KATA ALU-ALUAN
Alhamdulillah, bersyukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas
rahmat dan limpah kurnia-Nya Modul Pendekatan Bertema Layak
Mendapat Sijil (LMS) Bahasa Melayu dan Sejarah Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) Tahun 2021 untuk edisi Bahasa Melayu ini dapat
disempurnakan dengan jayanya.
Ucapan terima kasih diungkapkan kepada Jawatankuasa Pembinaan Modul Bertema
LMS Bahasa Melayu dan Sejarah Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu
yang telah bertungkus-lumus berkolaboratif, berbincang, memberikan idea dan
pendapat bagi memastikan modul-modul ini berkualiti dan menepati Format Baharu
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Bahasa Melayu dan Sejarah SPM
yang akan digunakan buat pertama kalinya dalam peperiksaan SPM Tahun 2021 pada
bulan Mac 2022.
Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan jua dizahirkan kepada Jurulatih
Utama dan Panel Pembinaan Item Bahasa Melayu dan Sejarah yang telah
bekerjasama dan berganding bahu mencurahkan idea dan tenaga untuk memastikan
modul ini dapat disediakan, dimurnikan dan dicetak untuk kegunaan murid-murid
bagi menghadapi peperiksaan SPM Tahun 2021.
Modul Bertema LMS yang menggunakan bahan dan petikan daripada buku teks
Bahasa Melayu dan Sejarah SPM merupakan inovasi kompetitif yang menggabungkan
kedua-dua unsur tersebut sekali gus memberikan kefahaman jitu yang komprehensif
kepada calon-calon SPM tentang tema-tema Bahasa Melayu dan Sejarah yang telah
dipelajari mereka sejak tingkatan empat.
Penggabungan ilmu dua dalam satu ini dalam Modul Bertema LMS ini semestinya
dapat mematangkan calon-calon SPM 2021 untuk menjawab soalan Bahasa Melayu
dan Sejarah SPM 2021 dengan yakin seterusnya memperoleh markah yang cemerlang
bagi kedua-dua mata pelajaran LMS tersebut.
Akhirulkalam, diharapkan Modul Bertema LMS Bahasa Melayu dan Sejarah ini akan
menjadi wadah rujukan dan nilai tambah untuk calon-calon SPM 2021. Bersama-
samalah kita berdoa semoga calon-calon SPM 2021 akan memperoleh kejayaan
yang cemerlang dalam SPM 2021 dan yakinlah bahawa Allah SWT sentiasa
memberikan rezeki kepada sesiapa jua hamba-Nya yang rajin berusaha dan
berikhtiar tanpa jemu. Sesungguhnya, usaha itu tangga kejayaan kerana hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Sekian.
Drs. HAJI AHMAD YANI BIN MUHAMMAD
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu
Sektor Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu
SIDANG EDITOR
PENASIHAT
Tuan Hj Mohamed b Jusoh
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran
PPD Kota Bharu
PENYELARAS PENOLONG PENYELARAS
Pn Hjh Maimun Mat Saleh Pn Aniza Yusoff
Pegawai SISC+ (SM) Pegawai SISC+ (Bahasa)
PPD Kota Bharu PPD Kota Bharu
PEGAWAI PEMBIMBING
En Nik Nor Ahmarizam Pn Nor Hayati Hussin Pn Hjh Farhanah Lee Pn Nik Norliza Nik Ismail
Nik Ahmad Pegawai SISC+ Bahasa Pegawai SISC+ Bahasa Pegawai SISC+ Bahasa
Pegawai SISC+ Bahasa PPD Kota Bharu PPD Kota Bharu PPD Kota Bharu
PPD Kota Bharu
JURULATIH UTAMA / PENYUNTINGAN MODUL
Pn Ivi Marlinda bt Daud Pn Rahimah bt Abd Rahim
Maktab Sultan Ismail SMK Long Gafar,
Kota Bharu Kelantan
Kota Bharu Kelantan
PENGGUBAL SOALAN / PENYUNTINGAN MODUL
BIL NAMA GURU SEKOLAH
1 Pn Hasmani Hamzah
2 Pn Roslina Mat Nawi SMK Sultan Ismail
3 Pn Wan Sahani Wan Mahmood Kota Bharu Kelantan
4 Pn Zalina Mat Zin SMK Kubang Kerian
5 Pn Norhayati Hassan Kota Bharu Kelantan
6 Pn Aliza Saleh SMK Kubang Kerian 2
7 Pn Hasnon bt Ali Kota Bharu Kelantan
8 Pn Sarifah Inom SMK Kubang Kerian 3
9 Pn Azhani bt Mohd Suhaimi Kota Bharu Kelantan
10 Pn Zuraini bt A Rahman SMK Melor
Kota Bharu Kelantan
SMK Pintu Gang
Kota Bharu Kelantan
SMK Pengkalan Chepa 2
Kota Bharu Kelantan
SMK Raja Sakti
Kota Bharu Kelantan
SMK Ketereh
Kota Bharu Kelantan
SMK Badang
Kota Bharu Kelantan
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
KEMAHIRAN Tatabahasa
SK 5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang
sesuai dalam pelbagai bidang
SP 5.2.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dalam
pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut konteks
TAHAP
PENGUASAAN Menganalisis
SET 1
SOALAN 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata sendi nama dan dua
kata kerja. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai hubungan yang erat dengan pelbagai
kerajaan di rantau atau di luar Alam Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.
Hubungan ini terjalin dalam dua bentuk, iaitu hubungan diplomatik dan
perdagangan. Hubungan diplomatik dilaksanakan melalui penghantaran utusan.
Hubungan perdagangan pula dijalankan dengan beberapa buah kerajaan dan
wilayah yang mendatangkan keuntungan kepada Melaka.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Asas Pembinaan Dasar Luar Malaysia’
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP,2020
[ 8 Markah ]
SET 2
SOALAN 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata hubung. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas
Anglo-Malaysia Defence Agreement (AMDA), iaitu perjanjian antara Malaysia
dengan Britain ditamatkan pada tahun 1971.
Berikutan itu, Malaysia menandatangani perjanjian pertahanan baharu, iaitu
Five Power Defence Arrangements – FPDA atau Perjanjian Pertahanan Lima
Negara pada 15 April hingga 16 April 1971 yang melibatkan Malaysia, Singapura,
Britain, New Zealand, dan Australia.
Malaysia akan memperoleh bantuan teknikal dan latihan bersama bagi
memperkukuh pertahanan dan keselamatan negara melalui FPDA. Malaysia turut
bekerjasama dengan negara ASEAN dalam memperkuat pertahanan dan
keselamatan rantau Asia Tenggara.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Pemantapan Dasar Luar Malaysia’
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP,2020
[ 8 Markah ]
SET 3
SOALAN 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan kata kerja pasif. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Gerakan antiminyak kelapa sawit yang dilancarkan oleh negara maju
secara tidak langsung menggugat ekonomi negara yang sedang membangun. Isu ini
terpaksa dihadapi oleh negara pengeluar minyak sawit termasuk Malaysia dan
Indonesia.Minyak sawit menjadi pesaing utama kepada minyak kacang soya hingga
menyebabkan kempen antiminyak sawit dijalankan oleh pengeluar minyak kacang
soya,iaitu American Soybean Association (ASA).
Gerakan antiminyak sawit dilaksanakan oleh pengeluar minyak kacang
soya, iaitu ASA dan pihak NGO Pencipta alam di Eropah. Bagi ASA minyak sawit
menjejaskan penjualan minyak kacang soya. Bagi NGO Pencipta alam di Eropah
pula,penanaman kelapa sawit dikatakan menjadi punca pencemaran alam
sekitar,kemusnahan hutan dan habitat liar. Keadaan ini menyebabkan berlaku
bantahan dan sekatan terhadap minyak sawit.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia’
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP,2020
[ 8 Markah ]
SET 4
SOALAN 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti kata dasar pada perkataan yang
bergaris dan bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata dasar tersebut untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dengan menggunakan beberapa
pendekatan bertujuan melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui agihan
ekonomi yang seimbang. Beberapa langkah dilaksanakan berkaitan dengan usaha
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, antaranya termasuklah
meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkenalkan Rancangan Buku Hijau,
memperkasakan peranan agensi kerajaan, pembangunan tanah oleh FELDA,
pembangunan wilayah, pemilikan modal saham, pengenalan Industri Kecil dan
Sederhana ( IKS ) dan pendidikan untuk tenaga kerja mahir.
