The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurhafizah, 2025-02-27 09:24:50

BUKU LOG KOR SISPA_HAFIZAH_Y6

BUKU LOG SISPA_HAFIZAH

BUKULOG SISWASISWI PERTAHANAN AWAM (KORSISPA)


04-7323810 [email protected] Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI) kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan Tugasan Pentaksiran Berterusan ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mr. Lim Keng Cheian, selaku pensyarah saya di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan tugasan ini. Segala bantuan, semangat, strategi dan kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar saya untuk menjadi seorang pelajar yang baik. Segala pengalaman yang dilalui pasti tidak dapat dilupakan. Tidak lupa juga dorongan ibu bapa kesayangan saya yang sering membantu dalam menyiapakan tugasan ini. Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan pentaksiran ini.


FAKULTI: INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH SEMESTER: SEMESTER 5 NO MATRIKS: P22243007 ANGKA GILIRAN: 2022242440196 UNIT: Y6 MAJOR: SEJARAH NO KAD PENGENALAN: 040430-11-0258 NAMA: NURHAFIZAH BINTI HASIM 019-9364611 [email protected]


04-7323810 [email protected] 1. SEJARAH KOR SISPA • PERTAHANAN AWAM DI MALAYSIA PRINSIP-PRINSIP ASAS KOR SISPA STRUKTUR DAN ORGANISASI KOR SISPA PAKAIAN, PENGANGKUTAN DAN PERALATAN LATIHAN 2. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM KOR SISPA • PROSEDUR PENUBUHAN PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN - PUNCA KUASA PENGENALAN MATLAMAT OBJEKTIF LOGO LAGU PERTAHANAN AWAM


04-7323810 [email protected] • PENUBUHAN KOR SISPA TADBIR URUS KOR SISPA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB • PENGURUSAN FOLIO/BUKU LOG/LAPORAN AKTIVITI • PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI KADET KOR SISPA TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM - LENCANA DAN PANGKAT PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG 3. ORIENTASI KURIKULUM • TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI • ORIENTASI KURIKULUM TUSPA DI SEKOLAH RENDAH


04-7323810 [email protected] Angkatan Pertahanan Awam (APM) merupakan satu badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga serta mengawal keselamatan masyarakat awam. Pertahanan Awam yang berkuatkuasa sehingga kini telah diserap masuk kedalam Institut Pendidikan Tinggi (IPT). Hal ini bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk sentiasa bersedia dan biijak bertindak dalam menghadapi segala kebarangkalian yang mungkin berlaku. Pendedahan ini juga telah diserap masuk kedalam kokurikulum unit beruniform sekolah rendah dan juga sekolah menengah yang diberi gelaran (KASPA) bagi sekolah menengah dan (TUSPA) bagi sekolah rendah. Penubuhan TUSPA dan KASPA adalah untuk mendidik serta melahirkan murid yang seimbang yang aktif dari segi mental dan fizikal. Justeru, penglibatan mereka diperlukan agar dapat membuka mata dan minda murid untuk peka dalam situasi yang berlaku dalam kehidupan yang sebenar.


Pada tahun 1939 Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British sebagai 'Passive Defence' yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi Peperangan Dunia Kedua. The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu. Pada tahun 1952, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan. Pada tahun 1957 pula The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar meniadi Aka Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan Negara. Tahun 1958 Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam siste pertahanan Negara mengikut Jadual Kesimbilan Perlembagaan Persekutuan Tahun 1964. Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia-Indonesia (Kertas Kabinet No. 302/314/64). Tahun 1994 pengenalan nama ringkas ‘JPA3’ mula diguna dan diterima pakai ke seluruh nrgara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam. 04-7323810 [email protected] SEJARAH KORSISPA(1)


