AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 1 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 BAHAGIAN I : STATUTORI
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 2 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Perjanjian ini dibuat pada 11 Julai 2018 antara KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PERUSAHAAN KUMPULAN UMW, sebagai sebuah Kesatuan Pekerja bagi pekerja-pekerja yang didaftarkan mengikut Akta Kesatuan Pekerja 1959 dan mempunyai pejabat yang berdaftar di No. 10, Jalan Utas 15/7, Kawasan Perindustrian, Peti Surat 7052, 40915 Selangor (Selepas ini disebut sebagai “Kesatuan”), bagi satu pihak dan AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN. BHD, sebuah Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dengan tanggungan yang terhad dan yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Tingkat 3, Bangunan Corporate, Jalan Utas (15/7), Kawasan Perindustrian Batu Tiga, Peti Surat 7052, 40915 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan (yang kemudian disebut sebagai “Syarikat” bagi pihak yang satu lagi). Kesatuan dan Syarikat mengiktiraf bahawa mereka mempunyai kepentingan bersama dan bahawa produktiviti serta kejayaan perniagaan Syarikat adalah penting dan utama kepada kedua-dua pihak. Ini memerlukan perhubungan kerjasama yang sebaik mungkin antara Kesatuan dan Syarikat. Dengan tujuan dan matlamat tersebut maka kedua-dua pihak memasuki perjanjian ini. Perjanjian ini akan dikenali sebagai “PERJANJIAN BERSAMA KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PERUSAHAAN KUMPULAN UMW DAN AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD”. Perkara (a) Perjanjian ini akan berkuatkuasa mulai 1hb Januari 2018 dan akan terus berkuatkuasa sehingga 31hb Disember 2020 atau sehingga ditamatkan oleh sebuah perjanjian yang baru sebagaimana yang diperuntukkan di dalam perjanjian ini. Perkara (b) Dalam tempoh Perjanjian ini, tiada pihak boleh menuntut untuk mengubah atau meminda manamana peruntukan dalam perjanjian ini atau membuat tuntutan-tuntutan baru atas syarat-syarat perkhidmatan kecuali dengan persetujuan bersama pihak-pihak berkenaan atau atas kuatkuasa undang-undang atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perjanjian ini dan tertakluk hanya kepada pindaan-pindaan yang telah diberi pengiktirafan oleh Mahkamah Perusahaan sahaja. Perkara (c) Sesuatu perubahan atau pindaaan kepada mana-mana peruntukan yang telah dipersetujui di antara pihak-pihak dalam Perjanjian ini akan diamanahkan bersama kepada Mahkamah Perusahaan untuk pengiktirafannya dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh perubahan atau pindaan tersebut dipersetujui. PERKARA 1 : PIHAK BAGI PERJANJIAN PERKARA 2 : PENDAHULUAN PERKARA 3 : TAJUK PERKARA 4 : TEMPOH, UBAHSUAI DAN PENAMATAN PERJANJIAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 3 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Perkara (d) Mana-mana pihak dalam Perjanjian ini boleh membuat tuntutan untuk merundingkan peruntukan dan syarat perkhidmatan yang baru dengan memberi tiga (3) bulan notis bertulis bersama-sama dengan cadangan dan syarat-syarat perkhidmatan yang hendak dirundingkan kepada pihak yang lain tetapi notis tersebut tidak boleh diberi sebelum 1hb Oktober 2020. Pihak yang memberikan notis tersebut juga perlu untuk menyerahkan cadangan di atas terma dan syarat– syarat pekerjaan untuk dirundingkan. Andainya rundingan dan syarat-syarat perkhidmatan yang baru ini menemui jalan buntu dan tidak mencapai penyelesaian, peruntukan-peruntukan dan syarat-syarat perkhidmatan dalam Perjanjian semasa akan terus berkuatkuasa sehingga diganti dengan syarat-syarat Perjanjian yang baru yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak atau sebagaimana menurut keputusan Mahkamah Perusahaan. Perkara (e) Mana-mana pihak boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberi tiga (3) bulan notis bertulis kepada pihak yang lain tetapi notis tersebut tidak boleh diserahkan sebelum 1hb Oktober 2020. Perjanjian ini akan meliputi semua pekerja syarikat ini kecuali :- i) Semua kakitangan Pengurus, Eksekutif, Ketua Kumpulan dan Penyelia ii) Semua kakitangan kerja-kerja sulit, termasuk Setiausaha, kakitangan Bahagian Sumber Manusia dan lain-lain pekerja terlibat dalam kerja-kerja sulit. iii) Semua Kakitangan Keselamatan Perkara (a) Perjanjian ini akan disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Perkara (b) Pihak Syarikat dan Kesatuan bersetuju untuk mengguna pakai versi Bahasa Malaysia untuk perjanjian ini. Sekiranya terdapat sebarang ketidak-pastian, versi Bahasa Malaysia hendaklah dijadikan versi untuk rujukan undang-undang berdasarkan kepada terjemahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan sekiranya dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, kedua-dua pihak akan akur dengan keputusan pemilihan dan interpritasi yang ditetapkan oleh Mahkamah Perusahaan. Apabila Kerajaan Malaysia melaksanakan apa-apa undang-undang baru atau skim yang merujukkan samada dengan lengkap atau separuh bagi apa-apa faedah yang telah diliputi oleh peruntukan-peruntukan Perjanjian ini dan samada atau tidak penanggungan Syarikat dinaikkan oleh kerana penetapan undang-undang tersebut, ArtikelArtikel berkaitan di dalam Perjanjian ini akan dipinda seperti berikut :- PERKARA 5 : BIDANG PERJANJIAN PERKARA 6 : BAHASA PERKARA 7 : PERUNDANGAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 4 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 (i) Jika undang-undang baru itu atau skim Kerajaan memberi faedah kewangan di peringkat yang lebih rendah dari peruntukan dalam Perjanjian tetapi peruntukan ini meningkatkan lagi tanggungjawab kewangan Syarikat, maka faedah kewangan yang berhak diterima seseorang pekerja itu di bawah Perjanjian ini akan diselaraskan dengan kadar yang diperuntukan di bawah perundangan Kerajaan atau skim tersebut. Jika peruntukan ini tidak meningkatkan tanggungan kewangan Syarikat, maka faedah itu yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan terus diguna pakai. (ii) Syarikat akan menarik balik faedah-faedah Perjanjian ini jika Perlembagaan undang-undang atau skim kerajaan adalah sama, serupa atau melebihi dari faedah peruntukan-peruntukan Perjanjian ini. (iii) Tidak ada pekerja yang layak menerima kedua-dua faedah secara serentak dari kedua-dua Perjanjian ini dan apa-apa penetapan undang-undang Kerajaan atau skim anjuran Kerajaan. (iv) Sekiranya perundangan Kerajaan Malaysia memperuntukan skim dan terma yang lebih baik daripada yang diperuntukan didalam perjanjian ini,maka skim dan terma tersebut akan terpakai secara otomatik. (v) Kesatuan dan syarikat akan merundingkan apa jua perubahan perubahan ini dan mencapai persetujuan bersama sebelum ianya dikuatkuasakan.
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 5 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 BAHAGIAN II : HUBUNGAN MAJIKAN - KESATUAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 6 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Perkara (a) Perjanjian ini adalah ditafsirkan sebagai satu Perjanjian yang tersendiri dan berasingan di antara setiap Syarikat di satu pihak dan Kesatuan di pihak yang lain. Perkara (b) Terma ‘pekerja’ dalam konteks adalah nyata menerangkan pekerja yang berada dalam Syarikat di dalam skop Perjanjian. Perkara (c) Perkataan yang menggambarkan maksud lelaki adalah termasuk kaum wanita melainkan konteks penerangannya adalah jelas. Perkara (d) Perkatan yang merujuk kepada satu bilangan adalah juga bermaksud termasuk beberapa bilangan dan sebaliknya. Perkara (a) Kesatuan mengiktiraf hak Syarikat untuk menguruskan perniagaannya dalam semua segi tetapi tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian ini. Perkara (b) Kesatuan dan ahli-ahlinya bersatu dan bersama berganding bahu, bekerjasama dan berusaha mencapai kemajuan demi kepentingan perniagaan Syarikat di dalam semua bidang tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian ini dan setia menjalankan semua kerja yang diamanahkan kepada mereka. Perkara (a) Syarikat mengiktiraf Kesatuan sebagai badan yang sah dan eksklusif di dalam membuat tawarmenawar bagi semua peringkat pekerja yang dilindungi oleh bidang Perjanjian ini seperti yang termaktub di dalam Artikel Bidang Perjanjian. Perkara (b) Syarikat tidak akan menghalang mana-mana pekerja yang dilindungi oleh Perjanjian ini dari menjadi ahli Kesatuan dan tidak akan memberi pekerja-pekerja yang bukan ahli Kesatuan syarat serta faedah perkhidmatan yang lebih menguntungkan dari yang diperuntukkan kepada ahli-ahli Kesatuan. Fasal (a) Syarikat akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada permohonan bertulis untuk cuti bergaji dari seorang pekerja untuk tujuan berikut :- (i) Di mana seorang pekerja mengambil peperiksaan kelayakan yang dinilaikan oleh Syarikat sebagai yang berfaedah untuk pekerja dan Syarikat sama ada berkaitan kerjaya masa kininya atau masa hadapan dengan syarat pekerja itu menunjukkan bukti bagi pendaftaran untuk peperiksaan tersebut. PERKARA 8 : TAFSIRAN PERKARA 9 : PENGIKTIRAFAN SYARIKAT PERKARA 10 : PENGIKTIRAFAN KESATUAN PERKARA 11 : CUTI PEPERIKSAAN DAN CUTI KESATUAN SEKERJA
