The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 BMMB3293 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Disediakan oleh : Muhammad Ihtisyam bin M Intan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Ihtisyam, 2026-03-18 13:36:19

TUGASAN 2 BMMB3293

TUGASAN 2 BMMB3293 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Disediakan oleh : Muhammad Ihtisyam bin M Intan

TUGASAN 2 BMMB3293PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKANBAHASA MELAYUDISEDIAKAN OLEH :MUHAMMAD IHTISYAM BIN M INTANDISEDIAKAN OLEH :MUHAMMAD IHTISYAM BIN M INTANBBAAHHAASSAA MMEELLAAYYUU 33


INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAKAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMANNama : MUHAMMAD IHTISYAM BIN M INTANNo. K/P : 040218-08-0637Angka Giliran : 2022182440058Unit : BAHASA MELAYU 3Kod/Nama Kursus : BMMB3293 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYUNama Pensyarah : PN ANISAH AZIAN BINTI HJ. YUSUBTarikh Hantar : 18 MAC 2026


PENGENALANTugasan ini adalah berkenaan dengan pentaksiran dalam Bahasa Melayu. Pentaksiran dalam pengajarandan pembelajaran Bahasa Melayu merupakan aspek penting untuk menilai tahap penguasaan kemahiranbahasa murid secara menyeluruh. Pelaksanaan pentaksiran yang terancang dan sistematikmembolehkan guru mengenal pasti tahap pencapaian murid serta merancang langkah penambahbaikandalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020).Kemahiran membaca dapat dinilai melalui pelbagai aktiviti dan antaranya ialah aktiviti bacaan nyaringyang dapat membantu guru menilai aspek sebutan, kelancaran dan intonasi. Aktiviti ini turut menyokongpeningkatan kefasihan membaca serta membina keyakinan murid ketika menyampaikan teks secara lisan(Zulkifli Osman & Mohd Azhar Abdul Hamid, 2021). Seterusnya ialah kemahiran menulis di manakemahiran ini boleh ditaksir melalui aktiviti imlak yang menilai keupayaan murid mendengar dengan telitiserta menulis semula ayat dengan penggunaan ejaan dan tanda baca yang tepat (Noraini Mohamed Noh,2022).Modul ini berfokus kepada kemahiran membaca dan menulis bagi subjek Bahasa Melayu tahun 3.Modul ini dibangunkan bagi menyediakan instrumen pentaksiran yang tersusun dan jelas untuk menilaipenguasaan kemahiran membaca dan menulis murid. Instrumen yang dibina juga selaras denganstandard pembelajaran yang digariskan dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah.


STANDRAD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARANKEMAHIRAN MEMBACA2.1 Asas membaca dan memahami2.1.1 Membaca dengan sebutan yangbetul dan intonasi yang sesuai;(iii) petikanKEMAHIRAN MENULIS3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayatyang bermakna.3.2.4 Menulis sesuatu yangdiimlakkan;(i) ayat


OBJEKTIFKEMAHIRAN MEMBACAPenilaian terhadap kemahiran membaca nyaring dilaksanakan bagi menilai tahap penguasaan literasiasas murid sekolah rendah. Penilaian ini juga menjadi panduan kepada guru untuk merancang pengajaranyang lebih terarah dan berkesan. Bacaan nyaring merujuk kepada aktiviti membaca teks secara lantangsehingga dapat didengar oleh guru dan rakan sekelas. Aktiviti ini membantu meningkatkan kefasihanmembaca serta keyakinan murid, sekali gus membantu murid berketerampilan dalam berbahasa.2.1 Asas membaca dan memahami2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai;(iii) petikanObjektif :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat membaca petikan teks dengan sebutanyang betul dan intonasi yang sesuai.


