The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Menerusi Perkongsian Psikologi, para pembaca boleh memahami secara dekat pendekatan mahal yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mental mereka. Pendekatan 'Acceptence' ini membuka mata dan hati setiap individu yang mencari tujuan kehidupan yang lebih bermakna.

Dalam ruangan tips dan artikel, pelbagai paparan menarik dikongsikan oleh penulis-penulis. Antaranya Friendology, Tip Membina Kerjaya dan Tip Kekalkan Fokus Belajar. Selain itu, perkongsian sangat menyentuh hati oleh Kaunselor mengenai bagaimana untuk bangkit dan menambah keyakinan diri. Perkongsian santai melalui teka silang kata dan seloka pantun juga diselitkan bagi mencuit fikiran dan hati para pembaca untuk bermain dengan perkataan-perkataan yang unik.

Semoga perkongsian yang dipaparkan dalam Katarsis kali ini memberi seribu erti buat para pembaca sekalian.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anis_akmil, 2023-01-16 23:26:55

E - KATARSIS EDISI II, 2022

Menerusi Perkongsian Psikologi, para pembaca boleh memahami secara dekat pendekatan mahal yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mental mereka. Pendekatan 'Acceptence' ini membuka mata dan hati setiap individu yang mencari tujuan kehidupan yang lebih bermakna.

Dalam ruangan tips dan artikel, pelbagai paparan menarik dikongsikan oleh penulis-penulis. Antaranya Friendology, Tip Membina Kerjaya dan Tip Kekalkan Fokus Belajar. Selain itu, perkongsian sangat menyentuh hati oleh Kaunselor mengenai bagaimana untuk bangkit dan menambah keyakinan diri. Perkongsian santai melalui teka silang kata dan seloka pantun juga diselitkan bagi mencuit fikiran dan hati para pembaca untuk bermain dengan perkataan-perkataan yang unik.

Semoga perkongsian yang dipaparkan dalam Katarsis kali ini memberi seribu erti buat para pembaca sekalian.

Keywords: katarsis,kaunseling,bimbingan,bahagiankaunselingupm,psikologi,tips pelajar,tips kerjaya,tips kehidupan,kesihatan mental

Katarsis Psikologi & Kaunseling Edisi Kedua Bahagian Kaunseling UPM Layari www.bkupm.upm.edu.my Menarik di dalam ! ACCEPTANCE : Mengundang Positiviti Rungkai Konsep Friendology Cinta di Universiti, Salahkah? Resah @ Anxiety. Apa bezanya? Senaman Penafasan - WAJIB AMAL


B E R I T A B E R I M P A K K a u n s elo r B K U P M S a n t u ni P elaj a r B a h a r u M elalui F o r u m K e sih a t a n M e n t al - m s 6 S a n t u ni A n a k - A n a k Y a tim M elalui P r o g r a m A K R A B - m s 7 J e r a y a w a r a K a u n s elo r @ F B M K D a ri H a ti k e H a ti - m s 9 1. 2. 3. Is i K a n d u n g a n A R T I K E L P S I K O L O G I 1. A c c e p t a n c e : P e n d e k a t a n P sik olo gi U n d a n g P o sitiviti Persepsi - ms11 5K E S I H A T A N M E N T A L 1.R e s a h Bia s a @ A n xie t y Dis o r d e r - m s 2 0 1 4 1 9 1 0 C E L I K S A N T A I D o n't R e g r e t It ! A c t F o r B e t t e r Lif e - m s 2 2 L a k o n a n - m s 2 4 K e j a y a a n B e r m ula A p a bila A n d a M e m p e r c a y ai Diri S e n diri - 1. 2. 3. m s 2 5 3. K e s e t a r a a n G e n d e r - m s 2 7 4. H u b u n g a n M e n g g a n g g u P r e s t a si B elaj a r B e n a r k a h ? - m s 2 8 K o mik: K e hid u p a n K a m p u s - m s 2 9 5. S elo k a: A p a k a h Dia ? - m s 3 0 6. Sila n g K a t a - m s 3 1 7. Tip P r a k tik al U n t u k A n d a - m s 3 2 8. C o r e t a n M o tiv a si - m s 3 3 B A H A G I A N K A U N S E L I N G U P M K A T A R S I S E D I S I K E D U A 2 1 T I P G A Y A H I D U P F rie n d olo g y M e milih R a k a n Y a n g B e t ul - m s 1 5 4 K e k u a t a n Diri Y a n g S a n g a t M e m b a n t u D ala m P r o s e s M e m bin a K e r j a y a - m s 1 6 Tip K e k alk a n F o k u s B elaj a r - m s 1 8 1. 2. 3.


Imbasan2022 4


SIDANG REDAKSI Penaung : Pereka Grafik : Penyunting : Penasihat 1 & 2: YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu Dr. Mazila Ghazali Pn. Wan Azurani Wan Ahmad Dr. Mazila Ghazali Pn. Wan Azurani Wan Ahmad En. Mohamad Ashaari Awab Pn. Anis Akmilah Mat Hassan Pn. Noorihayatti Noorudin En. Ansarul Haq Tahrir Adli En. Muhammad Zaim Rosli Pn. Sy. Sheril Azlin Syed Baharin Penyelaras : Pn. Anis Akmilah Mat Hassan Pn. Anis Akmilah Mat Hassan dibantu oleh Cik Nurul Farah Najwa Shahdi Penulis Berita : Penulis Artikel : Pn. Noorihayatti Noorudin Cik Adreana Thomas Cik Nurul Farah Najwa Shahdi Syukur ke Hadrat Ilahi kerana Katarsis Edisi II ini dapat diterbitkan pada tahun 2022. Keistimewaan Katarsis kali ini menekankan konsep daripada pelajar untuk pelajar. Perkongsian kali ini lebih rileks dan sangat dekat di hati pembaca khususnya para pelajar. Menerusi Perkongsian Psikologi, para pembaca boleh memahami secara dekat pendekatan mahal yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan mental mereka. Pendekatan 'Acceptence' ini membuka mata dan hati setiap individu yang mencari tujuan kehidupan yang lebih bermakna. Dalam ruangan tips dan artikel, pelbagai paparan menarik dikongsikan oleh penulis-penulis. Antaranya Friendology, Tip Membina Kerjaya dan Tip Kekalkan Fokus Belajar. Selain itu, perkongsian sangat menyentuh hati oleh Kaunselor mengenai bagaimana untuk bangkit dan menambah keyakinan diri. Perkongsian santai melalui teka silang kata dan seloka pantun juga diselitkan bagi mencuit fikiran dan hati para pembaca untuk bermain dengan perkataan-perkataan yang unik. Semoga perkongsian yang dipaparkan dalam Katarsis kali ini memberi seribu erti buat para pembaca sekalian. Terima kasih! Pn. Anis Akmilah Mat Hassan Cik Nurul Farah Najwa M. Shahdi Pn. Sy. Sheril Azlin Syed Baharin Cik Adreana Thomas Cik Nurul Sahada Saidin En. Mohd Redzuan Zamberi Sdr. Liew Sien Leong (Pelajar) Sdr. Nur Syafikah Abdullah (Pelajar) Seraut Kata Selaut Rasa Penyelaras Katarsis 2022 B A H A G I A N K A U N S E L I N G U P M


