HALANGAN DAN ISU-ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA BMMB 1134
INTRODUCTION NAMA: MUHAMMAD IHTISYAM BIN M INTAN NO K/P : 040218080637 ANGKA GILIRAN : 2022182310058 KELAS : BAHASA MELAYU 3 KOD/NAMA KURSUS: BMMB1134 KETERAMPILAN BERBAHASA BIODATA
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim… Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat yang dianugerahkan dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali,saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta, Encik Azman Bin Aris kerana telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan dan memberi ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan dengan sebaiknya. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
ISU KANDUNGAN 1 PENGENALAN 2 HALANGAN DALAM KOMUNIKASI 3 ISU DALAM KETERAMPILAN 4 RUMUSAN 3.1 ISU BAHASA 3.2 ISU MEDIA SOSIAL
PENGENALAN Definisi Keterampilan: Kecekapan, kemampuan yang tinggi (Kamus Dewan Edisi Keempat) Definisi Keterampilan Berbahasa: dirujuk sebagai keterampilan bertutur, bermaksud kecekapan atau kemampuan yang tinggi semasa berbahasa atau berkomunikasi secara lisan Keterampilan berbahasa ini amat penting dalam interaksi dan komunikasi seharian.Keterampilan ketika berkomunikasi dengan orang lain Keterampilan ketika berbahasa menunjukkan identiti kita sebagai masyarakat Melayu. Menurut Dunn dan Goodnight (2011) dalam Haslina Halim (2018), komunikasi adalah suatu proses yang melibatkan pengirim, penerima dan pemahaman mesej merupakan salah satu aspek yang penting ketika berbicara.
Menurut Haslina Halim (2018), ramai beranggapan bahawa komunikasi merupakan sesuatu yang mudah dilakukan tetapi proses berkomunikasi amat sukar berkomunikasi. Hal ini disebabkan penguasaan kesantunan dan keterampilan dalam berbahasa tidak diaplikasikan dalam kehidupan kita. Kesedaran tentang pengetahuan dan kemahiran dalam berkomunikasi adalah set yang amat penting dan kompetensi dalam komunikasi amat berguna dalam hubungan interpersonal, sosial ataupun professional. PENGENALAN Oleh itu, keupayaan dalam berkomunikasi terutamanya pemilihan bahasa penting bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan yang diakibatkan oleh salah faham.
MAKLUM BALAS HALANGANHALANGAN DALAM KOMUNIKASI 1 3 2 4 5 6 PENYAMPAIAN SALURAN KEDUA GANGGUAN EMOSI GANGGUAN LUARAN GANGGUAN SARAF PENERIMA KOMUNIKASI SEHALA
Maklum balas merupakan bukti bahawa penerima menerima maklumat daripada penyampi. Hal ini kerana maklum balas merupakan tindak balas penerima terhadap pesanan yang telah dihantar. Halangan komunikasi dari segi maklum balas ini dapat dilihat sekiranya penerima tidak bertindak balas setelah penyampai memberikan maklumat. MAKLUM BALAS Misalnya, penyampai memberikan arahan atau mengajukan soalan kepada penerima, sekiranya penerima tidak memberi respons, bermaksud mesej tersebut tidak diterima oleh penerima. Ketiadaan maklum balas daripada penerima menyebabkan komunikasi tersebut terhalang dan keterampilan berbahasa juga terganggu.
