The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suriati, 2018-11-26 07:17:52

Tadabbur Surah An Nisa' ayat 32

An nisa 32

Keywords: An Nisa'

“Janganlah kamu iri hati disebabkan Allah memberi kurnia
kepada sebahagian orang itu lebih banyak dari yang lain-lain.

• Perkataan La tatamannau, dari pokok kata Tamaniy iaitu ANGAN-ANGAN atau
berkhayal memikirkan kelebihan orang lain, kekayaan orang, ketinggian yang
dicapainya. Angan-angan adalah memikirkan hal yang diri sendiri sukar mencapainya.

• Maka akibat dari angan-angan itu akan timbul dengki dan irihati kepada orang yang
mendapat kelebihan itu.

“Janganlah kamu berkata,
wahai kiranya aku akan
diberi pula harta banyak,
nikmat banyak dan isteri
cantik sebagai si fulan itu

Ibnu Abbas

“Janganlah kamu iri hati disebabkan Allah memberi kurnia
kepada sebahagian orang itu lebih banyak dari yang lain-lain.

Allah melarang seluruh bentuk irihati terhadap apa Kelebihan dari segi jawatan,
sahaja kelebihan yang dikurniakan Allah kepada kedudukan, bakat,
setengah orang-orang Mukmin yang mengatasi kebolehan,kepandaian,
setengah yang lain. kekayaan, kesenangan dan
segala perbezaan kelebihan dan
habuan di dalam kehidupan ini.

“Janganlah kamu iri hati disebabkan Allah memberi kurnia
kepada sebahagian orang itu lebih banyak dari yang lain-lain.

Yang perlu dilakukan:
• Bertawajjuh @ memberi tumpuan hati kepada Allah dan memohon limpah

kurniaanNYa secara langsung.
• Bukan membuang masa mengecewakan hat sendiri dengan iri hati terhadap

perbezaan itu.
• Bukan membiarkan diri dilanda oleh perasaan-perasaan yang keruh, yang

menemani rasa iri hati itu seperti perasaan hasad dengki, dendam kesumat atau
dihanyut oleh perasaan kecewa dan hampa, perasaan merasa jatuh dan hancur
di depan rasa irihati itu.

“Janganlah kamu iri hati disebabkan Allah memberi kurnia
kepada sebahagian orang itu lebih banyak dari yang lain-lain.

Perasaan Irihati ini akan:
• Melahirkan perasaan jahat sangka terhadap Allah
• Melahirkan perasaan jahat sangka terhadap keadilan pengagihan Allah
• Boleh mengakibatkan malapetaka yang menghapuskan ketenteraman jiwa.
• Menimbulkan perasaan kegelisahan dan kesengsaraan batin
• Menghabiskan tenaga diri di dalam berbagai-bagai perasaan buruk sehingga lalai

menyelidiki dalam dirinya sendiri, yang tentu ada pula kelebihan pada dirinya
kalau dia pandai memupuknya.

“Janganlah kamu iri hati disebabkan Allah memberi kurnia
kepada sebahagian orang itu lebih banyak dari yang lain-lain.

Tawajjuh (tumpulah hati) kepada Allah sepenuh hati kerana:
• Allah tidak pernah susut dengan apa sahaja pemberianNya
• Allah tidak pernah merasa bosan terhadap para peminta yang bersesak-sesak di

pintu.
• Allah merupakan tempat perlindungan yang memberi ketenteraman dan

harapan dan tempat yang membangkitkan semangat untuk mencari sebab-sebab
dan punca-punca untuk memajukan diri yang positif bukannya membuang
tenaga sia-sia membakar diri dengan rasa kecewa, marah, jatuh dan hancur.

“Janganlah kamu iri hati disebabkan Allah memberi kurnia
kepada sebahagian orang itu lebih banyak dari yang lain-lain.

Jangan mengeluh melihat kelebihan orang lain, sehingga dirinya sendiri jadi lemah.

Carilah di dalam diri suatu kelebihan yang diberikan oleh Allah.

Manusia tak ubahnya seperti batu permata mahal yang disimpan Tuhan, terpendam
di dalam bumi. Baru akan nyata cahayanya jika telah digosok dengan baik.

“Kaum lelaki mendapat bahagian dari apa yang telah diusahakan mereka
dan kaum perempuan juga mendapat bahagian dari apa yang telah
diusahakan mereka dan pohonkanlah kepada Alah limpah kurniaNya.

