The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Balai Ilham, 2023-11-06 00:23:50

v15-Buku Atur Cara YADIM

v15-Buku Atur Cara YADIM

YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM Perdana Menteri Perutusan Khas


Sekapur Sireh SENATOR DATO’ SETIA DR. HAJI MOHD NAI’IM BIN HAJI MOKHTAR Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


DATUK HASANUDDIN BIN MOHD YUNUS Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Tirai Bicara


Seuntai Kata DATO’ PROF. MADYA DR. MOHD FARID RAVI ABDULLAH Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS)


Kata Aluan USTAZ HAJI ZAMRI ZAINAL ABIDIN Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 6


Ringkasan Eksekutif Seminar Peradaban Islam Dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) 2023 merupakan antara program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang selaras dengan visi Malaysia membangun negara yang lebih mampan dan makmur selaras dengan gagasan Malaysia Madani. Perkataan madani merangkumi enam nilai utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan yang merupakan jalan ke hadapan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya bagi mencapai perpaduan dan keharmonian di negara ini. Panduan enam tunjang utama dalam konsep membangun Malaysia Madani ini juga terangkum dalam Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) yang digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pelan Al-Falah dengan membina nilai yang bermutu tinggi iaitu ilmu, integriti, itqan, istiqamah dan ikhlas dalam jiwa masyarakat. Oleh itu, SPIKEM mengetengahkan konsep MADANI yang dapat memberikan dampak positif impak kepada masyarakat terutamanya kepada para mahasiswa dalam membina keperibadian dan jati diri yang utuh sedari alam pendidikan. Perpaduan nasional juga dapat diutuhkan dengan mengambil kira masyarakat yang rencam kaum dan budaya di Malaysia. Program ini memberi ruang wacana dan dialog bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat dalam mengekalkan nilai-nilai madani. 7


Objektif Objektif penganjuran SPIKEM sebagaimana berikut : 8


Sasaran Peserta SPIKEM telah mensasarkan penglibatan seramai 1700 orang peserta dari siri 1-6/2023 yang terdiri daripada enam (6) Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh negara termasuk Rakan Siswa dan Sukarelawan YADIM. Peserta terdiri daripada kalangan mahasiswa dan pimpinannya serta pensyarah di institusi berkenaan. Bagi melicinkan gerak kerja penganjuran seminar ini, YADIM telah berkolaboratif dengan para pensyarah di peringkat Fakulti dan Akademi bagi menjayakan program tersebut. Kolaboratif penganjuran pelaksanaan program ini sebagaimana berikut: Akademi Pengajian Islam UNIVERSITI MALAYA (UM) Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) Fakulti Ekologi Manusia UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) Pengajian Peradaban UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS) KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA PULAU PINANG Fakulti Pengajian Islam UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) 9


Tema Kepelbagaian tema dibincang secara bersama berasaskan gagasan Malaysia Madani mengikut niche universiti & kolej berkenaan. Para pakar dan tokoh telah mengupas secara terperinci dengan tajuk-tajuk mengikut tema yang telah ditetapkan. Sinopsis tema-tema adalah sebagaimana berikut; i. Peradaban Islam Dalam Kelestarian Malaysia Madani Peradaban dan ketamadunan Malaysia Madani merujuk kepada antaranya pembangunan pendidikan, sosial, ekonomi dan politik sebagai sebuah negara yang berpaksikan nilainilai murni masyarakat. Masyarakat mempunyai peranan yang sangat penting dalam memperkukuh tamadun kerana mereka merupakan unsur yang membentuk dan mempengaruhi budaya serta norma tersebut. Salah satu peranan masyarakat dalam memperkasakan ketamadunan Malaysia Madani ialah mengekalkan nilai-nilai tradisi dan moden. Nilai-nilai ini merangkumi sifat-sifat antaranya seperti hormat-menghormati, berbudi bahasa, kesopanan, dan kejujuran, yang merupakan aspek penting dalam mengukuhkan dan mengekalkan perpaduan serta keharmonian dalam masyarakat. 10


