Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 1 Sabtu 17 Jun 2023 Dewan Terbuka SABK 1 Dirasmikan oleh : YB Dato’ Hj Mohd Jafni bin Md Shukor Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 2 E-mail : [email protected] Ruj. kami : SAKNJ.KU.09006/110/23-1 ( ) Tarikh : 4 Julai 2023 15 Zulkaedah 1444 Ibu bapa / Penjaga Murid, Sekolah Agama Bandar Kulai 1, Kulai, Johor. السالم عليکم ورحمة هللا وبرکاته Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA BANDAR KULAI 1 KALI KE 35 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Kulai 1 kali ke 35 bagi tahun 2023 akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut: Tarikh : 17 Julai 2023 Hari : Sabtu Masa : 8:00 pagi Tempat : Dewan Terbuka S A Bandar Kulai 1 3. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan mesyuarat yang tersebut di atas. 4. Tuan/Puan boleh mengemukakan usul yang akan dikemukakan di dalam mesyuarat melalui pautan google form yang diedarkan melalui whatsapp group kelas anak/jagaan masing-masing pada atau sebelum 15 Julai 2023. 4. Di atas kerjasama yang diberikan terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih. Sekian. Saya yang menjalankan amanah; (MOHD ZAMRI BIN SAPUAN) Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Sekolah Agama Bandar Kulai 1 ابدن کبجيقن سکوهل اݢام ابندر کوالي 1 BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA BANDAR KULAI 1 Jalan Lengkongan, Kampung Melayu, 81000 KULAI, JOHOR DARUL TA’ZIM
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 3 ISI KANDUNGAN B TAJUK MUKA SURAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14 15 16 ALUAN PENGERUSI BKS ALUAN GURU BESAR ATURCARA MAJLIS JAWATANKUASA BKS SABK 1 2022/2024 JAWATANKUASA KERJA AGENDA MESYUARAT MINIT MESYUARAT LAPORAN KEWANGAN BKS AKTIVITI SEKOLAH PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM SENARAI GURU SABK 1 TAHUN 2023 ENROLMEN MURID SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID TAHUN 2022/2023 VISI & MISI SABK 1 MAKLUMAT AM USUL DAN CADANGAN BKS TAHUN 2023 4 5 6 7 8 9 10 - 16 17 – 21 22 23 24 25 26 - 26 – 29 30 31
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 4 KATA ALUAN KATA ALUAN PENGERUSI BKS SABK 1 احلمد هلل رب العاملني و الصالة و السالم ىلع سيدنا حممد أرشف األنبياء واملرسلني و ىلع اهل وصحبه أمجعني السالم عليکم و رمحة اهلل وبراکته Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadratNya, selawat dan salam ke atas Junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, segala ruang dan peluang untuk mendekatkan diri kearah takwa kepada Allah swt. Pada kesempatan ini, saya mewakili ahli jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah, Sekolah Agama Bandar Kulai 1 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan kepada BKS dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kami. Selaku Pengerusi BKS, saya akui bahawa guru-guru sudah pun melakukan yang terbaik ke atas pendidikan anak-anak kita di sekolah ini. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan anak-anak tidak keciciran khususnya anak-anak pasca pdpr yang sememangnya agak terjejas dari segi penguasaan jawi dan sebagainya. Sungguhpun begitu ibu bapa turut tidak ketinggalan dalam memainkan peranan besar bagi memastikan anak-anak terus dapat menguasai pelajaran. Semangat dan kerjasama ini sangat digalakkan bagi memastikan kecemerlangan anak-anak dapat dicapai. Kami barisan ahli jawatankuasa BKS memang sentiasa akan berusaha membantu pihak sekolah dalam apa jua program yang dirancang sama ada dari segi idea, material mahu pun tenaga. Mudah-mudahan dengan adanya kerjasama yang erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan BKS, Sekolah Agama Bandar Kulai 1 akan terus melangkah maju ke hadapan dan mampu membina generasi yang Berjaya di dunia dan di akhirat. Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan sebagai tanda ukhuwah kepada seluruh warga SABK 1, barisan AJK BKS, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak dalam menjayakan program ini. Mudah-mudahan usaha kita mendapat Rahmat dan keberkatan Allah swt. Sekian, terima kasih. MOHD ZAMRI BIN SAPUAN PENGERUSI BKS SEKOLAH AGAMA BANDAR KULAI 1
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 5 KATA ALUAN GURU BESAR احلمد هلل رب العاملني و الصالة و السالم ىلع سيدنا حممد أرشف األنبياء واملرسلني و ىلع اهل وصحبه أمجعني السالم عليکم و رمحة اهلل وبراکته Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, Mesyuarat Agung BKS SABK 1 Kali ke 35 bagi tahun 2023 dapat dilaksanakan sebagaimana perancangan. Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa untuk hadir bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan BKS bagi tahun 2023. Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepadasemua murid menimba pelbagai ilmu, memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji. Badan Kebajikan Sekolah pula merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar barisan guru, ibu bapa/penjaga murid di sekolah ini sentiasa memeberi komitmen yang tingi untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak dan kejayaan sekolah seiring dengan Falsafah Pendidikan Islam Negeri Johor. Saya juga berharap lebih ramai ibu bapa tampil memberi sumbangan dari segi tenaga, sokongan serta idea yang realistic demi kemajuan anak-anak dan sekolah. Semoga Allah swt memberkati Kerjasama ini dalam menjalankan Amanah untuk mndidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Sekian, terima kasih ZURAINA BINTI PARDIN GURU BESAR SEK AGAMA BANDAR KULAI 1
