Pengajian malaysia
Nama ahli :
-Ahmad Syamil Bin Zulkiffli (J04SKE21F033)
-Mohamad Syazuan bin Abdul Kadir
(J04SKE21F037)
Soalan : Langkah-langkah yang telah di buat dan perlu
di buat lagi bagi mengekalkan perpaduan ini
Pengenalan perpaduan
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ianya perhubungan
sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam
bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakat.
Kepentingan mengekalkan perpaduan
Mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman sejahtera
Mewujudkan sebuah negara yang merdeka
Dapat membangunkan ekonomi negara
Dapat meningkatkan kadar pelancong asing ke negara
Keamanan negara dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan
telah meresap ke dalam jiwa setiap orang
Memupuk semangat patriotisme atau cinta akan negara
Mengekalkan kestabilan politik
Memperkenalk
an makanan
tradisional
Melaksanakan Memperkenalk
program an pakaian
tradisional
kenegaraan
seperti program
latihan khidmat
negara (plkn)
Melaksanakan Langkah- Memperkenalk
sekolah langkah an permainan
wawasan mengekalkan
perpaduan tradisional
Memansuhkan Memperkenalk
sekolah an adat dan
vernakular warisan budaya
kaum
Mengadakan
aktiviti
kemasyarakata
n seperti rumah
terbuka,
gotong-royong
dan
sebagainya
Makanan Tradisional
TOSAI NASI LEMAK TAU FU FAH
Malaysia terkenal dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Aspek
tersebut menjadi penyumbang kepada perkembangan pemakanan yang
mempengaruhi perpaduan kaum di Malaysia. Terdapat makanan yang
terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.
Oleh itu,terdapat pelbagai jenis makanan tradisional yang boleh dikongsi
kepada kaum lain supaya mereka dapat merasai makanan tradisional yang
terdiri daripada pelbagai kaum lain. Oleh itu, makanan memainkan peranan
yang penting dalam memupuk hubungan yang erat antara kaum utama di
Malaysia.
Pakaian tradisional melayu
Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-
tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju
kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang
labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang
yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain
tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan
dengan kain selendang atau tudung kepala.Pakaian tradisional bagi kaum
lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar
yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding
dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.
Pakaian Tradisional Cina
Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga sering
dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi,
butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di
kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera,
satin dan lain-lain jenis kain lembut.
Pakaian tradisional India
Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh
dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan
kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang
berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan
dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Sari
diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang
sememangnya indah.Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga
popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang
yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala
yang sesuai. Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di
majlis rasmi.
Pakaian tradisional
pemakaian pakaian tradisional antara masyarakat majmuk di Malaysia boleh
menyuntik semangat perpaduan dan muhibah. Pakaian tradisional ini
haruslah dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman. Oleh itu, kerajaan harus
mengisytiharkan satu hari khas untuk mewajibkan para pekerja bagi
mengenakan pakaian tradisional sama ada melayu, cina dan india. Selain itu,
pihak-pihak terlibat perlu menganjurkan festival pakaian tradisional. Pakaian
juga menjadi kayu ukur kemajuan bagi sesebuah negara. Negara yang maju
tidak akan melupakan warisan nenek moyang mereka semata-mata untuk
mengejar kemewahan dan kesohoran di mata dunia.
Rujukan Dr. Zahir Zainudin
Permainan tradisional
Congkak Mahjong Gili Danda
Gasing wau Weiqi Yo-yo cina Kabbadi Kho-Kho
permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa.
Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain
bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh
orang ramai untuk bermain layang-layang dan wau. Peminat itu tidak mengira bangsa dan
budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga
berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka. Tidak hairanlah akan tercetusnya
suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat
Adat dan warisan budaya
Sambutan pelbagai hari perayaan seperti hari raya aidil fitri, Tahun Baru cina, deepavali,
krismas, hari gawai dan kaamatan boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya dan
adat resam sesama masyarakat sambal memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian
demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi
perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi malaysia dalam mencapai
matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni. Misalnya, rumah terbuka bagi setiap
satu perayaan yang diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan
ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.
Mengadakan aktiviti
kemasyarakatan
Aktiviti gotong-royong merupakan sebahagian daripada aktiviti yang sering
dilakukan dalam setiap kejiranan . Tidak semestinya aktiviti ini hanya
sekadar mengutip sampah atau membersihkan kawasan perumahan .
Apabila terdapat aktiviti seperti kenduri perkahwinan dan perayaan ,
terdapat juga keadaan dimana masyarakat setempat saling bekerjasama
untuk menjayakannya . Aktiviti gotong-royong ini sudah sebati dan tidak
asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia . Ia telah menjadi
sebahagian daripada adat resam seluruh rakyat Malaysia . Aktiviti gotong-
royong juga telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi
kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Melayu setelah kewujudan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973 .
