The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SMK PUTERI, SEREMBAN
BAHAGIAN 1 : PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
BAHAGIAN 2 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WAN ROSILAWATI, 2021-11-20 18:24:08

TUGASAN MODUL 6 TS25 SMK PUTERI, SEREMBAN

SMK PUTERI, SEREMBAN
BAHAGIAN 1 : PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
BAHAGIAN 2 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Keywords: TUGASAN MODUL 6 TS25,TS25

SMK PUTERI, SEREMBAN

SEK TRANSFORMASI 2021
(TS25)

KOHORT 6
SMK PUTERI, SEREMBAN

(NEB 4092)

SEK KLUSTER KECERMERLANGAN

TUGASAN MODUL 3

(MENERAJUI PEMBELAJARAN)

1

SMK PUTERI, SEREMBAN

TUGASAN TS25 - MODUL 3 :
MENERAJUI PEMBELAJARAN

BAHAGIAN 1 : PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)

TUGASAN 1 : MENJALANKAN ANALISIS KEPERLUAN TENTANG
AMALAN PAK21.

PAK21 adalah proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.
Bagi menjalankan tugasan ini, kami telah melakukan soal selidik google form di pautan
https://forms.gle/rEX2tbYU1gMCvAsn9 berkaitan PAK21 seperti yang diarahkan. Antara
soalan-soalan yang di ajukan kepada guru-guru adalah seperti berikut :

1. Nyatakan maksud PAK21.
2. Pernahkan anda didedahkan tentang PAK21.
3. Adakah PAK21 hanya sesuai untuk murid yang pandai?
4. Apakah 4K 1N?
5. Adakah elemen asas RPH berubah dengan adanya PAK21?
6. Saya mengamalkan PAK21 dalam PdP.

Seramai 63 orang guru telah terlibat dalam soal selidik ini. Berikut adalah dapatan soal
selidik yang telah dijalankan :

1. Nyatakan maksud PAK21.

%

18% Ya
82% Tidak

2

SMK PUTERI, SEREMBAN
Bagi soalan ini, 82% orang guru memahami maksud PAK21 iaitu Pembelajaran Abad ke-
21. Manakala, 18% orang guru tidak memahami. Bersesuaian dengan matlamat dan
zaman, KPM telah melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun
2014.
Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat
mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa
perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran
yang berpusatkan kepada murid.

2. Pernahkan anda didedahkan tentang PAK21.

%

3%

Ya
Tidak
97%

Seramai 97% orang guru yang menjawab „Ya‟ bagi soalan ini. Manakala seramai 3%
orang guru menjawab „Tidak‟. Semua guru di SMK Puteri telah di beri pendedahan tentang
PAK21 sejak tahun 2015 lagi. Pendedahan ini di beri secara khusus dari masa ke semasa
supaya guru-guru dapat mengaplikasikan PAK21 semasa proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc).

3

SMK PUTERI, SEREMBAN Ya
3. Adakah PAK21 hanya sesuai untuk murid yang pandai? Tidak

%

11%

89%

Bagi soalan yang ketiga, seramai 89% orang guru memberi jawapan „Ya‟. Manakala
selebihnya, seramai 11% orang guru menjawab „Tidak‟. PAK21 bukan hanya untuk murid
yang pandai, akan tetapi untuk semua murid. Bagi memastikan murid melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru-guru haruslah kreatif dan
bijak dalam memilih serta melaksanakan aktiviti. Hal ini kerana, aktiviti yang mempunyai
elemen PAK21 boleh membuatkan murid lebih berminat serta tertarik untuk belajar.

4. Apakah 4K 1N?

%

16%

Tepat

Tidak Tepat
84%

Seramai 84% orang guru memberi jawapan yang „Tepat‟ tentang apa itu 4K 1N. Manakala,
16% yang memberi jawapan „Tidak Tepat‟. 4K 1N adalah elemen yang perlu diterapkan
kepada murid, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai
murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.

4

SMK PUTERI, SEREMBAN
Komunikasi

Secara umumnya, komunikasi merupakan suatu proses pertukaran maklumat daripada
individu kepada individu yang lain. Dalam konteks pendidikan, komunikasi merujuk kepada
perbualan yang berlaku di antara guru dan murid atau murid dan murid untuk berkongsi
ilmu yang difahami bersama rakan-rakan lain dan juga melibatkan komunikasi murid
dengan bahan pembelajaran. Ini yang dikatakan sebagai aktiviti berpusatkan murid.
Namun begitu, jika guru tidak memainkan peranannya dengan baik, komunikasi yang
berkesan tidak akan terhasil semasa proses pembelajaran berlangsung.