ii. Modal Insan Teras Malaysia Madani Modal insan merupakan aset penting bagi sesebuah organisasi dan negara merangkumi antaranya aspek jasmani, rohani, mental, intelektual, akhlak dan sebagainya. Nilai modal insan ini akan mencorakkan hala tuju negara ke arah wawasan yang disasarkan. Oleh yang demikian, bagi membentuk modal insan yang berkualiti, setiap individu perlu memperkuatkan keperibadian diri. Hal ini boleh dilakukan melalui didikan agama dan ilmu pengetahuan yang dizahirkan melalui akhlak, dan profesionalisme. Generasi muda yang berperanan sebagai pembina tamadun perlukan kepada sistem pendidikan yang baik dan wawasan hidup yang luas. Modal insan dikaitkan dengan pembangunan sahsiah manusia untuk mencapai potensi maksimum dalam semua aspek kehidupan. Negara dapat dibangunkan dengan kemuliaan dan tatasusila melalui modal insan yang mencakupi sifat-sifat Al-Amin kejujuran, amanah, tabligh dan fathonah sebagaimana teladan Nabi Muhammad SAW. Modal insan juga perlu diterapkan dalam semua aspek tadbir urus negara untuk mencapai kemajuan yang signifikan bagi membangunkan sesebuah tamadun. Hakikatnya, pembangunan Malaysia Madani menepati elemen keterangkuman dalam membina masyarakat bertamadun, bukan sahaja dari aspek fizikal, malah melahirkan modal insan yang cemerlang dari aspek spiritualnya. Pembentukan akhlak yang mulia menjadi kunci kepada pembinaan tamadun dengan tradisi dan budaya yang kukuh diasaskan melalui adab dan etika. 11


iii. Kelestarian Silang Budaya Ke Arah Pengukuhan Malaysia Madani Manifestasi silang budaya yang wujud dalam pembinaan tamadun Malaysia berasaskan kepelbagaian etnik telah memberikan sumbangan pembentukan masyarakat yang majmuk dan dinamik. Nilai-nilai inklusiviti, toleransi, hormat menhormati menjadi asas kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang etnik. Penghayatan ini membawa kepada kesedaran bahawa multi etnik adalah elemen terpenting yang perlu dijaga dan diperkukuhkan untuk pembangunan tamadun Malaysia Madani yang lestari. Menyemai semangat melalui Rukun Negara yang menyeragamkan fahaman kemajmukan sebagai lambang perpaduan dengan mengamalkan budaya hormat menghormat dan nilai-nilai kemasyarakatan ke arah pembinaan negara bangsa yang bertamadun tinggi. 12


iv. Falsafah Adab Dan Peradaban Dalam Pengukuhan Malaysia Madani Peradaban Islam memberi sumbangan utama dalam memajukan kehidupan insan dalam pelbagai sudut. Penekanan peradaban Islam bukan sahaja pada pembangunan fizikal dan ekonomi, tetapi juga pembangunan rohaniah, adab dan nilai dalam kehidupan insan bagi memelihara kemuliaan insan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi. Dalam tempoh 23 tahun, Nabi SAW telah berjaya mendidik dan membangunkan umat dari aspek adab insan dalam hubungan dengan Pencipta, diri sendiri, masyarakat dan alam. Nilai kemanusiaan sejagat yang diterima oleh semua kaum dan agama perlu dipasakkan dengan keyakinan kepada Tuhan. Penerusan dan peneguhan nilai keyakinan dan kemanusiaan ini perlu terus dipupuk dalam setiap warganegara dengan penuh kesedaran dan hemah secara bersama agar jati diri rakyat Malaysia terbentuk menjadi insan yang yakin kepada Tuhan, taat dalam beragama dan bersungguhsungguh dalam melakukan kebaikan dan kebajikan. Oleh yang demikian, maka penghayatan adab ini hakikatnya bermula daripada para pemimpin, negarawan, tokoh-tokoh sarjana, ilmuan dan mahasiswa serta warga universiti sebagai suri tauladan, model adab berpaksikan Tauhid, beradab lagi mengadabkan, hidup subur lagi menyuburkan, seumpama obor cahaya yang terang benderang. Dengan penghayatan yang lebih proaktif selaras dengan gagasan madani dalam kalangan mahasiswa khususnya adalah sangat penting bagi menangani pelbagai isu semasa. Hanya melalui ketahanan rohani yang jitu dan penerapan elemen adab dalam diri akan mampu membekalkan daya tahan dan daya juang dalam pembinaan jatidiri mahasiswa berjiwa merdeka. 13