Dipetik dan diubah suai daripada
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru,
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Pertama 2020.
[ 8 Markah ]
SET 5
SOALAN 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata nama khas .
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.
Industri kecil dan sederhana ( IKS ) merujuk industri pembuatan barangan
menggunakan modal yang kecil dan tenaga kerja yang tidak ramai. Rakyat diberi
peluang mengusahakan industri desa serta IKS. Usaha ini bagi memperbaiki taraf
hidup rakyat serta menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Industri ini
meliputi kraf tangan , makanan, pakaian, dan inap desa. Pinjaman, insentif, dan
nasihat diberikan melalui Bank Bumiputra (1965), yang kini dikenali sebagai
Agrobank, Skim Pinjaman Khas Pertanian (1970), dan Amanah Ikhtiar Malaysia
(1987 ). Hasilnya, muncul ramai usahawan muda yang dapat menyumbang kepada
pembangunan masyarakat dan negara.
Dipetik dan diubah suai daripada Pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Buku Teks Sejarah KSSM Tingkatan 5
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Pertama 2020
[ 8 Markah ]
SET 6
SOALAN 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja aktif. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak
boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan melahirkan ramai tokoh dan penggiat budaya yang
tersohor. Tokoh ini memberikan sumbangan yang besar terhadap proses
membudayakan masyarakat dan kebudayaan bangsa. Sumbangan mereka juga
penting dalam menggalakkan penghasilan karya seni tempatan yang bermutu tinggi
dan memartabatkan khazanah asli negara.
( Dipetik daripada ,
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP 2020)
[ 6 Markah ]
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
SINTAKSIS
KEMAHIRAN ASPEK TATABAHASA
SK 5.3 Memahami dan menggunakan ayat yang sesuai dalam
pelbagai bidang
SP 5.3.4 Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul
TAHAP PEMIKIRAN mengikut konteks
Menganalisis
SET 1
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Berdasarkan petikan di bawah,, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang
lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek : _________________________________________
Predikat : _________________________________________
Malaysia merupakan antara negara yang memainkan peranan aktif dalam
PBB. Selain terlibat dalam Persidangan PBB, negara kita juga memberikan kerjasama
dan komitmen dalam usaha membantu PBB melaksanakan pelbagai agenda serta
misi badan dunia tersebut. Malaysia turut memberikan sumbangan penting dalam
PBB semasa menjalankan tugas misi pengaman. Terdapat juga warga Malaysia yang
mengetuai agensi di bawah PBB. Sebagai warga Malaysia, kita wajar menyokong
pelibatan negara dalam badan dunia ini. Kita seharusnya berbangga dengan
pencapaian cemerlang Malaysia dalam PBB yang mengharumkan nama negara.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5,DBP,2020, ms. 205
[ 6 markah ]
SET 2
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris
kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Dasar luar Malaysia terus diperkukuh selepas kemerdekaan. Wisma Putra
memainkan peranan penting dalam mencorakkan dan menggubal dasar luar yang
mampu memberikan faedah kepada negara serta mengekalkan kedaulatan negara.
Pelibatan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan pada peringkat serantau dan
antarabangsa menjadi platform kepada negara kita menyuarakan pandangan dalam
pelbagai aspek. Pandangan ini meliputi aspek ekonomi, sosial dan politik terutamanya
isu yang mempunyai kaitan serta kepentingan kepada Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP,2020, ms. 217
[ 6 markah ]
SET 3
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat penyata yang gramatis. Ayat
penyata yang dibina hendaklah menggunakan perkataan atau frasa yang berhuruf
condong.
Masyarakat di luar bandar dapat meningkatkan tahap ekonomi mereka apabila
mereka berfikiran terbuka. Mereka juga mesti menguasai ilmu dan teknologi. Di
samping itu, mereka perlu berpandangan jauh. Mereka juga perlu mencari pasaran
baharu. Seterusnya, masyarakat luar bandar juga perlu bekerjasama dengan
pihak kerajaan untuk memajukan ekonomi negara. Akhir sekali, mereka juga perlu
gigih dalam melakukan sesuatu pekerjaan.agar mendapat output yang maksimum.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
Dewan Bahasa dan Pustaka 2020
[ 6 markah ]
SET 4
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat penyata yang gramatis. Ayat
penyata yang dibina hendaklah menggunakan perkataan atau frasa yang berhuruf
[ 6 markah ]
Dasar Pembangunan Negara berperanan penting dalam memajukan ekonomi
negara. Kemajuan ekonomi penting kerana keharmonian sesebuah masyarakat
dapat diwujudkan. Di samping itu, kemajuan dalam bidang ekonomi dapat
meningkatkan pendapatan rakyat dan negara. Seterusnya, kemajuan ekonomi
sesebuah negara juga dapat menarik pelaburan asing ke Malaysia. Akhir sekali
ekonomi yang mampan mampu menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke
negara kita.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
Dewan Bahasa dan Pustaka 2020
[ 6 markah ]
SET 5
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Berdasarkan petikan di bawah,kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang
lengkap bagi tiga ayat tersebut.
Subjek :…………………………………………………………….
Predikat :……………………………………………………………
Penentangan Tok Janggut merupakan rentetan daripada cetusan
kebangkitan masyarakat Islam sedunia terhadap penjajah Barat yang
menakluki negara Islam. Kebangkitan Tok Janggut telah dipengaruhi
oleh penglibatan empayar Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama
di Eropah. Penentangan yang memperjuangkan agama ini kemudiannya
dikaitkan dengan isu cukai yang dikenakan serta sikap membenci British.
(Dipetik dan diubah suai daripada buku Teks Sejarah Tingkatan 4,
Bab 3.1 : Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia)
[ 6 markah ]
SET 6
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan
menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah
bersesuaian dengan frasa yang bergaris.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk bagi mewujudkan perpaduan negara dan
Integrasi nasional melalui aspek kesenian dan kebudayaan . Dasar ini penting sebagai
garis panduan masyarakat bagi membentuk dan mengekalkan identiti sebagai
warganegara Malaysia. Dasar ini telah digubal dan diperakui melalui Kongres
Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971. Kongres ini dirasmikan oleh Perdana
Menteri Malaysia Kedua,Tun Abdul Razak Hussein. Tun Abdul Razak Hussein
merasmikan kongres ini di Dewan Tuanku Canselor ,Universiti Malaya,Kuala Lumpur.
Kongres ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan,Belia dan Sukan.
( Dipetik dan diubah suai daripada buku Teks Sejarah Tingkatan 4,
Bab 7.4 : Dasar Kebudayaan Kebangsaan )
[ 6 markah ]
KEMAHIRAN Aspek tatabahasa
SK 5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang
sesuai dalam pelbagai bidang
SP 5.1.1 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata
tunggal dan kata majmuk mengikut konteks
TAHAP PENGUASAAN menganalisis
SET 7
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Baca petikan di bawah ini dengan teliti.Tukarkan ayat majmuk berikut
kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksudnya.
Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan BMA.
British berhasrat agar Malayan Union akan melicinkan sistem pentadbiran,
meningkatkan pelaburan ekonomi, mengukuhkan pertahanan dan mengekalkan
orang asing sebagai sumber tenaga kerja.
(Dipetik dan diubah suai daripada buku Teks
Sejarah Tingkatan 4, Bab 4 Gagasan Malaya Union)
[ 6 markah ]
SET 8
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang
dihitamkan kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan melibatkan semua
kementerian, agensi dan jabatan yang berkaitan dengannya. Dasar Kebudayaan
Kebangsaan melahirkan ramai tokoh dan penggiat budaya yang tersohor.
Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat membentuk bangsa yang
bersatu padu serta mengekalkan identiti negara. Sebagai rakyat Malaysia, kita
mestilah berbangga dengan keunikan budaya masyarakat. Hal ini disebabkan
budaya tersebut memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia sebagai sebuah
negara yang merdeka dan berdaulat.
