PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
BERUNIFORM KRS PENDAFTARAN AHLI UNIT 06 07 08 09 Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 6.1. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. Keahlian KRS lucut serta, merta apabila pelajar tersebut berenti afau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas. Ahli KRS Pendaftaran
BERUNIFORM KRS PENTADBIRAN AHLI UNIT Borang Pendaftaran Ahli KRS
BERUNIFORM KRS PAKAIAN SERAGAM UNIT 1. OBJEKTIF PEMAKAIAN SERAGAM Membentuk ketrampilan disi semasa berunifrom selaras dengan disiplin KRS dan pengukuhan budaya pemakaian Membentuk sikap dan peribadi Selaras dengan moto ilmu, iman dan amal 1. UNIFORM PEGAWAI Pegawai KRS dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pegawai latihan dan pegawai pengurusan. KATEGORI PEGAWAI LATIHAN PEGAWAI PENGURUSAN PANGKAT Leftenan Muda ke Mejar Sudah ditauliahkan Menjawat jawatan pengurusan di sekolah hingga kementerian JENIS AKSESORI PAKAIAN lanyard single lencana kolar tanpa pelapik merah lanyard anyam lencana kolar berlapik merah
BERUNIFORM KRS PAKAIAN SERAGAM UNIT 3. PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGURUSAN DAN LATIHAN DI SEKOLAH
BERUNIFORM KRS PAKAIAN SERAGAM UNIT JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS UNIFORM NO 2 Ø Pemakaian Bush Jacket KRS Ø Digunapakai semasa acara rasmi UNIFROM NO 3 Ø Pakaian Pejabat ( Sekolah ) Ø Dipakai khas untuk menghadiri mesyuarat dan ke sekolah UNIFORM NO 4 Ø Pakaian semasa menjalankan aktiviti dan latihan Ø Contohnya, aktiviti menghakimi pertandingan kawad , perkhemahan, aktiviti latihan
BERUNIFORM KRS PAKAIAN SERAGAM UNIT UNIFORM TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH Pakaian aktiviti kadet putera dan puteri Tunas Kadet Remaja Sekolah Uniform No 3 kadet puteri dan puteri Tunas Kadet Remaja Sekolah
BERUNIFORM KRS PAKAIAN SERAGAM UNIT 1. ETIKA BERPAKAIAN UNIFORM DAN ADAB PEGAWAI KRS Tidak menggunakan bahasa yang kesat Tidak merokok Tidak berambut/kuku panjang Tidak menggunakan jari telunjuk apabila mengarah atau menunjuk sesuatu Tidak makan di tempat awam Sentiasa kemas Memberi dan membalas hormat dengan betul Beret/Peak Cap hendaklah dipakai dengan betul
UNIT BERUNIFORM KRS PANGKAT \ LENCANA KEMAHIRAN PANGKAT PAKAIAN PEGAWAI
UNIT BERUNIFORM KRS PANGKAT \ LENCANA KEMAHIRAN
UNIT BERUNIFORM KRS PANGKAT \ LENCANA KEMAHIRAN
UNIT BERUNIFORM KRS PANGKAT \ LENCANA KEMAHIRAN
UNIT BERUNIFORM KRS PANGKAT \ LENCANA KEMAHIRAN PANGKAT PAKAIAN KADET REMAJA SEKOLAH
UNIT BERUNIFORM KRS PANGKAT \ LENCANA KEMAHIRAN PANGKAT PAKAIAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH
AKTIVITI UNIT BERUNIFORM
Minggu dan Tarikh Topik/Tajuk Aktiviti Tambahan Catatan M1(08 - 12 Jan. 2024) TOPIK 1 1. Pengurusan dan Pentadbiran Pendaftaran ahli dan kumpulan Kuasa penganjur Struktur unit Pengurusan bukulog/folio/laporan aktiviti Tanggungjawab pegawai Pakaian seragam ahli dan pegawai Takwim dan rancangan aktiviti Pengurusan badan unit beruniform secara sistematik dan terancang BERUNIFORM KRS TAKWIM UNIT
M2(15 - 19 Jan. 2024) TOPIK 2 2. Sejarah, Perlembagaan, Struktur dan Organisasi Pertubuhan Sejarah Sejarah pengasas Sejarah penubuhan Sejarah penubuhan di Malaysia Perlembagaan Tujuan penubuhan Prinsip-prinsip asas pertubuhan Perlembagaan pertubuhan Lambang dan cogan kata Bendera dan lagu pertubuhan Struktur dan organisasi Struktur dan organisasi peringkatkebangsaan/ negeri/daerah/IPGM/IP GK Struktur dan organisasi peringkat sekolahFungsi majlis tadbir M3(22 - 26 Jan. 2024) TOPIK 3 3. Orientasi Kurikulum Kurikulum TKRS Perancangan program Skim latihan BERUNIFORM KRS TAKWIM UNIT