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 6 MASA BUTIRAN 7:30 – 8:30 pagi Pendaftaran Ibubapa / Penjaga dan Penerima Anugerah 9:00 pagi Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Kali Ke 34 dijalankan: ➢ Kata aluan Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah ➢ Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 34 & Pembentangan Laporan Kewangan BKS ➢ Laporan aktiviti sekolah dan BKS ➢ Membentangkan usul ➢ Ucapan penangguhan Ketibaan Tetamu Jemputan Majlis Perasmian: ➢ Bacaan Asmaul Husna, Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku ➢ Bacaan doa ➢ Ucapan aluan Guru Besar ➢ Ucapan aluan Tn Pengerusi ➢ Ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Hj Mohd Jafni bin Md Shukor Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Rehat Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Murid Tahun 2022/2023 Bersurai ATUR CARA MAJLIS
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 7 SENARAI AHLI JAWATANKUASA BKS SESI 2022/2024 Pengerusi : En Mohd Zamri bin Sapuan Timbalan Pengerusi : En Mohd Firdaus bin Mat Rosli Setiausaha : Ustazah Zuraina binti Pardin Timbalan Setiausaha : Ustazah Azuyana binti Ahmad Bendahari : Ustazah Nurhazwani binti Mohd Surong AJK Ibu bapa : En Nor Ismadee bin Ismail : En Azlisham bin : En Faizal bin : Pn. Norapiza binti Hj. Kamal : Pn. Azni binti Kamarudin : Ustazah Normaliza binti Ahmad Imran : Pn. Susila Ayu binti Ahmad AJK Guru : Ustazah Maslena binti Mashud : Ustazah Nur Nabilah binti Mohd Azmi : Ustazah Hamizah binti Ismail Pemeriksa kira-kira 1 : Pn Azlin Shiha binti Abd Kadir Pemeriksa kira-kira 2 : En Noor Afizul bin Naim Pemegang Amanah : Pn Dalina binti Daud
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 8 JAWATANKUASA KERJA Penyambut tetamu : En Mohd Zamri bin Sapuan En Mohd Firdaus bin Mat Rusli Zuraina binti Pardin Aziyana binti Ahmad Buku program & Backdrop : Zuraina binti Pardin Pencatat minit mesyuarat : Aziyana binti Ahmad Pendaftaran ibu bapa & penerima anugerah : Maslena binti Mashud : Nur Nabilah binti Mohd Azmi Pengacara majlis : Ustazah Nurhazwani binti Mohd Surong Persiapan pentas : Mohd Azim bin Othman (Ketua) : Semua guru Siaraya : Mohd Haron bin Bakri Sijil : Mohd Haron bin Bakri Tempahan piala : Aziyana binti Ahmad Jamuan ibu bapa & murid : Fadhli Zil Ikram bin Fadzil Jamuan VIP & Goddies : Hamizah binti Ismail (ketua) : Norsakinah binti AB Ghaffar Urusetia penerima anugerah : Aziyana binti Ahmad (ketua) :Nursyahirah binti Zulkefly :Nur Nabilah binti Mohd Azmi :Maslena binti Mashhud Jurugambar & Dokumentasi : Fadhli Zil Ikram bin Fadzil Pembaca doa : Mohd Azim bin Othman Multimedia : Mohd Azim bin Othman Kawalan murid : Semua guru Pengelola cabutan bertuah : Nurhazwani binti Mohd Surong (ketua) : Aziyana binti Ahmad
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 9 AGENDA MESYUARAT AGUNG BKS KALI KE 35 1) Ucapan aluan Pengerusi BKS SABK 1 2) Pembentangan Minit Mesyuarat 3) Pembentangan Laporan Kewangan 4) Perkara Berbangkit 5) Hal-hal lain 6) Ucapan penangguhan.
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 10 MINIT MESYUARAT AGUNG BKS KALI KE 34 SESI 2021/2022 TARIKH : 16 JULAI 2022 HARI : SABTU MASA : 8:00 PAGI TEMPAT : DEWAN TERBUKA SEKOLAH AGAMA BANDAR KULAI 1 1. Ucapan aluan Pengerusi : 1.1 Tn. Pengerusi BKS, En. Mohd Zamri bin Sapuan mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua Ahli jawatankuasa serta ibu bapa yang meluangkan masa hadir ke Mesyuarat Agung BKS SABK 1 kali ke 34 tahun 2022. 1.2 Tn. Pengerusi mengharapkan ibu bapa dan semua yang hadir dapat samasama berbincang dan memberikan buah fikiran serta idea yang bernas demi pembangunan sekolah. 2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu: 2.1 Tn. Pengerusi menjelaskan pada mesyuarat kali ini tiada pembentangan minit mesyuarat yang lalu memandangkan minit mesyuarat yang terakhir adalah pada tahun 2017 dan sudah tidak berkaitan lagi. - Makluman 3. Pembentangan Laporan Kewangan : 3.1 Ustazah Ruzana binti Isa selaku Bendahari BKS SABK 1 membentangkan laporan kewangan Bandan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Kulai 1 01.01.2022 hingga 30.06.2022. 3.2 Baki akhir pada 30.06.2022 ialah sebanyak RM13,163.16. 3.3 Pn. Nurmaliza binti Mohd Imran mencadangkan supaya laporan disahkan. Pn. Norafizah binti Hj. Kamal menyokong. - Makluman
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 11 4. Laporan Aktiviti Sekolah : 4.1 Ustazah Zuraina binti Pardin selaku Guru Besar SABK 1 mengalu-alukan kehadiran semua hadirin dan mengucapkan terima kasih atas komitmen semua 4.2 Laporan yang dibentangkan : 4.2.1 Makluman Pembukaan Sekolah : - Pada 21.03.2022 pembukaan semula SABK 1 secara rasmi dengan guru seramai 5 orang. - Kemasukan murid melibatkan dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Agama Bandar Kulai 2 dan Sekolah Agama Taman Kota Kulai. - Kedudukan SABK 1 adalah bersebelahan Masjid Kampung Melayu Kulai dan berhadapan Terminal Bas dan Pasar Awam Kulai. Makluman bagi ibu bapa yang masih keliru dengan kedudukan SABK 2. - Jumlah pelajar yang telah mendaftar setakat bulan Julai 2022 ialah seramai 414 orang dari 21 aliran kelas Dajah 1 hingga 6 dan 1 aliran TAJ. - Jumlah guru sehingga bulan Julai 2022 ialah seramai 10 orang iaitu 5 di sesi pagi dan 5 di sesi petang. - Persekolahan sesi pagi ada 3 sesi iaitu 7:15 – 8:45, 8:45 – 10:15 dan 10:15 – 11:45. Manakala sesi PdP TAJ adalah bermula jam 7:30 – 11:30 pagi. - Persekolahan sesi petang bermula 2:00 hingga 6:30 petang. Kelas dilaksanakan secara bertindan bagi Tahap 2 dan tiada Tahap 1 bagi sesi petang. - Buat masa ini pihak sekolah sedang berusaha mengemaskini semua dokumen memandangkan banyak dokumen sekolah yang rosak. Ini kerana stor penyimpanan di masjid yang digunakan untuk menyimpan dokumen-dokumen tersebut mengalami kebocoran hujan. -Makluman