B M E M B A E W A K A R N B E R I I T A T B E R I A M P A K BERITABERIMPAK@BKUPM 5


BERITABERIMPAK@BKUPM SERDANG, 8 Okt - Seramai sekitar 3600 orang pelajar baharu Universiti Putra Malaysia telah menyertai Program Kesejahteraan Diri dan Kesihatan Mental Pelajar bersempena dengan Minggu Perkasa Putra Sesi 2022/2023 yang bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Objektif utama program yang dijalankan adalah memberikan pendedahan kepada pelajar baharu mengenai kepentingan memelihara kesejahteraan dan kesihatan mental serta dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka mengenai isu masalah mental yang terjadi khususnya dalam kalangan pelajar universiti. Ketua Bahagian Kaunseling UPM, Dr Mazila Ghazali menyatakan bahawa program ini buat julungkali dijalankan dalam bentuk forum bagi memberikan peluang kepada panel jemputan dan pelajar baharu untuk berkongsi pandangan dengan lebih menarik dan terbuka mengenai isu kesihatan mental. Panel-panel telah berkongsi mengenai isu kesihatan mental yang popular seperti tekanan, kebimbangan dan kemurungan untuk memberikan pengetahuan dan langkah untuk mengatasinya jika ada di antara pelajar yang mengalami isu tersebut. Aplikasi dalam talian bagi Pengujian dan Pengukuran DASS21 juga telah diberikan kepada semua pelajar baharu sebelum program ini berlangsung bagi membolehkan mereka mengetahui tahap kesejahteraan diri mereka serta membolehkan mereka mengenalpasti tindakan yang perlu diambil bergantung kepada isu yang dihadapi oleh mereka. Para panel menyatakan harapan agar para pelajar sedar dan faham tentang kepentingan untuk memelihara kesihatan mental dan lebih peka terhadap isu kesihatan mental dan memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan yang disediakan di Bahagian Kaunseling UPM. KAUNSELOR BKUPM SANTUNI PELAJAR BAHARU MELALUI FORUM KESIHATAN MENTAL 6


BERITABERIMPAK@BKUPM SERDANG, 25 Okt - : Seksyen Kaunseling Pekerja, Bahagian Kaunseling UPM (BKUPM) dengan kerjasama ahli Pra AKRAB UPM 2022 telah menganjurkan Program Khidmat Komuniti bersama anak yatim dan asnaf dari Rumah Bakti Nur Ain, Bangi pada 22 Oktober 2022. Turut bekerjasama dalam program ini ialah Pejabat Pendaftar, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Pendidikan (FPP), Universiti Putra Malaysia (UPM). Program khidmat komuniti ini bertujuan untuk memperkasa khidmat masyarakat dan memberi motivasi kepada peserta. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan berkaitan pendidikan di UPM secara tidak langsung program ini memberi ruang kepada ahli Pra AKRAB untuk membuat perkongsian seterusnya mengaplikasikan ilmu yang telah diperoleh semasa kursus Pra Akrab Tahap 1 dan 2 yang telah dihadiri selama enam hari. Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan khusus untuk peserta. Antaranya, peserta juga menyertai program Senamrobik Perdana bertempat di Dataran Kolej 17, Kolej Mustaffa Babjee (KMB). Aktiviti seterusnya, peserta dibawa melawat ke Muzium Anatomi, FPSK untuk diberi pendedahan maklumat berkaitan kesihatan manusia iaitu melalui spesimen organ manusia yang sebenar, poster-poster kesihatan serta model rangka manusia buatan. Di samping itu, peserta diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti bermanfaat yang dibantu oleh fasilitator fakulti. Pada sebelah petang, peserta dibawa ke Putra Future Classroom di FPP bagi memberi pendedahan dan menikmati suasana kelas yang terdapat di UPM. Di samping itu, ahli Pra AKRAB melaksanakan sesi bimbingan secara individu dan berkumpulan. Gambar : Penglibatan anak-anak Rumah Bakti Nur Ain semasa program Senamrobik Perdana Gambar : Anak-anak Rumah Bakti Nur Ain di Putra Future Classroom. FPP SANTUNI ANAK-ANAK YATIM MELALUI PROGRAM AKRAB 7


Majlis turut menngadakan penyampaian sumbangan kewangan dan barangan kepada 25 orang anak yatim dan asnaf serta sumbangan khusus untuk rumah bakti. Sumbangan ini hasil daripada kutipan pelbagai pihak. Menurut Puan Noorihayatti Noorudin selaku Penyelaras AKRAB UPM, program seumpama ini dapat diteruskan untuk memupuk semangat dan memberi manfaat kepada komuniti selain memberi peluang kepada ahli Pra AKRAB untuk terus menyumbang kepakaran, pemindahan ilmu serta khidmat masyarakat. Gambar : Penyampaian cenderamata oleh Ketua Bahagian Kaunseling UPM, Dr. Mazila kepada Wakil Rumah Bakti Nur Ain Majlis penutup program telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mazila Ghazali, Ketua Bahagian Kaunseling UPM dengan diiringi oleh Dr. Azlina Mohd Khir, Pengarah Program dan Encik Ahmad Kazim Aquino Syahril selaku Pengurus Rumah Bakti Nur Ain. Turut hadir di Majlis penutup tersebut ialah Encik Mohamad Ashaari Awab, Ketua Seksyen Kaunseling Pekerja Bahagian Kaunseling UPM. Gambar : Anak-anak Rumah Bakti Nur Ain di hadapan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 8


