The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NAMA: AMIRAH BATRISYIA BINTI JESSIE
UNIT: PISMP PAI 3 AMBILAN JUN 2021/2026

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arisya myra, 2024-03-06 09:55:43

EBOOK KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

NAMA: AMIRAH BATRISYIA BINTI JESSIE
UNIT: PISMP PAI 3 AMBILAN JUN 2021/2026

Keywords: SOSIOBUDAYA

KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO.27, 91009, TAWAU, SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2021/2026 SEMESTER 2 TAHUN 2 NAMA PELAJAR : AMIRAH BATRISYIA BINTI JESSIE NO ANGKA GILIRAN : 2021052340164 NO KAD PENGENALAN : 031122-12-0142 KUMPULAN / UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 3 KOD KURSUS : EDUP 3143 NAMA KURSUS : SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN TUGASAN : TUGASAN 2 (PENGHASILAN PRODUK) NAMA PENSYARAH : DR ROSNAH @ KAMALAM BINTI ABDUL RAZAK TARIKH HANTAR : 7 MAC 2024 Pengesahan Maklum Balas Pentaksiran Berterusan Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami ....................................................... Tandatangan Pelajar Tarikh: ..............................


ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1 Konsep Sosiobudaya 1 2 Pengenalan Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah 2 3 Faktor yang mempengaruhi Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah 3 4 Implikasi Faktor Yang Mempengaruhi Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah Terhadap Pendidikan dan Komuniti Sekolah 8 5 Rumusan 12 6 Rujukan 13


1 1.0 KONSEP SOSIOBUDAYA Istilah sosiologi dikupaskan oleh Najeemah Mohd Yusof (2010) sebagai kajian terhadap pengaruh hubungan sosial kepada tingkahlaku manusia dan bagaimana masyarakat melalui perubahan sosial tersebut bagi mengadaptasikan diri dalam kehidupan mereka. Sosiologi menurut beliau lagi mengkaji dengan lebih mendalam berkenaan interaksi, stratifikasi sosial serta sosialisasi dalam masyarakat. Manakala, E.B. Tylor, seorang ahli Antropologi mendefinisikan kebudayaan sebagai rangkuman pengetahuan, kepercayaan, kesenian, nilai, hukum, adat serta norma yang diperoleh individu sebagai masyarakat (diambil daripada penulisan Dwi Puspa Meilani dan Niken Kesuma Wardani, 2017). Integrasi sosiologi dan budaya akhirnya membentuk istilah sosiobudaya yang ditakrifkan sebagai gaya hidup serta peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan serta kecenderungan masyarakat dalam pelbagai bidang hidup bagi membangunkan masyarakat tersebut (Rosfazila Abd Rahman, 2019).


2 2.0 PENGENALAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH Idrul Hisham Ismail et.al (2024) menjelaskan bahawa kepelbagaian sosiobudaya terdiri daripada bangsa, bahasa, adat resam, jantina, kaum struktur masyarakat dan kepercayaan. Kepelbagaian sosiobudaya tersebut terbentuk daripada kepelbagaian penduduk misalnya Malaysia yang terdiri daripada variasi kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan etnik yang berbeza pegangan amalan serta budaya mereka. Sekolah merupakan salah sebuah institusi formal yang memaparkan pelbagai aspek budaya yang ditonjolkan oleh warga sekolah sama ada melalui pihak pentadbir sekolah, guru, staf bukan guru, pihak ibu bapa serta murid (Yaakob Daud dan Yahya Don, 2012). Nur Auni Nusaibah Husin dan Amir Hasan Dawi (2019) mengatakan bahawa sekolah merupakan salah satu tempat pengintegrasian murid yang berbeza etnik dan budaya. Perkara ini bertitik tolak daripada interaksi serta budaya yang dibawa masuk ke dalam sekolah dan tersebar dalam kalangan warga sekolah sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.


