The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuaratn AJK Kali 2 - Casuarina@Meru, Ipoh - Final a

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arien30an Nash, 2019-11-28 16:43:46

MAKAF2_2019

Mesyuaratn AJK Kali 2 - Casuarina@Meru, Ipoh - Final a

Mesyuarat AJK KAF Malaysia
Kali 2 / 2019

Tarikh : 29 November 2019 - Jumaat
Tempat : Casuarina@Meru, Ipoh

Isi Kandungan

Surat Jemputan Mesyuarat
Agenda Mesyuarat
Tentatif Program

Aturcara Majlis Perasmian
Minit Mesyuarat AJK Kali 2 / 2019
Penyata Kewangan 2018 & Bulanan 2019
Ringkasan Ucapan En Anuar Malek
Timbalan Pengarah Besar Felda – Pembangunan Komuniti

Laporan Setiausaha
Usul Pindaan Perlembagaan

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 1

PERTUBUHAN KAMI ANAK FELDA MALAYSIA (KAF) Rujukan kami: (11) KAFKEB /2019
Tarikh : 11 November 2019
NO PENDAFTARAN : PPM-006-14-15102015

IBU PEJABAT KAF MALAYSIA
Tingkat 32, Menara Felda, Platinum Park 11
Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-21912194 / 0133601315 / 0143290909

Kepada:

Semua AJK KAF Kebangsaan

Dato’ / Tuan / Puan,

MESYUARAT AJK KAF MALAYSIA KALI 2 / 2019

Didoakan Dato’ / Tuan / Puan berada didalam Limpahan Rahmat Allah SWT.

2. Adalah dengan hormatnya Dato’ / Tuan / Puan dijemput ke Mesyuarat AJK yang
akan diadakan pada:

Tarikh : 29 November 2019 - Jumaat
Masa : 8.30 malam
Tempat : Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh.

4. Kehadiran Dato’ / Tuan / Puan adalah amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih

Sekian.

“IZINKAN KAMI TERUS BERBAKTI”

Yang Benar

Ameerrudin Yusop
Setiausaha Agung
0133601315

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 2

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

3.1 Minit Mesyuarat AJK 1 / 2019
30 Jun 2019 / 9.00 pagi / Jengka
3. Membentang dan Mengesahkan Penyata
Kewangan KAF Kebangsaan 2018
& Bulanan 2019
4. Laporan dan Takwim (2020) Biro-Biro
5. Pasca Nilai MAT Wilayah 2019 / E-roses
6. Persediaan MAT Tahunan ke 3 KAF
Kebangsaan.
7. Hal – Hal Lain
8. Penutup.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 3

TENTATIF PROGRAM

29 November 2019 - Jumaat

2.00 ptg - Daftar Masuk – Hotel

2.30-5.30 ptg - Taklimat - Agro Bank , KPF &

Taklimat TAPAK

5.00-7.00 ptg - Tugas dan Tanggungjawab SU / Pelaporan
- Media Sosial

7.00-8.30 mlm - Rehat & Makan Malam

8.30-11.00 mlm- Taklimat Zurich Insuran

-Taklimat Travel Agent - Peserta Bengkel

8.30-10.45 mlm - Mesyuarat AJK KAF Kali ke 2 – AJK KAF

11.00 mlm - Pengucapan Awam - Peserta Bengkel

30 November 2019 - Sabtu

7.00-8.00 pg - Sarapan

8.00-10.45 pg - Sambungan Bengkel, Perlembagaan /

Keahlian dan Pembentangan Kumpulan

11.00 pg - Majlis Penutup Bengkel

.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 4

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN
Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa

Nyanyian Lagu – Negaraku, Felda & KAF
Ucapan Pengerusi KAF Wilayah Trolak merangkap

Presiden KAF Malaysia
En. Fakhrurrazi bin Mohd Habib

Ucapan Perasmian oleh
YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu

Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
Penyampaian Sijil & Cenderahati

Sessi Bergambar
Bersurai

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 5

MINIT MESYUARAT KALI 1 / 2019
30 Jun 2019 – Ahad – 9.00 pagi
Bilik Mesyuarat KEMAS Bandar Tun Razak, Jengka.

KEHADIRAN 23/33 TINDAKAN/MAKLUMAN
PERKARA

Agenda 1 - Ucapan Pengerusi

Memulakan dengan salam dan surah Al -Fatihah Makluman
serta bersyukur kerana dapat hadri ke mesyuarat
kali ini.

Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
yang dapat hadir kali ini

Pengerusi memaklumkan KAF kini dalam tempoh
bertenang dengan situasi semasa Felda.

Agenda 2 – Maklumat Terkini Felda dan KAF Makluman dan
Perhatian
1. Felda dalam suasana memulihkan aliran
kewangan dan memerlukan sokongan dari
semua pihak

2. KAF perlu memainkan peranannya sebagai
pembantu menyampaikan makluman selari
dengan hasrat pengurusan Felda.

3. ROH Felda perlu diperkukuhkan dengan
kehadiran KAF disemua peringkat.

4. Pelantikan Tan Sri Dato’ Sri Bakke sebagai
Pengerusi Felda diharap dapat memulihkan
keadaan dengan pengalama beliau yang
luas dan merupakan bekas kakitangn Felda
dan juga Sime Darby.

5. KAF mula mengorak langkah untuk
mengembangkan sumber ekonomi dengan
meujudkan projek ternakan arnab
pedaging dan akan bekerjasama dengan
Agro Bank bagi mengembangkan lagi
projek ini.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 6

Agenda 3 – Mengesahkan Minit Mesyuarat yang
Lalu.