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 12 4.2.2 Program Minggu Ukhuwah Sekolah (MUS) - Telah dilaksanakan pada 13 Mac 2022, melibatkan seramai 59 murid-murid darjah 1 serta ibu bapa. - Program bertujuan sebagai persediaan murid-murid darjah 1 dengan suasana dan persekitaran sekolah. 4.2.3 Program Ihya’ Ramadhan : - Sempena kehadiran Bulan Ramadhan tahun 2022/1444 sekolah melaksanakan Program Ihya’ Ramadhan. Di antara pengisian program ialah Kempen Beristighfar dan Berselawat, Sedeqah Ramadhan dan Tadarus Al Quran. 4.2.4 Program Khatam Al Quran dan penyampaian sumbangan Aidilfitri - Program telah Berjaya dilaksanakan pada 28 April 2022 bersamaan 2 Ramadhan 1444 h. - Telah disampaikan Sumbangan Aidilfitri kepada seramai 40 orang murid yang kurang berkemampuan. Sumbangan adalah dari pihak MAIJ dan orang perseorangan. 4.2.5 Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Peringkat Sekolah - Telah dilaksanakan pada 27 Mei 2022 bersamaan 25 Syawal 1444h. - Melibatkan semua murid dan sekolah mengambil cuti peristiwa bagi memberi laluan untuk melaksanakan sambutan. 4.2.6 Pendaftaran Darjah 1 dan TAJ sesi 2023. - Makluman bahawa pendaftaran kemasukan murid darjah 1 dan TAJ sesi 2023 akan dibuka bermula 01 Julai hingga 31 Oktober 2022. - Pendaftaran darjah 1 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2016 manakala untuk TAJ adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017. - Bagi TAJ pendaftaran terhad kepada 20 orang sahaja dan hanya dibuka kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun pada tahun 2023. Penerimaan murid TAJ terhad memandangkan pihak sekolah hanya ada guru TAJ seorang sahaja buat masa ini. - bantu menyampaikan maklumat berkaitan pendaftaran ini kepada saudara mara atau jiran tetangga. -Makluman
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 13 - Kaedah pendaftaran adalah melalui online dengan cara mengimbas QR Code dan mengisi borang secara manual yang boleh diambil di pejabat pentadbiran sekolah atau muat turun borang dari pautan yang akan diberi. - Pihak sekolah mohon jasa baik para hadirin yang hadir untuk bantu menyampaikan maklumat berkaitan pendaftaran ini kepada saudara mara atau jiran tetangga. - Tindakan Waris 4.2.7 Ujian Penilaian Pertengahan Penggal 1 (UPP 1) - Sebagai makluman awal UPP 1 akan dilaksanakan bermula 17.07.2022. Pihak sekolah mengharapkan agar ibu bapa turut sama memantau dan membantu anak-anak membuat persediaan dan ulangkaji di rumah. - Tindakan waris 4.3 Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Badan Kebajikan Sekolah yang sentiasa membantu dan menyokong segala aktiviti yang dilaksanakan sama ada dari segi idea, tenaga dan kewangan. - Makluman 5. Pembubaran atau pengekalan AJK BKS SESI 2018/2022 5.1 Tn Pengerusi BKS En Mohd Zamri bin Sapuan membubarkan jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah, Sekolah Agama Bandar Kulai 1 sesi 2018/ 2022 pada jam 10:13 pagi 6. Perlantikan Pengerusi Sementara 6.1 Pengerusi BKS menyerahkan majlis kepada Guru Besar SABK 1 sebagai pengerusi sementara. 7. Perlantikan AJK BKS sesi 2022/2024 1.1 Pengerusi : En. Mohd Zamri bin Sapuan Naib Pengerusi : En. Mohd Firdaus bin Mat Rusli Setiausaha : Ustazah Zuraina binti Pardin Naib Setiausaha : Ustazah Aziyana binti Ahmad Bendahari : Ustazah Nur Hazwani binti Mohd Surong AJK : En. Nor Ismadee bin Ismail : Pn. Norapiza binti Hj. Kamal : Pn. Azni binti Kamarudin : Pn. Dalina binti Daud : Pn. Normaliza binti Ahmad Imran : Pn. En Ahmad Faizal bin Shahari : Pn. Susila Ayu binti Ahmad : Pn. Sa’adah binti : Ustazah Maslena binti Mashud : Ustazah Hamizah binti Ismail : Ustazah Nur Nabilah binti Mohd Azmi Pemeriksa kira-kira : En. Noor Afizul bin Naim : En. Azli Sham bin Othman Pemegang Amanah : En. Abdul Faizal bin Shahari
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 14 : Ustazah Hamizah binti Ismail : Ustazah Nur Nabilah binti Mohd Azmi Pemeriksa kira-kira : En. Noor Afizul bin Naim : Pn Azlin Shiha binti Abd Kadir Pemegang Amanah : Pn. Dalina binti Daud 5. Usul Dan Cadangan 5.1 En. Mohd Firdaus bin Mat Rusli: 8.1.1 Meminta pihak sekolah memberikan lebih perhatian kepada segelintir murid-murid yang suka membuli, bergaduh dan lain-lain. - Pn. Guru Besar memaklumkan akan mengambil berat isu ini sekiranya ada dan minta kerjasama anak-anak yang dibuli untuk berjumpa guru kelas atau guru besar sendiri untuk buat aduan agar boleh dijalankan siasatan. 8.2.2 Meminta pihak kantin mempelbagaikan jenis jualan dan tidak menjual makanan ringan - Pn. Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah ada membuat pemantauan dan laporan bulanan kantin dan didapati tiada jualan makanan ringan. Walaubagaimanapun pihak sekolah akan sentiasa memastikan pengusaha kantin mematuhi arahan dari semasa ke semasa. - Tindakan pihak sekolah 5.2 Pn. Siti Noraini : Mengusulkan supaya dibuat pendetailan atau perancangan setahun bagi setiap perbelanjaan dari akuan BKS. - Tn. Pengerusi memaklumkan bahawa akaun BKS hanya mempunyai 3 lajur utama iaitu sumbangan/kutipan yuran, Dana pembangunan dan Peruntukan MAIJ. Beliau juga memaklumkan peruntukan dari akaun BKS digunakan mengikut keperluan berpandukan program dan takwim sekolah. Peruntukan juga digunakan bagi menampung kos kerosakan bangunan yang ringan dan juga bagi menampung bayaran elaun guru ganti sekiranya keadaan memerlukan.