3 3.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH 3.1 FAKTOR BANGSA Rajah 1.0 Sumber: Dress Special Day | Sir Ellis Kadoorie (S) Primary School (sekps.edu.hk) Penerapan sosiobudaya di sekolah dipengaruhi oleh beberapa faktor dan salah satu daripadanya termasuklah faktor bangsa. Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan tiga daripada kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Manakala, Sabah dan Sarawak pula dipecahkan kepada beberapa etnik seperti Kadazan Dusun, Bajau, Iban dan banyak lagi. Memandang kepada sudut positif faktor bangsa kepada pihak sekolah, perbezaan dari segi bangsa ini mampu diraikan melalui program-program yang memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai bangsa dan kaum untuk memperkenalkan budaya mereka. Hal ini demikian kerana, kepelbagaian seharusnya menjadi asbab yang membolehkan generasi dini memaksimumkan pengetahuan tentang diri dan komuniti mereka sendiri serta komuniti yang lain (Ong P.L dan Nur Atiqah Tang Abdullah, 2021). Buktinya, merujuk kepada rajah 1.0, sekolah Sir Ellis Kadoorie telah mengadakan program ‘Dress Special Day’ pada 5 Oktober 2018 bertujuan untuk mengumpul dana buat orang yang memerlukan. Melalui program tersebut, setiap murid diminta untuk datang ke sekolah dengan menggayakan busana tradisional masing-masing. Sekolah tersebut bukan sahaja mampu mengumpul dana dalam jumlah yang banyak tetapi murid-murid secara tidak langsung terdedah kepada pengenalan terhadap pelbagai budaya yang terdapat di dalam sekolah mereka melalui keunikan busana yang ditonjolkan. Menurut Muhammad Zakwan Abdul Rahim (2020), pelaksanaan aktiviti ini sejajar dengan aspirasi yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) yang berhasrat untuk melahirkan generasi yang bangga menjadi seorang rakyat Malaysia yang terdiri daripada variasi kaum, agama dan tahap sosioekonomi


4 3.2 FAKTOR BAHASA Rajah 2.0 Sumber: KESEDARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA: JENIS DIALEK DAN BAHASA MALAYSIA (5pismppmlbudaya.blogspot.com) Faktor yang mempengaruhi sosiobudaya di sekolah yang seterusnya termasuklah faktor bahasa. Bahasa merupakan salah satu medium ataupun alat komunikasi utama yang digunakan masyarakat untuk berhubung antara satu sama lain. Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada aneka bahasa serta loghat yang wujud rentetan daripada kepelbagaian kaum. Dalam konteks penggunaan bahasa di sekolah menurut Abdul Rasid Jamian et.al (2013), bahasa harian di rumah digunakan oleh murid di sekolah bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan warga sekolah yang lain. Namun, penggunaan bahasa bagi setiap murid sudah tentu berbeza mengikut bangsa dan kaum masing-masing. Misalnya, merujuk kepada rajah 2.0, murid yang berbangsa Cina dan India bertutur menggunakan pelbagai dialek seperti Kantonis, Hokkien, Tamil dan Malayam. Manakala, bagi murid yang berbangsa Melayu pula, majoriti daripada mereka berkomunikasi menggunakan dialek mengikut negeri masing-masing seperti dialek Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah. Pernyataan ini dibuktikan oleh kajian yang dijalankan Siti Noridayu Abd Nasir dan Hazlina Abdul Halim (2022) terhadap seorang remaja perempuan yang berasal dari Perlis. Responden menyebutkan visual buah mangga yang ditunjukkan kepadanya dalam dialek iaitu buah ‘pelam’ dan


5 menggunakan istilah saya sebagai ‘cheq’. Maka, jelas dibuktikan bahawa penggunaan bahasa dalam persekitaran memberi pengaruh besar terhadap interaksi murid di sekolah.


6 3.3 FAKTOR STRUKTUR SOSIAL Rajah 3.0 Sumber: KESEDARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA: STRUKTUR MASYARAKAT ATAU KELAS SOSIAL (5pismppmlbudaya.blogspot.com) Beralih kepada faktor seterusnya yang mempengaruhi sosiobudaya di sekolah iaitu struktur sosial. Rizqon Halal Syah Aji (2015) mendefinisikan istilah struktur ataupun stratifikasi sosial sebagai satu konsep sosiologi yang mengkaji bagaimana anggota masyarakat dibezakan mengikut status yang mereka miliki sama ada status tersebut diperoleh melalui usaha ataupun sebaliknya. Stratifikasi sosial dibahagikan kepada 3 bentuk iaitu ekonomi, politik dan status sosial. Dari segi ekonomi, masyarakat dinilai berdasarkan hak milik mereka seperti jumlah wang di dalam bank atau pemilikan saham (Idrul Hisham et.al, 2024). Stratifikasi politik pula dinilai melalui kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang seperti jawatan di dalam sesebuah jabatan mahupun parti. Bagi stratifikasi status sosial pula, golongan ini dikecualikan daripada kehormatan dari segi kekayaan dan kekuasaan. Mereka ditempatkan dalam kelas sosial teratas kerana kelebihan yang mereka miliki seperti golongan yang berjasa kepada masyarakat, berpendidikan tinggi dan golongan agama (Binti Maunah, 2015). Melalui rajah