(Dipetik dan diubah suai daripada ,
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP 2020)
[ 6 markah ]
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
PENYUNTINGAN
KEMAHIRAN MENULIS
SK 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks
SP 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam
TAHAP PENGUASAAN pelbagai teks
Menganalisis
SET 1
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN
Dalam Petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala Petikan 2 mempunyai
lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang telah meneruskan ciri-ciri
negara bangsa yang di asaskan oleh kerajaan Alam Melayu sebelumnya iaitu
kerajaan Funan dan Champa. Kesinambungan ini diberikan asas yang kukoh untuk
kerajaan Srivijaya berkembang dan muncul sebagai empayar yang terkenal. Ciri-ciri
negara bangsa membawa kesejahteraan kepada empayar Srivijaya dan Kesultanan
Melayu Melaka warisi. Kesultanan Melayu Melaka menyerapkan ciri-ciri lain dalam
memperkukuhkan negara bangsa kesultanan ini. Kesultanan Johor-Riau pula
meneruskan ciri-ciri ini dengan menekankan kepentingan Islam pada usaha
melaksanakan ciri-ciri negara bangsa.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu’
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP,2020.
[ 6 markah ]
Petikan 2
Kerajaan Melayu Melaka mempunyai sistem keewangan yang teratur. Sumber
pendapatan Kesultanan Melayu Melaka diperoleh dari urusan perdagangan, segala
jenis cukai dan ufti daripada wilayah taklukan serta naungan. Seorang Penghulu
Bendahari dilantik bagi menguruskan perbendaharaan secara terus. Sementara itu,
syahbandar pula dipertanggungjawabkan untuk mengutip cukai di pelabuhan, mana
kala pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan. Hasil perbendaharaan ini
akan disalurkan untuk kepentingan kerajaan seperti membeli senjata dan membina
istana.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu’
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP,2020.
[ 6 markah ]
SET 2
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN
Dalam Petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala Petikan 2 mempunyai
lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Kejayaan pasukan negara dalam pertandingan sukan antara bangsa seperti
Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan Pestabola Merdeka
berupa hasil kerjasama serta kesungguhan pelbagai pihak. Dalam pasukan seperti
bola sepak, hoki, badminton, renang, bowling dan olahraga, pemain dan jurulatih
berkerjasama tanpa mengira kaum. Kejayaan pasukan negara ini merupakan harapan
seluruh rakyat Malaysia. Jelaslah bahawa sukan memainkan peranan yang penting
dalam membentuk sebuah pasukan yang bersatu dan sering bekerjasama untuk
mencapai kejayaan. Malaysia turut melakar kejayaan dalam sukan Paralimpik seperti
Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia. Atlet negara menunjukkan prestasi cemerlang
dengan meraih kemenangan dalam pelbagai bentuk sukan seperti olahraga dan
memanah.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kejayaan Malaysia Kebanggaan Bersama’
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, KSSM, KPM.
[ 6 markah ]
Petikan 2
Sukan merupakan aktiviti ko kurikulum yang sangat menggalakkan dalam
kalangan murid sekolah. Dasar 1 Murid 1 Sukan dan Rancangan Integrasi Murid untuk
Perpaduan (RIMUP) menggalakkan murid berbagai kaum melibatkan diri dalam sukan
yang diingini. Dasar ini juga memberikan peluang kepada murid perbagai kaum untuk
menceburi bidang sukan serta dapat memupuk semangat kawan setia dan
berpasukan. Selain itu, dasar ini juga mampu melahirkan atlet yang berkaliber
sehingga ke peringkat antarabangsa.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Sukan dan Perpaduan Melalui Pendidikan’
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, KSSM, KPM.
[ 5 markah ]
SET 3
SOALAN 3: PENYUNTINGAN
Dalam Petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa manakala Petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda
tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Petikan 1
Sukan merupakan satu medium untuk memupuk persatuan kaum dan integrasi
nasional di Malaysia. Sukan dapat mengeratkan hubungan muhibah dan menerapkan
rasa saling hormat di kalangan peserta. Selain itu, sukan mampu mewujudkan
masyarakat yang sanggup memberikan sumbangan demi kebaikan sosial dan
kecemerlangan sukan negara. Sukan merupakan aktiviti ko-kurikulum yang sangat
digalakkan dalam kalangan murid sekolah. Dasar 1 murid 1 sukan dan Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) menggalakkan murid pelbagai kaum
melibatkan diri dalam sukan yang digemari. Dasar ini juga memberikan peluang
kepada murid pelbagai-bagai kaum untuk menceburi bidang sukan serta dapat
memupuk semangat setia kawan dan berpasukan.
(Dipetik dan diubah suai daripada ,
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP 2020)
[ 6 markah ]
Petikan 2
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dijelmakan melalui program seperti Citrawarna
Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum dan budaya. Program ini mula dibuat pada
Pteathikuann12999 yang merupakan promosi pelancongan. Antara program yang dijalankan
termasuklah memperagakan kebudayaan, pakaian, tarian dan nyarnyian rakyat
Malaysia. Program Citrawarna diadakan di Dataran Merdeka pada bulan Mei setiap
tahun dengan melibatkan rakyat pelbagai kaum dan budaya. Dasar Kebudayaan
Kebangsaan melahirkan ramai tokoh dan penggiat budaya yang tersohor. Tokoh ini
memberikan sumbangan yang besar terhadap proses membudayakan masyarakat
dan kebudaya bangsa. Sumbangan mereka juga penting dalam menggalakkan
penghasilan karya seni tempatan bagi bermutu tinggi dan memartabatkan khazanah
asli negara. [ 5 markah ]
SET 4 (Dipetik daripada
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN ,Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP 2020)
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 mempunyai
lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Pada pandangan saya manfaat dasar luar Malaysia adalah negara Malaysia tiada
musuh dan menjadikan kedaulatan negara kita berkekalan. Selain itu, negara
Malaysia juga tidak mendapat ancaman dari kuasa besar dan membolehkan dasar
ekonomi-dasar ekonomi dilaksanakan dengan teratur. Hal ini menjadikan keamanan
dan kemakmuran negara berkekalan. Seterusnya, rakyat berbagai kaum dapat hidup
bersatu padu dan harmonis. Rakyat yang bersatu padu dapat menarik pelabur asing
untuk melabur di negara kita. Lantas menjadikan ekonomi Malaysia semakin
berkembang maju, meningkat dan setaraf dengan negara luar. Akhir sekali , negara
kita akan dipandang tinggi dan dimuliakan oleh negara lain.
Dipetik dan diubah suai daripada,
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP 2020
[ 6 markah ]
Petikan 2
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang beDrkipeestaikn dpaenrlduiudbialahksuaaniadkarnipaodleah,
Malaysia bagi memajukan ekonomi negaBraukiualaThekkseSraejjaaaranhpTeirnlugkmateamn b5a, wDaBPm2a0s2u0k
pelabur asing di dalam negara. Selain itu, kerajaan perlu membina kawasan
perindustrian baru dengan membina kilang-kilang. Pembinaan kilang-kilang bak
cendawan tumbuh selepas hujan ini dapat mewujudkan banyak peluang-peluang
pekerjaan kepada rakyat. Seterusnya, kerajaan menaiktaraf jalan pengangkutan dan
perhubungan di antara kawasan perindustrian dengan pelabuhan. Akhir sekali
kerajaan juga pelabuhan juga menaiktaraf pelabuhan dengan membina lebih banyak
kemudahan seperti gudang untuk menambat hati pelabur.
Dipetik dan diubah suai daripada,
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP 2020
[ 6 markah ]
KEMAHIRAN Menulis
SK 3.5 Membaca untuk memproses maklumat daripada
pelbagai bentuk penulisan dan grafik
SP 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam
bentuk yang sesuai dan menarik
TAHAP
PENGUASAAN Menganalisis, Mencerakin
SET 1
BAHAGIAN C: RUMUSAN
[ 30 Markah ]
SOALAN 9 : RUMUSAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
bahan.
Bahan 1 : Petikan
Malaysia berada di barisan hadapan dalam membangkitkan isu kemanusiaan
dan keamanan. Malaysia sering menyuarakan pandangan dalam pertubuhan
antarabangsa dan serantau seperti PBB, Komanwel, OIC dan ASEAN. Pandangan
yang disuarakan ini berkaitan dengan aspek kemanusiaan dan keamanan terutama
dalam kalangan masyarakat yang tertindas.