04-7323810 [email protected] SEJARAH KOR SISPA (2) Tahun 1995 Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda komitmen JPAM memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam. Jabatan Pertahanan Awam mula dikenali sebagai JPAM mulai tahun 2009. Pada tahun 2006 Pertahanan Awan memperkenalkan slogan baru "Sedia, Pantas dan Berintegriti" sebagai pemangkin meniadikan Jabatan Pertahanan Awam sebuah jabatan yang unggul. JPAM diwartakan sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atau nama pendenya APM. Penjenamaan semula JPAM kepada APM sejajar dengan tugas dan peranan pasukan tersebut yang kini mempunyai keanggotaan melebih satu juta sukarelawan di seluruh negara. Pasukan pertahanan awam itu akan menjalankan tugas seperti pengurusan bencana, khidmat kemanusiaan, untuk memberi nasihat kepada menteri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pertahanan awam dan mengenal pasti bahaya dan risiko yang pada anggapan Ketua Pesuruhjaya mempunyai kepentingan negara. Pada 29 Julai 2015 JPAM telah diletakkan ke Jabatan Perdana Menteri. Keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet pada 26 Ogos secara rasminya memutuskan bahawa pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kini mengambil alih tugas pengendalian dan pengurusan bencana dari Majlis Keselamatan Negara (KN). APM diwartakan pada 25 Ogos 2016 dan kuatkuasa nama APMpada 1 September2016.


04-7323810 [email protected] Rang undang-undang itu juga memperuntukkan penubuhan Kor Kadet Pertahanan Awam bagi mana-mana kawasan di Malaysia, di mana pelajar sekolah menengah dan yang merupakan seorang pelajar berdaftar bagi mana-mana institusi latihan atau pendidikan boleh memohon untuk menyertai kor kadet. Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat perkiraan bagi penduduk awam untuk dilatih dalam hal-hal pertahanan awam dan bagi menjalankan latihan bagi maksud pertahanan awam. Menteri juga bole member tauliah kehormat dan bersekutu pasukan itu kepada mana-mana orang yang difikirkannya layak. Rang undang-undang itu juga memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang berpurapura dan dengan salah menyamar sebagai seorang anggota pasukan itu akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempo tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. SEAJARAH KOR SISPA (3)


04-7323810 [email protected] ASAS PRINSIP ASAS PRINSIP 1 Tidak membahayakan lagi keadaan pesakit. Pesakit dipindahkan apabila diperlukan. 3 Menggerakkan badan pesakit sebagai satu unit. 4 Arahan daripada satu penyelamat sahaja. 5 Menggunakan teknik dan cara mengangkat yang betul. 2


04-7323810 [email protected]


04-7323810 [email protected]


04-7323810 [email protected] APM akan membekalkan pakalan seragam lengkap No.3 dan 4 secara stok pinjaman kepada pihak IPT. Pihak pentadbitan Kor Sispa IPT hendaklah menguruskan bekalan ini dan hanya memohon penggantian jika berlakui sebarang kerosakan. Kehilangan stok piniaman perlulah diganti oleh individu yang bertanggungjawab. Pakaian bagi tujuan pertauliahan dan pelbagai istiadat APM hendaklah diuruskan oleh pihak IPT sama ada melalui pembelian, pinjaman atau apa apa alternatif yang bersesuaian. Pihak IPT boleh mendapatkan bantuan daripada pihak APM bagi pembekalan pakaian yang diperlukan. Penyediaan pakaian seragam No. 1. No 2, Mess Kit dan aksesori adalah wajib bagi Pegawai Kehormat/ Bersekutu adalah di bawah tanggungjawab IPT masing masing.


04-7323810 [email protected] Pihak IPT bertnggungjawab untuk menyediakan pengangkutan yang sesuai kepada Kor Sispa untuk menjalankan sebarang program atau latihan. Namun, pihak pengurusan Kor Sispa IPT juga boleh memohon bantuan pengangkutan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri/ Daerah sekiranya pihak IPT tidak mempunyai pengangkutan bagi tujuan program atau latihan Kor Sispa (bergantung kepada ketersediaan kenderaan).


04-7323810 [email protected] Bagi tujuan latihan, pihak IPT hendaklah memperuntukkan peralatan pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan. Perkara ini merangkumi peralatan bagi pertolongan cemas, menyelamat, pengurusan bencana, melawan kebakaran serta lain lain lagi. Semua peralatan pembelajaran yang ada hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh APM dan hendaklah sentiasa disimpan, dijaga, diselenggara dan digunakan dengan kaedah yang betul demi keselamatan pengguna dan kebolehfungsian. Pihak pengurusan Kor Sispa IPT boleh memohon bantuan peralatan latihan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri/ Daerah dan ILPA sekiranya peralatan IPT tidak mencukupi tertakluk kepada kelulusan Pegawai APM.


