MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SK JALAN KUANTAN 2, KUALA LUMPUR 17 JUN 2023 / SABTU 8.30 PAGI DEWAN SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ SK JALAN KUANTAN 2 Perasmian Oleh: En. Azrani Effendi bin Ab Rahman Naib Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2023 SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN KUANTAN 2, JALAN KUANTAN, 53200 KUALA LUMPUR
1 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Surat Jemputan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-49 2 2 Aturcara Majlis 3 3 Carta Organisasi PIBG 4 4 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung kali ke-49 5 5 Agenda Mesyuarat Agung kali ke-49 6 6 Minit Mesyuarat Agung 2022 7 7 Laporan PIBG Tahun 2022 16 8 Laporan Tahunan (kehadiran AJK PIBG) 17 9 Senarai Aktiviti Tahunan 2022 18 10 Penyata Kewangan 2022 19 11 Usul dan Cadangan 24 12 Cadangan Sumbangan PIBG 2023 29 13 Sekalung Budi 30
2
3 ATURCARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 TAHUN 2023 SK JALAN KUANTAN 2, KUALA LUMPUR 8.30 pagi Pendaftaran guru dan ibu bapa 9.00 pagi Ucapan aluan Pengerusi majlis Bacaan Doa - Ustaz Rosli Bin Yusoff Ucapan Alu-aluan En Saifullazman bin Shafei Guru Besar SK Jalan Kuantan 2 Penasihat PIBG Ucapan Perasmian En Azrani Effendi bin Ab Rahman Naib Yang Dipertua PIBG 9.30 pagi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 bermula 1. Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 48 2. Membentang dan menerima laporan aktiviti PIBG SKJK2 sesi 2022 3. Membentang dan menerima penyata kewangan PIBG SKJK2 yang berakhir pada 31 Disember 2022 4. Pembentangan usul/cadangan 5. Membentangkan yuran bagi tahun 2023 11.30 pagi Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-49 ditangguhkan
4 CARTA ORGANISASI PIBG EX-OFFICIO (GURU BESAR) EN SAIFULLAZMAN BIN SHAFEI BENDAHARI EN SYAIFUL AZWAN BIN JUANDA RUHA AHLI JAWATANKUASA GURU IBUBAPA PN AZZRA SHAHEEN BINTI MUHAMMED ALUI PN FAZRINA BINTI MUHAMAD FAHMI PN NUR IZNI BINTI MD ADNAN PN SHARLINA BINTI ALIAS PN AMNI BINTI NAJIB EN IDZUAN BIN IDRUS EN ZUHAIMY BIN ZAHARI DR BAHIZAL BIN ABU BAKAR EN HISHAM BIN ARIFIN PN EDA MARINI BINTI YUSOF EN MOHD RIDZAL BIN ISMAIL PN NORIHAN BINTI MAT SAID YANG DI PERTUA PIBG EN ABDUL HALIM BIN YAHAYA NAIB YANG DI PERTUA PIBG EN AZRANI EFFENDI BIN AB RAHMAN SETIAUSAHA PN NORAMALINA BINTI HUSAIN JURUAUDIT PN ROHANA BINTI CHIRAT PN SHAZWANI BINTI MOHD NORIZAN
5 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 TAHUN 2023 SK JALAN KUANTAN 2, KUALA LUMPUR PENYAMBUT TETAMU PENTADBIR DAN AJK PIBG PENDAFTARAN NURUL ASILA BINTI SALEHUDDIN PN NOR FARAHAN BINTI HANAFI CIK NOR’AINAN BT BADARUDIN CIK SITI SYAZLIANA BT NOORDIN PN NOOR ADILAH BINTI ABDULLAH PN HASNI BT ABDUL HAMID SETIAUSAHA PN NORAMALINA BINTI HUSAIN PN AZZRA SHAHEEN BT MUHAMMED ALUI JURUACARA EN MUHAMMAD THAQIF BIN AHMAD THIRMIZIR BANNER/ PENTAS/ BACKDROP PN FAZILA BINTI AHMAD PN ZALILAH BINTI AHMAD PN NOR AZIRAH BINTI ABDUL LATIF PN AWANIS BT MOHD SUHAIMI PN NUR MOHANA BT ABDULLAH DOKUMENTASI PN NORILHAMI BINTI ZAKARIA PN SITI AISHAH BINTI MAT HUSSIN PN WAN NUR IZZATY BINTI WAN ABDUL RAHMAN PN AHSIAH BT AHMAD P.A SISTEM EN SYAIFUL AZWAN BIN JUANDA RUHA EN HISHAM BIN ARIFFIN PENCATAT MINIT PN SITI RAHAYU BINTI MOHD RAZALI PN SITI FATIMAH BINTI HUSAINI PN NOOR SHAMILAH BINTI AB HALIM BACAAN DOA EN ROSLI BIN YUSOFF PERSEDIAAN BUKU PROGRAM PN NUR SHAZWANI BT MOHD NORIZAN PN SAADIAH BINTI MAT DERIS PN SITI NORHANIMI BT NOHANI PERSIAPAN DEWAN DAN PERALATAN EN ZUHAIMY BIN ZAHARI EN MOHD RIDZAL BIN ISMAIL EN HISHAMUDDIN B WAHAB EN ROSLI BIN YUSOFF BORANG USUL PN NORAMALINA BINTI HUSAIN JURUGAMBAR EN MUHAMMAD IKDZUAN IZZAT BIN MD ISA EN MUHAMMAD HAZIZI BIN HAMZAH AJK MAKANAN & JAMUAN PN NURULHUDA LIZA BT AMINUDDIN ROSLI CIK NURUL IZZATI BT MOHD YUNUS PN NASEHAH BINTI ABDUL MAJID PN NUR FITRAH BT OMAR PN ROBIAH BINTI AB RAHMAN PN AMNI BINTI NAJIB