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 15 - Tn. Pengerusi juga memaklumkan bahawa kutipan yuran BKS hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa. - Tn. Pengerusi memaklumkan baki dalam akaun BKS yang dibawa dari tahun 2017 hanyalah berjumlah lebih kurang RM9000.00 dan ia telah dibelanjakan bagi persiapan pengoperasian semula sekolah. Dana sejumlah itu tidak mencukupi untuk kos-kos mendatang, oleh itu Tn Pengerusi meminta pandangan ahli mesyuarat sama ada ingin mengekalkan jumlah kutipan yuran sebanyak RM35.00 seorang atau dinaikkan ke satu jumlah yang lebih sesuai. - En. Mohd Ismadee selaku AJK BKS memaklumkan bahawa sekolah agama dengan peruntukan kewangan yang sangat minima dan adakalanya terpaksa menangani isu-isu pembangunan dengan dana persendirian. Guru-guru juga turut memberi sumbangan kewangan contohnya membelanjakan duit sendiri untuk kos internet semata-mata untuk keselesaan dan kemudahan murid-murid. Diharapkan pihak ibu bapa dapat memahami situasi dan sudi membantu pihak sekolah demi pembangunan sekolah pada masa akan datang. -Makluman - Tn. Pengerusi membuka cadangan sama ada ingin mengekalkan kadar yuran RM35.00 seorang atau menaikkan kadarnya. Semua yang hadir bersetuju sebulat suara untuk menaikkan kadar yuran sebanyak RM40.00 seorang dan mengekalkan yuran Dana Pembangunan sebanyak RM10.00 seorang. -Makluman - Pn. Guru Besar memaklumkan setakat bulan Julai 2022 seramai 371 orang murid telah menjelaskan yuran BKS. Beliau juga mengalu-alukan sekiranya ada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan secara peribadi ke dalam akaun BKS bagi kegunaan murid dan sekolah. -Makluman
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 16 6. Ucapan Penangguhan 9.1 En Mohd Zamri bin Sapuan selaku Pengerusi BKS SABK 1 sesi 2022/2024 mengucapkan terima kasih atas perlantikan semula beliau bagi jawatan ini dan mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan yang baharu dilantik. Beliau mengharapkan kerjasama yang erat dapat dibentuk bagi sama-sama membantu pihak sekolah. Sekali beliau mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir hingga selesai mesyuarat. Mesyuarat Agung BKS SABK 1 kali ke 34 ditangguhkan pada jam 11:00 pagi. Pencatat Minit Mesyuarat: (AZIYANA BINTI AHMAD) GPK A S A BANDAR KULAI 1 Disediakan oleh : Disahkan oleh : (ZURAINA BINTI PARDIN) (MOHD ZAMRI BIN SAPUAN) SETIAUSAHA PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH SA BANDAR KULAI 1 S A BANDAR KULAI 1
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 17 LAPORAN PENYATA KEWANGAN BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA BANDAR KULAI 1 BERMULA 01 JULAI 2022 HINGGA 31 DISEMBER 2022 Disediakan oleh: Disemak oleh: Disemak oleh (NURHAZWANI MOHD SURONG) (AZLIN SHIHA BINTI ABD KADIR) (NOOR AFIZUL B NAIM) Bendahari Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2 Disahkan oleh : (MOHD ZAMRI BIN SAPUAN) Pengerusi BKS B TARIKH BUTIRAN PENDAPATAN LAJUR JUMLAH YURAN DANA PELBAGAI MAIJ (RM) 1. 01.07.2022 Baki pada 01.07.2022 6,467.19 3,680.00 3,015.97 - 13,163.16 2. 14.07.2022 Kutipan yuran BKS murid (RM35 x 371 orang) 12,985.00 - - - 12,985.00 3. 26.07.2022 Sumbangan Pn Noraini binti Zakaria - - 500.00 - 500.00 4. 31.07.2022 Hibah Bank Muamalat - - 6.37 - 6.37 5. 04.08.2022 Yuran Dana - 10.00 - - 10.00 6. 31.08.2022 Hibah Bank Muamalat - - 6.70 - 6.70 7. 01.09.2022 Hibah Bank Muamalat - - 5.96 - 5.96 8. 31.10.2022 Bendahari Negeri Johor (Bantuan BKS) - - - 2000.00 2000.00 9. 31.10.2022 Hibah Bank Muamalat - - 5.35 - 5.35 10. 03.11.2022 Yuran murid 3,387.00 - - - 3,387.00 11. 30.11.2022 Hibah Bank Muamalat - - 6.36 - 6.36 12. 03.12.2022 Alya Najeeba binti Mohd Zamri - - 5.00 - 5.00 13 03.12.2022 Mohd Zamri bin Sapuan - - 10.00 - 10.00 14 31.12.2022 Hibah Bank Muamalat - - 6.28 - 6.28 JUMLAH PENERIMAAN 16,372.00 10.00 552.02 2,000.00 18,934.02 JUMLAH BESAR 22,839.19 3,690.00 3,567.99 2,000.00 32,097.18
