LAPORAN KEJAYAAN PASUKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
REGENERON International Science and Engineering Fair 2022
Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, 7 - 13 Mei 2022
PENDAHULUAN
Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
(PISTEK) merupakan sebuah program di bawah Dasar Sedia Ada di
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini dilaksanakan pada setiap
tahun dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri. Sejajar dengan
hasrat KPM, pertandingan ini menumpukan kepada pendidikan Sains,
Matematik, Teknologi dan Kejuruteraan (STEM) berasaskan inkuiri demi
melahirkan lebih ramai murid yang kreatif, berfikiran kritikal dan
analitikal, inovatif dan berdaya saing di peringkat nasional dan global.
Murid dan guru pembimbing yang berminat untuk menyertai
pertandingan menghantar cadangan penyelidikan kepada KPM untuk
dinilai oleh panel Scientific Review Committee (SRC) yang dianggotai
oleh pensyarah dalam bidang sains dan kejuruteraan daripada
universiti awam.
Pada tahun 2022, BSKK telah menerima 76 cadangan projek penyelidikan daripada Jabatan Pendidikan
Negeri untuk penilaian pertama oleh SRC.
75 cadangan projek penyelidikan telah terpilih untuk melengkapkan projek mereka namun hanya 46 projek
sahaja yang menghantar laporan lengkap projek kepada pihak BSKK.
Semasa penilaian 2, 14 projek telah terpilih untuk mara ke peringkat kebangsaan. Para hakim telah menghakimi
dan menyenarai pendek 6 projek inovasi sains dan kejuruteraan untuk mewakili KPM ke Regeneron ISEF
2022.
PENGENALAN
Regeneron International Science and Engineering Fair (ISEF)
merupakan pertandingan rekacipta dan inovasi terbesar dunia yang
mempamerkan projek sains, teknologi dan kejuruteraan berasaskan
inkuiri oleh murid sekolah menengah dan pra-universiti dari seluruh
dunia. Pertandingan ini dianjurkan oleh Society for Science bermula
pada tahun 1950 yang bertujuan untuk mempromosikan pemahaman
dan penghayatan sains serta peranan penting yang dimainkannya
dalam kemajuan manusia dan mengembangkan pendidikan STEM
secara efektif menerusi penyelidikan saintifik berasaskan inkuiri. Setiap
negara yang berhasrat untuk menghantar wakil ke pertandingan ini
perlu melaksanakan pertandingan yang sama di peringkat kebangsaan
dan bilangan penyertaan projek ke ISEF bergantung kepada jumlah
projek yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan negara tersebut.
Penglibatan Malaysia dalam pertandingan ini bermula pada tahun 1999 di mana Pertandingan Inovasi Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan (PISTEK) Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia didaftarkan sebagai pertandingan affiliasi kepada Regeneron International
Science and Engineering Fair (ISEF) dan mula dilaksanakan buat julung kalinya pada tahun tersebut. Pasukan
Malaysia hanya layak menghantar satu projek untuk bertanding di ISEF pada tahun 1999. Saban tahun, bilangan
projek yang dipertandingkan dalam PISTEK peringkat kebangsaan semakin meningkat dan membolehkan
pasukan Malaysia menghantar lebih banyak penyertaan projek ke ISEF. Mulai tahun 2016, pihak penganjur ISEF
memberi peluang kepada Malaysia untuk menghantar enam (6) projek ke peringkat antarabangsa.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan
cemerlang pasukan KPM dalam Regeneron International Science and Engineering Fair 2022 yang telah
diadakan pada 7 hingga 13 Mei 2022 di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Pasukan negara yang dianggotai
oleh 14 orang murid sekolah menengah dan diiringi oleh dua orang pegawai dan seorang guru pembimbing
telah berjaya merangkul lapan (8) anugerah dalam pertandingan berprestij tersebut.
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), KPM melalui Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan
Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2022 membiayai penyertaan enam (6) buah projek inovasi untuk
dipertandingkan dalam Regeneron International Science and Engineering Fair (ISEF) 2022 anjuran Society for
Science, Amerika Syarikat. Pertandingan inovasi sains antarabangsa terbesar dunia ini mengumpulkan
sebanyak hampir 1,396 projek dan 1,750 peserta dari 63 buah negara pada tahun ini.
Penyertaan pasukan Malaysia dalam Regeneron ISEF 2022 merupakan penyertaan pertama secara
bersemuka pasca pandemik Covid-19. Pasukan KPM pada kali ini telah melakar peningkatan pencapaian
sekaligus mengharumkan nama negara di persada dunia. Pasukan Malaysia telah memenangi dua kategori
anugerah iaitu Grand Awards dan Special Awards. Grand Awards merupakan pengiktirafan pencapaian
tertinggi dalam Regeneron ISEF 2022 dan Special Awards pula merupakan pengiktirafan pencapaian oleh
agensi penaja dari seluruh dunia.
How can you not love
this place?
Pegawai KPM yang terlibat dalam pengurusan program dan bertugas sebagai pengiring dalam
Regeneron ISEF 2022
PUAN NOR ZAIHAN SHAMSUDDIN DR. FAIZULIZAMI OSMIN PUAN NADHIRAH AZMAN
Guru Fizik Tingkatan 6 Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Penolong Pengarah Unit Pembangunan dan
SMK Kubang Bemban
Guru Pembimbing dan Kecemerlangan Kokurikulum, BSKK Kecemerlangan Kokurikulum, BSKK
Ketua Pasukan Malaysia Pengurus Pasukan Malaysia
ISEF Malaysia Fair Director
Grand Awards Judge for Behavioral Sciences Category
Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia
atas peluang dan pengalaman yang diberikan.
Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, 7 - 13 Mei 2022