingkatan Perkataan (Bahan Bercetak) ISU BAHASA Contoh Kesalahan Penggunaan penyingkatan perkataan: ‘nak’ & ‘ni’
Kategori Kesalahan Pembetulan (Pembentukan Perkataan Baharu) Penyingkatan perkataan nak > hendak ni > ini CONTOH PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU
CARA MENYELESAIKAN ISU BAHASA
Peranan Pihak Sekolah (Program Pembelajaran Berasaskan Projek) Guru-guru perlu memainkan peranan dengan melaksanakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek yang membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu dalam konteks yang praktikal dan kreatif Pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBL) membolehkan murid terlibat secara aktif dalam projek yang memerlukan penggunaan Bahasa Melayu dalam pelbagai situasi. PBL juga menggalakkan kerjasama antara murid, yang mana mereka perlu berkomunikasi dan berkolaborasi menggunakan Bahasa Melayu. Dengan ini, penguasaan bahasa Melayu dapat diperkukuhkan sebagai alat komunikasi yang berkesan dalam pelbagai aspek kehidupan. CARA MENYELESAIKAN ISU BAHASA Peranan Ibu Bapa (Mengajar Kesantunan Berbahasa) Ibu bapa boleh mengajar anak-anak cara berkomunikasi dengan kesantunan, baik dalam situasi formal mahupun tidak formal, dan mencontohi sikap saling menghargai dalam komunikasi. Ibu bapa perlu membimbing anak-anak dalam penggunaan bahasa yang betul dan tepat, serta menegur dengan kaedah yang sesuai apabila terdapat kesalahan bahasa. Ibu bapa harus mendorong anak-anak untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan betul, serta menggalakkan mereka untuk menghormati dan memartabatkan bahasa kebangsaan. Melalui usaha-usaha ini, ibu bapa dapat membantu memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyai kemahiran berbahasa yang baik dan dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan cara yang positif dan bertanggungjawab.
Pelaksanaan program pendidikan bahasa yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dan sopan Peranan Media Massa (Anjuran Pelbagai Program Dan Penerbitan) CARA MENYELESAIKAN ISU BAHASA Media massa boleh bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memastikan kandungan yang disiarkan mematuhi garis panduan bahasa yang telah ditetapkan Media massa harus mengutamakan penggunaan bahasa Melayu yang standard dan baku dalam semua siaran dan penerbitan mereka untuk memastikan bahasa yang digunakan adalah contoh yang baik untuk masyarakat Media massa boleh menggalakkan penulisan kreatif dalam Bahasa Melayu melalui pertandingan-pertandingan penulisan, kolom-kolom khas, dan penerbitan karya-karya sastera
Sekian, Terima Kasih