The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by D091108, 2022-07-27 18:07:16

MODUL AKTIVITI AWAL SAINS - PANDUAN AKTIVITI KANAK-KANAK KEPADA IBU BAPA

PENTAKSIRAN AKHIR (KAQ3073) - MODUL AKTIVITI AWAL SAINS

Keywords: Awal Sains,KAQ3073,Modul Aktiviti,Panduan Aktiviti kanak-kanak kepada ibu bapa,hubungan keluarga komuniti dan budaya dalam pendidikan awal kanak-kanak,upsi,pentaksiran akhir

KAQ3073

MODUL
AKTIVITI

Sains Awal

HUBUNGAN KELUARGA, KOMUNITI DAN
BUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

HANIS AIDA BINTI MAAT (D20192091108)

pengenalan

Sains merupakan satu bidang ilmu yang membolehkan
manusia memahami dan menerokai sifat alam. Sains
Awal pula tertumpu kepada cabang ilmu yang diterokai
dan dipelajari oleh kanak-kanak. Menurut Abrusco
(1982), sains merupakan satu proses yang mengaitkan
kemahiran intelek serta manipulatif untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan alam
semulajadi. Bahkan, ianya juga merupakan ilmu yang
dapat diperolehi menerusi aplikasi proses saintifik.

Modul ini dihasilkan berpandukan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) semakan
2017. Menurut KPSK (2017), kemahiran proses sains
merupakan kemahiran yang diperlukan dalam mencari
jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat
keputusan secara bersistem. Dalam kemahiran ini, ia
melibatkan proses mental yang menggalakkan
pemikiran secara kreatif, analitis dan sistematik.

Pembelajaran Sains Awal amat penting bagi
kanak-kanak kerana ianya dapat membantu
meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran
mereka serta memberikan mereka peluang untuk
mengkaji perhubungan kesan dan akibat. Pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman
sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak
memahami dan mencorakkan alam sekeliling.

objektif

1.Meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kanak-kanak
dalam bidang Sains Awal.

2.Membantu kanak-kanak menguasai dan
meningkatkan perkembangan motor halus melalui
aktiviti hands-on.

3.Memberi kanak-kanak peluang untuk menerokai
alam semulajadi sambil melalui pembelajaran dan
aktiviti yang berkaitan dengan Awal Sains.

4.Memupuk minat kanak-kanak untuk meneroka dan
mempelajari Sains.

5.mengembangkan sifat ingin tahu serta minat
terhadap dunia sekeliling.

6.Meningkatkan daya pemikiran kritis dan kreatif
kanak-kanak.

konsep

1.Mengenal bahagian anggota badan haiwan

2.Mengembangkan kemahiran motor halus dan

koordinasi mata-tangan.

3. Pendedahan kepada warna serta

membandingkan warna yang terdapat

dipersekitaran.

4.Mengelaskan objek mengikut warna.

5.Mengenal beberapa jenis bentuk

PANDUAN
AKTIVITI
KANAK-KANAK
KEPADA IBU

BAPA

3 Modul

Pin Bentuk
Puppet Kertas Haiwan

Rainbow Skittle

PIN
BENTUK

Modul 1



KELEBIHAN:

1. Meningkatkan kemahiran motor halus serta koordinasi
mata dan tangan ketika memasukkan putik kapas ke
dalam lubang.

2. Mengenal warna-warna asas
3. Mengenal bentuk-bentuk asas

ALAT & BAHAN:

1. Putik Kapas
2. Pewarna Makanan
3. Kotak
4. Penebuk Lubang
5. Pen Marker Berwarna
6. Gunting

PANDUAN BERMAIN KEPADA IBU BAPA:

1.Menyediakan semua alatan dan bahan.
2.Melukis bentuk di atas kotak dengan warna yang

berbeza dan tebukkan lubang disekeliling bentuk
tersebut.
3.Celupkan putik kapas ke dalam pewarna makanan
mengikut warna bentuk yang dilukis tadi dan
guntingkan kepada dua bahagian.
4.Ibu bapa perlu meminta kanak-kanak memasukkan
putik kapas ke dalam lubang mengikut warna yang
sama.