7 3.0 juga dapat ditafsirkan bahawa setiap bangsa mempunyai kelas sosial mereka yang tersendiri dan dua daripada tiga kelas sosial tersebut bermula dengan kelas buruh dan peniaga serta berakhir dengan golongan intelek di kelas yang teratas. Manakala bagi struktur sosial moden masyarakat Melayu pula, bermula dengan kelas bawahan dan berakhir dengan kelas atasan. Hubungan di antara pendidikan serta struktur sosial mampu dilihat dengan jelas melalui penjelasan Taufik Mukmin (2018) iaitu peluang individu untuk mencapai kedudukan yang lebih baik dalam kalangan masyarakat dapat direalisasikan melalui pendidikan. Maka, semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, peluang untuk menempatkan diri di dalam kelas sosial yang teratas menjadi semakin tinggi.


8 4.0 IMPLIKASI FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH TERHADAP PENDIDIKAN DAN KOMUNITI SEKOLAH 4.1 IMPLIKASI FAKTOR BANGSA TERHADAP PENDIDIKAN DAN KOMUNITI SEKOLAH Rajah 4.0 Sumber: si tanggang anak derhaka - Search Images (bing.com) Implikasi kepelbagaian bangsa di sekolah terhadap pendidikan termasuklah, memberi peluang kepada guru untuk mempelbagaikan strategi PdP di samping mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya. Hal ini tercetus apabila, guru mengaplikasikan pedagogi responsif budaya menerusi pendekatan cerita rakyat yang diperoleh daripada pelbagai bangsa dalam proses PdP. Tamsilnya, berdasarkan rajah 4.0, guru boleh mengajar mengenai nilai moral kepada murid melalui perkongsian cerita rakyat yang biasa didengari oleh bangsa Melayu iaitu kisah Si Tanggang Anak Derhaka dengan menekankan aspek penggunaan bahasa Melayu baku serta memberi pendedahan mengenai kehidupan zaman dahulu masyarakat Melayu kepada murid-murid yang berbangsa Cina, India mahupun yang berasal dari etnik Sabah dan Sarawak. Buktinya, kajian Mohd Nazri Abdul Rahman et.al (2021) mencatat jawapan responden berkenaan keberkesanan teknik PdP ini dalam memperkenalkan kepelbagaian budaya kepada kanak-kanak rentetan daripada cerita rakyat yang lebih dekat dengan kehidupan kanak-kanak itu sendiri. Hasilnya, murid lebih tertarik untuk melibatkan diri dalam sesi PdP dan secara tidak langsung mereka akan terdedah dengan budaya bangsa yang lain. Tambahan lagi, kepelbagaian bangsa juga memberi impak kepada komuniti sekolah apabila sambutan perayaan pelbagai bangsa boleh dijalankan di sekolah serta melibatkan seluruh warga sekolah. Hal ini demikian kerana, perayaan


9 merupakan salah satu entiti dan elemen budaya yang signifikan dalam usaha mewujudkan perpaduan antara masyarakat (Johan Johnes, 2022). Contohnya, sekolah boleh mengadakan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Cina, Deepavali, Gawai dan Kaamatan mengikut waktu sambutan tersebut dirayakan bagi meraikan warga sekolah yang menyambut perayaan dan memberi peluang kepada warga sekolah yang lain untuk merasai perayaan tersebut. Usaha mengadakan sambutan perayaan ini juga menurut akhbar Utusan Borneo (2020) mampu memupuk persefahaman dan kerjasama dalam kalangan komuniti sekolah hasil daripada interaksi yang dibentuk sepanjang proses mengendalikan majlis sambutan perayaan.