04-7323810 [email protected] Lengkapkan borang pendaftaran. 1 2 3 4 Yuran pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan/Guild. Yuran keahlian Kebangsaan Tahunan. Yuran keahlian IPT Tahunan PROSEDUR PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN


04-7323810 [email protected] PUNCA KUASA 1.1.2 Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (Akta 30) 1.1.3 Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) Pindaan 200 1.1.4 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) Pindaan 2017 1.1.5 Akta Syarikat 2016 (Akta 777) 1.1.1 Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 (Akta 221)


04-7323810 [email protected] PUNCA KUASA 1.1.6 Peraturan/Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuat Kuasa 1.1.7 Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan 1.1.8 Arahan Jabatan/ Pekeliling terkini 1.1.9 Minit Mesyuarat Pengurusan dan Latihan Siswa-Siswi Pertahanan Awam Bil 1/2010 pada 31 Mac di Universiti Sains Islam Malaysia


04-7323810 [email protected] IPT merangkumi Universiti Awam/ Institusi Pendidikan Swasta/ Institusi Pendidikan Guru (IPG) pada ketika ini giat bekerjasama dengaan pasukan beruniform negara menubuhkan pasukan berunifrom di institusi masing masing seperti kerjasama antara Universiti Awam dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan Pasukan Latigan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan dengan Pasukan DiRaja Malaysia menubuhkan Kor Sukarelawan Siswa-siswi Polis (Kor Suksis) serta lain-lain pasukan beruniform. Selaras dengan hasrta bagi membangunkan kemahiran insaniah melalui salah satu daripada lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan oleh KPM iaitu Teras Kesukarelawanan, pelajar perlu diterapkan nilai-nilai positif dengan menyertai mana-mana badan berunfirom agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental serta kemahiran insaniah. Keseimbangan semua aspek ini menjadi tunjang kepada penubuhan Kor Sispa. Penubuhan ini juga dapat memberi manfaat kepada pelajar itu secara individu, jabatan, universiti dan masyarakat.


04-7323810 [email protected] MATLAMAT OOBBJJEEKKTTIIFF 1.4.1 Menyebar dan mendidik pelajar mengenai langkahlangkah keselamatan diri dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam. 1.4.2 Menjadi pemangkin kepada kesedaran keselamatan orang awam melalui ilmu pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan pada peringkat universiti. 1.4.3 Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai pegawai pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam melaksanakan tugas. 1.4.4 Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan cinta akan negara. Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai muda yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


04-7323810 [email protected] Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan. BUNGA PADI Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan TAPAK LOGO 3 4 Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan. SEGIRIGA SAMA DAN WARNA OREN Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi. SENTIASA SIAP SEDIA 1 2 KONSEP Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan.


Marilah kita semua Bergading bahu mengembleng tenaga Berbakti dalam Pertahanan Awam Untuk bangsa kita Padukan jiwa dan raga Sedia berkorban apa saja Memberi dengan ikhlas khidmat mulia Negara tercinta Malaysia bumi yang bertuah Kami sungguh bangga menjadi warga setia Penuh azam dan tekad bersama Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya Kita sentiasa bersedia Menjunjung wawasan semua Ke arah hidup aman dan sentosa Malaysia Jaya 04-7323810 [email protected] SENTIASA BERSEDIA


04-7323810 [email protected] VISI Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana MISI Memperkasa Kesiapsagaan Awam Untuk Keselamatan dan Kesejahteraan Negara MOTO "SEDIA PANTAS BERINTEGRITI" VISI, MISI DAN MOTO


Bahawa Kami / Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia / Sesungguhnya Berikrar / Akan Sentiasa / Melaksanakan Peranan / Dan Tanggungjawab Kami / Dengan Ikhlas / Cekap / Berkualiti Tinggi / Berintegriti / Tidak Mementingkan Diri Sendiri / Dan Bekerja / Dengan Semangat Berpasukan / Ke arah Mewujudkan / Masyarakat Yang Berpengetahuan / Dan Responsif / Terhadap Bencana / Yang Mengancam Nyawa / Dan Harta Benda. 04-7323810 [email protected] IKRAR