Langkah-langkah Pelaksanaan1.Guru membacakan petikan terlebih dahulu sebagai contoh kepada murid.2.Guru memperkenalkan tajuk serta menerangkan maksud perkataan sukar.3.Murid membaca petikan secara bergilir-gilir mengikut ayat, dialog atau perenggandengan bimbingan guru.1.Guru memberi dorongan, membetulkan sebutan dan intonasi, serta memastikan penglibatan aktifsemua murid.2.Kesalahan murid dibetulkan serta-merta bagi meningkatkan ketepatan bacaan.3.Murid membaca semula petikan secara nyaring dengan sebutan dan intonasi yang betul.4.Guru boleh menilai tahap penguasaan murid menggunakan senarai semak berdasarkan rubrik yangdisediakan.Pengurusan Isu Semasa PdP (Ringkas)Sekiranya terdapat murid kurang yakin dan menunjukkan kegugupan semasa bacaan nyaring, guru memberisokongan positif dan bimbingan berhemah serta melaksanakan latihan secara berperingkat seperti bacaanberkumpulan atau berpasangan bagi meningkatkan keyakinan dan kelancaran membaca.


INSTRUMENPETIKANTEKS


JUSTIFIKASIPEMILIHAN INSTRUMENPetikan bertema “Hari Minggu bersamakeluarga” sesuai dengan tahap muridTahun 4 dan selaras dengan DSKP BahasaMelayu. Teks yang ringkas, jelas danmengandungi dialog membolehkan gurumenilai sebutan, kelancaran, intonasi,tanda baca dan keyakinan murid. Bacaannyaring ialah aktiviti membaca secaralantang untuk menilai aspek mekanismembaca, di samping membolehkanbimbingan dilakukan secara langsung.Tema kekeluargaan dekat dengankehidupan murid dan dapatmeningkatkan minat sertapenghayatan. Tema ini selaras denganbuku teks Bahasa Melayu Tahun 3 danmenepati Standard Pembelajaran 2.1.1.Penggunaan dialog membantu muridmengaplikasikan intonasi yang sesuaiserta memahami emosi watak, disamping memupuk nilai murni.1.PEMILIHAN PETIKANBACAAN NYARING2.KESESUAIAN TEMA DANKANDUNGAN TEKS


JUSTIFIKASIPEMILIHAN INSTRUMENInstrumen ini juga mempunyai kelebihandalam membantu guru mengenal pastimasalah fonologi seperti kesalahansebutan dan kelemahan dalampenguasaan bunyi bahasa.Pelaksanaannya amat sesuai digunakanpada peringkat tahap rendah keranadapat memberikan gambaran awaltentang tahap penguasaan literasimurid serta membolehkan intervensiawal dilaksanakan secara berfokus.Penggunaan petikan ini menyokongpendekatan pembelajaran berpusatkan murid.Bahan bacaan yang mengandungi unsurnaratif dan visual mampu meningkatkanpenglibatan murid secara aktif, khususnyadalam aktiviti berkumpulan seperti bacaandan perbincangan. Elemen visual sepertigambar dalam teks cerita turut mendoronginteraksi dan kerjasama dalam kalanganmurid, sekali gus mewujudkan suasanapembelajaran yang lebih aktif dan bermakna.3. KELEBIHAN INSTRUMENBACAAN NYARING4. SOKONGAN TERHADAPPEMBELAJARANBERPUSATKAN MURID


SENARAISEMAK


RUBRIKAspek/Kriteria Skor 4 (Cemerlang) Skor 3 (Baik) Skor 2 (Memuaskan) Skor 1 (Perlu bimbingan)Ketepatan SebutanSemua perkataan disebutdengan tepat dan jelasSebahagianperkataan salahsebutBeberapa perkataansalah sebut, kadangkadang mengganggupemahamanBanyak perkataan salahsebut, sukar difahamiKelancaranBacaan lancar, tidakterhenti panjangBacaan agak lancartetapi sedikittersangkutBacaan tersangkut atauperlahanBacaan sangat perlahan,tersekat-sekatIntonasi & JedaNada suara naik turunmengikut emosi dan jenisayat, berhenti tepat ditanda bacaKebanyakannyabetul tetapiterdapat sedikitkesilapanKadang-kadang salahintonasi atau hentianNada suara rata, tiadaintonasi, hentian tidak ikuttanda bacaTanda BacaMengikut semua tandabaca dengan tepatSedikit kesilapan,masih difahamiBanyak tanda bacadiabaikanTidak ikut tanda bacalangsungKeyakinan DiriMembaca yakin, suarajelas dan ekspresifAgak yakin, suaraagak jelasKurang yakin, suaralemahMalu atau takut membaca,suara perlahan, kurangekspresi