Sebab ayat ini diturunkan: Sebab ayat ini diturunkan:
Mujahid menceritakan bahawa Ummu Manakala Allah telah menetapkan
Salamah pernah bertanya kepada Rasulullah hukum tentang pembahagian pusaka,
saw: “Ya Rasulullah, orang lelaki pergi iaitu tiap-tiap seorang lelaki mendapat
berperang, mengapa kami orang perempuan bahagian dua orang perempuan, kaum
tidak pergi berperang? Dan bahagian kami perempuan pun telah menuntut dengan
dalam harta pusaka pula hanya seperdua mengatakan: “Kamilah yang lebih berhak
daripada bahagian orang lelaki. Kalaulah kami dan lebih patut mendapat kelebihan
diberi peluang seperti lelaki, nescaya kami daripada kaum lelaki, kerana kami
akan pergi berperang dan mendapat pusaka makhluk yang lemah sedangkan mereka
yang serupa dengan yang didapati oleh orang makhluk yang kuat dan lebih berupaya
lelaki.” Pertanyaan ini telah dijawab oleh mencari makan daripada kami.” Maka
Rasulullah dengan turunnya ayat ini. Allah turunkan ayat tadi

“Pembahagian Tugas Di Antara Lelaki dan Perempuan

Tujuan Islam:
• Untuk menegakkan sistem hidupnya yang sepadu dengan

segala perincian
• Bukan semata-mata untuk faedah kaum lelaki dan bukan pula

untuk faedah kaum perempuan sahaja
• Tetapi faedah manusia seluruhnya
• Untuk kepentingan akhlaknya, kebaikan
• Untuk faedah keadilan yang mutlak dengan semua aspek dan

sebabnya yang sepadu.

• Fitrah menentukan lelaki itu lelaki dan perempuan itu perempuan
• Setiap jenis ada perbezaan masing-masing agar mereka dapat berfungsi bukan

untuk kepentingan peribadinya dan bukan pula untuk kepentingan jenis masing-
masing.
• Malah untuk faedah kehidupan agar ia tegak, teratur, sempurna ciri-cirinya bagi
mencapai matlamat iaitu melaksanakan tugas khilafah di bumi dan beribadat
kepada Allah.

“Pembahagian Tugas Di Antara Lelaki dan Perempuan

• Perempuan disuruh berusaha sebagaimana lelaki disuruh berusaha, masing-
masing dalam bidangnya.

• Contoh: seorang lelaki Berjaya dalam usahanya kerana bekerja keras
keluar rumah, maka kejayaan itu akan sempurna jika perempuan atau
isteri yang ada dalam rumahtangga yang telah mereka bangunkan
berdua, tahu pula akan kewajibannya sebagai isteri.

• Suami bertanggungjawab keluar, isteri bertanggungjawab di garis
belakang.

• Pekerjaan lelaki yang kasar dan berat, sedang pekerjaan perempuan
halus dan rumit.

• Pekerjaan kasar lelaki tidak akan dapat dilaksanakan oleh perempuan
dan pekerjaan halus perempuan tidak akan dapat dilaksanakan oleh
lelaki.

• Imbangan yang berat kasar dengan yang ringan halus, itulah
keharmonian rumahtangga.

“Pembahagian Tugas Di Antara Lelaki dan Perempuan

• Tak usah si perempuan mengeluh dan berangan-angan supaya dia jadi lelaki,
supaya terlepas dari kewajipan mengandung anak, menyusukan dan mengasuh.

• Seorang lelaki pun tidak usah mengeluh kerana berat tugasnya, lalu ingin sebagai
perempuan.

• Kebanyakan perempuanlah yang kerapkali mengeluh dan merasakan bahawa
kewajipannya yang terbesar dan haknya kurang, lalu dia hendak berlari mengejar
ke tengah jalan raya, hendak hidup sebagai lelaki.

• Apabila angan-angannya itu diperturutkan, kacaulah susunan dunia ini.

“Pembahagian Tugas Di Antara Lelaki dan Perempuan

• Tiada lagi perdebatan yang karut menggambarkan keadaan seolah-olah telah
tercetus satu pertarungan yang sengit antara lelaki dan perempuan.

• Masyarakat jahiliyyah dulu menjatuhkan kaum wanita dengan imej yang negatif.
Maka berlakulah penindasan terhadap hak-hak perempuan seperti menafikan
hak pekerja perempuan mendapat upah yang sama dengan upah pekerja lelaki di
dalam pekerjaan yang sama.

• Di dalam sistem hidup Islam pertarungan itu tidak mungkin berlaku ….tidak ada
ertinya bertanding merebut harta dunia.

• Di sana tidak ada selera untuk berkempen menyerang perempuan atau
berkempen menyerang lelaki

• Iaitu berusaha menjatuh dan mengaibkan mereka dan memeriksa titik-titik
kelemahan dan kekurangan masing-masing.

• Pelbagaian dan pengagihan fungsi lelaki dan perempuan diperlukan untuk
persepaduan dan dengan demikian tercapailah keadilan yang sempurna di dalam
peraturan Allah. Lelaki dan perempuan saling memerlukan antara satu sama lain.