10 4.2 IMPLIKASI FAKTOR BAHASA TERHADAP PENDIDIKAN DAN KOMUNITI SEKOLAH Rajah 5.0 Sumber: PERANAN DIALEK NURADLIN ISM.pdf (umk.edu.my) Implikasi faktor bahasa terhadap pendidikan termasuklah, timbulnya isu pertembungan dialek yang menyebabkan murid tidak dapat memahami proses PdP yang disampaikan oleh guru. Hal ini tercetus apabila, penyata Rahman Talib (1960) (seperti yang dinyatakan oleh Siti Nor Azhani Mohd Tohar dan Siti Nor Baya Mat Yacob, 2019) menetapkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kebangsaan. Nora’azian Nahar et.al (2018) pula menegaskan bahawa, murid bukan berbangsa Melayu sudah terbiasa untuk menyebut artikulasi dan bertutur dalam dalam bahasa ibunda mereka. Rentetan daripada perkara ini, murid dalam kategori bukan Melayu ataupun murid yang terbiasa bertutur dalam dialek berisiko untuk berhadapan dengan masalah keciciran akibat tidak mampu memahami arahan mahupun penjelasan yang guru berikan dengan baik. Tamsilnya, melalui kajian yang dijalankan oleh Nuradlin Syafini Nawi dan Zaleha Embong (2021) mengenai peranan dialek dalam proses PdP, salah satu dapatan kajian yang terdapat pada rajah 5.0 membuktikan bahawa murid lebih mengutamakan guru menggunakan dialek Kelantan semasa mengajar kerana terdapat beberapa istilah dalam Bahasa Melayu yang murid tidak fahami. Tambahan lagi, faktor bahasa ini juga berupaya memberi impak terhadap komuniti sekolah apabila perbezaan dialek yang digunakan membawa makna negatif terhadap sesuatu kaum. Hal ini tercetus apabila, wujudnya perkataan yang mempunyai bunyi yang sama (homonim) tetap membawa makna yang berbeza berupaya mewujudkan perselisihan faham antara penutur (Monaliza Sarbini-Zin et.al, 2019). Contohnya, murid berasal dari Kedah menggunakan perkataan lawa untuk mendefinisikan kecantikan seseorang dan diterjemahkan sebagai sombong oleh murid yang berasal dari Sarawak. Hasilnya, pertembungan bahasa ini menyebabkan individu yang memahami perkataan tersebut dengan makna yang negatif akan bermasam muka dan tercetusnya pergaduhan.


11 4.3 IMPLIKASI FAKTOR STRUKTUR SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN DAN KOMUNITI SEKOLAH Kewujudan struktur sosial berisiko menyebabkan prestasi akademik murid di sekolah merundum. Hal ini tercetus apabila, murid yang taraf ekonomi keluarganya rendah berhadapan dengan masalah dalam ketaksamaan mendapat peluang pendidikan. Contoh yang jelas dapat dilihat apabila murid ini berhadapan dengan masalah untuk membayar yuran sekolah, membeli kelengkapan belajar seperti buku rujukan dan sebagainya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui pernyataan Noraznida Husin (2021) iaitu, terdapat segelintir pelajar yang menolak untuk membeli buku rujukan yang diperlukan sepanjang proses PdP disebabkan kesempitan wang. Kajian juga menegaskan bahawa sejumlah 65.1 peratus murid yang berada pada taraf ekonomi yang rendah ini bekerja sambilan dalam bidang perkhidmatan dan sebanyak 25.4 peratus bekerja sebagai pelayan selepas pulang dari sekolah ataupun semasa cuti hujung minggu dan cuti awam bagi membantu menyara kehidupan keluarga (Noraziah Ali et.al, 2008). Akibatnya, IDEAS (2017) (seperti yang dinyatakan Norfarahzatul Asikin Zakari et.al, 2022) menyebutkan hampir 60 peratus pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menghadapi keciciran dalam pembelajaran yang akhirnya memberi kesan kepada prestasi akademik mereka. Seterusnya, impak struktur sosial terhadap komuniti pula adalah sikap negatif guru yang pilih kasih terhadap murid yang datang daripada taraf sosial yang berbeza. Hal ini tercetus apabila, segelintir guru bertindak pilih kasih dengan melayan baik murid yang datang dari kelas sosial tinggi, penampilan fizikal yang kemas serta murid yang berprestasi tinggi dalam pembelajaran (Ramli, 2016). Buktinya, dalam akhbar Utusan (2023) yang dikeluarkan oleh menyatakan mengenai rungutan ibu bapa berkenaan pemilihan jawatan dalam kelas, penglibatan aktiviti akademik mahupun kokurikulum mengutamakan anak guru. Hasilnya, timbul konflik antara ibu bapa, guru serta murid yang menyebabkan murid tidak lagi bermotivasi untuk melibatkan diri secara aktif di dalam sebarang aktiviti ataupun program yang dijalankan di sekolah.