v. Masyarakat Majmuk Dalam Pembentukan Malaysia Madani Kedatangan Islam ke alam Melayu ini merupakan detik penting dalam mengubah secara keseluruhan pemikiran dan peradaban orang Melayu sama ada melalui pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Transformasi sosial budaya berlaku secara berperingkat bersifat komprehensif mencakupi semua lapangan kehidupan masyarakat. Kepelbagaian Masyarakat majmuk di Malaysia ini adalah perpaduan harmonis pelbagai kaum, agama, dan budaya yang hidup bersama dengan keadilan, toleransi, dan kesatuan. Dalam kepelbagaian, kita menemukan kekuatan, melalui antaranya perbualan dan pengertian saling menghormati, kita dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan berkeupayaan yang menjadi negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati serta bersikap ihsan selaras dengan gagasan Malaysia Madani. Hakikatnya, Malaysia berada dalam identiti yang unik sebagai sebuah negara bangsa yang hanya boleh dicapai melalui masyarakat yang stabil dan bersatu padu di masa depan. Oleh itu, dalam membangunkan dan memperkukuh negara bangsa maka masyarakat perlu mencapai kesatuan dan penyatuan untuk berkongsi matlamat dani nilai Malaysia Madani yang sama demi masa hadapan bagi memperkukuh keharmonian dan perpaduan sejagat. 14


vi. Kesukarelawanan Membangun Modal Insan Malaysia Madani Program-program kesukarelawanan adalah selaras dengan gagasan Malaysia Madani dalam membangunkan modal insan yang dilihat sebagai petanda baik ke arah pembentukan sahsiah dan pemikiran positif dan pembangunan personaliti yang mantap. Nilai-nilai yang baik akan dapat melahirkan generasi intelektual negara yang mampu bersaing dengan cabaran dunia luar. Peranan sukarelawan penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dalam pengamalan dan penghayatan amar ma’ruf dan nahi mungkar demi untuk memelihara dan memartabatkan agama Islam menerusi qudwah hasanah dalam semua aspek kehidupan. Pembudayaan sifat Ihsan dan hormat dalam sanubari masyarakat dengan berlumba-lumba membuat kebaikan, menjaga keselamatan nyawa dalam keadaan kesusahan atau darurat, memberi motivasi agar dapat mengatasi risiko mental dan fizikal ketika dilanda musibah dengan memberi peluang untuk berkongsi rezeki bagi memelihara kelangsungan hidup masyarakat yang berada dalam kesusahan seterusnya berupaya mewujudkan keamanan, keadilan dalam sebuah masyarakat dan negara yang mampan. Ini menuntut kepada golongan sukarelawan untuk menzahirkan sifat bertanggungjawab, berkeyakinan, berwibawa, aktif yang merangkumi dalam pelbagai aspek. Semua ciri tersebut adalah persediaan penting yang perlu dimiliki untuk membentuk modal insan berkualiti dan aset berharga bagi menyumbang kepada pembangunan modal insan masyarakat. Oleh yang demikian, sumbangan kesukalewanan dalam agenda pembangunan modal insan didukung oleh kerangka dasar MADANI bagi menjayakan gagasan Malaysia Madani. Intihanya, tema-tema ini merangkumi peradaban Islam, modal insan, silang budaya, falsafah adab, kemajmukan serta kesukarelawanan bagi membangun dan mengukuhkan gagasan Malaysia Madani. 15


Oleh itu, hasil kupasan dan perbincangan melalui Wacana Tokoh, Forum dan ucaptama semasa Majlis Perasmian Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) 2003 maka pihak Sekretariat akan mengumpulkan maklumat dan akan menerbitkan fact sheet (lembaran fakta) untuk diedarkan kepada masyarakat bagi mengukuhkan kefahaman dan pengamalan dalam gagasan Malaysia Madani. 16