1. Minit Mesyuarat AJK Kali 2 / 2018 Makluman
20.10.2018 – 9.00 pagi – Cinta Sayang
Resort, Sg Petani Makluman dan
Semakan
2. Minit Mesyuarat Persiapan MAT 2018
4-5 Januari 2019, Bilik Mesyuarat JKKR, Felda
Sg. Behrang

3. Minit Mesyuarat Persiapan MAT 2018 (2)
25 Januari 2019, 8.30 malam, Bilik Mesyuarat
Tun Fatimah, Gunung Ledang Resort.

4. Minit Mesyuarat Persiapan MAT 2018 (3)
12 Februari 2019 – 9.00 malam – Bilik
Mesyuarat Interlink Impac, Shah Alam

Minit mesyuarat tersebut telah diedarkan
dalam aplikasi PDF kepada semua AJK.

Cadangan Pengesahan
En Mohammad Faizal bin Abdul Hamid
Sokongan Sebulat Suara oleh semua AJK
yang hadir.

1. Minit MAT 2018 – dibentangkan untuk
semakan AJK dan setelah dikemaskini akan
dibentang dalam Mesyuarat Agung
Tahunan Kali ke 3 – 2019

Agenda 4 – Pasca Nilai MAT 2018

Beberapa perkara perlu diperkemaskan sebagai Makluman, Tindakan
panduan masa akan datang dan Perhatian

1. Keselesaan Penginapan
2. Susunan Protokol
3. Peranan AJK KAF Kebangsaan dalam

melancarkan Majlis Perasmian dan
Mesyuarat.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 7

Agenda 5 – Persediaan MAT 2019
Mesyuarat membuat keputusan seperti berikut:-

1. Tarikh MAT Wilayah Makluman & Perhatian
01 Ogos 2019 Hingga 30 September 2019

2. Tiada Perubahan Pengerusi Wilayah
Pemilihan diperingkat rancangan boleh
diadakan jika perlu.

3. Pindaan Perlembagaan
Mesyuarat bersetuju untuk meminda
perkara berikut:-

3.1 Mesyuarat Agung Tahunan kepada
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan.

3.2 Pemilihan ditetapkan setiap 3 tahun.

4. Satu Mesyuarat dan Taklimat / Kursus
kepada Semua Setiausaha akan
dilaksanakan sebelum MAT Wilayah
bermula.

Agenda 6 – Perancangan & Pembentangan Biro Makluman
Biro

Pengerusi bersetuju untuk membuat sedikit
rombakan pengerusi biro bagi mengukuhkan lagi
pentadbiran dan aktiviti biro 2019

6.1 Biro Pembangunan Komuniti
Mohamad Zamri bin Basri – Jengka

6.2 Biro Perladangan dan Asas Tani
Dato’ Muhammad Asri bin Haris – Segamat

6.3 Biro Ekonomi dan Usahawan
Dato’ Amizar bin Abu Adam – Mempaga

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 8

6.4 Biro Pendidikan dan Pembangunan Insan Makluman
Mohd Jafri bin Abd Rahim – Gua Musang Tindakan

6.5 Biro Pewarisan dan Kekeluargaan
Shamsul bin Mohamad Isa – Alor Star

6.6 Biro Sukan, Kesenian dan Kebudayaan
Major (B) Haji Abu bin Haji Ibon – Raja Alias

6.7 Biro Pengaduan dan Tugas-Tugas Khas
Haji Nasaruddin bin Haji Ahmad- Johor Bahru

6.8 Biro Keahlian dan Komunikasi
Shahruddin bin Haji Mohd Amin – Terengganu.

Sekali lagi pengerusi memaklumkan supaya
semua biro melantik 3 AJK dikalangan AJK KAF
Kebangsaan dan menyediakan 3 kertas kerja
program bagi takwim aktiviti KAF Kebangsaan
2019/2020.- Sebelum 10 July 2019

Agenda 7 – Pendaftaran KAF Wilayah Sahabat

1. Pendaftaran Wilayah dilaksanakan dahulu Makluman & Tindakan
dan dibuat pelancaran di Wilayah Sahabat Setiausaha.

2. Pengerusi mencadangkan supaya semua
AJK Lama dan yang terkini dibawa
bersama bajet percutian yang sedia ada
digunakan dan ditambah sendiri oleh AJK.

Agenda 8 – Hal Hal Lain

8.1 Shamsul bin Mohamad Isa Makluman & Tindakan
i. Mohon makluman mengenai Yayasan KAF
ii. Mohon Usul Usul dimajukan kepada Agensi
yang berkenaan untuk mendapat jawapan.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 9

Usul dan keputusan MAT akan dibawa kepada
Agensi dan Pentadbiran Felda apabila
kedudukan struktur pentadbiran Felda sudah
diperkemaskan.

8.2 Wan Zawawi bin Wan Zain Presiden

Mencadangkan Presiden membuat penstrukturan
semula AJK KAF Kebangsaan- kedudukan
jawatan utama dan AJK yang tidak aktif.

8.3 Norzaimila binti Zainudin Presiden & Pengerusi
Biro.
Memberikan pandangan supaya KAF mengorak
langkah mengadakan perkongsian pintar seperti
yang dilaksanakan dengan MDEC dalam tahun
2017.

8.4 Azlin bin Abd Jalani Makluman

Menyampaikan salam Dato’ Asri yang tidak
dapat hadir kerana menunaikan ibadah Haji.

Menjemput ke Majlis

1. 2 july 2019 – Jamuan Hari Raya
2. 13 July 2019 –
3. 14 Ogos 2019 – Hari Wanita Wilayah

Segamat.

8.5 Toti Hawa bt Jaafar Makluman & Tindakan

Menjemput semua AJK ke Sambutan Hari
Peneroka yang akan diadakan pada 7 July 2019
di Felda Selancar 03.