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 7 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 (ii) Di mana seseorang pekerja dipilih untuk mewakili Sukan dan/ atau kumpulan kebudayaan di peringkat Negeri atau Negara (iii) Di mana seseorang pekerja menyertai perkhidmatan sukarela yang ada kaitan dengan keselamatan awam di bawah Kemenerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan seperti JPAM, Askar Wataniah, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Rukun Tetangga dan lain-lain yang berkaitan dengan keselamatan awam. (iv) Di dalam kes-kes di mana cuti telah diluluskan menurut syarat-syarat sepertimana tersebut di atas, ia tidaklah boleh melebihi jumlah agregat sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar. Fasal (b) Di mana seorang pekerja dicalonkan oleh Kesatuan untuk menghadiri kursus Kesatuan Sekerja atau seminar, Syarikat akan memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada permohonan bertulis yang disokong oleh Setiausaha Agung Kesatuan dengan cuti bergaji. Kelulusan cuti tersebut bergantung kepada keperluan Syarikat. Perkara (a) Syarikat akan meluluskan kelepasan waktu bergaji kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli Jawatankuasa Kesatuan ke atas permohonan yang disokong oleh Setiausaha Agung Kesatuan untuk membolehkan mereka menghadiri perjumpaan dengan Syarikat atas rungutan ahli-ahli Kesatuan atau dipanggil untuk menghadiri mesyuarat anjuran Pegawai Kerajaan yang berkaitan dengan pekerja-pekerja Syarikat. Perkara (b) Syarikat akan meluluskan kelepasan waktu bergaji kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi untuk menghadiri mesyuarat atau hal ehwal Kesatuan dengan syarat permohonan tersebut disokong oleh Setiausaha Agung Kesatuan. Syarikat akan membayar kepada Kesatuan yuran bulanan yang dipotong dari gaji bulanan ahli-ahli yang telah membenarkan Syarikat berbuat demikian mengikut Seksyen 24 Akta Pekerjaan 1955. Kesatuan dan Syarikat bersetuju bahawa dalam masa proses rungutan sedang dijalankan mengikut Artikel 15 Aturan Rintihan, tiada pihak akan mengambil sebarang tindakan perusahaan (terkecuali sejauh mana dibenarkan oleh undang-undang) dan kedua-dua pihak akan menggunakan setiap aturan tersebut dan peruntukan yang berkaitan di dalam Akta Perusahaan 1967 atau undang-undang yang berkaitan yang sedang berjalan pada masa itu termasuk proses pertikaian sebagaimana tersebut di dalam Artikel 14 Timbangtara perjanjian ini untuk mencari satu penyelesaian yang memuaskan. PERKARA 12 : KEGIATAN KESATUAN DALAM WAKTU KERJA PERKARA 13 : PUNGUTAN YURAN KESATUAN SEKERJA PERKARA 14 : JAMINAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 8 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Sebarang pertikaian berhubungan dengan penafsiran atau perlaksanaan Perjanjian ini kecuali diselesaikan dengan perundingan antara Syarikat dan Kesatuan akan dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan mengikut peruntukan-peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Perkara (a) TUJUAN Adalah hasrat kedua-dua pihak dalam Perjanjian ini bahawa rintihan yang timbul antara pekerja dan Syarikat atau antara Kesatuan dan Syarikat, diselesaikan seberapa adil dan dengan kadar seberapa segera yang boleh. Sehubungan dengan ini adalah dipersetujui bahawa rintihan akan diproses mengikut aturan yang berikut dengan tujuan mencapai persetujuan di peringkat yang serendah mungkin dan untuk memelihara perhubungan baik yang berkekalan di antara kedua-dua pihak. Pada peringkat awal, masalah atau aduan mesti dibawa oleh pekerja kepada penyelianya. Perkara (b) DEFINASI RINTIHAN Rintihan adalah aduan pekerja berkenaan yang dibawa kepada pengetahuan penyelianya dalam masa lima (5) hari dari tarikh kejadian yang mana tidak dapat diselesaikan sepertimana harapan dan kepuasan pekerja tersebut. Perkara (c) ATURAN (i) LANGKAH PERTAMA Seseorang pekerja yang mendakwa bahawa dia mempunyai satu rintihan hendaklah dengan kadar segera membuat laporan kepada penyelianya secara bertulis dalam tempoh masa lima (5) hari dari tarikh kejadian. (ii) LANGKAH KEDUA Sekiranya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja, rintihan tersebut tidak dapat diselesaikan pada langkah pertama, perkara itu akan dirujuk kepada Ketua Bahagian / Jabatan atau wakilnya dalam masa tiga (3) hari berikutnya. Dalam keadaan tersebut, pekerja boleh diwakili oleh sekurang-kurangnya seorang (1) Ahli Majlis Tertinggi Kesatuan dan seorang Ahli Jawatan Kuasa Kesatuan tempat kerja. (iii) LANGKAH KETIGA Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan pada langkah kedua dalam tempoh empat (4) hari bekerja, ianya akan dirujuk kepada Pengurus Besar berkenaan atau pemangkunya semasa ketidakhadirannya melalui seorang Ahli Majlis Tertinggi Kesatuan dalam tempoh empat (4) hari bekerja yang berikutnya. PERKARA 15 : TIMBANGTARA PERKARA 16 : ATURAN RINTIHAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 9 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 (iv) LANGKAH KEEMPAT Sekiranya tiada persetujuan dicapai dengan Pengurus Besar pada langkah ketiga, Majlis Tertinggi Kesatuan akan merujuk perkara itu dalam tempoh yang jelas lima (5) hari bekerja yang berikutnya kepada Jabatan Sumber Manusia untuk perkara seumpamanya. Perbincangan atas dakwaan rintihan tersebut akan dimulakan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh perkara itu dibawa ke pengetahuan Jabatan Sumber Manusia. (v) LANGKAH KELIMA Sekiranya tiada jalan penyelesaian dapat dicapai dalam tempoh lapan (8) hari bekerja selepas menemui wakil dari Jabatan Sumber Manusia atau wakil yang dilantik, perkara itu akan dirujuk kepada Kementerian yang berkenaan dalam masa lapan (8) hari bekerja. Perkara (d) MELANJUTKAN HAD MASA Tempoh langkah rintihan boleh dilanjutkan pada bila-bila masa jika dipersetujui oleh pekerja atau Kesatuan sekiranya pekerja tersebut telah merujuk rintihannya kepada Kesatuan dan Syarikat. Perkara (e) HAD MASA UNTUK RINTIHAN Setiap rintihan yang tidak dikemukakan dalam tempoh had masa yang telah ditentukan akan dikira sebagai sudah diselesaikan. Perkara (f) Wujudnya Aturan Rintihan ini tidak akan mencegah mana-mana pihak dalam Perjanjian ini memulakan perbincangan dan pertukaran pendapat yang tidak rasmi di antara Kesatuan dan Syarikat mengenai perkara-perkara yang melibatkan kepentingan bersama.
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 10 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 BAHAGIAN III : PEKERJAAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 11 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (a) Semua pekerja apabila mula-mula dilantik mestilah melalui tempoh percubaan selama tiga (3) bulan untuk memastikan samada pekerja berkenaan sesuai untuk bekerja dalam semua segi atau sesuatu segi tertentu. Jangkamasa ini mungkin dilanjutkan selama tiga (3) bulan jika difikirkan perlu oleh Syarikat. Jika menjelang akhir tempoh percubaan/ lanjutan percubaan itu, pekerja itu tidak menerima surat pengesahan, ia dianggap telah disahkan di dalam jawatannya. Fasal (b) Apabila tamat tempoh percubaan/ lanjutan percubaan, pekerja baru itu akan diberi surat pengesahan jawatan dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh pengesahan jawatan. Fasal (c) Gaji permulaan bagi pekerja baru yang dilantik adalah sepadan dengan kelayakan dan pengalaman, tetapi tidak boleh kurang dari gaji minima bagi gred yang berkenaan. (i) Semua pekerja hendaklah bekerja selama empat puluh empat (44) jam seminggu melainkan pekerja-pekerja yang sekarang bekerja kurang daripada empat puluh empat (44) jam seminggu akan terus berbuat demikian mengikut kelaziman masa kini. (ii) Semua pekerja hendaklah bekerja selama lima (5) hari seminggu mengikut amalan masa kini. (iii) Sebarang perubahan masa dan waktu kerja akan hanya dibuat selepas perbincangan dengan Kesatuan. Jika berlaku perubahan pada waktu kerja, pihak Kesatuan akan diberi notis 7 hari sebelum perlaksanaan. Fasal (a) Syarikat akan memberitahu kesemua pekerja-pekerja, selepas perbincangan dengan Kesatuan, akan tarikh penutupan kilang. Fasal (b) Kecuali pekerja-pekerja penyelenggaraan dan lain-lain pekerja mengikut keperluan Syarikat dari masa ke semasa, semua pekerja akan diberi cuti tahunan mereka pada harihari penutupan kilang, di mana tarikh-tarikhnya adalah mengikut amalan masa kini iaitu semasa tiga (3) perayaan besar, Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan Deepavali. Tidak tertakluk kepada di atas dan mengikut keperluan Syarikat, seseorang pekerja boleh diberi cuti tahunannya, jika ada, di luar hari-hari penutupan kilang. Fasal (c) Di mana seseorang pekerja itu belum berkhidmat berterusan selama dua belas (12) bulan, di masa penutupan kilang itu, ia akan diberi cuti tahunan bergaji secara prorata mengikut jumlah bulan dia telah berkhidmat. PERKARA 17 : TEMPOH PERCUBAAN PERKARA 18 : BILANGAN WAKTU BEKERJA PERKARA 19 : PENUTUPAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 12 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (d) Sebarang