Justifikasi Pemilihan Rubrik dan Senarai SemakKejelasan Kriteria danSusunan PenilaianRubrik menetapkan kriteria penilaian yangterperinci seperti ketepatan sebutan, kelancaranmembaca, intonasi dan jeda, penguasaan tandabaca serta keyakinan diri, sekali gus membantuproses penilaian berjalan dengan lebih tersusun.Susunan kriteria yang sistematik ini membolehkanguru menilai setiap aspek secara berasingan danmengekalkan konsistensi dalam pemarkahan.Ketelusan danKebolehpercayaan PenilaianSetiap tahap pencapaian seperti cemerlang, baik,memuaskan dan perlu bimbingan disertakandengan penerangan yang jelas dan khusus.Kejelasan ini membantu guru mengenal pastikekuatan dan kelemahan murid secara tepat,contohnya murid menunjukkan kelancaran bacaanyang baik tetapi kurang dari segi intonasi ataukeyakinan diri.Pengukuhan PembelajaranSecara BerterusanRubrik membolehkan guru menyampaikanmaklum balas yang lebih bermakna danberfokus, bukan sekadar memberikan skor.Murid dapat mengenal pasti aspek yangperlu diperbaiki serta meningkatkanpenguasaan kemahiran secara berperingkat.Kecekapan PelaksanaanPenilaian (Senarai Semak)Senarai semak membantu guru merekodpencapaian murid dengan pantas semasa aktivitibacaan nyaring berlangsung tanpa mengganggukelancaran PdP.Kaedah ini hanya memerlukan penandaan skorbagi setiap kriteria seperti K1 hingga K5, sekali gusmengurangkan masa yang diperlukan untukpenilaian.


KEMAHIRAN MENULISOBJEKTIF KEMAHIRAN MENULISPenilaian kemahiran menulis dijalankan untuk menilai penguasaan asas literasi murid sekolah rendah, khususnya dalam menghasilkanpenulisan yang bermakna dan tepat. Ia juga menjadi panduan kepada guru merancang pengajaran yang lebih berfokus. Aktiviti imlakayat membantu murid menguasai ejaan, tanda baca dan struktur ayat dengan betul, seterusnya meningkatkan kecekapan berbahasa.Menurut Yahya Othman (2020), kemahiran menulis perlu dibina secara berperingkat melalui latihan berfokus seperti imlak kerana iamembantu murid menghubungkan bunyi dan tulisan dengan lebih berkesan.3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayatyang bermakna.3.2.4 Menulis sesuatu yang diimlakkan;(i) ayatObjektif:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat menulis ayat yang diimlakkan dengan tepat dari aspek: ejaan, strukturayat, tanda baca, penggunaan huruf besar dan kecil dan kejelasan tulisan.


INSTRUMENPETIKANTEKS


Langkah-langkah Pelaksanaan1.Guru membacakan cerita “Encik RahmanPenternak Ayam” dengan kuat kepadamurid.2.Guru membincangkan isi cerita secararingkas tentang penjagaan ayam ternakan.3.Guru memilih 5-8 ayat pendek daripadacerita.4.Contoh ayat:• \"Aiman mengikut ayahnya melawat rebanayam di belakang rumah.\"• \"Encik Rahman ialah penternak ayamkampung.\"• \"Beliau menjaga kebersihan reban setiap hari.\"5.Guru membaca setiap ayat sebanyak dua kalidengan sebutan yang jelas dan perlahan.6.Guru boleh menekankan beberapa perkataanpenting semasa bacaan bagi membantukefahaman murid.7.Murid menulis ayat yang diimlakkan dalambuku latihan.8.Guru menyemak hasil tulisan murid.9.Guru memberi maklum balas secara individudari aspek ejaan, tanda baca dan penggunaanhuruf besar serta huruf kecil.10.Murid membetulkan kesalahan (jika ada) dibawah tulisan asal.