6 AGENDA MESYUARAT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 TAHUN 2023 SK JALAN KUANTAN 2, KUALA LUMPUR Agenda 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG Agenda 2 : Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-48 Agenda 3 : Membentang dan menerima Laporan aktiviti tahunan PIBG tahun 2022 Agenda 4 : Membentang, menerima dan meluluskan penyata dan laporan kewangan berakhir 31 Disember 2022 Agenda 5 : Membahaskan usul-usul Agenda 6 : Membentangkan sumbangan PIBG bagi tahun 2023 Agenda 7 : Ucapan penangguhan
7 MINIT MESYUARAT AGUNG 2022 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK JALAN KUANTAN 2 KALI KE-48, TAHUN 2022 TARIKH : 18 JUN 2022 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ SK JALAN KUANTAN 2 KEHADIRAN : 102 Orang 1. Saifullazman Bin Shafei Ex-Officio 2. Abdul Halim Bin Yahaya Yang Dipertua 3. Nur Amira Binti Muhamad Asri Setiausaha 4. Syaiful Azwan Bin Juanda Ruha Bendahari 5. Noor Shamilah Binti Abdul Halim Naib Bendahari 6. Hisham Bin Arifin Juruaudit 7. Noor Adilah Binti Abdullah AJK 8. Mohd Hafies Bin Hasamuddin Shah AJK 9. Rosli Bin Yusoff AJK 10. Nor Farahan Binti Hanapi AJK 11. Azrani Effendi Bin Ab Rahman Ahli 12. Awanis Binti Mohd Suhaimi Ahli 13. Zuhaimy Bin Zahari Ahli 14. Norhayati Haniyyah Binti Sharif Ahli 15. Siti Norhanimi Binti Nohani Ahli 16. Nur Mohana binti Abdullah Ahli 17. Siti Syazliana Binti Noordin Ahli 18. Nurulhuda Liza Binti Aminuddin Rosli Ahli 19. Nurul Izzati binti Mohd Yunus Ahli 20. Nasehah Binti Abdul Majid Ahli
8 21. Ahsiah Binti Ahmad Ahli 22. Fitrah Binti Omar Ahli 23. Amni Binti Najib Ahli 24. Fazila Binti Ahmad Ahli 25. Muhd Thaqif Bin Ahmad Thirmizir Ahli 26. Norihan Binti Mat Said Ahli 27. Hishamuddin Bin Wahab Ahli 28. Siti Aishah Binti Mat Hussin Ahli 29. Nor Farahan Binti Hanapi Ahli 30. Wan Nur Izzaty Binti Wan Abdul Rahman Ahli 31. Nur Shazwani Binti Mohd Norizan Ahli 32. Nurul Asila Binti Salehuddin Ahli 33. Noramalina Binti Husain Ahli 34. Norilhami binti Zakaria Ahli 35. Zalilah Binti Ahmad Ahli 36. Nor’ainan Binti Baharudin Ahli 37. Mohd Shahidin Bin Mohd Shaari Ahli 38. Saadiah Binti Mat Deris Ahli 39. Nur Izni Binti Md Adnan Ahli 40. Norfarahanis Binti Noor Zeri Ahli 41. Mashalim Bin Sahron Ahli 42. Norfarahanis Binti Noor Zaini Ahli 43. Wan Norulakhmar Ahli 44. Idzuan Bin Idrus Ahli 45. Haminudin Bin Mustafa Ahli 46. Wan Khairuzan Ahli 47. Farah Ndjwa Binti Hanafiah Ahli 48. Nafiza Binti Mohd Ismail Ahli 49. Nur Anis Binti Abdullah Ahli 50. Ahmad Fahizal Binti Kamarudin Ahli
9 51. Ruzaidi Bin Abd hamid Ahli 52. Rohanida Binti Ibrahim Ahli 53. Siti Hajar Binti Yunus Ahli 54. Eda Marini Binti Yusof Ahli 55. Muhammad Zaki Bin Abu Samah Ahli 56. Rematon A/P Guntang Ahli 57. Ruhaizat Binti Abdul Razak Ahli 58. Muhd Zaidi Bin Ab Rahman Ahli 59. Norazlin Baizura Binti Ghazali Ahli 60. Nurul Azmir Bin Amir Hashim Ahli 61. Fazrie Bin Bujang Ahli 62. Norizan Binti Md Noor Ahli 63. Mohd Fakrol Rozi Bin Abd Razak Ahli 64. Mohd Azhar Bin Hassan Ahli 65. Hazeline Binti Mohd Zain Ahli 66. Nur Syuhadah Binti Che Khalin Ahli 67. Nurul Ainie Binti Hamidi Ahli 68. Abd Khalid Bin Hamid Ahli 69. Wan Ahmad Fadir Bin Wan Jusoh Ahli 70. Puteh Munirah Binti Ibrahim Ahli 71. Mohammad Saif Bin Anteja Ahli 72. Mahzan Bin Teh Ahli 73. Siti Norahmizah Binti Rahmat Ahli 74. Roslinda Binti Johari Ahli 75. Mohd Efendy Bin Ismail Ahli 76. Nor Hisam Bin Muhamad Ahli 77. Norsuriati Binti Roslan Ahli 78. Megat Harizal Bin Hazan Ahli 79. Rosli bin Abdullah Ahli
