The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku ini sangat bagus untuk bacaan ringan bagi semua peringkat umur. Setiap topik akan diselitkan kata-kata Dorongan untuk dijadikan panduan serta pesanan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anis_akmil, 2021-07-07 20:15:41

170 Kata-kata Mendorong Menjadi Pelajar Hebat

Buku ini sangat bagus untuk bacaan ringan bagi semua peringkat umur. Setiap topik akan diselitkan kata-kata Dorongan untuk dijadikan panduan serta pesanan.

Keywords: pelajar hebat,kata-kata dorongan

Kandungan

Muka Surat Tajuk

2-4 Berbaiklah Dengan Rakan
5 Ubat Konflik Bersama Rakan
6 Sudah Putus Kasih Sayang
7
8 Ubat Apabila Putus Cinta
9 Yakin Itu Boleh
10-11
12 Ubat Membina Keyakinan Diri
13-14 Demi Masa
15
16 Ubat Mengurus Masa Dengan Efektif
17 Sayangi Keluarga, Hati Bahagia
18-19 Ubat Konflik Bersama Keluarga
20 Stres itu Biasa
21-22 Ubat Mengendalikan Stres
23 Jom Bina Motivasi Belajar
24-25 Ubat Bina Motivasi Belajar
26 Berani Dan Terus Adaptasi
27 Ubat Hadapi Kejutan Budaya
28 Hidup Ada Tujuan
29 Hidup Membina Matlamat Diri
30 Aku Dalam Dilema
31-32 Ubat Urus Konflik Diri
33 Aku Dan Pilihan Kerjaya
34
35 Ubat Membina Perancangan Kerjaya
36-37 Anda Dan Kewangan
38
39-42 Ubat Menguruskan Kewangan
43 Iri Hati, Rosak Hati
44-45
46 Ubat Mengendalikan Perasaan Iri Hati
47 CGPA : Dunia Belum Berakhir
48
Ubat Mengalami Kekecewaan CGPA Menurun
Berbaiklah Dengan Guru

Ubat Konflik Bersama Pensyarah
Homesick itu Pembelajaran

Ubat Menghadapi “Homesick”
Marah Itu Tidak Sihat

Ubat Mengendalikan Kemarahan

Berbaiklah dengan rakan

Anda pernah mengalami situasi konflik bersama rakan? Sama ada konflik
dengan rakan baik, rakan sebilik, rakan sekolah, rakan satu universiti ataupun
rakan sekerja. Saya juga sebagai manusia biasa, tidak terlepas menghadapi
situasi ini malah banyak kali berlaku dalam kehidupan selama hampir 39 ta-
hun hidup di muka bumi ini.

Konflik adalah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan dan lain-
lain menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat. Perselisihan ini mungkin berlau secara komu-
nikasi yang dilihat secara fizikal atau pertentangan dari sudut emosi, mental atau psikologi.
Kebiasaan konflik yang banyak meninggalkan kesan mendalam hingga tidak dapat dilupa-
kan atau dimaafkan adalah konflik dari sudut emosi dan mental.
Konflik secara fizikal dan emosi ini pernah berlaku ketika saya baru berusia 7 tahun. Ketika itu,
saya adalah seorang anak tentera yang dibesarkan di sebuah kem tentera Batu Arang, Ra-
wang, Selangor. Pada ketika itu kehidupan sebagai anak tentera adalah di sekitar kem ten-
tera. Rumah pangsa setinggi 5 tingkat dan mempunyai kejiranan dari pelbagai blok mengi-
kut gred jawatan seseorang tentera. Kami anak tentera secara rutinnya bersekolah dengan
menaiki trak askar yang menunggu di satu lokasi mengikut masa yang ditetapkan. Pada keti-
ka itu saya tidak dihantar oleh ibu ke lokasi trak askar untuk ke sekolah. Ibu hanya memerhati
dari jauh dari blok rumah hingga hilang bayang-bayang dari kejauhan. Hati seorang anak
yang berusia 7 tahun sungguh sayu kerana terpaksa berdikari untuk berjalan keseorangan
pergi ke sekolah setiap hari. Namun saya mula memahami erti berdikari yang dilatih oleh
seorang ibu dan ayah pada ketika itu.

Namun semua kesayuan hati itu saya pendam. Tetapi suatu perkara yang tidak dapat saya
pendam iaitu satu perkara yang terjadi pada ketika usia itu. Setiap hari saya dibuli dan
dirompak oleh sekumpulan anak-anak tentera yang nakal terhadap saya pada ketika itu.
Semasa saya menunggu trak askar sampai setiap tengahari, sekumpulan budak nakal yang
diketuai oleh Amirudin bersama 4 orang lagi akan menyekat saya di lorong jalan berdekatan
lokasi menunggu trak. Mereka akan meminta duit dan membuli saya dengan menarik baju,
seluar dan rambut. Saya juga pernah dipukul oleh mereka secara kasar. Konflik fizikal ini men-
jadi konflik emosi dan mental kepada saya kerana berlaku setiap hari bukan sahaja di lokasi
menunggu trak sekolah, tetapi juga di sekolah rendah.

2

Mereka akan mengejar saya di padang ketika waktu rehat sehingga saya menangis teresak-
esak sekiranya saya tidak memberikan mereka duit bekalan yang diberi ibu saya setiap hari.
Pada ketika itu saya sangat takut, dan boleh dikatakan sebagai “budak lembik” yang tidak
berani melawan. Saya akur memberikan semua wang saku. Pada ketika itu saya tidak dapat
makan di kantin kerana tiada duit. Saya hanya minum air paip untuk menghilangkan rasa
lapar dan dahaga. Saya juga tidak memberitahu ibu juga bapa saya kerana takut dimarahi.
Bayangkan saya menjadi trauma untuk pergi ke sekolah hinggalah pada suatu hari seorang
guru bernama “Cikgu Hawa” terlihat saya dibuli oleh sekumpulan ini. Cikgu Hawa me-
manggil saya untuk menceritakan apa yang berlaku. Cikgu Hawa terus memanggil mereka
dan mendenda mereka. Cikgu juga menulis surat kepada ibu saya dengan menceritakan
segalanya. Besar jasa cikgu ini hingga rakan-rakan yang membuli saya perlu membayar
semula setiap wang saku yang dicuri termasuk alat tulis saya. Begitu terperinci cikgu ini
mengira berapa jumlah perlu dibayar kepada saya semula. Cikgu juga menulis surat kepada
ibu bapa mereka atas perbuatan mereka selama ini. Hasilnya, saya tidak dibuli lagi.

Saya rasa terbela oleh cikgu Hawa dan sejak itu saya mula rasa berani dan mula bergaul
dengan rakan-rakan lain. Sebelum ini, saya adalah seorang pendiam dan pasif pada ketika
itu. Saya hanya suka melukis pemandangan dan kartun, dan tidak suka bersosial kerana me-
rasakan rakan-rakan agar kasar bila bergurau dan saya lebih senang duduk di kelas pada
waktu rehat dengan melukis. Sejak cikgu Hawa menasihati saya supaya lebih berani selain
nasihat ibu agar jangan berdiam diri dan menjadi mangsa buli. Kata ibu yang masih terngi-
ang-ngiang di telinga saya hingga kini.

“abang.. abang anak sulong.. abang ada adik-adik lagi.. abang juga
anak mak.. ayah seorang askar yang berani.. abang kena berani untuk
jaga adik-adik nanti. Jika orang lain buat kita.. kita jangan balas balik…
tapi jangan jadi mangsa buli.. perlu pertahankan hak bila perlu..”

Tahun demi tahun berlalu saya mula belajar cara berkawan melalui pengalaman bergaul di
sekolah asrama hinggalah di Universiti Malaya. Dari seorang yang pendiam, anti sosial, san-
gat ‘intovert’, saya bertukar menjadi seorang yang berani, disegani dan popular. Saya
bukan dibuli lagi malah mempunyai ramai ‘geng’ ketika di sekolah menengah hinggalah ke
peringkat universiti.

3

Ketika bekerja sebagai Kaunselor di Universiti Putra Malaysia, saya menerima banyak
tanggungjawab sebagai pemimpin hingga menjadi Ketua Bahagian di Bahagian Kaunseling
UPM. Syukur pada Ilahi atas tunjuk ajar ibu bapa, sahabat baik dan pastinya seorang guru
yang tak dapat saya lupakan iaitu Cikgu Hawa, Guru Bahasa Malaysia dan Guru Kelas saya
di Sekolah Kebangsaan Batu Arang, Selangor pada tahun 1986.

Pengalaman konflik dengan rakan ini mengajar saya erti sebuah keberanian dan juga bakat
kepimpinan serta menjadi seorang kawan yang disenangi. Kata-kata nasihat seorang ibu
yang saya pegang hari ini ialah :

“Biarlah orang berbuat tidak baik kepada kita, teruskan berbuat baik
kepada mereka”

Seorang ibu yang hanya belajar hingga darjah lima kerana kemiskinan hidup, bukan
seorang terpelajar atau mempunyai pendidikan tinggi, tetapi banyak mengajar saya prinsip
hidup hingga saya menjadi sekarang. Beliau guru terbaik saya selain arwah ayah yang ban-
yak mengajar saya erti kesusahan hidup dan banyak menerima keperitan hidup mencari
rezeki hingga beliau meninggal dunia.

Saya suka untuk berkongsi sebuah buku yang menjadi panduan hidup kepada saya selama
ini. Buku ini juga banyak mengubah persepsi hidup saya dalam berkawan. Buku ini mengajar
saya mengawal konflik, menundukkan konflik dan seterusnya menjadikan kita “menang-
menang”. Buku tersebut adalah berjudul “How to Win Friends and Influence People”, ka-
rangan Dale Carnegie.

Saya bukanlah seorang yang layak memberi contoh teladan kepada pembaca namun ini
kisah hidup saya. Saya yakin pembaca dapat memahami isi hati saya dari penceritaan ini.
Terlalu banyak kisah hidup, jatuh bangun saya yang berkaitan konflik ini. Namun cukuplah
sekadar sekelumit kisah zaman kanak-kanak saya ini. Saya maafkan semuanya. Pasti ada
hikmah di sebalik semua ini.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Ibuku Salamiah dan Ayahku Zamberi. Terima kasih semua..
terima kasih Cikgu Hawa. Terima kasih rakan-rakan yang pernah hadir dalam hidup ini.

en. mohd redzuan zamberi k.b,p.a

upm serdang

4

1. Become genuinely interested in other people.
2. Smile.
3. Remember that a person's name is, to that person, the sweetest and most important

sound in any language.

4. Be a good listener. Encourage others to talk about themselves.
5. Talk in terms of the other person's interest.
6. Make the other person feel important – and do it sincerely.
7. Biarlah orang berbuat tidak baik kepada kita, teruskan berbuat baik kepada mereka.
8. Hati yang tulus menyayangi kita sebagai kawan baik hingga sukar untuk berkata “tidak”,

jauh sekali ingin bertengkar dengan kita kerana terlalu banyak kebaikan yang kita berikan
dan hanya sedikit kelemahan yang dilihat.