Atur Cara Seminar 17


SEMINAR PERADABAN ISLAM DAN KETAMADUNAN MALAYSIA (SPIKEM) SIRI 6/2023 Tema: Kesukarelawan Membangun Modal Insan Malaysia Madani Tarikh : 9 November 2023M (Khamis) bersamaan 25 Rabiul Akhir 1445H Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang Tempat : Auditorium Dr Zainudin Jaafar, Universiti Islam Selangor (UIS) 7:30 pagi Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi 9.00 pagi Sesi 1 : FORUM Tajuk : “Sukarelawan Masyarakat : Peranan Dan Cabaran” Panel 1 : Dr. Mohamad Yusof Marlon bin Abdullah Pensyarah Jabatan Dakwah & Usuluddin UIS Panel 2 : Dato’ Haji Ahmad Azam bin Ab Rahman Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia Panel 3 : Haji Badlishah Sham bin Baharin Presiden IKRAM Moderator : Ustaz Zamri bin Zainal Abidin Ketua Pegawai Eksekutif YADIM 10:30 pagi Sesi 2 : BICARA TOKOH Tajuk : “Kesukarelawan Membangun Modal Insan Masyarakat Madani” Penceramah : SS Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan Moderator : Dr. Halim bin Moktar (UIS) 18


12.00 tengah hari Sesi 3 : MAJLIS PERASMIAN DAN PELUNCURAN BUKU Nyanyian lagu Negaraku/Asmaul Husna Bacaan Doa Ucapan Aluan: YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) Ucapan: YBhg. Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Ucapan Perasmian : YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Pelancaran Buku Manual Panduan Pengurusan Kesukarelawanan Dakwah Masyarakat Pelancaran Rakan Siswa YADIM Universiti Islam Selangor (UIS) Tayangan Montaj Sidang Akhbar 1.00 petang Solat Zuhur di Masjid al-Azhar 1.30 petang Makan tengah hari bersama Pimpinan Pelajar Universiti Islam Selangor (UIS) 2.00 petang Bersurai *Atur cara tertakhluk kepada pindaan. 19


8.00 pagi Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi 9.00 pagi Sesi 1 : WACANA TOKOH Tajuk : Pembangunan dan pengukuhan negara bangsa di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia Penceramah : Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Haji Othman Ahli Lembaga Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Moderator: Prof. Madya Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman Timbalan Pengarah Eksekutif, Pusat Strategi UKM 10:30 pagi Sesi 2 : FORUM Tajuk : Pengukuhan Masyarakat Majmuk dalam pembentukan Malaysia Madani Panel 1 : Haji Zamri bin Zainal Abidin Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Panel 2 : Dr. Anwar Muttaqin Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM SEMINAR PERADABAN ISLAM DAN KETAMADUNAN MALAYSIA (SPIKEM) SIRI 5/2023 Tema : Masyarakat Majmuk Dalam Pembentukan Malaysia Madani Tarikh : 26 Oktober 2023 (Khamis) Tarikh : 8:00 pagi - 1:00 Petang Tempat : Dewan Sheikh Othman Sarawak, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 20


Panel 3 : Encik Muhammad Adli Jamili Presiden Kesatuan Mahasiswa UKM Moderator: YBrs. Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty Rozali Pengerusi Pusat Kajian Bahasa Arab Dan Tamadun Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 12.00 tengah hari Sesi 3 : MAJLIS PERASMIAN Nyanyian lagu Negaraku/Asmaul Husna Bacaan Doa Ucapan Aluan: YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari Long Dekan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ucapan Aluan: YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM Ucapan Perasmian : YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Nai’im Haji Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Sidang Akhbar 1.00 petang Bersurai/Makan tengah hari *Atur cara tertakhluk kepada pindaan. 21


8.00 pagi Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi 9.00 pagi Sesi 1 : WACANA TOKOH Tajuk : Islamisasi Alam Melayu Nusantara sebagai landasan peradaban Malaysia Madani Penceramah : YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar Felo Penyelidik Kanan, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) Moderator: YBhg. Prof. Madya Sharifah Anom Omar Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, Akademi Pengajian Islam Kontempoari (ACIS), UiTM Shah Alam 10:00 pagi Sesi 2 : FORUM Tajuk : Penghayatan Adab dan Falsafah Peradaban Islam dalam pembangunan masyarakat Madani Panel 1 : YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor Mantan Naib Canselor UiTM Panel 2 : YBrs. Dr. Alwani Ghazali Fakulti Aqidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya merangkap JK Khas Penyelidikan Dakwah YADIM SEMINAR PERADABAN ISLAM DAN KETAMADUNAN MALAYSIA (SPIKEM) SIRI 4/2023 Tema : Falsafah Adab dan Peradaban dalam Pengukuhan Malaysia Madani Tarikh : 26 Oktober 2023 (Khamis) Tarikh : 8:00 pagi - 1:00 Petang Tempat : Dewan Muktamar, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor 22


