BMMB 3203: MORFOLOGI BAHASAMELAYU FAIZ ZAFRI BIN ZULHAIRI PENTAKSIRAN BERTERUSAN TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK PISMP BAHASA MELAYU C
NAMA FAIZ ZAFRI BIN ZULHAIRI NO KAD PENGENALAN 040831-08-0221 ANGKA GILIRAN 2022232440052 UNIT BAHASA MELAYU C NAMA PENSYARAH TUAN HAJI MUHAMMAD BIN TAYAB
PENGENALAN Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang kaya dengan warisan budaya dan sejarahnya yang lama, terus mengalami evolusi dan perubahan. Pembentukan kata baru merupakan salah satu aspek penting dalam perkembangan bahasa ini. Ia mencerminkan dinamika masyarakat serta kemajuan dalam pelbagai bidang seperti sains, teknologi, sosial, dan budaya. Walau bagaimanapun, bersama dengan proses pembentukan kata baru, turut timbul isu berkaitan kesalahan kata yang mungkin mempengaruhi kejelasan dan ketepatan penggunaan bahasa Melayu. Melalui pemerhatian terhadap kedua-dua aspek ini, kita dapat memahami cabaran dan kepentingan dalam memelihara dan memperkaya bahasa Melayu sebagai satu sumber identiti dan komunikasi yang penting dalam masyarakat Malaysia.
PEMBENTUKAN PERKATAAN BARU
PEMBENTUKAN PERKATAAN BARU TUJUAN Mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa PROSES Penggunaan popular Media massa, penulisan kreatif dan lain-lain Berkait dengan kegiatan hidup seharian Perancangan bahasa yang rasmi Untuk mengungkapkan istilahistilah, konsep, benda, keadaan, dan kejadian yang baru muncul dalm bidang ilmu
BUNYI BAHASA MELAYU
24 BUNYI BAHASA ASLI(18 KONSONAN 6 VOKAL)
TABURAN KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU
VOKAL ASLI
VOKAL ASLI
DIFTONG
PEMBENTUKAN BAHASAMELAYU: UNSUR-UNSUR IMBUHAN ASING
IMBUHAN SANSKRIT : AWALAN Membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung. Contoh perkataan ialah mahaguru, maharaja Membawa pwngwetian suatu susunan atau peraturan. Contoh perkataan ialah tatabahasa, tatacara, tatatertib Awalan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Contoh perkataan ialah prasyarat, prasejarah, prasangka Digunakan untuk menerbitkan kata nama yang memberi makna sendiri. Contoh perkataan ialah swafoto dan swalayan Berfungsi menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian bilangan. Contohnya tunakarya dan tunawisma Berfungsi menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian bilangan. Contohnya dwibahasa Maha- Tata- PraSwa- Tuna- Dwi-
IMBUHAN SANSKRIT : AWALAN Berfungsi menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian bilangan. Contohnya ekabahasa Berfungsi menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian bilangan. Contohnya tribulan Berfungsi menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian bilangan. Contohnya pancaindera Eka- Tri- Panca-
IMBUHAN SANSKRIT : AKHIRAN Berfungsi menerbitkan kata nama yang membawa maksud pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan serta pemilik sesuatu sifat atau keupayaan Akhiran -wan, -man Akhiran -wati, -nita Akhiran -wan digunakan pada kata dasar yang berakhir dengan huruf a manakala akhiran -man digunakan pada kata dasar yang berakhir dengan huruf i Contoh: seniman, hartawan Berperanan sebagai padanan kepada akhiran -wan dan -man Tujuan: Menimbulkan kategori jantina (tidak begitu produktif penggunaannya) Contoh: seniwati, sukarelawati
IMBUHAN ARAB-PARSI : AWALAN Awalan BiBererti tidak dan digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjektif Penggunaannya adalah terbatas Contoh: biadab (tidak beradab), binormal
IMBUHAN ARAB-PARSI : AKHIRAN