9. Sahabat itu seperti buku, sedikit, dan benar-benar terpilih.
10. Sahabat itu lebih murah dari terapi.

Ubat konflik bersama rakan

5

Sudah putus kasih sayang

Dia nampak sangat putus asa, semalam dia cuba self-harm, keadaan hari ini kusut masai
tidak bermaya dan setelah penerokaan demi penerokaan berlaku barulah dia bersedia
menceritakan.
Dia mengenali lelaki ini telah lama bermula sebagai kawan. Bila kenal hati budi persaan
yang ada di up grade, mereka saling menyukai antara satu sama lain dan akhirnya tahap
menyayangi antara satu sama lain.
Kalau namanya pasangan pastilah ada ujian sepanjang persahabatan itu. Ada perasaan
cemburu, ada perasaan marah, pasti jua ada perasaan gembira, seronok bercinta dan me-
madu kasih.
Bercinta di kampus cabarannya amat tinggi, bila mana dalam kampus kita boleh terjumpa
pula orang lain yang mungkin ambil mata pelajaran yang sama dengan kita walaupun bi-
dang pengajian yang berbeza. Saat inilah dia diuji.
Kekasihnya berpaling arah. Setianya dia kepada kekasihnya sampai dia tidak melihat indi-
vidu /mahasiswa lain di kampus Hijau. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa
kekasihnya ingin “break” iaitu memutuskan hubungan mereka.
Break? Tidak pernah terfikir oleh dia. Dia ingat cinta mereka hingga ke jinjang pelamin, na-
mun kusangka panas hingga ke siang rupanya hujan di tengahari.
Dia sukar menerima dia suka orang lain, dia bertanya apa salah dan silap dia, apa ku-
rangnya dia berbanding “budak baru “ itu, dia rasa tertekan.
Bila dia berjumpa kaunselor untuk bercerita dan kaunselor meminta dia buat Ujian DAS
(Depression Anxiety Stress) tahap stress dia berada pada tahap teruk.

Dia tidak boleh terima kenyataan/fasa penafian.

Dia buntu.

Dia keliru.

Dia marah dengan situasi yang dihadapi.

Dia sanggup buat apa sahaja dengan harapan kekasih lama kembali
kepadanya.

Dia tidak boleh “move on”

Apakah yang perlu dibuat ? Apakah kata-kata semangat yang boleh
dia pegang?

puan rafidah sadarudin k.b,p.a
upm serdang

6

Pelajar sesungguhnya :

11. Allah tahu yang TERBAIK untuk kita, perancangan dia yang TERBAIK.
12. “If you love something set it free. If it comes back it’s yours. If not, it was never

meant to be.”

13. Jadikan kegagalan dalam percintaan sebagai pengajaran
14. Dia bukan milikku
15. Forgiving you is my gift to you. Moving on is my gift to myself.
16. Dalam Malaysia populasi ada 29,943,600 kita belum berjumpa yang serasi atau jodoh

kita lagi. Usaha dan terus berusaha.

17. Disaat kita berduka lara dia bergembira dan memadu kasih dengan insan lain, ber-

baloikah kita meratap sedih?

18. Berdoa minta Allah permudahkan urusan kita melupakan dia.
19. Kita “bersyukur” kita tahu sekarang dia bukan untuk kita, kalau kita tahu selepas

berkahwin keadaan akan jadi parah.

20. Ada hikmah atas setiap kejadian, bertabahlah!

Ubat APABILA PUTUS CINTA

7

Yakin itu boleh

Alhamdulillah… syukur kepada Allah kerana kita masih bernafas di muka
bumi Allah dan mendapat nikmat yang tidak terhingga dariNya.
Bercakap mengenai keyakinan diri yang rendah, saya juga pernah me-
laluinya. Pada masa itu saya merasakan saya adalah dalam kalangan
orang yang tidak hebat, tidak berani dan selalu membandingkan diri
saya dengan orang lain. Dengan kata lain, saya memandang diri saya
serba kekurangan. Apabila difikirkan semula, kenapa saya perlu bersikap
sebegitu? Sedangkan saya sendiri punyai banyak kelebihan, saya sedia
maklum tentang kelebihan yang saya ada.

Dari situ saya bangkit dan saya mula memikirkan adalah lebih baik saya memikirkan segala
perkara positif yang ada pada diri saya dan bukannya memikirkan perkara negatif. Ini
kerana bila negatifnya pandangan saya terhadap diri sendiri, segala urusan yang saya buat
tidak menjadi, dan hasilnya adalah negatif juga, dan ternyata ianya sia-sia. Namun bila saya
memikirkan yang saya mampu secara tidak langsung keyakinan diri saya juga turut mening-
kat, maka hasilnya adalah positif dan tidak mendatangkan sia-sia.

Saya yakin ada dalam kalangan kita yang sering merasakan kurang yakin dengan diri sendiri
disebabkan faktor seperti personaliti, rupa paras dan kemahiran yang ada pada diri sendiri.
Biasanya kita melihat orang lain lebih bijak, lebih cantik, lebih bahagia malah lebih sempur-
na dari diri kita sendiri, justeru kita cenderung untuk merasa rendah diri dan tidak standing
dengan orang lain. Perasaan sebegitu sebenarnya adalah negatif. Sebaiknya kita harus
menjadikan kekeurangan dan kelemahan sebagai salah satu kekuatan. Jadikan keku-
rangan yang ada dalam diri sebagai pembakar semangat untuk terus memajukan diri.

Jadi di sini saya ingin mengajak anda semua untuk lebih yakin dengan diri sendiri, kerana kita
yang mencorakkan diri kita. Pastinya kita hendak berjaya dalam kehidupan dan memiliki
segala kebaikan bukan? Jadi mulakan dengan membuat perubahan, berubahlah untuk
lebih yakin agar kita menjadi orang yang hebat. Pada masa itu orang lain juga mengakui
kehebatan kita, namun kita jangan sesekali mengharapkan penghargaan dari manusia,
kerana itu semua tidak kekal.

Jom bangkit dengan keyakinan diri yang tinggi.

dr. mazila ghazali k.b,p.a

upm serdang

8

21.Jangan pernah rasa diri tidak bagus, hakikatnya anda penentu kebagusan diri anda
22.Buang perasaan risau agar anda mampu tenangkan diri sendiri untuk lebih yakin diri
23.Jangan memandang orang lain terlalu hebat sehingga anda bertindak untuk

mengkritik diri sendiri.

24. Latih minda untuk menjadi lebih positif
25. Ucapkan terima kasih pada diri sendiri
26. Sentiasa suka dan cintakan diri sendiri
27. Diri anda berharga, jadi jangan sia-siakan
28.Hiduplah hari ini dengan penuh makna
29.Rasakan perasaan seronok dan hebatnya menjadi orang yang berjaya
30.Cipta yakin diri, jangan cipta rendah diri

Ubat membina keyakinan diri

9

Demi masa

“Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan be-
ramal soleh. Mereka menyeru kepada kebenaran dan kesabaran” (Surah Al-Asr’:103). Tern-
yata kepentingan menjaga masa telahpun dihuraikan dalam al-Quran. Inilah kuasa masa.
Masa adalah kunci kejayaan dalam apa jua perkara yang diceburi baik pelajar mahupun in-
dividu yang selainnya. Pengurusan masa yang baik dan betul adalah kunci kejayaan. Dalam
pengurusan masa ini, perlu difahami bahawa ianya berkait rapat dengan matlamat. Tanpa
matlamat maka fokus tentang masa juga turut terjejas. Pengurusan masa amat penting bagi
mengelakkan diri terbelenggu dalam konflik pengurusan diri yang boleh mengganggu tu-
gasan, tergesa-gesa dan sering tertangguh dalam melakukan sesuatu perkara penting.

Dalam proses menguruskan masa dengan baik, saya berpendapat bahawa kuadran masa
atau mengkategorikan jenis masa dan tindakan adalah kaedah yang berkesan. Kategori sep-
erti kuadran masa terbahagi kepada 4 jenis iaitu penting dan segera; penting tetapi tidak
segera; segera tetapi tidak penting dan tidak segera dan tidak penting.

Kuadran penting dan segera bermaksud perkara yang mesti dilakukan. Setiap individu perlu
memastikan tugasan yang diberikan siap tepat pada masanya. Contohnya, jika diberi tu-
gasan oleh guru atau pensyarah mahupun majikan yang perlu dilaksanakan segera dalam

tempoh masa yang singkat. Tugasan itu perlu dilakukan segera kerana ianya
adalah penting dan segera. Elakkan dari melakukan perkara lain yang tid-
ak penting selagi anda tidak menyiapkan tugasan tersebut. Hal ini tidak
hanya melibatkan perkara akademik, tetapi juga kerja-kerja rumah yang
perlu disiapkan. Ianya membantu anda untuk tidak bertangguh dan
wujud nilai kesegeraan dalam diri.

Seterusnya, penting tetapi tidak segera. Dalam erti kata lain, perkara yang anda perlu lakukan
itu adalah penting tetapi tidak segera. Anda masih ada tempoh masa yang tertentu untuk
menyiapkan tugas itu. Tempoh masa yang diperuntukkan kepada anda itu membolehkan
perancangan tindakan yang perlu diambil bagi menyiapkannya. Justeru, dalam masa me-
nyiapkannya, anda juga boleh menggunakan masa yang ada untuk perkara lain yang selain
daripada tugasan tersebut.

Kuadran masa yang lain ialah segera tetapi tidak penting. Anda perlu bertindak segera tetapi
ianya tidak penting. Contohnya, anda menerima mesej dari kawan bertanyakan tentang
sesuatu hal yang tidak segera. Dalam masa yang sama anda sedang fokus atau mendengar
taklimat yang lebih penting. Justeru tindakan membalas mesej pada ketika itu tidaklah segera
sehingga mengganggu tumpuan anda dalam taklimat yang lebih penting. Pun begitu, anda
masih perlu membalas mesej sejurus selepas tamat sesi taklimat. Namun perlu diingatkan, jika
kandungan mesej itu agak kritikal dan memerlukan respon segera, maka seharusnya anda
keluar sebentar dari sesi taklimat untuk membalas mesej.

10

Kuadran atau kategori masa yang terakhir ialah tidak segera dan tidak penting. Perkara
yang diyakini tidak penting dan boleh ditinggalkan jika tidak memerlukan. Contohnya
menonton rancangan televisyen kegemaran sehingga leka dan tidak menghiraukan tu-
gasan dari guru atau pensyarah serta majikan. Maka masa yang ada sebaiknya diperuntuk-
kan untuk menyiapkan tugasan terlebih dahulu sebelum menonton rancangan tersebut. Apa
yang silap dalam pengurusan masa ialah tindakan yang diambil tidak mengikut keutamaan
masa. Lantas, pengurusan masa menjadi teruk sehingga ada ketikanya individu gagal me-
nyiapkan sesuatu mengikut masa yang diperuntukkan. Apa yang anda boleh praktikkan di
sini ialah mengisi masa secara berjadual dan sistematik.
Berdasarkan tips pembahagian masa mengikut keutamaan ini, saya berharap agar anda
boleh menyenaraikan setiap perkara atau tugasan yang perlu dilakukan pada jadual harian.
Paling tidak, anda dapat mengetahui apa yang perlu dilakukan dalam sesuatu tempoh.