Rakyat Malaysia turut aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan
bagi membantu golongan yang tidak bemasib baik. Isu kemanusiaan dan keamanan
ini disebabkan oleh berlakunya bencana alam seperti gempa bumi, banjir atau
kemarau yang berpanjangan. Malah, terdapat juga negara yang mengalami
pergolakan akibat peperangan. Justeru, tindakan Malaysia ini, secara langsung
menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
Isu Palestin sememangnya dekat dengan dasar luar dan domestik Malaysia.
Perjuangan menegakkan isu Palestin disuarakan oleh semua Perdana Menteri
Malaysia, sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Sejak tahun 1948, rejim
Zionis Israel melakukan kekejaman, pengusiran dan pembunuhan terhadap
penduduk Palestin. Tindakan ini menjadi asas penting kepada perjuangan Malaysia
bagi memastikan hak dan keadilan rakyat Palestin mendapat pembelaan.
Penglibatan rakyat dalam menangani isu kemanusiaan di Palestin dapat dilihat
secara jelas melalui Non-Governmental Organization NGO (Pertubuhan Bukan
Kerajaan). Kewujudan NGO ini membolehkan satu bentuk koordinasi membantu
warga Palestin dapat dilaksanakan. Antara NGO yang aktif dalam bidang
kesukarelawanan ini termasuklah Aman Palestin dan Cinta Gaza Malaysia (CGM).
Rakyat Malaysia turut menyatakan sokongan padu kepada rakyat Palestin. Mereka
melakukan _demonstrasi sebagai tanda sokongan kepada Palestin dan menubuhkan
Tabung Palestin untuk mengutip sumbangan kewangan kepada mangsa Zionis di
Palestin. Selain itu, rakyat Malaysia turut terlibat, menghantar bantuan makanan dan
perubatan ke Palestin menerusi program Freedom Flotilla, iaitu program
kemanusiaan yang digerakkan oleh Free Gaza Movement yang ahlinya datang dari
seluruh dunia.
Rakyat Malaysia sememangnya prihatin serta sanggup memberikan bantuan
kepada golongan yang menghadapi musibah.. Sikap perikemanusiaan yang tinggi
dan sanggup melakukan kerja sukarela ini telah menaikkan nama baik negara.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP,2020
Bahan 2 : Grafik
Punca isu kemanusiaan dan keamanan
Perbezaan agama dan bangsa perebutan wilayah
Perluasan kuasa penjajahan
Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP,2020
SET 2
BAHAGIAN C: RUMUSAN
[ 30 Markah ]
SOALAN 9 : RUMUSAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
bahan.
Bahan 1 : Petikan
Mengekalkan kelestarian global bermaksud usaha untuk mengekalkan serta
memelihara keaslian alam sekitar bagi membolehkannya diwarisi oleh generasi akan
datang. Malaysia turut memberikan komitmen yang tinggi dalam pemeliharaan alam
sekitar. Negara kita juga melibatkan diri dalam pelbagai program bersama-sama
pertubuhan antarabangsa. Pengisytiharan Deklarasi Langkawi merupakan bukti jelas
komitmen Malaysia dan negara Komanwel untuk memelihara alam sekitar. Deklarasi
Langkawi diadakan pada bulan Oktober 1989 bersempena dengan Mesyuarat Ketua-
Ketua Negara Komanwel. Deklarasi Langkawi dilaksanakan sebagai usaha
menangani isu alam sekitar terutama kesan rumah hijau, Masalah ini perlu ditangani
agar masyarakat dapat melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan.
Isu pencemaran alam sekitar merupakan salah satu isu yang mencetuskan
Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992 yang dianjurkan
oleh PBB. Komitmen Malaysia dalam memulihara alam sekitar terpapar melalui
pelibatan negara dalam Sidang Kemuncak Bumi ini yang mengeluarkan deklarasi
Agenda 21. Agenda 21 ini merupakan satu dokumen umum yang penting bagi
pengurusan aktiviti manusia dalam sesebuah negara supaya manusia mendapat
sumber air yang bersih dan mengelakkan suhu bumi meningkat.
Malaysia merupakan antara negara yang membangkitkan isu Antartika
menganggap bahawa penerokaan terhadap benua ais tersebut dilakukan secara tidak
adil. Penerokaan terhadap Antartika didominasi oleh hanya sebahagian kecil negara.
Pandangan Malaysia ini diutarakan sejak tahun 1983 melalui NAM. Dalam Sidang
Kemuncak NAM ketujuh di New Delhi, India, Malaysia mendesak PBB mengambil
langkah pertama menjadikan Antartika sebagai warisan manusia sejagat.
Dasar luar Malaysia bukan sekadar melibatkan hubungan diplomatik serta hal
berkaitan dengan politik dan pertahanan semata-mata tetapi hubungan ini turut
mencakupi subjek yang luas termasuklah penjagaan alam sekitar. Kelestarian kualiti
alam sekitar merupakan amanah yang perlu bagi kepentingan generasi akan datang.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 halaman 238-241
Oleh Dewan Bahasa dan Pustaka 2020
Bahan 2 : Grafik Kesihatan Habitat flora dan fauna
Ekosistem menjadi stabil manusia terpelihara
terjamin
Kepentingan Mengekalkan
Kelestarian global
Menjamin bekalan Menjamin
sumber alam kelangsungan hidup
generasi akan datang
SET 3
BAHAGIAN C: RUMUSAN
[ 30 Markah ]
SOALAN 9 : RUMUSAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 : Petikan
Pembinaan negara bangsa Malaysia berasaskan perpaduan kaum dan integrasi
nasional. Elemen ini menjadi asas kekuatan negara kita yang terdiri daripada rakyat
berbilang kaum. Sejarah hubungan kaum di negara kita telah wujud sebelum zaman
penjajahan lagi. Beberapa faktor sejarah dikenal pasti menjadi punca kepada isu
perpaduan.
Faktor utama isu ini berlaku disebabkan oleh kesan dasar pentadbiran kerajaan
British yang mengutamakan sektor ekonomi mewujudkan jurang antara kaum
pendatang dengan kaum bumiputera. Pekerja yang dibawa masuk dari luar diletakkan
dalam sektor perlombongan, perladangan dan perniagaan. Manakala kaum
bumiputera pula menjalankan kegiatan ekonomi tradisional di luar bandar. Selain itu,
kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum menyebabkan pemisahan dari segi
petempatan. Hal ini menyebabkan kurang berlaku interaksi antara kaum.
Dalam bidang pendidikan pula,sekolah vernakular berkembang mengikut kaum
Melayu,Cina,India dan Inggeris. Sistem ini telah mewujudkan perbezaan pemikiran
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
sistem sekolah vernakular berasaskan bahasa ibunda dan berteraskan negara asal
mereka.
Fahaman politik yang berbeza dan berasaskan kaum menjadi salah satu faktor
kerenggangan kaum di Malaysia. Setiap kaum menubuhkan parti politik yang
memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Isu yang diperjuangkan
berkaitan dengan bahasa,budaya, pemikiran dan ekonomi. Keadaan ini
mempengaruhi hubungan antara kaum di negara ini.
Selepas merdeka, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
mengatasi masalah jurang yang berlaku dalam masyarakat di negara ini. Pemimpin
daripada pelbagai kaum khususnya Melayu, Cina dan India bekerjasama dalam
memperkasakan perpaduan kaum agar dapat melahirkan masyarakat majmuk yang
bersatu padu, harmoni dan sejahtera.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Membina Kesejahteraan Negara’,
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahan 2: Grafik
Kesan -kesan Dasar Pentadbiran British
Mewujudkan jurang
pendapatan antara
kaum.
Mewujudkan Pengenalan kaum
petempatan yang mengikut fungsi
berbeza. ekonomi.