Panel 3 : YBrs. Dr. Norazlan Hadi Yaacob Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI Moderator: YBhg. Prof. Dr. S. Salahudin Suyurno Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri Akademi Pengajian Islam Kontempoari (ACIS), UiTM Shah Alam 12.00 tengah hari Sesi 3 : MAJLIS PERASMIAN Nyanyian lagu Negaraku/Asmaul Husna Bacaan Doa Ucapan Aluan: YBhg. Prof. Dr. S. Salahudin Suyurno Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri Akademi Pengajian Islam Kontempoari (ACIS), mewakili Naib Canselor UiTM Shah Alam. Ucapan Perasmian : YBhg. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj Siraj Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelidikan Dakwah YADIM Pengumuman Pemenang Poster Montaj Rakan Siswa YADIM-UiTM (RSY-UiTM) & Solidariti Palestin Siswa UiTM (RSY-UiTM) Sesi bergambar 1.00 petang Bersurai/Makan tengah hari *Atur cara tertakhluk kepada pindaan. 23


8.00 pagi Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi 9.00 pagi Sesi 1 : WACANA TOKOH Tajuk : Masyarakat Madani dan Silang Budaya daripada Perspektif Ibnu Khaldun Penceramah : Prof. Dr. Zaid Ahmad Universiti Putra Malaysia (UPM) Moderator: Dr. Shamsul Azhar Yahya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 10:00 pagi Sesi 2 : FORUM Tajuk : Kelestarian Silang Budaya ke arah Pengukuhan Malaysia Madani Panel 1 : Datuk Dr. Harlina Halizah Hj Siraj Ahli Lembaga Pemegang Amanah merangkap Pengerusi JK Khas Penyelidikan Dakwah YADIM Panel 2 : Prof. Datuk Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin Universiti Putra Malaysia (UPM) SEMINAR PERADABAN ISLAM DAN KETAMADUNAN MALAYSIA (SPIKEM) SIRI 3/2023 Tema : Kelestarian Silang Budaya ke Arah Pengukuhan Malaysia Madani Tarikh : 11 Oktober 2023 (Rabu) Tarikh : 8:00 pagi - 5:00 Petang Tempat : Dewan Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang Selangor 24


Panel 3 : Prof. Madya Dr. Novel Lyndon Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Moderator: Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar Mediawan 12.00 tengah hari Sesi 3 : MAJLIS PERASMIAN Nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang Bacaan Doa Ucapan Aluan: YBhg Prof. Dr. Mohd Fazli Sabri Dekan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Ucapan Perasmian : YBhg Prof. Ts. Dr Zuriati Ahmad Zulkarnain Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pelancaran Kelab Rakan Siswa YADIM UPM Penyampaian Watikah Majlis Pimpinan Universiti RSY UPM Sesi Fotografi 1.00 petang Bersurai/Makan tengah hari 2:30 - 4:45 petang Pembentangan Kertas Kerja (Sesi Selari 1, 2, 3, 4 dan 5) 2:30 - 4:30 petang Sesi Induksi Kepimpinan Rakan Siswa YADIM UPM (Exco RSY UPM) Bilik Seminar Al-Fansuri, FEM 5:00 petang Minum petang & Bersurai *Atur cara tertakhluk kepada pindaan. 25


8:00 pagi Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi 8:30 pagi Bacaan Doa oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Hashim, Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran 9:00 pagi Sesi 1 : FORUM Tajuk : Pengukuhan Modal Insan Madani : Kekuatan dan Cabaran Panel 1 : Tuan Haji Zamri Bin Zainal Abidin Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Panel 2 : Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran Felow Utama (Pengarah), Pusat Kajian Syariah, Undang-undang & Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Panel 3 : Dr. Norazlan Hadi Yaakob Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kewarganegraan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Moderator : Ustaz Mohammad Aisamuddin Bin Akob, Pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari Merangkap Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan KITAB Pulau Pinang SEMINAR PERADABAN ISLAM DAN KETAMADUNAN MALAYSIA (SPIKEM) SIRI 2/2023 Tema : “Modal Insan Teras Malaysia Madani” Tarikh : 6 Jun 2023 (Selasa) Tarikh : 8:00 pagi - 1:00 Petang Tempat : Masjid Negeri, Pulau Pinang 26