Kolaboratif

Kolaboratif merujuk kepada sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama atau
berkumpulan. Kolaboratif dalam PdP melibatkan kerjasama antara guru dan murid atau
murid dan murid secara aktif dan menyeluruh, di mana, ia melibatkan pertukaran idea,
pendapat atau pengetahuan antara murid-murid. Melalui kolaborasi, guru boleh
menerapkan beberapa nilai positif dalam diri murid itu sendiri, seperti bertanggungjawab
terhadap tugasan dalam kumpulan, penglibatan aktif atau seimbang, bersikap terbuka
untuk menerima idea dan pandangan rakan-rakan lain serta mengeratkan hubungan
silaturrahim dalam kalangan mereka.

Pemikiran Kritis

Pemikiran kritis merujuk kepada keupayaan individu untuk membuat penilaian mengenai
sesuatu perkara, termasuk kebaikan dan kelemahannya. Murid-murid meneroka pemikiran
mereka untuk menilai idea-idea secara rasional dan membuat pertimbangan mengenai
idea tersebut melalui penggunaan alasan-alasan yang wajar. Guru juga perlu memberi
galakan kepada murid-murid lain untuk membahas idea tersebut supaya mereka dapat
menjana pelbagai pandangan dan pengetahuan. Murid yang berfikiran kritis adalah murid
yang berfikiran terbuka, di mana, mereka mudah untuk menerima pandangan atau idea
yang dikemukakan oleh rakan-rakan lain serta tidak merendah-rendahkan idea yang
diterima.

5

SMK PUTERI, SEREMBAN
Kreativiti

Kreativiti merujuk kepada sesuatu proses yang berlaku, di mana, ia melibatkan
penghasilan sesuatu yang baru, berguna dan juga berkualiti. Elemen ini juga merupakan
salah satu elemen yang penting untuk diterapkan dalam diri murid. Hal ini demikian kerana
kreativiti bersifat meluas yang melibatkan sesuatu projek dan juga pemikiran murid itu
sendiri. Mereka perlu berfikir di luar kotak untuk menghasilkan sesuatu ciptaan yang baru
dan berguna. Selain itu, murid perlu memberi penerangan tentang produk yang dihasilkan.
Penerapan pemikiran kritis berlaku apabila murid-murid lain turut memberi pandangan dan
idea bagi tujuan penambahbaikan produk tersebut.

Nilai Murni dan Etika

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku yang baik, beradab dan menjaga
tatasusila, manakala, etika pula merujuk kepada keperibadian atau perwatakan
seseorang. Elemen ini amat penting untuk diterapkan dalam diri murid-murid supaya ia
dapat membentuk jati diri yang tinggi. Nilai-nilai murni dan etika diterapkan secara tidak
langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

5. Adakah elemen asas RPH berubah dengan adanya PAK21?

%

37%
63% Ya
Tidak

Bagi soalan ini, seramai 63% orang guru memberi jawapan „Ya‟, manakala 37% orang
guru menjawab „Tidak‟. Sebenarnya, penulisan RPH masih sama. Yang perlu ditambah
hanya kriteria kejayaan dan bahagian aktiviti ditulis dengan jelas menunjukkan adanya
PAK-21.

6

SMK PUTERI, SEREMBAN

Contoh penulisan aktiviti:
i. Murid dipertontonkan video yang berkaitan dengan……..dan bersoal jawab
dengan guru.

ii. Murid diminta menganalisis watak perwatakan watak utama dan watak
sampingan dalam teks yang ditetapkan oleh guru dalam kumpulan. (KBAT –
menganalisis)

iii. Hasil kerja murid dibentangkan secara gallery walk

6. Saya mengamalkan PAK21 dalam PdP Kerap
Kadang-kadang
% Tidak Pernah

0%

46%
54%

Seramai 46% orang guru SMK Puteri mengamalkan PAK21 dalam PdPc secara „Kerap‟.
Manakala, seramai 54% orang guru „Kadang-Kadang‟ menggunakan PAK21 dalam PdPc.
Bagi menggalakkan lagi guru-guru untuk menggunakan PAK21 dalam PdPc, guru-guru
akan diberikan taklimat lebih kerap, supaya PAK21 akan dilaksanakan secara berkesan
sewaktu PdPc sedang berlangsung. Selain itu, pihak sekolah juga akan mengadakan 4
kali setahun LADAP @ LDP untuk peningkatan profesionalisme guru-guru dalam PAK21.

“Pembelajaran Abad ke-21 bukan setakat merujuk kepada penggunaan gajet, perkakasan
dan perisian terkini teknologi ICT di dalam bilik darjah. Pembelajaran Abad ke-21
bermaksud guru menggunakan kaedah PdPc berpusatkan murid (student-centred) serta
menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid.”
Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof, (KPM)

7

SMK PUTERI, SEREMBAN

TUGASAN 2 : MENJALANKAN SESI PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME BERTERUSAN (CPD) BERKAITAN PAK21.

