Peraturan murid masuk ke SK Serandu :
Menghantar dan mengambil murid tepat pada masa supaya
murid tidak berkumpul di luar pagar sekolah.
(Boleh dikompoun RM1,000 oleh MKN).
Ibu bapa/penjaga diminta menghantar selepas 7.00 pagi.
Jadual balik murid sepanjang tempoh PKPP.
Hari / Masa balik Tahap 1 Tahap 2
Isnin
Selasa 12.15 tengah hari 12.45 tengah hari
Rabu
11.45 pagi 12.45 tengah hari
Khamis
Jumaat 11.45 pagi 12.15 tengah hari
11.45 pagi 12.15 tengah hari
11.45 pagi
Hanya murid SIHAT sahaja dibenarkan ke sekolah.
Suhu melebihi 37.5° murid akan diminta pulang.
Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan menghantar anak ke
dalam kawasan sekolah.
Ibu bapa/penjaga hanya dibenarkan menggunakan
kenderaan untuk menghantar anak-anak ke kantin
sekolah, sekiranya hari hujan dengan menggunakan
kaedah pandu lalu.
Murid digalakkan membawa bekalan makanan sendiri dari
rumah, tetapi elakkan makanan berkuah.
Murid digalakkan membawa air minuman, sudu, kain
bersih pada setiap hari untuk mengelap meja selepas
makan.
Murid yang tidak membawa bekal, boleh menggunakan
sistem tempahan melalui guru kelas selewat-lewatnya pukul
9.00 malam hari sebelumnya. Menu akan diberitahu kemudian.
Murid digalakkan memakai pelitup muka.
Setiap murid akan dibekalkan dengan kad QR KOD dan
diminta membawa kad tersebut pada setiap hari persekolahan
untuk catatan suhu badan sewaktu murid tiba di pintu masuk
pagar sekolah.
Murid diminta memakai uniform sekolah yang lengkap.
Murid diminta mengamalkan 3W (Wash, Wear, Warn).
Terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang memberikan komitmen terhadap
S.O.P yang ditetapkan KKM, MKN & KPM