Sumber : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
SET 4
BAHAGIAN C: RUMUSAN
[ 30 Markah ]
SOALAN 9 : RUMUSAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Bahan 1 : Petikan
Malaysia berada di barisan hadapan dalam membangkitkan isu kemanusiaan
dan keamanan. Malaysia sering menyuarakan pandangan dalam pertubuhan
antarabangsa dan serantau seperti PBB, Komanwel, OIC dan ASEAN. Pandangan
yang disuarakan ini berkaitan dengan aspek kemanusiaan dan keamanan terutama
dalam kalangan masyarakat yang tertindas.
Rakyat Malaysia turut aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan
bagi membantu golongan yang tidak bemasib baik. Isu kemanusiaan dan keamanan
ini disebabkan oleh berlakunya bencana alam seperti gempa bumi, banjir atau
kemarau yang berpanjangan. Malah, terdapat juga negara yang mengalami
pergolakan akibat peperangan. Justeru, tindakan Malaysia ini, secara langsung
menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
Isu Palestin sememangnya dekat dengan dasar luar dan domestik Malaysia.
Perjuangan menegakkan isu Palestin disuarakan oleh semua Perdana Menteri
Malaysia, sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Sejak tahun 1948, rejim
Zionis Israel melakukan kekejaman, pengusiran dan pembunuhan terhadap
penduduk Palestin. Tindakan ini menjadi asas penting kepada perjuangan Malaysia
bagi memastikan hak dan keadilan rakyat Palestin mendapat pembelaan.
Penglibatan rakyat dalam menangani isu kemanusiaan di Palestin dapat dilihat
secara jelas melalui Non-Governmental Organization NGO (Pertubuhan Bukan
Kerajaan). Kewujudan NGO ini membolehkan satu bentuk koordinasi membantu
warga Palestin dapat dilaksanakan. Antara NGO yang aktif dalam bidang
kesukarelawanan ini termasuklah Aman Palestin dan Cinta Gaza Malaysia (CGM).
Rakyat Malaysia turut menyatakan sokongan padu kepada rakyat Palestin. Mereka
melakukan _demonstrasi sebagai tanda sokongan kepada Palestin dan menubuhkan
Tabung Palestin untuk mengutip sumbangan kewangan kepada mangsa Zionis di
Palestin. Selain itu, rakyat Malaysia turut terlibat, menghantar bantuan makanan dan
perubatan ke Palestin menerusi program Freedom Flotilla, iaitu program
kemanusiaan yang digerakkan oleh Free Gaza Movement yang ahlinya datang dari
seluruh dunia.
Rakyat Malaysia sememangnya prihatin serta sanggup memberikan bantuan
kepada golongan yang menghadapi musibah.. Sikap perikemanusiaan yang tinggi
dan sanggup melakukan kerja sukarela ini telah menaikkan nama baik negara.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP,2020
Bahan 2 : Grafik
Punca isu kemanusiaan dan keamanan
Perbezaan agama dan bangsa perebutan wilayah
Perluasan kuasa penjajahan
Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, DBP,2020
SET 5
BAHAGIAN C: RUMUSAN
[ 30 Markah ]
SOALAN 9 : RUMUSAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 : Petikan
Pembinaan negara bangsa Malaysia berasaskan perpaduan kaum dan integrasi
nasional. Elemen ini menjadi asas kekuatan negara kita yang terdiri daripada rakyat
berbilang kaum. Sejarah hubungan kaum di negara kita telah wujud sebelum zaman
penjajahan lagi. Beberapa faktor sejarah dikenal pasti menjadi punca kepada isu
perpaduan.
Faktor utama isu ini berlaku disebabkan oleh kesan dasar pentadbiran kerajaan
British yang mengutamakan sektor ekonomi mewujudkan jurang antara kaum
pendatang dengan kaum bumiputera. Pekerja yang dibawa masuk dari luar diletakkan
dalam sektor perlombongan, perladangan dan perniagaan. Manakala kaum
bumiputera pula menjalankan kegiatan ekonomi tradisional di luar bandar. Selain itu,
kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum menyebabkan pemisahan dari segi
petempatan. Hal ini menyebabkan kurang berlaku interaksi antara kaum.
Dalam bidang pendidikan pula,sekolah vernakular berkembang mengikut kaum
Melayu,Cina,India dan Inggeris. Sistem ini telah mewujudkan perbezaan pemikiran
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
sistem sekolah vernakular berasaskan bahasa ibunda dan berteraskan negara asal
mereka.
Fahaman politik yang berbeza dan berasaskan kaum menjadi salah satu faktor
kerenggangan kaum di Malaysia. Setiap kaum menubuhkan parti politik yang
memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Isu yang diperjuangkan
berkaitan dengan bahasa,budaya, pemikiran dan ekonomi. Keadaan ini
mempengaruhi hubungan antara kaum di negara ini.
Selepas merdeka, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
mengatasi masalah jurang yang berlaku dalam masyarakat di negara ini. Pemimpin
daripada pelbagai kaum khususnya Melayu, Cina dan India bekerjasama dalam
memperkasakan perpaduan kaum agar dapat melahirkan masyarakat majmuk yang
bersatu padu, harmoni dan sejahtera.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Membina Kesejahteraan Negara’,
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahan 2: Grafik
Kesan -kesan Dasar Pentadbiran British
Mewujudkan jurang
pendapatan antara
kaum.
Mewujudkan Pengenalan kaum
petempatan yang mengikut fungsi
berbeza. ekonomi.
Sumber : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
KEMAHIRAN Membaca
SK 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada
SP pelbagai bahan
2.3.3 Membaca untuk membuat inferens daripada pelbagai
TAHAP bahan dengan betul menggunakan teknik bacaan yang
PENGUASAAN sesuai.
Mengolah dan Menghubung kait
SET 5
BAHAGIAN C: RUMUSAN
[ 30 Markah ]
SOALAN 9 : RUMUSAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 : Petikan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun bermula
pada tahun 1970 hingga tahun 1990 sebagai rancangan pembangunan ekonomi dan
perpaduan negara. DEB dilancarkan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang
Pertama (RRJPI) yang merangkumi empat Rancangan Pembangunan Lima Tahun
Malaysia. Dasar ini dilaksanakan dengan menggunakan beberapa pendekatan yang
bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu melalui agihan ekonomi
yang seimbang.
Antara langkah yang dilaksanakan untuk membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat ialah meningkatkan taraf hidup rakyat yang melibatkan
penduduk di luar bandar dan di bandar. Bagi penduduk luar bandar tumpuan diberikan
kepada golongan petani, pekebun getah dan kelapa,nelayan ,buruh serta penduduk
kampung baharu. Manakala penduduk bandar pula menghadapi kemiskinan
disebabkan pendapatan yang rendah dan masalah perumahan.
Langkah seterusnya ialah melalui Rancangan Buku Hijau yang telah
dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974. Antara matlamat
rancangan ini adalah untuk menambahkan pendapatan rakyat dan pengeluaran
bahan makanan supaya cukup untuk keperluan negara. Beberapa agensi kerajaan
juga ditubuhkan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi agar dapat menambahkan
pendapatan rakyat dan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk semua
kaum.Seterusnya kerajaan juga mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) dan Pembangunan Tanah. Pembukaan tanah baharu untuk
pertanian dilakukan secara teratur di bawah FELDA. Penduduk luar bandar yang
miskin dipindahkan ke kawasan FELDA yang baru dibangunkan mengakibatkan
wujudnya petempatan baharu FELDA, seperti bandar Muadzam Shah, di Rompin,
Pahang.
Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah peningkatan taraf
pendidikan kaum Bumiputera. Melalui pendidikan yang diberikan bilangan
professional Bumiputera semakin bertambah, malahan banyak syarikat besar di
Malaysia diterajui oleh golongan ini. Melalui DEB juga, jurang pendidikan antara
pelajar bandar dan luar bandar dirapatkan bagi memastikan persaingan yang lebih
adil dan saksama. Penempatan guru-guru yang berpengalaman dan kemudahan
infrstruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti yang terdapat di
bandar-bandar adalah antara faktor yang diambil kira.
Semua langkah yang dilaksanakan di bawah DEB bertujuan untuk membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi mencapai matlamat perpaduan
negara.
Dipetik dan diubah suai daripada
Bab 8: Membina Kemakmuran Negara,
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahan 2 : Grafik
KESAN JANGKA PANJANG DASAR EKONOMI BARU
Menambah sumber
pendapatan melalui bantuan kerajaan.