Tarikh : 18 November 2021
Masa : 2. 30 petang
Tempat : Google Meet

Sesi PPB melalui Google Meet

8

SMK PUTERI, SEREMBAN

Bahan yang digunakan semasa taklimat

9

SMK PUTERI, SEREMBAN

TUGASAN 3 : PENGHASILAN MODEL BILIK DARJAH ABAD KE-21

GAMBAR KELAS ABAD KE-21 SMK PUTERI

SUSUN ATUR BILIK DARJAH PAK21

10

SMK PUTERI, SEREMBAN

TRAFFIC LIGHT PARKING LOT

SUDUT BACAAN

11

SMK PUTERI, SEREMBAN

SUDUT OPEM

12

SMK PUTERI, SEREMBAN

PAPARAN HASIL KERJA MURID

13

SMK PUTERI, SEREMBAN

BAHAGIAN 2 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

TUGASAN 1 : MENJALANKAN ANALISIS KEPERLUAN TENTANG
REKOD PENGAJARAN HARIAN (RPH)

RPH atau lebih tepat sebagai Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu penulisan
rangka atau rancangan untuk mengajar semasa proses PdPc. RPH ini wajib ditulis oleh
setiap guru dan meninggalkannya merupakan satu kesalahan besar bagi guru tersebut.
Bagi menjalankan tugasan ini, kami telah melakukan soal selidik google form di pautan
https://forms.gle/DZ71KGUfg3mUJ991A berkaitan RPH seperti yang diarahkan. Antara
soalan-soalan yang di ajukan kepada guru-guru adalah seperti berikut :

1. Saya menyediakan RPH untuk PdPc.
2. Bilakah RPH perlu disediakan?
3. RPH perlu dihantar setiap minggu untuk semakan pentadbir.
4. RPH membantu guru merancang dan melaksanakan PdPc dengan berkesan.
5. Saya boleh menjalankan PdPc berkesan tanpa RPH.
6. Penulisan objektif disalin daripada DSKP.
7. Kriteria Kejayaan merupakan bukti kejayaan pembelajaran murid.
8. Pentaksiran boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti utama PdPc.
9. Saya menulis refleksi selepas PdPc berdasarkan pencapaian objektif dan tindakan

susulan yang perlu diambil.

Seramai 63 orang guru telah terlibat dalam soal selidik ini. Berikut adalah dapatan soal
selidik yang telah dijalankan :

1. Saya menyediakan RPH untuk PdPc.

%

1%
10%

89% sentiasa
kerap
kadang-kadang

14

SMK PUTERI, SEREMBAN

Seramai 89% guru memberi jawapan sentiasa menyediakan RPH untuk PdPc, manakala
10% guru memberi jawapan kerap dan 1% yang memberi jawapan kadang-kadang. RPH
ini merujuk kepda rancangan pengajaran harian yang kita sediakan sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula. Dalam usaha menjadikan guru-guru SMK Puteri
lebih berkualiti, penerangan tentang kepentingan menyediakan rancangan pengajaran dan
pembelajaran akan diberikan dari masa ke semasa. Di samping untuk memastikan proses
PdPc dapat dilakukan secara tersusun dan terancang, kecuaian untuk menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian ini merupakan perbuatan yang melanggar Akta
Pendidikan.

2. Bilakah RPH perlu disediakan? %

2%

sebelum PdPc
selepas PdPc
98%

Sebanyak 98% guru menyediakan RPH sebelum PdPc. Manakala, 2% guru menyediakan
RPH selepas PdPc. RPH merupakan landasan kepada guru dalam PdPc. RPH yang
sepatutnya dilakukan sebelum PdPc bermula. Perancangan ini mesti dibuat, meskipun kita
sebagai seorang guru berpengalaman, guru cemerlang ataupun guru pakar. Seorang guru
yang sentiasa bersedia dengan kaedah dan isi pembelajaran ini akan meningkatkan
keyakinan murid, seterusnya memotivasikan mereka serta mengajar mengikut waktu yang
telah ditetapkan.

15

SMK PUTERI, SEREMBAN
3. RPH perlu dihantar setiap minggu untuk semakan pentadbir.

%

2%

Ya
Tidak
98%

Bagi soalan ini, seramai 98% guru menjawab „Ya‟ RPH perlu dihantar setiap minggu
untuk semakan pentadbir. Manakala, 2% guru menjawab „Tidak‟. Penghantaran RPH
setiap minggu adalah menjadi kewajiban kepada setiap guru. Ia adalah tanggungjawab
masing-masing yang perlu memastikan Rancangan Pengajaran Harian mereka lengkap
dan dihantar kepada pentadbir untuk disemak.