Minggu dan Tarikh Topik/Tajuk Aktiviti Tambahan Catatan M4 (29 Jan. - 02 Feb. 2024) TOPIK 4 4. Kawad Asas kawad kaki Bahasa hukuman Aktiviti gabungan simpulan & ikatan M5 ( 05-09 Feb 2024 ) TOPIK 4 4. Kawad Asas kawad kaki Kawad statik Aktiviti pembinaan mini Gajet Kraftangan M6 ( 10 - 18 Feb 2024 ) CUTI PERTENGAHAN SEMESTER IPG M7 ( 19 - 23 Feb 2024 ) TOPIK 4 4. Kawad Asas kawad kaki Kawad dinamik Kawad dinamik bersama PPIM M8 ( 26 Feb - 01 Mac 2024 ) TOPIK 4 4. Kawad Kawad istiadat Istiadat perhimpunan Aktiviti gabungan UB Pertolonga n Cemas bersama pengakap + KRS + BSMM BERUNIFORM KRS TAKWIM UNIT Aktiviti tambahan dilaksanakan sebagai persiapan Karnival Unit Beruniform yang berlansung pada 1 dan 2 Mac 2024 dan juga Perkhemahan Unit Beruniform sepertimana yang ada pada Topik 3
M9(04 - 08 Mac 2024) TOPIK 4 4. Kawad Kawad istiadat- Istiadat naik dan turun bendera M10(11 - 15 Mac 2024) TOPIK 5 5. Asas Pertolongan Cemas Tujuan dan prinsip bantu mula Anduh dan balutan Merawat luka, gigitan dan sengatan serangga M11(18 - 22 Mac 2024) TOPIK 5 5. Asas Pertolongan Cemas Patah dan terseliuh Pemulihan pernafasan Teknik usungan M12(25 - 29 Mac 2024) TOPIK 6 6. Disiplin dan Kerohanian Ketatanegaraan Kerohanian/Pendidikan Moral Pengurusan dan gaya diri BERUNIFORM KRS TAKWIM UNIT
M13(01 - 05 April 2024) TOPIK 77. KeusahawananKraftangan M14(06 - 14 April 2024) CUTI KHAS PERAYAAN M15(15 - 19 April 2024) M16(22 - 26 April 2024) M17(27 April – 05 Mei 2024) MINGGU ULANGKAJI M18(06 - 10 Mei 2024) MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR 2024 M19(13 - 16 Mei 2024) MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR 2024 M20(17 – 26 Mei 2024) CUTI AKHIR SEMESTER IPG M21 ( 27 Mei - 2 Jun 2024 ) CUTI AKHIR SEMESTER IPG M22 ( 03 - 09 Jun 2024 ) CUTI AKHIR SEMESTER IPG BERUNIFORM KRS TAKWIM UNIT
UNIT BERUNIFORM KRS LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI MINGGU 1 TARIKH 10 Januari 2024 TEMPAT Gelanggang Bola Tampar/ Dewan Badminton IPG Kampus Kent JUMLAH AHLI 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah PENGISIAN PROGRAM Pada pukul 7:00 pagi, semua unit beruniform termasuklah Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk menjalankan perhimpunan pagi kali pertama. Selepas perhimpunan tersebut, pemeriksaan uniform ahli-ahli KRS telah dilaksanakan oleh beberapa orang jurulatih seterusnya mereka telah memberi tunjuk ajar cara-cara pemakaian uniform yang betul. Setelah pemeriksaan terhadap pemakaian selesai, Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang arahan masuk baris yang betul kepada Komandan dan juga ahli-ahli KRS yang lain. Pada pukul 8:30 pagi, kami telah beralih ke Dewan Badminton IPG Kampus KENT bagi melaksanakan aktiviti seterusnya iaitu mengenai pengurusan dan pentadbiran unit beruniform yang dikendalikan oleh Mejar Shelen Aderina Kok. Sebelum itu, beliau telah mengajar kami tentang cara-cara melapor masuk dewan dan keluar dewan yang betul. Selesainya tunjuk ajar tersebut, Mejar Shelen telah memberikan kami penerangan mengenai pendaftaran ahli dan kumpulan, kuasa penganjur, struktur unit, pengurusan buku log, pengurusan folio, laporan aktiviti, tanggungjawab pegawai, pakaian seragam ahli dan pegawai, takwim dan rancangan aktiviti serta pengurusan badan unit beruniform secara sistematik dan terancang. Pada pukul 9:30 pagi, aktiviti pengenalan tentang pengurusan dan pentadbiran telah tamat. Komandan telah melapor keluar daripada dewan. Setelah tamatnya aktiviti pada minggu ini, semua ahli Kadet Remaja Sekolah telah mengambil gambar bersama Mejar Shelen Aderina Kok.