Sebolehnya “yang dikejar tidak lari, yang dikendong tidak berciciran”.
Kenal pasti keutamaan mengikut kuadran masa agar tindakan yang di-
ambil tidak mengganggu hal yang lain. Selamat mencuba.

puan siti fatimah abdul ghani k.b.,p.a
upm serdang

11

31. Pelajari masa lalu jika ingin meramal masa hadapan.
32. Masa depan itu dimulai dengan saat ini juga bukan esok.
33. Kejayaan itu bukanlah sesuatu yang tertunda untuk masa depan. Kejayaan itu

bermaksud apa yang dirancang dan dilakukan masa kini.

34. Masa depan dimiliki oleh merteka yang benar-benar menghormati masa kini mereka.
35. Yang tidak cukup bukan masa, tetapi sikap untuk meraikan masa yang dimiliki.
36. Tiada seorangpun dalam kalangan kita yang mempunyai lebihan masa. Apa yang

terlebih ialah semangat untuk memanfaatkan masa yang ada.

37. Waktu terus berjalan, belajarlah dari masa lalu, bersiaplah untuk masa depan, dan

berikan yang terbaik untuk hari ini.

38. Masa depan adalah milik mereka yang menyiapkan hari ini.
39. Waktu adalah kunci untuk setiap masa lalu yang kita tinggalkan.
40. Waktu telah mengajarkan banyak hal, tentang sebuah perjalanan hidup, sebuah kisah

kehidupan, dan mengajarkan pentingnya sebuah masa depan.

Ubat mengurus masa dengan efektif

12

Sayangi keluarga, hati bahagia

Saya bawakan pembaca kepada suatu kisah. Semoga kisah ini dijadikan iktibar dan teladan
dalam mendepani hidup, baik diri sebagai anak, ibubapa, mahupun rakan taulan atau
sesiapa jua kita.
Kisah ini berlaku 20an tahun yang lalu. Adila (bukan nama sebenar) kehilangan seorang ayah
apabila ibubapanya bercerai. Dia ditinggalkan bersama ibu. Hilanglah kasih sayang seorang
ayah. Sudah tidak sempurna keluarga itu. Diusia kanak-kanak, Adila kehilangan pula ibu
tercinta akibat sakit. Dia kemudian dijaga oleh datuk dan nenek serta membesar di dalam
keluarga besar bersama ibu dan bapa saudara.
Setelah sekian lama tiada ibu, tanpa juga seorang ayah, Adila tidak mengenal erti kasih dan
sayang seorang ibu dan ayah. Tidak seperti kawan-kawan yang lain. Malah ayahnya tidak
pernah muncul. Wajah ayahnya juga tidak lagi diingati. Semuanya ditempuhi Adila dengan
perit, tapi dia tetap tabah dan tenang. Di kala usia remaja, jiwanya kerap dihujani perbagai
persoalan. Pelbagai tekateki kerap muncul. Adila sedar, usia remaja, usia yang penuh caba-
ran. Pelbagai masalah dihadapi. Emosinya kerap terganggu. Mujurlah, Allah berikannya kekuatan,
rakan-rakan yang baik serta sokongan kuat keluarga. Dirinya tidak terjebak dengan anasir negatif. Tatkala
usia Adila menjejak lewat 20an, si ayah muncul kembali. Apa yang anda rasa sekiranya situasi ini terjadi pa-
da diri kita sendiri? Adakah pendaman rasa puluhan tahun ini berkekalan menjadi konflik berpanjangan an-
tara anak dan bapa? Alhamdulillah Adila tenang menerima si ayah. Mungkin ayah telah sedar akan kekhil-
afan diri. Mungkin ini terbaik bagi dirinya. Walaupun ada kekesalan di hati Adila, dia tetap redha dan
tenang. Adila sambut ayahnya yang telah kembali ke dalam hidupnya dengan tenang. Adila terima
hakikat hidup. Andai Adila tidak mengalah, menjunjung ego, mencari salah, sudah pasti konflik anak dan
bapa ini akan terus berpanjangan.
Hidup ini hanyalah persinggahan. Konflik terjadi apabila ada perbezaan pendapat
antara dua pihak. Konflik boleh berlaku secara langsung atau mungkin juga membawa

kepada pendaman dalaman. Sekiranya perbezaan pendapat tidak diurus dengan
baik, konflik yang terjadi kadangkala boleh merosakkan hubungan. Dan juga boleh
memberi tempias kepada orang lain. Sebagai anak, ibu bapa, atau sesiapa sahaja, ka-
dangkala mengalah boleh meredakan konflik. Tidak semestinya mengalah itu kalah. Ga-
ya komunikasi dan interaksi yang sihat, mengurangkan jurang kebarangkalian konflik ber-
laku. Ego dan keangkuhan pula punca imarahnya konflik.

13

Konflik dengan ibubapa seringkali dialami oleh remaja. Antara faktor utama adalah usia remaja sendiri. Di-
usia remaja, seseorang itu akan mengalami pelbagai perubahan samada fizikal, emosi dan sosial. Ianya
akan memberikan kesan ketidakseimbangan emosi kepada remaja, yang mana boleh menimbulkan pel-
bagai gaya masalah. Antaranya ialah, keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri, sering merasa diri
disalah erti, merasa diri dilayan tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi, susah membuat keputusan,
mencari identiti diri dan banyak lagi. Remaja dan ibu bapa sering bercanggah dari segi nilai, sikap
dan tingkahlaku. Mungkin jurang generasi di antara kedua-dua pihak mempengaruhi per-
sepsi, pemikiran dan nilai yang berbeza. Sebagai contoh, ibubapa memberikan pelbagai
pantang larang dan nasihat, dengan tujuan untuk menjaga si anak, dalam masa yang sama
persepsi anak mengatakan bahawa ibubapanya sedang mengongkong, tidak memahami
kehendak mereka.

Kadangkala ibubapa itu benar. Kadangkala pandangan dan pendapat
anak ada betulnya. Justeru, di dalam institusi kekeluargaan ‘give and
take’ sangat perlu. Redakan emosi. Berkasih sayanglah.Dalam apa juga
situasi, kewangan, hal pelajaran, pergaulan dan sebagainya, raikan
pandangan dan pendapat semua ahli dalam keluarga.

Dan semestilah ibu dan bapa sebagai ‘role model’ kepada anak-anak. Ibu bapalah contoh
pertama anak-anak. Guru terbaik adalah ibubapa. Duhai ibubapa, berikanlah contoh yang
terbaik, kerana acuan yang baik menghasilkan bekas yang cantik.

puan wan azurani wan ahmad k.b,p.a
upm serdang

14

41. Jiwa remaja, lalui dengan tenang
42. Marah itu mudah. SABAR itu indah.
43. ‘Silence Speaks When Words Can’t’
44. Mengalah tidak bererti kalah. Tidak semestinya yang menang itu TERBAIK.
45. Mengalah untuk MENANG.
46. Senyum. Walau apa pun yang terjadi.
47. Kita hanya ada satu ayah dan satu ibu. Hargai mereka.
48. Gaya asuhan ibubapa, membina pembentukan peribadi anak-anak.
49.‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Perwatakan anak-anak cerminan ibubapa.
50. Ibubapa adalah uswah (teladan) kepada anak-anak. Berikan USWAH HASANAH!

Ubat KONFLIK BERSAMA KELUARGA

15

Stres itu biasa

Dalam kehidupan kita,'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan.
Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Ini kerana, stres terbahagi
kepada dua iaitu eustress dan distress. Eustress ialah stres yang membina
dan individu tersebut boleh menyesuaikan diri. Manakala distress pula,
keadaan di mana individu yang mengalaminya tidak boleh me-
nyesuaikan diri dan jika tidak diatasi boleh merosakkan diri. Apabila stres
tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.

Bila bercakap tentang stres, semua orang pernah melaluinya. Sebelum kita pergi lebih jauh, suka saya
berkongsi dengan pembaca tentang definisi stress secara ringkas. Istilah stres merujuk kepada tekanan,
beban, keletihan, ketegangan dan hilang daya. Stres adalah ketidakupayaan memenuhi tuntutan
persekitaran dan berlakunya gangguan kepada kehidupan. Secara keseluruhannya, apabila
seseorang individu mengalami stress, emosi, pemikiran dan tingkahlaku tidak selari. Sebagai pelajar,
apabila mengalami stres, dia tidak dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran dan tidak boleh
berfikir secara rasional. Badan akan menjadi lemah dan letih.
Apabila keadaan ini berlaku, kerja-kerja seharian akan terganggu atau pelajar tidak menghadiri kuliah.
Oleh yang demikian, untuk mental yang sihat maka kita perlu mengurus dan cuba mengatasi stres
dengan cara yang berkesan dan sesuai dengan diri. Sebelum anda mendapatkan cara yang sesuai
untuk mengurus stres, suka saya kongsikan beberapa kata positif untuk memberi dorongan,
ketenangan dan meredakan stres yang berlaku.

puan izwana ismail k.b, p.a
upm serdang

16

Ubat MENGENDALIKAN STRESS

Ketika kita mengeluh….Allah menjawab…

51. “Ishh..aku rasa penat sangat”…Allah menjawab..”Dan KAMI telah jadikan tidurmu

untuk berehat (Surah An-Naba’ Ayat 78:9)

52. “Beratnya dugaan ni, tak sanggup aku menghadapinya”..Allah menjawab..”AKU

tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Surah Al-Baqarah
Ayat 2:286)

53. “Serabutnya”…Allah menjawab “Hanya dengan mengingatiKU hati akan menjadi

tenang.”(Surah Ar-Ra’d 13:28)

54. “Apa yang aku buat ini semua sia-sia”…Allah menjawab “ Sesiapa yang

mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun,nescaya ia akan melihat balasann-
ya.” (Surah Al- Zalzalah 99:7)

55. “Takde orang pun yang nak tolong aku”..Allah menjawab “Berdoalah (mintalah)

kepadaKU nescaya Aku kabulkan.” (Surah Al-Mumin 40:60)

56. “Aku sedih sangat”..Allah menjawab “Janganlah engkau berduka cita,

sesungguhnya Allah bersama kita.” (Surah At-Taubah Ayat 9:40).

57. Setiap percaturan Allah tidak pernah salah, hikmah disebalik ujian itu kadangkala

tidak terlihat pada masa sekarang, tapi akan membuat kita bersyukur pada masa
akan datang.