BERITABERIMPAK@BKUPM JERAYAWARA KAUNSELOR @ FBMK, DARI HATI KE HATI Program jerayawara yang dijalankan ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik seperti ‘icebreaking’ permainan dan sesi bimbingan secara terbuka yang berkonsep a day with counselor. Program ini mempromosikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang berkunjung dan mereka dapat bertemu dengan kaunselor secara terus. Dr. Nik Farhan binti Nik Mustapha yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi mengatakan bahawa program seperti ini haruslah diadakan secara berkala terutama untuk pelajar tahun pertama. Ini kerana, pelajar baharu masih belum biasa dengan persekitaran universiti. Tambah beliau lagi, program sebegini dapat membantu pelajar mengenal pasti potensi diri yang mampu membantu mereka untuk berjaya dalam bidang akademik. Terdapat sebanyak tiga booth telah disediakan. Booth pertama adalah untuk pendaftaran, jualan buku dan permainan. Booth kedua khusus untuk perkhidmatan kaunseling yang menyediakan perkhidmatan DASS21, Putra Wellness Tracker, Kenali Personaliti dan Bimbingan. Booth seterusnya menyediakan perkhidmatan kerjaya iaitu soal selidik dan pembinaan kerjaya. Ketiga-tiga booth ini disediakan bagi membantu para pelajar dalam menentukan hala tuju masingmasing, khususnya sepanjang berada di dalam universiti. SERDANG, 2 Nov - Bahagian Kaunseling UPM dengan kerjasama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) telah bersama-sama menjayakan program Jerayawara BKUPM@Program Penasihatan Akademik FBMK yang bertempat di foyer FBMK. Program Jerayawara BKUPM yang menerima seramai 73 orang peserta yang terdiri daripada pelajar bertujuan untuk membina hubungan antara kaunselor dan pelajar di samping memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling. 9


Bacaan yang membantu percambahan minda ARTIKEL PSIKOLOGI ARTIKEL@BKUPM 10


ACCEPTANCE Apabila berhadapan dengan krisis dalam kehidupan, seorang individu yang memahami pengertian penerimaan pasti akan melakukan sesuatu untuk mengurus isu yang dihadapi berbanding hanya sekadar bertahan dan bersabar menghadapinya. Ini dikatakan seseorang sangat proaktif dan bijak dalam mengendalikan krisis. Apakah yang dimaksudkan “Penerimaan”? Menurut Merrian-Webstre, (2021), penerimaan bermaksud menerima sesuatu dan bertahan tanpa bantahan atau bereaksi. Merujuk kepada konsep penerimaan dalam konteks psikologi ialah “membuat pendirian tanpa menghakimi serta OLE H : P N . A N IS A K M IL A H Pengalaman diri adalah sebahagian besarnya terdiri daripada emosi, pemikiran dan tindakan anda. Oleh itu, adalah menjadi sangat penting untuk belajar menerima perkara-perkara sebegini sebagai langkah utama ke arah penerimaan kendiri sepenuhnya. Menyelami diri sendiri adalah salah satu usaha ke arah penerimaan kendiri. Melihat kembali cara kita berfikir, bertingkah laku serta beremosi terhadap satu-satu perkara. Penerimaan pendekatan psikologi undang positiviti 11 ARTIKEL PSIKOLOGI@BKUPM menerima segala pengalaman, pemikiran, perasaan, dan reaksi badan semasa keadaan itu berlaku" (Hayes et al., 2004). Malah, topik penerimaan ini boleh dikatakan topik yang agak popular dalam dunia kesihatan. Apabila dilihat dari sudut definisi Bahasa Latin iaitu 'acquiescence' yang membawa maksud 'kemampuan menangani realiti'. Berbalik kepada istilah Penerimaan Kendiri, Tara Brach (2004) menekankan kepentingan hubungan seseorang dengan diri sendiri dan bagaimana penerimaan diri sepenuhnya diperlukan untuk menjalani kehidupan dengan tenang. terhadap sesuatu perkara bukanlah bermakna kita harus menerimanya dengan rasa gembira meskipun ianya adalah perkara yang boleh menjejaskan diri kita mahupun orang lain. Namun begitu, apabila seseorang mula menerima dan mengakui perasaan yang sedang dihadapi contohnya kemarahan akibat ketidakadilan, dan daripada kesedaran tersebutlah seseorang akan mula mendapat celik akal untuk berhadapan dengan situasi tersebut.


Langkah Penting untuk Menerima Diri Menurut JK Rowling dalam penulisannya mengulas mengenai langkah pertama yang harus diambil untuk menerima ialah menitikberatkan peranan intelektual dalam memahami jiwa manusia sebelum seseorang benar-benar dapat menerima sesuatu perkara. Memahami, bermaksud memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang realiti sesuatu situasi. Walau bagaimanapun, tafsiran yang lebih lanjut tertumpu kepada kecerdasan intelek dan juga keupayaan emosi. Dalam pengertian ini, memahami perasaan seseorang tentang sesuatu mungkin merupakan sebahagian daripada langkah pertama untuk menerima realitinya. Inilah sebabnya mengapa ramai ahli psikologi dan kaunselor akan meneroka keadaan emosi klien untuk memahami perasaan klien mengenai situasi sebenar klien serta apa yang klien fahami tentang diri mereka serta perkara yang mereka telah lakukan untuk menerima realiti. Perasaan Diterima Adalah Sangat Penting Pernahkah anda merasakan seseorang tidak menerima anda? Terasa dahsyat bukan? Sama ada mereka memandang anda dengan pandangan sinis yang memberi isyarat bahawa sesuatu perkara tentang diri anda adalah salah atau tidak boleh diterima pakai dan perkara ini akan membuatkan anda rasa tidak diterima. Perasaan tidak diterima boleh membawa kepada pelbagai isu seperti rasa rendah diri, kurang keyakinan diri dan meragui diri sendiri. Ianya adalah petunjuk isyarat sosial boleh memberi kesan kepada diri jika tidak menerima situasi ini dengan baik. Sebagai contoh, berlakunya kemalangan jalan raya yang membabitkan individu lain, kes yang berlaku akan menyebabkan perbalahan di antara kedua pemandu yang pastinya akan mempertahankan diri masing-masing. Berdasarkan konsep penerimaan ini, perbalahan tersebut boleh selesai apabila kedua-duanya bersetuju untuk menerima kemalangan yang telah berlaku dan menyelesaikan dengan cara yang terbaik. Seandainya tindak balas keduaduanya tidak menerima situasi yang berlaku, konflik tersebut pasti akan berlarutan. Penerimaan dengan Konsep Mindfullness Mengulas mengenai penerimaan melalui konsep Mindfullness iaitu Konsep Kesedaran, untuk menerima keadaan, perasaan dan pemikiran diri, seseorang mesti menyedarinya sepenuhnya. Kita cenderung menjalani kehidupan tanpa menyedari bagaimana proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang telah dilakukan. Konsep Kesedaran yang dimaksudkan adalah apabila kita mampu melihat kembali momen yang dilalui dan mengakui apa yang telah berlaku dengan waras dan menerima tanpa menghakimi apa yang telah berlaku dalam kehidupan kita. Konsep ini selaras dengan keperluan psikologi yang membantu seseorang untuk mengurangkan unfinished business yang ada. 12 Gambaran Ilustrasi Penulis