04-7323810 [email protected] Tadbir urus Kor Sispa distrukturkan kepada empat peringkat jawatankuasa seperti dalam perkara 1.0 hingga 4.0. Empat peringkat jawatankuasa in merangkumi Jawatankuasa Dasar pada peringkat kebangsaan, Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa, Jawatankuasa Keria Ajutan dan Jawatankuasa Peringkat IPT. Struktur tadbir urus Kor Sispa adalah ditunjukkan dalam Rajah 2.2 di bawah.


Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Pengerusi Bersama Ketua Pengarah JPT & Ketua Pesuruhjaya APM 04-7323810 [email protected] Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa Pengerusi Komandan/Timbalan Komandan IPT yang dilantik Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa Pengerusi Ajutan IPT yang dilantik Jawatankuasa Peringkat IPT Pengerusi Komandan di IPT Pusat/ Induk Kebangsaan Kebangsaan IPT Sekali atau lebih dalam setahun Empat kali atau lebih dalam setahun Empat kali atau lebih dalam setahun Dua kali atau lebih dalam setahun PERINGKAT STRUKTUR BERSIDANG


04-7323810 [email protected] i) Ketua pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii) Ketua Pesuruhjaya APM 1.1 PENGERSI BERSAMA 1 3 4 2 i) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT (il) Timbalan Ketua Pesuruhjaya APM i) Komandan-komandan Kor Sispa, IPT il) Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT i) Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA il) Bahagian Mahasiswa Holistik 1.3 AHLI-AHLI 1.2 TIMBALAN PENGERSI BERSAMA 1.4 URUS SETIA BERSAMA Jawatankuasa Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam hendaklah ditubuhkan pada peringkat kebangsaan dan IPT untuk menggubal dasar, menggerakkan latihan, kegiatan dan pentadbiran Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan IPT. TADBIR URUS 1.0 JAWATANKUASA DASAR KOR SISPA PERINGKAT KEBANGSAAN 1.0 JAWATANKUASA DASAR KOR SISPA PERINGKAT KEBANGSAAN


04-7323810 [email protected] A i) Menerima dan mengesahkan penubuhan Kor Sispa, Pegawai dan anggota Kor Sispa. ii) Merancang peruntukan belanjawan Kor Sispa. ill) Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, APM iv) Melantik Pegawai Penelia Kor Sispa atau pegawai yang bertanggungjawab di IPPA Malaysia. v) Meneliti cadangan lantikan Pegawai Kehormat/ Bersekutu Kor Sispa IPT dan mengesahkannya. vi) Mengeluarkan watikah pelantikan Pegawai Kehormat/ Bersekutu yang telah dipersetujui. IBU PEJABAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (IPPA) ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA


04-7323810 [email protected] A vi) Merancang dan melaksanakan programprogram kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan keriasama IPT. vii) Mengemas kini, mengesah dan menyebarkan dasar-dasar serta arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Kor Sispa. IBU PEJABAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (IPPA) ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA


04-7323810 [email protected] B i) Melantik seorang pegawai tetap APM sebagai Pegawai Penelaras Kor Sispa IPT sesebuah IPT untuk merancang latihan aktiviti kor Sispa peringkat negeri dengan bekerjasama Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri. ii) Menerima dan menyokong perubahan pasukan Kor Sispa. iii) Menentukan latihan dan aktiviti Kor Sispa berjalan dengan teratur. iv) Mengadakan hubungan rapat dengan IPT berkaitan kegiatan Kor Sispa. v) Menyedia dan member bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat PKS. vi) Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet dan aktiviti Kor Sispa. ANGKATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA


04-7323810 [email protected] A i) Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan Kor Sispa dengan kerjasama APM. ii) Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengersi Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. iii) Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa. iv) Bekerjasama dengan APM untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. v) Meluluskan bajet tahunan pengurusan dan pelaksanaan program Kor Sispa kepada IPT. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Click to View FlipBook Version