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 18 LAPORAN PENYATA KEWANGAN BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA BANDAR KULAI 1 BERMULA 01 JULAI 2022 HINGGA 31 DISEMBER 2022 B TARIKH BUTIRAN PERBELANJAAN LAJUR JUMLAH (RM) NO YURAN DANA PELBAGAI MAIJ CEK 1. 12.07.2022 Altisha Furniture Centre - - 2200.00 - 2,200.00 874881 2. 12.07.2022 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 3. 15.07.2022 Perniagaan Piala Emas: Piala anugerah sahsiah murid 504.00 - - - 504.00 874882 4. 15.07.2022 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 5. 19.07.2022 Rafidah Cook (Jamuan VIP Mesyuarat Agung Tetamu 250.00 - - - 250.00 874886 6. 19.07.2022 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 7. 21.07.2022 J’ Man Catering (Jamuan Mesyuarat Agung ibu bapa & murid) 670.00 - - - 670.00 874887 8. 21.07.2022 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 9. 25.07.2022 Zuraina – kos runcit Program Mesyuarat Agung BKS 335.60 - - - 335.60 874885 10. 25.07.2022 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 11. 08.08.2022 E Cytech Dot Com :LCD Projektor Epson 2099.00 - - - 2,099.00 874888 12. 08.08.2022 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 13. 15.08.2022 TM Point Kulai : Tunggakan bil bulanan 2018 – Julai 2022 2493.10 - - - 2,493.10 874889 14. 15.08.2022 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 15. 03.10.2022 Altisha Furniture Centre (cabinet TV PSS) - - 680.00 - 680.00 874890 16 03.10.2022 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 17 14.10.2022 Sri Jaya Technology (laptop & tripod screen) 2898.00 - - - 2,898.00 874901 18 14.10.2022 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 JUMLAH KECIL 9,249.70 - 2,884.50 - 12,134.20
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 19 Disediakan oleh: Disemak oleh: Disemak oleh (NURHAZWANI MOHD SURONG) (AZLIN SHIHA BTE ABD KADIR) (NOOR AFIZUL B NAIM) Bendahari Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2 Disahkan oleh: (MOHD ZAMRI BIN SAPUAN) Pengerusi BKS SABK 1 B TARIKH BUTIRAN PERBELANJAAN RM JUMLAH (RM) NO CEK YURAN DANA PELBAGAI MAIJ JUMLAH KECIL 9,249.70 - 2,884.50 - 12,134.20 21.10.22 Aziyana binti Ahmad (Kos Ihtifal Riadhi TAJ) 300.00 - - - 300.00 874902 21.10.22 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 21.11.22 Hamizah binti Ismail (safety cone & warning tape) 170.80 - - - 170.80 874904 21.11.22 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 07.12.22 J’MAN Catering (jamuan Maulid) 1,080.00 - - - 1,080.00 874906 07.12.22 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 13.12.22 En. Mohd Yusri (sumbangan aruah Adawiyah bte Yusri) 200.00 - - - 200.00 874905 13.12.22 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 JUMLAH PEMBAYARAN 11,000.50 - 2,886.50 - 13,887.00 BAKI PADA 31.12.2022 11,838.69 3,690.00 681.49 2,000.00 18,210.18 JUMLAH BESAR 22,839.19 3,690.00 3,567.99 2,000.00 32,097.18
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 20 LAPORAN PENYATA KEWANGAN BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA BANDAR KULAI 1 BERMULA 01 JANUARI 2023 HINGGA 31 MEI 2023 Disediakan oleh: Disemak oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh (NURHAZWANI MOHD SURONG) (AZLIN SHIHA BTE ABD KADIR) (NOOR AFIZUL BIN NAIM ) (MOHD ZAMRI B SAPUAN) Bendahari Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2 Pengerusi B TARIKH BUTIRAN PENDAPATAN RM JUMLAH YURAN DANA PELBAGAI MAIJ (RM) 1. 01.01.23 Baki pada 01.01.2023 11,838.69 3,690.00 681.49 2,000.00 18,210.18 2. 31.01.23 Hibah Bank Muamalat - - 6.12 - 6.12 3. 28.02.23 Hibah Bank Muamalat - - 5.24 - 5.24 4. 13.03.23 Yuran Dana - 2,410.00 - - 2,410.00 5. 14.03.23 Yuran Dana - 1,250.00 - - 1,250.00 6. 17.03.23 Yuran Dana - 50.00 - - 50.00 7. 29.03.23 Yuran Dana - 100.00 - - 100.00 8. 31.03.23 Hibah Bank Muamalat - - 6.38 - 6.38 9. 07.04.23 Yuran Dana - 30.00 - - 30.00 10. 10.04.23 Sumbangan En Zamri - - 10.00 - 10.00 11. 20.04.23 Sumbangan En Zamri - - 10.00 - 10.00 12. 21.04.23 Sumbangan En Zamri - - 10.00 - 10.00 13 23.04.23 Sumbangan En Zamri - - 10.00 - 10.00 14 29.04.23 Sumbangan En Zamri - - 10.00 - 10.00 15 30.04.23 Hibah Bank Muamalat - - 6.60 - 6.60 16 03.05.23 Sumbangan En Zamri - - 10.00 - 10.00 17 08.05.23 Yuran Dana BKS - 10.00 - - 10.00 18 21.05.23 Sumbangan En Zamri - - 10.00 - 10.00 19 26.05.23 Sumbangan En Firdaus - - 5.00 - 5.00 20 26.05.23 Sumbangan En Firdaus - - 10.00 - 10.00 21 31.05.23 Hibah Bank Muamalat - - 6.78 - 6.78 JUMLAH PENERIMAAN - 3,850.00 116.12 - 3,966.12 JUMLAH BESAR 11,838.69 7,540.00 797.61 2,000.00 22,176.30