58. Redhalah dengan sesuatu ujian dan cabaran yang berlaku.

59. Sentiasa berdoa dan meminta maaf jika kita menyakiti orang lain seterusnya me-

maafkan orang yang menyakiti kita.

60. Berfikirlah yang baik, berbicaralah yang baik, bersikaplah yang baik, berbuatlah

yang baik dan berprasangkalah yang baik..semoga yang hadir dalam kehidupan kita
adalah yang baik juga…Insyaallah..

17

Jom bina motivasi belajar

Motivasi dalam meningkatkan semangat belajar terbahagi kepada dua, iaitu
motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik lebih kepada dorongan
daripada dalaman diri sendiri dan tidak perlu rangsangan daripada luar. Con-
tohnya, seorang pelajar yang hobinya suka membaca tidak memerlukan
orang lain untuk mendorong dirinya untuk membaca buku. Ini kerana, ianya
datang daripada keinginan sendiri bukan faktor luaran.
Manakala, motivasi ekstrinsik pula lebih kepada faktor luaran seperti ahli keluarga, kawan-
kawan, hadiah dan sebagainya. Sebagai contoh, seseorang itu belajar kerana mengetahui
bahawa ujian akan diadakan pada hari esok dan berharap mendapat nilai yang baik dan
dipuji oleh rakan-rakan dan guru.

Berikut merupakan beberapa tips untuk meningkatkan motivasi belajar :-

1. Bergaul dengan rakan-rakan yang minat belajar

Rakan merupakan individu yang boleh mempengaruhi diri kita. Apatah lagi jika kita sering
bersama mereka, kita juga akan terikut-ikut sifat dan kebiasaan mereka juga. Contohnya, kita
akan jadi malas untuk belajar jika sering berkawan dengan rakan-rakan yang malas belajar.
Sebaliknya, kita juga akan rajin belajar jika rakan kita seorang yang rajin belajar.

2. Menetapkan matlamat yang spesifik

Adalah sangat penting untuk kita menyenaraikan matlamat secara spesifik dan menampal
matlamat tersebut di tempat yang sering kita lihat seperti dinding bilik, almari, buku dan juga
diari. Ini kerana, ianya boleh membantu mengingatkan kita kepada matlamat dan sekaligus
mengekalkan motivasi diri untuk belajar.

3. Membuat jadual belajar

Setiap pelajar perlu membuat jadual belajar supaya lebih berdisiplin dalam mengulangkaji
pelajaran di samping mengekalkan motivasi belajar. Selain itu, jadual belajar ini juga dapat
mengelakkan diri kita daripada melakukan perkara yang kurang berfaedah dan membuang
masa.

18

4. Menampal kata-kata motivasi

Salah satu cara untuk meningkatkan motivasi belajar ialah dengan menampal kata-kata mo-
tivasi di tempat yang sering kita lihat. Ini kerana, kaedah ini juga membantu mengingatkan
kita untuk terus belajar disaat motivasi belajar kelihatan menurun.

5. Jauhi gangguan

Banyak gangguan yang akan membuat diri anda merasa tergoda untuk beralih dari belajar
dan melakukan aktiviti lain. Contohnya menonton TV, tidur, bermain game dan melayari inter-
net. Oleh itu, sebelum belajar kita perlulah singkirkan aktiviti tersebut dan pilihlah tempat bela-
jar yang terhindar daripada gangguan tersebut supaya aktiviti mengulangkaji menjadi lebih
fokus.

6. Pelajari teknik mengingat dengan kata kunci atau akronim

Otak kita lebih mudah mengingati perkataan dan maklumat yang lebih ringkas. Oleh itu,
cara yang terbaik ialah dengan menggunakan kata kunci atau akronim untuk membantu
otak kita cepat mengingat sesuatu perkara.

puan kemelia omar k.b, p.a
upm serdang

19

Berikut merupakan beberapa perkongsian kata-kata motivasi belajar :-

61. Hidup adalah proses di mana kita terus belajar tanpa ada batas umur tanpa ada kata

tua.

62. Tiada orang hebat yang malas untuk belajar.
63. Gagal itu biasa, terus berusaha itu lebih luar biasa.
64. Orang yang berhenti belajar akan menjadi pemilik masa lalu, dan orang yang terus

belajar akan menjadi pemilik masa hadapan.

65. Don’t stop when you’re tired. Stop when you are done.
66. Pembelajaran tidak dicapai dengan kebetulan. Ia harus dicari dengan semangat dan

ketekunan.

67. Belajar bukan hanya mengetahui apa yang harus dilakukan, tapi melakukan apa yang

sudah kita ketahui.

68. Belajar itu bukan tentang waktu, tapi tentang usaha.
69. Semakin anda fokus kepada impian, semakin cepat anda mencapai impian itu.
70. Your future is creataed by you today, not tomorrow.

Ubat bina motivasi belajar

20

Berani dan terus adaptasi

“Aduh... kenapalah orang di sini kurang mesra? Semua orang buat hal masing-
masing”.
“Alangkah bagusnya kalau orang lain faham aku ni”
“Lecehlah. Kena ikut peraturan, kejar merit, tak boleh itu dan ini. Aku kan dah
besar!”
Pernahkah hati anda berbisik sendiri dialog di atas? Atau anda mendengar omelan dari ka-
wan lain berkaitan perkara serupa atau seakan-akan dengannya?Hakikatnya, apabila men-
jejakkan kaki ke alam kampus, bersedialah dengan sebarang jua kemungkinan dan ketidak
selesaan. Ianya umpama memasuki episod baru dalam kehidupan yang tidak diketahui
apakah yang bakal berlaku dan sedikit sebanyak akan mencetuskan kebimbangan. Apabila
anda mempunyai sesuatu jangkaan , dan jangkaan itu tidak dapat dipenuhi, ianya akan me-
nyebabkan tekanan atau stres. Stres yang berlebihan pula akan menyebabkan hidup tidak
keruan. Kalau begitu, apakah yang perlu dilakukan? Ubahlah sudut pandang berfikir.
Hidup penuh dengan perkara luar jangkaan, kerana kita bukan Tuhan. Dengan pemikiran itu,
tidaklah sebarang perubahan menjadi bebanan mahupun tekanan. Walaupun apa jua peri-
stiwa baru, kenalan baru perkara baru yang perlu dipelajari, hadapi dengan hati yang ter-
buka dan berlapang dada. Izinkan diri meneroka pengalaman baru agar kaya pengalaman
dan ilmu. Anggaplah setiap pengalaman yang ditempuh di dalam kampus adalah peluang
untuk anda menyulam ilmu kehidupan yang tidak ternilai dengan wang sebagai ukuran.
Dengannya anda akan semakin matang dan bijak mengatur perjalanan di masa hadapan.

Sesungguhnya, peneroka pengalaman adalah pengembara segala impian.Dalam mengejar
impian, berhadapan dengan segala cabaran dan urusan, akar diri usah dilupakan. Pesan
ayah bonda dan kaum keluarga yang menghantar dengan penuh harapan dan doa’ perlu
disematkan dalam dada dan jiwa agar kejayaan dapat diukir jaya. Ke mana pun jua me-
langkah pergi, maruah diri dijaga rapi. Di mana bumi bernaung, di situ amanah dijunjung.
Ilmu dan amal perlu seiring, agar hati tidak runsing.

21

Ada kalanya, apabila berjauhan dari keluarga, hati merasa sunyi sekali. Tambahan pula ti-
ada siapa yang sesuai dan memahami diri. Ambillah masa untuk mengenali dan me-
nyesuaikan diri. Jika sampai ketika perlu menyendiri, tidak perlu bersedih hati. Tidak mengapa
menyendiri, asal tahu mengawal diri. Di Bahagian Kaunseling, terdapat seramai 13 orang
kaunselor yang anda boleh pilih mengikut naluri untuk berkongsi isi hati. Kami ada dan sedia
menerima kehadiran anda, seadanya diri anda, untuk ketenangan dan kebahagiaan diri an-
da. Untuk mencari kebahagiaan diri, perlu kenal diri sendiri dan bina matlamat hidup sesuai
dengan keupayaan diri.

Proses kaunseling boleh membantu anda mengenal pasti potensi diri dan
menggilap permata dalam diri. Yang penting, hiduplah dengan mencipta je-
jak sendiri dan bukan mengekor bayang orang lain. Walaupun ada kalanya
anda bertemu dengan orang yang sukar untuk anda bersetuju, pokoknya han-
ya satu.

Raikan persamaan, hormati perbezaan. Dengan ini lebih mudah untuk anda berdamai
dengan orang lain dan berdamai dengan diri sendiri. Sekiranya anda telah berusaha untuk
menjaga perasaan dan hak orang lain dan tidak dihargai, lepaskan perasaan yang me-
nyempitkan hati. Beri dan berkongsi tanpa harapan, soal balasan serahkan pada Tuhan.
Dengan itu, jiwa akan rasa bebas tanpa sebarang ikatan dan kekecewaan. Akhir kata,
izinkan diri menerima ungkapan kata di bawah ini sebagai pendorong diri. Moga anda dapat
menyesuaikan diri dan tidak terkesan dengan kejutan budaya di sekeliling anda. Kejutan bu-
daya tidak terkesan pada jiwa jika diri siap siaga.

puan kamariah derasol k.b,p.a

upm serdang

22

71. Kebebasan diri bukan kebebasan hakiki
72. Hidup penuh dengan perkara luar jangkaan, kerana kita bukan Tuhan.
73. Izinkan diri meneroka pengalaman baru agar kaya pengalaman dan ilmu.
74. Peneroka pengalaman adalah pengembara segala impian
75. Di mana bumi bernaung, di situ amanah dijunjung
76. Tidak mengapa menyendiri, asal tahu mengawal diri
77. Hiduplah dengan mencipta jejak sendiri dan bukan mengekor bayang orang lain
78. Raikan persamaan, hormati perbezaan.
79. Beri dan berkongsi tanpa harapan,soal balasan serahkan pada Tuhan.
80. Bukan kuasa diri untuk mengubah alam sekeliling tetapi kuasa diri untuk menyesuai

diri agar harmoni dan seiring.