4. RPH membantu guru merancang dan melaksanakan PdPc dengan berkesan.

%

2%

Ya
Tidak
98%

Seramai 98% guru menjawab „Ya‟ RPH membantu guru merancang dan melaksanakan
PdPc dengan berkesan. Manakala, 2% guru menjawab „Tidak‟. Rancangan Pengajaran
Harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan
semua yang dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga
penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar. Tambahan
pula, melalui Rancangan Pengajaran Harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri

16

SMK PUTERI, SEREMBAN
dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam
kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

5. Saya boleh menjalankan PdPc berkesan tanpa RPH.

%

27% Setuju
73% Tidak Setuju

Soalan seterusnya, 73% guru „Tidak Setuju‟ manakala 27% guru memberi jawapan
„Setuju‟ PdPc berkesan dapat dijalankan tanpa perlu membuat RPH. Rancangan
Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, Rancangan
Pengajaran Harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin
pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Jadi
setiap guru wajib membuat RPH sebelum memulakan proses PdPc. Secara tidak
langsung boleh memenuhi kehendak SKPMg2 Standard 4 Pembelajaran dan
Pemudahcaraan iaitu guru sebagai perancang.

6. Penulisan objektif disalin daripada DSKP.

%

24%
Ya
Tidak

76% Tidak Pasti

17

SMK PUTERI, SEREMBAN

Seramai 76% guru menjawab „Ya‟ bagi soalan penulisan objektif disalin daripada DSKP.
Manakala sebanyak 24% guru yang menjawab „Tidak‟. Bimbingan akan terus diberikan
untuk memastikan penulisan RPH yang betul iaitu bersandarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran dan bukannya disalin terus dari DSKP. Penulisan RPH juga
perlu mempunyai ciri-ciri S.M.A.R.T iaitu ditulis secara khusus, boleh diukur, boleh dicapai,
realistik dan mengikut tempoh masa PdPc.

7. Kriteria Kejayaan merupakan bukti kejayaan pembelajaran murid.

%

6% Ya
11% Tidak
Tidak Pasti
83%

Bagi soalan Kriteria Kejayaan merupakan bukti kejayaan pembelajaran murid. Seramai
83% guru yang memberi jawapan „Ya‟. Manakala seramai 11% guru yang menjawab
„Tidak‟ dan 6% guru yang menjawab „Tidak Pasti‟. Kriteria Kejayaan bersandarkan objektif
pembelajaran. Kriteria Kejayaan membantu guru dan murid menilai sama ada murid telah
mencapai objektif pembelajaran. Objektif dan Kriteria Kejayaan diberitahu dan ditulis atau
ditampal pada sudut OPEM iaitu sudut untuk guru menulis objektif pembelajaran dan
kriteria kejayaan. Objektif dan kriteria kejayaan ini bukan sahaja ditulis tetapi juga PERLU
DITERANGKAN oleh guru kepada murid. Berdasarkan bukti pencapaian murid, guru
dapat merancang PdPc yang seterusnya.

18

SMK PUTERI, SEREMBAN
8. Pentaksiran boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti utama PdPc.

Sales

3%
10%

Ya
Tidak
Tidak Pasti
87%

Seramai 87% guru menjawab „Ya‟ bagi soalan pentaksiran boleh dijadikan sebagai
sebahagian daripada aktiviti utama PdPc. Manakala, seramai 10% yang menjawab „Tidak‟
dan 3% yang menjawab „tidak Pasti‟. Pentaksiran boleh dijalankan sebagai sebagaian
aktiviti utama selain untuk melihat tahap penguasaan murid.

9. Saya menulis refleksi selepas PdPc berdasarkan pencapaian objektif dan tindakan
susulan yang perlu diambil.

%

24%
Setuju
Tidak Setuju

76% Tidak Pasti

Seramai 76% guru „Setuju‟ menulis refleksi selepas PdPc berdasarkan pencapaian objektif
dan tindakan susulan yang perlu diambil. Manakala 24% guru „Tidak Setuju‟. Refleksi
PdPc perlu ditulis oleh guru selepas sesuatu PdPc. Guru perlu mencatatkan jumlah murid
yang mencapai objektif dan jumlah murid yang tidak mencapai objektif berserta langkah
penambahbaikan yang dibuat untuk membantu murid tersebut.

19

SMK PUTERI, SEREMBAN

TUGASAN 2 : MENJALANKAN SESI PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME BERTERUSAN (CPD) BERKAITAN RPH.

Tarikh : 11 November 2021
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Bestari, SMK Puteri

Perbincangan sedang dijalankan

20

SMK PUTERI, SEREMBAN

TUGASAN 3 : MENGHASILKAN RPH MERANGKUMI :

 Pembinaan dan Penggunaan Alatan Pembelajaran dalam Talian
 Elemen KBAT

 Elemen Gaya Pembelajaran
 Elemen Pentaksiran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1
BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

MINGGU 39 HARI/TARIKH ISNIN/15.11.2021

SUBJEK BAHASA MELAYU KELAS 3 SIGMA

TEMA PERPADUAN JUMLAH MURID 14
TAJUK MASA 8.00-9.00 PAGI
PERAYAAN DI MALAYSIA
STANDARD 1.3 Mendengar dan memahami maklumat,
KANDUNGAN fakta, idea dan hujah dalam pelbagai
wacana dan memberikan respons.