"Perasaan tidak diterima boleh membawa kepada pelbagai isu seperti harga diri yang rendah, kurang keyakinan diri dan meragui diri sendiri. Ianya adalah petunjuk isyarat sosial yang mana amat memainkan peranan penting kepada diri kita" Sebaiknya, menerima sahaja fikiran dan emosi negatif tersebut adalah lebih berkesan. Penolakan terhadap emosi dan fikiran negatif ini hanya membuatkan diri letih dan penat kerana perlu sentiasa waspada dan tidak menjadi diri sendiri. Sebaliknya, dengan menerima fikiran dan emosi negatif mungkin lebih bermakna. Penerimaan terhadap apa sahaja fikiran dan emosi adalah penting kerana selari dengan tindak balas semula jadi yang ada dalam diri seseorang. Menerima emosi dan fikiran negatif tidaklah menjadikan diri kita seseorang yang teruk. Namun dengan mengimbangi perkara negatif dan positif dalam membuatkan diri seseorang lebih bermakna dan berkesan untuk mengekalkan kesejahteraan diri. Penerimaan Kendiri Membuat Anda Tenang Ya, pastinya apabila anda menerima segala perkara tentang diri anda akan membuatkan diri anda tenang. Jika anda boleh menerima semua perkara tentang diri anda, termasuk perkara yang mungkin tidak disukai maka anda akan berada dalam kedudukan yang lebih baik. Menerima dan memaafkan diri atas kesilapan lalu pasti membuatkan anda menjadi seorang yang sangat terbuka dan positif. Dalam erti kata lain, jika anda ingin membebaskan diri anda daripada kritikan diri sendiri dan juga membenci diri sendiri, maka penerimaan kendiri adalah langkah terbaik untuk bermula. Sifat kekitaan adalah penting untuk menjamin kesejahteraan diri. Justeru, seseorang akan sentiasa mencari maklumat yang boleh membantu dirinya agar dapat berhubung dengan orang lain dengan lebih mudah. Jadi, perasaan diterima dapat membantu seseorang berasa selamat dan seolah-olah kita adalah sebahagian daripada mereka. Penerimaan Kendiri berkait rapat dengan Kesejahteraan Mental Setiap orang mempunyai pendekatan yang berbeza dalam menjaga kesihatan mental seperti bermeditasi, mendengar ceramahceramah agama atau berlatih untuk sentiasa berfikiran positif. Bagi seseorang yang masih baru dalam mengawal emosi negatif, mereka cenderung untuk menidakkan emosi dan pemikiran negatif yang datang kepadanya. Malah, ada yang cuba memaksa diri untuk menutup segala perkara negatif tersebut dengan cara menunjukkan bahawa beliau seorang yang sangat positif dan cemerlang dalam semua aspek. Keadaan itu sebenarnya boleh membawa kemudaratan jangka masa panjang kepada kesihatan mental. 13


T I P : G AYA H I D U P 14 TIPS GAYA HIDUP@BKUPM


Memiliki sahabat merupakan perkara yang penting dalam hidup, tetapi memilih sahabat yang betul adalah lebih penting kerana sahabatlah akan mempengaruhi kehidupan kita sama ada positif atau negatif. Berikut merupakan antara gambaran umum yang mendefiniskan persahabatan; - Keseronokan - Persefahaman - Komitmen berbeza - Sukarela - Saling menghormati Terdapat kategori utama yang mempengaruhi pilihan kita dalam memilih sahabat yang bersesuaian, pertamanya ialah individu. Ianya berkait rapat dengan beberapa perkara seperti kebolehdekatan, kebolehan sosial, pendedahan diri, persamaan dan keakraban. Manakala kategori kedua adalah persekitaran yang dilihat keperluan dari sudut kedekatan geografi, aktiviti dan peristiwa. FOLEH : ADREANA THOMAS riendology T i p M e m i l i h S a h a b a t Tips Memilih Sahabat 1. Bermula daripada diri sendiri – adakah anda menjadi sahabat baik kepada diri sendiri? Sayangi diri sendiri. Apa yang kita tonjolkan akan menjadi imej di mata yang melihat dan memberikan 'daya penarik' kepada orang yang memilih kita sebagai sahabat mereka. 2. Kenapa ingin mempunyai sahabat? Kenalpasti tujuan memilih sahabat. Pemilihan sahabat akan berubah mengikut masa dan keperluan. 3. Letakkan mereka di tempat yang sepatutnya. Individu dalam hidup kita harus ditapis dengan mengkategorikan mereka kepada beberapa keadaan, sesuai dengan tujuan kita, atau tidak sesuai dengan tujuan/matlamat kita. Hanya kita yang tahu siapa yang sesuai dalam hidup kita dan siapa yang tidak. 'Melepaskan individu yang tidak boleh bertumbuh dengan kita merupakan perkara yang sukar dilakukan dalam hidup'. Jika memilih sahabat merupakan perkara yang mudah maka semua orang pasti akan dapat melakukannya. Oleh itu, sangat penting bagi kita memilih rakan yang betul bagi memastikan hidup kita lebih gembira, tenang dan bermakna. “Orang bijak, memilih sahabatnya dengan teliti”. TIPS GAYA HIDUP@BKUPM 15


Ada juga yang berdepan dengan isu minat terhadap kerjaya atau program pengajian yang sedang diikuti. Cabaran sebegini akan menyebabkan kepincangan kebolehsuaian kerjaya seseorang itu dan akhirnya tidak mencapai kepuasan kerjaya apabila telah bekerja kelak. Kebolehsuaian kerjaya adalah salah satu elemen yang penting iaitu satu tingkahlaku dan kompetensi untuk digunakan dalam menentukan kerjaya yang bakal diceburi. Dalam mencapai kebolehsuaian kerjaya, Savickas (2020) telah mengenal pasti empat (4) kekuatan diri dalam membina kerjaya. Kekuatan ini adalah salah satu tindakan yang perlu dilakukan oleh individu dalam menentukan kerjaya dalam proses membina kerjaya. Mari kita kenali bagaimana anda menggunakan kekuatan diri dalam membina kerjaya yang bakal anda ceburi. AMBIL TAHU Kekuatan diri yang pertama adalah AMBIL TAHU. Kekuatan ini adalah penting untuk anda mengetahui perjalanan kerjaya yang bakal anda ceburi dari mula sehingga fasa persaraan. Persoalan seperti, bagaimana anda mengambil tahu tentang perjalanan kerjaya supaya dapat memberi makna dalam kehidupan anda. Situasi ini akan membantu anda dalam memahami hubungan diri, kehidupan dan kerjaya seterusnya mencapai kepuasan kerjaya kelak. Membina kerjaya adalah salah satu proses perkembangan kerjaya yang sangat penting bagi setiap individu. Super (1957), salah seorang pakar kerjaya menyatakan peringkat perkembangan kerjaya yang positif dan berkembang akan memberi impak kepuasan kerjaya bagi seseorang individu. Proses membina kerjaya seawal tahun pertama pengajian adalah satu persediaan yang memberi impak yang holistik terhadap perkembangan kerjaya. Pelajar universiti perlu memberikan perhatian lebih khusus terhadap pembinaan kerjaya selain memberi fokus kepada pembelajaran dalam kuliah semata-mata. Cabaran yang sering melanda pelajar universiti dalam proses membina kerjaya adalah mereka kekurangan maklumat berkaitan kerjaya yang bakal diceburi, keliru dengan pilihan kerjaya, dan tidak yakin dalam membuat keputusan berkaitan kerjaya. OLEH: SYARIFAH SYERIL AZLIN BT. SYED BAHARIN "Kebolehsuaian kerjaya adalah salah satu elemen yang penting iaitu satu tingkahlaku dan kompetensi untuk digunakan dalam menentukan kerjaya yang bakal diceburi" 4 TIPS GAYA HIDUP@BKUPM Kekuatan Diri Yang Sangat Membantu Dalam Proses Membina Kerjaya 16