Ubat hadapi kejutan budaya

23

Hidup ada tujuan

Ibu menangis lagi, matanya merah. Berjurai air mata, basah tudung dan bahu
baju kurung kuning berbunga halus yang dipakainya. Acap dia memeluk anak
lelakinya, wajah menantu dan cucu-cucunya ditatapi puas-puas. Hatinya
masih berat, berat melepaskan pemergian anak lelakinya yang seorang ini.
Dia memikirkan umurnya telah banyak, hampir mencecah 80. Huku alam kuat
menyatakan, dia akan dijemput menghadap Allah kelak. Mungkin ini per-
temuan terakhir dengan Razak, anak ketiga dari empat orang jumlah anak-
nya. Tangis Razak menyahut tangis ibunya, anak mana sanggup mendengar
ratap tangis ibu sendiri. Lemah seluruh sendi.
Kali ini dia nekad. Dia akan buktikan. Inilah saatnya, apa yang dia impikan selama ini. Setelah
impiannya hanyut, terlambung ombak kehidupan. Kali ini dia sungguh-sungguh mahu bere-
nang meredah ombak-ombak itu. Dalam usia empat puluh lima tahun, dia tidak muda lagi.
Dia tidak tahu bilamana ajal akan menjemputnya. Dia melihat sekelling. Panggilan dari alat
siaraya telah beberapa kali memanggil penumpang pesawat A0370 yang menuju ke Ameri-
ka Syarikat supaya menaiki pesawat dengan segera.
Dia melepaskan pelukan. Dia memegang bahu ibu. Menundukkan sedikit kepalanya. Tangan
ibunya yang lemah dipegang erat. Kedutan pada dahi dan wajah ibu dia renungi dalam.
“Emak, Razak minta maaf, jika inilah pertemuan kali terakhir kita. Razak mohon, ampun maaf
banyak. Halalkan makan minum Razak, emak,” Suaranya tenggelam dalam tangis. Teresak
dalam usapan seorang ibu.
Ibunya meraung, tidak dapat tertahan lagi rasa hiba, sesak, sedih, risau semua terkeluar
bagai empang yang terpecah. “Emak, pun macam itu Razak, doakan keluarga kita baik-
baik, InsyAllah Nak, kalau ada umur kita jumpa lagi. Jika tidak sempat, Ibu pun mohon maaf
banyak-banyak nak,” Sekali lagi mereka tenggelam dalam perasaan masing-masing.
Kakaknya datang melepaskan rungkaian dua beranak itu. Memujuk ibu, menyalami Razak. “
Engkau pasti Razak?,” Dipandangnya wajah adiknya dengan tanda tanya. “ Pasti kakak,
inilah masa untuk saya. Sekurangnya sebelum saya menutup mata. Saya berusaha meng-
gapai impian saya. Saya tidak malu untuk cerita pada anak-anak saya, yang saya punya im-
pian dan saya berusaha mencapai apa yang saya nak,” Kakaknya menggeleng kepala,
tersenyum. Senyuman yang tidak dapat diterka. “Kenapa sekarang Razak?, emak sudah tua,
bila-bila masa,” kakaknya menyeka air mata.

24

“Saya pun macam itu kakak, saya pun bila-bila tuhan akan cabut nyawa saya,tiada
bezanya. Baik yang muda, baik yang tua. Berilah peluang saya, tebus kembali cita-cita saya
yang tertinggal. “ Kakak fikir engkau dah lupakan impian engkau,”
“Betul kak, saya dah hampir lupakan impian saya. Tetapi akhir-akhir ini saya rasa ada sesuatu
yang kosong dalam hidup saya, ada janji pada diri yang masih tidak terpenuhi,”. Dia kembali
menyalami ibunya, “ Emak saya mohon, emak restuilah saya ini. Ibu pernah cakap pada
saya, belajarlah selagi engkau terdaya, itu yang saya akan pegang dan di warisi pada cucu-
cucu emak kelak. Terima kasih atas segalanya Mak,”
Berat hatinya melangkah, meninggalkan keluarganya semakin jauh. Tidak
sanggup lagi untuk dia menoleh, hatinya dikeraskan. Sekeras titanium yang su-
kar dilebur. Dia restu ibu selalu dengannya, ibunya mengizinkan dia pergi, han-
ya nuansa perpisahan menyiat jiwa-jiwa halus yang tertanam.
Kapten kapal, Pesawat Boeing 777 mengumumkan pesawat akan melakukan perlepasan,
anak kapal mengambil tempat. Bila mana deru enjin, Boeing 777 membelah langit, dia me-
mandang ke wajah anak-anak dan isterinya, air matanya sekali lagi.Berjurai. Acapkali impian
itu memerlukan tekad, dan tekad yang paling perit padanya kali ini adalah meninggalkan
kedua ibunya yang sudah berumur, dengan jarah berpuluh ribu batu.

en. haniff abdullah hashim k.b,p.a
upm serdang

25

81. Impian itu permulaan kembara,, Disiplin itu adalah penggeraknya
82. Layari impian pada gelombang lautan, Telusuri sungai dengan ketenangan, kelak

ketemui indahnya sebuah kehidupan.

83. Apa yang lebih penting dari tercapainya impian, adalah menikmati proses menggapai

impian itu sendiri.

84. Pokok tidak berbuah sehari setelah ditanam, manusia tidak berlari sebaik dilahir, begitu

impian tidak hadir secepat dilafaz.

85. Rumah yang cantik, istana yang indah tidak terbentuk dengan sebiji bata, ianya hasil

jalinan beribu bata, begitu impian yang indah tidak tergantung hanya pada satu usaha.

86. Niatkan impian untuk kebaikan sejagat, impian akan hadir dengan berkat.
87. Kegagalan itu bunga kepada kejayaan, kejayaan adalah benih kepada luasnya bel-

antara impian.

88. Resipi utama menggapai impian adalah jiwa yang bersih
89. Tercapainya impian bermula dengan hanya satu perkara usaha yang konsisten.
90. Anda tiada masa untuk bersedih kerana hari anda dipenuhi dengan keindahan

mengejar impian.

Ubat membina matlamat diri

26

Aku dalam dilema

Jam menunjukkan pukul 9 pagi, aku termenung di bucu katil. Memikirkan bagaimana ke-
hidupanku pada masa akan datang. Boleh ke aku bekerja dalam bidang yang aku pilih
sekarang ni, atau pun aku hanya tinggal di kampung bersama-sama ibu bapa.. Ugh… parah
aku ! Apabila mengingatkan markah ujian Statistik semalam. ‘Boleh ke aku grad tahun ni?
Macam mana aku nak naikkan CGPA ni. Mana keyakinan aku yang dulu?. Aku seorang yang
nekad menetapkan matlamat tapi sekarang?’ Lagi sekali, tiba-tiba Malihah menerjah ke
bilik, marah-marah dan menghempas kuat beg kesayangannya ke lantai. Aku yang sedikit
terkejut, terus bersuara ‘Kenapa Malihah?’. Malihah memandang tajam pada ku seraya ber-
kata ‘kau tak tahu pape, ko diam’. ‘Lah, tetiba ja nih, keluar pagi tadi elok je’, getus hati
kecilku. Serba salah pula, sama ada nak pujuk si Malihah ni atau nak buat-buat tak tahu. Lagi
-lagi dah kena ‘sound’ dengan dia. Minggu lepas, pujuk pun dia buat tak tahu juga.

Keesokan pagi, Malihah menegur aku. ‘Sampai hati kau kan. Aku tengah sedih semalam, kau
buat tak tahu ja’. Aku terpinga-pinga sambal bawa air panas dari pantri. Baru teringat nak
buat air Milo. Tak mampu nak ucap apa-apa. ‘Kalau ko dah tak suka aku kat sini, ko
cakaplah.. janganlah buat macam tak nampak aku’, sambung Malihah lagi seakan-akan
merajuk. ‘Aaaagh..apa lagi kali ni!’ Jerit hatiku. Aku kembali duduk di meja. Tangan ku laju
menaip, menyiapkan assignment yang berbaki. Pelbagai soalan bermain di minda.
‘Kenapalah aku tak boleh nak jawab balik, mana kekuatan aku yang dulu?’.

Aku nekad jumpa kaunselor, pening sudah kepala ni. Mana nak buat assign-
ment, mana nak dilayan si Malihah ni, serba salah aku dibuatnya. Masuk saha-
ja ke bilik Kaunselor. Aku luahkan segalanya yang terbuku. Aku dalam dilema,
aku merasakan aku tidak dapat menjadi diri sendiri apabila berhadapan
dengan Malihah. Aku perlu buat sesuatu untuk diri aku. Dalam 1 jam aku kat
bilik kaunselor. Habis sahaja sesi kaunseling, aku dah boleh senyum. Terasa sep-
erti masalah aku didownload oleh kaunselor satu persatu. Serius aku lega. Ban-
yak input yang aku boleh guna untuk merencana kehidupan aku supaya aku
lebih yakin dan jelas dengan matlamat hidup aku. Puncanya mudah, aku
sendiri tidak faham tentang diri aku walaupun telah masuk usia 22 tahun.

Banyak aku pelajari tentang personaliti hasil perbincangan bersama kaunselor tempoh hari.
Patutlah aku sering terasa dengan sahabat yang seorang ini. Semakin lama aku pendamkan
masalah-masalah yang berlaku, semakin menjejaskan hubungan akan dengan kawan-
kawan yang lain. Malah pengajian aku juga terjejas. Ya, aku nekad. Hidup ini adalah untuk
dinikmati, bukan dikesali.

puan anis akmilah mat hassan k.b,p.a

upm serdang 27

91. Hidup ini adalah untuk dinikmati bukan untuk dikesali
92. Berkomunikasilah kerana itu kunci dilema
93. Berkongsilah maka ia akan meringankan beban
94. Setiap yang tersimpul pastikan ada penghujungnya
95. Apa yang terbaik untukku bukanlah yang terbaik untuk orang lain
96. Konflik itu pintu kematangan dir
97. Apa yang tersirat bukanlah yang tersurat. Maka bertanyalah.
98. Fahamilah diri maka dengan itu akan lebih menghargai
99. Persepsi adalah fantasi bukan reality
100. Tenggelamlah sekali kerana yang sekali itulah sebuah pengajaran

Ubat urus konflik diri

28

Aku dan pilihan kerjaya

Mahukah anda hidup dalam cita-cita anda? Cuba anda bayangkan, dengar-
kan dan rasakan, apakah perasaan anda sekiranya cita-cita yang anda
impikan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Saya pasti jawapan tersebut akan
membuatkan anda tersenyum lebar. Mari saya kongsikan pengalaman saya
dalam membuat persediaan dan perancangan kerjaya suatu ketika dahulu.
Kisah ini bermula ketika saya berusia 18 tahun. Ketika itu, saya berada di Tingkatan Enam Di
Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang. Pada masa itu saya masih mencari-cari apakah
kerjaya saya selepas menamatkan alam pengajian. Terlalu banyak persoalan yang berlegar-
legar di kotak fikiran saya.
Namun, bak kata pepatah melayu, ‘Bagaikan Orang Mengantuk Disorong Bantal’. Pihak
sekolah saya telah menganjurkan satu program motivasi dan salah satu daripada slot tersebut
terdapat aktiviti dimana saya dikehendaki membina matlamat diri dan kerjaya. Justeru, saya
terus menetapkan perancangan kerjaya untuk menjadi kaunselor di salah sebuah universiti
awam di negara ini.
Sejak daripada program itu, saya membina perancangan dan mengambil tindakan dengan
melakukan persediaan diri dengan mencari maklumat dengan mengenalpasti universiti yang
manakah menawarkan kursus tersebut.
Alhamdulillah saya telah ditawarkan untuk memasuki kursus Ijazah Sarjana Muda Kaunseling,
Universiti Malaya. Bermula dari situ, saya terus belajar dan belajar kerana matlamat saya ada-
lah untuk terus berjaya dan mencapai impian kerjaya saya.
Alhamdulillah kini saya hidup dalam kerjaya impian saya. Sehubungan itu, suka untuk
kongsikan strategi 3T yang saya lakukan :

Tulis dengan spesifik
Tampal di tempat yang sering dilihat
Tindakan secara konsisten
Mulakan sekarang. Pilih kerjaya bukan kerja. Hal ini kerana kesesuaian antara personaliti indi-
vidu dengan persekitaran akan menghasilkan kepuasan, kestabilan dan pencapaian dalam
bidang kerjaya yang diceburi.

puan noorihayatti noorudin k.b,p.a

upm serdang

29

Ayuh, terus cipta kejayaan dengan 10 Kata dorongan untuk menjadi pelajar hebat :

101. First Love Yourself!
102. Cipta Kerjaya untuk terus Berjaya
103. Bahagia dengan pilihan kerjaya
104. Dream it, wish it, do it.
105. Percaya sebelum berjaya
106. Di mana ada harapan, Impian akan jadi kenyataan
107. Push yourself, because no one else is going to do it for you
108. Usah berhenti kejar cita-cita
109. Tindakan hari ini, penentu kejayaan masa hadapan
120. Yes You Can!