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:
1.3.1 Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta baharu
secara betul, tepat dan bermakna.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. menceritakan pengalaman menghadiri perayaan kaum yang lain dengan jelas.
2. menjelaskan kebaikan menghadiri rumah terbuka dengan tepat.

KRITERIA KEJAYAAN

Pada akhir pembelajaran murid mencapai objektif melalui:

1.penceritaan sekurang-kurangnya satu pengalaman menghadiri rumah terbuka.
2.penghuraian sekurang-kurangnya dua pendapat tentang kebaikan menghadiri rumah terbuka melalui aktiviti
Round Robin.

3.penggunaan bahasa yang sopan dan bertatasusila dalam menyampaikan pendapat dan pandangan.

Elemen Merentas Kelestarian Global Nilai Perpaduan,
Kurikulum Kerjasama

AKTIVITI

SET INDUKSI Set Induksi(5 minit)
1.Menonton video Perayaan Hari Gawai.
PERKEMBANGAN 2.Sesi soal jawab berkaitan rakaman audio
PdPc
Langkah 1 (15 minit)
1.Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan (2 Diamond 1 Sapphire). Kumpulan
Diamond merupakan kelompok yang telah mencapai kemahiran cemerlang dalam
kemahiran lisan mereka berbanding kumpulan Sapphire yang mempunyai pencapaian
tahap sederhana dalam kemahiran lisan. (Pembelajaran Terbeza-Berbeza kelompok
pencapaian kognitif)

1. Murid diminta bersoal jawab tentang pengalaman mereka menghadiri rumah terbuka.

Pengalaman sedia ada murid ialah pernah meraikan perayaan kaum masing-masing.
3.Guru menegaskan nilai perpaduan dalam ulasan guru hasil penceritaan murid dalam
kelompok tentang pengalaman masing-masing.
Langkah 2 (20 minit)

1.Murid diberikan bahan grafik berkaitan makanan dan pakaian tradisional setiap
kaum.(EMK – Kelestarian Global – dalam usaha memelihara budaya kaum yang

pelbagai di negara juga dikaitkan dengan budaya luar Negara)

21

SMK PUTERI, SEREMBAN

1. Murid berbincang dan menyenaraikan sekurang-kurangnya dua kebaikan menghadiri

rumah terbuka. Sekurang-kurangnya dua untuk kelompok Sapphire. Sementara

kelompok Diamond sekurang-kurangnya lima kebaikan menghadiri rumah terbuka.
(Pembelajaran Terbeza – aspek kognitif)

2. Murid menulis hasil perbincangan dalam kertas sebak/majong berbentuk Peta Ithink

(PAK21)

Langkah 3 (15 minit)

1. Wakil setiap kelompok membentangkan kebaikan menghadiri rumah terbuka melalui

aktiviti Gallery Walk (KBAT- Menilai)

2. Murid menyatakan respons kumpulan masing- masing dengan alasan yang rasional

melalui borang maklum balas (Pentaksiran Rakan Sebaya).

3. Guru mengulas hasil pembentangan dengan menegaskan bahawa sewaktu

membentang murid-murid bersoal jawab dengan mengambil kira minat rakan-rakan

yang cenderung kepada gambar yang dipamerkan (visual) juga pergerakan kelompok

(psikomotor) juga tahap kecerdasan rakan (kinestatik). Dalam pembelajaran perkara

tersebut sering menjadi fokus agar pembelajaran menyeronokkan.

Penutup (5 minit)

1. Murid dipilih secara rawak untuk menjelaskan rumusan yang diperoleh daripada

PENUTUP setiap kumpulan.(Pentaksiran – Pemerhatian)
BBM
REFLEKSI 2.Murid diminta membuat rumusan berkaitan topik pada hari ini dan mengaitkan objektif

pembelajaran dalam kehidupan seharian. (KBAT – Menilai)/Refleksi kendiri

Rakaman Youtube Pemerhatian

https://www.youtube.com/watch?v=lm5NEVaYDC PENTAKSIRAN Pentaksiran Rakan
w Sebaya.

Bahan Grafik

10 / 14 orang murid (kumpulan Diamond) dapat menghasilkan huraian satu pengalaman
menghadiri rumah terbuka dan menyenaraikan 5 kebaikan rumah terbuka.

4 / 14 orang murid (kumpulan Sapphire) dapat menghasilkan huraian satu pengalaman
menghadiri rumah terbuka dan menyenaraikan 3 kebaikan rumah terbuka.

22

SMK PUTERI, SEREMBAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2
PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

MINGGU 38 HARI/TARIKH ISNIN 08/ /11/21
SUBJEK 2 DELTA
TEMA PENDIDIKAN SENI VISUAL KELAS 28( kumpulan B 9/14)

TAJUK SENI KRAF JUMLAH MURID 7.30 AM – 8.30 AM
STANDARD MASA
KANDUNGAN SENI SERAMIK
9.2 Ekplorasi Seni dalam Seni Seramik
dan aplikasi teknik Seni Seramik bagi
pengukuhan dan pemahaman terhadap
prinsip asas seramik.
9.3 Ekspresi Seni dalam Seni Seramik.
Penzahiran idea dan konsep melalui
pelbagai sumber dan teknologi dalam
penjanaan tugasan.