Agenda 9 – Penutup

Presiden mengucapkan terima kasih kepada
semua AJK yang dapat bersama mesyuarat kali
ini dan juga memaklumkan supaya AJK dapat
hadir ke Sambutan Hari Peneroka, sekiranya ada
kesempatan beliau cuba untuk mengadakan
perjumpaan dengan MB Pahang semasa majlis
tersebut.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 10

Mesyuarat ditangguhkan jam 0100 hour Disahkan oleh,
Disediakan oleh

Ameerrudin Yusop Fakhrurrazi Mohd Habib
Setiausaha Agung. Presiden.

RINGKASAN UCAPAN EN ANUAR MALEK
TIMBALAN PENGARAH BESAR FELDA (PEMBANGUNAN KOMUNITI
Merangkap PENGERUSI KPF

BIL PERKARA TINDAKAN/MAKLUMAN

Mengucapkan Salam dan terima kasih serta Makluman
1. bersyukur kerana diberikan masa untuk beliau

turut sama memberikkan ucapan didalam
Mesyuarat AJK KAF kali ini

2. HAL BERKAITAN FELDA

1. Beliau kini sedang berusaha untuk Makluman & Perhatian
membangunkan semula ROH Felda
dikalangan kakitangan dan juga
memberikan keutamaan kepada
kepentingan peneroka bagi menjulang
semua nama Felda supaya menjadi
Cemerlang dan Terbilang semula

2. Agenda Felda akan disusun semula
dengan Misi dan Visi yang baru bersama
Pengerusi Felda yang baru.

3. Menjadikan realiti kertas putih dengan
Pelan Pembangunan Felda (PPF) dan
Pelan Pembangunan Peneroka (PPP)

4. Kekal bersemangat demi perjuangan
Felda dengan Kebersamaan dan
Kebersatuan.

5. Akan ada penstrukturan semua
pentadbiran Felda dalam masa yang
tersekat ini.

6. Menjawab beberapa persoalan yang
dikemukan dan perkara perkara berikut
diambil perhatian dan tindakan

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 11

6.1 Masaalah Kerja kerja dengan

Felda tidak boleh mendapat

pinjaman BANK

6.2 Pengurusan Ladang yang lemah

menyebabkan ekonomi peneroka

menjadi lembab.

6.3 Perjanjian Taman Semula antara

Felda – Peneroka dan FTB perlu

diperbaiki dan taklimat penjelasan

perlu lebih detail dan pegawai

yang bertanggungjawab juga Maklumat & Perhatian
perlu turun semasa taklimat.

6.4 Bangunan Tinggal D’mart

dijadikan tempat kediaman atau

dipergunakan untuk kepentingan

masyarakat peneroka.

6.5 Beberapa kawasan terdapat

masaalah status tanah yang

belum diselesaikan.

6.6 Peluang peluang kerja kerja

dengan Felda diberikan kepada

Generasi supaya dapat

membantu ekonomi generasi

setempat.

3. HAL BERKAITAN KPF

1. Sebagai Pengerusi KPF yang baru Makluman & Perhatian
terlantik beliau akan memberikan
perhatian untuk mengukukan lagi
kekuatan KPF dan mengambil perhatian
perkara perkara yang menjadi
kelemahan kepada KPF.

2. KPF akan membuka peluang kepada
generasi (KAF) untuk menjadi pembekal
terutama koperasi koperasi KAF yang
diujudkan di setiap wilayah dan juga
kebangsaan bagi membekal produk
produk KAF.

3. Membuka peluang kepada AJK KAF
menjadi ALK di KPF.

4. Jenama D’Mart dan peranannya
kepada sosial peneroka akan dikekal

5. Ucapan Tahniah dari semua Warga KAF
Seluruh Negara diatas Pelantikan En
Anuar Malek sebagai Pengerusi KPF
yang baru.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 12

4. HAL BERKAITAN KAF

1. KAF adalah pertubuhan yang unik Maklumat & Tindakan
kerana ketidak bergantungan kepada
Felda memberikan lebih ruang untuk
bergerak secara total di semua
peringkat

2. Sejak 2015 KAF bergerak dengan
menjual jenama KAF keseluruh Negara ,
pengorbanan – berkorban dan hampir
terkorban dengan tujuan untuk
membantu Felda dari aspek Sosial dan
Ekonomi, kini KAF perlu mengambil
peluang peluang yang terbuka yang
ada didalam Felda bagi
membangunkan ekonomi dan bersekali
dengan pembangunan sosial generasi
Felda.

3. Pengiktirafan KAF perlu ditunjukan
melalui aktiviti dan sokongan KAF
kepada Pengurusan Felda dan dalam
masa yang sama membantu
memberikan teguran membina demi
kemajuan bersama.

4. KAF akan memberikan pelaporan dan
makluman kepada Komuniti Felda bagi
diangkat kepada peringkat yang
berkaitan

5. Projek ARNAB KAF telah menjadi tranding
dengan perhatian dari pejabat MOE
dan MOA bagi membantu ekonomi
Generasi dan Peneroka.

5. Beberapa petikan kata kata En Anuar Malek Fikirkan
dengan maksud yang tersirat.

1. TAK PERLU TERANG LAGI BERSULUH – TAK
PERLU CAKAP LAGI BERBISIK.

2. BUKTIKAN APA YANG KITA BUAT BARU
DITONJOLKAN

3. MENCUBIT TAK TERASA SAKIT –
MENYENTUH BIAR TERASA PERIT.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 13

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 14

LAPORAN SETIAUSAHA
A- MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2019

1 .ALOR STAR : 28 September 2019
i) Tarikh : MUDA Resort , MADA.
ii) Tempat : TUAN ANUAR BIN MALEK
iii) Perasmian
Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti,
iv) Kehadiran Felda
: 92 Ahli

2 . WILAYAH TROLAK

i) Tarikh : 29 September 2019
ii) Tempat : Dewan Terbuka Felda Bersia.
iii) Perasmian : TUAN ZULHISHAM AHMAD SHUKORI

iv) Kehadiran (Pegawai Daerah Hulu Perak)
: 183 Ahli

3 .WILAYAH SEGAMAT

i. Tarikh : 21 September 2019

ii. Tempat : Dewan PULAPOL, Segamat

iii. Perasmian : TUAN RAZUWAN BIN CHE ROSE

Pengurus Besar Wilayah Segamat.