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 21 LAPORAN PENYATA KEWANGAN BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA BANDAR KULAI 1 BERMULA 01 JANUARI 2023 HINGGA 31 MEI 2023 B TARIKH BUTIRAN PERBELANJAAN LAJUR JUMLAH (RM) NO YURAN DANA PELBAGAI MAIJ CEK 1. 06.01.23 Aziyana binti Ahmad (Program Motivasi “Ainul Qalbi”) - - - 250.00 250.00 874907 2. 06.01.23 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 3. 09.02.23 Nur Nabilah binti Mohd Azmi - Peruntukan Bilik SPK - Peruntukan Bilik SUP - - - 1,250.00 1,250.00 874908 4. 09.02.23 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 5. 21.03.23 Nur Syahirah binti Zulkefly - Peruntukan Bilik TAJ - - - 500.00 500.00 874909 6. 21.03.23 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 7. 24.05.23 Hamizah bt Ismail (sumbangan hadiah 4 org guru berpindah) - 400.00 - 400.00 874910 8. 24.05.23 Caj Bank Muamalat 0.50 0.50 9. 26.05.23 Nor Hasnita (elaun Guru Praktikum) 300.00 - - - 300.00 874912 10 . 26.05.23 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 11 29.05.23 Mohd Zulkarnain (elaun Guru Praktikum) 300.00 - - - 300.00 874911 12 29.05.23 Caj Bank Muamalat - - 0.50 - 0.50 JUMLAH PERBELANJAAN 600.00 403.00 2,000.00 3,003.00 BAKI PADA 31.05.2023 11,238.69 7,540.00 394.61 - 19,173.30 JUMLAH BESAR 11,838.69 7,540.00 797.61 2,000.00 22,176.30 Disediakan oleh: Disemak oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh (NURHAZWANI MOHD SURONG) (AZLIN SHIHA BTE ABD KADIR) (NOOR AFIZUL BIN NAIM ) (MOHD ZAMRI B SAPUAN) Bendahari Pemeriksa Kira-kira 1 Pemeriksa Kira-kira 2 Pengerusi
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 22 AKTIVITI SEKOLAH DENGAN KERJASAMA BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH SEPANJANG SESI 2022/2023 B AKTIVITI / PROGRAM TARIKH 1. Program Minggu Ukhuwah Sekolah (MUS). 13 Mac 2022 2. Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil Kesyukuran Sempena Pembukaan Semula SABK 1. 19 Mac 2022 3. Program Ihya’ Ramadhan. 2 April 2022 4. Majlis Watikah Perlantikan Pengawas, Pustakawan, Ketua Darjah & Penolong Ketua Darjah. 15 April 2022 5. Majlis Khatam Al Quran & Penyampaian Sumbangan Sempena Aidilfitri. 28 April 2022 6. Majlis Sambutan Hari Guru Dan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah. 27 Mei 2022 7. Majlis Perujian Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Kulai. 16 Jun 2022 8. Mesyuarat AJK BKS kali 1sesi 2022 01 Julai 2022 9. Mesyuarat Agung Badan Kebajikan & Majlis Anugerah Sahsiah Unggul Murid-murid. 16 Julai 2022 10. Program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah. 8 Ogos 2022 11. Mesyuarat AJK BKS Kali 1 sesi 2022/2024 20 Ogos 2022 12. Hari Terbuka & Hari Muamalat 25 September 2022 13 Kelas Tambahan UPKK September 14. Ihtifal Riadhi TAJ 07 Oktober 2022 15. Program Motivasi & Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan UPKK dan UKDK 27 Oktober 2022 16. Majlis Sambutan Maulidur Rasul saw Peringkat Sekolah 3 Disember 2022 17. Ihtifal Ilmi TAJ 5 Disember 2022 18. Program Motivasi Jati Diri “AINUL QALBI” 7 Januari 2023 19. Kelas Tambahan UKDK Februari 2023 20. Majlis Penyampaian Sijil Tadika Agama Johor (TAJ) 19 Februari 2023
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 23 PENCAPAIAN BIDANG AKADEMIK ➢ PEPERISAAN UPKK TAHUN 2022/2023 - 8A : 13 orang - 7A : 8 orang - 6A : 7 orang - 5A – 1A : 31 orang ➢ UJIAN KELAYAKAN DRJH KHAS (UKDK) - Mencapai keputusan 100% lulus - Seramai 9 orang calon mendapat keputusan Gred A PENCAPAIAN BIDANG KOKURIKULUM ➢ PERUJIAN TILAWAH AL QURAN PERINGKAT DAERAH KULAI 1. Lamya Amina binti Abd Rahman ( Seni Khat ) 2. Mohd Aqil Harith bin Mohd Hazri ( Bercerita Kisah Al Quran) ➢ PERUJIAN TILAWAH AL QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 1. Lamya Amina binti Abd Rahman (Seni Khat)
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 24 B NAMA GURU CATATAN 1. ZURAINA BINTI PARDIN GURU BESAR 2. AZIYANA BINTI AHMAD - GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK - GURU DARJAH KELAS 1 & 3 ISMAIL 3. MOHAMAD HARON BIN BAKRI - GURU PENOLONG KANAN HEM - GURU DARJAH KELAS 4 LUTH 1 & 4 LUTH 2 4. FADHLI ZIL IKRAM BIN FADZIL - GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM - GURU DARJAH KELAS 1,2,& 3 zULKIFLI 5. NURNABILAH BINTI MOHD AZMI - GURU SPK - GURU DARJAH KELAS 6 SOLEH 1 & 6 SOLEH 2 6. MASLENA BINTI MASHHUD - S/U PEPERIKSAAN - GURU DATA - GURU DARJAH KELAS 5 IBRAHIM 1 & 2 7. HAMIZAH BINTI ISMAIL - GURU DISIPLIN - GURU DARJAH KELAS 1,2 & 3 MUSA 8. NURHAZWANI BINTI MOHD SURONG - GURU PSS - GURU INVENTORI - GURU DARJAH 5 AYUB 1 & 2 9. MOHD AZIM BIN OTHMAN - GURU KELAB NADI ANSOR - GURU DARJAH KELAS 4 SYUIB 1 & 2 10 SITI NORSAKINAH BINTI AB GHAFFAR - GURU PEPERIKSAAN DALAMAN - GURU DARJAH KELAS 1,2 & 3 HARUN 11. NURSYAHIRAH BINTI ZILKEFLY - GURU TAJ SENARAI GURU SABK 1 TAHUN 2023
