The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shadbsf2016, 2022-12-03 09:51:45

E-BOOK MATERIALISME

Ebook NMM

MATERIALISME

NAMA PENSYARAH :
PUAN DR NOR HAYATIFATMI BT TALIB

DISEDIAKAN OLEH
USHA A/P G KASINATHAN

( 23DBS21F2016 )
SHARMILA A/P LOGANATHAN

( 23DLS21F2053 )
NEGHA A/P SURENDRAN KUMAR

( 23DLS21F2004 )

This template was created by Slidesgo

PENGENALAN

Meterialisme merupakan satu sifat yang tergolong dalam kehidupan
masyaralkat masa kini yang mengutamakan keinginan untuk mengejar
hal kebendaan. Sedar atau tidak, sebenarnya materialisme ini semkin
terserap ke dalam sanubari masyarakat dunia yang sedang terkejar-
kejar untuk mencari kesenangan dunia dengan kebendaan yang ada
disekeliling mereka.

Maka , terwujudlah “budaya materialisme” di mana ia semakin
mendominasi global.Lebih membinbangkan lagi apabila budaya ini telah
membawa impak negatif yang terlalu dasyat kepada
persekitaran.Memanglah kita sebagai invidu ingin jalani hidup dengan
selesa bukan? Tambahan pula, pada zaman serba mohon ini terlalu
banyak cabaran dari segi ekonomi dan lain –lain yang membuatkan
ramai orang bekerja keras untuk hidup dengan selesa.

Akan tetapi secara tidak langsung apabila terlalu mempamerkan
kemewahan hidup kepada orang luar dapat memberi satu sikap yang
negatif.Renung_renungkan apa yang berlaku pada dunia hari ini,
semuanya berkait rapt dengan budaya materialisme yang semakin
kerap diamalkan oleh masyarakat kita sekarang

This template was created by Slidesgo

FAKTOR-FAKTOR TERJADINYA
BUDAYA MATERIALISME

➢ . Obses terhadap kebendaan dan materialistik
- Masyarakat Malaysia terlalu obses terhadap kebendaan atau

materialistik dari segi ingin mempunyai rumah yang mewah,kereta
yang mewah,pakaian yang berjenama dan sebagainya.

➢ Tidak berpegang kuat pada ajaran agama
- Masyarakat yang obses terhadap kebendaan atau materialistik ini

kurang berpegang kuat pada ajaran agama dan kurang nilai rohani
pada diri sehingga melupakan tuhan dan hanya fokus terhadap
benda yang diingini.

➢ Sifat dengki dan iri hati
- Seseorang individu yang cemburu melihat kebahagiaan,

kemewahan,kejataan,kedudukan dan pangkat individu yang lain
dan sentiasa dihina individu tersebut akan timbul rasa ingin
menjadi kaya seperti orang lain yang hidup materialistik agar dapat
disanjung tinggi di kalangan masyarakat.

➢ Gaya hidup keluarga yang materialistik
- Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak seperti sentiasa membeli

barangan mahal yang mereka inginkan dan berikan apa sahaja
yang mereka mahu sehingga anak-anak tidak tahu erti hidup
kesusahan. Ini akan menimbulkan sifat sombong dan tidak tahu
untuk bersyukur dengan apa yang ada pada diri anak-anak serta
malas untuk berusaha kerana mereka hanya bergantung kepada
ibu bapa mereka yang materialistik.

This template was created by Slidesgo

PUNCA-PUNCA MATERIALISEME

. Antara punca-punca materialisme berleluasa di dalam negara
adalah kerana sikap rakyat yangingin hidup mewah di luar kemampuan
mereka. Tambahan pula, sistem pentadbiran yanglemah menyebabkan
kegiatan rasuah semakin berleluasa di Malaysia dan tidak lagi
dapatdibendung oleh pemimpin-pemimpin negara. Malah, gejala
rasuah sudah menjadi perkarayang tidak asing lagi dalam masyarakat.
Dengan ini, materialisme mengakibatkan adanyajurang antara
golongan atasan dan golongan bawahan. Misalnya, ia dapat
dilihat dalammuzikal teater yang dipersembahkan dalam drama hatta
azad khan. Beliau telah menerapkandalam drama di mana golongan
atasan yang lebih berkuasa telah mengarahkan golongan-golongan
bawahan yang lemah ini untuk melakukan perkara-perkara yang
negatif dan merekaterpaksa akur kerana ingin mendapatkan
ganjaran mata wang.

