The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faizwanbasri, 2021-12-15 02:15:19

E-MAJALAH SUKAN DAN PERPADUAN

E-MAJALAH (SUKAN DAN PERPADUAN)

PDSUEARKNPAANDUAN O LS2IUM0K2PA0INK

BPEERRJP IAWDAU A N CABARAN SEMASA
COVID-19
SUKAN MATLAMAT
RAKYAT

RISING TOGETHER

WAN MUHAMMAD FAIZ BIN WAN WAN BASRI 09DTP20F1043
MUHAMMAD SHAHRUL BIN ABDULLAH 09DTP20F1901
MUHAMMAD LATIF HIDAYAT BIN ANUAR 09DTP1033

ISI KANDUNGAN

No. PEKARA

1) PENGENALAN
2)

3)
4) OBJEKTIF
5)

6)
7) APA ITU SUKAN?
8)

9)
10) APA ITU PERPADUAN ?
11)



PERANAN IKON SUKAN DALAM
PERPADUAN



IMPAK SUKAN DALM PERPADUAN



USAHA - USAHA KERAJAAN UNTUK
MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN

DALAM KALANGAN MURID



FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN



CONTOH -CONTOH SUKAN



KESIMPULAN



RUJUKAN

PENGENALAN

Sukan merupakan suatu aktiviti yang amat memberi manfaat kepada kita
sama ada kepada negara atau rakyat. Menurut Utusan talian pada 22 Ogos
2016, sukan adalah antara saluran paling berkesan bagi menyatukan rakyat

pelbagai kaum di negara ini. Perpaduan atau “ solidarity” didefinisikan
sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identitidan nilai

bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah airSukan dapat
menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan

dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama
menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta. Sukan sebagai

alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Malaysia terdiri daripada
berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai
etnik menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami di
samping mengeratkan hubungan antara satu sama lain. selain itu, kegiatan
sukan juga beleh menyumbang kearah perpaduan serta dapat mengikis

segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan Negara
seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Pada peringkat

antarabangsa pula pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat
mewujudkan hubungan diplomatik antara sebuah Negara dengan Negara

yang lain. Keamanan Negara dapat dicapai jika setiap Negara
menitikberatkan fungsi sukan dalam membentuk perhubungan global

yang baik.

OPEBRJPEAKTDIUFASNUKAN UNTUK

•Berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideology
• Menyemarakkan semangat patriotic dalam kalangan rakyat
• Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu
• Membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat di peringkat, sukan adalah aktiviti
kokurikulum
• Penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia/MSSM
• Mengadakan temasya Sukan Malaysia/SUKMA setiap dua tahun sekali pada peringkat awal,
kemudian SUKMA mula diadakan setiap tahun untuk rapatkan hubungan antara negeri
• Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan.

APA ITU SUKAN?

Sukan adalah amalan latihan fizikal yang teratur dan kompetitif . Sukan
boleh menjadi rekreasi, profesional, atau sebagai cara untuk meningkatkan

kesihatan.Sukan yang merangkumi pelbagai bidang masyarakat kita
mempunyai kerumitan simbolik dalam dimensi sosial dan budaya, kerana

PERPAADPUAAITNU?sukan kini merupakan latihan, tontonan dan gaya hidup .
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat
atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang
berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara
jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah
proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan negara. Malaysia
merupakan salah satu negara berbilang kaum yang
dapat hidup dengan harmoni. Antara kaum utama
di Malaysia Melayu, Cina, India Kadazandusun
dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada
segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api
dan menyemarakkan lagi isu perkauman
dikalangan kaum di Malaysia.

PERANAMNEMIKUOPNUSKUPKEARNPDAADLUAAMN

Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama Negara, peranan
ikon sukan boleh juga dilihat dari perspektif lain. antaranya dari perspektif perpaduan
kaum. Lihat sahaja setiap kali adanya perlawanan penting yang melibatkan ikon sukan
Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi dengan peminat tempatan. mereka ini terdiri
dari masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama yang berkongsi minat yang sama.
Setiap kali perlawanan berlangsung kita dapat melihat mereka ini bersorak dan meraikan

apa jua keputusan perlawanan.
Dan ini bukan sahaja berlaku dikawasan stadium ataupun gelanggang, ada juga yang
bersorak dan berarak dijalanan dengan berkongsi solidoriti diantara mereka. tidak kurang
juga ada yang berkongsi pendapat tentang ikon sukan Negara dilaman sosial juga diantara
bebilang kaum, bangsa dan agama. Bukan itu sahaja ada juga yang memakai baju sukan
ikon Negara kegemaran mereka bersama-sama. Lihat sahaja contoh ketika perlawanan bola
sepak yang melibatkan pasukan harimau Malaya. Hampir separuh keseluruhan stadium
dipenuhi dengan peminat-peminat tempatan yang memakai jersi harimau Malaya. Tidak
ada rasa kekok langsung diantara mereka walaupun datang dari berbilang bangsa, kaum

dan agama.
Perpaduan dalm Negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi

alat politik tetapi menjadi alat penghubung keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat
perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk
sekolah dan kawasan penempatan. Maka, perpaduan bukan sekadar dalam masyarakat,
tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan
tidak dikrompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini
kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat “kekitaan”.