Komunikasi sehala ini seperti syarahan atau taklimat. Komunikasi sehala ini banyak melibatkan penyampai atau pengirim berfungsi memberi huraian, penjelasan atau penerangan kepada pendengar. Komunikasi sehala mengakibatkan pengirim tidak menerima apa-apa reaksi atau respons daripada penerima dan akhirya menyebabkan komunikasi itu terhalang . Sebagai contoh, ceramah tentang bahaya dadah kepada murid-murid. Hal melibatkan komunikasi sehala dan penyampai hanya bertindak untuk menyampaikan maklumat tentang topik itu kepada murid-murid. Oleh itu, komunikasi tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya komunikasi sehala berlaku kerana tidak ada respons daripada muridmurid pendengar sepanjang komunikasi itu berlaku. KOMUNIKASI SEHALA
Penyampaian menerusi saluran kedua atau pengirim yang kedua adalah tidak sejelas pengirim yang pertama. Pengirim yang kedua juga berkemungkinan menambah mesej yang asal yang boleh menyebabkan salah faham kepada penerima. Justeru mesej yang ingin disampiakn terhalang dan komunikasi juga menjadi sukar. PENYAMPAIAN SALURAN KEDUA Contohnya, pengirim ingin menyampaikan maklumat mengenai tugasan korja kursus yang akan dihantar pada minggu hadapan tetapi apabila menerusi saluran kedua, penyampai itu mengatakan bahawa tugasan itu boleh dihantar pada minggu hadapan. Oleh itu, jelasiah bahawa komunikasi yang dijalankan menerusi saluran kedua menjadi penghalang kepada komunikasi yang berkesan
Gangguan emosi merupakan masalh berkenaan perasaan iseperti gembira dan sedih. Gangguan emosi ini menyebabkan komunikasi terhalang. Hal ini demikian kerana penerima menerima dan memahami mesej berdasarkan apa yang dilihat dan didengar mengikut perasaan, keperluan dan kehendaknya sahaja. Misalnya, pada waktu komunikasi tersebut, penerima berasa tertekan dengan maklumat yang diterima dan terus membuat kesimpulan tentang maklumat itu dengan perasaan yang marah. Sekiranya individu menerima mesej mengikut emosi, maka pengirim tidak lagi dapat memberkan respons selepas penerima mengajukan pendapatnya. Oleh itu, emosi yang dibawa ke dalam komunikasi antara individu menghalang untuk menghasilkan komunikasi yang berjalan dengan lancar dan berkesan. GANGGUAN EMOSI
Faktor luaran menjadi masalah kepada komunikasi yang seterusnya. Faktor luaran penerima yang menyukarkan untuk mendengar dan melakukan proses komunikasi dengan berkesan. GANGGUAN LUARAN Sebagai contoh, bunyi bising yang berlaku di luar kelas akibat daripada orang yang sedang memotong rumput. Bunyi yang terialu bising menyebabkan murid-murid tidak dapat mendengar danmenerima mesel daripada pengirim dengan baik. Selain itu, murid-murid juga berkemungkinan akan membuat andaian sendiri mengenal mesel yang telah disampaikan. Apabila penerima membual andaian sendiri mengenai mesej itu, kemungkinan salah faham akan bertaku disebabkan penerima mentafsir mesej itu dengan salah. Justeru, komunikasi yang berkesan tidak akan beriaku sekiranya terdapat gangguan daripada luaran.
Saraf merupakan suatu sistem yang kompleks yang berperanan untuk mengawal dan mengkoordinasikan segala aktiviti tubuh. Saraf ini berperanan untuk menghantar segala maklumat ke seluruh badan. Jika seseorang itu mempunyai masalah saraf iaitu masalah neuron dalam saraf otaknya maka individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk menerima maklumat. Hal ini menyebabkan individu tersebut tidak dapat memproses atau mentafsir maklumat di dalam otaknya. Sebarang mesej yang disampaikan tidak dapat diterima oleh individu tersebut dan menyebabkan komunikasi tidak berlangsung dengan berkesan. GANGGUAN SARAF PENERIMA
ISU DALAM KETERAMPILAN BAHASA Kesalahan Ejaan Kesalahan Tatabahhasa ISU BAHASA Bahasa Singkatan Bahasa Rojak Bahasa Kesat ISU MEDIA SOSIAL
KESALAHAN EJAAN Isu bahasa berkenaan dengaan kesalahan ejaan banyak berlaku pada papan tanda di kedai-kedai dan juga di tepi jalan. Hal ini disebabkan kerana kecuaian dalam mengaja perlataan atau mungkin kerana kebiassaan sebutan pada sebutan tersebut. Contohnya, pada papan tanda tersebut, peniaga mengeja 'kuetiau' dengan 'char koay/kuey teow' iaitu salah. PRPM telah menetapkan ejaan yang betul ialah kuetiau. Perkataan klinik juga dieja dengan 'kelinik'. Kita dapat lihat kesalahan ini berlaku disebabkan kekeliruan dan juga kebiasaan pertuturan iaitu klinik disebut seolah-olah kelinik.