iv. Kehadiran : 81 Ahli

4 .WILAYAH JOHOR BAHRU

i. Tarikh : 18 Oktober 2019

ii. Tempat : Dewan Semai Bakti, Felda Aping Barat.

iii. Perasmian : TUAN ANUAR BIN MALEK

Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti,

Felda

iv. Kehadiran : 107 Ahli

5 .WILAYAH RAJA ALIAS

i. Tarikh : 18 Ogos 2019

ii. Tempat : Kolej Yayasan Felda, Jempol

iii. Perasmian : TUAN ABDUL RAHMAN BIN RAMLI

Penyelaras DUN Serting.

iv. Kehadiran : 88 Ahli

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 15

6 .WILAYAH MEMPAGA

i. Tarikh : 21 September 2019

ii. Tempat : Kolej Yayasan Felda, Mempaga

iii. Perasmian : TUAN ANUAR BIN MALEK

Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti,

Felda

iv. Kehadiran : 131 Ahli

7 .WILAYAH JENGKA

i. Tarikh : 08 September 2019

ii. Tempat : Dewan Melor, Felda Residence, Tekam.

iii. Perasmian : TUAN ANUAR BIN MALEK

Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti,

Felda

iv. Kehadiran : 80 Ahli

8 .WILAYAH KUANTAN

i. Tarikh : 22 September 2019

ii. Tempat : JKKR Felda Lepar Hilir 4.

iii. Perasmian : TUAN ANUAR BIN MALEK

Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti,

Felda

iv. Kehadiran : 86 Ahli

9 .WILAYAH TERENGGANU

i. Tarikh : 27 September 2019

ii. Tempat : Dewan Sivik, Felda Bkt Bading.

iii. Perasmian : TUAN ANUAR BIN MALEK

Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti,

Felda

iv. Kehadiran : 110 ahli

10 .WILAYAH GUA MUSANG

i. Tarikh : 11 Oktober 2019

ii. Tempat : KESEDAR INN, Gua Musang

iii. Perasmian : YB SHAHBUDDIN BIN HASHIM

ADUN Galas

iv. Kehadiran : 102 ahli

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 16

B- LAPORAN EROSES
i. Semua Wilayah telah menyiapkan nya – Terima Kasih
ii. Lupa PW
iii. Tak jumpa – Laman Laporan

iv. Lambat Updates
 Mohon semua Pengerusi / AJK – Ambil Perhatian.
C-RUMUSAN
Semua Wilayah berjaya melaksanakannya
Ada Wilayah yang terpaksa menunda – melampaui tarikh yang di tetapkan
Perjalanan tahun ini lebih baik
Kehadiran – menunjukan penambahan
Laporan Meningkat dari segi persembahan dokumen
Tahun pertama menggunakan PDF dan QR Code .
Tahun 2020 – Zero Isu.

Disediakan oleh
Ameerrudin Yusop
SUA.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 17

USUL PINDAAN PERLEMBAGAAN

1.FASAL 4: KEAHLIAN

1. Keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;

a) Ahli KAF.
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur 35 tahun ke atas,
iii. Tinggal di luar atau di dalam rancangan Felda
iv. Semua bangsa dan keturunan
v. Semua jantina
vi. Semua agama atau kepercayaan
vii. Terbuka kepada mereka yang bekerja , bekerja sendiri atau tidak
bekerja
Anak peneroka, menantu , cucu dan menantu cucu serta mereka ada
kaitan kekeluargaan dengan peneroka Felda

b) Ahli Bersekutu; Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria
ahli biasa. Ahli Bersekutu tidak dibenarkan memegang jawatan atau
mengundi

c) Ahli Kehormat; Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada
masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada kejayaan
pertubuhan.

d) Ahli Sahabat KAF;
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur 34 tahun ke bawah
iii. Tinggal di luar atau di dalam rancangan Felda
iv. Semua bangsa dan keturunan
v. Semua jantina
vi. Semua agama atau kepercayaan
vii. Terbuka kepada mereka yang bekerja , bekerja sendiri atau tidak
bekerja. Anak peneroka, menantu , cucu dan menantu cucu serta mereka
ada kaitan kekeluargaan dengan peneroka Felda

2 .Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan
disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha Agung yang
dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin
kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut
budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-
sebabnya.

2.a Setiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan
seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar
bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan
diterima menjadi ahli pertubuhan dan ia berhak sebagai
ahli pertubuhan yang sah.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 18

.

Cadangan Pindaan.

FASAL 4: KEAHLIAN

1. Keahlian pertubuhan adalah seperti berikut;

a) Ahli KAF.
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur 18 tahun ke atas,
iii. Tinggal di luar atau di dalam rancangan Felda
iv. Semua bangsa dan keturunan
v. Semua jantina
vi. Semua agama atau kepercayaan
vii. Terbuka kepada mereka yang bekerja , bekerja sendiri atau tidak
bekerja
Anak peneroka, menantu , cucu dan menantu cucu serta mereka ada
kaitan kekeluargaan dengan peneroka Felda

b) Ahli Bersekutu; Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria
ahli biasa. Ahli Bersekutu tidak dibenarkan memegang jawatan atau
mengundi

c) Ahli Kehormat; Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada
masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada kejayaan
pertubuhan.

d) Ahli Sahabat KAF;
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur 17 tahun ke bawah
iii. Tinggal di luar atau di dalam rancangan Felda
iv. Semua bangsa dan keturunan
v. Semua jantina
vi. Semua agama atau kepercayaan
vii. Terbuka kepada mereka yang bekerja , bekerja sendiri atau tidak
bekerja. Anak peneroka, menantu , cucu dan menantu cucu serta mereka
ada kaitan kekeluargaan dengan peneroka Felda

2 .Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan
disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha Agung yang
dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin
kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut
budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-
sebabnya.

