Penulisan bukan kreatif: Rencana Tajuk: Faedah Amalan Budaya Membaca Oleh: Avris Ang Tze Qing Satu kaijian telah mendapati bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun berbanding bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Jepun. Dengan ini, nampaknya budaya membaca dalam kalangan masyarakat negara kita masih berada pada takuk lama, iaitu bagai hidup segan mati tidak mahu. Isu budaya membaca dalam kalangan masyarakat sepatutnya tidak boleh dipandang ringan dan diabaikan. Hal ini dikatakan demikian kerana pembangunan negara kita yang pesat banyak memerlukan pemimpin yang berpengetahuan tinggi dan berwawasan agar negara kita dapat dimajukan sehingga setanding dengan negara maju di dunia seperti Amerika Syarikat dan China. Dalam hal ini, pengamalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat semestinya dapat membantu melahirkan pemimpin yang sebegini. Hal ini berpunca daripada amalan budaya membaca yang mampu memberikan pelbagai faedah terhadap masyarakat. Ironinya, Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya haruslah dijadikan pegangan oleh masyarakat Malaysia dalam melahirkan modal insan kelas pertama. Sebagai pembuka tirai pembincangan, salah satu faedah amalan budaya membaca termasuklah menambahkan ilmu pengetahuan. Pada era globalisasi ini, membaca menjadi sesuatu yang agak senang untuk dijalankan kerana bahan bacaan boleh diperoleh dengan hanya menggunakan hujung jari, iaitu e-book atau buku secara maya. Oleh itu, masyarakat boleh membaca di mana-mana sahaja dengan menggunakan gajet sendiri seperti telefon pintar. Kebanyakan orang membaca kerana amalan membaca dapat membatu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi ini, contohnya, semasa temu duga. Dengan membaca, berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat khabar dapat diterapkan. Sekirannya masyarakat mengetahui tentang perkaraperkara baharu yang tidak diketahui sebelum ini, pengetahuan am mereka akan bertambah luas dan menjadi lebih bijak. Oleh hal yang demikian, mereka tidak akan menjadi seperti katak di bahawa tempurung. Melalui bahan bacaan yang berkaitan sejarah, mereka berpeluang memperlajari budaya masyarakat dunia seperti tamadun Mesopotamia, Indus, Hwang Ho, Mesir Purba dan lain-lain. Jika membaca buku-buku tentang sains, pengetahuan tentang konsep sains juga boleh ditingkatkan dan sekali gus membantu dalam proses pembelajaran dalam pelbagai bidang. Kesannya, masyarakat dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi melalui membaca. Tegasnya, amalan membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan secara efektif dalam kalangan masyarakat. Kupasan idea yang bernas tentang faedah amalan budaya membaca adalah mengisi masa senggan yang membawa maksud masa lapang antara dua pekerjaan. Terdapat 24 jam yang diperuntukkan kepada seseorang, namun masa yang singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan pelbagai aktiviti. Oleh itu, masyarakat seharuslah memanfaatkan masa lapang tersebut dengan amalan membaca. Dalam hal ini, rakyat Jepun telah menunjukkan konsep masa itu emas dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup mereka. Di negara matahari terbit itu, kita dapat menemukan masyarakat Jepun yang membaca ketika di dalam kereta api, di stesen bas, di taman-taman atau di mana-mana sahaja. Sebaliknya, di negara kita, rakyat kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi, bermain dam di atas wakaf, atau melepak di pusat-pusat beli belah bagi menghabiskan masa senggan mereka. Negara kita memerlukan rakyat yang berpengetahuan untuk membangunkan negara. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa, masyarakat seharusnya mengisi
masa lapang dengan amalan membaca. Sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan budaya membaca dapat mambantu mengisi masa senggan dengan bermanfaat. Sekirannya generasi muda berjaya mengamalkan budaya membaca, mereka semestinya dapat mencapai kejayaan dalam akademik. Hal ini terjadi kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan pengetahuan remaja tentang sesuatu mata pelajaran. Dalam konteks ini, terdapat juga mata pelajaran tertentu yang memerlukan pembacaan yang banyak, contohnya, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas. Dengan membaca, remaja dapat memperoleh maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei. Misalnya, pembacaan boleh dilakukan di perpustakaan di sekolah. Bagi mengalakkan pelajar-pelajar menggunakan kemudahan perpusatakaan, sekolah adalah bertanggungjawan untuk menaik taraf perpustakaan dengan kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin dan kemudahan ICT agar remaja dapat menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan yang kondusif. Secara eksplisit, remaja dapat mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan daripada bahan bacaan tersebut dan menggunakannya dalam ujian bagi tujuan mencapai keputusan yang cemerlang. Jika direnung sejenak, amalan budaya membaca dapat menjadi pemangkin kemajuan negara. Hal ini disebabkan kemajuan sesebuah negara tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata, tetapi juga diukur pada kemajuan intelektual rakyatnya. Dalam hal ini, amalan budaya membaca dapat membantu melahirkan golongan intelektual iaitu masyarakat yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif dalam setiap suduk kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui pembacaan, sel-sel otak seseorang akan berhubung dan berkembang. Jadi, penciptaan produk baharu atau pengubahsuaian produk yang sedia ada bagi tujuan menghasilkan produk yang lebih beraneka guna dapat dicetuskan. Bukan itu sahaja, taraf pendidikan di negara dalam usaha melahirkan rakyat yang bertamadun tinggi turut meningkat oleh sebab pengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan rakyat. Selain itu, ilmu-ilmu yang diperoleh melalui amalan membaca bolehlah digunakan dalam memajukan sektor-sektor tertentu seperti sektor pelancongan, sektor pertanian, sektor perlombongan dan sebagainya. Dengan keadaan sedemikian, ekonomi negara kita akan pesat membangun apabila sektor-sektor negara berjaya dikembangkan. Hal ini sekali gus dapat mengubah nasib negara dengan menjadikan negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara mapan di dunia. Negara kita semestinya tidak akan dipandang rendah oleh negara lain di persada dunia. Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa amalan membaca sangat mulia dan haruslah diamalkan dalam setiap lapisan masyarakat kerana mampu mendatangkan pelbagai kebaikan atau faedah kepada pembaca, keluarga, bangsa dan negara. Amalan membaca merupakan permulaan positif sebagai langkah pertama dalam penjanaan dan penyebaran ilmu. Tabiat membaca haruslah dipupuk ibarat sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ke arah meningkatkan purata pembacaan rakyat negara ini. Dengan ini, barulah nilai pengetahuan akan bertambah dan begitu juga gaya pemikiran yang leih luar serta negara dapat memacu ke arah kemajuan sejagat. Sesugguhnya semua pihak tidak mestilah bersikap bagai melepaskan batuk di tangga ataupun menunding jari antara satu sama lain bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam usaha mempraktikkan budaya amalan membaca dalam setiap sanubari rakyat negara kita. Sebaliknya, semua pihak haruslah berganding bahu dan menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing serta bersikap genggam bara api, biar sampai jadi arang untuk meningkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah kekal tetapi tamadun ilmu boleh merentasi zaman.