HE LLO
SEJARAH PEMBENTUKAN DAN MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NORSARIZWANI BINTI SUBAHAAN
16DPM21F1062
RAJESWARY A/P NANDAGOPALA
16DPM21F1084
SESI 1 2021/2022
NAMA PENSYARAH :
ENCIK IZZAT AMIN BIN MOHD NASIR
ISI K A NDUNGAN
1) penghargaan MUKA SURAT
2)Pengenalan
3) Sejarah dan latar belakang pembentukan 1
masyakat majmuk di Malaysia 2
4) cabaran dalam pembentukan masyarakat 3
majmuk di Malaysia
5) Kesan pembentukan Masyarakat majmuk 4
di Malaysia
6) peristiwa rusuhan kaum 13 mei 1969 5-6
8) kesimpulan
9) rujukan 7-10
11
12
penghargaan
Syukur alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjankan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat
saya dan ahli kumpulan saya menyempurnakan tugasan bai kod subjek Penghayatan Etika dan Peradaban
( MPU21032) ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Encik
Izzat Amin Bin Mohd Nasir , selaku Pensyarah kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada kumpulan kami untuk
melunaskan tugasan yang diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha
membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah kami iaitu Encik Mohd Izzat Amin Bin
Mohd Nasir atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan . Selain itu
,kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan
dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa
bantuan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik .
PENGENALAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian Kaum dan Etnik
inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.
Tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar
pada tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Hanya sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah
Melayu sebagai pedagang manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh.
Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu
ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan
dalam sektor ekonomi.
Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kesan yang jelas melalui dasar liberal
British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan
secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan pendekatan ‘pecah dan perintah’ di Tanah Melayu. Kaum
pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-
kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya berbilang kaum di negara ini dari semasa ke
semasa.
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MAJMUK DI MALAYSIA
Tanah Melayu merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persingahan
dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.
Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Aspek demografi merupakan perkara yang penting
dalam mencorakkan kemajuan masyarakat Malaysia.Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang
pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar.
Pada pertengahan bulan Jun 1944 Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu
melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu. Menurut W.L. Blythe , bilangan
buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan
dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina
yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu
ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.
Imigran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan
Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan
dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari
Indonesia dan Ceylon. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Mereka
datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20.
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses
pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku
dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India,
Melayu-Cina dan lain-lain.
CABARAN DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Cabaran pertama ialah dominasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi juga telah mewujudkan jurang ekonomi antara perkauman. Cabaran ini
telah pun timbul sejak zaman penjajahan British lagi dimana kaum Melayu menjadi petani dan nelayan, kaum india diletakkan di ladang getah dan kaum
Cina bekerja sebagai pedagang dan melakukan perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai, berlaku perubahan dimana setiap kaum mendapat
peluang Pendidikan dan mampu Berjaya sekiranya berusaha dengan betul.Namun begitu,akibat dasar penjajah dahalu, kesannya masih dapat dilihat
sampailah sekarang dimana sektor perniagaan masih didominasikan oleh kaum cina dan kebanyakan orang India masih tinggal di ladang. Rentetan
scenario ini telah menyebabkan interaksi sosial di antara mereka terbatas . Kesannya, perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat
dan menebal di antara sesame kaum dan menyukarkan proses perpaduan
Cabaran yang kedua ialah dari segi sosial golongan muda, dimana sistem Pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan
kesan yang kurang baik. Pengenalan system sekolah vernacular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan masyarakat semakin renggang .