KAWALAN KERJAYA Kekuatan diri yang kedua adalah KAWALAN KERJAYA. Tindakan dalam mengawal seperti membuat keputusan dalam pemilihan kerjaya dan rasa tanggungjawab terhadap pilihan kerjaya yang dibuat adalah satu kekuatan yang perlu ada pada anda saat kritikal proses membina kerjaya ini. Persoalan seperti, bagaimana tahap kawalan kerjaya seperti membuat keputusan kerjaya secara berdikari dalam penentuan kerjaya perlu ditujukan pada diri anda supaya anda sedar betapa pentingnya membuat keputusan kerjaya atas tanggungjawab sendiri. Ini adalah peringkat seseorang untuk bergerak secara berdikari daripada persepsi ibu bapa dan keluarganya. dalam penentuan kerjaya. Ia melibatkan aspek membuat keputusan, menundakan kepuasan, berunding dan menegakkan kebenaran. SIFAT INGIN TAHU Seterusnya, kekuatan diri yang ketiga adalah SIFAT INGIN TAHU. Sifat ini sangat membantu anda dalam mencungkil segalanya tentang kerjaya yang bakal anda ceburi. Anda perlu bertanya pada diri, bagaimana sifat ingin tahu yang anda miliki terhadap kerjaya yang bakal anda ceburi. Apabila seseorang kekurangan sifat ingin tahu akan menyebabkan keputusan kehidupan adalah terhad. Sifat ingin tahu akan membantu anda mencapai penerokaan kepada peranan baharu dan pengalaman baharu. 17 19 KEYAKINAN DALAM MENGEJAR CITA-CITA Akhir sekali, kekuatan diri yang keempat adalah KEYAKINAN DALAM MENGEJAR CITA-CITA. Individu yang mengejar kerjaya perlu mempunyai keyakinan dalam mencapai kerjaya yang diimpikan. Keyakinan boleh dibina atau terbentuk dengan membuat semakan diri dengan persoalan sebegini, bagaimana tahap keyakinan dalam mencapai kerjaya yang diimpikan. Pertanyaan ini akan membawa anda dalam suntikan motivasi untuk membina keyakinan diri setelah mempunyai maklumat yang penuh berkaitan kerjaya dan bersedia dalam membuat keputusan kerjaya. Keyakinan ini membantu seseorang untuk berhadapan dengan cabaran dan meningkatkan efikasi kendiri dalam kerjaya. Dalam usaha membina kerjaya bagi proses perkembangan kerjaya yang memberi impak positif, keempat kekuatan ini menjadi antara elemen penting sebagai persediaan diri, kehidupan dan kerjaya seseorang. Ia ibarat bekalan untuk kita semua bagi mencapai kehidupan yang memberi makna dan mencapai kepuasan dalam bekerja kelak. ‘Personal satisfaction is the most important ingredient of success’- Denis Waitley KERJAYA PILIHAN?


19 Menjaga Keperluan Asas Badan Dalam persediaan untuk melakukan sesuatu perkara, niat dan doa merupakan perkara paling asas yang dapat membantu kita untuk fokus, khususnya untuk belajar. Setiap perkara yang dimulai niat dan doa secara tidak langsung seseorang sedang memberitahu kepada dirinya sendiri bahawa beliau sedang mengusahakan sesuatu perkara dan seluruh anggota badan akan bekerjasama untuk mencapai doa dan niat yang telah disampaikan. TIPS GAYA HIDUP@BKUPM Tip Kekalkan Niat & Berdoa 18 Mencatat Nota Menguruskan Masa Menjauhkan Diri daripada Gangguan Menguruskan masa adalah sangat penting bagi mempersiapkan diri untuk fokus untuk belajar. Menguruskan masa dengan efektif agar setiap tugasan yang telah diatur dapat dilakukan pada masa yang telah diperuntukkan. Oleh itu, anda dapat fokus waktu belajar tanpa gangguan mahupun tuntutan tanggungjawab yang lain. Setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza. Salah satu cara yang boleh membantu setiap potensi belajar adalah mencatat nota. Tindakan mencatat nota memberi kesan yang positif kepada ingatan melalui tindakan berulangulang. Mengikut jenis gaya belajar iaitu visual, auditori dan kinestetik pula, mencatat nota meransang ketuga-tiga gaya belajar tersebut. Oleh itu, dengan mencatat nota yang penting dalam membantu seseorang lebih fokus semasa belajar. FOKUS BELAJAR Penggunaan gajet atau telefon pintar adalah salah satu gangguan yang boleh menganggu fokus seseorang. Lebih-lebih lagi setiap masa bunyian pemberitahuan daripada telefon pintar tersebut membuatkan seseorang sentiasa sensitif. Oleh itu, sebagai langkah persediaan untuk membantu diri fokus, simpan sebarang gajet dan telefon pintar di lokasi yang lain. OLEH : ANIS AKMILAH BINTI MAT HASSAN Menjaga keperluan asas badan sangat penting untuk membantu anda kekal cerdas dan cergas. Minda yang cerdas serta tubuh badan yang cergas dapat membantu seseorang mencapai tahap kesihatan yang baik. Anda pasti akan lebih bersemangat serta boleh fokus pada pembelajaran.