12.00 tengah hari Sesi 3 : MAJLIS PERASMIAN Ucapan Aluan: Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Mohamad Bin Abdul Hamid, Rektor/Ketua Eksekutif Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang Merangkap Pengerusi Eksekutif Al-Hady Centre (AHC) Ucapan Aluan : YBhg. Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Ucapan Perasmian : Yang Berhormat Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, Merangkap Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Penyampaian Cenderahati Sesi Bergambar 1.00 petang Bersurai/Makan tengah hari 10:00 pagi Sesi 2 : WACANA TOKOH Tajuk : Pengukuhan Modal Insan dalam gagasan Malaysia Madani Penceramah : Prof. Madya Dr. Adi Anuar bin Azmin@Che Wan, Timbalan Yang Dipertua YADIM Moderator: Ustaz Muhamad Faris bin Muhd Fadhil, Pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Ilmu Kontemporari KITAB Pulau Pinang *Atur cara tertakhluk kepada pindaan. 27


8:00 pagi Pendaftaran Peserta / Sarapan Pagi 9:00 pagi Sesi 1 : FORUM Tajuk : Peranan masyarakat dalam pengukuhan peradaban dan Ketamadunan Malaysia Madani Panel 1 : Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur Panel 2 : Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Bin Mohamed Adil Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Moderator : Dr. Mohd Bakhit Bin Haji Ali Pensyarah Kanan, Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya SEMINAR PERADABAN ISLAM DAN KETAMADUNAN MALAYSIA (SPIKEM) SIRI 1/2023 Tema : Peradaban Islam dalam kelestarian Malaysia Madani Tarikh : 21 Mac 2023 (Selasa) Tarikh : 8:00 pagi - 4:30 petang Tempat : Balai Ilmu Mahmood Zuhdi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) 28


12.00 tengah hari Sesi 3 : MAJLIS PERASMIAN Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan Aluan : Ketua Pegawai Eksekutif YADIM YBrs. Tuan Haji Zamri Bin Zainal Abidin Ucapan Aluan : Prof. Dr. Mohd Fauzi Hamat Dekan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Ucapan Perasmian : YB. Senator Dato Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 1.00 petang Makan tengah hari / Solat Zuhur 2:30 petang Sidang selari 1 3:30 petang Sidang selari 2 4:30 petang Tamat 10:00 pagi Sesi 2 : WACANA TOKOH PEMIKIR: SYARAHAN PENGAJIAN ISLAM II Tajuk : Gandingan syariah dan sains dalam menangani krisis alam sekitar kontemporari: Perspektif Malaysia Madani Panel : Prof. Emeritus Datuk Osman Bakar Felo Penyelidik Kanan Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya Moderator : Ustaz Mohd Hariri Bin Mohamad Daud, Pegawai Khas, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) *Atur cara tertakhluk kepada pindaan. 29


Ahli Jawatankuasa PENAUNG BERSAMA YBhg. Datuk Hasanuddin Mohd Yunus Yang Dipertua, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah Naib Canselor Universiti Islam Selangor PENASIHAT BERSAMA YBhg. Datuk Dr. Halina Harlizah Siraj Ahli Lembaga Pemegang Amanah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelidikan Dakwah YADIM YBhg. Dr. Fatimah Syarha Mohd Noordin Ahli Lembaga Pemegang Amanah Merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelidikan Dakwah YADIM YBhg. Ustaz Zamri Zainal Abidin Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) YBhg. Prof. Madya Dr. Mokmin Basri Timbalan Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) PENGARAH BERSAMA YBrs. Dr. Masitah Esa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) YBrs. Dr. Md Noor Hussin Universiti Islam Selangor (UIS) 30


TIMBALAN PENGARAH YBrs. Dr. Noor Hafizah Mohd Haridi Universiti Islam Selangor (UIS) SETIAUSAHA / PENYELARAS YBrs. En. Zamani Mohd Karulani Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) YBrs. Puan Aishah Ibrahim Universiti Islam Selangor (UIS) PENOLONG SETIAUSAHA / PENOLONG PENYELARAS YBrs. Puan Nurfarahana binti Md Fadzil Universiti Islam Selangor (UIS) YBrs. Ustaz Muhammad Al Hanif Mah Hassan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) YBrs. Cik Azni Mohd Zainudin Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) BENDAHARI En. Kamarul Redzuan Nali Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) YBrs. Puan Zawiyah binti Sarom Universiti Islam Selangor (UIS) PENGURUS ACARA En. Mohd Rijal Jamaluddin (UIS) En. Zam Zarizal Md Arifin (YADIM) Ustaz Abdul Hafiz Mat Tuah (YADIM) 31