Meningkatkan taraf hidup melalui
kemahiran yang dipelajari .
Membuka peluang pekerjaan
kepada generasi muda.
Sumber : Buku Teks Sejarah Tingkatan 5
SET 6
BAHAGIAN C: RUMUSAN
[ 30 Markah ]
SOALAN 9 : RUMUSAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
bahan.
Sukan merupakan satu medium untuk memupuk perpaduan kaum dan
integrasi nasional di Malaysia. Sukan dapat mengeratkan hubungan muhibah dan
menerapkan rasa saling hormat dalam kalangan peserta. Selain itu, sukan mampu
mewujudkan masyarakat yang sanggup memberikan sumbangan demi kesejahteraan
sosial. Sukan merupakan aktiviti ko-kurikulum yang sangat digalakkan dalam
kalangan murid sekolah.
Dasar 1 Murid 1 Sukan menggalakkan murid pelbagai kaum melibatkan diri
dalam sukan yang digemari. Dasar ini juga memberikan peluang kepada murid
pelbagai kaum untuk menceburi bidang sukan serta dapat memupuk semangat setia
kawan. Selain itu, dasar ini juga mampu melahirkan atlet yang berkaliber sehingga ke
peringkat antarabangsa. Kejayaan sukan di negara kita merupakan hasil pengurusan
sukan yang cekap dan teratur.
Kecemerlangan ini juga disebabkan ketokohan pemimpin persatuan sukan,
jurulatih, para atlet dan pegawai sukan. Pemimpin sukan perlu mempunyai kreativiti
sendiri dalam menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi. Selain itu juga
berkebolehan berkomunikasi secara berkesan.
Sukan berupaya untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam
masyarakat di Malaysia.
Dipetik dan diubah suai daripada
Bab 7: Membina Kesejahteraan Negara,
Buku Teks Sejarah Tingkatan 5,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahan 2: Grafik
PERANAN PEMIMPIN SUKAN
Memimpin orang lain dengan nilai kasih sayang,
Menanam semangat bekerjasama secara
berpasukan.
Memiliki daya tahan fizikal dan mental.
SKEMA JAWAPAN RUMUSAN
PERATURAN PEMARKAHAN
SET 1
Pendahuluan
Rumusan/ Bahan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ faktor-faktor
berlakunya isu kemanusiaan dan keamanan antarabangsa, dan cara-cara/langkah-
langkah/ tindakan-tindakan rakyat Malaysia melibatkan diri dalam isu tersebut.
(2 markah)
Isi
Fokus 1: Punca-punca/ sebab-sebab/ faktor-faktor berlakunya isu kemanusiaan dan
keamanan antarabangsa.
Bahan 1 : Petikan
1. berlakunya bencana alam
2. pergolakan akibat peperangan
3. kekejaman, pengusiran dan pembunuhan
Bahan 2 : Grafik
1. Perbezaan agama dan bangsa
2. Perluasan kuasa
3. Penjajahan
4. Perebutan wilayah
Fokus 2: Cara-cara/langkah-langkah/ tindakan-tindakan rakyat Malaysia melibatkan
diri dalam isu tersebut.
Bahan 1 : Petikan
1. Rakyat Malaysia turut aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan
bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik
2. Perjuangan menegakkan isu Palestin disuarakan oleh semua Perdana Menteri
Malysia sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
3. Penglibatan rakyat dalam menangani isu kemanusiaan di Palestin dapat dilihat
melalui Non-Govermental Organization NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan)
4. Rakyat Malaysia melakukan demonstrasi sebagai tanda sokongan kepada
Palestin
5. Rakyat Malaysia menubuhkan Tabung Palestin untuk mengutip sumbangan
kewangan
6. Rakyat Malaysia turut terlibat menghantar makanan dan perubatan ke Palestin
Bahan 2 : Grafik
Tiada
Penutup
Kesimpulannya, semua pihak haruslah melibatkan diri dalam menangani isu
kemanusiaan dan keamanan global supaya/agar melahirkan keharmonian sejagat
(2 markah)
SET 2
Pendahuluan
Rumusan/bahan membincangkan usaha-usaha/langkah-langkah/cara-cara/tindakan-
tindakan negara Malaysia mengekalkan kelestarian global dan kepentingan
kelestarian global.
(2 markah)
Isi
Fokus 1 : Usaha-usaha negara Malaysia mengekalkan kelestarian global
Bahan 1 : Petikan
1. Pengisytiharan Deklarasi Langkawi
2. Malaysia menyertai Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro
3. Malaysia mendesak PBB mengambil langkah pertama menjadikan
Antartika sebagai warisan manusia sejagat
Bahan 2 : Grafik
- Tiada
Fokus 2 : Kepentingan/kebaikan/manfaat/faedah kelestarian global
Bahan 1 : Petikan
1. Manusia mendapat sumber air yang bersih
2. Masyarakat dapat melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan
3. Mengelakkan suhu bumi meningkat
Bahan 2 : Grafik
1. Ekosistem menjadi stabil
2. Kesihatan manusia terjamin
3. Habitat flora dan fauna terpelihara
4. Menjamin bekalan sumber alam
5 Menjamin kelangsungan hidup generasi akan datang
Penutup
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama mengekalkan kelestarian global
supaya masyarakat dapat hidup sejahtera.
SET 3
Pendahuluan
Rumusan / bahan membincangkan faktor/punca/sebab isu perpaduan kaum dan
kesan/impak dasar pentadbiran British terhadap masyarakat yang berbilang kaum di
negara kita.
(2 markah)
Fokus 1: faktor-faktor perpaduan kaum
Bahan 1 : Petikan
1. Kesan pentadbiran dasar kerajaan British yang mengutamakan sektor ekonomi
mewujudkan jurang antara kaum.
2. Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum .
3. Sistem Pendidikan vernakular mewujudkan perbezaan pemikiran .
4. Fahaman politik yang berbeza dan berasaskan kaum.
Bahan 2 : Grafik
-Tiada
Fokus 2 : Kesan-kesan Dasar Pentadbiran British
Bahan 1 : Petikan
1. Sekolah vernakular berkembang mengikut kaum.
2. Interaksi antara kaum berkurangan.
Bahan 2 : Grafik
1. Mewujudkan petempatan yang berbeza.
2. Mewujudkan jurang pendapatan antara kaum.
3. Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Penutup
Kesimpulannya, semua pihak perlu bersatu padu dalam merealisasikan usaha
kerajaan agar perpaduan kaum dapat dicapai.
( 2 markah)
SET 4
PENDAHULUAN (2 Markah)
Rumusan/ Bahan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ faktor-faktor
berlakunya isu kemanusiaan dan keamanan antarabangsa, dan cara-
cara/langkah-langkah/ tindakan-tindakan rakyat Malaysia melibatkan diri dalam
isu tersebut
(2 markah)
Rumusan/ Bahan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab/ faktor-faktor
berlakunya isu kemanusiaan dan keamanan antarabangsa.
(2
markah)
ISI
Fokus 1: Punca-punca/ sebab-sebab/ faktor-faktor berlakunya isu kemanusiaan
dan keamanan antarabangsa
BAHAN 1 (Petikan)
4. berlakunya bencana alam
5. pergolakan akibat peperangan
6. kekejaman, pengusiran dan pembunuhan
BAHAN 2 (Grafik)
5. Perbezaan agama dan bangsa
6. Perluasan kuasa
7. Penjajahan
8. Perebutan wilayah
Fokus 2: Cara-cara/langkah-langkah/ tindakan-tindakan rakyat Malaysia
melibatkan diri dalam isu tersebut
BAHAN 1 (Petikan)
7. Rakyat Malaysia turut aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan
bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik
8. Perjuangan menegakkan isu Palestin disuarakan oleh semua Perdana Menteri
Malysia sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
9. Penglibatan rakyat dalam menangani isu kemanusiaan di Palestin dapat dilihat
melalui Non-Govermental Organization NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan)
10. Rakyat Malaysia melakukan demonstrasi sebagai tanda sokongan kepada
Palestin
11. Rakyat Malaysia menubuhkan Tabung Palestin untuk mengutip sumbangan
kewangan
12. Rakyat Malaysia turut terlibat menghantar makanan dan perubatan ke Palestin
BAHAN 2 (Grafik)
Tiada
KESIMPULAN (2 markah)
K1-Kesimpulannya, semua pihak haruslah melibatkan diri dalam menangani isu
kemanusiaan dan keamanan global supaya/agar melahirkan keharmonian sejagat
(2 markah)
K2-Kesimpulannya, semua pihak haruslah melibatkan diri dalam menangani isu
kemanusiaan dan keamanan global (1 markah)
SET 5
Pendahuluan
Rumusan / bahan membincangkan faktor/punca/sebab isu perpaduan kaum dan
kesan/impak dasar pentadbiran British terhadap masyarakat yang berbilang kaum di
negara kita.