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:

9.2.1 membuat eksperimentasi dan penerokaan alatan, bahan dan teknik berdasarkan kefahaman terhadap
konsep penghasilan Seni Seramik

9.3.1 menterjemahkan hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan alat,bahan dan teknik seni seramik
dengan menggunakan imaginasi dan idea secara kreatif

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran murid dapat:
1. menjelaskan 5 teknik penghasilan seramik dengan betul
2. mengaplikasi teknik-teknik penghasilan seramik yang telah dipelajari dengan betul

KTITERIA KEJAYAAN
Pada akhir pembelajaran murid mencapai objektif melalui:

1. penghasilan sebuah pasu bunga daripada plastisin menggunakan teknik picitan(kumpulan pearl)
2. penghasilan satu aksesori wanita menggunakan teknik lingkaran dan kepingan(kumpulan sapphire)
3. penghasilan satu rekaan seramik dimensi baharu dengan mengaplikasi seberapa banyak teknik yang telah

dipelajari(kumpulan diamond)

Elemen Merentas Kreativiti dan Inovasi Nilai Kesungguhan,Kerajinan
Kurikulum
AKTIVITI
SET INDUKSI
1. Murid dan guru bersoal jawab mengenai seramik berdasarkan pelajaran yang lepas
( Jenis seramik iaitu Tradisional dan Moden)

2. Guru menjelaskan kepada murid Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan yang
akan murid capai

3.Guru mempamerkan beberapa contoh seramik daripada tanah liat yang dihasilkan
menggunakan pelbagai teknik. Guru juga mempamerkan alat dan bahan penghasilan
seramik

PERKEMBANGAN 4. Murid diminta mengenal pasti alatan dan bahan yang digunakan dalam penghasilan
PdPc seramik tersebut

5. Murid juga dikehendaki mengenal pasti teknik-teknik penghasilan seramik tersebut
melalui pemerhatian dan penelitian secara Tumpu Galeri (kinestatik)

6. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan (agihan kumpulan secara undian)
- Kumpulan 1 - mengenal pasti alatan yang digunakan untuk penghasilan seramik

23

SMK PUTERI, SEREMBAN

- Kumpulan 2 - mengenal pasti bahan-bahan penghasilan seramik
- Kumpulan 3 - mengenal pasti teknik-teknik penghasilan seramik yang dipamerkan

(Pembelajaran Terbeza)

7. Hasil perbincangan kumpulan dicatat menggunakan Peta Pemikiran yang sesuai
(KBAT)
- Peta Pemikiran yang telah selesai dibentangkan, dilekatkan di satu ruang untuk
tujuan „Galary Walk‟ (PAK21)
- Murid menjalani aktiviti Galary Walk dan mencatat hasil dapatan kumpulan lain
- Murid juga digalakkan untuk memberi ulasan terhadap hasil kerja rakan/kumpulan
yang lain
(PAK21)
(Kinestatik dan Visual)

8. Murid dikehendaki menghasilkan produk seni berikut:
- pasu bunga ( Kumpulan Pearl) menggunakan teknik picitan
- aksesori wanita (Kumpulan Sapphire) menggunakan teknik lingkaran dan kepingan
- seramik dimensi baharu(Kumpulan Diamond) menggunakan seberapa banyak
teknik yang mereka tahu
(Pembelajaran Terbeza)

PENUTUP Guru mendapatkan maklumat pemahaman murid mengenai pelajaran pada hari ini
dengan menggunakan Exit Ticket

BBM Contoh-contoh seramik,Buku Teks PSV PENTAKSIRAN Lisan, Penulisan
Tingkatan 2, Gambar foto. plastisin

KEHADIRAN: 9/14

REFLEKSI - 3 orang murid kumpulan Diamond telah dapat menghasilkan seramik dimensi baharu
dengan baik

- 3 orang murid kumpulan Sapphire telah dapat menghasilkan aksesori wanita dengan
menggunakan teknik lingkaran dan kepingan

- 3 orang murid kumpulan Pearl telah dapat menghasilkan pasu bunga dengan teknik
picitan

24

SMK PUTERI, SEREMBAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3
REKA BENTUK TEKNOLOGI TINGKATAN 2

MINGGU 7 HARI/TARIKH Jumaat (5/3/2021)
SUBJEK REKA BENTUK & TEKNOLOGI KELAS 2 Theta
TEMA JUMLAH MURID
TAJUK 2.0 APLIKASI TEKNOLOGI 12
2.1 Teknologi Pembuatan
STANDARD MASA 8.00-10.00
KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:
2.1.5 Menganalisis lakaran model 3D.
2.1.6 Membuat acuan model 3D.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran murid dapat:

4. Menganalisis lakaran model 3D menggunakan Jadual Analisis Lakaran Model 3D.
5. Membuat acuan model 3D menggunakan kaedah tuangan sejuk

KTITERIA KEJAYAAN

Pada akhir pembelajaran murid mencapai objektif melalui:

2. Menganalisis lakaran akhir yang dihasilkan dengan mengisi Jadual Analisis Lakaran Model 3D bagi

produk pembuatan yang akan dihasilkan.