12 5.0 RUMUSAN Kesimpulannya, sekolah merupakan pusat utama yang membuka ruang kepada murid untuk berinteraksi serta mendalami konsep pelbagai budaya dengan baik. Pendedahan serta ilmu pengetahuan warga sekolah mengenai budaya masyarakat di Malaysia yang berada pada tahap maksimum berupaya untuk mewujudkan keharmonian dalam kalangan komuniti sekolah. Menurut Yong H.H et.al (2018), dalam konteks sekolah, guru merupakan insan yang berautoriti untuk memainkan peranan sebagai agen sosialisasi yang menyatupadukan pelajar pelbagai kaum terutamanya di sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, guru berupaya untuk berkongsi pelbagai ilmu mengenai budaya melalui proses PdP yang dijalankan dalam pelbagai teknik. Selain itu, guru juga bertindak sebagai suri teladan yang menanam nilai moral seperti hormat-menghormati dan toleransi dalam diri murid sama ada melalui tingkahlaku positif guru ataupun melalui aplikasi dalam bidang yang diajarkan. Hasil daripada penerapan ilmu dan nilai-nilai tersebut di sekolah, Malaysia mampu melahirkan sebuah generasi muda yang memiliki kesedaran akan kepentingan sosiobudaya untuk membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Sesuai dengan pernyataan yang disokong oleh Abd Aziz A’zmi (2017) iaitu perpaduan hanya mampu direalisasikan sekiranya rakyat menyemai perasaan toleransi dan menghindari sikap menilai budaya lain berdasarkan kebudayaan sendiri ataupun etnosentrisme dalam diri masing-masing.


13 RUJUKAN Abd Aziz A’zmni, Farrah Wahida Mustafar, Aimi Khairunnisa Abdul Karim & Nurliana Suhaini (2017). Realiti Kepelbagaian Kaum ke Arah Perpaduan Nasional Pasca Merdeka. Jurnal Sains Sosial (2), 1-24. (PDF) Realiti Kepelbagaian Kaum Ke Arah Perpaduan Nasional Pasca Merdeka (researchgate.net) Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Sufiza Ishak (2013). Interaksi Lisan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 3 (1), 42-51. 42-51_Rasid_et_al.UPM.pdf (ukm.my) Binti Maunah (2015). Stratifikasi Sosial dan Perjuangan Kelas dalam Perspektif Sosiologi Pendidikan. Ta allum Jurnal Pendidikan Islam 3 (1). http://dx.doi.org/10.21274/taalum.2015.3.01.19-38 Dwi Puspa Meilani & Niken Kesuma Wardani (2017), Sistem Kebudayaan dan Unsur-unsur Pembentukannya. Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta. (PDF) SISTEM KEBUDAYAAN DAN UNSUR-UNSUR PEMBENTUKANNYA | Niken Wardani - Academia.edu Idrul Hisham Ismail, Rosly Kayar & Mohd Hanapiah bin Khamis (2024). Sosiologi dalam Pendidikan. Local Publications (M) Sdn. Bhd. Johan Johnes, Rosazman Hussin & Trixie Marjorie Tangit (2022). Keharmonian Masyarakat Melalui Perayaan Rakyat. Journal of Social Sciences and Humanities 19 (6). Mohd Nazri Abdul Rahman, Aishah Abdul Malek & Muhammad Asyraf Mansor (2021). Pedagogi Responsif Budaya Menerusi Cerita Rakyat Untuk Kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak. Sains Insani. Pedagogi Responsif Budaya Menerusi Cerita Rakyat Untuk Kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak.pdf (usim.edu.my) Monaliza Sarbini-Zin, Najwa Abdull Manan & Haikal Hammaad Zin (2019). Unsur Kesalingfahaman dan Ketidaksaling Fahaman Antara Dialek Kedah dan Dialek Melayu Sarawak. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik 1 (1), (PDF) Unsur Kesalingfahaman dan Ketidaksalingfahaman antara Dialek Kedah dan Dialek Melayu Sarawak (researchgate.net) Muhammad Zakwan Abdul Rahim, Nurfaradilla Mohamad Nasri & Mohamad Asyraf Abd Talib (2020). Pedagogi Responsif Budaya: Kesedaran, Pengetahuan dan Kesediaan Guru. Jurnal Pendidikan Malaysia 45 (1), 25-34. http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020- 45.01SI-04 Najeemah Mohd Yusof (2010). Perspektif Sosiologi dalam Fungsi Sosial Pendidikan di Malaysia. DP 10 (1). (PDF) Perspektif Sosiologi dalam Fungsi Sosial Pendidikan di Malaysia | mar boy - Academia.edu Nora’azian Nahar & Fadzilah Abd Rahman (2018). Tahap Penguasaan Kemahiran Bertutur Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Natif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 8 (1), 74-83. 169-327-1-SM.pdf (ukm.my) Noraziah Ali, Ranimah Yusuf & Hasnah Ali (2008). Pola Bekerja Sambilan Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Melaka Tengah dan Implikasinya Terhadap prestasi Pembelajaran di Sekolah. Jurnal e-Bangi 3 (1). Noraznida Husin (2021). Status Kewangan dan Tekanan Dalam Kalangan Pelajar. Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah. (PDF) STATUS KEWANGAN DAN TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR (researchgate.net)