MENTAL B E R I K E B E B A S A N A N D A U N T U K B E R E H A T K E S I H A T A N O K T O B E R B U L A N K E S I H A T A N M E N T A L 19


21 KESIHATANMENTAL@BKUPM https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/gangguan-kegelisahan/penyakit-anxiety-tanda/ Resah Biasa Anxiety Disorder @ Keresahan Normal Gangguan Keresahan Jantung berdebar Rasa normal Mulut Kering Tangan atau Kaki Rasa Kebas Perut rasa tidak selesa (rasa nak membuang/ cirit birit) Susah tidur Rasa berpeluh atau seram sejuk Badan berasa kejang dan tegang Sentiasa rasa resah gelisah, risau dan takut yang berterusan Aktiviti harian terganggu Mengalami kesemua simptom keresahan normal Tubuh dan minda rasa letih yang luar biasa (Gangguan Keresahan) Kenalpasti simptom keresahan normal dan gangguan keresahan 20


santai HIDUP INI T IDA K PE R LUL AH TE R L A LU SE R IUS 21 SANTAI@BKUPM


Don’t Regret it! Act for a Better Life. As of this writing moment, I am 30 years old and a PhD scholar who is feeling lost and confused about life. When people asked me, “who are you want to be? “What do you want to do?”, “what do you want to have”, “what do you want to share with the world?”, I always reply to them, “Not sure and I just do whatever I like”. In my mind, I always wonder if I am getting old and still seeking something that could make me happy, stay in a comfort zone, will this become a problem for me? Looking at Ah Cheong, my uncle’s life reflects that I am somewhat in a similar energy state around his 30 years old. His personal life may be true to me and related to my entire life, and my emotions may be valid. Because he had nowhere to stay, a frail and unmarried older man named Ah Cheong went to live with his younger sister’s family. PELAJARMENULIS Ah Cheong was born in a small village in Gopeng, Perak. He has no income support, and his step faltered and with a stomach illness at his old age. So, he was delighted when his sister’s family decided to take him in. Day after day, Ah Cheong considered himself the unluckiest person in the world. He stayed away from his sister’s family in one house, was constantly depressed, complained frequently, and was always grumpy. Now, all the people in the house were tired of his behaviour. When he was young, around 30 years old, he was very optimistic, friendly, and self-motivated. He was fascinated to learn new things, mainly aesthetic things. You often hear some attractive sharing and painting from him, and he has many dreams. Indeed, his life is full of opportunities. During that time, Ah Cheong had been offered by a private company to work in Singapore. However, he rejected that well-paid offer because he was a couple with his girlfriend, so he preferred to stay in the village and help his brother-in-law with his farm. But, without really realizing it, he is gradually setting into that comfort zone. One day, his girlfriend left him for another man, and the situation started to take a toll on him. The sadness that filled his heart suffocated him. Written by : Liew Sien Leong 22


Ah Cheong had chosen to live alone for many years because of that incident. The longer he lived, he became more ill-tempered and more poisonous his words. His misfortune had made people avoid him, and it became unnatural to be happy next to him. Until recent years, the pandemic Covid-19 happened, Ah Cheong had been locked down in the house even Movement Control Order (MCO) ended in Malaysia. His family members were worried about his condition, and there was no easy solution to his problem. Ah Cheong seems unhappy, and his family members do not know the solution. But one day, an unbelievable thing happened. Instantly everyone in the house sees Ah Cheong is happy today. He did not complain about anything, smiled, and even his face was not gloomy. He seemed freshened up. After that, all people in the house gathered and asked Ah Cheong, “What happened to you?” Ah Cheong replied,” Nothing special. I started to do what I love. Then one day, I decided to live with happiness and enjoy life. It is for that reason that I am happy now.” Happiness can be decide by yourself "You don't have t o b e g r e a t t o s t a r t , b u t y o u h a v e t o s t a r t t o b e g r e a t " - Zig Ziglar - 23


Aku adalah aku. Bagiku diri ini hanya sebagai pelakon yang memainkan watak yang telah dikarang khas buatku. Manakala rentetan hidupku merupakan skrip yang telah diatur dan diperkemas sejak azali lagi. Begitu juga dengan semua manusia di atas muka bumi ini. Setiap manusia dicipta dengan kepelbagaian watak dan perwatakan bagi menjalani sebuah jalan cerita yang berbeza hasil aturan Yang Maha Esa. Aku hanya menjalani kehidupan berdasarkan apa yang telah tertulis untukku meskipun diri ini masih gagal memahami cerita sebenar disebalik kewujudan diriku. Akan tetapi, aku pasti yang aku perlu sentiasa kuat bagi menjalani kehidupan meskipun terlampau banyak halangan dan rintangan yang perlu aku tempuhi. Ini kerana, aku percaya di sebalik keperitan yang aku jalani, pasti ada sinarnya bak kata pepatah hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Walaupun sudah hampir tiga dekad aku bernafas dan menikmati keindahan kurniaan Tuhan, namun saban waktu aku masih keliru dengan perwatakan yang harus aku mainkan bagi mencorak jalan ceritaku. Aku sendiri tidak pasti kehendak sebenar hatiku. Mungkin pada saat ini aku mampu tersenyum tawa dengan kebahagiaan yang aku kecapi namun siapa tahu akan cerita seterusnya. Mungkin air mata yang menjadi peneman malamku. Atau mungkin kekecewaan yang menghuni hatiku sehingga emosi yang dahulunya berjaya kukawal dengan tenang menjadi berantakan dek kegagalanku. Sering ku ingatkan diri ini bahawa meskipun hidup di bawah bumi yang sama namun setiap manusia mempunyai perjalanan kehidupan dan kisahnya tersendiri. Sebagai manusia, kita perlu sentiasa menjalankan kewajipan sebagai umat yang berpegang pada agama yang menjadi panduan kepada kehidupan. Hal ini kerana setiap mahluk yang taat pada Sang Pencipta akan mendapat rahmat daripada Ilahi sekaligus kehidupan akan sentiasa diberkati. Walaupun kehidupan ada pasang surutnya, namun janganlah kita alpa kerana kesilapan yang dilakukan akan merosakkan keseluruhan jalan cerita yang telah PELAJARMENULIS 24 L Ditu A lis oleh K : K Nur Sh O a O fikah Bin N ti Abdulla A h N tertulis buat diri kita. Sifat mahmudah hendaklah sentiasa terpahat dihati agar nilai-nilai positif akan kekal dalam diri. Walaupun kadang kala diri ini tidak lari dalam ditimpa kesedihan dek situasi sekeliling, namun sering kali ku ingatkan bahawa aku perlu sentiasa kuat dalam memegang watak yang telah diamanahkan buat diriku. Tambahan pula kepelbagaian tugas dan peranan yang aku kendong sejak azali iaitu aku merupakan anak sulung dan merupakan tulang belakang keluarga menjadi asbab utama untuk aku bertahan sehingga kini. Di saat aku jatuh, senyuman adalah penguat semangatku. Aku sedar aku tidak boleh terus kekal ditakuk lama kerana banyak peluang dan kejayaan yang perlu aku kejar dalam membantu mengubah jalan ceritaku ke arah yang lebih baik. Tambahan pula, kejatuhan dan kesedihan yang sementara ini menyedarkan aku bahawa setiap pilihan yang aku lakukan tidak semuanya terbaik buat diriku. Terkadang aku terfikir mengapa aku harus melakukan watak yang sedemikian, bagaimanaku harus menjalankan watak yang begini dan mengapaku tidak bisa jadi seperti yang lain? Adakah ini sememangnya nasib ku? Sejujurnya aku kerap menyalahkan takdir dan berasa sedih dengan nasib kehidupanku. Tetapi hingga suatu hari akhirnya aku memahami yang aku tidak pernah silap kerana setiap jalan ceritaku telah tertulis untukku dan hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku. Sejak daripada itu, aku redha dengan apa yang harus aku jalani dan sedaya upaya aku cuba untuk tempuhi meskipun sesukar merentasi lautan api. Inilah erti sebuah kehidupan. Jika ingin berjaya dan bahagia berusahalah dengan kuat dalam mencapai sesuatu dan jalankan watak yang ditulis dengan sebaik yang mungkin. Jangan pernah menyerah sekiranya terjatuh kerana setiap takdir yang ditulis pasti ada pengakhiran yang kita sendiri tidak pasti sama ada ianya baik mahupun sebaliknya. Mati itu pasti dan itu adalah petanda berakhirnya lakonan yang perlu kita jalankan sepanjang kita menjadi pelakon di atas muka bumi ini. Oleh itu, kita jangan pernah tersalah memilih jalan kehidupan. Ini kerana jika tersilap pilih pasti sukar untuk kembali ke jalan cerita yang sebenar.