Ubat membina perancangan kerjaya

30

Anda dan kewangan

Anda dan kewangan.. kata orang, duit adalah segala-galanya. Ada duit semuaaa boleh.
Ada duit semua perkara jadi mudah. Ada duit semua benda dapat dibeli. Adakah anda set-
uju dengan kata-kata tersebut?. Ya secara umumnya ramai yang bersetuju, namun duit
bukanlah segala-galanya. Ternyata duit bukanlah satu-satunya perkara jaminan kebahagi-
aan. Tetapi sebenarnya yang membuatkan kita bahagia dan tenang adalah bagaimana
caranya kita menguruskan kewangan.
Menyentuh tentang cara pengurusan kewangan, ianya terbahagai kepada beberapa
kaedah utama pengurusan kewangan bagi pelajar Universiti yang umum tidak menge-
tahuinya. Antaranya ialah:
Mencatat Cash Flow.
Mahasiswa university secara umumnya mendapat pinjaman pelajaran, biasiswa atau elaun
dari FAMA (ayah dan ibu) setiap semester. Kini terdapat beberapa aplikasi Cash Flow yang
boleh didapati di Apps Store atau Google Play . Mahasiswa hanya perlu catatkan aliran
keluar wang setiap hari. Secara langsung anda akan mula peka tentang status kewangan
anda dan juga dapat menyemak kembali perbelanjaan atau barang yang dibeli itu benar-
benar perlu atau tidak.

Beli keperluan akademik terlebih dahulu mendahului keperluan lain.
Sebagai seorang mahasiswa, keperluan akademik adalah yang paling utama. Selesaikan da-
hulu keperluan akademik dan simpan wang lebihan untuk keperluan lain.

Makanan.
Makan adalah satu keperluan, namun makanan juga ada pelbagai jenis dan harga. Sebagai
seorang mahasiswa anda harus bijak dalam berbelanja. Elakkan berbelanja untuk tujuan
keperluan makanan ini ditempat-tempat yang harga makanannya terlalu tinggi seperti kedai
-kedai makanan di pasaraya yang kualiti makanan dan khasiatnya sama seperti yang boleh
didapati di kedai-kedai yang harganya lebih murah. Ingat, makanan itu keperluan tetapi jika
anda makan mengikut trend dan nafsu, maka ia telah menjadi kehendak bukannya keperlu-
an. Kesannya duit anda akan digunakan untuk perkara yang tidak perlu dan akan me-
nyebabbkan anda menghadapi kesukaran untuk berbelanja keatas barang yang benar-
benar anda perlukan kelak.

31

Pembelian.
Buku juga merupakan salah satu keperluan akademik yang amat penting bagi mahasiswa.
Kos buku juga ada yang mahal dan mungkin membebankan mahasiswa. Namun begitu ada
kaedah anda boleh berjimat dalam pembelian buku ini. Antaranya ialah beli buku daripada
senior anda. Tetapi pastikan anda menyemak bahawa kandungan adalah sama seperti
yang diperlukan. Elakkan membeli barangan runcit ketika anda sedang lapar. Ia akan men-
dorong anda untuk membeli pelbagai jenis makanan sebenarnya ketika perut anda kosong.

Jual barang yang anda tidak gunakan lagi.
Terdapat banyak laman web di internet yang menyediakan ruang dan peluang untuk anda
menjual barang-barang terpakai seperti Mudah.my. Ia satu perkara yang amat baik dan an-
da boleh gunakannya untuk menjual kembali barangan terpakai anda seperti kasut, baju,
tudung dan sebagainya. Anda juga sebenarnya boleh menjual buku-buku akademik tahun
sebelumnya kepada junior anda yang mengambil jurusan yang sama.

Penginapan.
Sebolehnya cuba untuk terus menginap di asrama atau kolej kediaman di Universiti anda. Ia
akan menjimatkan kos elektrik, internet, perabot dan lain-lain. Namun sekiranya penginapan
di universiti terhad sehingga menyebabkan anda perlu menyewa di luar, cari rumah sewa
yang dilengkapi perabot asas seperti mesin basuh dan peti sejuk. Dengan adanya mesin
basuh, anda boleh mencuci pakaian sendiri dan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan
dobi. Peti sejuk pula sangat penting untuk anda berjimat bab makanan.

Pengangkutan.
Pilih untuk berjalan kaki, menggunakan pengangkutan awam dan berbasikal. Sekiranya
keluarga anda telah menyediakan kereta atau motosikal untuk anda, pilih untuk gunakan ia
pada waktu yang benar-benar perlu sahaja atau anda boleh berkongsi kenderaan anda
dengan rakan-rakan dengan mengenakan bayaran dan berkongsi untuk bayaran minyak. Ia
sedikit sebanyak dapat membantu anda mengawal wang keluar dengan laju.

en. mohamad ashaari awab k.b,p.a
upm serdang

32

111. Getting money is like digging with a needle, Spending it is like water soaking into

sand.

112. Kekuatan tidak datang dari keperluan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat

yang tidak pernah pernah mengalah.

113. Every successful person has a painful story. Every painful story has a successful end

ing.

114. Sediakan paying sebelum hujan.
115.Bergaya itu menarik, namun tenang itu lebih bermakna.
116. Ukur baju di badan sendiri, kelak tenang di kemudian hari.
117. Bersusah-susah dahulu, kemudian hari pasti senang, berjimat-jimat dahulu agar

hidup sentiasa tenang.

118. Pilih yang perlu, bukan yang kita suka.
119. Urus wang seperti urus diri.
120. Orang bijak adalah orang yang berjaya kawal emosinya dalam urus kewangan.

Ubat menguruskan kewangan

33

Iri hati, rosak hati

Iri hati adalah merasa kurang senang hati melihat kelebihan orang lain . Merupakan sifat
manusia yang selalu menginginkan sesuatu sama seperti yang orang lain lakukan atau miliki.
Kedengkian tidak hanya dialami oleh orang dewasa tetapi anak-anak, remaja, manapun
memilikinya.

Kisah antara dua beradik iaitu Qabil dan Habil yang berhasad dengki se-
hingga membawa kepada pembunuhan memberi satu pengajaran
yang amat besar bagi kita untuk memahami bahawa penyakit hasad
dengki ini jika tidak dibendung boleh membawa kepada kemudaratan
yang membawa kepada dosa besar.

Seseorang pendengki tidak akan merasa bahagia dengan kehidupannya. Malahan seorang
pendengki raut wajahnya lebih banyak masam dari wajah manisnya. Bahasanya lebih ban-
yak keji dan menghina berbanding dengan pujian. Hati pendengki akan merasa selalu sakit
apabila melihat orang lain berjaya dan kehidupan seorang pendengki tidak akan tenteram
kerana selalu memikirkan tentang kehidupan orang lain berbanding menghitung keku-
rangan diri sendiri. Lazimnya, orang yang mempunyai penyakit hasad dengki tidak pernah
selesa dan tidak pernah merasa tenteram. Ini kerana setiap detik dia hanya memikirkan
kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati oleh orang lain di samping sentiasa memikirkan
bagaimana menjatuhkan orang berkenaan serta merasakan dirinya wajar memiliki kelebihan
itu. Orang-orang yang hatinya dilimpahi penyakit hasad dengki kehidupannya berada di da-
lam kerugian kerana penyakit hasad itu akan memakan segala kebaikan dan kebajikan
yang dilakukan.

Justeru, seseorang yang memiliki perasaan hasad hendaklah selalunya membersihkan hat-
inya dengan memperbanyakkan istigfar kepada Allah SWT, membiasakan diri dengan solat
taubat dan selalu bermohon ampun kepada Allah SWT. Selain itu juga, kita juga digalakkan
memperbanyakkan berdoa kepada Allah agar dijauhi dengan sikap iri hati, cemburu dan
dengki yang boleh membawa kepada penyakit hasad.

pn. syarifah sheril azlin sy. baharin k.b,p.a
upm serdang

34

121. Fokus pada kelebihan diri sendiri, itu lebih menyeronokkan.
122. Lihat pada apa yang kita ada, dari melihat yang apa yang kita tiada.
123. Pupuklah hati dengan bersyukur pada setiap hari yang kita lalui.
124. Setiap hari, sebarkan emosi gembira seperti menerima hadiah yang kita sukai.
125. Tinggalkan iri hati, kejarlah dengan komitmen kepada perkara yang lebih ber-

makna.

126. Jadikan mereka yang berjaya itu sebagai pedoman atau idola bukan sebagai

saingan.

127. Bersainglah dengan positif.
128. Berlajarlah menerima kelebihan orang lain dengan berlapang dada.
129. Bila perasaan iri hati timbul, cuba tanya pada diri ‘Siapa aku?’.
130. Kebaikan hati membina kecantikan, iri hati membina kemunduran.

Ubat mengendalikan perasaan iri hati

35

Cgpa : dunia belum berakhir

CGPA adalah perkara yang sinonim dengan pelajar di universiti. CGPA adalah perkara yang
berkaitan dengan keputusan peperiksaan para pelajar. Semua pelajar ingin mendapat kepu-
tusan peperiksaan yang cemerlang dan kalau boleh ingin mendapatkannya setiap semester.
Tetapi pada realitinya dalam kehidupan ini kadang-kadang kita dapat apa yang kita ke-
hendaki dan kadang-kadang sebaliknya. Walaubagaimanapun sekiranya kita tidak dapat
apa yang dikehendaki itu tidaklah bermakna kita gagal selamanya. Mungkin ada keku-
rangan disebalik tindakan kita sebelum ini. Memang sedih apabila kita berada di dalam
situasi kejatuhan ini, akan tetapi adakah kita ingin sedih selamanya. Daripada meratapi
perkara yang telah berlaku, alangkah baiknya kita belajar memperbaiki kelemahan sebelum
ini agar dapat memantapkan tindakan kita pada masa akan datang. Disini saya akan
kongsikan tips untuk terus bangkit daripada kekecewaan yang lepas dan semoga ia ber-
manfaat kepada anda semua.