IMBUHAN YUNANI-LATIN-INGGERIS: AWALAN Digunakan untuk menunjukkan tanda bersetuju, memihak kepada sesuatu pihak. contohnya, probarat dan prokerajaan Digunakan untuk menunjukkan tanda melawan, membantah dengan sesuatu pihak. Contohnya, antisosial dan anti kerajaan Membawa maksud yang pelbagai. Contohnya, polikolinik dan politeknik Memberi pengertian secara bersendirian. Contohnya, automatik dan autograf Memberi pengertian sebahagian daripada keseluruhan. Contohnya, subbidang dan subkategori Membawa maksud melebihi, mengatasi atau merentasi. Contohnya, supranasional dan suprasistem Pro- Anti- PoliAuto- Sub- Supra-
IMBUHAN YUNANI-LATIN-INGGERIS : AKHIRAN Bentuk-bentuk akhiran ini belum terserap sebagai imbuhan dalam pembentukan kata bahasa Melayu dan sebahagian bentuk imbuhan ini wujud dalam perkataan yang dipinjam secara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu
PEMBAHARUAN DALAMBENTUK KATA
PENGGUNAAN POPULAR Ciptaan sendiri (melaui terjemahan atau secara ambilan keseluruhannya) Menjadi Popular Digunakan Umum Dihasilkan oleh penulis-penulis sama ada untuk siaran dalam media massa atau pun dalam tulisan-tulisan kreatif
Berita gempar Ibu kota Tarik diri Pencakar langit Siaran langsung Tunjuk perasaan Antara contoh perkataan ialah:
PERANCANGAN BAHASA RASMI Penciptaan perkataan baru melalui perancangan bahasa yang rasmi di Malaysia pada umumnya dilakukan di Dewan bahasa dan pustaka serta institusi-institusi pengajian tinggi. Perancangan bahasa rasmi ini berbentuk istilah yang merujuk bidang-bidang ilmu dan kerjaya tertentu. Dewan Bahasa dan Pustaka ada menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah. Antara tujuh langkah tersebut ialah: Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya Penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu kurang lazim digunakan Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang sudah tidak lazim digunakan Perkataan atau istilah daripada bahasa lain Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan
PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH
Istilah terbentuk daripada perkataan Melayu jati atau bahasa serumpun dengan memberi makna baharu untuk membawa konsep tertentu yang sebelumnya tidak ada dalam bahasa Melayu. Terdapat lima cara proses pinjam terjemah. Antaranya ialah: PROSES PINJAMTERJEMAH
Istilah terbentuk daripada perkataan Melayu jati atau bahasa serumpun dengan memberi makna baharu untuk membawa konsep tertentu yang sebelumnya tidak ada dalam bahasa Melayu. Terdapat lima cara proses pinjam terjemah. Antaranya ialah: PROSES PINJAMTERJEMAH
Melalui proses pinjaman, cara pembentukan kata adalah dengan mengambil istilah daripada bahasa asalnya dan penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan. PROSES PINJAMAN
ISU KESALAHAN KATA: MEDIA ELEKTRONIK
ISU KESALAHAN KATA Kesalahan dalam penggunaan kata dari segi ejaan dan tatabahasa dalam Bahasa Melayu adalah isu yang penting dan perlu diberi perhatian serius. Bahasa Melayu, sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, memainkan peranan yang penting dalam komunikasi dan menyatukan masyarakat berbilang etnik di negara ini. Walau bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi dan pengaruh bahasa asing, terdapat peningkatan kesalahan dalam penggunaan ejaan dan tatabahasa yang boleh merosakkan kejelasan serta kredibiliti komunikasi. Dalam topik ini, kita akan meneroka beberapa contoh berkaitan dengan isu kesalahan penggunaan kata dari segi ejaan dan tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Melalui analisis terperinci, kita dapat memahami impak serta cara untuk mengatasi isu-isu ini demi memelihara keaslian dan kecemerlangan bahasa Melayu sebagai aset kebangsaan yang berharga.