UNIT BERUNIFORM KRS LAPPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI MINGGU 2 TARIKH 17 Januari 2024 TEMPAT Gelanggang Bola Tampar JUMLAH AHLI 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah PENGISIAN PROGRAM Pada pukul 7:00 pagi, semua unit beruniform termasuklah Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk menjalankan perhimpunan pagi bagi minggu kedua. Selepas perhimpunan tersebut, semua ahli KRS telah berkumpul semula untuk menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh Platun Bravo. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRS telah dinyanyikan. Platun Alpha telah membacakan laporan minggu pertama seterusnya menyerahkan fail kepada Komandan untuk diberi kepada platun Bravo. Selepas penyerahan fail laporan, Mejar Shelen Aderina Kok telah membuat pemeriksaan dari aspek pakaian diiringi oleh Komandan. Setelah itu, Mejar Shelen telah menyampaikan taklimat pagi mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu latihan kawad statik, kawad istiadat, penyediaan tarian perang dan juga nyanyian lagu Dindaku Sayang. Mejar Shelen juga memberitahu untuk membaca nota Sejarah, Perlembagaan, Struktur dan Organisasi Pertubuhan yang telah dimuat naik dalam Google Classroom. Lebih kurang jam 8:15 pagi, ahli-ahli KRS telah melaksanakan aktiviti yang pertama iaitu nyanyian lagu Dindaku Sayang dan juga tarian perang Kadet Remaja Sekolah IPG Kampus Kent. Pada masa yang sama, latihan tepukan KRS juga dilaksanakan. Latihan kawad statik dan juga kawad istiadat juga telah dilaksanakan bersama-sama dengan unit beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Skuad Shafil Afique Bin Shaharuddin yang menjadi komandan untuk latihan kawad statik PPIM. Sementara itu, ahli-ahli KRS telah ditunjuk ajar oleh Kapten Ahmad Fauzi bin Mohd Satnih dan juga Kapten Dorothea Marakau @ Nuratiqah tentang kawad dinamik. Semua aktiviti telah selesai dijalankan tepat pada pukul 9:30 pagi.
UNIT BERUNIFORM KRS LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI MINGGU 3 TARIKH 24 Januari 2024 TEMPAT Gelanggang Bola Tampar JUMLAH AHLI 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah PENGISIAN PROGRAM Pada pukul 7:00 pagi, semua unit beruniform termasuklah Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk menjalankan perhimpunan pagi bagi minggu ketiga. Selepas perhimpunan tersebut, semua ahli KRS telah berkumpul semula untuk menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh Platun Charlie. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRS telah dinyanyikan. Platun Bravo telah membacakan laporan minggu kedua seterusnya menyerahkan fail kepada Timbalan Komandan untuk diberi kepada platun Charlie. Selepas penyerahan fail laporan, Mejar Shelen Aderina Kok telah membuat pemeriksaan dari aspek pakaian diiringi oleh Timbalan Komandan. Setelah itu, Mejar Shelen telah menyampaikan taklimat pagi mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu latihan kawad istiadat, kawad statik dan dinamik. Mejar Shelen juga memberi taklimat mengenai tugasan pada minggu itu, iaitu memilih dan merancang satu program tahunan untuk unit beruniform KRS dan membaca nota mengenai orientasi kurikulum yang telah dimuat naik dalam Google Classroom. Lebih kurang jam 8:15 pagi, ahli-ahli KRS telah melakukan tarian perang, tepukan KRS dan menyanyikan lagu Dindaku Sayang. Setelah itu, Kapten Zainuddin telah memberi tunjuk ajar mengenai kawad masuk baris. Latihan dijalankan dalam platun masing-masing dan semua ahli mestilah menghafal dan mencuba untuk memberi arahan masuk baris. Selepas semua platun selesai menjalankan aktiviti kawad masuk baris, Kapten Zainudin mengarahkan kami untuk mencipta satu yell dalam platun masing-masing selama lebih kurang 10 minit. Setelah tamat 10 minit, semua platun diminta untuk mempersembahkan yell tersebut. Semua aktiviti telah selesai dijalankan tepat pada pukul 9:30 pagi. Sebelum bersurai, semua ahli Kadet Remaja Sekolah telah mengambil gambar bersama dengan jurulatihjurulatih KRS.