Muthakir ini, masih ramai rakyat yang merupakan warganegara Malaysia yang masih tidak fasih untuk bertutur dalam Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa
Melayu . Bahasa merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, sekiranya kita tidak fasih untuk berbahasa , bagimana untuk kita
berkomunikasi dan memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan kita. Jika masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial
terutamanya Pendidikan dan berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan,persefahaman dan toleransi antara satu sama lain. Pada
hemat kami,mewujudkan satu sahaja aliran dalam system Pendidikan negara serta penekanan terhadap penggunaan Bahasa kebangsaan dapat
menyelesaikan masalah perpaduan kaum yang semakin membelenggu masyarakat hati ini.Persis kata Mutiara , melentur buluh biarlah dari rebungnya
Akhir sekali, ledakan teknologi hari ini juga merupakan cabaran dalam mengekalkan perpaduan kaum. Kemudahan media massa dan sosial yang
semakin maju dan pantas dalam menyampaikan sesuatu teks atau video telah menunjukkan sisi negatifnya. Penyebaran fitnah dan berita palsu
semakin menular terutama apabila isu tersebut menyentuh sensitiviti perkauman atau agama. Setiap individu sewajarnya bertanggungjawab dan
beretika dalam menyampaikan atau berkongsi sesuatu perkara yang sensitif dan mungkin tidak sahih . Netizen perlu menyelidik terlebih dahulu
sebelum memberi reaksi terhadap perkara yang menyentuh tentang perkauman dan agama.Pihak berkuasa wajar menguatkuasakan undang-undang
kepada pelaku yang mencetuskan isu atau sesuatu perkara yang mampu menggolakkan perpaduan antara kaum.Ahli masyarakat juga
bertanggungjawab menjadi mata-mata pihak berkuaa dimana jika ternampak sesuatu perkara yang akan menimbulkan kemarahan sesebuah kaum
atau penganut agama, wajar untuk kita laporkan kepada pihak polis.Intihannya,penggunaan teknologi seperti media sosial sepatutnya menjadi
perkara yang positif dalam kehidupan harian kita sebaliknya,penularan isu-isu yang menyentuh perpaduan kaum menjadi bahan perbualan
masyarakat hari ini.
kesan pembentukan masyarakat majmuk di malaysia
Negara ini mempunyai masyarakat majmuk dan telah wujud sejak zaman pemerintahan British lagi. Pada tahun 1997,dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah 21 665 500, di mana orang
warganegara beranggaran seramai 20 196600 dan 1 468 900 orang bukan warganegara. Daripada jumlah warganegara, 11.95 juta orang terdiri daripada kaum bumiputera, 5 445 100 orang kaum Cina, 1
541 700 orang kaum India dan 685 700 orang kaum-kaum yang lain. Dalam kumpulan kaum bumiputera, orang Melayu dianggar berjumlah lebih daripada 10 233200 orang. Pada awal Tahun 2011, jumlah
penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.
Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang. Orang Cina bertumpu ke negara ini sejak akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 lagi. Pulau Pinang dan Singapura menjadi destinasi
Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’ bersama-sama dengan penduduk peribumi utama mereka apabila kedua-dua pulau itu dibuka oleh British pada tahun 1876 dan 1819. Walau bagaimanapun, orang Cina telah pun
yang lain. Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur bahasa berada di negara ini sebagai peladang gambir dan lada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor. Mereka kemudiannya
Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam Kriteria yang diberikan oleh berpindah ke Singapura selepas dibuka oleh British. Hanya pada awal abad ke-19, saudagar Cina dan Eropah membawa masuk orang
Perlembagaan ini memberi implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Melayu’ asal sahaja Cina setelah saudagar berkenaan mendapat konsesi untuk mengerjakan lombong daripada pemerintah tempatan, namun bilangan
memenuhi tiga kriteria tersebut. Sebab itu, apabila seseorang yang bukan Melayu memeluk Islam, mereka tidak besar.