10 80. Bahizal Bin Abu Bakar Ahli 81. Azman Bin Ibrahim Ahli 82. Hazelin Binti Mohd Zin Ahli 83. Ariffin Bin Abdullah Ahli 84. Safizah Binti Abdul Gani Ahli 85. Mohd Azhan Bin Ahmad Sabri Ahli 86. Sayyidatul Mufidah Binti M.Nasir Ahli 87. Rash Fariz Bin Abdul Rashid Ahli 88. Muhammad Zaki Bin Abu Samah Ahli 89. Nor Safura Binti Salehudin Ahli 90. Salasiyah Binti Pandak Aziz Ahli 91. Sharlina Binti Alias Ahli 92. Mohd Asma Ramdan Bin Mahmood Ahli 93. Nur Fazlindah Binti Muhammad Hari Ahli 94. Siti Norahmizah Binti Rahmat Ahli 95. Nurliyana Binti Wan Zuki Ahli 96. Wan Azlina Binti Wan Yaacob Ahli 97. Siti Nur Marlini Binti Mohd Noral Aini Ahli 98. Norjehan Binti Razali Ahli 99. Suhaimi Ahli 100. Iskandar Hurfash Bin Abu Huraira Ahli 101. Fazrina Binti Muhammad Fahmi Ahli 102. Puteh Munirah Binti Ibrahim Ahli Turut hadir : 1. Firdzaus Bin Said Pegawai PPD 2. Aderus Bin Sardini GPK Hal Ehwal Murid 3. Normasila Binti Mansor GPK Kokurikulum
11 AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Pengerusi (Yang Di Pertua PIBG). 1.1 Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi PIBG En. Abdul Halim Bin Yahaya. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada kali ke-48. 1.2 YDP merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirrahim’. 2. Membentangkan dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 2.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 Tahun 2021 telah dibentangkan untuk disahkan. Dicadangkan oleh : Puan Norshuhada Binti Jalil Disokong oleh : Encik Muhammad Zaki Bin Abu Samah dan semua yang hadir 3. Membentangkan, menerima dan meluluskan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2021. 3.1 Laporan kewangan PIBG sesi 2021 dibentang oleh Encik Syaiful Azwan bin Juanda Ruha untuk disahkan. Dicadangkan oleh : Puan Norliana Binti Marzuki Disokong oleh : Puan Noor Adilah Binti Abdullah dan semua yang hadir 4. Makluman kewangan 4.1 Encik Abdul Halim Bin Yahaya menyatakan bahawa bayaran untuk mesin penapis air Coway telah diselesaikan dengan bantuan Encik Azrani Effendi Bin Ab Rahman. Beliau juga memohon ibu bapa untuk meneruskan sumbangan untuk bayaran mesin penapis air Coway. 4.2 Encik Azrani Effendi Bin Ab Rahman menyatakan pihak sekolah memilih untuk mendapatkan penyelenggaraan secara berkala daripada Coway kerana penggunaan penapis air amat penting untuk murid kerana ramai murid yang menghadiri kelas KAFA.
12 5. Membahaskan usul-usul. 5.1 Usul : Memperbanyak tong sampah termasuk tong kitar semula di sekolah Jawapan : Encik Saifullazman Bin Shafei mencadangkan supaya murid membawa plastik sampah sendiri ke sekolah dan membuang sampah ke tempat sepatutnya. Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat pihak yang mengatakan akan membekalkan tong kitar semula kepada sekolah, tetapi tong kitar semula tersebut tidak sampai sehingga ke hari ini. 5.2 Usul : Cadangan memberi kebenaran kepada ibu bapa untuk membuat lawatan ke tandas murid untuk penambahbaikan tandas, kebersihan dan keceriaan tandas. Jawapan : Encik Azrani Effendi Bin Ab Rahman memaklumkan bahawa memang terdapat wakil ibu bapa yang datang untuk mengemas kelas. Beliau juga memaklumkan sekiranya ibu bapa ingin membuat penambahbaikan tandas, membersihkan dan menceriakan tandas, juga boleh datang ke sekolah secara sukarela pada hujung minggu. 5.3 Usul : Memohon untuk mencantas dahan pokok yang sudah menutupi bumbung parking Jawapan : Encik Saifullazman Bin Shafei memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan gotong-royong pada 25 Jun 2022 untuk membersihkan kawasan sekolah dan sekaligus mencantas dahan pokok tersebut. Pihak sekolah telah memesan dua ‘roro bin’ untuk mencantas pokok pada hari gotong-royong tersebut. Beliau berharap agar ibu bapa dapat hadir untuk bersama-sama membersihkan kawasan sekolah. 5.4 Usul : Cadangan untuk menubuhkan subkomuniti/pasukan kecil seperti biro kantin, biro tandas dan biro kebersihan Jawapan : Encik Abdul Halim Bin Yahaya menyatakan bahawa biro-biro tersebut telah dilantik dan akan menjalankan tugas dengan lebih efektif untuk masa akan datang. Encik Azrani Effendi Bin Ab Rahman berharap agar lebih ramai ibu bapa yang sudi menyertai pasukan tersebut.