“Mengapa Jihad Tidak Diwajibkan Ke Atas Perempuan?

• Sebenarnya Allah tidak mewajibkan jihad ke atas kaum
wanita dan tidak pula mengharamkannya.

• Islam tidak mencegah kaum wanita dari berjihad apabila
keadaan memerlukan tenaga jihad mereka yang tidak
dapat dipenuhi oleh tenaga lelaki.

• Sejarah peperangan Islam telah menyaksikan ramai
wanita-wanita Islam yang menjadi pahlawan-pahlawan
perang bukannya sekadar menjadi jururawat dan
pembawa bekalan. Ia berlaku sekadar memenuhi
keperluan dan keadaan darurat dan bukannya menjadi
keperluan.

• Walau bagaimanapun Islam tidak mewajibkan jihad ke
atas kaum wanita sebagaimana ia wajibkan ke atas kaum
lelaki.

“Mengapa Jihad Tidak Diwajibkan Ke Atas Perempuan?

• Jihad tidak diwajibkan ke atas kaum wanita kerana kaum wanitalah yang telah
melahirkan lelaki-lelaki yang berjihad itu.

• Kaum wanita adalah disediakan untuk melahirkan lelaki-lelaki dengan segala persiapan
jasmani dan jiwa mereka; untuk memperlengkapkan lelaki-lelaki bagi memasuki medan
jihad dan medan hayat.

• Kaum wanita adalah lebih berguna kerana jika peperangan itu membunuh kaum lelaki
dan meninggalkan kaum perempuan, maka ia masih meninggalkan kepada umat itu
pusat-pusat untuk melahirkan zuriat bagi menggantikan kekosongan itu.

• Keadaan tidak akan begitu apabila peperangan itu membunuh kaum perempuan dan
kaum lelaki kedua-dua sekali.

• Seorang lelaki dalam sistem Islam – apabila perlu digunakan segala kemudahan dan
potensi – boleh menjadikan 4 orang perempuan melahirkan anak untuk memenuhi
kekosongan kerana terbunuh di dalam peperangan selepas beberapa waktu kemudian.

• Sedangkan 1000 lelaki tidak dapat menjadikan seorang perempuan pun untuk melahirkan
anak. Ini merupakan hikmah yang bebaskan kaum perempuan dari kewajipan jihad.

“Mengapa Jihad Tidak Diwajibkan Ke Atas Perempuan?

• Allah telah memberi jaminan yang meyakinkan kepada kaum lelaki dan kaum
perempuan bahawa Ia akan berikan pahala dan balasan yang setimpal jika mereka
mengerjakan segala tugas yang ditugaskan kepadanya dengan sebaik-baiknya untuk
mencapai darjah ihsan yang sempurna di sisi Allah.

“Mengapa Lelaki Mendapat Habuan Pusaka Yang Lebih?

• Nampak seperti berat sebelah apabila ‘bahagian seorang
lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan’.

• Tetapi ianya satu pandangan yang sepadu terhadap
kedudukan lelaki dan perempuan dan tugas-tugas
keduanya.

• Dalam Islam ada dasar ‘pendapatan mengikut
tanggungan perbelanjaan’ kerana lelaki membayar mas
kahwin kepada perempuan, sedangkan perempuan tidak
membayar maskahwin kepada lelaki.

• Lelaki menanggung nafkah isteri dan anak-anaknya,
sedangkan isteri dibebaskan dari tugas ini walaupun ia
mempunyai kewangan sendiri.

• Lelaki juga menanggung nafkah anggota-anggota
keluarga yang susah dan lemah dari mencari makan
mengikut hiraki keluarga seperti ibu dan adik beradiknya.

“Mengapa Lelaki Mendapat Habuan Pusaka Yang Lebih?

• Ia adalah sebuah peraturan yang sepadu, di mana
pengagihan tanggungjawab itulah yang menentukan
pengagihan pusaka.

• Habuan tanggungjawab lelaki lebih berat dari habuannya
di dalam pusaka.

• Seorang lelaki mesti boleh bekerja dan berusaha
• Seorang perempuan penting diberi kerehatan dan

ketenangan yang cukup supaya ia dapat menjaga anak-
anak selaku modal manusia yang paling berharga, yang
tidak boleh dinilai dengan wang.

• Demikianlah kita dapati ciri-ciri keseimbangan yang sempurna dan pertimbangan
yang halus di dalam sistem hidup Islam yang bijaksana yang disyari’atkan oleh Allah
yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.

• Di sini kita rakamkan hak milik peribadi yang dikurniakan oleh Islam di dalam ayat:

“Kaum lelaki mendapat bahagian dari apa yang telah diusahakan mereka
dan kaum perempuan juga mendapat bahagian dari apa yang telah
diusahakan mereka dan pohonkanlah kepada Alah limpah kurniaNya.