Insan hebat akan terkubur dengan sendirinya kerana percayakan kata-kata orang lain. Bukan percaya pada kata-kata diri bahawa kita mampu lakukan. Ketika saya bertemu dengan seorang sifu pada bulan November 2020, Sifu bertanyakan kepada saya; “Apakah impian anda?” “Impian saya adalah untuk menjadi terkenal dalam bidang kaunseling dan bidang motivasi hingga dapat membuka klinik sendiri bagi membantu lebih ramai manusia,” jelas saya dengan sungguh yakin. Sifu kemudiannya bertanya lagi untuk kepastian. “Bagus impian itu. Jadi apa yang anda lakukan sekarang untuk capai impian itu?” Soalan itu buat saya terdiam seketika dan termenung panjang. Seolah-olah impian itu buntu seolah-olah tiada jambatan penghubung antara impian dan usaha. Sifu menunggu jawapan saya, namun tiada jawapan yang saya berikan. Lalu sifu bertanya soalan berikutnya; “Adakah anda tidak yakin pada diri sendiri? “Tiada usaha ke arah itu walaupun ianya bermula dengan langkah kecil?” “Ada pelan perancangan?” “Mula bercakap di khalayak ramai untuk orang mengenali anda?” Kejayaan Bermula Apabila Anda Mempercayai Diri Sendiri . Benar. Kejayaan memerlukan keyakinan. Keyakinan bermula dengan diri sendiri. Sekiranya manusia memiliki keyakinan seperti Abbas Ibn Firnas yang mempercayai manusia boleh terbang pada tahun 875 masihi, yang membawa kepada penciptaan sebuah kapal terbang yang digunakan pada masa kini. Keyakinan tokoh Islam membuktikan bahawa manusia boleh terbang, menyebabkan sejarah manusia terlakar dengan adanya penciptaan demi penciptaan hingga hari ini. Tidak terjangkau oleh kita bahawa manusia boleh terbang dengan menaiki kapal besi yang bertan beratnya, kemudian berada di atas langit beribu kilometer tingginya, dan boleh pergi sejauh beribu kilometer dalam tempoh beberapa jam. Hebat tak kejayaan manusia? Hanya dengan percaya pada diri sendiri dan buktikan dengan bersungguh-sungguh. Ini merupakan salah seorang tokoh Islam yang mungkin anda tidak ketahuinya. Kita hanya mengetahui Wilbur dan Orville Wright sahaja pencipta kapal terbang pada tahun 1903 masihi bukan? Begitu ramai insan hebat di muka bumi ini telah mencipta sejarah, hanya dengan kegilaan imaginasi dan keyakinan diri tanpa batasan. Anda boleh berimaginasi, berimpian besar, berfikiran jauh, mempunyai ilmu setinggi mungkin, berusaha sekuat daya. Namun ianya bermula dengan keyakinan pada diri. KAUNSELORMENULIS Oleh : En. Mohd Redzuan Zamberi 25


Empat soalan seorang guru ini memang padu hingga terkesima saya seketika. Akhirnya saya mengakui kelemahan diri. Saya mula bercakap seikhlas mungkin. “Sebenarnya saya ada ceramah kecil-kecilan apabila dijemput. Pernah buat FbLive dan TikTok setiap hari untuk orang lain mengenali saya. Tetapi akhirnya saya berhenti sebab ada kawan mengata saya. Terdengar orang mengata saya, poyo, perasan bagus malah tak cukup pendidikan tahap PhD untuk rasa diri hebat”. Sifu tersenyum dengan jawapan itu. Sifu menjawab satu jawapan yang buat saya terpaku hingga sekarang. “Hebat rakan Danial yang berjaya buatkan Danial yang LUAR BIASA menjadi orang biasa-biasa...” Wow...!!!! Hebat tamparan jawapan itu. Rupanya sesebuah kejayaan itu bermula dengan keyakinan terhadap diri. Usah pedulikan kata-kata sumbang orang lain yang tidak mempercayai diri kita. Benar ada kata pujangga yang menyatakan “jangan berkata sesuatu sehingga ianya terjadi”. Tetapi sejarah telah membuktikan sesuatu itu terjadi bermula dengan keyakinan diri dan berusaha tanpa henti hingga berjaya. Ianya mustahil semuanya terjadi dengan sendirinya dan mustahil ianya berlaku tanpa ada impian dan cita-cita. Kejayaan tercipta dari sebuah angan-angan kosong bernama IMPIAN. Ia akan menjadi kenyataan bila ada usaha yang tekad dan YAKIN PADA DIRI SENDIRI! “Hebat rakan Danial yang berjaya buatkan Danial yang LUAR BIASA menjadi orang biasa-biasa...” 26