13 5.5 Usul : Cadangan untuk mewujudkan tabung untuk pembelian CCTV bagi mencegah kes buli di sekolah. Jawapan : Encik Saifullazman Bin Shafei memaklumkan bahawa pihak sekolah telah memasang CCTV di bilik loker, ruang solat tingkat 3 dan di pondok pengawal keselamatan. Pihak sekolah dalam proses untuk menambah jumlah CCTV di tempat yang berkemungkinan tinggi berlaku kejadian buli. Encik Azrani Effendi Bin Ab Rahman menyatakan CCTV memerlukan penyelenggaraan secara berkala dan kos untuk membeli CCTV juga agak mahal. Jika berlaku kes buli, beliau memohon ibu bapa untuk memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu untuk siasatan. 5.6 Usul : Penguncupan kelas KAFA bagi memastikan urus tadbir murid berjalan dengan lancar Jawapan : Encik Aderus Bin Sardini memaklumkan bahawa hanya 30 murid terawal yang mendaftar dan mempunyai adik beradik sahaja yang akan diterima untuk kelas KAFA. Majoriti ibu bapa bersetuju dan 12 orang tidak bersetuju dengan penguncupan kelas KAFA tersebut. 6. Kutipan Sumbangan PIBG bagi tahun 2022. 6.1 Ibu bapa bersetuju untuk membayar sebanyak RM 50 untuk sekeluarga sebagai sumbangan PIBG bagi tahun 2022. 7. Hal-hal Lain 7.1 Puan Fazrina Binti Muhamad Fahmi meminta untuk guru memantau tandas murid kerana bukan sekadar kotor dan tersumbat, malah lampu juga tidak menyala dan paip juga bocor. Ini menjadikan murid takut untuk masuk ke tandas. Encik Saifullazman Bin Shafei memaklumkan bahawa masalah tersebut akan diselesaikan semasa gotong-royong pada 25 Jun 2022 nanti. Encik Azrani Effendi Bin Ab Rahman memohon ibu bapa untuk datang membantu menyelenggara secara berkala pada hujung minggu. 7.2 Puan Roslinda Binti Johari mencadangkan agar pihak sekolah memohon dana daripada pembangunan KPM untuk major renovation tandas sekolah.
14 Encik Saifullazman Bin Shafei menyatakan bahawa setiap tahun pihak sekolah memohon peruntukan daripada pihak PPWK untuk tandas sekolah, namun masih tidak berjaya. Pihak sekolah juga memohon peruntukan untuk dewan berbumbung di sekolah. 7.3 Puan Nafiza Binti Mohd Ismail menanyakan tentang isu pelaksanaan jadual murid bertugas secara bergilir pada tahun lepas sudah dilaksanakan atau belum. Encik Saifullazman Bin Shafei menyatakan jadual tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana ramai ibu bapa yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Encik Aderus Bin Sardini mencadangkan agar ibu bapa yang menjadi ibu bapa angkat kepada tandas sekolah untuk menyelenggara dan membersihkan tandas pada waktu petang atau hujung minggu. 7.4 Puan Nafiza Binti Mohd Ismail menanyakan tentang status kewangan PIBG SK Jalan Kuantan 1 setelah digabungkan dengan SK Jalan Kuantan 2. Encik Azrani Effendi Bin Ab Rahman menyatakan bahawa akaun PIBG SKJK1 telah ditutup dan baki sebanyak RM300 telah dimasukkan ke dalam akaun PIBG SKJK2. Sebanyak RM4000 telah dikeluarkan secara tunai untuk sumbangan kepada pihak yang terlibat dalam proses penutupan sekolah. Wang tersebut juga telah digunakan untuk membeli loker sebanyak 108 unit untuk disewakan kepada murid. Loker tersebut telah dipindahkan ke SKJK2. 8. Pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2020/2021 8.1 YDP PIBG Encik Abdul Halim Bin Yahaya membubarkan AJK PIBG 2020/2021 dengan mencadangkan Encik Aderus Bin Sardini sebagai pengerusi sementara. 9. Pelantikan AJK PIBG yang baharu sesi 2022/2023 1. Yang Dipertua PIBG - Encik Abdul Halim Bin Yahaya 2. Naib Yang Dipertua PIBG - Encik Azrani Effendi Bin Ab Rahman 3. Setiausaha – Puan Noramalina binti Husain 4. Naib Setiausaha – Puan Azzra Shaheen binti Muhammed Alui 5. Bendahari – Encik Syaiful Azwan bin Juanda Ruha 6. Naib Bendahari – Puan Nur Izni binti Md Adnan 7. AJK - Puan Fazrina binti Muhamad Fahmi
15 8. AJK – Encik Idzuan bin Idrus 9. AJK – Puan Sharina binti Alias 10. AJK - Puan Eda Marini binti Yusof 11. AJK – Encik Bahizal bin Abu Bakar 12. AJK – Encik Zuhaimy bin Zahari 13. AJK – Encik Mohd Ridzal bin Ismail 14. AJK – Puan Amni binti Najib 15. AJK – Puan Norihan binti Mat Said 16. AJK – Encik Hisham bin Arifin 17. Juruaudit – Puan Rohana binti Chirat 18. Juruaudit – Puan Nur Shazwani binti Mohd Norizan 10. Ucapan Penangguhan 10.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. 10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.20 pagi. Saya yang menjalankan amanah, …………………………………. ( NUR AMIRA BINTI MUHD ASRI ) Setiausaha PIBG, SK Jalan Kuantan 2, 53200 Kuala Lumpur. PENCATAT MINIT: Nur Izni Binti Md Adnan Nur Shazwani Binti Mohd Norizan