JUSTIFIKASIPEMILIHAN INSTRUMENInstrumen teks yang digunakan mempunyaipanjang yang sederhana dan sesuai dengantahap murid Tahun 3. Kandungan teks tidakterlalu panjang, sekali gus memudahkanmurid memahami maklumat yangdisampaikan. Perkara ini penting keranamurid pada peringkat ini masih menguasaikemahiran asas mendengar dan menulis. eksyang terlalu panjang boleh menyebabkanmurid hilang fokus, terutamanya dalamaktiviti imlak yang memerlukan tumpuanyang tinggi.Instrumen ini menggunakan ayat yang mudahdan mempunyai pola yang jelas. Kebanyakanayat berbentuk ayat tunggal dengan strukturasas seperti subjek dan predikat. Penggunaanayat yang konsisten ini membantu muridmemahami struktur bahasa dengan lebihmudah serta memudahkan proses penulisansemula. A. Aziz Deraman (1995) menyatakanbahawa ayat yang berpola dapat membantumurid menguasai tatabahasa dengan lebihberkesan kerana mereka dapat mengenal pastidan meniru struktur ayat secara berulang.1. Kesuaian Panjang Teksdengan Tahap Murid2.Penggunaan Struktur Ayatyang Mudah dan Berpola


JUSTIFIKASIPEMILIHAN INSTRUMENTeks yang dipilih adalah sesuaidengan StandardPembelajaran 3.2.4, iaitu menulis sesuatu yangdiimlakkan (ayat) seperti yang dinyatakan dalamDSKP Bahasa Melayu Tahun 3. Selain itu, kandunganteks juga selaras dengan Tema 7: Pertanian danPenternakan, yang dekat dengan pengalamanharian murid dan mudah difahami. Pemilihan temaini membantu murid menulis ayat dengan lebih tepatkerana mereka mempunyai pengetahuan sedia adatentang konteks tersebut. Di samping itu,penggunaan ayat yang berkaitan dengan situasisebenar dapat meningkatkan kefahaman sertamenyokong penguasaan kemahiran menulis secaraberkesan.Teks mengandungi perkataan lazim dansesuai untuk memperkukuh kosa kata.Perkataan seperti “reban”,“ayam kampung”,“dedak” dan “jagung” merupakan perkataanyang biasa digunakan dan mudah difahami olehmurid. Teks yang mengandungi perkataan lazimmembolehkan murid mengenal, menyalin danmengingati perkataan tersebut dengan lebihmudah. Penguasaan kosa kata merupakan asaspenting dalam pembinaan kemahiran bahasa,dan bahan pengajaran perlulah mengandungiperkataan yang dekat dengan pengalamanharian murid.3. Kesesuaian Tema danKandungan Teks4. Penggunaan Perkataan LazimMemperkukuh Kosa Kata Murid


RUBRIKAspek/Kriteria Skor 4 (Cemerlang) Skor 3 (Baik)Skor 2(Memuaskan)Skor 1 (Perlu bimbingan)KemahiranMengejaSemua perkataan diejadengan betulTerdapat sedikitkesalahan ejaanBeberapa kesalahanejaan yang ketaratetapi masih bolehdifahamiBanyak kesalahan ejaan,menjejaskan kefahamanTanda BacaMenggunakan semuatanda baca dengan tepatSedikit kesalahantanda baca, tetapiboleh difahamiBanyak tanda bacatidak digunakandengan betulTidak menggunakan tandabaca dengan betul ataulangsung tiadaHuruf Besar danHuruf KecilMenggunakan hurufbesar dan kecil dengantepatSedikit kesalahanpenggunaan hurufbesar dan kecilBeberapa kesalahanyang ketaraBanyak kesalahanpenggunaan huruf besardan kecilKepekaanterhadap BunyiBahasaMenulis semua perkataandengan tepat berdasarkanbunyi yang didengarSebahagian kecilperkataan tidaktepat berdasarkanbunyiBeberapa perkataantidak tepat,menjejaskan maksudayatBanyak perkataan tidaktepat berdasarkan bunyidan sukar difahamiStruktur AyatSemua ayat lengkap,tersusun dan bermaknaAyat agak lengkap,sedikit kesalahanstrukturAyat kurang tersusundan menjejaskanmaksudAyat tidak lengkap atautidak difahami