Bahan 1 : Petikan
Fokus 1: Faktor-faktor:
5. Kesan pentadbiran dasar kerajaan British yang mengutamakan sektor ekonomi
mewujudkan jurang antara kaum.
6. Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum .
7. Sistem Pendidikan vernakular mewujudkan perbezaan pemikiran .
8. Fahaman politik yang berbeza dan berasaskan kaum.
Fokus 2 : Kesan-kesan Dasar Pentadbiran British :
3. Sekolah vernakular berkembang mengikut kaum.
4. Interaksi antara kaum berkurangan.
Bahan 2 : Grafik
Fokus 2 : Kesan-kesan Dasar Pentadbiran British :
4. Mewujudkan petempatan yang berbeza.
5. Mewujudkan jurang pendapatan antara kaum.
6. Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Penutup
Kesimpulannya, semua pihak perlu bersatu padu dalam merealisasikan usaha
kerajaan agar perpaduan kaum dapat dicapai.
SET 6
Pendahuluan [2 markah]
Rumusan / Bahan membincangkan langkah-langkah/ uaha-usaha/ cara-cara/
tindakan-tindakan Dasar Ekonomi Baru dan kesan jangka panjang Dasar Ekonomi
Baru.
( 2 markah)
Isi
Fokus 1 : Langkah-langkah Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Bahan 1 : Petikan
1. meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar dan bandar
2. Rancangan Buku Hijau yang dilancarkan pada 20 Disember 1974
3. beberapa agensi kerajaan ditubuhkan untuk mempelbagaikan kegiatan
ekonomi
4. mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan
Pembangunan Tanah
Bahan 2 : Grafik
Tiada
Fokus 2 : kesan jangka panjang Dasar Ekonomi Baru.
Bahan 1 : Petikan
1. wujudnya petempatan baharu FELDA
2. peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera
3. jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar dirapatkan
Bahan 2 : Grafik
1. Menambah sumber pendapatan melalui bantuan/ program kerajaan.
2. Meningkatkan taraf hidup melalui kemahiran yang dipelajari .
3. Membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda.
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menjayakan usaha
kerajaan agar rakyat dapat menikmati manfaatnya.
SET 7
Pendahuluan
Rumusan / Bahan membincangkan kepentingan sukan dalam memupuk perpaduan
kaum dan peranan pemimpin sukan negara.
2 markah]
Isi
Fokus 1 : kepentingan sukan dalam memupuk perpaduan kaum
Bahan 1: Petikan
5. mengeratkan hubungan muhibah dan menerapkan rasa saling hormat dalam
kalangan peserta.
6. mewujudkan masyarakat yang sanggup memberikan sumbangan demi
kesejahteraan sosial.
7. memberikan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk menceburi bidang
sukan.
Bahan 2 : Grafik
Tiada
Fokus 2 : peranan pemimpin sukan negara.
Bahan 1 : Petikan
1. mempunyai kreativiti sendiri dalam menyelesaikan masalah yang wujud
dalam organisasi.
2. berkebolehan berkomunikasi secara berkesan.
Bahan 2 : Grafik
1. memimpin orang lain dengan nilai kasih sayang,
2. menanam semangat bekerjasama secara berpasukan.
3. memiliki daya tahan fizikal dan mental.
Penutup
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama meningkatkan mutu sukan negara
supaya keamanan negara dapat dikekalkan.
[2 markah]
BAHAGIAN A :SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
Skema Jawapan Set 1 : Moforlogi
Kata Sendi Nama (hanya 2 jawapan sahaja)
1. di
Ahmad yang tinggal di Kuala Lumpur terpaksa bekerja keras untuk membantu
keluarganya.
2. ke
Siti merancang hendak pergi melancong ke Cameron Highlands selepas tamat
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
3. kepada
Surat jemputan Majlis Penyampaian Hadiah itu ditujukan kepada Guru
Penasihat Persatuan Bahasa Melayu
4. pada
Mohan menggantung lukisan itu pada dinding rumahnya.
Kata Kerja (hanya 2 jawapan sahaja)
1. mempunyai
Azmi dan Sarah mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik.
2. terjalin
Persahabatan antara Muthu dan Ah Chong telah terjalin erat sejak kecil lagi.
3. dilaksanakan
Peraturan sekolah yang baharu telah dilaksanakan oleh Pengetua bagi
mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid.
4. penghantaran
Penghantaran bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir itu berjalan
lancar walau pun hujan turun dengan lebat.
5. dijalankan
Program gotong-royong itu dijalankan pada setiap hujung minggu.
Skema Jawapan Set 2: Moforlogi (4 jawapan sahaja)
Kata Hubung
1. dengan
Maimun pulang ke kampung dengan segera setelah mendapat tahu ibunya
sakit tenat.
2. atau
Puan Salmi terpaksa membuat pilihan sama ada menaiki teksi atau bas
untuk menziarahi neneknya yang sakit tenat.
3. dan
Rakyat Malaysia diseru untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard dan
mendapatkan suntikan vaksin untuk mencegah jangkitan Covid-19
4. untuk
Baju-baju terpakai yang dikumpulkan itu adalah untuk mangsa-mangsa banjir.
Skema Jawapan Set 3 : Moforlogi (4 jawapan sahaja)
1. dilancarkan
Kempen Bulan Membaca itu telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia pada bulan Ogos yang lalu
2. dihadapi
Masalah pembuangan sampah sarap itu telah dihadapi oleh penduduk
Kampung Setia sejak beberapa bulan yang lalu.
3. dijalankan
Pelbagai kempen telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan bagi
menangani penularan wabak Covid-19.
4. dilaksanakan
Pelbagai kaedah dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan pengguna
jalan raya terutama pada hari hujan.
Skema Jawapan Set 4 : Moforlogi (4 jawapan sahaja)
Kata dasar:
1. dekat
Rumah saya dekat dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian
dan pejabat pos.
2. bangun
Abang bangun pada pukul 3.00 pagi untuk menunaikan solat tahajud.
3. milik
Bangunan setinggi 30 tingkat itu milik seorang usahawan bumiputera yang
berjaya dan terkenal di Malaysia
4. didik
“Didik dan belailah anak-anak kamu baik-baik,” pesan datuk kepada emak.
(8 markah)
Skema Jawapan Set 5 : Moforlogi (4 jawapan sahaja)
Kata Nama Khas
1. Bank Bumiputra
Sekarang Bank Bumiputra telah dikenali sebagai CIMB Bank
2. Perbadanan Nasional Berhad
Perbadanan Nasional Berhad merupakan perbadanan di bawah Kementerian
Kewangan.
3. Bank Pertanian Malaysia
Bank Pertanian Malaysia telah banyak memberi manfaat kepada golongan
petani dan nelayan di negara ini.
4. Skim Pinjaman Khas Pertanian
Skim Pinjaman Khas Pertanian turut memberi kemudahan kredit kepada
golongan petani di negara ini.
(8 markah)
Skema Jawapan Set 6 : Moforlogi (4 jawapan sahaja)
Kata Kerja Aktif
1. Melahirkan
Kerajaan berusaha melahirkan graduan yang berilmu dan berkemahiran
melalui skim latihan kemahiran
2. Memberikan
Pelaburan hartanah dapat memberikan pulangan yang lumayan
3. Membudayakan
Masyarakat perlu membudayakan cara hidup yang sihat melalui pemakanan
sihat.