16 LAPORAN PIBG TAHUN 2022 Laporan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) SKJK 2 Kali ke-48, Tahun 2022 Mesyuarat Agung PIBG Jalan Kuantan 2 bagi sesi 2022/2024 berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 8.30 pagi, ibu bapa telah membuat pendaftaran menggunakan sistem QR kod dan menulis secara manual bagi mengurangkan kesesakan di meja pendaftran. Seramai 102 orang yang hadir pada majlis tersebut yang terdiri daripada 42 orang guru dan 60 orang daripada kalangan ibubapa dan penjaga. Mesyuarat Agung dimulakan bacaan doa oleh Ustaz Rosli bin Yusoff diikuti dengan ucapan aluan daripada tuan Guru Besar SK Jalan Kuantan 2, Encik Saifullazman bin Shafei selaku Penasihat PIBG. Aturcara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Encik Abdul Halim bin Yahaya selaku Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan 2. Beliau seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung kali ke 48 SK Jalan Kuantan 2. Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung dimulakan dengan ucapan ringkas daripada YDP PIBG 2020/2022, Encik Abdul Halim bin Yahaya dan diteruskan dengan membentang minit mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-47 serta pembentangan aktiviti tahunan PIBG bagi tahun 2021 oleh setiausaha PIBG 2020/2022 Puan Nur Amira Binti Mohd Asri. Mesyuarat diikuti dengan pembentangan laporan kewangan yang berakhir 31 Disember 2021 oleh bendahari PIBG, Encik Saiful Azwan bin Juanda Ruha. Agenda diteruskan dengan membahas usul-usul yang dikemukakan oleh para ibubapa serta pembentangan usul sumbangan PIBG bagi tahun 2022. Setelah selesai bermesyuarat, majlis diteruskan dengan pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2022dan diteruskan dengan proses pelantikan Ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2024 dengan melantik YDP dan NYDP dan seterusnya AJK Ibubapa serta guru. Encik Abdul Halim bin Yahaya sekali lagi diamanahkan untuk menerajui PIBG SK Jalan Kuantan 2 sebagai YDP bagi tahun 2022/2022 yang akan dibantu oleh Encik Azrani Affendi bin Abdul Rahman selaku NYDP bagi sessi 2022/2024, manakala Puan Noramalina binti Husain selaku Setiausaha dan Encik Saiful Azwan bin Juanda Ruha selaku Bendahari. Majlis diteruskan dengan pelantikan beberapa orang AJK dalam kalangan ibubapa dan juga guru. Mesyuarat agung PIBG kali ini diakhiri dengan 10 cabutan bertuah bagi menceriakan para jemputan yang disempurnakan oleh Encik Firdzaus bin Said selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang turut hadir pada majlis tersebut. Majlis berakhir pada pukul 11.30 pagi dengan ucapan penangguhan oleh Ustazah Adilah binti Abdullah selaku pengerusi majlis pada hari berkenaan. Disediakan oleh: ……………………………………………….. (NUR AMIRA BINTI MUHD ASRI) Setiausaha PIBG, SK Jalan Kuantan 2, 53200 Kuala Lumpur.
17 LAPORAN TAHUNAN CARTA KEHADIRAN AJK PIBG BIL NAMA JAWATAN 13 JULAI 3 DIS 16 FEB 9 MEI 9 JUN 1. En Saifullazman bin Shafei Ex-Officio / / / / / 2. En Abdul Halim bin Yahaya Yang Dipertua / / / / TH 3. En Azrani Effendi bin Ab Rahman Naib Yang Dipertua / / / TH / 4. Pn Noramalina binti Husain Setiausaha / / / / / 5. Pn Azzra Shaheen binti Muhammed Alui Naib Setiausaha / / TH / / 6. En Syaiful Azwan bin Juanda Ruha Bendahari TH TH / / / 7. Pn Nur Izni binti Md Adnan Naib Bendahari / / / TH TH 8. Pn Norihan binti Mat Said AJK Guru / / / TH TH 9. En Hisham bin Arifin AJK Guru / TH / / / 10. En Zuhaimy bin Zahari AJK Guru TH / TH / / 11. En Mohd Rizal bin Ismail AJK Guru / / / / / 12. Pn Amni binti Najib AJK Guru TH / / / / 13. Pn Fazrina binti Muhammad Fahmi AJK Ibubapa / / / / / 14. Pn Sharlina binti Alias AJK Ibubapa / TH / / TH 15. Pn Eda Marini binti Yusof AJK Ibubapa / / / / / 16. Dr Bahizal bin Abu Bakar AJK Ibubapa / TH TH TH TH 17. En Idzuan bin Idrus AJK Ibubapa TH / / TH TH 18. Puan Rohana binti Chirat Juruaudit TH TH TH TH TH 19. Pn Nur Shazwani Binti Mohd Norizan Juruaudit TH TH TH TH TH