JustifikasiPemilihanRubrikdanSenaraiSemakKejelasan Kriteria danSusunan PenilaianRubrik menetapkan kriteria penilaian yang terperinciseperti ketepatan sebutan, kelancaran membaca,intonasi dan jeda, penguasaan tanda baca sertakeyakinan diri, sekali gus membantu proses penilaianberjalan dengan lebih tersusun.Susunan kriteria yang sistematik ini membolehkanguru menilai setiap aspek secara berasingan danmengekalkan konsistensi dalam pemarkahan.Ketelusan danKebolehpercayaan PenilaianSetiap tahap pencapaian seperti cemerlang, baik,memuaskan dan perlu bimbingan disertakandengan penerangan yang jelas dan khusus.Kejelasan ini membantu guru mengenal pastikekuatan dan kelemahan murid secara tepat,contohnya murid menunjukkan kelancaran bacaanyang baik tetapi kurang dari segi intonasi ataukeyakinan diri.Pengukuhan PembelajaranSecara BerterusanRubrik membolehkan guru menyampaikanmaklum balas yang lebih bermakna danberfokus, bukan sekadar memberikan skor.Murid dapat mengenal pasti aspek yang perludiperbaiki serta meningkatkan penguasaankemahiran secara berperingkat.Menyokong DiagnostikPembelajaran MuridRubrik membantu guru mengenal pasti kelemahanmurid secara lebih terperinci, contohnya lemahdalam aspek ejaan tetapi baik dalam pembinaanayat.Hal ini memudahkan guru merancang intervensiyang lebih terarah dan berfokus.Rubrik ini juga membolehkan guru mengenal pastitahap keupayaan murid dengan lebih tepat.


KESIMPULANSecara keseluruhannya, kita dapat lihat bahawa pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran BahasaMelayu memainkan peranan penting dalam menilai serta meningkatkan tahap penguasaan kemahiran bahasamurid secara menyeluruh. Pelaksanaan aktiviti bacaan nyaring dan penulisan imlak yang disokong olehpenggunaan rubrik penilaian yang sistematik membolehkan guru menilai pencapaian murid secara lebih tepat,objektif dan konsisten.Berdasarkan aktiviti membaca iaitu membacanyaring, murid dapat menguasai ketepatan sebutan,kelancaran, intonasi dan jeda, penguasaan tanda baca serta keyakinan diri, manakala aktiviti menulis imlakpula membantu murid mengukuhkan kepekaan terhadap bunyi bahasa, kemahiran mengeja, penggunaan tandabaca, huruf besar dan kecil serta struktur ayat.Pendekatan ini juga membantu guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid serta merancangintervensi yang bersesuaian. Selain itu, murid dapat menerima maklum balas yang jelas untuk memperbaikikemahiran membaca dan menulis mereka secara berterusan. Oleh itu, pentaksiran yang terancang danberfokus dapat menyokong pembelajaran yang lebih berkesan serta melahirkan murid yang berketerampilandalam penggunaan bahasa Melayu. Justeru, diharapkan pendekatan ini dapat dilaksanakan secara konsistenbagi meningkatkan kualiti pembelajaran serta pencapaian murid dalam Bahasa Melayu.


RUJUKANAziz Deraman, A. (1995). Pengantar bahasa Melayu moden. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Panduan pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (Edisi ke-2).Kementerian Pendidikan Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2025). Panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah.Kementerian Pendidikan Malaysia.Noraini Mohamed Noh. (2022). Pentaksiran dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. DewanBahasa dan Pustaka.Yahya Othman. (2020). Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.Zulkifli Thman, & Mohd Azhar, A. (2021). Penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid sekolahrendah. Jurnal Pendidikan Melayu, 11(2).


TERIMA KASIHSEKIAN


Click to View FlipBook Version