2.a Setiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan
seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar
bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan
diterima menjadi ahli pertubuhan dan ia berhak sebagai
ahli pertubuhan yang sah.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 19

2.b Ahli Sahabat boleh dilantik dalam AJK KAF Rancangan, KAF Wilayah
dan KAF Kebangsaan, Pengerusi KAF Rancangan, Wilayah dan
Kebangsaan diberikan kuasa untuk memilih dalam hal pelantikan ini
mengikut keperluan nya.

2. FASAL 15: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

(1) Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan akan diadakan tidak lewat dari
30 hari selepas menerima pemberitahuan awal mengenai Mesyuarat
Agung Tahunan,supaya pemberitahuan mengenai masa, tarikh dan
tempat Mesyuarat Agung Tahunan cawangan akan dikeluarkan dengan
sewajarnya.

(2) Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ialah untuk:

(a) Menerima laporan Bendahari Cawangan dan Kira-kira Cawangan
yang telah diaudit bagi tahun lepas.
(b) Memilih wakil-wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan KAF Kebangsaan
(c) Pengerusi Jawatankuasa Cawangan adalah dipilih oleh Ketua
Peneroka Wilayah dan Pengurus Besar Wilayah Felda serta dipersetujui oleh
Jawatankuasa Pusat KAF
(d) 2 orang Juruaudit Cawangan hendaklah dilantik dalam mesyuarat
agung untuk tiga tahun berikutnya.
(e) Membincangkan perkara-perkara lain yang dibentangkan.

(3) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada setiap ahli
sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan satu pemberitahuan
awal yang menyatakan tarikh, masa dan tempat mesyuarat, makluman
untuk mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan
untuk pemilihan pegawai cawangan.

(4) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada setiap ahli
sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Tahunan
Cawangan, satu agenda (atur cara mesyuarat) termasuk salinan
peringatan mesyuarat dan laporan berserta dengan penyata kira-kira
cawangan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga
boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan
cawangan.

(5) Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan adalah dua kali
jumlah Ahli Jawatankuasa dan hadir di dalam Mesyuarat Agung Tahunan
Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat tersebut.

(6) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam dari waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan
kepada suatu tarikh (tidak lebih dari 7 hari) yang telah ditetapkan oleh

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 20

Jawatankuasa Cawangan, dan jika korum tidak cukup selepas setengah
jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu,
maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidak berhak
membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(7) Suatu Mesyuarat Agung Khas cawangan hendaklah diadakan:

(a) Atas arahan Jawatankuasa Pusat; atau
(b) Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak;
(c) Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada 1/2 ahli cawangan
dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakan mesyuarat itu.

(8) Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli hendaklah
diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan
mesyuarat tersebut.

(9) Fasal 15 (6) dan 15 (7) di dalam undang-undang ini berkenaan korum
dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan boleh
digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Cawangan tetapi dengan syarat
jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang
ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-
ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam
tempoh 6 bulan dari tarikh tersebut Mesyuarat Agung Khas Cawangan
atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

(10) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada setiap ahli
dan Setiausaha Agung satu salinan minit tiap-tiap Mesyuarat Agung
Cawangan dengan seberapa segera yang boleh setelah selesai
mesyuarat itu.

Cadangan Pindaan:-

2. FASAL 15: MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN CAWANGAN

(1) Mesyuarat Agung Tahunan Dwi Cawangan akan diadakan tidak lewat
dari 30 hari selepas menerima pemberitahuan awal mengenai Mesyuarat
Agung Tersebut,supaya pemberitahuan mengenai masa, tarikh dan
tempat Mesyuarat Agung Dwi Tahunan cawangan akan dikeluarkan
dengan sewajarnya.

(2) Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Dwi Cawangan ialah untuk:

(a) Menerima laporan Bendahari Cawangan dan Kira-kira Cawangan
yang telah diaudit bagi dua tahun lepas.
(b) Memilih wakil-wakil ke Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KAF
Kebangsaan
(c) Pengerusi Jawatankuasa Cawangan adalah dipilih oleh Ketua
Peneroka Wilayah dan Pengurus Besar Wilayah Felda serta dipersetujui oleh
Jawatankuasa Pusat KAF
(d) 2 orang Juruaudit Cawangan hendaklah dilantik dalam mesyuarat

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 21

agung untuk dua tahun berikutnya.
(e) Membincangkan perkara-perkara lain yang dibentangkan.

(3) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada setiap ahli
sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan satu
pemberitahuan awal yang menyatakan tarikh, masa dan tempat
mesyuarat, makluman untuk mengemukakan cadangan untuk
perbincangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai cawangan.

(4) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada setiap ahli
sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Dwi
Tahunan Cawangan, satu agenda (atur cara mesyuarat) termasuk salinan
peringatan mesyuarat dan laporan berserta dengan penyata kira-kira
cawangan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga
boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan
cawangan.

(5) Korum bagi Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan adalah dua
kali jumlah Ahli Jawatankuasa dan hadir di dalam Mesyuarat Agung Dwi
Tahunan Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat tersebut.

(6) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam dari waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan
kepada suatu tarikh (tidak lebih dari 7 hari) yang telah ditetapkan oleh
Jawatankuasa Cawangan, dan jika korum tidak cukup selepas setengah
jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu,
maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidak berhak
membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(7) Suatu Mesyuarat Agung Khas cawangan hendaklah diadakan:

(a) Atas arahan Jawatankuasa Pusat; atau
(b) Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak;
(c) Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada 1/2 ahli cawangan
dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakan mesyuarat itu.

(8) Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli hendaklah
diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan
mesyuarat tersebut.