cuti yang dibenarkan di luar tempoh penutupan kilang atau di luar jadual cuti tahunan, kecuali cuti sakit, cuti ehsan, cuti belajar, cuti Kesatuan dan cuti tahunan yang dibenarkan mengikut perjanjian ini, adalah bergaji. Fasal (a) Syarikat boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap pekerja yang berkelakuan buruk, penderhakaan atau tidak berdisiplin. Dalam sesuatu kes di mana pekerja didapati salahlaku, selepas siasatan dan kesahihan salahlaku, pihak Syarikat akan; i) Memberi surat amaran bertulis kepada pekerja. ii) Menahan kenaikan tahunan tidak melebihi setahun. iii) Menggantung kerja seseorang dengan tidak membayar gaji tidak melebihi satu (1) minggu. iv) Memberhentikan pekerja dengan memberi satu (1) bulan notis atau dengan gaji berbayar. v) Memberhentikan pekerja dengan serta merta sekiranya telah dibuktikan melakukan kesalahan yang serius vi) Mengenakan denda yang berpatutan selain daripada dipecat Fasal (b) Jika Syarikat memulakan sesuatu siasatan dalaman, Syarikat akan memberitahu pekerja yang berkenaan secara bertulis, menyebut tuduhan yang dihadapkan ke atasnya, waktu, tarikh dan tempat dijalankan siasatan itu, salinannya kepada Kesatuan dan semasa siasatan tersebut, membenarkan pekerja yang berkenaan membela dirinya sendiri atau melalui Kesatuan dan bergantung kepada jenis kelakuan buruk, Syarikat boleh mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya. Fasal (c) Untuk tujuan menjalankan siasatan, Syarikat boleh menggantung kerja seseorang pekerja untuk tempoh tidak lebih dari dua (2) minggu dan dalam tempoh ini dia akan dibayar hanya setengah dari gaji pokoknya sahaja. Dengan syarat jika siasatan itu tidak menunjukkan pekerja telah berkelakuan buruk, Syarikat akan membayar balik baki gaji pokok yang ditahan. Fasal (d) Semasa penggantungan kerja untuk tujuan dijalankan siasatan, pekerja boleh diberitahu secara bertulis supaya melaporkan diri di tempat kerjanya yang biasa pada sekian-sekian hari dan dalam waktu kerja jika dikehendaki untuk membolehkan Syarikat menjalankan siasatannya. Kegagalan untuk melaporkan diri tanpa alasan yang munasabah akan mengakibatkan pekerja berkenaan dipecat tanpa notis. Fasal (e) Pekerja yang digantung dari kerja dan yang telah diberikan harta Syarikat mestilah mengembalikan harta Syarikat itu dengan segera. Fasal (f) Jika Syarikat memberi seseorang pekerja amaran bertulis, satu salinan akan diserahkan kepada Kesatuan. Fasal (g) Dimana seseorang pekerja menderita kerana tindakan Syarikat mengikut peruntukan perkara ini, kecuali dalam hal-hal yang dihadkan oleh undang-undang, pekerja itu boleh, melalui Kesatuan, buat pengaduan bagi ditimbangkan oleh pihak Pengurusan. Ini mestilah mengikut aturan rintihan seperi yang terkandung di dalam Perkara Aturan Rintihan Perjanjian ini. PERKARA 20 : DISIPLIN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 13 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Peruntukan perkara ini adalah untuk pekerja-pekerja yang perkhidmatan mereka ditamatkan atas sebab-sebab pengurangan kakitangan berlebihan. Fasal (a) Kesatuan akan diberitahu mengenai tujuan Syarikat untuk pemberhentian satu (1) bulan sebelum notis diberi kepada pekerja-pekerja yang terbabit dan perbincangan akan diadakan serta merta mengenai hal itu, di mana perkhidmatan seseorang pekerja hendak ditamatkan di atas sebab berlebihan pekerja, dia akan diberi notis dua (2) bulan untuk menamatkan perkhidmatannya atau dua (2) bulan gaji pokok menggantikan tempoh notis tersebut. Fasal (b) Di mana Syarikat menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja kerana berlebihan pekerja, Syarikat akan membuat bayaran sebagai faedah berhenti kerja yang mana jumlahnya adalah mengikut setiap tahun genap untuk pekerja-pekerjanya seperti berikut:- Satu (1) hingga tujuh (7) tahun perkhidmatan - Dua puluh tujuh (27) hari gaji Lebih dari tujuh (7) tahun hingga lima belas (15) tahun - Tiga puluh tiga (33) hari gaji Lebih lima belas (15) tahun ke atas - Tiga puluh lapan (38) hari gaji Fasal (c) Apabila adanya jawatan kosong dalam masa dua belas (12) bulan selepas pemberhentian tenaga kerja, Syarikat akan memberi keutamaan kepada permohonan dari pekerja-pekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka tadi atas sebab berlebihan pekerja. Fasal (d) Dalam melaksanakan pemberhentian tenaga pekerja, Syarikat seboleh mungkin mempraktikkan dasar “siapa masuk kemudian, dia keluar dahulu”. Pertimbangan juga akan diberikan kepada pekerja-pekerja yang memilih untuk ditamatkan perkhidmatan mereka. Fasal (a) Semua pekerja akan bersara mengikut pilihan pekerja pada 31hb Disember tahun meraikan ulang tahun ke 55 tahun hingga 60 tahun. Pekerja akan bersara wajib pada 31hb Disember tahun meraikan ulang tahun ke 60. Fasal (b) Dengan ketiadaan surat beranak, maka tarikh yang terdapat dalam kad pengenalan akan dipakai sebagai tarikh lahirnya dalam menentukan tarikh persaraan. Fasal (c) Syarikat atas keputusan mutlaknya boleh menawarkan pekerjaan sementara kepada seseorang pekerja yang telah bersara mengikut fasal (a) di atas dengan syarat, beliau sihat untuk meneruskan pekerjaan. PERKARA 21 : HENTI KERJA & FAEDAH HENTI KERJA PERKARA 22 : PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 14 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (d) Syarikat akan membuat bayaran jumlah sekaligus mengikut Perkara ini kemudian ini disebutkan sebagai Faedah Persaraan kepada pekerja dengan perkhidmatan sekurangkurangnya lima (5) tahun berterusan dengan Syarikat di bawah keadaan yang berikut :- (i) Kepada pekerja yang bersara mengikut fasal (a) dalam artikel ini ; (ii) Kepada pekerja yang memilih untuk berhenti dari perkhidmatan mengikut perkara 38 (Cuti Sakit) fasal (e) atau kepada pekerja di mana perkhidmatannya ditamatkan atas sebab kesihatan mengikut Perkara 38 (Cuti Sakit) fasal (e)(iv) perjanjian ini di mana Pengamal Perubatan dilantik mengesahkan bahawa pekerja itu tidak layak untuk perkhidmatan selanjutnya ; dan (iii) Atas kematian mana-mana pekerja, kepada waris, pegawai pentadbir pusaka atau wakilnya yang sah dari segi undang-undang. Fasal (e) Faedah Persaraan akan dihitung di atas gaji pokok sahaja, iaitu gaji yang dibayar kepada pekerja berkenaan mengikut bidang gaji yang bersesuain dengan pengalaman pekerja yang berkenaan dan tidak akan termasuk bayaran kerja lebih masa atau apa-apa jenis elaun pun. Fasal (f) Faedah persaraan akan dikira mengikut asas berikut :- (i) Bagi tempoh perkhidmatan sehingga dan termasuk 31 Disember 1975 lapan peratus (8%) dari jumlah gaji pokok yang diterima hingga 31 Disember 1975 tolak bahagian majikan yang dibayar oleh Syarikat kepada akaun pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Employees Provident Fund) atau lain-lain tabung atau skim persaraan. (ii) Bagi tempoh perkhidmatan selepas 1hb Disember 1976 hingga 31 Disember 1978 dua belas peratus (12%) dari jumlah gaji pokok yang diterima di antara 1hb Januari 1976 hingga 31 Disember 1978 tolak bahagian majikan yang dibayar oleh Syarikat kepada akaun pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Employees Provident Fund) atau lain-lain tabung atau skim persaraan. (iii) Bagi tempoh perkhidmatan selepas 1hb Januari 1979 empat belas peratus (14%) dari jumlah gaji pokok yang diterima di antara 1hb Januari 1979 hingga 31 Disember 1981 tolak bahagian majikan yang dibayar oleh Syarikat kepada akaun pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Employees Provident Fund) atau lain-lain tabung atau skim Persaraan. (iv) Bagi tempoh perkhidmatan selepas 1hb Januari 1982 lima belas peratus (15%) dari jumlah gaji (seperti yang ditetapkan dalam Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951) yang dibayar kepada pekerja ditolak bahagian majikan yang dibayar oleh Syarikat kepada akaun pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Employees Provident Fund) atau lain-lain tabung atau skim persaraan.
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 15 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 (v) Bagi tempoh perkhidmatan selepas 1hb Januari 1997 enam belas peratus (16%) dari jumlah gaji (seperti yang ditetapkan dalam Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951) yang dibayar kepada pekerja ditolak bahagian majikan yang dibayar oleh Syarikat kepada akaun pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Employees Provident Fund) atau lain-lain tabung atau skim persaraan. (vi) Bagi tempoh perkhidmatan selepas 1hb Januari 2015, enam belas peratus (16%) dari jumlah gaji pokok dan bonus yang dibayar kepada pekerja ditolak bahagian majikan yang dibayar oleh Syarikat kepada akaun pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (gaji pokok dan bonus sahaja) atau lain-lain tabung atau skim persaraan. Ia berdasarkan formula yang berikut: [(16% x (gaji pokok + bonus)] –[Kadar KWSP* x (gaji pokok + bonus)] *tertakluk kepada kadar KWSP semasa Fasal (g) Pekerja tidak layak menerima pampasan ini jika dia diberhentikan dari kerja kerana berkelakuan buruk, perdurhakaan atau tidak berdisplin atau jika ianya berhenti sendiri ataupun kerana penghematan.