18 AKTIVITI TAHUNAN 2022 Semua aktiviti yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan daripada pihak sekolah dan ibu bapa serta beberapa komuniti luar. AJK PIBG banyak menyalurkan sumbangan perkhidmatan idea malah ada di antara mereka berusaha mencari dana bagi menampung kos perbelanjaan setiap program. Diharapkan pada masa akan datang, PIBG SKJK2 akan lebih mantap lagi dalam usaha menaikkan prestasi dan kecemerlangan sekolah secara amnya. BIL AKTIVITI 1. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG 2. Pendaftaran Murid Prasekolah dan Tahun 1 3. Persediaan Pembukaan Sekolah 4. Program Sanitasi Kelas dan Sekolah 5. Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 6. Penutup Ihya Ramadhan dan Majlis Khatam Al Quran Peringkat Sekolah 7. Program Bacaan Yasin 8. Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawikh 9. Majlis Sambutan Hari Raya 10. Majlis Sambutan Hari Guru 11. Pertandingan Boling 2.0 Tertutup 12. Mesyuarat Agung Kali ke-48 13. Cross Country Ft Teachers Day Virtual Run 14. Kejohanan Sukan Sekolah Kali ke-53 15. Program Gotong-Royong Sekolah 16. Sambutan Maal Hijrah 17. Sambutan Hari Kebangsaan 18. Gerobok Rezeki 2022 19. Sambutan Maal Hijrah 20. Program Ziarah Cakna 21. Sambutan Bulan Bahasa 22. Majlis Sambutan Persaraan En Shahidin 23. Sambutan Maulidur Rasul 24. Sambutan Hari Kanak Kanak 25. Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 26. Program Jalinan Antara SK Anak-Anak Angkatan Tentera dan SK Jalan Kuantan 2 27. Majlis Khatam Al Quran 28. Hari Terbuka Sekolah Pelaporan Profil Murid 29. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 30. Majlis Apresiasi Prasekolah 31. Majlis Makan Malam dan Perpisahan Tahun 6 32. Membaikpulih dan Menyelenggara Infrastruktur Tandas 33. Sumbangan 1 Murid 1 Kerusi
19 PENYATA KEWANGAN 2022
20
21
22
23
24 USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK JALAN KUANTAN 2 KALI KE-49 TAHUN 2023 BIL ISU NAMA PENCADANG PENYATAAN USUL MAKLUM BALAS SEKOLAH 1. KANTIN • Norhisam bin Daud • Norsuriati binti Roslan Anak: 1. Muhammad Nur Rafiq Quzairy bin Norhisam (4IK) 2. Nur Adriana Balqis binti Norhisam (3IB) 3. Muhammad Nur Arsyad bin Norhisam (1IS) 1. Penambahbaikkan makanan dan minuman di kantin, menjual makanan ringan yang lebih berkhasiat 2. Mempamerkan senarai harga makanan dan minuman di kantin 1. Senarai harga Kantin ada mempamerkan senarai harga makanan & minuman. 2. Penjualan makanan yang berkhasiat Pengusaha kantin sentiasa diingatkan mengenai penjualan makanan yang sihat, mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh KPM. 3. Kebersihan kantin & penambahbaikan persekitaran Pengusaha kantin telah beberapa kali diberi peringatan tentang kebersihan kantin & penambahbaikan persekitaran kantin. 4. Tukar pengusaha kantin Aduan tentang pengusaha kantin sentiasa diambil berat oleh pengurusan sekolah & banyak tindakan telah diambil. Kontrak sedia ada akan tamat pada November 2023 & tender baru akan dikeluarkan pada Julai 2023. 5. Vending machine Akan dibincangkan & diputuskan di dalam Mesyuarat Agung. 2. KANTIN • Mohd Hafiizh bin Baharuddin • Nur Syuhada binti Abu Bakar Anak: 1. Hud Zyad bin Mohd Hafiizh (2IK) Cadangan menghentikan penjualan makanan tidak berkhasiat di kantin dan di persekitaran sekolah. Perlu ada perbincangan lebih mendalam untuk mengatasi isu ini. jika kantin sekolah tidak dapat menyediakan, mungkin pibg boleh wujudkan sesuatu. 3. KANTIN • Nurol Nizam bin Ahmad Shaari • Nur Suhaili binti Muhamad Anak: 1. Nazirul Naim bin Nurol Nizam (6IB) 2. Nazirul Najmi bin Nurol Nizam (4IS) Penambahan baikan persekitaran kantin seperti alas meja. 4. KANTIN • Mohd Azhar bin Hassan • Hairunnisa binti Ab Samad Anak: 1. Khaleef Danish bin Mohd Azhar 6IB 2. Khasyaf Darwish bin Mohd Azhar 4IS 3. Khilfi Daiyan bin Mohd Azhar 2IB 1. Mohon tukar pengendali kantin dan cari pengendali kantin yang membekalkan makanan sihat dan seimbang untuk kanakkanak. 2. Mohon keluarkan machine air dari dalam kawasan sekolah, terima kasih.