3. Membuat penambahbaikan lakaran bermaklumat berdasarkan analisis yang telah dilakukan.
4. Membuat model awal menggunakan tanah liat.
5. Membuat acuan menggunakan plaster of paris (POP) dengan kaedah yang betul.
6. Menghasilkan acuan yang sempurna (keras).
7. Menghuraikan langkah-langkah membuat acuan model 3D (kumpulan diomond)

Elemen Merentas Kreatif dan Inovatif, Sains dan Nilai Bertanggungjawab,
Kurikulum Teknologi berdisiplin

SET INDUKSI AKTIVITI

3. Guru menunjukkan beberapa contoh kuih bahulu bakar yang pelbagai bentuk

yang menarik dan menyimpulkan bahawa acuan yang cantik dan sempurna akan
menghasilkan bahulu yang cantik serta mengaitkan dengan Pdpc hari ini iaitu
membuat acuan model 3D.

4. Guru menunjukkan beberapa contoh lakaran bermaklumat reka bentuk

pembuatan yang dihasilkan oleh murid-murid tahun lepas yang ditampal di
dinding bengkel. (PAK 21-tinjauan)

5. Guru meminta murid memberikan komen mengikut pemerhatian mereka.

(Auditory)

PERKEMBANGAN 1. Murid diminta untuk mengeluarkan 3 lakaran berserta lakaran akhir yang sudah
PdPc
disiapkan pada pdpc sebelum ini.

2. Murid menganalisis lakaran dengan mengisi Jadual Analisis Lakaran Akhir model

3D. ( KBAT-menganalisis) –Kumpulan Sapphire, Kumpulan Diamond

3. Murid membuat penambahbaikan lakaran bermaklumat berdasarkan dapatan

penilaian analisis yang telah dibuat. (visual, KBAT-menilai) –Kumpulan
Diamond

6. Hasil kerja individu ditampal di papan putih, guru memilih beberapa murid untuk

membentangkan hasil kerja mereka. (PAK 21-persembahan, Auditory)

25

SMK PUTERI, SEREMBAN

7. Murid lain memberi komen. (Auditory)
8. Guru menunjukkan video penghasilan model awal menggunakan polisterin/tanah

liat dan langkah-langkah membancuh bahan palster of paris (POP) untuk

menghsilkan acuan 3D . (PAK 21-video klip, visual)

9. Guru mengedarkan bahan untuk membuat acuan iaitu plastersin/ tanah liat dan

kotak.

10. Murid menghasilkan model awal menggunakan plastersin/ tanah liat dengan

bimbingan guru. (kinestatik, KBAT-mencipta).

11. Murid menyiapkan kotak untuk menghasilkan acuan dengan mounting board

dengan bimbingan guru.

12. Guru menunjukcara membancuh bahan menghasilkan acuan menggunakan

kaedah tuangan sejuk iaitu menggunakan plaster of paris (POP) dan seterusnya

menuang bancuhan tersebut ke dalam kotak acuan yang berisi model awal

sambil murid mengingati langkah-langkah yang telah ditonton melalui tayangan

video klip tadi.(mengingati)

13. Murid membuat acuan plaster of paris dngan bimbingan guru dan seterusnya

dibiarkan sejuk. (KBAT- aktiviti projek, kinestetik)

14. Sementara menunggu acuan kering, guru meminta murid menerangkan semula

langkah-langkah membuat model 3D dalam bentuk.(i-think- Peta alir, PAK 21-
persembahan, Auditory) –Kumpulan Diamond

PENUTUP Guru mengadakan berbincang bersama murid dan bersoaljawab serta membuat
BBM rumusan hasil pdpc hari ini (exit tiket).

REFLEKSI Buku teks, contoh lakaran murid PENTAKSIRAN Pemerhatian
tahun lepas, contoh acuan POP, Klip Lisan
Video penghasilan acuan POP. Penulisan

Kehadiran 12/12

 12/12 murid dapat membuat analisis lakaran model 3D
 3/12 murid dapat membuat penambahbaikan lakaran bermaklumat berdasarkan

dapatan penilaian analisis yang telah dilakukan.
 12/12 murid dapat membuat model awal menggunakan tanah liat
 12/12 murid dapat membuat acuan menggunakan plaster of paris (POP) dengan

kaedah yang betul.
 12/12 murid dapat menghasilkan acuan yang sempurna (keras).
 8/12 murid dapat menghuraikan semula langkah-langkah membuat acuan model

3D (kumpulan diomond)