Pengajaran dari perkara tersebut, kita dapat lihat bahawa realiti
kehidupan manusia sudah dipengaruhi oleh kegiatanrasuah di mana-
mana sahaja. Pembangunan di Malaysia juga berpandukan aspek
materialistikdi mana apabila seseorang itu berani untuk memberikan
rasuah kepada pihak-pihak yangdirasakan berpengaruh hanya untuk
mendapat jawatan dan pangkat yang lebih tinggi dandipandang tinggi
oleh orang ramai. Individu yang tidak mempunyai iman yang
kukuhterutamanya akan terjebak dalam gejala rasuah kerana
mereka tiada rasa bersalah atasperbuatannya malah ia seperti
perkara biasa dalam menjalankan tugas.

This template was created by Slidesgo

PUNCA-PUNCA MATERIALISME

Selain itu, pada era globalisasi ini, perkembangan modenisasi
juga adalah salah satu faktorisu materialistik berleluasa. Perkembangan
modenisasi menyebabkan rakyat lebih tertumpukepada satu bentuk
kehidupan barat dan secara tidak langsung mempengaruhi minda
danfikiran masyarakat dari aspek budaya, dan cara hidup. Malah,
dengan adanya Internet danmedia sosial membuktikan betapa
mudahnya untuk menyebarkan info dari satu negara kenegara lain. Hal
ini mengakibatkan budaya materialisme tersebar di negara-negara lain
yangmendorong masyarakat Malaysia untuk meniru gaya hidup yang
bersikap tamak dan ingin hidup mewah untuk menunjuk-nunjuk kepada
orang lain. Lebih-lebih lagi, kurangnya didikanagama seseorang
mendorong seseorang untuk bersikap demikian kerana pendirian
merekatidak lagi berunsurkan keagamaan dan hanya kebendaan
semata-mata.

Sebagai contoh,fikiran rakyat hanya berunsurkan kebendaan
atas sebab ia memberikan kehidupan yangbahagia. Walhal, budaya
materialisme ini sudah terjadi sejak azali lagi seperti peristiwa firaunyang
mendoktrinkan pengikutnya agar mengukur benar dan salah
berdasarkan ukuranmaterial di mana jika kaya dan mendatangkan
keuntungan, maka ia adalah benar sebaliknyajika miskin dan tidak
mendatangkan keuntungan maka ia adalah salah.

This template was created by Slidesgo

PUNCA TERJADINYA BUDAYA
MATERIALISME

Hal ini kerana masyarakat Malaysia kini menjadi terlalu obses
dengan kebendaan atau materialistik. Kita boeh lihat sendiri dari segi
penilaian kita terhadap seseorang yang biasanya dibuat melalui
kemewahan seseorag itu seperti jenis kereta apa yang dipakainya,
rumah bagaimana yang didiaminya serta di mana, selain jenama pakaian
apa yang dipakainya.Bak kata orang,’ yang kaya disanjung dan yang
miskin dihina.

Ramai anak muda sekarang yang menjalani gaya hidup mewah
seperti berbelanja di tempat- tempat eksklusif dengan mempamerkan
kad kredit di sana sini.Kemudian post di laman media sosial untuk
mendapatkan pujian dan like yang banyak.Seacara tidak langsung,ramai
yang mula bersikap sombong dengan mempamerkan kemewahan
mereka kepada orang ramai.

Apa yang jelas sekarang adalah kejayaan seseorang itu bayak diukur
dari aspek kebendaan.Seseorang itu akan disanjung tinggi dan dihormati
hanya kerana kemewahannya.Tidak kisah bagaimana dan dengan apa
cara dia mendapatkan kekayaannya.Apa yang menjadi keutamaannya
adalah mempunyai kehidupan yang selesa agar dapat ditunjukkan
kepada orang sekeliling.