(9) Fasal 15 (6) dan 15 (7) di dalam undang-undang ini berkenaan korum
dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan boleh
digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Cawangan tetapi dengan syarat
jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang
ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan atas permintaan ahli-
ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam
tempoh 6 bulan dari tarikh tersebut Mesyuarat Agung Khas Cawangan
atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

(10) Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada setiap ahli

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 22

dan Setiausaha Agung satu salinan minit tiap-tiap Mesyuarat Agung
Cawangan dengan seberapa segera yang boleh setelah selesai
mesyuarat itu.

3. FASAL 7: MESYUARAT PERWAKILAN / MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

(1) Bagi perlembagaan ini, seorang “ahli-terus” maknanya ialah seorang
ahli pertubuhan yang boleh menjadi ahli cawangan dan tidak boleh
menjadi seorang perwakilan dan “wakil ahli” maknanya ialah seorang
wakil yang dilantik oleh ahli-ahli terus.

(2) Pentadbiran pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat perwakilan /
mesyuarat agung tahunan yang mengandungi wakil-wakil cawangan dan
wakil-wakil ahli dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat. Sebarang ahli
pertubuhan dengan persetujuan Presiden (pemerhati) boleh hadir di
dalam mesyuarat perwakilan tetapi ia tidak mengundi dan diundi.

3. Wakil-wakil cawangan hendaklah dipilih setiap tahun oleh cawangan
masing-masing dan mereka boleh dipilih semula. Sesuatu cawangan
berhak memilih 15 orang perwakilan ke peringkat Kebangsaan.

4. Wakil-wakil ahli hendaklah dipilih setiap tahun oleh ahli-ahli terus dan
mereka boleh dipilih semula. Wakil Ahli berhak memilih 15 orang
perwakilan.

5. Ahli Jawatankuasa Pusat tidak boleh dipilih menjadi wakil cawangan
atau wakil ahli. Ahli Jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil yang hadir berhak
mengundi di dalam mesyuarat perwakilan.

6. Korum untuk mesyuarat agung tahunan dianggap cukup jika wakil-wakil
yang hadir, tidak kira jumlahnya berjumlah lebih daripada jumlah wakil
bagi setengah (1/2) bilangan cawangan dan lebih daripada setengah
(1/2) jumlah wakil ahli terus pertubuhan.

7. Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang
telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih dari 30 hari) yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; dan jika kourum tidak cukup selepas
setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang
ditangguhkan itu, maka berkuasa wakil-wakil yang hadir menjalankan
mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan
Pertubuhan dan membuat keputusan mengenai semua ahli.

8. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan
dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi
tidak lewat dari bulan Jun pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Pusat. Kerja-kerja Mesyuarat Tahunan Perwakilan ialah:

a. Menerima Laporan Jawatankuasa Pusat berkenaan perjalanan

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 23

Pertubuhan di dalam tahun yang lalu;
b. Menerima Laporan Bendahari Agung dan Penyata Kewangan yang

telah diaudit bagi tahun yang lalu;
c. Ahli Jawatankuasa Pusat adalah dilantik dikalangan “ahli terus” untuk

tiga tahun akan datang.
d. Melantik dua orang juru audit untuk tiga tahun akan datang
e. Membincangkan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam
mesyuarat itu.

9. Pengumuman awal mengenai Mesyuarat Agung Tahunan yang
menyatakan tarikh, masa dan tempat, dan makluman mengemukakan
cadangan untuk perbincangan, cadangan untuk meminda
perlembagaan hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada tiap-
tiap Setiausaha Cawangan tidak lewat dari 30 hari sebelum tarikh yang
ditetapkan untuk mesyuarat, dan pengumuman ini hendaklah ditunjukkan
supaya jelas kelihatan di tempat urusan pertubuhan yang telah
didaftarkan. Tiap-tiap Setiausaha Cawangan hendaklah mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan tidak lewat dari 30 hari setelah
menerima pengumuman awal itu.

10. Nama-nama wakil cawangan, wakil ahli dan cadangan untuk
dibincangkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar oleh Setiausaha
Cawangan atau ahli-ahli secara individu supaya sampai kepada
Setiausaha Agung tidak lewat dari 40 hari selepas penerimaan
pengumuman awal mesyuarat.

11. Setiausaha Agung, jika boleh hendaklah mengadakan mesyuarat ahli-
ahli terus tidak kurang dari 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
Mesyuarat Perwakilan, untuk melantik wakil-wakil ahli dengan syarat jika
keadaan tempat yang berjauhan tidak sesuai bagi mengadakan
mesyuarat, maka dengan cara melantik wakil-wakil ahli hendaklah
diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.

12. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada Setiausaha
Cawangan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat satu
agenda termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan, cadangan
dan pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai berserta dengan
Penyata Kira-Kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan
surat-surat ini hendaklah diberikan kepada tiap-tiap wakil cawangan dan
wakil ahli dan salinan surat itu boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli di
alamat tempat urusan pertubuhan atau di pejabat-pejabat cawangan.

13. Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:

a. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat; atau
b. Untuk Meminda Perlembagaan atau
c. Atas permintaan dengan bertulis oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi dua

cawangan atau lebih atau oleh tidak kurang daripada 20 orang ahli
terus dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab
mengadakannya.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 24

14. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh cawangan atau ahli terus
hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 30 hari dari tarikh
penerimaan permintaan mesyuarat itu.

15. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah
diedarkan kepada semua Setiausaha Cawangan oleh Setiausaha Agung
sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat.

16. Fasal 7 (6) dan 7 (7) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk
Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi
selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat
Agung Khas itu atas permintaan cawangan, maka mesyuarat itu
hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tersebut
Mesyuarat Agung Khas yang dipohon dengan tujuan yang sama tidak
boleh diadakan.

17. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha
Cawangan minit tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat
Agung Khas dengan seberapa segera setelah selesainya mesyuarat itu.