PENTAKSIRAN 1

PUPPHEATIWKAENRTAS

Modul 2



KELEBIHAN:

1. Meningkatkan kemahiran motor halus serta koordinasi
mata dan tangan melalui aktiviti menggunting dan
menampal.

2. Meningkatkan kefaham kanak-kanak mengenai
anggota badan haiwan

3. Merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak.
4. Merangsang daya pemikiran kreatif dan imaginatif

kanak-kanak.

ALAT & BAHAN:

1. Kertas Warna
2. Gunting
3. Gam
4. Template anggota badan haiwan (katak)
5. Beg kertas

PANDUAN BERMAIN KEPADA IBU BAPA:

1.Menyediakan semua alatan dan bahan.
2.Mencetak template anggota badan haiwan ke atas

kertas warna mengikut warna haiwan.
3.Gunting setiap anggota badan haiwan.
4.Tampal bahagian muka haiwan menggunakan gam.
5.Tampal Bahagian badan haiwan menggunakan gam.
6.Tampal muka haiwan di bahagian atas beg kertas yang

terlipat.
7.Tampal bahagian badan haiwan di bahagian bawah beg

kertas .
8.Masukkan tangan ke dalam beg kertas dan mainkan

puppet tersebut bersama kanak-kanak.

PENTAKSIRAN 2

RAINBOW
SKITTLE

Modul 3



KELEBIHAN:

1. Meningkatkan kemahiran motor halus serta koordinasi
mata dan tangan melalui aktiviti menyusun gula-gula
di sekeliling pinggan.

2. Merangsang minda kanak-kanak terhadap warna.
3. Menggalakkan kanak-kanak berimaginasi.
4. Membolehkan kanak-kanak mengira bilangan gula-

gula.

ALAT & BAHAN:

1. Gula-Gula Skittle.
2. Pinggan
3. Air
4. Cawan

PANDUAN BERMAIN KEPADA IBU BAPA:

1.Menyediakan semua alatan dan bahan.
2.Menyusun gula-gula skittle di sekeliling pinggan.
3.Tuang sedikit air pada bahagian tengah pinggan.
4.Perhatikan warna yang keluar dari gula-gula skittle

membentuk seperti pelangi.

PENTAKSIRAN 3

RANCANGAN
PENGAJARAN

AKTIVITI

RPA 1







RANCANGAN
PENGAJARAN

AKTIVITI

RPA 2









RANCANGAN
PENGAJARAN

AKTIVITI

RPA 3







rumusan

Modul Awal Sains ini dihasilkan khas untuk ibu bapa di luar
sana. Dengan cadangan pengajaran dan aktiviti yang

disediakan, ia akan dapat memudahkan ibu bapa untuk
menjalankan aktiviti bersama anak-anak walau di mana

sahaja berada. Modul ini juga sedikit sebanyak akan
membantu ibu bapa dalam menghasilkan idea pengajaran

yang pelbagai dengan merujuk panduan yang tersedia
mengikut alatan dan bahan yang terdapat di rumah.
Pengajaran yang terdapapat di dalam modul ini diharap
dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin serta dapat
membantu ibu bapa dalam menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang bermanfaat buat anak-kanak.

SEMOGA MODUL INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA
PARA IBU BAPA DI LUAR SANA. SELAMAT MEMBACA DAN
JANGAN LUPA UNTUK MENCUBA AKTIVITI-AKTIVITI YANG
DICADANGKAN BERSAMA ANAK-ANAK ANDA. SENTIASA
INGAT BAHAWA PEMBELAJARAN BERMULA DARI RUMAH.
AYUH CORAKKAN ANAK-ANAK KITA DENGAN AKTIVITI YANG

BERMANFAAT!

MODUL AKTIVITI SAINS AWAL
PANDUAN AKTIVTI KEPADA

IBU BAPA


Click to View FlipBook Version