LANGKAH 1 : BINA MATLAMAT
Tetapkan matlamat untuk semester baharu, iaitu hendak mendapat CGPA sebanyak be-
rapa? Matlamat mestilah realistik dengan kemampuan diri.
Contoh : Pada semester ini saya nak mencapai CGP sebanyak 3.30

LANGKAH 2 : ISU YANG DIHADAPI
Senaraikan punca-punca atau isu yang menyebabkan anda mendapat CGPA yang rendah
pada semester lepas.
Contoh : Pada semester lepas saya hanya mendapat CGP sebanyak 2.50 sahaja. Antara
punca saya mendapat CGP yang rendah adalah kerana:

1) Belajar pada saat-saat akhir
2) Tugasan yang diberikan dilakukan secara sambil lewa
3) Tugasan dilakukan pada saat-saat akhir
4) Tidak fokus di dalam kelas
5) Tidak faham apa yang pensyarah ajar, dan malu hendak bertanya

36

LANGKAH 3 : TINDAKAN
Senaraikan tindakan yang akan dilaksanakan bagi mengatasi isu-isu yang disenaraikan pada
LANGKAH 2.
Contoh : Tidak akan belajar pada saat-saat akhir – cara atasi adalah dengan membuat jadu-
al waktu belajar.

LANGKAH 4 : HALANGAN
Senaraikan kemungkinan halangan-halangan yang bakal dihadapi bagi melaksanakan
LANGKAH 3.
Contoh : Membuat Jadual Waktu – tidak tahu cara membuat jadual waktu belajar yang
efektif

LANGKAH 5 : SOKONGAN
Senaraikan sokongan-sokongan pihak lain yang dapat membantu anda bagi mengatasi ma-
salah yang dihadapi pada LANGKAH 4.
Contoh: Tidak tahu membuat jadual waktu belajar – boleh dapatkan bantuan dan tunjuk ajar
dari Kaunselor, Pensyarah, Rakan Kelas yang dapat keputusan yang cemerlang.

LANGKAH 6 : TIME LINE
Peringkat ini berkaitan dengan jangkaan bila individu tersebut hendak berubah atau bila
hendak melaksanakan segala tindakan yang ingin dilaksanakan. Adakah hendak berubah
bermula hari ini, esok, atau pada tarikh-tarikh tertentu.

en. ansarul haq tahrir adli k.b,p.a
upm serdang

37

131. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi

bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

132. Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka

kunci

133. Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehing-

ga yang mustahil pun boleh terjadi

134. Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
135. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh ke-

hidupan adalah satu ujian.

136. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan

mencuba lagi dengan cara yang lain.

137. Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh.
138. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.
139. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik.
140. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Ubat mengalami kekecewaan cgpa menurun

38

Berbaiklah dengan guru

“Apa yang aku buat semua tak kena di mata dia. Suruh hantar assignment aku
hantar, dah buat temu janji kata nak jumpa jam 12.00 tengahari, dibatalkan
pula ada mesyuarat lah apalah. Dalam kelas selalu buat aku rasa bodoh. Apa
masalah engkau ni ha?. Kenapa dengan orang lain engkau ok je. Dengan aku
engkau semacam je.”
Pernah ke anda berdepan dengan situasi seperti ini dengan pensyarah anda?
Relaks..tenang..sandarkan badan anda seketika, tarik nafas dalam-dalam, dan
lakukan sedikit refleksi terhadap diri anda.
Konflik sering berlaku dalam hidup kita. Bukan sahaja dengan pensyarah atau pengajar, kon-
flik juga boleh berlaku dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan teman hidup.
Berkongsi pengalaman yang pernah saya lalui sewaktu zaman di kampus dahulu, saya
pernah berhadapan dengan seorang pensyarah yang mempunyai personality diri yang agak
menjengkelkan pada mulanya. Manakan tidak, setiap pagi masuk sahaja ke dalam kelas be-
liau akan mengatakan yang “saya bosan betul kalau masuk ke kelas ini..Kelas ini selalu men-
gubah mood saya kepada negatif. Tidak cukup dengan itu, beliau akan menambah lagi per-
kataan seperti budak-budak sekolah agama ni selalunya memang pasif. Tak boleh fikir
dengan kreatif. Allahuakbar. Sepanjang semester itulah ayat yang dituturkan. Apabila ber-
jumpa dan berselisih sahaja dengan pensyarah ini, pasti pelajar akan mengubah laluan dan
tidak mempedulikan beliau. Di dalam kelas semua pelajar resah dan menunggu bila akan
habis kelas dek kerana tidak tahan dengan kata-kata sinis yang dihamburkan.
Pada suatu pagi, kelas kami diubah ke perpustakaan universiti. Dengan rasa marah dan ben-
gang, kami berjalan kaki ke perpustakaan tersebut dan beratur untuk memasuki pintu per-
pustakaan. Dengan suara yang lantang, beliau menempek kami dengan berkata cepat!!.
Terhegeh-hegeh! Sambil disaksikan orang yang sedang berada di dalam perpustakaan terse-
but. Dengan tidak sengaja, saya meleret mata kearah beliau untuk melihat apakah tindakan
berikutnya yang akan dilakukan oleh beliau.

39

Tiba-tiba saya terlihat beliau disapa oleh seorang petugas perpustakaan , dan beliau me-
layan petugas tersebut dengan ramah dan mesra. Petugas tersebut juga kelihatan begitu
berkeyakinan sewaktu berkomunikasi dengan beliau. Hal ini telah menarik perhatian saya un-
tuk mendekati petugas tersebut. Seakan tahu niat di hati saya ingin bertanyakan sesuatu,
petugas tersebut terus mengatakan “adik, ikutkan sahaja. Jangan lawan-lawan. Nanti
jinaklah tu. Dah jinak, akan lebih kenal. Bila dah kenal, akan lebih faham. Bila dah faham,
akan lebih sayang.bila dah sayang, maka terjalinlah ukhwah dan silaturahim.
Kata-kata petugas ini sangat membekas dihati saya dan saya cuba lak-
sanakan langkah demi langkah. Pada mulanya terasa gerun untuk mendekati
beliau. Tetapi saya terus memaksa diri untuk mendekatinya juga dan
menamakan proses itu sebagai Projek Memikat Hati Pensyarah. Saya mulakan
dengan aktiviti-aktiviti yang menonjolkan diri sehingga nama saya sering dise-

but. Seterusnya saya lakukan apa yang beliau suka untuk pelajarnya lakukan.
Dan akhirnya saya dapat berkenalan dengan lebih baik dengan beliau, dapat
berkenalan dengan latar belakang beliau dan beberapa isu yang bermain dif-
ikiran beliau, sehingga akkhirnya kami menjadi rakan dan sering berjumpa un-
tuk berbincang.

Ternyata apa yang membuatkan beliau bersikap tegang dan kurang selesa dengan kami
ada sebabnya. Pengalaman berasma senior yang kurangkan menyenangkan menjadikan
kami digeneralisasikan sehingga terbawa-bawa kepada kumpulan kami. Kebetulan seorang
dua daripada kami juga menampilkan sikap yang hampir sama dengan senior yang pernah
beliau temui. Ternyata, selepas dapat perkenalan dengan lebih baik, dan memahami diri be-
liau, banyak pengetahuan yang saya perolehi dan ilmu pengetahuan saya semakin ber-
tambah.

Berdasarkan pengalaman yang saya lalui, bolehlah saya kongsikan beberapa tip untuk men-
gendalikan konflik diantara pelajar dengan pensyarah mudahan-mudahan memberi
manfaat.

40

Tips LEBAH
Lihat dari kacamata positif
Seperti si lebah, dia akan memulakan harinya dengan mencari bunga yang untuk disedut
madunya. Walaupun pokok itu berduri, namun lebah pasti mencari bahagian yang positif
dari bunga tersebut untuk diambil.Begitulah sebagai seorang pelajar, melihat gurunya dari
kaca mata yang positif. Walaubagaimana pun bentuk layanan yang diberikan, itu hanyalah
luaranya dan dia tetap adalah guru kita yang memberi manfaat dan kebaikan kepada diri
kita. Jadi cari sudut positif, baru nampak kebaikan yang boleh dikongsi.
Dekati
Seperti si lebah, tidak hanya melihat dari jauh, malah lebah membuat keputusan dan tinda-
kan untuk mendekati bunga tersebut. Walaupun baunya mungkin tidak menyenangkan, wa-
laupn tangkainya berduri, walaupun bunga itu tinggi dan tersorok, namun lebah tetap men-
dekati.Begitulah juga sebagai seorang pelajar, menjadi satu daripada adab kita untuk
mengenali guru kita. Titik pertemuan itu akan membuahkan interaksi yang positif. Dan pasti
hubungan akan terus terjalin dan erat. Penting juga bagi pelajar mengenali cara kerja, gaya
kepemimpinan, gaya pengurusan, personaliti dan gaya komunikasi pensyarah untuk memu-
dahka urusan kedua-kedua belah pihak. Ini bagi mengelakkan salah faham dalam komu-
nikasi
Berkongsi emosi positif
Seperti si lebah saat dia mendekati bunga itu, didekati dengan cara yang penuh hikmah. Ta-
hu akan dirinya ingin mengambil manfaat dari bunga tersebut, maka sepenuh tumpuan dan
perhatian diberikan kepada si bunga dengan sentuhan yang sungguh menghormati. Begitu-
lah juga sebagai seorang pelajar, saat bersama dengan pensyarah, lontarkan emosi yang
ikhlas dan positif. Sesungguhnya lontaran emosi yang positif mampu dirasai dan memberi
kesan tindakbalas yang baik.

41

Sebarkan aura positif

Seperti si lebah, sebaik manfaat yang diambil dari empunya badan, si lebah akan meyebar-
kan manfaat yang baik sehingga menjadi ubat atau penawar kepada kehidupan yang lain.
Begitu juga sebagai seorang pelajar, setelah interaksi terbentuk, silaturahim terjalin, maka
menjadi tanggungjawap kepada pelajar untuk menyebarkan aura dan suasana yang positif
berkaitan pensyarah dan bukannya menambah cerita yang menampakkan lagi buruk
seorang guru. Dengan itu segala salah faham akan berubah segala tanggapapn negative
akan menjadi positif

Hidupkan semangat positif

Seperti si lebah, debunga yang disebarkan akan menghidupkan kehidupan yang baru. Benih
-benih kehidupan yang baru akan berputik dan kembali menghidupkan harapan. Begitu juga
sebagai seorang pelajar, menyebarkan aura dan semangat yang positif akan menghidupkan
hari yang suram. Pensyarah juga memerlukan tenaga dan aura yang dicurahkan oleh pelajar
mereka untuk terus bertenaga dan kekal positif. Dengan sokongan dan semangat yang
berkobar dari pelajar sudah pasti, hidup yang dahulunya membosankan kembali segar dan
bertenaga sehingga menerbitkan idea-idea yang kreatif dan seribu satu solusi.