25 BIL ISU NAMA PENCADANG PENYATAAN USUL MAKLUM BALAS SEKOLAH 5. KANTIN • Abd Khalid bin Hamid • Nurul Ainie binti Hamidi Anak: 1. Muadz Darwisy bin Abd Khalid (3IB) 2. Inas Darisa binti Abd Khalid (1IS) 1. Tidak perlu sambung kontrak kantin sedia ada setelah tamat kontrak tahun ini. pelbagai aduan yg telah berkali-kali dibuat tetapi tetap tiada perubahan. 2. Vending machine tidak wajar digunakan oleh kanak-kanak sekolah. Tiada keperluan. 6. KANTIN • Mohammad Herman bin Abdul Majid • Siti Nurmarlini bt Mohd Noral Aini Anak: 1. Nur Humaira Batrisyia binti Mohammad Herman (5IB) Isu menu jualan di kantin. mohon sekiranya kepelbagaian menu sihat dan harga yang berpatutan untuk murid. Mungkin perlu dipaparkan jadual menu mengikut hari dan senarai harga dengan persetujuan pihak sekolah terlebih dahulu supaya pihak kantin dpt melaksanakan menu dengan lebih tepat. 7. KANTIN • Maziana binti Ab.Rahman Anak: 1. Nur Auni binti Mohamad Rahim Alghazi (2IK) 1. Tiada jualan makanan ringan (junk food) di kantin sekolah. 2. Pamerkan harga di setiap menu di kantin sekolah 8. KANTIN • Norziah Binti Muhammad Hari Anak: 1. Nur Saidatul Najwa binti Mohd Shaharudin (6IK) 2. Nur Fathonah Alya Binti Mohd Shaharudin (5IS) Mohon pihak kantin utamakan kebersihan semasa penyediaan makanan, pelbagaikan lagi menu sihat, berikan harga tetap bagi setiap menu.
26 BIL ISU NAMA PENCADANG PENYATAAN USUL MAKLUM BALAS SEKOLAH 9. BILIK DARJAH • Novita Christiany Anak: 1. Qistina Qaishara Putri Balqis (2IB) 2. Qistina Maishara Putri Athiyyah (1IS) Harap dpt memasang kipas angin disetiap kelas, memandangkan sekarang musim panas. 1. Kipas Setiap kelas telah dilengkapkan dengan kipas angin. Sebarang cadangan penambahan kipas angin di kelas boleh dipohon daripada pengurusan sekolah melalui Guru Kelas. IbuBapa boleh berbincang dengan guru kelas masing-masing & kos-kos yang berkaitan adalah di bawah tanggungan IbuBapa sepenuhnya. 2. Penghawa dingin Pemasangan penghawa dingin memerlukan kelulusan dari JKR kerana melibatkan pengubahsuaian & peningkatan kos elektrik yang tinggi yang tidak mampu ditampung oleh pihak sekolah. 10. BILIK DARJAH • Siti Aishah Saidin Anak: 1. Nur Jannah Raihah (6IB) 2. Nurjannah Raihanah (4IB) Cadangan untuk mengumpul dana daripada ibubapa bagi membeli dan memasang aircond di semua kelas. atau membeli kipas dinding tambahan kepada semua kelas. 11. BILIK DARJAH • Nurol Nizam bin Ahmad Shaari • Nur Suhaili binti Muhamad Anak: 1. Nazirul Naim bin Nurol Nizam (6IB) 2. Nazirul Najmi bin Nurol Nizam (4IS) Cantikkan keadaan bilik darjah. Usaha untuk mencantikkan bilik darjah boleh dibincangkan diantara IbuBapa/waris dengan Guru Kelas masing-masing. 12. KEBERSIHA N • Nurol Nizam bin Ahmad Shaari • Nur Suhaili binti Muhamad Anak: 1. Nazirul Naim bin Nurol Nizam (6IB) 2. Nazirul Najmi bin Nurol Nizam (4IS) Pembersihan kawasan tempat pelajar menunggu (sekitar pagar kecil) juga bilik locker pelajar. Telah diambil tindakan, pihak syarikat pembersihan telah dimaklumkan.
27 BIL ISU NAMA PENCADANG PENYATAAN USUL MAKLUM BALAS SEKOLAH 13. KEBERSIHAN • Kamil Khairi Ariff • Alyafaten Binti Tun Kamaruddin Anak: 1. Elena Hanoum Ariff binti Kamil Khairi Ariff (1IB) Keadaan tandas di sekolah. Tandas telah dinaiktaraf pada tahun 2022 & jadual penyelenggaraan secara berkala telah dibuat (setiap 3 bulan dengan kos RM1,000/sekali = RM4,000/setahun). 14. KEDAI BUKU Farah Nadjwa Binti Hanafiah Anak: 1. Muhamad Fahmi Asy Syaqirain (5IB) 2. Muhamad Anas Asy Syaqirain (3IK) Mencadangkan koperasi sekolah jual item yang diperlukan untuk pendidikan seni - boleh rujuk buku teks. Sebab kadang² ibubapa ada yang tidak berkesempatan untuk sediakan.contoh : straw, tanah liat. Telah diambil tindakan, kedai buku sekolah telah dimaklumkan. 15. KAWASA N SEKOLAH • Marsitah Abdul Jalil Anak: 1. Nur Arinah Muhd Resdi (4IB) Mohon dipastikan tiada perokok di dalam kawasan sekolah. Sering berbau asap rokok yang menjejaskan kesihatan murid2 & guru2. Telah diambil tindakan, pengawal keselamatan telah dimaklumkan. 16. KAWASA N SEKOLAH • Norhisam bin Daud • Norsuriati binti Roslan Anak: 1. Muhammad Nur Rafiq Quzairy bin Norhisam (4IK) 2. Nur Adriana Balqis binti Norhisam (3IB) 3. Muhammad Nur Arsyad bin Norhisam (1IS) Pengawalan keselamatan muridmurid ketika waktu petang. Pengawal keselamatan bertanggungjawab mengawal di dalam premis sekolah sahaja, Melalui inisiatif PIBG, seorang pengawal keselamatan telah dilantik & dibayar token oleh PIBG untuk mengawal keselamatan pada waktu pagi. Jika mahu perkhidmatan yang sama untuk sebelah petang, memerlukan peruntukan khas samada melalui PIBG atau KAFA. 17. DISIPLIN • Kamil Khairi Ariff • Alyafaten Binti Tun Kamaruddin Anak: 1. Elena Hanoum Ariff binti Kamil Khairi Ariff (1IB) Isu disiplin Jika ada sebarang isu disiplin, IbuBapa/waris diminta terus menghubungi Guru Kelas atau PK HEM untuk berbicang dengan lebih lanjut supaya tindakan segera dapat diambil.