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 16 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 BAHAGIAN IV : FAEDAH PAMPASAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 17 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (a) Semua pekerja akan menerima kenaikan gaji tahunan menurut tangga gaji yang tertentu sehingga maksima dan akan dibayar pada 1hb Januari tiap-tiap tahun dengan syarat, pekerja itu telah disahkan di dalam jawatannya pada tarikh tersebut. Kenaikan gaji adalah berdasarkan Penilaian Prestasi yang dibuat dalam tahun tersebut. Fasal (b) Sekiranya pada pendapat Syarikat, nilai kerja seseorang pekerja adalah cemerlang, berdasarkan Sistem Penilaian Prestasi, Tambahan kenaikan melebihi kenaikan gaji tahunannya akan diberikan berdasar penilaian prestasi. Tambahan kenaikan hanya boleh dicadangkan sekali dalam tempoh dua (2) tahun daripada kenaikan terdahulu. Fasal (c) Semua pekerja adalah tertakluk dan dibayar mengikut susunan tangga gaji, gred dan bidang gaji seperti yang dibentangkan dalam lampiran 1. Fasal (a) Syarikat akan terus memelihara polisinya mengenai kenaikan pangkat dari kalangan pekerja yang mana pada pendapat Syarikat adalah layak dan sesuai. Keutamaan akan diberi kepada kalangan pekerja-pekerja di dalam jabatan yang terlibat dan tertakluk kepada keperluan Syarikat. Syarikat akan mempamerkan keterangan kekosongan jawatan dengan butir-butir kelayakan, pengalaman dan kemampuan yang diperlukan untuk jawatan dipapan kenyataan. Salinan notis seperti itu akan diposkan satu (1) minggu sebelum tarikh tutup untuk permohonan dengan satu salinan kepada Kesatuan. Fasal (b) Seseorang pekerja yang dinaikkan pangkat ke suatu jawatan akan dikenakan tempoh percubaan selama tiga (3) bulan. Syarikat akan melanjutkan tempoh percubaan selama tiga (3) bulan lagi jika Syarikat berpendapat ianya perlu. Fasal (c) Dalam masa tempoh masa percubaan ini, pekerja itu akan menerima gaji yang baru seperti yang ditetapkan dalam fasal kecil (d) di bawah ini. Fasal (d) Gaji permulaan dalam tangga gaji yang tertentu untuk pekerja-pekerjanya yang telah dinaikkan pangkat ialah dua (2) kenaikan dalam tangga gaji baru yang lebih tinggi. Fasal (e) Sekiranya seseorang pekerja yang telah dinaikkan pangkat dalam percubaan tidak disahkan jawatannya oleh Syarikat, maka pekerja itu akan diturunkan semula gred gaji yang lama sebelum ianya dinaikkan pangkat atau diberi satu jawatan lain yang sama grednya dengan yang lama seperti sebelum dinaikkan pangkat dalam percubaan dahulu. Fasal (f) Surat-surat kenaikan pangkat dalam percubaan, lanjutan tempoh percubaan dan pengesahan kenaikan pangkat adalah seperti lampiran 2, 3 dan 4. Jika tidak ada sebarang surat yang memberitahu mengenai kedudukan sebaliknya, maka jawatannya akan dianggap sebagai telah disahkan pada akhir tempoh percubaan atau lanjutan tempoh percubaannya itu. PERKARA 23 : BIDANG GAJI DAN KENAIKAN TAHUNAN PERKARA 24 : KENAIKAN PANGKAT
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 18 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (g) Kenaikan pangkat adalah tertakluk kepada syarat-syarat Ujian Kemahiran yang dijalankan oleh pihak Syarikat dari masa ke semasa. Perkara (a) Pihak Syarikat akan membuat bayaran bonus tahunan berdasarkan kepada gaji pokok terakhir kepada pekerja yang telah disahkan dalam jawatan dan masih dalam perkhidmatan dengan Syarikat pada tahun di mana bonus dibayar. Perkara (b) Jumlah bonus yang dibayar adalah berdasarkan kepada dua (2) bulan gaji pokok kepada pekerja yang berkhidmat sehingga 31hb Disember dan telah disahkan ke jawatannya. Perkara (c) Seseorang pekerja yang berkhidmat kurang dari satu (1) tahun dan telah disahkan ke dalam jawatan pada tahun itu, akan menerima 1/12 bonus tahunan dikira untuk setiap bulan genap perkhidmatan berdasarkan (2) bulan gaji pokok terakhirnya kepada pekerja yang disahkan ke jawatannya pada atau sebelum 31hb Disember tahun tersebut. Perkara (d) Jika seseorang pekerja yang telah disahkan ke jawatan berhasrat untuk meninggalkan pekerjaan dengan Syarikat, beliau akan dibayar 1/12 bonus tahunan (dikira mengikut Perkara (c) di atas) bagi setiap bulan genap perkhidmatan dalam tahun itu. Pekerja tidak akan berhak menerima samada semua atau sebahagian dari bayaran bonus disebabkan dipecat atas tindakan disiplin atau beliau berhenti untuk mengelakkan pemecatan di bawah keadaan ini. Dimana seseorang pekerja yang telah memberikan notis pemberhentian, selain dari berhenti untuk mengelakkan pemecatan akan menerima bonus yang dikira sehingga dan termasuk hari yang terakhir pekerja itu berhenti kerja. Perkara (e) Adalah dipersetujui bahawa Syarikat akan membuat keputusan mengenai apa-apa bayaran yang melebihi perkara (b) di atas. Sekiranya ada pembayaran diisytiharkan, maka bayaran itu akan dilakukan berdasarkan kepada prestasi anak Syarikat dan pekerja tersebut. (i) Kerja lebih masa akan dibuat dengan permintaan Syarikat dan dengan persetujuan pekerja. Permintaan yang demikian tidak boleh diingkari tanpa sebab-sebab yang berpatutan. (ii) (iii) Kerja lebih masa akan dibayar menurut kadar yang berikut :- (a) Isnin hingga Jumaat - satu setengah (1 ½) kali kadar bayaran tiap-tiap jam bagi kerja satu jam. (b) bagi kerja lebih masa melebihi kerja waktu biasa di hari tidak bekerja (Hari Sabtu) bayaran adalah satu setengah (1 ½) kali kadar bagi kerja satu jam PERKARA 25 : BONUS PERKARA 26 : KERJA LEBIH MASA
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 19 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 (iv) Bayaran kerja lebih masa akan dikira mengikut kadar gaji jam biasa. (v) Bagi tempoh kerja lebih masa, bayaran akan dibayar berdasarkan unit 30 minit pertama dan 30 minit yang berikutnya. Seseorang pekerja yang “dipanggil balik” dari rumah selepas waktu kerja biasa akan dibayar 4 jam dari gaji pokok mereka sebagai elaun kesulitan. Ini adalah tambahan dari bayaran kerja lebih masa yang mengikut waktu kerja sebenar mereka. Pekerja adalah juga dibenar untuk menuntut elaun pengangkutan sebanyak RM10.00 (vi) Untuk sebarang tempoh kerja lebih masa, bayaran hendaklah dibuat dalam unit 30 minit dan dibundarkan ke 30 minit seterusnya. (vii) Jika seseorang pekerja itu dikehendaki membuat kerja lebih masa untuk dua (2) jam atau lebih akan dibayar elaun makan sebanyak RM6.50. (i) Untuk artikel ini, Sabtu merupakan hari tidak bekerja. (ii) Seseorang pekerja yang bekerja pada hari tidak bekerja di atas permintaan Majikan akan dibayar gaji satu setengah (1 ½) kali kadar biasa bagi tiap-tiap jam kerja untuk hari itu. (ii) Insentif kedatangan sebanyak RM6.50 akan dibayar kepada pekerja yang bekerja pada hari tidak bekerja (Sabtu). (i) Setiap pekerja adalah berhak untuk cuti rehat selama satu (1) hari setiap minggu. Sebagai kefahaman artikel ini, Ahad adalah dianggap sebagai cuti rehat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat. (ii) Seseorang pekerja yang bekerja pada hari rehat atas permintaan majikan akan dibayar gaji dua (2) kali ganda kadar biasa bagi tiap-tiap jam kerja untuk hari itu. (iii) Insentif Kedatangan sebanyak RM10.00 akan dibayar jika pekerja bekerja pada hari rehat (Ahad). PERKARA 27 : HARI TIDAK BEKERJA PERKARA 28 : HARI REHAT
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 20 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (a) Pekerja-pekerja yang diberi cuti bergaji pada semua hari-hari cuti am seperti yang diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri di mana pekerja itu berkhidmat. Di mana Kerajaan Persekutuan atau Negeri mewartakan hari kerja biasa diiktiraf sebagai hari cuti bagi menggantikan sebarang hari Kelepasan Am yang diwartakan yang mana ianya jatuh pada hari Sabtu atau Ahad, syarikat hendaklah menganggap hari yang diwartakan itu sebagai Hari Kelepasan Am dan syarat-syarat untuk hari Kelepasan Am bergaji adalah dipakai. Fasal (b) Seseorang pekerja yang tidak hadir bekerja pada hari kerja biasa sebelum atau selepas hari Kelepasan Am yang diwartakan dipatuhi oleh Syarikat, tanpa persetujuan dahulu dari pihak Syarikat atau tanpa sebab-sebab yang munasabah maka pekerja itu tidak akan dibayar gaji untuk hari cuti berkenaan dan untuk hari yang dia tidak hadir bekerja itu. Fasal (c) Jika hari kelepasan Am yang diwartakan itu jatuh pada hari di mana pekerja itu dalam cuti tahunan atau dalam cuti ehsan kerana kematian, perkahwinan atau kelahiran anak seperti yang tercatat dalam perkara 40 (Cuti Pelbagai), Syarikat akan memberi satu hari yang lain menggantikan hari Kelepasan Am yang berkenaan. Fasal (d) Jika hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, pekerja-pekerja akan diberi tambahan satu hari cuti sebagai ganti atau pun dibayar gaji sehari terpulang kepada budibicara Syarikat. Fasal (e) Seseorang pekerja yang diarah oleh Syarikat untuk bekerja pada