KESALAHAN TATABAHASA Isu bahasa berkenaan kesalahan tatabahasa juga banyak berlaku. Misalnya seperti rajah di sebelah, terdapat kesalahan penggunaan dua kata perintah iaitu tolong dan juga jangan. Hanya salah satu kata perintah yang boleh digunakan yang menjadikan ayat tersebut merupakan ayat larang atau ayat permintaan. Terdapat juga kesalahan penggunaan hukum D-M yang boleh dilihat di kedai-kedai seperti pisang goreng atau goreng pisang dan juga seperti rajah di sebelah. Hal ini berlaku disebabkan kecelaruan di antara tatabahasa dan juga pertuturan seharian. Selain itu, ia juga berkemungkinan disebabkan kurang pengetahuan berkenaan tatabahasa dan juga disebabkan kesalahan tersebut tidak ditegur oleh mana-mana pihak
Bahasa Singkatan Isu media sosial yang sering digunakan di mana-mana platform media sosial pada hari ini ialah bahasa singkatan. Hal ini demikian kerana bahasa singkatan ini dianggap lebih mudah dan menjimatkan masa. Contohnya, perkataan 'aku, sudah, wayang, tidak' telah menjadi 'al, dh, wyg, x' . Namun, begitu ia boleh menyebakan salah faham. Contohnya singkatan'gtg' yang boleh membawa maksud 'gunting' , 'gantung' dan 'get to go' . Isu Media Sosial
Bahasa Rojak Bahasa rojak merupakan antara masalah besar dalam memartabatkan bahasa Melayu. Bahasa rojak di Malaysia merupakan amalan mencapurkan bahasa Melayu dan Inggeris. Contohnya perkataan 'management' sebenarnya perlu diganti dengan 'pengurusan'. Hal ini berlaku kerana sudah terdidik daripada kecil atau daripada kecil sudah terbiasa menggunakan bahasa Inggeris bercampur dengan bahasa Melayu. Selain itu, ia juga kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi.
Bahasa Kasar Bahasa kasar : Bentuk bahasa yang menggunakan kata-kata yang tidak senonoh, misalnya, kata makian, carutan, bidasan, hinaan, penghinaan dan sebagainya. Bahasa kasar ini selalu digunakan apaabila wujudnya rasa tidak puas hati atau terlalu mengikut perasaan. Kata-kata kesat daripada bahasa kasar ini boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan.
Semua pihak berlu berganding bahu bagi membendung masalah ini demi memartabatkan bahasa Melayu. Seorang guru yang bertanggungjawab perlu megajarkan kepada perlu lebih peka anak murid ejaan yang terhadap ejaan sebetulnya LANGKAH PENYELESAIAN .Piihak berkuasa boleh menurunkan papan tanda yang lama dan mengantikannya dengan papan tanda yang mempunyai ejaan yang baru. Golongan berpengaruh seperti pemimpin dan pelakon harus mengelakkan penggunaan bahasa rojak di semua platform media sosial yang menjadi ikutan netizen.
RUMUSAN Secara keseluruhan kita dapat lihat bahawasanya, terdapat pelbagai jenis halangan yang mampu menghalang komunikasi yang berkesan. Pemilihan kata dan penggunaan bahasa semasa bertutur haruslah dikawal supaya tidak menimbulkan salah faham dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Penggunaan perkataan kesat harus dielakkan daripada digunakan dalam komunikasi dengan orang lain sama secara lisan ataupun bukan lisan. Penggunaan tatabahasa yang betul sedikit sebanyak perlu digunakan dan penggunaan kata-kata yang sopan seharusnya diaplikasikan. Hal ini penting kerana penggunaan sesuatu bahasa tersebut melambangkan bangsa tersebut. Isu-isu terkini mengenai keterampilan berbahasa juga haruslah diambil perhatian oleh semua orang agar tidak berleluasa dan dapat melahirkan lebih ramai golongan petah berbicara dan hebat dalam keeterampilan berbahasa.
SEKIAN TERIMA KASIH