28 BIL ISU NAMA PENCADANG PENYATAAN USUL MAKLUM BALAS SEKOLAH 18. LAIN- LAIN • Mohd Hafiizh bin Baharuddin • Nur Syuhada binti Abu Bakar Anak: 1. Hud Zyad bin Mohd Hafiizh (2IK) 1. Apakah status sewaan atau penyelenggaraan water dispenser jenama coway? Adakah diselenggara mengikut ketetapan yg disarankan oleh pihak pengeluar? Kenapa permukaan water dispenser sangat kotor? 2. Kenapa kelas-kelas seni pertahankan diri tidak dibenarkan untuk diadakan di sekolah? Water dispenser Coway diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengeluar. Ia berada di dalam keadaan bersih. Kekotoran tersebut adalah tanda/kesan lama yang tidak boleh hilang. Ia tidak dilaksanakan kerana sambutan tidak menggalakkan. Walaubagaimanapun, IbuBapa/waris yang berminat boleh memohon dengan pihak sekolah. Namun, pelaksanaan adalah dengan inisiatif sendiri - mengumpul peserta, mendapatkan khidmat Coach, menguruskan bayaran kepada Coach serta pihak sekolah untuk kos-kos penyelenggaraan & kebersihan. 19. LAINLAIN • Mohamad Sabrie Mansor Anak: 1. Fathima Zahra (5IS) 2. Fathia Zulekha (3IK) 1. Usul 1 - Silibus aras tinggi menjadi salah satu punca dalam keciciran murid. Apakah persediaan guru-guru dalam membantu pelajar terutamanya kaedah pembelajaran silibus aras tinggi ini mampu mencapai kepahaman optimum pelajar bagi mengelakkan keciciran murid. 2. Usul 2- Pentaksiran bilik darjah (PBD) adalah system yang baik tetapi rapuh dalam perlaksanaan. Ianya bukan sahaja membebankan guruguru malahan menjadikan pelajar lebih tercicir kerana mana mungkin guru dapat mengukur, menilai dan mentafsir dengan tepat keupayaan murid dalam kelas yang ramai. Saya mencadangkan kaedah ini ditambah baik dan di kaji semula. Guru-guru sentiasa didedahkan & diberikan latihan yang sewajarnya oleh KPM agar dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan seiring dengan PMP yang ditetapkan oleh KPM. Isu ini melibatkan dasar & tidak dapat dijawab di peringkat PIBG mahupun sekolah. Mohon isu/saranan dibawa ke KPM.
29 20. LAINLAIN • Maziana Binti Ab.Rahman Anak: 1. Nur Auni binti Mohamad Rahim Alghazi (2IK) Adakan sesi bergambar mengikut kelas bersama Guru Kelas pada setiap tahun. Akan diambil tindakan di akhir sesi persekolahan. Cadangan Sumbangan PIBG 2023 Bil Jenis bayaran Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 1. Hari Kanak-Kanak RM15 RM15 RM15 RM15 RM15 RM15 2. Sumbangan Keceriaan RM5 RM5 RM5 RM5 RM5 RM5 3. Penyelenggaraan tandas RM10 RM10 RM10 RM10 RM10 RM10 4. Sukan Tahunan RM10 RM10 RM10 RM10 RM10 RM10 5. Keselamatan RM5 RM5 RM5 RM5 RM5 RM5 6. Penapis air (coway) RM5 RM5 RM5 RM5 RM5 RM5 7. Kertas peperiksaan - - - RM15 RM15 RM15 8. Sumbangan PIBG (bayaran sekali sahaja untuk satu keluarga) RM50 RM50 RM50 RM50 RM50 RM50 Jumlah Besar RM100 RM100 RM100 RM115 RM115 RM115
30 SEKALUNG BUDI Jutaan terima kasih diucapkan kepada: En Abdul Halim bin Yahaya YDP PIBG SK Jalan Kuantan 2 2022/2023 AJK PIBG SK Jalan Kuantan 2 2022/2023 Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Keramat Para guru dan staf SK Jalan Kuantan 2 2022/2023 Para Ibu Bapa SK Jalan Kuantan 2 2022/2023 dan individu atau kumpulan yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49.
31 https://toyyibpay.com/PIBG-SKJK2-KL