Hari Cuti Am akan dibayar dua (2) kali ganda mengikut kadar jam pada hari tersebut. Sekiranya kerja-kerja perlu disambung melebihi waktu kerja biasa, pekerja akan dibayar tiga (3) kali ganda mengikut kadar gaji jam dan sebahagian dari jam tersebut akan dikira sebagai satu (1) jam. Fasal (f) Insentif Kedatangan akan dibayar sebanyak RM10.00 sekiranya pekerja bekerja pada Hari Kelepasan Am. PERKARA 29 : CUTI-CUTI AM YANG DIWARTAKAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 21 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 BAHAGIAN V : TUNTUTAN & ELAUN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 22 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (a) Bagi perjalanan urusan kerja luar yang diluluskan, pekerja yang menggunakan kenderaan persendirian akan dibayar pada setiap penghujung bulan menurut kadar berikut :- (i) Motorsikal – Ikut kadar polisi semasa (ii) Kereta – Kadar purata adalah sama dengan kadar sedia ada ataupun kadar yang akan diputuskan oleh pihak Pengurusan dari semasa ke semasa tetapi tidak kurang daripada enam puluh (60) sen per kilometer. Fasal (b) Para pekerja yang dikehendaki oleh Syarikat untuk melakukan kerja luar akan samada disediakan kenderaan yang bersesuaian atau dibayar kembali jumlah kos sebenar perbelanjaan perjalanan dengan menggunakan jenis pengangkutan yang diluluskan Syarikat. Sekiranya seseorang pekerja itu dikehendaki oleh Syarikat memangku sesuatu jawatan yang lebih tinggi grednya daripada jawatan sebenar pekerja itu dan dengan syarat tempoh jawatan yang dipangku adalah selama satu hari atau lebih, elaun memangku sebanyak RM5.50 (Ringgit Malaysia: Lima Ringgit Lima Puluh Sen) sehari akan dibayar kepada pekerja tersebut. Elaun syif akan dibayar kepada seseorang yang dikehendaki oleh Syarikat bekerja di syif malam :- Syif malam - RM12.00 Fasal (a) Pekerja yang dalam menjalankan tugas mereka dikehendaki keluar dari pejabat asalnya atas urusan kerja lebih daripada 80 km berhak menuntut elaun-elaun berikut:- (i) Sarapan Pagi RM7.00 (ii) Makan Tengahari RM10.00 (iii) Makan Malam RM12.00 Fasal (b) Sekiranya dikehendaki tinggal semalaman di situ, pekerja adalah berhak mendapat elaun penginapan sebanyak RM80.00 semalam seorang tanpa bil atau RM100.00 semalam seorang dengan bil. Di dalam keadaan di mana terdapat kos penginapan melebihi dari kadar yang ditentukan, pekerja-pekerja hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Syarikat. PERKARA 30 : ELAUN PERJALANAN PERKARA 31 : ELAUN MEMANGKU PERKARA 32 : ELAUN SYIF PERKARA 33 : ELAUN KERJA LUAR
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 23 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (c) Jika seorang pekerja dikehendaki keluar dari tempat asalnya atas urusan rasmi Syarikat dan perlu bermalam di situ lebih dari satu (1) hari, dia layak untuk mendapat elaun dobi sebanyak RM4.00 dari hari yang kedua dan seterusnya. Fasal (d) Jika pekerja dikehendaki keluar dari tempat asalnya dalam lingkungan 80 km atas urusan rasmi Syarikat dan meliputi seluruh masa makan tengahari dan tidak munasabah untuk kembali ke tempat kerja asalnya untuk makan tengahari dia berhak mendapat elaun berikut: (i) Makan tengahari RM7.00 (ii) Makan Malam RM8.00
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 24 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 BAHAGIAN VI : PERUBATAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 25 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (a) (i) Semua pekerja akan berhak mendapat layanan perubatan percuma dan rawatan oleh seorang Pengamal Perubatan yang didaftarkan melaui Rancangan Pengurusan Kesihatan Berkumpulan Syarikat yang dilantik oleh Syarikat (kemudian ini disebut sebagai “Pengamal Perubatan Yang Dilantik” atau di mana pekerja itu telah mungkin dirujukkan oleh Pengamal Perubatan Dilantik untuk rawatan pakar, X-ray atau pembedahan, pihak Syarikat akan membayar kos itu, tertakluk kepada peruntukan yang diberi oleh perkara ini serta syarat dan terma Rancangan Pengurusan Kesihatan berkumpulan Syarikat (ii) Jika perkhidmatan Pengamal Perubatan yang Dilantik tidak dapat diperolehi dalam masa yang diperlukan atau didapati berada pada jarak yang jauh, pekerja itu dibolehkan untuk mencari pengamal perubatan berdaftar yang lain atau pegawai perubatan Kerajaan tertakluk kepada kes itu dirujuk kembali kepada Pengamal Perubatan Yang Dilantik pada kadar seberapa segera. Di dalam hal ini, Syarikat akan membayar kembali kos perbelanjaan rawatan tersebut melalui resit yang dikemukakan oleh pekerja menurut syarat dan terma Rancangan Pengurusan Kesihatan Berkumpulan Syarikat. Fasal (b) Syarikat tidak akan membayar kos perubatan dan alat-alat perubatan seperti berikut :- (i) Alat-alat perubatan, pembedahan atau pun lain-lain kelengkapan termasuk cermin mata/ kanta sentuh, alat pendengaran atau gigi palsu, (ii) Bayaran mata kecuali rawatan tersebut dirujuk oleh Pengamal Perubatan yang didaftar atas dasar kesihatan. (iii) Sebarang perbelanjaan yang timbul dari kecederaan yang disebabkan oleh diri sendiri atau penyakit yang timbul oleh sebab salah laku pekerja itu sendiri. (iv) Sebarang perbelanjaan yang berkaitan dengan kehamilan, selepas kelahiran anak atau keguguran, (v) Sebarang perbelanjaan bagi rawatan kes mental yang telah disahkan oleh Doktor Kerajaan yang menjaga kes-kes mental; dan (vi) Sebarang perbelanjaan yang timbul oleh sebab sakit, kecederaan atau hilang keupayaan yang disebabkan dari kesilapan, kecuaian, tidak mengikut peraturan, penyertaan atau menghadiri mana-mana sukan merbahaya, kegemaran masa lapang, cubaan membunuh diri, perbuatan melanggar undang-undang, pendedahan kepada apa-apa bahaya, terkecuali apabila dalam percubaan menyelamatkan nyawa manusia, serangan yang dirancangkan, penyalahgunaan dadah, langkah-langkah keguguran, penggunaan arak yang berlebihan atau mengganggu keamanan atau berkelakuan buruk dan pembedahan untuk tujuan persolekan. PERKARA 34 : RAWATAN PERUBATAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 26 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (c) Sekiranya ia disahkan perlu oleh Pengamal Perubatan atau di mana perkhidmatan seorang Pengamal Perubatan itu tidak dapat diperolehi dalam masa atau jaraknya yang munasabah, seorang Pengamal Perubatan Berdaftar atau Pegawai Perubatan Kerajaan, semua pekerja yang dilindungi oleh Perjanjian ini akan diberikan kemudahan bilik hospital percuma di dalam Kelas Dua (2) di Hospital Kerajaan dan di mana mendapat rujukan oleh seseorang Pengamal Perubatan maka kos bayaran X-ray, bayaran pakar dan bayaran pembedahan akan ditanggung oleh Syarikat. Sekiranya Wad Kelas Dua (2) tiada kekosongan, pekerja itu berhak mendapat bilik Wad Kelas Satu (1) untuk sementara waktu sehingga Wad Kelas Dua (2) boleh didapati kembali. Fasal (d) Sekiranya pekerja dimasukkan ke mana-mana hospital (misalnya hospital bantuan kerajaan, persendirian atau lain-lain), maka tanggungan Syarikat adalah terhad kepada kos bayaran seperti yang dinyatakan dalam Fasal (e) Perkara ini dan jika ada sebarang perbezaan kos maka ianya akan ditanggung oleh pekerja itu sendiri. Fasal (e) Jumlah tanggungan Syarikat termasuk perbelanjaan kemasukan ke hospital, X-ray, pembedahan, anastetik dan rawatan pakar menurut peruntukan di bawah perkara ini adalah terhad kepada RM8,500.00 (Ringgit Malaysia Lapan Ribu Lima Ratus sahaja) pada sesuatu kes bagi setiap pekerja dalam setiap tahun dengan syarat dirujuk oleh Doktor Panel Dilantik, termasuk RM1000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu sahaja) bayaran kembali untuk kos bersalin bagi pekerja wanita sahaja sehingga tiga (3) orang anak sepanjang tempoh perkhidmatan. Fasal (f) Pihak Syarikat akan membayar balik kos rawatan perubatan dan perbelanjaan ubat-ubatan sehingga maksima RM1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada setiap tahun kalendar pada ahli-ahli keluarga pekerja tertakluk kepada :- (i) Bantuan Perubatan di atas sebanyak RM1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) di atas hanya boleh dikongsi bersama ahli keluarga pekerja sahaja. (ii) Ahli keluarga pekerja dikenal pasti sebagai pasangan pekerja dan anak-anak pekerja sehingga dan dibawah umur 20 tahun; dan Fasal (g) Syarikat akan membayar balik kos rawatan pergigian pada setiap tahun kalendar tertakluk kepada:- i) Pekerja & tanggungan ahli keluarga dikongsi bersama maksimum RM200.00 bagi setahun kalendar. ii) Pekerja bujang boleh membuat tuntutan kos pergigian maksimum RM100.00 bagi setahun kalendar. Sebagai tambahan, pihak Syarikat akan membayar kembali kos rawatan masuk hospital bagi semua ahli keluarga pekerja sehingga had maksima RM 4,300.00 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tiga Ratus Sahaja) sekeluarga pada setiap tahun Kalendar. (Terhad kepada Hospital Kerajaan sahaja).