Dalam membangunkan pretasi sukan, Ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha
memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai

etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan
penampilan ‘kemajmukan’ bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih daripada itu,
menghargai dan mencipta ‘semangat satu Negara, satu matlamat’. Sukan mempunyai nilai
murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani
tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan
perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagiaan dari proses meraikan kepelbagaian
kelompok etnik yang ada di Negara ini. Sukan adalah penjana dalam mempertahankan
keharmonian. Kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Negara ini

dibawah prinsip satu Malaysia.

Sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Sebelum sesuatu
pertandingan, para atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan. Disitulah mereka tinggal,

makan, berehat dan berlatih bersama-sama. Pergaulan dan interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum
akan melahirkan persefahaman yang erat. Ketika pertandingan atau permainan berlangsung, mereka

akan bersatu hati, saling membantu untuk menjayakan misi Negara. Rakyat jelata sebagai
penyokong dan peminat sukan, juga membantu perpaduan Negara. Misalnya, para penyokong
pasukan Negara menunjukkan semangat kebangsaan mereka dengan menyokong semua pemain
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Terdapat 15 000 orang rakyat berbilang kaum mendaftarkan

diri sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel (SUKOM) 1998. Mereka berganding bahu
membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan SUKOM sepenuhnya.

Sukan juga dapat mengangkat martabat Negara ke mercu yang lebih tinggi. Pencapaian cemerlang
dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia terukir dalam sukan antarabangsa. Contoh yang
paling ketara ialah apabila Malaysia Berjaya merampas piala Thomas semula pada tahun 1992 setelah
25 tahun kehilangannya. Pasukan badminton piala Thomas telah menjadikan nama Malaysia disebut-
sebut di seluruh dunia. Dalam sukan Olimoik Beijing pula, datuk Lee Chong Wei mengharumkan

nama Negara dengan memenangi pingat perak dalam sukan badminton. Pencapaian ratu skuasy
Negara Datuk Nicol Ann David ebih membanggakan beliau telah menjadi juara dunia sebanyak 4
kali, iaitu pada tahun 2005,2006,2008 dan 2009 serta menduduki rangking pertama dunia sejak tahun

2006. Manakala Shalin Zulkifli pula ialah seorang pemain boling 10 pin professional berbangsa
Malaysia dan dan bekas pemain nombor satu Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai

kejohanan kebangsaan dan antarabangsa dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki
kedudukan satu pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.



Sukan sebagai alat perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Untuk
mengeratkan hubungan antara kaum yang pelbagai itu, sukan merupakan salah satu wadahnya.

Sukan juga dapat mengikis rasa buruk sangka dalam kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa,
sukan dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik. Keamanan dunia

dapat dicapai jika setiap Negara mengutamakan sukan. Sukan dapat mengukuhkan perpaduan umat
dan mengikis perasaan perkauman.

IPMEPRAPAKDSUUAKNANKATUEMRHADAP

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh
menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara
tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V
Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan
Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman
sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan
akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai
perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi
alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang
boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.
Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga
berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah
Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar
dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana
Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia
memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga merupakan
pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.
Di samping itu, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala
Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti
sukan negara. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak
menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat
perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan
kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan
nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana
Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di
peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang
terlibat.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi
kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai
benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting
dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat
memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat
pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan
penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan
mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.

Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi
fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam
memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan

kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan
keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip

1Malaysia.



Dasar Sukan Negara. Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan
budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam

aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan
sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan

tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan
kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat
dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan

budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara
menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.



Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan Untuk
Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan

negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan
sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang
berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang

tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Sukan memberi
peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu

padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar
terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.



Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan

berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa
senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas

dan kompleks.



Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara
pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat
kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.

MUEMSAUHPAU-KDUASSLAEAMHMAANKKAGERLAAATNJPAGEAARNNPAUMDNUUTRAUINDK

1. Penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menempatkan
muruid yang mempunyai potensi dalam bidang sukan.
2. Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan mulai tahun
2011
3. Setiap tahun , Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM) dianjurkan untuk mengembangkan bakat
murid dalam bidang sukan.
4. Pengenalan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan
(RIMUP)sejak tahun 1986.

DFAALEADMAHPEBREPRASDUUKAANN

Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah
positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan
kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah,
pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan

kompleks.



Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan
perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti
dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama

dan sokongan.



Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan
dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan
peningkatan kecemerlangan dan imej negara.



Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi
yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada

atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan
lain-lain pihak yang berkaitan.

CONTSOUHK-CAONNTOH

-OLAHRAGA
-BERENANG
-BOLA SEPAK
-BOLA JARING

-HOKI
-BADMINTON

-TENNIS
-MEMANAH
-BOLA TAMPAR
DAN BANYAK LAGI

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting
untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh
sukan dalam semua aspek kaum. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia
dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain
menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti

fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.



Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun

kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada
pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain
peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan

masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan
menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai

kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan
sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan

kerjasama antarabangsa.

RUJUKAN

1)Mohd Salleh Aman. (2004). Sukan Dalam
Masyarkat Malaysia. Johor Bharu: Penerbitan
Pelangi.
Arkib Sukan, 1992, Majlis Sukan Negara
Malaysia
Wikipedia sukan, ensiklopedia bebas
'Sukan Alat Perpaduan Di Malaysia', Kolum
Pena Dr. Siva, Utusan Malaysia, 7 Ogos
2012.


Click to View FlipBook Version