This template was created by Slidesgo

KESAN-KESAN MATERIALISME

Materialisme sangat memberi kesan ke atas seseorang atau individu
tersebut dari segi kehidupan dan sikap seseorang. Menurut Hardiman Budi,
Penerbit Erlangga (2011), seseorang akan bersikap boros dan materialistik
kerana meletakkan trend semasa dan pengaruh rakan sebaya sebagai prioriti
utama dalam kehidupan seharian. Mereka paranoid jika dikatakan kolot atau
tidak berkemampuan dari segi kewangan. Satu contoh yang paling mudah
dapat dilihat pada hari ini ialah kebanyakan orang amat mementing kan
gadget terutamanya telefon pintar kerana ia dianggap sebagai status
seseorang.Mereka sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli iPhone
yang hanya sebiji telefon pintar walhal fungsinya tidaklah begitu jauh jika
hendak di bandingkan dengan telefon pintar lain yang lebih murah."Apple“.

Seterusnya, Wang simpanan boleh cepat habis disebabkan oleh pembelian
berlebihan dan pembelian barangan yang tidak diperlukan.Jika melabur dalam
skim cepat kaya mungkin akan bankrupt kerana terlalu menginginkan wang
dan kemewahan,. Selain itu,hidup berhutang dan tidak mempunyai wang yang
cukup untuk kecemasan.Tidak disanjungi oleh segelintir masayarakat kerana
terlalu kurang bersederhana dan hanya menunjukkan kemewahan.

This template was created by Slidesgo

CARA MENGATASI BUDAYA MATERIAISME

Cara mengatasi masalah materialisme ini adalah menyedarkan
diri kita sendiri bahawa duit datang dan pergi. Pada zaman sekarang ini
ramai orang berjuang dengan materialisme dalam semua hal. Contohnya
ingin memiliki barang yang terbaru dan terbaik.Tetapi kita mesti
kurangkan sikap itu, dengan cara kita harus dapat mempertimbangkan
berapa banyak kita dapat menjimatkan wang ,kita juga haruslah tahu
tidak perlulah kita membeli hal-hal atau barang-barang yang baru.
Dengan cara itu kita boleh memutuskan diri dengan lebih berjimat
ceramat akan lebih mengutungkan kehidupan kita dan manfaat yang
lebih besar daripada perhiasan,pakaian dan barang yang terbaru.

Selain itu, kita hendaklah menghindari sifat tamak dan rakus. Kita
hendaklah menyadari bahawa tidak semua benda atau sesuatu itu tidak
selalu menjadi hal yang baru dan tidak semua benda yang kita ingin kita
dapat. Kita hendaklah sedar bahawa harta benda tidak akan selalu
menjadi hal yang baru selamanya. Kita harus buang sifat tamak dan
rakus. Kita juga patut untuk berasa tidak terlalu materialise. tidak ada
benda yang kekal selamanya di muka bumi ini. Menyadari bahawa harta
benda hanya bersifat sementara. Kebanyakan orang akan merasa tidak
terlalu materialisme bila mereka boleh memahami apa yang cuba
disampaikan ini.

This template was created by Slidesgo

BERITA MENGENAI MATERIALISME

This template was created by Slidesgo

KESIMPULAN

Sudah terang lagi bersuluh,maka hendaklah kita sentiasa mengingatkan diri
sendiri dan orang di sekeliling bahawa sikap sentiasa memandang seseorang
melalui harta dan kekayaan atau lebih dikenali sebagai materialisme mampu
memudaratkan diri sendiri dan keluarga. Hal ini boleh dilihat apabila kita
mudah membandingkan sesuatu benda mengikut jenama dan kualiti
sesuatu barang dan membandingkan kekayaan seseorang dengan kekayaan
orang lain serta lebih menghormati orang yang mempunyai harta yang
banyak berbanding dengan orang tidak mempunyai harta yang banyak.
Justeru, hal ini juga mampu membawa impak yang negatif pada masyarakat
sekiranya sikap materialisme ini masih berleluasa di kalangan masyarakat
pada zaman kini. Akhir sekali,kita haruslah terapkan nilai-nilai murni dalam
diri terutamanya sikap sederhana dalam setiap perkara bagi mengelakkan
diri sendiri dari menjadi semakin alpha dengan kebendaan dan kemewahan.

This template was created by Slidesgo

RUJUKAN

● https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-
mara/falsafah/materialisme-negara-notes/15092527

● https://prezi.com/p/oako0o9awhgp/materialisme/
● https://prezi.com/p/oako0o9awhgp/materialisme/

This template was created by Slidesgo


Click to View FlipBook Version