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 27 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Syarikat akan berusaha untuk menyediakan pekerjaan alternatif bagi pekerja yang hilang upaya disebabkan penyakit atau kemalangan yang terjadi pada masa menjalankan tugas, tertakluk kepada keadaan yang terdapat pada masa itu. Sekiranya kerja alternatif itu diberi, syarat-syarat pekerjaan dan gaji itu akan ditentukan oleh pihak Syarikat. Walau bagaimanapun, syarat-syarat tersebut tidak boleh melebihi dari peruntukan Perjanjian. PERKARA 35 : HILANG UPAYA
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 28 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 BAHAGIAN VII : CUTI
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 29 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (a) Seorang pekerja akan layak untuk mendapat cuti tahunan setelah berkhidmat selama dua belas (12) bulan berturut-turut. Jumlah cuti tahun adalah seperti berikut :- (i) Mencapai perkhidmatan -Empat belas (14) hari hingga dua (2) tahun bekerja setahun (ii) Mencapai perkhidmatan -Enam belas (16) hari melebihi dua (2) tahun bekerja setahun (iii) Berkhidmat lebih lima (5) -Lapan belas (18) hari tahun hingga tujuh (7) tahun bekerja setahun berterusan (iv) Berkhidmat lebih tujuh (7) tahun -Dua puluh satu (21) hari hingga sepuluh (10) tahun bekerja setahun berterusan (v) Berkhidmat lebih sepuluh (10) -Dua puluh tiga (23) hari tahun hingga lima belas (15) bekerja setahun tahun berterusan (vi) Berkhidmat lebih lima belas -Dua puluh lapan (28) hari (15) tahun berterusan dan ke atas bekerja setahun Fasal (b) Cuti tahunan akan merupakan tambahan kepada hari rehat, hari kelepasan am dan cuti sakit yang mana seorang pekerja adalah berhak di bawah peruntukan perjanjian ini. Fasal (c) Syarikat akan memberi dan pekerja akan mengambil cuti tahunannya apabila ia layak mengambil cuti tahunnya itu. Fasal (d) Pekerja tidak boleh tidak menghadirkan diri untuk bertugas bagi maksud cuti tahunan tanpa kelulusan terlebih dahulu dari Syarikat. Fasal (e) Pekerja akan dibayar mengikut kadar gaji biasa bagi setiap hari cuti tahunannya yang belum diambil dan jika seseorang pekerja berhenti kerja sebelum ia mengambil cuti tahunannya itu kecuali dia berhenti untuk mengelakkan dirinya dari diberhentikan atas sebab-sebab kesalahan besar, Syarikat akan membayar balik setiap hari seperti yang belum diambil oleh pekerja tersebut. PERKARA 36 : CUTI TAHUNAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 30 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (a) Setiap pekerja perempuan layak diberikan cuti bersalin tidak lebih dari enam puluh (60) hari berturut-turut mengikut tarikh bersalin di mana ianya dikira seperti berikut :- (i) Pekerja gaji bulan -Dua (2) bulan gaji (ii) Pekerja bergaji mengikut -Enam puluh (60) hari berturut-turut kadar/mingguan Setiap pekerja wanita berhak mendapat lanjutan cuti bersalin secara pilhan seperti berikut: (i) Tiga puluh (30) hari berturut-turut selepas tempoh 60 hari di atas – Separuh gaji (ii) Tiga puluh (30) hari berturut-turut selepas tempoh 90 hari di atas – Tidak bergaji Fasal (b) Permohonan untuk mendapatkan cuti bersalin mestilah diserahkan kepada majikan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum cuti itu hendak dimulakan. Fasal (c) Pembayaran boleh dibuat kepada wakil pekerja itu jika ia memilih untuk melantik wakil sebagai ganti dirinya untuk menerima gajinya. Sebarang dokumen pembayaran gaji yang ditandatangani oleh wakil yang dilantik itu adalah dianggap sah sebagai dokumen bayaran kepada pekerja tersebut. Fasal (d) Cuti disebabkan oleh keguguran, perbuatan menggugurkan atau bersalin sebelum cukup bulan yang berlaku dalam tempoh dua puluh dua (22) minggu pertama mengandung tidak akan dianggap sebagai cuti bersalin tetapi akan dianggap sebagai cuti sakit biasa/rawatan di Hospital mengikut keadaannya. Fasal (e) Seseorang pekerja wanita adalah dianggap sebagai telah membatalkan kontrak perkhidmatan dengan Syarikat jika dia tidak melaporkan diri untuk bekerja semula lebih dari dua (2) hari berturut-turut selepas cuti bersalinnya jika :- (i) Tidak dapat kebenaran bercuti terlebih dahulu dari Syarikat atau tanpa alasan yang munasabah, atau (ii) Tidak memberitahu atau cuba memberitahu Syarikat akan sebab ia tidak dapat hadir itu, atau (iii) Tanpa sijil sakit yang sah untuk ketidakhadiran itu Fasal (f) Memberi kebenaran pulang awal satu jam (1) jam dari waktu kerja biasanya kepada pekerja wanita yang mengandung lima (5) bulan dan ke atas (usia kandungan kehamilan berusia 22 minggu dan ke atas). Kemudahan ini adalah berdasarkan permohonan oleh pekerja dan kelulusan syarikat (Ketua Jabatan) itu sendiri. PERKARA 37 : CUTI BERSALIN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 31 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (a) Pekerja, atas perakuan Pengamal Perubatan dilantik atau di mana perkhidmatan Pengamal Perubatan dilantik tidak dapat diperolehi dalam masa atau kejauhan yang munasabah, atas perakuan seorang pengamal Perubatan berdaftar atau Pegawai perubatan Kerajaan akan mendapat cuti sakit seperti berikut :- (i) Empat belas (14) hari dalam tiap-tiap tahun kalendar jika pekerja itu mempunyai perkhidmatan berterusan kurang dari dua (2) tahun. (ii) Lapan belas (18) hari dalam tiap-tiap tahun kalendar jika pekerja itu mempunyai perkhidmatan berterusan dua (2) tahun atau lebih tetapi kurang dari lima (5) tahun. (iii) Dua puluh dua (22) hari dalam tiap-tiap tahun kalendar jika pekerja itu mempunyai perkhidmatan berterusan lima (5) tahun atau lebih, jika tidak perlu dimasukkan ke Hospital dan (iv) Enam puluh (60) hari bagi tiap-tiap tahun kalendar jika pesakit itu perlu dimasukkan ke Hospital. Jika seorang pekerja disahkan oleh Pengamal Perubatan berdaftar itu atau Pegawai Perubatan Kerajaan bahawa dia sakit dan perlu dimasukkan ke rumah sakit atas apa sebab sekalipun, pekerja tersebut akan dianggap telah dimasukkan ke rumah sakit untuk tujuan ceraian ini. Fasal (b) Cuti Sakit yang diberikan oleh seorang Pakar Pergigian yang didefinasikan di bawah Akta Pergigian 1971 akan diterima oleh syarikat sebagai cuti sakit. Fasal (c) Seseorang pekerja yang melaporkan kepada Pengamal Perubatan dilantik atau di mana perkhidmatan Pengamal Perubatan dilantik tidak dapat di perolehi dalam masa atau jaraknya yang munasabah, kepada seorang Pengamal perubatan berdaftar atau Pegawai Perubatan Kerajaan dan yang mana tidak selanjutnya diberikan cuti sakit hendaklah melaporkan diri untuk bertugas dengan seberapa segera setelah selesai pemeriksaan perubatan itu. Fasal (d) Cuti sakit akan hanya diberi atas perakuan Pengamal Perubatan dilantik atau di mana perkhidmatan Pengamal Perubatan dilantik tidak dapat diperolehi dalam masa atau kejauhan yang munasabah, atas perakuan seorang Pengamal Perubatan Berdaftar atau Pegawai Perubatan Kerajaan. Pekerja mestilah memberitahu Syarikat mengenai cuti sakitnya itu dalam masa empat puluh lapan (48) jam dari permulaan cuti sakit itu dan mestilah menyerahkan sijil cuti sakit kepada Syarikat pada hari dia kembali bertugas. PERKARA 38 : CUTI SAKIT
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 32 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (e) Apabila seseorang pekerja menghidap penyakit yang berpanjangan seperti yang disahkan oleh Pengamal Perubatan yang dilantik atau mana-mana Pengamal Perubatan lain, beliau adalah layak untuk mendapat cuti sakit seperti berikut;- Semua pekerja yang telah disahkan jawatanya pada masa mendapat penyakit ini -Enam (6) bulan cuti bergaji campur Enam (6) bulan cuti separuh gaji Dengan syarat :- (i) Pekerja yang terlibat demikian patuh kepada rawatan yang ditentukan oleh Pengamal Perubatan Dilantik atau mana-mana pihak berkuasa perubatan yang lain kepada siapa beliau telah mungkin dirujukkan oleh Pengamal Perubatan Dilantik; (ii) Cuti perubatan yang dirujuk di atas telah diperakui oleh Pengamal Perubatan dilantik ; (iii) Cuti bergaji yang dibayar mengikut peruntukan perkara ini adalah merujuk kepada gaji pokok terakhir diterima, tidak termasuk apa-apa elaun walau apa namanya sekalipun ; (iv) Dengan syarat bahawa pada akhir cuti perubatan seperti itu pekerja tersebut belum pulih sepenuhnya untuk menjalankan tugas kembali, dia mungkin tertakluk kepada pemeriksaan oleh Pengamal Perubatan dilantik bagi menentukan kelayakannya untuk kembali bertugas; Jika pada akhir tempoh yang dilanjutkan itu disahkan oleh Pengamal Perubatan dilantik bahawa pekerja itu tidak layak kembali bertugas, perkhidmatannya akan ditamatkan di atas sebab perubatan. Di mana perkhidmatan seorang pekerja ditamatkan seperti di atas, dia akan dibayar pampasan tertakluk dan terkandung di dalam perkara 36 (e) dan perkara 22 Perjanjian ini. Fasal (f) Di mana kes-kes sakit berpanjangan yang memakan masa enam (6) bulan atau lebih untuk pulih disahkan oleh Pengamal Perubatan Dilantik, pekerja itu boleh memilih untuk berhenti dari perkhidmatan Syarikat, tertakluk kepada kelulusan dari Syarikat kes-kes seperti ini, Syarikat akan membayar sekaligus jumlah bayaran gaji gantian untuk tempoh cuti sakit berpanjangan yang belum digunakan. Sebagai tambahan kepada pembayaran itu pekerja itu akan juga dibayar faedah tertakluk kepada perkara 36 (e) dan perkara 22 Perjanjian ini.