UNIT BERUNIFORM KRS LAPPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI MINGGU 4 TARIKH 31 Januari 2024 TEMPAT Gelanggang Bola Tampar dan Dewan Serbaguna IPG Kampus Kent JUMLAH AHLI 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah PENGISIAN PROGRAM Pada pukul 7:00 pagi, semua unit beruniform termasuklah Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk menjalankan perhimpunan pagi bagi minggu keempat. Selepas perhimpunan tersebut, semua ahli KRS telah berkumpul semula untuk menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh Platun Delta. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRS telah dinyanyikan. Platun Charlie telah membacakan laporan minggu ketiga seterusnya menyerahkan fail kepada Skuad Shafil Afique bin Shaharuddin selaku komandan pada minggu tersebut untuk diberi kepada platun Delta. Selepas penyerahan fail laporan, Mejar Shelen Aderina Kok telah membuat pemeriksaan dari aspek pakaian diiringi oleh Skuad Shafil Afique. Setelah itu, Mejar Shelen telah menyampaikan taklimat pagi mengenai aktiviti yang akan dijalankan, iaitu latihan kawad istiadat, kawad statik dan dinamik, serta aktiviti gabungan simpulan dan ikatan. Mejar Shelen juga memberi taklimat tentang pengubahsuaian tugasan minggu lepas, dimana Platun Charlie, Delta dan Echo perlu bekerjasama dalam memilih dan merancang satu program tahunan sahaja untuk unit beruniform KRS. Lebih kurang jam 8:30 pagi, ahli-ahli KRS telah berkumpul di dewan serbaguna untuk melaksanakan aktiviti gabungan simpulan dan ikatan bersama-sama dengan unit beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Kapten Suhairullah bin Omar Ramih dan Mejar Herman bin Tajing telah mengetuai dan memberi tunjuk ajar semasa aktiviti simpulan dan ikatan tersebut. Antara simpulan dan ikatan yang telah dipelajari ialah ikatan buku sila, ikatan lilit balak, simpul manuk, ikatan silang tungku, ikatan seraya dan juga ikatan tindih kasih (bowline). Tepat pada pukul 9:30 pagi, semua aktiviti telah selesai dijalankan. Aktiviti kawad statik dan dinamik yang telah dirancang terpaksa dibatalkan akibat kekangan masa.
UNIT BERUNIFORM KRS LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI MINGGU 5 TARIKH 07 Februari 2024 TEMPAT Gelanggang Bola Tampar JUMLAH AHLI 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah PENGISIAN PROGRAM Bagi minggu kelima, perhimpunan pagi yang melibatkan semua unit beruniform telah dibatalkan kerana semua pensyarah Unit Kokurikulum terlibat dengan Bina Insan Guru. Istiadat perhimpunan pagi KRS dimulakan pada pukul 7:30 pagi dan dikendalikan oleh Platun Echo. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRS telah dinyanyikan. Platun Delta telah membacakan laporan minggu keempat seterusnya menyerahkan fail kepada komandan untuk diberi kepada platun Echo. Selepas penyerahan fail laporan, Kapten Dohimbang telah membuat pemeriksaan dari aspek pakaian diiringi oleh komandan Aidzam. Setelah itu, Kapten Dohimbang telah menyampaikan taklimat pagi mengenai aktiviti yang akan dijalankan, iaitu aktiviti pembinaan mini gajet kraftangan yang diperbuat daripada bahan buangan secara berkumpulan seramaitiga orang. Lebih kurang jam 8:00 pagi, semua kumpulan telah bermula untuk mencari bahan buangan untuk pembinaan kraf tangan. Tepat pada pukul 9:00 pagi, semua kumpulan diminta untuk mempersembahkan kraf tangan yang telah dihasilkan serta menyatakan kegunaannya. Setelah itu, semua ahli KRS telah mengambil gambar bersama-sama dengan Kapten Dohimbang dan juga kraf tangan yang telah dihasilkan. Sebelum bersurai pada jam 9:30 pagi, semua ahli telah bekerjasama untuk membersihkan kawasan gelanggang bola tampar.