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 25 4 443 B SESI LELAKI PEREMPUAN JUMLAH 1. PAGI 116 114 230 2. PETANG 92 89 181 3. TADIKA AGAMA JOHOR (5 TAHUN) 3 6 9 4. TADIKA AGAMA JOHOR (6 TAHUN) 7 4 11 5. DARJAH KHAS 34 33 67 JUMLAH 252 246 498 ENROLMEN MURID SEKOLAH AGAMA BANDAR KULAI 1 SESI 2023/2024
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 26 SENARAI PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SESI 2022/2023 ➢ DARJAH 1 ISMAIL : 1. NUR HUMAIRAH BINTI HJ AHMAD 90% 2. MUHAMMAD DANIAL BIN ABDUL FAIZAL 87.2% 3. FAIZ MIRZA BIN MUSTAFA 86.8% 4. NUR FARAH SAKINAH BINTI ABDUL RAZAK 85,2% 5. NUR DH YAA DAMIA BINTI MOHD HAFIZ 81.2% ➢ DARJAH 1 IDRIS 1. QISYA AISYAH BINTI SHAHRIL 84.8% 2. ZHARIF NUMAAN BIN ABD HALIM 83% 3. MUHAMMAD MALIQ BIN NORAZMI 79% 4. PUTERI ZAHRAA ZUMAIAH BINTI FAIRUS 76.8% 5. NUR AIN QIASATINA BINTI AHMAD JAILANI 75.6% ➢ DARJAH 1 ADAM 1. AHMAD DANI BIN AHMAD ERUAN 89.4% 2. MUHAMMAD AZIZI BIN MD AKTERUL KARIM MAZUMDER 82.2% 3. WAN NUR ALEESYA BINTI WAN ROSMAWI 80.0% 4. AAFIY NAZZIN PUTERA BIN MD ASSYUKRI 77.2% 5. MUHAMMAD IZZUL FIRDAUS BIN AZMAN 77.0% ➢ DARJAH 2 IDRIS 1. ABDUL RAZIQUE BIN MOKHTAR 82.6% 2. KHADIJAH BINTI MOHD IZAHAM 81.4% 3. ADAM HARIS RAYKAL BIN NOR IZZANIE RAHIDI 75.6% 4. AINUR JANNAH BINTI SALLEHUDIN 73.8% 5. MUHAMMAD AMIR HAZIM BIN MOHAMMAD SANY 73.4%
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 27 ➢ DARJAH 2 ZULKIFLI 1. AIRIS IMANINA BINTI KHAIRUL ANUAR 80.4% 2. NUR IZZARA SOFEA BINTI MAZAIDIFIKRI 78.4% 3. NUR RIZQAH DAMIA BINTI KADRI 72.6% 4. AIMY NUR AMILY BINTI MOHD SAIFUL 72.6% 5. IMAN RUMAISA BINTI ABD RAHMAN 71.4% ➢ DARJAH 2 ADAM 1. FARAH NURAINA BINTI MOHD FAHMI 86.0% 2. NUR SOFIYYA ZAHRA BINTI AKMAL 86.0% 3. LUQMAN NUR ADAM BIN ABDULLAH 81.2% 4. AMMAR ZHARFAN BIN MOHD.ZAIRIN 81.0% 5. NUR NADHIRA BINTI MOHD AZRI 80.3% ➢ DARJAH 3 ISMAIL 1 MUHAMMAD AMIRUL RAYYAN BIN MOHD KHALID 87.2% 2 NUR FARISYA HUMAYRAA BINTI MOHD SAIFUL 80.0% 3 MUHAMMAD ADAM MUKHRIZ BIN HAIRUL NIZAM 78.4% 4 NURUL INSYIRAH RIFHAN BINTI HAIRULANWAR 78.4% 5 NURUL AWADAH BINTI MAHYUDEAN 78.0% ➢ DARJAH 3 IDRIS 1 AQIL WAFIY BIN BAKTIAR 80.6% 2 BALQIS MADINAH BINTI JAIS 80.4% 3 NURMASLISYAH SAFYRA BINTI MOHAMAD NORSAFUAN 78.8% 4 NUR AFIFAH BINTI MOHD NAIF 78.2% 5 NUR MAIZATUL ADREENA BINTI ADNAN 77.4% ➢ DARJAH 3 ADAM 1 NUR MIRZA ALYA QAISARA BINTI MOHD FIRDAUS 82.6% 2. MUHAMMAD NUR IMRAN BIN AMIROLNIZAM 77.6% 3. MUNAWWARATUN NADHIRAH BINTI AHMAD 76.8% 4. MOHAMAD ARYAN SYAHMI BIN MOHD RIDZUAN 76.0% 5. MUHAMMAD IZZUL FATEH BIN IZZMEER 73.0%
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 28 ➢ DARJAH 4 SOLEH 1 : 1 MUHAMMAD SALAM BIN MOHD JEFRI 84.5% 2 KHALISHAH INSYIRAH BINTI HAFIDZ 75.8% 3 MUHAMMAD HAFIZ ARMAN BIN MAULID 73.8% 4 NUR DALILAH SYAHIRAH BINTI ROZALI 73.1% 5 MUHAMMAD HAZIQ IZZUDDIN BIN MOHD KOMARRUL ARIFIN 71.6% ➢ DARJAH 4 SOLEH 2 : 1 NUR AIMY SYAHIRAH BINTI MOHAMED EDHAM 81.2% 2 MUHAMMAD ARIF DANIEL BIN MOHD AZRI 77.3% 3 NUR AFIQAH IRDINA BINTI JAAFAR 75.1% 4 MUHAMMAD HARRAZ BIN MOHMAD SOBERI 74.1% 5 SUMAYYAH BINTI MOHD IZAHAM 73.8% ➢ DARJAH 5 IBRAHIM 1 : 1 NUR AZ ZAHRA BINTI MOHD KAMAL ULUM 70.8% 2 NUR ANEESA HANA BINTI MOHAMMAD SANY 69.8% 3 MUHAMMAD DANISH DANIAL BIN MOHD FADER 69.5% 4 AHMAD ERFAN BIN AHMAD ERUAN 69.3% 5 LUQMAN NUR HAKIM BIN MOHD YUNUS 66.3% ➢ DARJAH 5 IBRAHIM 2 : 1 NUR ANIQ ZAKWAN BIN NORSIDI 79.2% 2 MOHAMAD AFIF BIN MOHD NAIF 73.4% 3 MUHAMMAD HAZIQ IRFAN BIN MUHAMMAD HAFIZUDDIN 67.6% 4 NURUL AUNI FATINI BINTI ABDULLAH RAHMAN 63.8% 5 NURUL NAJIHAH BINTI JUARA 63.2% ➢ DARJAH 5 AYUB 1 : 1 NUR SAFIAH MAHIRAH BINTI KAMARUDDIN 76.7% 2 MUHAMMAD FIRAS AKMAL BIN MOHD RIZUWAN 76.1% 3 HARITH ZAKWAN BIN MOHD NAZRULHAKIM 73.7% 4 RAHADATUL 'AISY BINTI SAIPULNIZAM 71.2% 5 AIF AIMAN BIN MOHD FAIZ 66.1%