Cadangan Pindaan:-

FASAL 7: MESYUARAT PERWAKILAN / MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN

(1) Bagi perlembagaan ini, seorang “ahli-terus” maknanya ialah seorang
ahli pertubuhan yang boleh menjadi ahli cawangan dan tidak boleh
menjadi seorang perwakilan dan “wakil ahli” maknanya ialah seorang
wakil yang dilantik oleh ahli-ahli terus.

(2) Pentadbiran pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat perwakilan /
mesyuarat agung dwi tahunan yang mengandungi wakil-wakil cawangan
dan wakil-wakil ahli dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat. Sebarang ahli
pertubuhan dengan persetujuan Presiden (pemerhati) boleh hadir di
dalam mesyuarat perwakilan / mesyuarat agung dwi tahunan tetapi ia
tidak mengundi dan diundi.

3. Wakil-wakil cawangan hendaklah dipilih setiap tahun oleh cawangan
masing-masing dan mereka boleh dipilih semula. Sesuatu cawangan
berhak memilih 15 orang perwakilan ke peringkat Kebangsaan.

4. Wakil-wakil ahli hendaklah dipilih setiap tahun oleh ahli-ahli terus dan
mereka boleh dipilih semula. Wakil Ahli berhak memilih 15 orang
perwakilan.

5. Ahli Jawatankuasa Pusat tidak boleh dipilih menjadi wakil cawangan
atau wakil ahli. Ahli Jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil yang hadir berhak
mengundi di dalam mesyuarat perwakilan.

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 25

6. Korum untuk mesyuarat agung dwi tahunan dianggap cukup jika wakil-
wakil yang hadir, tidak kira jumlahnya berjumlah lebih daripada jumlah
wakil bagi setengah (1/2) bilangan cawangan dan lebih daripada
setengah (1/2) jumlah wakil ahli terus pertubuhan.

7. Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang
telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih dari 30 hari) yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; dan jika kourum tidak cukup selepas
setengah jam dari waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang
ditangguhkan itu, maka berkuasa wakil-wakil yang hadir menjalankan
mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan
Pertubuhan dan membuat keputusan mengenai semua ahli.

8. Mesyuarat Agung Dwi Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan
dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi
tidak lewat dari bulan Jun pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Pusat. Kerja-kerja Mesyuarat Tahunan Perwakilan /
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ialah:

a. Menerima Laporan Jawatankuasa Pusat berkenaan perjalanan
Pertubuhan di dalam tahun yang lalu;

b. Menerima Laporan Bendahari Agung dan Penyata Kewangan yang
telah diaudit bagi tahun yang lalu;

c. Ahli Jawatankuasa Pusat adalah dilantik dikalangan “ahli terus” untuk
tiga tahun akan datang.

d. Melantik dua orang juru audit untuk dua tahun akan datang
e. Membincangkan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam
mesyuarat itu.

9. Pengumuman awal mengenai Mesyuarat Perwakilan / Mesyuarat Agung
Dwi Tahunan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat, dan makluman
mengemukakan cadangan untuk perbincangan, cadangan untuk
meminda perlembagaan hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung
kepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan tidak lewat dari 30 hari sebelum
tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat, dan pengumuman ini hendaklah
ditunjukkan supaya jelas kelihatan di tempat urusan pertubuhan yang
telah didaftarkan. Tiap-tiap Setiausaha Cawangan hendaklah
mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan tidak lewat dari
30 hari setelah menerima pengumuman awal itu.

10. Nama-nama wakil cawangan, wakil ahli dan cadangan untuk
dibincangkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar oleh Setiausaha
Cawangan atau ahli-ahli secara individu supaya sampai kepada
Setiausaha Agung tidak lewat dari 40 hari selepas penerimaan
pengumuman awal mesyuarat.

11. Setiausaha Agung, jika boleh hendaklah mengadakan mesyuarat ahli-
ahli terus tidak kurang dari 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk
Mesyuarat Perwakilan / Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, untuk melantik
wakil-wakil ahli dengan syarat jika keadaan tempat yang berjauhan tidak

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 26

sesuai bagi mengadakan mesyuarat, maka dengan cara melantik wakil-
wakil ahli hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.

12. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada Setiausaha
Cawangan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat satu
agenda termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan, cadangan
dan pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai berserta dengan
Penyata Kira-Kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan
surat-surat ini hendaklah diberikan kepada tiap-tiap wakil cawangan dan
wakil ahli dan salinan surat itu boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli di
alamat tempat urusan pertubuhan atau di pejabat-pejabat cawangan.

13. Mesyuarat Agung Khas bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:

a. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat; atau
b. Untuk Meminda Perlembagaan atau
c. Atas permintaan dengan bertulis oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi dua

cawangan atau lebih atau oleh tidak kurang daripada 20 orang ahli
terus dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab
mengadakannya.

14. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh cawangan atau ahli terus
hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 30 hari dari tarikh
penerimaan permintaan mesyuarat itu.

15. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah
diedarkan kepada semua Setiausaha Cawangan oleh Setiausaha Agung
sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat.

16. Fasal 7 (6) dan 7 (7) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan boleh digunakan untuk
Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi
selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat
Agung Khas itu atas permintaan cawangan, maka mesyuarat itu
hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tersebut
Mesyuarat Agung Khas yang dipohon dengan tujuan yang sama tidak
boleh diadakan.

17. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha
Cawangan minit tiap-tiap Mesyuarat Perwakilan / Mesyuarat Agung Dwi
Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera setelah
selesainya mesyuarat itu.

4. FASAL 8: JAWATANKUASA PUSAT

(1) (a) Satu Jawatankuasa Pusat seperti berikut yang dinamakan pegawai-
pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan
Perwakilan setiap 3 tahun sekali :

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 27

Seorang Presiden
Seorang Timbalan Presiden
Seorang Naib Presiden 1
Seorang Naib Presiden 2 (Wanita)
Seorang Setiausaha Agung
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari Agung
Seorang Ketua Penerangan
15 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
7 orang Ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Presiden.