JEMPUTAN DAN PENDAFTARAN PESERTA & SIJIL Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dr. Mustafa Kamal Amat Misra (UIS) Dr. Mariam Mat Daud (UIS) Dr. Sharifah Noorhidayah Syed Aziz (UIS) En. Mohd Asri Ishak (UIS) Puan Najwa Najib (YADIM) PROTOKOL & SAMBUTAN Mohammad Sarazie Ramlan (UIS) Ahmad A’toa’ Mokhtar (UIS) Dr. Halim Mokhtar (UIS) Wan Hakimin Wan Mohd Nor (UIS) Mohd Rijal Jamaluddin (UIS) Mazzaid Mazelan (UIS) Kapt. Shamsuddin Moner (B) (YADIM) Puan Suhaila Sahibul Ghani (YADIM) Ahmad Saparudin Yusup (YADIM) Ustaz Mohd Khairul Fuad Samsuddin (YADIM) PERSIAPAN TEMPAT DAN TEKNIKAL Mohamad Roslan Mhd Zainal (UIS) Nor Aireen Naquiahbinti Hamzah (UIS) Syed MohamadZainudin Bichk Koyak (UIS) Muhammad Sazroy Sazali (UIS) En. Mohammad Hafez Azmi (YADIM) En. Mohd Azizuddin Ab Rahim (YADIM) En. Muhammad Azril Abdullah (YADIM) TUGAS-TUGAS KHAS Puan Hafsah Hj Hussain (YADIM) En. Shahrizal Mat (YADIM) En. Abdul Qaiyyum Aris (YADIM) En. Arif Adzwan Mohd Ali (YADIM) Ustaz Farisul Fakhrul Adabi (YADIM) Puan Nazilah Aqilah Mohd Anuar (YADIM) KESELAMATAN Puan Syafyny binti A. Rahman (UIS) Puan Norazira Jaafar (YADIM) JURULAPOR/RAPPOTUER Prof. Madya Dr. Mariam Abd. Majid Dr. Nazneen Ismail PUBLISITI DAN MEDIA Dr. Norsyamihah Abdul Wahab (UIS) Mohd Norzi Nasir (UIS) Mohd Hakim Arshad (UIS) EN. Md Zan Saari (YADIM) Basheera Mohideen (YADIM) Nur Izzaty Elya Alfian (YADIM) Norsalmah Mohd Noordin (YADIM) Mohd Fauzi Mohd Azmi (YADIM) En. Mohd Faizul Faris Rahman (YADIM) Puan Siti Zaiton Bachok (YADIM) Norsalmah Muhamad Noordin (YADIM) JAMUAN, LOGISTIK DAN PENGINAPAN Hasanah Katim @ Haji Iksan (UIS) Nor Hasanah Mohd Yusoff (UIS) Zainab Hassan (UIS) Dr. Mohamad Redha Mohamad (UIS) Puan Normawati Muhammad (YADIM) Puan Maheran Mahmud (YADIM) Puan Norsyazlina Zahari (YADIM) CENDERAMATA DAN KIT PESERTA En. Hamzah bin Omar (UIS) En. Noor Safariah binti Yahaya (UIS) Puan Norhayati Azmi (YADIM) Puan Nurayuni Mohd Norudin (YADIM) 32


Penghargaan Seluruh Ahli Jawatankuasa Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) 2023 ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih serta penghargaan yang tidak terhingga kepada; • Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia • Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) • Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) • Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur • Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor • Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam Selangor • Universiti Islam Selangor (UIS) • Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang Dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program SPIKEM pada tahun 2023. 33


Jurnal YADIM JURNAL YADIM “International Journal of Islam and Contemporary Affairs” (ISSN 2811-4310, E-ISSN: 2785-8898) Semua dijemput untuk menghantar atikel ke Jurnal YADIM. Sila layari www.e-jurnal.yadim.com.my 34