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 33 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (a) Syarikat akan membenarkan seseorang pekerja itu cuti mengerjakan haji atau umrah, tertakluk kepada maksima dua puluh (20) hari bekerja dalam tempoh perkhidmatannya dengan syarat; i. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun berturut-turut, layak mendapat cuti berbayar selama empat puluh (40) hari berturut- turut bagi mengerjakan haji sekali dalam perkhidmatan. ii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun berturut-turut, layak mendapat cuti berbayar selama tujuh (7) hari berturut- turut setiap lima (5) tahun bagi mengerjakan umrah dengan syarat tidak di dalam tahun yang sama mengerjakan haji. Fasal (b) Syarikat akan membenarkan seseorang pekerja bukan islam cuti menziarahi tempat suci satu (1) kali dalam tempoh perkhidmatanya, dengan syarat; i. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun berturut-turut dengan Syarikat, layak mendapat cuti berbayar tidak lebih dari empat puluh (40) hari menziarahi tempat suci. Fasal (c) Mana-mana pekerja yang ingin mengambil cuti tersebut hendaklahmemohon secara bertulis sekurang-kurangnya satu (1) bulan terlebih dahulu dan perlu menyertakan dokumen sebagai bukti. Fasal (a) Syarikat akan memberi Cuti Pelbagai di bawah keadaan yang berikut:- i) Kematian saudara rapat -Tiga (3) hari bekerja ii) Sakit merbahaya saudara rapat - Dua (2) hari berturut-turut iii) Bencana semulajadi yang mengganggu pekerja dan/atau harta atau barang kepunyaan pekerja itu - Dua (2) hari berturut-turut iv) Kelahiran anak pekerja - Tiga (3) hari berturut-turut v) Perkahwinan pertama pekerja yang sah - Lima (5) hari bekerja vi) Perkahwinan anak pekerja - Tiga (3) hari bekerja PERKARA 39 : CUTI HAJI ATAU CUTI MENZIARAHI TEMPAT SUCI PERKARA 40 : CUTI PELBAGAI
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 34 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Fasal (b) Dalam keadaan di mana cuti telah diberikan seperti (i),(ii),(iv),(v) dan (vi) di atas, pekerja itu mestilah sekembalinya dari cuti itu, serta merta atau dengan seberapa segera, mengemukakan bukti kematian atau sakit merbahaya saudara rapat atau kelahiran anak pekerja atau perkahwinan tersebut. Sebagai tambahan, jika kematian saudara rapat di bawah (a)(I) atau kelahiran anak di bawah (a)(iv) jatuh pada hari tidak bekerja, akan diberi tambahan satu (1) hari bekerja kepada pekerja tersebut. Fasal (c) Bagi maksud perkara ini “Saudara rapat” ditafsirkan sebagai :- Suami atau isteri Anak/anak angkat yang sah Ibu atau Bapa Penjaga yang sah Ibu atau Bapa Mertua Datuk atau Nenek Adik-Beradik Fasal (d) Permohonan untuk menambah atau melanjutkan tempoh cuti ini akan dipertimbangkan dengan saksama mengikut patut tidaknya sesuatu permohonan, seperti untuk tujuan perjalanan jauh mengikut keadaan seperti dalam fasal (a) di atas. Fasal (e) Dalam semua kes ini di mana cuti diberikan di bawah keadaan yang tersebut di atas ianya tidak boleh melebihi bilangan hari yang tersebut masing-masing di dalam mana-mana satu kejadian dan tidak lebih dari sepuluh (10) hari di dalam satu tahun kalendar
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 35 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 BAHAGIAN VIII : FAEDAH-FAEDAH LAIN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 36 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Di mana seseorang pekerja ditugaskan untuk memandu kenderaan Syarikat berkaitan dengan tugasnya, pihak Syarikat akan membayar balik bayaran bagi memperbaharui lesen memandu tahunannya. Fasal (a) Gaji pendahuluan akan hanya dibayar pada perayaan-perayaan berikut :- (i) Hari Raya Puasa (ii) Deepavali (iii) Tahun Baru Cina Fasal (b) Gaji pendahuluan ini bermaksud gaji pokok dan dihadkan sebanyak setengah bulan gaji pokok sahaja, tidak termasuk bayaran lebih masa dan apa-apa jenis elaun pun. Seorang pekerja tidak akan berhak kepada gaji pendahuluan perayaan lebih dari sekali di dalam tiap-tiap tahun kalendar. Fasal (c) Setiap pembayaran gaji pendahuluan itu tidak akan dibuat melewati tujuh (7) hari dari tarikh sebelum perayaan yang berkenaan. Fasal (d) Pembayaran balik gaji pendahuluan tidak boleh melebihi lapan (8) ansuran di dalam tempoh empat (4) bulan berturut-turut. Pembayaran balik akan hanya bermula pada bulan selepas bulan di mana gaji pendahuluan tersebut telah dibayar. Fasal (a) Semua pekerja yang dilindungi di bawah Perjanjian Bersama ini akan dilindungi di bawah skim Kemalangan Individu sebanyak RM 70,000.00 dan Skim Perlindungan Nyawa Berkumpulan sebanyak RM 40,000.00 Fasal (b) Lindungan ini tidak termasuk perlindungan kepada pekerja yang layak di bawah Akta Keselamatan Sosial 1969. PERKARA 41 : LESEN MEMANDU PERKARA 42 : GAJI PENDAHULUAN UNTUK PERAYAAN PERKARA 43 : INSURAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 37 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 BAHAGIAN IX : LAIN-LAIN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 38 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Perkara (a) Syarikat akan mengambil tindakan yang berkesan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan industri semua pekerja seperti yang tertakluk di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA) serta Polisi Keselamatan dan Kesihatan Syarikat. Perkara (b) Syarikat akan membentuk sebuah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan seperti yang tertakluk di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(OSHA). Jawatankuasa ini akan terdiri daripada ahli-ahli dari Pihak Pengurusan dan ahli-ahli yang dilantik dari Pihak Kesatuan. Perkara (c) Syarikat akan merujuk kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan untuk mempertingkatkan dan memperbaiki tindakan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pekerja di tempat kerja mereka. Perkara (d) Syarikat akan membekalkan pekerja yang tertentu dengan peralatan atau pakaian perlindungan untuk mencegah risiko demi keselamatan dan kesihatan mereka dan pekerja mesti memakai atau menggunakan peralatan atau pakaian yang diberikan. Perkara (e) Syarikat akan membayar kos pemeriksaan kesihatan setiap tahun untuk pekerja tertentu yang mana, pada pendapat Doktor Syarikat, boleh mengalami risiko kecederaan terhadap kesihatan dalam menjalankan pekerjaannya sekarang. Tidak termasuk yang di atas, Syarikat mungkin mencadangkan pekerja tertentu untuk menjalankan pemeriksaan penuh kesihatan di atas perbelanjaan Syarikat. Kategori pekerjapekerja akan ditentukan oleh Syarikat dari masa ke semasa. Perkara (a) Tertakluk kepada Artikel Perundangan Perjanjian ini, peruntukan di dalam Perjanjian ini adalah tertakluk kepada mana-mana Kanun, Akta Parlimen atau undang-undang yang berkaitan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Perkara (b) Perjanjian ini akan membatalkan semua perjanjian syarat-syarat perkhidmatan yang dimasuki dengan Syarikat samada secara langsung atau melalui Kesatuan sejauh yang meliputi perkara-perkara di dalam Perjanjian ini. Perkara (c) Peruntukan-peruntukan Perjanjian ini telah diterima oleh pekerja dan Kesatuan dan Syarikat dengan sepenuhnya dan menyelesaikan sepenuhnya semua tuntutan yang dikemukakan samada oleh pekerja secara langsung atau melalui Kesatuan kepada Syarikat atau oleh Syarikat mengenai syarat-syarat am dan cara-cara perkhidmatan. Perkara (d) Rujukan kepada hari, minggu, bulan, tahun atau masa dalam Perjanjian ini adalah merujuk kepada hari, minggu, bulan, tahun atau masa yang dikira di atas Kalendar Gregorian. Perkara (e) Tertakluk kepada Polisi Syarikat, sebarang pemberian cenderahati kepada pekerja adalah atas budi bicara Syarikat dan ianya tidak tertakluk kepada Rundingan Bersama. PERKARA 44 : PERSEKITARAN TEMPAT KERJA, KESIHATAN DAN KESELAMATAN PERKARA 45 : PELBAGAI
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 39 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 LAMPIRAN
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 40 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 LAMPIRAN 1 1. Job Classification and Grade GROUP LEADER / SUPERVISOR PA IV Sr Admin Assistant I Assistant Supervisor PF III Senior Team Leader II PT IV Sr Engineering Assistant II Senior Techinican II (or equivalent position) PT III Sr Engineering Assistant I Senior Techinican I (or equivalent position) PT II Sr Engineering Assistant Senior Techinican (or equivalent position) PT I Engineering Assistant Techinican (or equivalent position) (qualification below diploma) (Technical Path) Indirect (Leadership Path) Direct (Skill Path) Indirect Direct (Administration Path) Office PF II Senior Team Leader I PF I Team Leader PE IV Multi Skill Operator Senior Assistant I (or equivalent position) PE III Sr Store Assistant (or equivalent position) PE II Store Assistant (or equivalent position) Senior Driver PE I Driver General Worker PE III Sr Prod Operative I Sr Maint Operative I Sr QC Inspector I PE II Senior Prod Operative Senior Maint Operative Senior QC Inspector PE I Production Operative Maintenance Operative QC Inspector PA III Sr Admin Assistant I (or equivalent position) PA II Admin Assistant Senior Clerk PA I Clerk