(b) Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Pusat dan setiap
pegawai yang menjalankan tugas eksekutif di dalam Pertubuhan ini
mestilah warganegara Malaysia

(2) Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha, Bendahari Agung, Ketua
Penerangan dan 7 (tujuh) Ahli Jawatankuasa biasa adalah dilantik oleh
Presiden. Pelantikan dan Pelucutan Jawatan dalam fasal ini (8(2)) adalah
kuasa Presiden sepenuhnya.

(3) Presiden juga diberi kuasa untuk melucut dan melantik jawatankuasa
pusat serta membuat penambahan jika perlu untuk duduk sebagai
jawatankuasa pusat

(4) Fungsi Jawatankuasa Pusat ialah mengelola dan mengaturkan kerja-
kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara
mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah
ditetapkan oleh Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Pusat seharusnya
tidak boleh mengambil tindakan bertentangan dengan keputusan
Mesyuarat Perwakilan dengan tidak terlebih dahulu berhubung
dengannya dan Jawatankuasa Pusat mestilah sentiasa mematuhi
keputusan laporannya berkenaan kegiatan-kegiatannya dalam tahun lalu
kepada tiap-tiap Mesyuarat Tahunan Perwakilan.

(5) Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh 3 bulan dan 7 hari pengumuman atau notis bagi
tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli jawatankuasa .
Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 3 orang ahli
Jawatankuasa Pusat bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya
setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah hadir
bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan
Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka
Setiausaha Agung boleh mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pusat
secara pengedaran surat pekeliling atau Mesyuarat Dalam Edaran .
Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah
diterima:

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 28

a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di
dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada setiap ahli Jawatankuasa
Pusat;
b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa
Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap
cadangan itu; dan
c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang
keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan
oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya
untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(7) Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa Pusat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang
memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam
Jawatankuasa Pusat.

(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau
meletakkan jawatan, maka Jawatankuasa Pusat berkuasa melantik ahli
Pertubuhan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat
Tahunan Perwakilan diadakan.

(9) Presiden dan Jawatankuasa Pusat boleh memberi perintah kepada
Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-
urusan Pertubuhan. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan
sebarang jawatankuasa pusat, pengurus atau kakitangan kerana cuai di
dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan
Jawatankuasa Pusat atau sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan
kepentingan Pertubuhan.

Cadangan Pindaan.

FASAL 8: JAWATANKUASA PUSAT

(1) (a) Satu Jawatankuasa Pusat seperti berikut yang dinamakan pegawai-
pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Dwi
Tahunan setiap 4 tahun sekali

Seorang Presiden
Seorang Timbalan Presiden
Seorang Naib Presiden 1
Seorang Naib Presiden 2 (Wanita)
Seorang Setiausaha Agung
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari Agung
Seorang Ketua Penerangan
15 orang Ahli Jawatankuasa Biasa
7 orang Ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Presiden.
1 orang Wakil Sahabat KAF yang dilantik oleh Presiden

(b) Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Pusat dan setiap
pegawai yang menjalankan tugas eksekutif di dalam Pertubuhan ini

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 29

mestilah warganegara Malaysia

(2) Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha, Bendahari Agung, Ketua
Penerangan , 7 (tujuh) Ahli Jawatankuasa biasa dan 1 (satu) Wakil
Sahabat KAF adalah dilantik oleh Presiden. Pelantikan dan Pelucutan
Jawatan dalam fasal ini (8(2)) adalah kuasa Presiden sepenuhnya.

(3) Presiden juga diberi kuasa untuk melucut dan melantik jawatankuasa
pusat serta membuat penambahan jika perlu untuk duduk sebagai
jawatankuasa pusat

(4) Fungsi Jawatankuasa Pusat ialah mengelola dan mengaturkan kerja-
kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara
mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah
ditetapkan oleh Mesyuarat Perwakilan. Jawatankuasa Pusat seharusnya
tidak boleh mengambil tindakan bertentangan dengan keputusan
Mesyuarat Perwakilan dengan tidak terlebih dahulu berhubung
dengannya dan Jawatankuasa Pusat mestilah sentiasa mematuhi
keputusan laporannya berkenaan kegiatan-kegiatannya dalam tahun lalu
kepada tiap-tiap Mesyuarat Tahunan Perwakilan.

(5) Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh 3 bulan dan 7 hari pengumuman atau notis bagi
tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli jawatankuasa .
Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 3 orang ahli
Jawatankuasa Pusat bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya
setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah hadir
bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan
Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka
Setiausaha Agung boleh mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pusat
secara pengedaran surat pekeliling atau Mesyuarat Dalam Edaran .
Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah
diterima:

a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di
dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada setiap ahli Jawatankuasa
Pusat;
b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa
Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap
cadangan itu; dan
c. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang
keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan
oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya
untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(7) Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa Pusat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 30

memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam
Jawatankuasa Pusat.
(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau
meletakkan jawatan, maka Jawatankuasa Pusat berkuasa melantik ahli
Pertubuhan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat
Tahunan Perwakilan diadakan.
(9) Presiden dan Jawatankuasa Pusat boleh memberi perintah kepada
Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-
urusan Pertubuhan. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan
sebarang jawatankuasa pusat, pengurus atau kakitangan kerana cuai di
dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan
Jawatankuasa Pusat atau sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan
kepentingan Pertubuhan.

Sekiranya FASAL : 8 di buat ianya bersekali dengan Fasal 16 : AJK di Cawangan.
Disediakan oleh:
Ameerrudin Yusop
SUA.

“IZINKAN KAMI TERUS BERBAKTI”

Mesyuarat AJK Kali 2-2019 MS. 31


Click to View FlipBook Version