• Islam telah mengurniakan hak milik peribadi kepada kaum wanita sejak dari awal-
awal lagi tanpa dituntut oleh mereka, tanpa pemberontakan dari mereka, tanpa
pertubuhan-pertubuhan wanita dan tanpa wanita menjadi anggota parlimen.

• Islam memandang mulia kepada seluruh
manusia dan memandang mulia kepada
dua belahan badan bagi jiwa yang satu
yang sesuai dengan tujuannya untuk
menegakkan sistem kemasyarakatan insan
di atas asas keluarga dan memagari
suasana keluarga dengan perasaan kasih
mesra antara suami isteri.

“Kedudukan Wanita Dalam Islam Dan Di Negeri-negeri Barat

• Dr Abdul al Wahid Wafi di dalam bukunya:’Hak-hak manusia’ telah memberi satu
pemerhatian yang halus terhadap kedudukan wanita di dalam Islam dan
kedudukannya di negeri-negeri Barat.

• Islam juga telah menyamakan di antara lelaki dan wanita di hadapan undang-undang
dan di dalam semua hak-hak awam (sivil) sama ada wanita yang bersuami atau yang
tidak bersuami. Perkahwinan di dalam Islam berlainan dari perkahwinan pada
kebanyakan umat-umat Barat Kristian.

• Seorang perempuan Islam selepas ia berkahwin tetap dapat memelihara namanya,
nama keluarganya dan semua hak awamnya seperti perjanjian jual-beli, gadaian,
pemberian, wasiat.

• Perempuan yang bersuami di dalam Islam mempunyai syakhsiyah awam yang
sempurna dan harta kekayaan peribadi yang terasing dari syakhsiyah suaminya dan
harta kekayaan. Pihak suami tidak harus mengambil sesuatu dari harta milik
peribadi isterinya sama ada sedikit atau banyak.

“Kedudukan Wanita Dalam Islam Dan Di Negeri-negeri Barat

• Perempuan yang bersuami di dalam Islam mempunyai syakhsiyah awam yang
sempurna dan harta kekayaan peribadi yang terasing dari syakhsiyah suaminya dan
harta kekayaan. Pihak suami tidak harus mengambil sesuatu dari harta milik
peribadi isterinya sama ada sedikit atau banyak.

• Surah al-Baqarah:229 yang bermaksud: ‘Dan tidak halal kepada kamu mengambil
kembali sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka.’

• Sekiranya tidak harus bagi suami mengambil sesuatu yang telah diberikannya
kepada isterinya, maka tentulah lebih tidak harus lagi ia mengambil sesuatu dari
harta milik isterinya dari asal lagi kecuali pengambilan ini dengan keredaan dan
kesukaan hati isterinya.

• Allah telah berfirman dalam An Nisa ayat 4 yang bermaksud: ‘Dan berikanlah kepada
perempuan-perempuan (yang kamu kahwini itu) maskahwin mereka sebagai
pemberian yang wajib dan andainya mereka dengan sukahati memberikan kepada
kamu sebahagian dari maskahwin itu, maka makanlah pemberian itu dengan
seenak-enaknya.’

“Kedudukan Wanita Dalam Islam Dan Di Negeri-negeri Barat

• Begitu juga tidak halal bagi suami mengendalikan sesuatu dari harta benda yang
dimiliki isterinya kecuali dengan kebenarannya atau dengan perwakilan daripadanya
untuk mengadakan sesuatu perjanjian sebagai ganti tubuhnya dan dalam kes ini
pihak isteri berkuasa membatalkan kuasa perwakilannya dan meletakkan orang lain
sebagai gantinya jika ia suka.

• Darjah persamaan ini belum lagi dicapai oleh undang-undang yang paling moden di
antara umat-umat yang mengamalkan demokrasi moden yang paling maju.

“Kedudukan Wanita Dalam Islam Dan Di Negeri-negeri Barat

• Di Barat, sebaik sahaja seorang perempuan itu bersuami, maka namanya dan nama
keluarganya akan hilang. Dia tidak lagi dibinkan kepada bapanya, malah dia harus
memakai nama suaminya dan keluarganya.

• Kehilangan nama perempuan dan pemakaianan nama suaminya melambangkan
kehilangan sykhsiyah awam bagi si isteri dan kehancuran syakhsiyah itu di dalam
syakhsiyah suami.

• Inilah perempuan-perempuan yang berjuang menuntut hak perempuan dan hak
persamaan dengan kaum lelaki, sedangkan mereka tidak sedar Islam telah lama
memberi hak yang mengangkat darjat perempuan dan menyamakan taraf mereka
dengan kaum lelaki.


Click to View FlipBook Version