26

SMK PUTERI, SEREMBAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 4
SAINS TINGKATAN 4

MINGGU 38 HARI/TARIKH Isnin / 8/11 /2021
SUBJEK KELAS 4 BETA
TEMA SAINS JUMLAH MURID
10 / 10
TAJUK TEMA 2 : PENYENGGGARAAN DAN MASA
KESINAMBUNGAN HIDUP 9.30 – 10.30 pagi
STANDARD SOKONGAN, PERGERAKAN DAN
KANDUNGAN PERTUMBUHAN
6.1 Sokongan, Pergerakan dan
Pertumbuhan Haiwan

STANDARD PEMBELAJARAN

6.1.4 Menghuraikan fungsi rangka dalam bagi haiwan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran murid dapat:

8. Mengenalpasti rangka dalam bagi manusia dan haiwan
9. Mengenalpasti rangka dalam bagi veterbrata darat, vertebrata akuatik dan burung
10. Menerangkan perbezaan fungsi rangka dalam bagi vertebrata darat, vertebrata akuatik dan burung.

KTITERIA KEJAYAAN

Pada akhir pembelajaran murid mencapai objektif melalui:

15. gambarajah rangka dalam manusia yang lengkap berlabel. ( 12 nama tulang pada rangka

manusia)

16. gambarajah rangka dalam haiwan darat, akuatik dan burung yang lengkap berlabel
17. penerangan perbezaan fungsi rangka dalam bagi gajah, ikan paus dan burung ke dalam jadual

yang diberikan

Elemen Merentas Sains dan teknologi Ingin tahu,
Kurikulum Nilai, Bertanggungjawab,
Nilai bersyukur, menghargai
SET INDUKSI pemberian tuhan, menjaga
kesihatan.tulang

AKTIVITI

Guru menyoal pelajar bagaimana kita atau haiwan boleh bergerak dan menggerakkan
anggota badan masing-masing. ( Brainstorming)
Guru memberitahu pelajar objektif pembelajaran (OP) dan Kriteria kejayaaan (KK) untuk
tajuk hari ini

Aktiviti utama 6. Murid diminta untuk melihat rangka manusia yang dipamerkan oleh guru di
hadapan kelas/makmal
18. Guru menerangkan beberapa aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar
mengikut kumpulan yang berbeza.
19. Murid diminta untuk melabelkan semua tulang yang ada di dalam rangka
dalam pada manusia ( semua murid) dalam masa 10 minit berpandukan
rajah dan model rangka manusia yang dipamerkan.
20. Guru menjalankan aktiviti Showdown tentang sistem rangka manusia (PAK
21). & Taksonom Bloom

7. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan ikut pencapaian (baik (1), sederhana(2)
dan lemah(3) )- kumpulan terbeza
21. Murid kumpulan 1 diminta untuk melukis , melabel dan menerangkan rangka

27

SMK PUTERI, SEREMBAN

bagi gajah tanpa dibantu oleh guru

22. Murid kumpulan 2 diminta untuk melukis , melabel dan menerangkan rangka
dalam bagi ikan paus berpandukan gambarajah yang diberikan ( visual)

23. Murid kumpulan 3 diminta untuk melukis , melabel dan menerangkan rangka
bagi burung dengan bantuan gambarajah dan guru ( visual)

24. Seorang ahli kumpulan bagi setiap kumpulan akan membuat pembentangan
hasil jawapan masing-masing.( Auditory)

25. Setiap kumpulan akan melekatkan jawapan masing2 di papan putih untuk
dilihat oleh kumpulan lain.

26. Setiap ahli kumpulan diminta untuk melengkapkan jadual perbezaan fungsi
bagi jenis rangka dalam bagi haiwan vetebrata darat, akuatik dan burung
selepas mendengar pembentangan kumpulan dan mendapatkan jawapan
berpandukan jawapan yang dilekatkan di papan putih di hadapan
kelas/makmal..( Kinestatik)

8. Semua murid diminta untuk melengkapkan jadual perbezaan fungsi rangka dalam
bagi semua jenis haiwan yang dibincangkan.dan menjawab soalan berkaitan di
dalam buku SPS masing-masing ( Taksonomi bloom)

PENUTUP Guru meminta pelajar merumuskan apakah yang mereka pelajari pada hari ini ( exit
ticket.)

Model dan rangka dalam manusia dan Pemerhatian /
haiwan lain, Buku teks buku SPS , Laptop
BBM Slide /powerpoint PENTAKSIRAN Penulisan /

Lisan /

REFLEKSI 10 orang murid 4 Beta dapat melabelkan rangka manusia dengan lengkap
10 orang murid 4 Beta dapat melabelkan rangka dalam bagi gajah, ikan paus dan
burung dengan betul
10 orang murid 4 Beta berjaya melengkapkan jadual penerangan bagi fungsi rangka
dalam bagi gajah, ikan paus dan burung dengan betul.

28


Click to View FlipBook Version