stilah kesetaraan gender ini wujud bagi menghapuskan diskriminasi yang berlaku antara lelaki dan wanita. Sejak dahulu lagi kita tahu bahawa terdapat pelbagai diskriminasi yang dilaksanakan khususnya terhadap kaum wanita. Gender dapat difinisikan sebagai keadaan seseorang yang dilahirkan secara biologi sebagai lelaki atau perempuan yang memiliki perilaku atau pembahagian peranan yang dibentuk dalam suatu masyarakat pada masa tertentu. Hal ini kerana, umum berpendapat bahawa wanita dan lelaki memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing yang menyebabkan wujud batas-batas dalam pelbagai perkara. Namun, perubahan berlaku antara kaum lelaki dan wanita seiring dengan peredaran zaman. Wanita pada masa kini semakin maju kehadapan dan mampu bersaing dengan kaum lelaki bermula dari peringkat bawah sehinggalah peringkat tertinggi. Hal ini kerana, kaum wanita semakin berani menceburi pelbagai bidang yang dulunya dianggap hanya lelaki yang mampu lakukan. Tahap pendidikan kaum wanita yang semakin mencanak juga salah satu faktor wanita mampu berjaya seiring dengan kaum lelaki. Selain itu, tahap kesedaran tentang pentingnya memiliki ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang tanpa mengira genre juga menjadi sebab wanita kini semakin hebat. Perkara ini juga menyebabkan ramai wanita yang telah diangkat menjadi tokoh dalam pelbagai bidang. Contohnya, Mejar Patricia Yapp Syau Yin, 41 tahun, dari Sandakan, Sabah merupakan wanita pertama Asia yang mengendalikan pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala seorang pelajar yang bernama Nur Izzati Athirah Mohamad Yusoff telah berjaya membuat kerja-kerja welding di tengah laut dan menjadi jurukimpal dalam air wanita yang pertama di Malaysia pada usia 22 tahun. Oleh itu, kesetaraan gender ini mampu menghapuskan pelbagai diskriminasi yang berlaku dan membuka ruang serta peluang kepada wanita untuk terus maju kehadapan dalam pelbagai bidang setanding dengan kaum lelaki. Menurut Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia juga menyatakan bahawa semua manusia dilahirkan dan sama. Maka segala bentuk diskriminasi terhadap wanita wajar dihapuskan agar lebih ramai wanita yang dapat menunjukkan kebolehan serta kemampuan mereka. Namun, kita harus faham bahawa kesetaraan gender ini masih tidak mampu menghapus segala sifat azali wanita dan lelaki kerana kesetaraan gender yang dimaksudkan hanya menjurus kepada hak yang perlu diberikan kepada kaum lelaki dan wanita untuk memperoleh hal dari segi politik, ekonomi, sosial dan budaya. 19 I KESETARAAN GENDER Oleh : Cik Nurul Sahada Saidin 27 SANTAI@BKUPM


Ungkapan seperti ini tentu tidak asing bagi anda bukan? Dialog seperti ini banyak dilontarkan oleh guru-guru terutama guru sekolah bagi mengelakkan anda mempunyai hubungan cinta ketika masih di bangku sekolah. Namun benarkah anda akan menjumpai 'si dia' di universiti? Tidak terganggukah pelajaran anda jika mempunyai hubungan cinta ketika itu? Benarkah bercinta ketika masih belajar hanya membawa kesan buruk pada diri? Hala tuju sebuah hubungan ditentukan oleh diri sendiri dan pasangan. Sama ada hubungan tersebut membawa ke arah positif atau sebaliknya bergantung kepada diri masing-masing. Dalam usia 20-an, anda dianggap matang dan waras dalam membuat keputusan. Tiada lagi istilah ‘cinta monyet’ ketika menjalin hubungan cinta pada usia begini. Hubungan yang terjalin pastinya diharapkan sehingga ke saat lafaz ijab dan kabul. ‘Jangan bercinta di sekolah nanti di universiti ramai lagi ‘ ‘Di universiti nanti awak pilih je mana yang berkenan’ HUBUNGAN MENGGANGGU PRESTASI BELAJAR BENARKAH? Tempoh belajar adalah waktu yang sangat sukar untuk diharungi. Pelajar berisiko untuk menghidapi tekanan mental. Mempunyai pasangan juga adalah salah satu bentuk motivasi agar mereka lebih kuat menghadapi tekanan. Kenapa saya berkata begitu? Cuba letakkan diri anda sebagai seorang pelajar. Adakah anda akan menceritakan masalah pembelajaran anda kepada ibu bapa? Ibu bapa mengharapkan anda gembira belajar di tempat baru. Pasti anda tidak mahu membuatkan hati mereka gundah memikirkan anda. Oleh itu, pasangan yang baik akan menjadi motivasi untuk diri. Permasalahan akan timbul apabila anda tidak dapat menguruskan antara percintaan dengan pelajaran. Ini membawa kepada pembaziran masa dan mempengaruhi penumpuan terhadap pelajaran. Kemampuan pelajar dalam mengurus hubungan percintaan dan akademik perlulah selari dan dikawal dengan sebaiknya. Sebagai pelajar anda perlu mempunyai tujuan yang jelas dan sedar akan peranan sebagai seorang pelajar dan tanggungjawab mereka terhadap diri, dan keluarga. CIN T A A T A U B ELA J A R SANTAI@BKUPM Oleh : Farah Najwa 28 28


SANTAI@BKUPM KOMIK:Kehidupan Kampus farah najwa 29


P A N T U N S E L O KA G U R A U - G U R A U S A N T AI THIS MAGAZINE COULD SAVE YOUR LIFE APAKAH DIA? Teringin cermai pokoknya dipanjat Penuh sebakul dijeruk sehari dua Dilihat tak nampak dipegang tak dapat Agak-agaklah apakah dia? Dikata buah bukan pada namanya Nak dikata haiwan pun bukan Jarang jumpa memang berwarna Agak-agaklah apa gerangan? Sifatnya sering dijadi perumpamaan Hidup di air, lepaknya di darat Bukan dijaga bukan belaan Apakah ia tekalah cepat? Menghunus pedang bagai pahlawan Tajam runcing membelah samudera Bukan mudah hendak ditawan Boleh cedera tersalah cara Banyak pula petunjuk diberikan Agak-agaklah apakah dia? Biar berpaut jangan bergelut Lepaskan diri kemelut rasa Resah bimbang jiwanya kalut Perlu bersua siapakah dia? Ada Berani? SANTAI@BKUPM 30


Kata Silang MENEGAK Bulan Sambutan Kaunseling Kebangsaan Melibatkan akal dan pemikiran Seminar yang dianjurkan oleh BKUPM pada tarikh 21/10/2022 iaitu Seminar Kaunseling Belia ____________ Kajian tentang mental dan pemikiran Rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental 1. 2. 3. 4. 5. 7. Singkatan "Depression Anxiety Stress Scale" 8. Keadaan resah atau cemas 11. Perjumpaan bersama kaunselor dikenali sebagai MELINTANG 3. Individu yang mengendalikan perkhidmatan kaunseling 6. Aplikasi yang dilancarkan oleh BKUPM semasa Seminar Belia Kaunseling Kebangsaan 2022 9. Sinonim 'perasaan' 10. Tajuk majalah terbitan BKUPM 31 SANTAI@BKUPM


JAWAPAN PANTUN SELOKA udara buah naga belangkas ikan todak kaunselor J A W A P A N S I L A N G K A T A & P A N T U N S E L O K A SANTA 32 I@BKUPM SENAMAN PENAFASAN Tarik nafas dalam kiraan 7 secara perlahan - lahan Tahan nafas dalam kiraan 4 Hembus nafas dalam kiraan 7 secara perlahan - lahan ulang sehingga anda berasa TENANG


Coretan Motivasi 33


Istimewa dibawakan oleh


Click to View FlipBook Version