4. Menggalakkan
Kerajaan amat menggalakkan generasi muda menceburi bidang kepakaran
teknologi selaras dengan perkembangan Revolusi 4.0
5. Memartabatkan
Sayembra puisi di peringkat antarabangsa dapat memartabatkan Bahasa
Melayu di persada antarabangsa
Skema Jawapan Set 1 : Sintaksis
Subjek dan Prediket
1. Malaysia merupakan antara negara yang memainkan peranan aktif dalam
PBB.
SUBJEK : Malaysia
PREDIKAT : merupakan antara negara yang memainkan peranan aktif dalam
PBB.
2. Selain terlibat dalam Persidangan PBB, negara kita juga memberikan
kerjasama dan komitmen dalam usaha membantu PBB melaksanakan
pelbagai agenda serta misi badan dunia tersebut.
SUBJEK : Selain terlibat dalam Persidangan PBB, negara kita
PREDIKAT : juga memberikan kerjasama dan komitmen dalam usaha
membantu PBB melaksanakan pelbagai agenda serta misi badan dunia
tersebut.
3. Malaysia turut memberikan sumbangan penting dalam PBB semasa
menjalankan tugas misi pengaman
SUBJEK : Malaysia
PREDIKAT : turut memberikan sumbangan penting dalam PBB semasa
menjalankan tugas misi pengaman
4. Terdapat juga warga Malaysia yang mengetuai agensi di bawah PBB. Sebagai
warga Malaysia, kita wajar menyokong pelibatan negara dalam badan dunia
ini.
SUBJEK : Terdapat juga warga Malaysia
PREDIKAT : yang mengetuai agensi di bawah PBB. Sebagai warga Malaysia,
kita wajar menyokong pelibatan negara dalam badan dunia ini.
5. Kita seharusnya berbangga dengan pencapaian cemerlang Malaysia dalam
PBB yang mengharumkan nama negara.
SUBJEK : Kita
PREDIKAT : seharusnya berbangga dengan pencapaian cemerlang Malaysia
dalam PBB yang mengharumkan nama negara.
Skema Jawapan Set 2 : Sintaksis
Ayat Bersusunan biasa kepada ayat songsang
1. Dasar luar Malaysia / terus diperkukuh selepas kemerdekaan.
SONGSANG : Terus diperkukuh selepas kemerdekaan dasar luar Malaysia
2. Wisma Putra / memainkan peranan penting dalam mencorakkan dan
menggubal dasar luar yang mampu memberikan faedah kepada negara serta
mengekalkan kedaulatan negara.
SONGSANG : Memainkan peranan penting dalam mencorakkan dan
menggubal dasar luar yang mampu memberikan faedah kepada negara serta
mengekalkan kedaulatan negara Wisma Putra
3. Pelibatan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan pada peringkat serantau dan
antarabangsa / menjadi platform kepada negara kita menyuarakan pandangan
dalam pelbagai aspek.
SONGSANG : Menjadi platform kepada negara kita menyuarakan pandangan
dalam pelbagai aspek pelibatan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan pada
peringkat serantau dan antarabangsa
Skema Jawapan Set 3 : Sintaksis
Ayat Penyata
soalan 2 ( i )
i. berfikiran terbuka
contoh ayat: Masyarakat era ini lebih berfikiran terbuka dan dapat menyesuaikan
diri dengan dunia pasca- Covid-19.
ii. teknologi
Contoh ayat: Penggunaan teknologi baharu amat relevan bagi Malaysia menuju
ke arah negara berpendapatan tinggi.
iii. berpandangan jauh
Contoh ayat : Seorang pemimpin negara perlu berpandangan jauh dan boleh
membawa Malaysia ke mercu kejayaan.
iv. pasaran baharu
Contoh ayat : Mulai tahun 2022, Industri perkayuan di negara ini perlu
menerokai pasaran baharu di luar negara agar industi ini lebih berdaya saing.
v. luar bandar
Contoh ayat : Usaha yang lebih gigih perlu dilakukan oleh kerajaan bagi
meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
vi. pekerjaan
Contoh ayat : Graduan perlu lebih kreatif mencipta peluang pekerjaan,
khususnya dalam bidang perniagaan dan tidak mengharapkan kerja makan gaji
sahaja.
Skema Jawapan Set 4 : Sintaksis
Ayat Penyata
i. ekonomi
Contoh ayat : Penularan Covid-19 telah merencatkan pertumbuhan ekonomi
Malaysia.
ii. keharmonian
Contoh ayat : Kestabilan negara dan keharmonian masyarakat dapat dipupuk
sekiranya setiap kaum saling menghormati dan bertoleransi.
iii. pendapatan
Contoh ayat : Golongan remaja dan belia boleh menjana pendapatan yang
lumayan melalui perniagaan atas talian.kerana kosnya yang lebih murah.
iv. pelaburan asing
Contoh ayat : Malaysia menjadi pilihan utama pelaburan asing kerana kestabilan
politik dan ekonominya.
v. mampan
Contoh ayat : Pertumbuhan ekonomi negara yang mampan boleh memacu
kemakmuran sesebuah negara.
vi. pelancong
Contoh ayat : Malaysia siap sedia terima pelancong antarabangsa bagi
merancakkan lagi industri pelancongan negara.
Skema Jawapan Set 5 : Sintaksis
Ayat Penyata
i) Subjek : Penentangan Tok Janggut
Predikat : merupakan rentetan daripada cetusan kebangkitan
masyarakat Islam sedunia terhadap penjajah Barat yang menakluki negara
Islam.
ii) Subjek : Kebangkitan Tok Janggut
Predikat : telah dipengaruhi oleh penglibatan empayar Uthmaniyah dalam
Perang Dunia di Eropah.
iii) Subjek : Penentangan yang memperjuangkan agama ini
Predikat : kemudiannya dikaitkan dengan isu cukai yang dikenakan serta
sikap membenci British.
Skema Jawapan Set 6 : Sintaksis
Ayat Tanya.
i) Apakah tujuan pembentukkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ?
ii) Apakah kepentingan Dasar Kebudayaan Kebangsaan kepada
masyarakat?
iii) Bilakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal dan diperakui ?
iv) Siapakah yang merasmikan Kongres Kebudayaan Kebangsaan?
v) Di manakah Kongres Kebudayaan Kebangsaan dirasmikan ?
vi) Siapakah yang menganjurkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan ?
Skema Jawapan Set 7 : Sintaksis
Ayat Tunggal
1. Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu.
2. Gagasan Malayan Union menggantikan BMA.
3. British berhasrat agar Malayan Union akan melicinkan sistem pentadbiran.
4. British berhasrat agar Malayan Union akan meningkatkan pelaburan
ekonomi.
5. British berhasrat agar Malayan Union akan mengukuhkan pertahanan.
6. British berhasrat agar Malayan Union akan mengekalkan orang asing
sebagai sumber tenaga.
Skema Jawapan Set 7 : Sintaksis
Ayat Songsang
1. Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan melibatkan semua kementerian,
agensi dan jabatan yang berkaitan dengannya.
AYAT SONGSANG : Melibatkan semua kementerian, agensi dan jabatan yang
berkaitan dengannya pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
2. Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat membentuk bangsa yang
bersatu padu serta mengekalkan identiti negara
AYAT SONGSANG : dapat membentuk bangsa yang bersatu padu serta
mengekalkan identiti negara pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
3. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga dengan keunikan budaya
masyarakat.
AYAT SONGSANG : kita mestilah berbangga dengan keunikan budaya masyarakat
sebagai rakyat Malaysia
SKEMA SOALAN 3 : PENYUNTINGAN
SET 1
Petikan 1
i. di asaskan - diasaskan
ii. diberikan - memberikan
iii. kukoh - kukuh
iv. Kesultanan Melayu Melaka warisi - diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka
v. memperkukuhkan - memperkukuh
vi. pada - dalam
Petikan 2
i. keewangan - kewangan
ii. dari - daripada
iii. terus - teratur
iv. syahbandar - Syahbandar
v. mana kala - manakala
SKEMA SOALAN 3 : PENYUNTINGAN
SET 2
Petikan 1
1. antara bangsa - antarabangsa
2. berupa - merupakan
3. bowling - boling
4. berkerjasama - bekerjasama
5. sering - saling
6. bentuk - jenis
Petikan 2