Memansuhkan sekolah vernakular
Dasar pengasingan kaum yang dilakukan oleh British di negara ini bertujuan
melemahkan penentangan orang tempatan terhadap penjajah. Orang Melayu
diasingkan di kampung-kampung, India di estet dan orang Cina di bandar-bandar.
Pengasingan ini bertujuan menghalang wujudnya persefahaman
atau menguatkan penentangan terhadap penjajah.
Pengasingan ini berjaya mencapai matlamatnya apabila semua kaum terpisah
dengan cara yang sangat sistematik. Tetapi selepas negara mencapai
kemerdekaan dan penjajah balik ke negara asalnya, dasar penjajah diteruskan
dalam bentuk baru dengan wujudnya sekolah berteraskan kaum iaitu sekolah
vernakular.
Ini antara faktor utama yang menyumbang pada polarisasi kaum dan tampak
dengan jelas dalam beberapa kejadian melibatkan pergeseran kaum ketika ini.
Sepatutnya para pemimpin yang mewakili kaum masing-masing bimbang dengan
perkembangan yang cukup mencemaskan ini.
Pemimpin semua kaum sejak awal merdeka lagi sebenarnya tahu bahawa
sekolah vernakular adalah barah pada perpaduan. Selagi barah ini tidak dibuang,
selama itulah juga semua perkara bersangkutan dengan perpaduan akan
terhalang. Tetapi mereka tidak mempunyai kesungguhan politik untuk
mewujudkan sistem satu sekolah.
Pada masa yang sama tanggapan serong seolah-olah sekolah kebangsaan
adalah ‘sekolah Melayu’ tidak pernah cuba diperbetulkan dengan bersungguh-
sungguh. Ini satu tanggapan yang salah sama sekali. Hakikatnya sekolah
kebangsaan bukan sekolah Melayu tetapi untuk semua – Melayu, Cina, India
dan etnik di Sabah dan Sarawak. Orang Melayu tidak ada sekolah.
Sekolah adalah institusi sosial yang paling awal selepas institusi keluarga
untuk membentuk peribadi seseorang warga. Di sekolah adalah tempatnya
untuk mereka menyerapi kepelbagaian dalam kebersatuan. Bagaimanapun hal
ini sama sekali tidak menghalang mereka mengamalkan bahasa dan budaya
asal dengan syarat bukan untuk dalam situasi rasmi.
Sekiranya sistem satu sekolah dapat dizahirkan dengan keberanian
mengetepikan kepentingan politik kaum, perpaduan dan persefahaman dalam
kalangan pelbagai kaum berlaku dalam keadaan semula jadi, tanpa paksaan.
Bagaimanapun untuk melakukan sesuatu untuk kepentingan negara menuntut
keberanian dan kesungguhan yang tinggi melampaui kepentingan politik
kaum. Perpaduan, keamanan dan persefahaman antara kaum tidak datang
tanpa pengorbanan daripada pihak tertentu.
Melaksanakan sekolah wawasan
Sekolah Wawasan merupakan sejenis sekolah integrasi yang menempatkan
beberapa buah sekolah yang berbeza aliran di dalam satu kawasan yang sama.
Sekolah Wawasan ini telah diluluskan dalam kabinet pada tahun 1997. Dalam
konsep ini, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) dan
juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) akan ditempatkan dalam satu
kompleks sekolah yang sama. Setiap murid daripada sekolah-sekolah tersebut
akan berkongsi kemudahan dan prasarana sekolah seperti padang, kantin dan
koperasi sekolah yang sama. Justeru, secara umumnya, konsep Sekolah Wawasan
ialah usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan
negara dengan menyatukan sekolah di dalam satu sistem pendidikan yang
seragam yang dahulunya terasing antara satu sama lain bagi mewujudkan sat
pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama.
Melaksanakan program latihan khidmat
negara
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu program
pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan untuk membina dan mengukuhkan
semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum
serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai
murni. Program ini bukanlah Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana
model daripada luar kerana dilaksanakan ala Malaysia berteraskan tiga modul
utama.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dilaksanakan bagi
mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:
• Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
• Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
• Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
• Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
• Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan
diri.
Contoh masyarakat yang berbilang kaum
kesimpulan
KESIMPULANNYA, KITA HENDAKLAH
MENGEKALKAN PERPADUAN DENGAN
CARA SALING BEKERJASAMA ANTARA
MASYARAKAT TANPA MENGIRA KAUM
SUPAYA NEGARA MALAYSIA DAPAT
MENWUJUDKAN SIKAP BEKERJASAMA
ANTARA KAUM LAIN DAN MASYARAKAT
YANG TERDIRI DARIPADA BERBILANG
KAUM.