UNIT BERUNIFORM KRS LAPPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI MINGGU 7 TARIKH 21 Februari 2024 TEMPAT Gelanggang Bola Tampar Kent JUMLAH AHLI 19 Ahli Kadet Remaja Sekolah PENGISIAN PROGRAM Pada pukul 7:00 pagi, semua unit beruniform termasuklah Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk menjalankan perhimpunan pagi bagi minggu ketujuh. Selepas perhimpunan tersebut, semua ahli KRS telah berkumpul semula untuk menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh Platun Alpha. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRS telah dinyanyikan. Kehadiran ahli KRS pada minggu ketujuh hanya adalah seramai 19 orang ahli manakala seramai 13 orang ahli tidak dapat hadir pada minggu ini atas urusan rasmi. Platun Echo telah membacakan laporan minggu kelima seterusnya menyerahkan fail kepada Skuad Aidzam Bin Sahidin selaku komandan pada minggu tersebut untuk diberi kepada platun Alpha. Selepas penyerahan fail laporan, Mejar Shelen Aderina Kok telah membuat pemeriksaan dari aspek pakaian diiringi oleh Skuad Shafil Afique. Setelah itu, Mejar Shelen telah menyampaikan taklimat pagi mengenai aktiviti yang akan dijalankan, iaitu latihan kawad istiadat, kawad statik dan dinamik. Mejar Shelen juga memberi taklimat tentang persediaan pertandingan yang akan dijalankan sewaktu Karnival Unit Beruniform berlangsung, dimana peserta - peserta yang terlibat hendaklah memastikan latihan bersama ahli pasukan sudah mula dijalankan. Lebih kurang jam 8:30 pagi, ahli-ahli KRS telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk melaksanakan aktiviti kawad kaki dinamik. Kapten Dorothea Marukau @ Nuratiqah telah mengetuai dan memberi tunjuk ajar semasa aktiviti kawad kaki dinamik dijalankan. Antara hukuman yang telah dipelajari ialah Hormat ke Kanan Hormat dan Hormat Selaku Terima Sijil . Tepat pada pukul 9:30 pagi, semua aktiviti telah selesai dijalankan. Aktiviti kawad statik dan dinamik yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.
UNIT BERUNIFORM KRS LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI LAPORAN AKTIVITI MINGGU 8 TARIKH 28 Februari 2024 TEMPAT Gelanggang Bola Tampar dan Dewan Serbaguna IPG Kampus Kent JUMLAH AHLI 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah PENGISIAN PROGRAM Pada pukul 7:00 pagi, semua unit beruniform termasuklah Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah berkumpul di gelanggang bola tampar untuk menjalankan perhimpunan pagi bagi minggu keempat. Selepas perhimpunan tersebut, semua ahli KRS telah berkumpul semula untuk menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh Platun Bravo. Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu KRS telah dinyanyikan. Platun Alpha telah membacakan laporan minggu ketujuh seterusnya menyerahkan fail kepada Skuad Shafil Afique bin Shaharuddin selaku komandan pada minggu tersebut untuk diberi kepada platun Bravo. Selepas penyerahan fail laporan, Kapten Zainuddin telah membuat pemeriksaan dari aspek pakaian diiringi oleh Skuad Iman Hafiz. Setelah itu, Mejar Shelen telah menyampaikan taklimat pagi mengenai aktiviti yang akan dijalankan, iaitu bengkel pertolongan cemas yang dikendalikan oleh jurulatih jemputan BSMM. Aktiviti bengkel tersebut telah dijalankan dengan gabungan unit beruniform yang lain iaitu Pengakap dan Bsmm. Lebih kurang jam 8:00 pagi, ahli-ahli KRS telah berkumpul di dewan serbaguna untuk melaksanakan aktiviti gabungan peti pertolongn cemas bersama-sama dengan unit beruniform Pengakap dan BSMM. Taklimat bengkel pertolongan cemas tersebut telah disampaikan oleh ahli BSMM Tuaran. Antara teknik yang telah dipelajari ialah penggunaan kain anduh yang tepat, bantuan pernafasan (CPR) terhadap golongan bayi dan juga dewasa. Tepat pada pukul 9:30 pagi, semua aktivititelah selesai dijalankan.
LAMPIRAN
DOKUMENTASI GAMBAR PERHIMPUNANA ISTIADAT KRS IPGMK KENT
DOKUMENTASI GAMBAR PROSES BELAJAR CARA MELAKUKAN IKATAN TUNGKU KAKI TIGA
DOKUMENTASI GAMBAR KARNIVAL UNIT BERUNIFORM 2024
DOKUMENTASI GAMBAR AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG KARNIVAL UNIT BERUNIFORM