“Guru umpama pelita yang menerangi kegelapan malam. Tat-
kala pelita dinyalakan maka bersinar lah kehidupan dengan
sejuta pengharapan. Saat ia dimatikan, maka gelap gelita lah
kehidupan dan arah dan panduan. Hormati guru”.

en. muhamad za’im rosli k.b,p.a

upm serdang

42

141. Jadilah seperti seekor lebah dalam mengurus konflik. niatnya mencari keindahan, me-

nyebarkan kebaikan dan menghidupkan harapan dan bukannya mewujudkan perpecahan
dan permusuhan.

142. Ubat kepada konflik adalah komunikasi efektif dengan hati yang jernih.
143. Ibarat memotong kuku. Yang dipotong adalah kuku, bukan jari. Begitulah dalam

mengurus konflik, Yang dibuang adalah konflik, bukan silaturahim. Memanjangkan silaturahim
dapat meluaskan rezeki.

144. Seperti melihat lukisan seni, begitulah konflik. Penuh warna-warni dan perlu difahami

untuk mendapat hikmah yang membentuk nurani.

145. Sangkaan seringkali memerangkap fikiran. Konflik seringkali duduk pada sangkaan.

Bentuk sangkaan, pilih kebenaran.

146.Dalam banyak keburukan yang terlintas di fikiran, pilihlah 1 kebaikan untuk disyukuri.

Konflik pasti akan jauh pergi

147. ‘Aku serba kekurangan dan sentiasa bergantung dan memerlukan.'. Sebut beru-

langkali agar tunduk ego dalam diri.

148.Carilah tempat yang tinggi saat tersesat di tengah hutan. Begitulah konflik, ambil ruang

masa, mula mencari serta memahami punca, pasti penghujungnya destinasi bahagia.

149. Bercakap timbul konflik, beraksi timbul konflik, berdiam juga timbul konflik. Cubalah

berdoa dan beristighfar!

150. Magnet bila bertemu kutub yang berlainan ciri dan sifat akan bertemu lebih erat.! Be-

gitulah kita walaupun berlainan ciri dan sifat, tetapi andai menghargai dan menghormati
berbezaan pasti dapat menghapus perselisihan seterusnya menambah kekuatan dan
mengerat persaudaraan.

Ubat konflik bersama pensyarah

43

‘homesick’ ITU PEmbelajaran

Sesetengah pelajar universiti yang kali pertama berjauhan dari keluarga
mungkin behadapan dengan masalah 'homesick'. 'Homesick' boleh ber-
laku jika seseorang sukar mengadaptasi dengan suasana baru di universi-
ti. 'Homesick' yang berlarutan boleh mendatangkan stres, kebimbangan
dan boleh terjadi simptom kemurungan jika tidak diatasi. Oleh itu, saya
akan berkongsi beberapa tips mudah untuk mengurus 'homesick' anda.

1.Luaskan zon keselesaan anda
Zon selesa anda yang dahulu adalah orang yang berada di rumah anda. Sekarang, anda
perlu menambah orang dalam zon selesa anda dengan menjemput kawan-kawan kolej ke-
diaman dan rakan-rakan dari kelas pengajian anda. Cara yang mudah dengan bergaul dan
membina hubungan dengan orang lain. Dalam memilih sahabat baik yang serasi dan boleh
dipercayai, anda perlu ramai kawan. Bila anda sudah menjumpai sahabat yang serasi anda
akan bertambah selesa kerana anda tempat berkongsi cerita dan masalah. Jika boleh ramai
sahabat baik lagi seronok, anda lebih mudah untuk mengatasi 'homesick' anda secara tidak
langsung.

2. Sibukkan diri anda
Bila anda tengah 'homesick' , emosi tidak sepatutnya menganggu yang mengakibatkan an-
da mengeluarkan air mata dan emosi menjadi suram. Jadi, cuba elak berfikir tentang rumah.
Bila rindu, buat aktiviti yang mengelak dari perasaan tersebut. Jangan dilayan emosi tersebut
berterusan untuk elak jadi kebiasaan. Bergiat dengan aktiviti-aktiviti universiti atau lakukan ak-
tiviti kegemaran yang dilakukan di kampus.

44

3. Visualkan perkara positif
Visualkan perkara positif yang mendorong untuk anda terus bergerak di universiti. Imiginasi
kita memang liar sentiasa memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Contoh, an-
da meramalkan perkara negatif berlaku dirumah jika anda tiada. Anda mungkin meramal
orang sekeliling anda tidak menyukainya. Hentikan visual perkara yang menganggu emosi
anda. Visual matlamat dan masa depan yang anda inginkan selepas habis belajar. Itu lebih
membantu anda untuk menjadi lebih kuat.

4. Beri masa pada diri
Sekurang-sekurangnya beri tempoh masa dua bulan pada diri sendiri untuk terus berjuang di
dalam universiti. Sekiranya dua atau tiga hari anda rasa terus ingin balik ke rumah, ianya satu
keputusan yang kurang rasional sebab dipengaruhi emosi. Anda tidak harus membiarkan
fikiran tidak rasional mempengaruhi emosi. Anda perlu didik sekarang emosi anda untuk terus
bersabar.

5. Hubungi keluarga
Jika rindu dengan keluarga, hubungi mereka sekali sekala untuk mengubat 'homesick'. Berbo-
rak dengan mereka boleh mengubat rindu dengan keluarga.

6. Berjumpa profesional
Jika 'homesick' anda bertambah selepas lebih sebulan, menghubungi kaunselor dalam uni-
versiti anda boleh membantu anda dengan berkongsi isu 'homesick' anda. Kaunselor yang
profesional mempunyai mempunyai kepakaran dalam mengendalikan emosi. Jangan risau
kerahsiaan amat di utamakan.

en. muhamad rahim habib k.b,p.a

upm bintulu

45

151. Cabaran dan kesukaran adalah pengalaman yang mematangkan
152. Sentiasa melihat cabaran dari perspektif yang positif
153. Mencari ketagihan kegembiraan lebih menguntungkan
154. Niat dan matlamat kehidupan yang kuat akan menghasilkan tenaga yang positif
155. Hidup hanya sekali, buat sehabis baik
156. Yang berlalu telah berlalu, fokus pada masa kini dan perancangan masa hadapan
157. Berdikari akan menentukan survival anda
158. Cara anda berfikir akan menentukan emosi dan tingkahlaku anda
159. Jadi seorang yang fleksibel, boleh mengadaptasi diri mengikut keadaan
160. Istimewanya manusia dari makhluk yang lain ialah boleh membuat pilihan.

Pilihlah untuk menjadi lebih baik.

Ubat menghadapi ‘homesick’

46

Marah itu tidak sihat

Apabila sebut tentang marah, saya teringat akan kata-kata pensyarah saya ketika saya
masih belajar di Universiti dulu dalam subjek Kaunseling Keluarga. Beliau berkata, di rumah,
pensyarah saya menggantung kata-kata, “Marah itu api, api itu SYAITAN” di suatu sudut yang
mudah dilihat oleh seisi keluarga. Jadi, sekiranya beliau mahupun ahli keluarganya terasa
hendak marah tentang sesuatu perkara, mereka akan terbaca semula kata-kata tersebut
dan akan menarik nafas dengan panjang bagi menenangkan diri kembali agar tidak ter-
pengaruh dengan ajakan syaitan untuk menjadi seperti mereka (Api kemarahan).

Sebagai seorang pelajar yang hebat, antara perkara terpenting yang perlu dikawal adalah
emosi kita terutamanya mengawal marah. Marah boleh terjadi apabila ada sahaja ahli kum-
pulan assignment tidak memberi komitmen kepada tugasan yang telah diberikan pensyarah,
marah juga boleh muncul apabila roommate/housemate buat bilik macam hotel. Check in
sebelah malam untuk tidur, check out sebelah pagi pergi ke kelas sahaja, langsung tidak ber-
gaul dengan anda, atau mungkin juga jenis roommate yang suka sepahkan barang, baju tid-
ak dicuci sehingga membuatkan bilik jadi berbau. Marah sungguh rasanya kan? Padahal bilik
digunakan untuk berehat, untuk tidur tetapi jadi tidak kondusif disebabkan rakan yang ku-
rang bertanggungjawab. Dalam kes lain pula, marah mungkin boleh terjadi apabila melihat
ex-boyfriend mempunyai girlfriend yang baru dan dating dihadapan anda. Begitulah antara
situasi yang boleh menyebabkan marah timbul dan membelenggu kehidupan kita. Aki-
batnya kita jadi tidak boleh fokus dalam kelas, sering rasa tertekan, sering moody atau lebih
teruk kita mungkin akan memarahi rakan kita tanpa sengaja dan perkara ini boleh melukai
hati orang sekeliling kita.

Jadi, apabila anda terasa hendak marah, apakata anda cuba amalkan tips ini terlebih da-
hulu:

Jika rasa hendak marah, Tarik nafas dengan panjang, tahan selama 3 saat dan hembus per-
lahan-lahan (Buat sebanyak 3 kali sekurang-kurangnya).

Jika rasa hendak marah, berhenti sekejap daripada melakukan apa-apa perkara dan
beredar ke tempat yang boleh menenangkan anda atau pergi bersukan/bersenam.

Jika anda rasa hendak marah, ingatkan diri anda bahawa, “Marah itu api, api itu syaitan”
dan tanya pada diri anda, “Berbaloikah aku marah?”

puan hairunisah abdul rahman k.b,p.a

upm bintulu

47

Semoga tips ini boleh membantu anda untuk mengawal kemarahan anda. Dibawah ini
dikongsikan kata-kata yang mungkin boleh memberi inspirasi untuk anda dalam mengawal
kemarahan sebagai seorang pelajar yang hebat!

161. Belajar jadi pemaaf, Berhenti jadi pembenci
162. Belajar perbetulkan diri, berhenti menuding jari pada yang lain
163. Satu kemarahan memerlukan 4 kali kasih sayang untuk memulihkannya
164. Satu kemarahan ibarat meninggalkan satu titik kelukaan dalam hati
165. Keikhlasan ibarat seekor semut hitam yang berjalan di batu hitam di tengah kepeka-

tan malam

166. Marah umpama mencurah air ke daun keladi iaitu perkara yang sia-sia dan tidak

mendatangkan manfaat

167. Berhenti merungut dan terus melangkah kehadapan
168. Marah itu api, maaf itu air. Hanya air boleh padamkan api yang marak
169. Maaf satu terapi.
170. Menjadi pelajar hebat, perlukan kawalan emosi yang mantap

Ubat mengendalikan kemarahan

48


Click to View FlipBook Version