KESALAHAN TATABAHASA Kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat yang diambil dari Twitter di atas ialah penggunaan kata ganda dan imbuhan yang salah pada perkataan 'orang-orang' dan jadi'. Ayat dengan penggunaan kata yang betul ialah ' Janganlah sesekali merendahkan orang yang baru bak berubah menjadi baik. Salah Betul orang-orang orang jadi menjadi
KESALAHAN TATABAHASA Imbuhan awalan "maha-" ialah awalan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Fungsinya membentuk kata adjektif dan kata nama yang menerangkan sesuatu yang paling atau mempunyai tahap yang paling tinggi. Penggunaan perkataan "maha siswi" sepatutnya dieja sebagai "mahasiwi" dengan menggabungkan dua perkataan itu bersama. Hal ini kerana "siswi" merupakan kata nama. Istilah "mahasiswi" ini merujuk kepada pelajar perempuan, iaitu pelajar yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi. Salah Betul Banyak nya Banyaknya maha siswa mahasiswa
KESALAHAN TATABAHASA IImbuhan akhiran "-i" digunakan dalam bahasa Melayu untuk membentuk kata adjektif yang menerangkan sifat atau ciri kata dasar. Perkataan "azali" sepatutnya dieja dengan akhiran "-i" dan bukannya dieja sebagai "azal". Istilah "azali" merujuk kepada sesuatu yang berlaku atau wujud sejak zaman dahulu atau berterusan selama-lamanya, manakala "azal" merujuk kepada sesuatu yang kekal pada masa lampau atau tiada permulaan. Sa Betul lah Wlwbagaimnapun Walaubagaimanapun azal azali
KESALAHAN TATABAHASA Perkataan pasca merdeka yang terdapat dalam ayat twitter tersebut berlaku kesalahan ejaan. Kesalahan ejaan tersebut berlaku daripada aspek ejaan dalam imbuhan. Perkataan tersebut seharusnya dieja secara rapat seperti 'pascamerdeka' kerana perkataan tersebut telah menyerap imbuhan awalan daripada bahasa sanskrit iaitu pasca-'. Oleh itu la seharusnya dieja secara rapat Sa Betul lah pasca merdeka pascamerdeka
KESALAHAN TATABAHASA Perkataan anti dadah yang terdapat dalam ayat twitter tersebut mengalami kesalahan ejaan. Kesalahan ejaan tersebut berlaku dari sudut aspek ejaan dalam imbuhan. Perkataan tersebut seharusnya dieja secara rapat seperti 'antidadah' kerana perkataan tersebut telah menyerap imbuhan awalan daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris iaitu anti-'. Oleh itu, perkataan tersebut seharunya dieja secara rapat. Sa Betul lah anti dadah antidadah
PENUTUP Dalam penutup, adalah penting untuk diingat bahawa kesalahan dalam penggunaan kata dari segi ejaan dan tatabahasa dalam Bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang boleh diabaikan. Kesalahan ini tidak hanya boleh menjejaskan kejelasan komunikasi, tetapi juga merosakkan imej bahasa Melayu sebagai bahasa yang berprestij. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman terhadap aspek ejaan dan tatabahasa dalam kalangan masyarakat. Pendidikan dan latihan yang berterusan perlu disokong untuk memastikan pemahaman yang kukuh terhadap prinsip-prinsip ejaan dan tatabahasa. Selain itu, penggunaan sumber-sumber rujukan yang sahih dan berwibawa perlu digalakkan bagi membantu individu memperbaiki kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Di samping itu, pelbagai inisiatif dalam bentuk kempen kesedaran juga perlu dilaksanakan untuk menyokong usaha-usaha pemeliharaan serta pemerkasaan bahasa Melayu. Dengan memperbaiki kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan memperkukuhkan aspek ejaan dan tatabahasa, kita dapat menjaga integriti dan kemuliaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang berwibawa. Ini penting tidak hanya untuk mengekalkan identiti kebudayaan negara, tetapi juga untuk memastikan keberkesanan komunikasi dalam pelbagai bidang kehidupan masyarakat Malaysia.
SEKIAN, TERIMA KASIH