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 29 ➢ DARJAH 5 AYUB 2 : 1 MUHAMMAD ARIF FAHMI BIN MOHD AZRI 75.6% 2 NURSYIFA SYAKIRA BINTI AZLISHAM 74.8% 3 DAYANG NUR DANIESYA BINTI MOHD JASNI 71.3% 4 NUR AMIRA QAISARA BINTI MOHD AZAHAR 69.3% 5 MUHAMMAD AKEEF NUBHAN BIN HAIRULANWAR 67.3% ➢ TERBAIK UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) : 1 MUHAMMAD FIRAS AKMAL BIN MOHD RIZUWAN 8A 2 NUR SAFIAH MAHIRAH BINTI KAMARUDDIN 8A 3 NUR AZ ZAHRA BINTI MOHD KAMAL ULUM 8A 4 AHMAD ERFAN BIN AHMAD ERUAN 8A 5 NUR ANIQ ZAKWAN BIN NORSIDI 8A 6 MUHAMMAD AKEEF NUBHAN BIN HAIRULANWAR 8A 7 HARITH ZAKWAN BIN MOHD NAZRULHAKIM 8A 8 DAYANG NUR DANIESYA BINTI MOHD JASNI 8A 10 MOHAMAD AFIF BIN MOHD NAIF 8A 11 MUHAMMAD ARIF FAHMI BIN MOHD AZRI 8A 18 MUHAMMAD DANISH DANIAL BIN MOHD FADER 8A 16 NURUL NAJIHAH BINTI JUARA 8A 13 MUHAMMAD SADDIQ IQBAL BIN ABDULLAH 8A ➢ TERBAIK UJIAN KELAYAKAN KELAS KAFA (UKDK) : 1. AHMAD AQIL HARITH BIN HAZRI 89% 2. LAMYA AMINA BINTI ABD RAHMAN 89% 3. KHALISAH BINTI ABD HALIM 89% 4. DURRAH RADHIAH BINTI AHMAD ERUAN 88% 5. NORSOLEHA UZMA BINTI MOHAMAD ASRI 88% 6. DHIYA SAFIYAH BINTI MD JAFRI 88% 7. MUHAMAD AIYED ZHARFAN BIN ROSMAN 87% 8. MUHAMMAD BALYAN MUZAFFAR BIN JAIS 86% 9. NURIN MAISARAH BINTI MAHYUDEAN 85%
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 30 VISI SEKOLAH AGAMA BANDAR KULAI 1 MENJADIKAN SEKOLAH AGAMA BANDAR KULAI 1 ANTARA 10 SEKOLAH CEMERLANG DI DAERAH KULAI DALAM BIDANG AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH MURID-MURID MENJELANG TAHUN 2026 MISI SEKOLAH AGAMA BANDAR KULAI 1 ❖ MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN ❖ MENYEDIAKAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG KONDUSIF DAN MENARIK ❖ MEWUJUDKAN SUASANA PENGHAYATAN AKHLAK MULIA ISLAM DI SEKOLAH ❖ MELAHIRKAN GENERASI YANG BERILMU DAN BERKUALITI SERTA SEIMBANG DARI SEGI MENTAL, JASMANI DAN ROHANI
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 31 USUL IBU BAPA 1. Pn. Norapiza binti Hj Kamal ➢ Mohon melantik pengawal keselamatan di sekolah bagi mengawal dan menjaga keselamatan anak-anak sama ada Ketika hadir atau pulang sekolah. Selain itu menjaga keselamatan sekolah pada waktu malam. 2. En Soeb bin Pawi : ➢ Menguruskan urusan trafik kepada laluan guru, pelajar, ibu bapa dan van sekolah dengan lebih teratur dan sistematik dari semasa ke semasa asbab bangunan dan persekitaran yang agak baru. Keselamatan pelajar diberi keutamaan. 3. En Muhammad Khaizrul Lutfan : ➢ Lantik seorang pengawal keselamatan sekolah untuk keselamatan anak-anak. 4. Pn Murni Apat : ➢ Minta jasa ustaz dan ustazah adakan kelas tambahan mengaji setiap kali habis kelas. 5. Pn. Ainulhaliza binti Mohd Shah: ➢ Makanan kantin minta kurangkan harganya. 6. Pn Nazura binti Ali : ➢ Mohon adakan pengawal keselamatan. 7. Pn. Siti Hawa binti Lagading : ➢ Perlu banyakkan Latihan atau kerja rumah untuk anakanak. ➢ Perlu pelbagaikan aktiviti anak-anak. 8. Pn. Ellyana binti Jamaludin : ➢ Mencantikkan lagi Kawasan sekolah.
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 32 9. En Mohd Firdaus bin Mat Rusli : ➢ Ibu bapa dapat beri sumbangan, sokongan dan tenaga jika ada apa-apa aktiviti di sekolah agama yang diperlukan untuk keselesaan anak-anak. 10. Pn Normayang binti Dahlan : ➢ Kalau boleh dalam 5 hari sekolah, 1 hari baju sukan sekolah agama dan 4 hari lagi uniform atau baju sekolah agama. 11. Noraini binti Aris : ➢ Waktu persekolahan Darjah Khas ditukar dari hari Sabtu ke hari Jumaat. 12. Pn. Norfaralinda : ➢ Memantau menu dan harga bagi makanan yang dijual di kantin sekolah. 13. En Noor Afizul bin Naim : ➢ Mencadangkan memasang kipas besar di Dewan Terbuka.
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 33 MAKLUMAT AM Pihak Badan Kebajikan Sekolah, Sekolah Agama Bandar Kulai 1 mengalualukan sumbangan orang ramai sebagai usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan dan perkembangan BKS dalam usaha membantu pihak sekolah melengkapkan dan menambahbaik prasarana sedia ada. Ia sebagai satu usaha untuk memastikan visi dan misi SABK 1 dapat direalisasikan. Sebarang sumbangan boleh disalurkan seperti berikut: NAMA AKAUN : BDN KEBAJIKAN SEK AGAMA BANDAR KULAI 1 NO AKAUN : 01020004584714 Atau dengan cara mengimbas QR Code berikut :
Mesyuarat Agung BKS Kali ke 35 34 PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH Jawatankuasa kerja Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Bandar Kulai 1 kali ke 35 Tahun 2023 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kehadiran, kerjasama serta sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung atau pun tidak. Semoga kerjasama yang erat dapat terus dijalinkan pada masamasa hadapan bagi merealisasikan matlamat dan visi Sekolah Agama Bandar Kulai 1. Sekian شکرا جزيال و اىل اللقاء