14 Norfarahzatul Asikin Zahari, Mohamad Zuber Abd Majid & Muhammad Hussin (2022). Keciciran Murid Sekolah di Malaysia: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 7 (2). https://www.researchgate.net/deref/https%3A%2F%2Fdoi.org%2F10.47405%2Fmjss h.v7i2.1288?_tp=eyJjb250ZXh0Ijp7ImZpcnN0UGFnZSI6InB1YmxpY2F0aW9uIiwicG FnZSI6InB1YmxpY2F0aW9uIn19 Nur Ayuni Nusaibah Husin & Amir Hasan Dawi (2019). Peranan Sekolah dalam Pembentukan Perpaduan Antara Kaum dalam Kalangan Pelajar. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI (12), 18-28. Nuradlin Syafini Nawi & Zaleha Embong (2021). Perana Dialek dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Menengah. International Journal of Social Policy and Society 17 (1), 76-86. PERANAN DIALEK NURADLIN ISM.pdf (umk.edu.my) Ong P.L. & Nur Atiqah Tang Abdullah (2021). Pendidikan sebagai Tapak Integrasi Penggunaan Bahasa Ibunda dan Sekolah Vernakular. Institut Kajian Etnik (KITA), UKM. Microsoft Word - 4.Manuskrip ICIP.Prof Ong & Dr Atiqah.docx.doc (ukm.my) Ramli (2016). Persepsi Peserta Didik Terhadap Guru Yang Diskriminatif dalam Proses Pembelajaran di SD Inpres Bola Romang Kabupaten Gowa. Fakultas Tarbiyah dan Keguruan UIN Alauddin Makassar. Persepsi Peserta Didik terhadap Guru yang Diskriminatif dalam Proses Pembelajaran di SD Inpres Bola Romang Kabupaten Gowa.pdf (uin-alauddin.ac.id) Rizqon Halal Syah Aji (2015). Stratifikasi Sosial dan Kesedaran Kelas. https://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/123456789/31358/1/Rizqon%20Halal %20Syah%20Aji.pdf Rosfazila Abd Rahman (2019). Kesepaduan Sosiobudaya dalam Kepelbagaian Masyarakat. Jauhar 3 (1), 44-50. 07-_Dr_Rosfazila_Abd_Rahman-_KUIS.pdf Siti Nor Azhani Mohd Tohar & Siti Nor Baya Mat Yacob (2019). Pendidikan dan Pemartabatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia. Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia. Sistem Pendidikan dan Pemartabatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia.pdf (usim.edu.my) Siti Noridayu Abd Nasir & Hazlina Abdul Halim (2022). Pengaruh Dialek dalam Pemerolehan Bahasa Melayu Baku Remaja Berkeperluan Khas. Jurnal Melayu, 173-188. Taufik Mukmin (2018). Hubungan Pendidikan dan Stratifikasi Sosial. DILEMA GERAKAN PEMURNIAN ISLAM (neliti.com) Utusan Borneo. (2020 Februari 08). Sambutan Perayaan di Sekolah Peluang Pelajar Mengenali Kepelbagaian Budaya. Sambutan perayaan di sekolah peluang pelajar mengenali kepelbagaian budaya | Utusan Borneo Online Utusan, (2023 April 03). Masih Wujudkah Diskriminasi dalam Pendidikan di Sekolah. Masih wujud diskriminasi dalam pendidikan di sekolah? - Utusan Malaysia Yaakob Daud & Yahya Don (2012). Budaya Sekolah, Kepemimpinan Transformasional dan Pencapaian Akademik Pelajar. Malaysian Journal of Learning and Instruction (9), 111- 139. http://dx.doi.org/10.32890/mjli.9.2012.7639 Yong H.H, Ku Hasnita Ku Samsu, Zatul Himmah Adnan, Mohd Daud Awang & Adlina Ab Halim (2018). Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum di Sekolah. Akademika 88 (2), 95-108. https://doi.org/10.17576/akad-2018-8802-07


Click to View FlipBook Version