seseorang itu dianggap secara automatik fasih berbahasa Melayu dan hidup seperti orang Melayu
hasil daripada pergaulannya dengan orang Melayu. Pada pertengahan abad ke-19, peladang gambir dan lada hitam yang tertumpu di Singapura mula memasuki Johor. Mereka diberi
kawasan di sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untuk membuka ladang. Contohnya, Temenggung Johor mengeluarkan Surat
Tafsiran kebudayaan pula menganggap ‘Melayu’ itu sebagai merujuk secara mudahnya kepada Sungai kepada seorang ketua (Kangchu) di satu-satu kawasan ladang gambir atau lada hitam yang disebut sebagai Kangkar .Di Perak
satu rumpun bangsa yang memiliki ciri-ciri umum seperti berbudaya kan budaya Melayu, pula, Long Jaafar yang menjadi pembesar Larut telah membawa masuk buruh Cina dari Negeri-negeri Selat (NNS) pada pertengahan
berbahasa Melayu dan berketurunan ras Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu itu merujuk abad ke-19 untuk mengerjakan lombong bijih timah di Larut. Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad ke-19
kepada satu rumpun bangsa yang mempunyai pola-pola fizikal dan kebudayaan yang berbeza dan awal abad ke-20 sejajar dengan perkembangan dalam perlombongan bijih timah. Ini disebabkan suasana politik di Tanah Melayu
daripada bangsa yang lain. agak stabil jika dibandingkan dengan suasana politik di China dab bencana alam seperti banjir dan kemarau panjang. Pada akhir abad
ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan orang Cina tidak bercadang untuk menetap di Tanah Melayu. Oleh itu, kedatangan mereka pada
Kalau ditinjau dari sudut tafsiran ini orang Melayu tidak hanya terdapat di Malaysia sahaja tetapi tempoh ini tidak mempengaruhi komposisi bentuk penduduk negara kerana mereka masih bertaraf sebagai pendatang. Pada tahun 1930-
juga berselerak di wilayah-wilayah yang menganjur dari Taiwan di utara hingga ke Kepulauan an, timbul kecenderungan di kalangan buruh Cina untuk menetap di negara ini disebabkan suasana politik dan ekonomi di China.
Pasifik di selatan dan dari Papua New Guinea di timur hingga ke Madagsacar di barat. Terdapat
teori yang mengatakan orang Melayu sekarang adalah berketurunan orang Melayu-Deutro Tambahan pula, ramai imigran wanita Cina ke Tanah Melayu menyebabkan bermulanya tanda-tanda perubahan terhadap komposisi
(Deutro-Malay) yang berhijrah dari Yunan di selatan China ke kawasan-kawasan di selatan Tanah kependudukan di negara ini. Kedudukan orang Cina mula mendapat perakuan British apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun
Besar Asia, termasuk negara ini pada kira-kira tahun 1 500 S.M. 1946 dan kemudian Tanah Melayu 1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi warganegara dan dengan ini komposisi sebenar penduduk
negara ini berubah.
Teori ini bagaimanapun ditentang oleh sejarahwan-sejarahwan tempatan. Alasannya teori ini
lebih berupa kan andaian atau hipotesis yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh. Alasan Pada hari ini terdapat kira-kira 5 445 100 orang kaum Cina di negara ini dan merupakan kaum kedua terbesar. Bilangan orang Cina di
kedua, tinjauan pakar-pakar sejarah dan antropologi di kawasan yang dikatakan tempat asal Sabah adalah sedikit disebabkan tidak ada kegiatan perlombongan sebagai penarik kemasukan. Hanya sebilangan kecil daripada mereka
orang Melayu di selatan China itu (Yunan) tidak menemui apa-apa bukti yang boleh dihubungkan dibawa masuk ke Sabah apabila ladang tembakau dibuka. Di Sarawak, bilangan orang Cina agak ramai berbanding di Sabah. Orang Cina
dengan orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu adalah penduduk yang sudah lama mendiami memasuki Sarawak melalui Sambas, Pontianak, Indonesia. Pada awal abad ke-19, mereka melombong emas di Bau. Pada awal abad ke-
negara ini 20, ramai buruh Cina masuk ke Kuching dan terlibat dalam pertanian pasar. Sebahagian besar orang Cina di negara ini berasal dari
wilayah Hokkien dan Kwangtung di selatan China. Mereka yang datang pada abad ke-19 adalah kaum buruh, berbeza daripada mereka
yang datang sebelum abad ke-19 yang terdiri daripada golongan pedagang.
Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak abad ke-19 lagi. Mereka datang ke Tanah Melayu
sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai “saudagar raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak
memberi kesan besar terhadap komposisi besar terhadap komposisi di negara ini
Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British membawa masuk orang India dari Bangkahulu (Bengkulen).
Golongan ini merupakan orang tahanan dalam proses pertukaran tawanan ekoran daripada perjanjian tersebut. Mereka
dibawa masuk untuk bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah, jalan raya dan jambatan
Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk bekerja sebagai buruh ladang tebu di
Seberang Perai (Province Wellesley). Oleh itu, sehingga pertengahan abad ke19 terdapat dua jenis golongan buruh India
di negara ini iaitu buruh tawanan perang dan buruh ladang. Apabila ladang kopi dan teh dibuka di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu (NNMB) dan di Johor selepas campur tangan British pada 1874, British membawa masuk satu lagi kumpulan
buruh India. Peladang-peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh India kerana upah nya lebih murah dan
tambahan pula, pada waktu itu pentadbiran British di India memudahkan proses pengambilan buruh untuk bekerja di
Tanah Melayu
Kaum Cina Meraikan peristiwa rusuhan kaum pada 13 mei 1969
Kemenangan
Rusuhan kaum adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969.
Telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda
Mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya.
Berlaku pada 13 Mei 1969.
Merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Latar Belakang 13 Mei 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-
kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah
membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah
perarakan kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi oleh
kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-
pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam
Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cina telah menang besar di kawasan Batu, Selangor.
Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di
Selangor . Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell
dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang
menjadi kubu UMNO ketika itu, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri
Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang
kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman. Ada pendapat yang mengatakan penyapu
tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu penyapu
mempunyai konotasi yang amat negative . Ada orang Cina yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di
tepi-tepi jalan.
PERARAKAN KAUM CHINA Perarakan Kematian Cina:
DI KUALA LUMPUR Gambar menunjukkan pearakan kaum cina Di KL Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan
dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina
Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan
melakukan kebiadapan terhadap orang Melayu semasa perarakan. Malangnya permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor:
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah
kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato'
Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah
membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk .
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang Cina terutama dari parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap.
Malah ada pendapat yang mengatakan kaum Cina dari parti MCA juga turut bersatu dan berpadu dengan kaum Cina dari Gerakan
dan DAP untuk menghina dan menghapuskan orang-orang Melayu. Semangat kesepakatan dan perkauman bangsa Cina amat
ketara ketika itu.
Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari rumah Menteri Besar Selangor.
4.00 petang. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak ganas. Mereka membunuh
orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata
besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
RUMAH DATUK HARUN Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar
Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
REJIMEN RANGER Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban,
Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Regimen Renjer
dikatakan seorang Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka
terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor
Askar Melayu
Akhirnya, Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku
Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas
Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.Dikalangan orang Cina ada yang mengatakan, ramai orang
Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Kononnya terdapat rakaman televisyen mengenai beberapa pemuda Cina ditangkap dan
dibariskan di tepi lombong kemudiannya dibunuh. Bagaimanapun ternyata bangsa Cina berbohong apabila sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan
mengenai rakaman tersebut.
Panggun
g Odeon
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa iklan disiarkan
di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Pemuda-pemuda Cina
samseng dari kongsi-kongsi gelap tersebut bertindak ganas dengan membakar panggung Odeon setelah semua bangsa Cina keluar dari panggung
tersebut. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura
mati tetapi beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan kaum Cina itu, barulah orang Melayu mulai tersedar. Rusuhan kaum tidak
terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang
pergaduhan. Cuma ada sedikit di Melaka.
Dim
ana Tunku:
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana. 6.45 petang
Encik Mansor selalu Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk. Dalam tulisannya
Tunku menafikan hal tersebut.
Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat
orang Melayu ketika 13 Mei 1969. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana Menteri jika tidak kerana
pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakya
Mangaren
Maksud MAGERAN atau nama sebenarnya Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap
Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, bekalan-
bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan penting negara dalam usaha memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni. ini
berikutan daripada insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah
Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak dan
parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara
keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku Malay Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan. Ada
pendapat yang mengatakan Dr Mahathir adalah antara perancang kepada kejadian 13 Mei 1969. Selepas tragedi tersebut Dr. Mahathir telah
dengan lantangnya memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa
badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara juga telah diciptakan.
Sebenarnya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional
dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang
lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat tafsiran semulakan oleh
PKM.
KESIMPULAN
Tuntasnya, kemasukan imigran luar ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Proses ini berterusan
sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.
Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun
pada pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Laberal Inggeris di Tanah Melayu.
Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada bagaimana kita melihat dan
mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru,
mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya.
Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum
di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.
Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang
lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini.
sumber rujukan
- http://pmbab5.blogspot.com/2015/10/e-folio-pengajian-malaysia
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
- https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-
kaum.html
. - http://masyarakat-majmuk.blogspot.com/2014/09/1-kesan-pembentukan-
masyarakat-majmuk.html