YADIM Research Management Centre (YRMC) AHLI: 1. PROF. MADYA DR. MOHD AL ADIB SAMURI (UKM) 2. PROF. MADYA DR. MUHAMMAD KHAIRI MAHYUDDIN (USIM) 3. DR. ALWANI GHAZALI (UM) KLUSTER PENGUKUHAN AKIDAH Ketua: Dr. Abdul Rahman Mahmood (UKM) Penolong: Dr Azmil Zainal Abidin (UM) KLUSTER INSTITUSI KEKELUARGAAN Ketua : Prof. Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail (UM) Penolong : Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman (USM) KLUSTER DAKWAH DAN PENDIDIKAN Ketua : Prof. Madya Dr Mariam Abd Majid (UIS) Penolong : Prof Madya Dr Salasiah Hanin Hamjah (UKM) KLUSTER MEDIA DIGITAL KREATIF Ketua : Dr Tenku Putri Norishah Tenku Shariman (MMU) Penolong : Prof Madya Ts Dr Muhammad Zaffwan Idris (UPSI) 1. 2. 3. 4. KLUSTER PENGUKUHAN AKIDAH Pengarah Kanan Sektor Latihan & Pengkaderan KLUSTER INSTITUSI KEKELUARGAAN Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah & Wanita KLUSTER DAKWAH DAN PENDIDIKAN Pengarah Bahagian Pembangunan Duat KLUSTER MEDIA DIGITAL KREATIF Pengarah Bahagian Media dan Teknologi Dakwah 35


Jawatankuasa Sidang Editorial Jurnal YADIM 1. Prof. Dr. Farahwahida Mohd Yusof (UTM) 2. Prof. Dr. Mohd Afandi Mat Rani (UiTM) 3. Prof. Madya Dr. Adlina Hj Ab Halim (UPM) 4. Prof. Madya Dr. Ratna Rosnida Ab. Razak (UPM) 5. Prof. Madya Dr. Salasiah Hanin Hamjah(UKM) 6. Prof. Madya Dr. Norrodzoh Hj Siren (UM) 7. Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Abu@Hussin (UTM) 8. Prof. Madya Dr. Mariam Abd. Majid (UIS) 9. Prof. Madya Dr. Muhammad Sabri Sahrir (UIAM) 10. Prof. Madya Dr. Mohd Sohaimi Esa (UMS) 11. Prof. Madya Dr. Sarah Athirah Saruchi (UIAM) 12. Prof. Madya Dr. Amran Harun (UTHM) 13. Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi (UKM) 14. Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Jaffar (USIM) 15. Prof. Madya Dr. Nur Kareelawati Abd. Karim (USIM) 16. Prof. Madya Dr. Fuadah Johari (USIM) 17. Dr. Asyiqin Ab Halim (UM) 18. Dr. Aminuddin Hehsan (UTM) 19. Dr. Fauziah Binti Ani (UTHM) 20. Dr. Hajar Opir (UiTM) 21. Dr. Mohd Razif Abang Muis (UMS) 22. En. Baktiar Bin Hasnan (MMU) 23. En. Radzuan Bin Razali (KPBKL) 1. Prof. Madya Dr. Mohd Al Adib Samuri (UKM) 2. Dr. Alwani Ghazali (UM) 36


Objektif YRMC 1. YADIM Research Management Centre (YRMC) merupakan Sebuah Badan Khas di bawah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM yang menjalankan penyelidikan berimpak tinggi dan menerbitkan bahan berkualiti berorentasikan dakwah 2. Mengumpulkan kepakaran para pensyarah dan individu yang berkepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu untuk terlibat sama dalam penyelidikan dakwah yang mencakupi arena pembangunan dakwah dan modal insan 3. Menganjurkan program atau aktiviti hasil penyelidikan dakwah dalam dan luar negara 4. Menerbitkan bahan-bahan hasil kajian penyelidikan dan penganjuran hasil seminar/konvensyen dan sebagainya 5. Menjadikan YADIM sebagai PUSAT RUJUKAN DAKWAH PREMIER untuk rujukan dan panduan masyarakat yang mencakupi pembangunan dan gerakan dakwah. 37


Hasil Penyelidikan GARIS PANDUAN MENANGANI KESIHATAN MENTAL WANITA DARIPADA ASPEK PENDEKATAN DAKWAH PENGURUSAN KELUARGA DAN KERJAYA GARIS PANDUAN MANUAL PANDUAN PENGURUSAN KESUKARELAWANAN DAKWAH MASYARAKAT Hasil penyelidikan YADIM Research Management Centre (YRMC) di bawah Kluster Dakwah dan Pendidikan. 38


Click to View FlipBook Version