BAHAGIAN A (25 markah) 1 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Mereka-mereka yang berkenaan sudah pun diundang untuk menghadiri majlis persaraan yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar itu. (ii) Rombongan itu datang daripada Kuala Kangsar untuk membuat lawatan sambil belajar di sini selama seminggu. (iii) Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu. (iv) Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan akan diambil tindakan oleh pihak berkenaan. [8 Markah] 1
2 Dalam setiap ayat di bawah ,terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pendidikan prasekolah dilaksanakan bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan. (ii) Sebanyak 17 buah syarikat insuran telah bersetuju untuk menyertai Skim Perlindungan Kesihatan Asing. (iii) Baju baru yang dibelinya di pasar raya itu sangat mahal kerana diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan terpilih. [3 markah] 3 Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal. (i) Nazhan membaca buku sambil menikmati keindahan alam sekeliling. 2
(ii) Syafikah ke dapur lalu membasuh gelas di atas singki. (iii) Aiman tidak percaya bahawa adiknya telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu. (iv) Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan barangan buatan luar negara. (v) Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang menyelesaikan masalah. [10 markah] 3
4 Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar tersebut. (i) (ii) 4
BAHAGIAN B [ 30 markah ] 5 Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sayup mata memandang. Tenang hati Alif ketika menyeluruhi peta kemas di hadapannya. Suara abah acap kedengaran di cuping telinga. Wajah tenang abah terasa-rasa mesra di penjuru mata. Ya, abah tidak lama lagi kita akan menuai emas, hatinya berbisik. Kesyukuran terjarum menusuk hati. Ini ganjaran daripada sebuah kesabaran. Ini imbuhan daripada sebuah keredaan. Datang pula suara emak melantun-lantun di telinga. Terima kasih yang tidak terkimah, emak, selalu mendidik anakmu ini makna syukur, sabar dan reda. Alif tersentak ketika gegendangnya ditujah bunyi hon singkat tetapi keras. Sebuah motosikal hamper melanggarnya. Dia berundur selangkah seraya mengelopak senyuman apabila bersabung pandang dengan sipenunggang motosikal. (Dipetik daripada Menuai Emas, antologi “Baik Budi Indah Bahasa”, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn Bhd) (i) Nilai-nilai murni sangat penting pada seseorang insan. Berikan nilai yang boleh dicontohi berdasarkan petikan cerpen tersebut. [3 markah]
(ii) Berdasarkan cerpen Menuai Emas, nyatakan dua perwatakan Alif. [3 Markah] (iii) Setiap murid disarankan agar berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menggapai impian. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif jika kita Berjaya menggapai impian tersebut? [4 markah] 6
6 Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak menerusi sajak Pada Sekuntum Mawar? [3 markah] 7 PADA SEKUNTUM MAWAR Sehelai kelopakmu gugur sekuntum mawar adalah titis air mata bonda bukan melontar harum indahmu yang luruh dalam lipatan usia. di hujung lembah tapi mengangkat seri mahkotamu Merenung pada malam yang kematian angin ke puncak iman pada laut yang kematian ombak seperti telah menutup pintu kehidupan ini menjadi sepi dan lara pada kemusnahan yang tak pernah dipinta. (Dipetik daripada antologi Baik Budi Indah Bahasa, Tingkatan 2, ArahPendidiksn Sdn Bhd)
(ii) Nyatakan maksud rangkap kedua dan rangkap ketiga sajak tersebut. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara seorang gadis menjaga maruah diri? [4 markah] 8
NOVEL TINGKATAN 2 JALAN KE PUNCAK Karya Juri Durabi MENITI IMPIAN Osman Ayop JEJAK MONPUS Karya Zulaiha Paikon DARAH TITIK DI SEMANTAN Karya Arman Sani 7 Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 2. Berdasarkan satu daripada novel yang anda kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. 9
BAHAGIAN C ( 15Markah) 8. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
BAHAGIAN D ( 30 Markah) 9. Tuliskan karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Nyatakan cara-cara menceriakan kawasan sekolah. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________
_____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________
KERTAS SOALAN TAMAT