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 41 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 SAMBUNGAN LAMPIRAN 1 2. Salary Range 3. Increment Range 2.1 Salary Range for Leadership Path PF I to PF III PT I to PT IV A B C D PROMOTION Min Max RM 12.01 - RM 20.20 0.57 0.55 0.52 0.45 1.04 PF III RM6.53 RM20.20 RM 11.01 - RM 12.00 0.55 0.52 0.50 0.43 1.00 RM1,247.23 RM3,858.20 RM 10.01 - RM 11.00 0.53 0.50 0.48 0.41 0.96 PF II RM6.03 RM19.20 RM 9.01 - RM 10.00 0.50 0.48 0.46 0.39 0.92 RM1,151.73 RM3,667.20 RM 8.01 - RM 9.00 0.48 0.46 0.44 0.38 0.88 PF I RM5.53 RM18.70 RM 7.01 - RM 8.00 0.46 0.44 0.42 0.36 0.84 RM1,056.23 RM3,571.70 RM 6.01 - RM 7.00 0.44 0.42 0.40 0.34 0.80 RM 5.01 - RM 6.00 0.41 0.39 0.37 0.32 0.74 2.2 Salary Range for Technical Path Min Max PA I to PA IV PT IV RM6.53 RM20.20 PE I to PE IV A B C D PROMOTION RM1,247.23 RM3,858.20 RM 12.01 - RM 19.20 0.56 0.53 0.51 0.44 1.02 PT III RM6.03 RM19.20 RM 11.01 - RM 12.00 0.54 0.51 0.49 0.42 0.98 RM1,151.73 RM3,667.20 RM 10.01 - RM 11.00 0.52 0.49 0.47 0.40 0.94 PT II RM5.53 RM18.70 RM 9.01 - RM 10.00 0.49 0.47 0.45 0.39 0.90 RM1,056.23 RM3,571.70 RM 8.01 - RM 9.00 0.47 0.45 0.43 0.37 0.86 PT I RM5.39 RM17.70 RM 7.01 - RM 8.00 0.45 0.43 0.41 0.35 0.82 RM1,029.49 RM3,380.70 RM 6.01 - RM 7.00 0.43 0.41 0.39 0.33 0.78 RM 5.01 - RM 6.00 0.38 0.37 0.35 0.30 0.70 2.3 Salary Range for Skill Path Min Max PE IV RM6.03 RM19.20 RM1,151.73 RM3,667.20 PE III RM5.53 RM18.70 RM1,056.23 RM3,571.70 PE II RM5.39 RM17.20 RM1,029.49 RM3,285.20 PE I RM5.24 RM14.20 RM1,000.84 RM2,712.20 2.4 Salary Range for Administrative Path Min Max PA IV RM6.03 RM19.20 RM1,151.73 RM3,667.20 PA III RM5.53 RM18.70 RM1,056.23 RM3,571.70 PA II RM5.39 RM17.20 RM1,029.49 RM3,285.20 PA I RM5.24 RM14.20 RM1,000.84 RM2,712.20
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 42 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 LAMPIRAN 2 Seperti yang termaktub di Perkara 24(f) Perjanjian ini, pekerja akan ditawarkan kenaikan pangkat dalam percubaan secara bertulis seperti berikut :- KENAIKAN PANGKAT DALAM PERCUBAAN 1. Kami dengan sukacitanya menawarkan andakenaikan pangkat dalm percubaan sebagai ……………….. berkuatkuasa dari …………….. (tarikh). Jika anda menerima tawaran ini, anda dikehendaki melaporkan diri kepada Encik …………….. (dari Bahagian) pada tarikh seperti di atas tadi. 2. Anda akan menjalani tempoh percubaan selama tiga (3) bulan, tempoh yang mana boleh dilanjutkan selama tiga (3) bulan lagi, diatas kehendak Syarikat, jika difikirkan perlu. 3. Tempoh percubaan ini adalah untukmembolehkan Syarikat memastikan sama ada anda sesuai untuk semua atau seseuatu fungsi di dalam kerja anda, sebelum pengesahan di dalam jawatan yang ditawarkan ini. Di dalam tempoh percubaan ini, anda akan dibayar gaji sebanyak RM………………. Sebulan / seminggu / sejam. 4. Bila-bila masa di dalam tempoh percubaan ini tawaran kenaikan pangkat anda boleh ditamatkan oleh Syarikat tanpa notis dan tanpa memberi sebarang sebab untuk keadaan tersebut selepas mana anda akan diletakkan kembali ke jawatan asal anda sebagai …………….. di dalam Gred ……………….(gred asal) dengan gaji asal sebanyak RM……………. Sebulan / seminggu / sejam. 5. Anda akan dikehendaki menjalankan tugas dan fungsi anda sepertimana yang diarahkan oleh Syarikat dari masa ke semasa, atau oleh orang-orang yang diberi kuasa berbuat demikian bagi pihak Syarikat dan anda juga boleh dipindahkan dari satu Seksyen/Bahagian yang lain, menurut kehendak dan keperluan Syarikat. 6. Tawaran ini, sepertimana tawaran-tawaranlain Syarikat, adalah tertaklik kepada andamengkiutdan mematuhiu sebarang syarat-syarat perkhidmatan,undang-undang dan peraturan loji, samada bertulis atau dimaksudkan, yang mana sekarang ini berkuatkuasa dan perkara-perkara yang termaktub di dalam Perjanjian dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Kumpulan United Motor Works. 7. Pada atau sebelum tamatnya tempoh percubaan ini, tempoh asal ataupun seperti yang dilanjutkan, jika adaakan diberitahu secara bertulis samada anda disahkan dalamkenaikan pangkat ini ataupun tidak. 8. Sila turunkan tandatanga dan kembalikan Salinan surat ini menjelang tujuh (7) hari dari tarikhsurat ini menandakan penerimaan anda akan tawaran ini atau sebaliknya. Yang Benar, Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya faham dengan sepenuhnya syarat-syarat perlantikan ini dan menerima tawaran ini. Tandatangan Pekerja : …………………………….. Tarikh : ……………………………..
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 43 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 LAMPIRAN 3 Seperti yang termaktub di Perkara24 (f) Perjanjian ini, pekerja-pekerja yang diberi kenaikan pangkatdalam percubaan, di mana Syarikat ingin melanjutkan tempoh percubaan mereka, akan diberi surat lanjutan tempoh percubaan seperti berikut :- LANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN KENAIKAN PANGKAT 1. Kami merujukkepada surat kami Ruj : ……………. Bertarikh ……………..dan penerimaan anda akan tawaran kenaikan pangkat dalam pecubaan sebagai ……………. Dan yang mana tempohnya akan berakhir pada ………….. (tarikh). 2. Kami dengan dukacitanya memaklumkan bahawa anda belum disahkan dalam jawatan ini dan dengan yang sedemikian, tempoh percubaaniuni akan dilanjutkan selama tiga (3) bukan lagi berkuatkuasa (sehari selepas tempoh percubaan awal tamat) hingga ke ……………… (tiga bulan kemudian). 3. Terma dan syarat-syarat anda adalah sama dengan surat kami yang pertama (iaitu syarat tawaran kenaikan pangkat dalm percubaan). 4. Sial turunkan tandatangan dan kembalikan Salinan surat ini menjelang tujuh (7) hari dari tarikh surat ini, menandakan penerimaan anda akan tawaran ini atau sebaliknya. Yang Benar, Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya faham dengan sepenuhnya syarat-syarat lanjutan percubaan ini dan menerima / menolak tawaran tersebut. Tandatangan Pekerja : …………………………….. Tarikh : ……………………………..
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 44 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 LAMPIRAN 4 Seperti yang termaktub di Perkara 24 (f) Perjanjian ini, pekerja-pekerja yang diberi kenaikan pangkat dalam percubaan, di mana Syarikat ingin melanjutkan tempoh percubaan mereka,akan diberi surat lanjutan tempoh percubaan seperti berikut :- PENGESAHAN TAWARAN KENAIKAN PANGKAT 1. Kami merujuk kepada surat kami bertarikh …………….. di mana anda telah menerima tawaran kenaikan pangkat dalam percubaan sebagai ………………. di dalam gred ……………. Berkuatkuasa dari ………………..(tarikh). 2. Kami dengan sukacitanya mengesahkan anda dalam perlaintikan ini berkuatkuasa ……………. (tarikh) dengan gaji sebanyak RM …………………. Sebulan /seminggu /sejam. 3. Tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Bersama dengan Kesatuan Pekerja-Pkerja Perusahaan Kumpulan United Motor Works yang sedang berkuatkuasa masa kini. Perlantikan ini boleh ditamatkan oleh mana-mana satu pihak dengan memberi notis bertulis selama satu (1) bulan untuk yang bergaji bulan, ke atas pihak yang satu lagi ataupun gantirugi gaji bagi tempoh notis tersebut. 4. Anda akan dikehendaki menjalankan tugas dan fungsi anda dari masa ke semasa seperti yang diperlukan oleh Syarikat atau seperti yang diarahkan oleh orang-orang yang diberi kuasa untuk berbuat demikian bagi pihak Syarikat dan anda juga boleh dipindahkan dari satu Seksyen/Bahagianayng lain mengikut keperluan Syarikat. 5. Perlantikan ini juga tertakluk kepada anda mematuhi syarta-syarat perkhidmatan dan Undang-Undang dan Peraturan loji Syarikat yang berkuatkuasa masa kini, samada bertulis atau dimaksudkan, dan juga kepada syarat-syarat seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Bersama dengan Kesatuan PekerjaPekerja Perusahaan Kumpulan United Motor Works yang sedang berkuatkuasa sekarang. 6. Kami mengucapkan tahniah kepada anda di atas kenaikan pangkat ini, dan sila turunkan tandatangan dan kembalikan salinan surat ini menandakan penerimaan anda akan tawaran ini atau sebaliknya menjelang tujuh (7) hari dari tarikh surat ini. Yang benar, Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya faham akan syarat-syarat tawaran ini dan menerimanya. Tandatangan pekerja : ………………………………….. Tarikh : ………………………………….
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 45 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 LAMPIRAN 5 BORANG RINTIHAN NAMA : ………………………………………………………………………………………………………………. NO PEKERJA : ………………………………………………………………………………………………………………. GRED : ………………………………………………………………………………………………………………. JABATAN : ………………………………………………………………………………………………………………. TARIKH LAPORAN DI BORANG RINTIHAN : ………………………………………………………………………………… TARIKH RINTIHAN BERMULA : ………………………………………………………………………………………………. BENTUK RINTIHAN : ………………………………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………………………. NAMA SAKSI/SAKSI-SAKSI ATAU LAIN-LAIN TERLIBAT ………………………………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………………………………. ……………………………………………. (Tandatangan pekerja yang merintih) ……………………………………………. Tandatangan wakil KPPPK UMW (jika ada) Tandatangan Pegawai yang menerima laporan Rintihan ……………………………………………. Tarikh laporan rintihan diterima : ……………………………………… Tindakan dan keputusan yang diambil : ……………………………………… Tarikh : ……………………………………… Ketua Jabatan/Pengurus Sumber Manusia :……………………………………
AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD 46 PERJANJIAN BERSAMA 2018 - 2020 Dengan bersaksikan pihak-pihak disini yang telah menandatangani perjanjian ini pada 11 Julai 2018:- Untuk dan bagi pihak Untuk dan bagi pihak KESATUAN PEKERJA-PEKERJA PERUSAHAAN KUMPULAN UMW AUTOMOTIVE INDUSTRIES SDN BHD ………………………………………. JAPELUS BIN ZAINAL Presiden, KPPPKUMW .......................................................... CHE ISMAIL BIN CHE COB Ketua Eksekutif, AISB ………………………………………… SAIFULAZMI BIN ABDUL RAHMAN Setiausaha Agung , KPPPKUMW …........................................................ ABDUL ZAHA BIN MOHD JUAH Pengurus, Jabatan Sumber Manusia & Keselamatan AISB ………………………………………… TAJUWID BIN AHMAD Bendahari Kehormat, KPPPKUMW ……………………………………….. NORAZIZAN BIN MOHD RAMLI Penolong Setiausaha Agung, KPPPKUMW Di Saksikan Oleh ……………………………………….. MR AKIO TAKEYAMA Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor ….………………………………………. MR K. RAVINDRAN Presiden, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd