MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 2 KANDUNGAN Muka surat 1. PENGENALAN 3 1.1 Konsep Manual Perlindungan Kanak-Kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian 3 1.2 Elemen Manual Perlindungan Kanak-Kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian 3 2. SASARAN PENGGUNA MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN 4 3. TUJUAN PEMBANGUNAN MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 4 4. OBJEKTIF PEMBANGUNAN MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 5 5. TAFSIRAN 5 6. PANDUAN UMUM PENGURUSAN MURID DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN DI MALAYSIA 6 7. ELEMEN 1: DASAR DAN PERATURAN 8 8. ELEMEN 2: LATIHAN DAN KESEDARAN 11 9. ELEMEN 3: PENAPISAN STAF 11 10. ELEMEN 4: PENGAWASAN DAN PENGURUSAN RISIKO 14 11. ELEMEN 5: KOMUNIKASI DENGAN IBU BAPA 15 12. ELEMEN 6: PENDIDIKAN ASAS MENGENAI KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 15 13. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 18 13.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 18 13.2 Ibu Bapa, Penjaga dan Pengiring 19 13.3 Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia 20 13.4 Staf, Jurulatih, Mentor atau Guru Pembimbing 21 14. PENGURUSAN ADUAN 21 15. MEKANISME PENGADUAN 22 16. KERAHSIAAN 23 LAMPIRAN 24
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 3 1. PENGENALAN Manual Perlindungan Kanak-kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikukum dan Kesenian merupakan buku panduan yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memberi panduan mengenai keperluan memastikan keselamatan, kesihatan, dan kesejahteraan kanak-kanak semasa mereka terlibat dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian di institusi pendidikan serta peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam mempromosikan persekitaran yang selamat, seronok dan sejahtera untuk mereka. Perkara ini juga adalah selaras dengan aspirasi melahirkan generasi Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC) melalui aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian. 1.1 Konsep Manual Perlindungan Kanak-kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Manual Perlindungan Kanak-kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian merupakan satu usaha penting dalam memastikan keselamatan, kesihatan, dan kesejahteraan kanak-kanak semasa mereka terlibat dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian di institusi pendidikan terutamanya di sekolah. Manual ini mengandungi maklumat asas berkaitan langkah-langkah untuk mencegah kecederaan, melindungi kanak-kanak daripada keganasan atau penyalahgunaan, serta mempromosikan persekitaran yang selamat dan menyokong perkembangan mereka. 1.2 Elemen Manual Perlindungan Kanak-kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Berikut adalah beberapa elemen yang terdapat dalam Manual ini: 1.2.1 dasar dan peraturan; 1.2.2 latihan dan kesedaran; 1.2.3 penapisan staf; 1.2.4 pengawasan dan pengurusan risiko; 1.2.5 komunikasi dengan ibu bapa; dan 1.2.6 pendidikan asas mengenai keselamatan dan perlindungan diri kanakkanak.
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 4 2. SASARAN PENGGUNA MANUAL PERLINDUNGAN KANAKKANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN Semua individu yang terlibat dalam pelaksanaan aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian melibatkan kanak-kanak yang merupakan murid di institusi pendidikan KPM, seperti guru, ibu bapa, pengurus aktiviti, jurulatih dan mentor perlu merujuk dan menggunakan Manual Perlindungan Kanak-kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian. 3. TUJUAN PEMBANGUNAN MANUAL PERLINDUNGAN KANAKKANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN Manual ini merupakan satu dokumen rujukan bagi tujuan yang berikut: 3.1 menyenaraikan dan mengintegrasikan informasi, peraturan dan prosedur berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian dalam satu manual; 3.2 menyediakan maklumat asas berkaitan tapisan keselamatan yang perlu dilaksanakan dalam kalangan semua pihak yang terlibat, termasuk pengajar, pentadbir sekolah, kakitangan sokongan, ibu bapa, dan kanak-kanak itu sendiri; 3.3 memberi pendidikan dan latihan berterusan kepada guru, pengajar, pentadbir sekolah, kakitangan sokongan, ibu bapa, dan kanak-kanak berkaitan perlindungan kanak-kanak di dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian.
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 5 4. OBJEKTIF PEMBANGUNAN MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN Objektif pembangunan Manual ini adalah untuk: 4.1 memberi panduan dan rujukan berpusat mengenai dasar, peraturan, prosedur am, skop serta tanggungjawab pihak yang terlibat dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian melibatkan kanak-kanak di institusi pendidikan; 4.2 menyenaraikan kaedah yang boleh digunakan untuk mencegah kecederaan dan melindungi kanak-kanak daripada keganasan atau penyalahgunaan semasa terlibat dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian; dan 4.3 mempromosi dan memberi kesedaran kepada pihak terlibat bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, seronok dan sejahtera untuk kanak-kanak dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian di institusi pendidikan. 5. TAFSIRAN Dalam Manual ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain: “ Kanak-kanak” ertinya Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun termasuk murid prasekolah dan murid berkeperluan pendidikan khas. “Perlindungan” ertinya Perlindungan merujuk kepada strategi dan kaedah untuk mencegah serta bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian. “Kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 6 memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah." Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: i. penyertaan dalam sukan dan permainan; ii. penyertaan dalam persatuan dan kelab; iii. penyertaan dalam pasukan pakaian seragam; dan iv. lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan. “Jurulatih” ertinya orang yg melatih orang lain (seperti ahli sukan dan lainlain) supaya mahir dalam bidang yang diceburi. “Staf” ertinya kumpulan pekerja yang bekerja bersama-sama atau kakitangan. “Mentor/ ertinya guru dan pengajar yang bertanggungjawab dalam Guru Pembimbing pengurusan aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian melibatkan kanak-kanak. 6. PANDUAN UMUM PENGURUSAN MURID DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN DI MALAYSIA Berikut adalah panduan umum berhubung pengurusan murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum, dan kesenian di institusi pendidikan KPM: 6.1 Pendaftaran dan penyertaan: Murid perlu mendaftar dan mengisi borang pendaftaran untuk menyertai aktiviti sukan, kokurikulum, atau kesenian tertentu. Pendaftaran ini mencakupi persetujuan dan pemahaman mengenai peraturan, tanggungjawab, dan keperluan yang diperlukan dalam aktiviti tersebut;
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 7 6.2 Persetujuan ibu bapa: Ibu bapa atau penjaga dikehendaki memberikan persetujuan bertulis bagi murid untuk menyertai aktiviti tertentu. Ini termasuk persetujuan untuk kehadiran, penggunaan gambar atau video, serta penjagaan keselamatan yang diperlukan; 6.3 Keselamatan dan perlindungan: Peraturan mengenai keselamatan dan perlindungan kanak-kanak sangat penting dalam aktiviti sukan, kokurikulum, dan kesenian. Ini termasuk pengawasan oleh guru atau jurulatih yang berkelayakan, pemantauan kesihatan dan kecergasan murid, serta langkah-langkah kecemasan dan pertolongan cemas yang diperlukan; 6.4 Pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental: Aspek ini perlu dilaksanakan terhadap staf, jurulatih, mentor dan guru pembimbing. Sebagai seorang pembimbing kepada kanak-kanak, seseorang individu harus mempunyai fizikal dan mental yang sihat. Hal ini bagi memastikan bimbingan yang diberi terhadap kanak-kanak semasa menjalani aktiviti kokurikulum dan kesenian dapat dilaksanakan dengan baik serta dapat mengelakkan sebarang salah laku terhadap kanak-kanak; 6.5 Jadual dan kewangan: Peraturan mengenai jadual latihan, pertandingan, atau aktiviti lainnya biasanya ditetapkan. Ini termasuk waktu dan tempat latihan, kehadiran yang diharapkan, dan peraturan mengenai pembayaran atau perbelanjaan yang berkaitan dengan aktiviti tersebut; 6.6 Etika dan disiplin: Murid diharapkan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan dalam aktiviti sukan, kokurikulum, dan kesenian. Ini termasuk tingkah laku yang baik, menghormati guru dan rakan sebaya, serta menjaga peralatan dan fasiliti yang digunakan; 6.7 Etika pakaian untuk kanak-kanak dan guru: Etika berpakaian perlu dimaklumkan agar pemakaian kanak-kanak dan guru bersesuaian
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 8 dengan tema atau aktiviti yang dilaksanakan. Pakaian semasa menjalani aktiviti hendaklah selesa dan mudah bergerak, serta tidak mendedahkan aurat; dan 6.8 Penilaian dan pengiktirafan: Terdapat penilaian dan pengiktirafan yang diberikan kepada murid yang terlibat dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian. Peraturan mengenai penilaian, kriteria, dan proses pengiktirafan dijelaskan secara terperinci dalam Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). 7. ELEMEN 1: DASAR DAN PERATURAN 7.1 Manual perlindungan kanak-kanak dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian haruslah disokong oleh dasar dan peraturan keselamatan serta perlindungan kanak-kanak yang jelas. Dasar dan peraturan ini perlu menyenaraikan tanggungjawab semua pihak yang terlibat, termasuk pengajar, pentadbir sekolah, kakitangan sokongan, ibu bapa, dan kanak-kanak itu sendiri. Terdapat undang-undang lain dan peraturan yang juga relevan dalam konteks ini. Teks dasar dan undang-undang yang lengkap perlu dirujuk dan nasihat profesional perlu diperoleh untuk maklumat yang tepat dan terkini. 7.2 Berikut adalah beberapa dasar, peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak di Malaysia yang boleh dijadikan rujukan: i. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550): Akta ini memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dalam konteks pendidikan. Ia mengandungi peruntukan mengenai hak pendidikan kanak-kanak, pengurusan sekolah, dan peraturan berkaitan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di institusi pendidikan; ii. Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611): Akta ini mengandungi peruntukan yang melindungi kepentingan dan kesejahteraan kanak-kanak. Ia merangkumi pelbagai isu seperti
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 9 penjagaan, pemeliharaan, dan jagaan kanak-kanak, serta pencegahan penyalahgunaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak; iii. Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792): Akta ini ditubuhkan untuk melindungi kanak-kanak daripada kesalahan seksual, keganasan, dan penyalahgunaan. Ia menggariskan pelbagai tindakan yang boleh diambil untuk melindungi kanak-kanak dan memberikan hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan jenayah seksual, menjaga kebajikan kanak-kanak dan mengadakan pencegahan yang berkesan bagi kesalahan yang melibatkan seksual terhadap kanakkanak dan urus tadbir keadilan bagi kanak-kanak; iv. Dasar Kebangsaan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pengurusan Keselamatan 2019: Dasar ini menggariskan pendekatan dan strategi kerajaan dalam melindungi kanak-kanak daripada ancaman dan penyalahgunaan. Ia menekankan kerjasama antara agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan masyarakat dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan kanak-kanak; dan v. Kod Sukan Selamat: Dokumen ini merupakan suatu garis panduan yang dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memberi panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat serta peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan dan penderaan dalam sukan. 7.3 Berikut adalah senarai peraturan dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM berkaitan aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian yang sedang berkuatkuasa dan boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan: i. Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan KPM ii. Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan KPM
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 10 iii. Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah iv. SPI Bil. 7/1988 - Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan v. SPI Bil. 1/1989 - Penyertaan Pelajar dalam Kegiatan Sukan di Sekolah vi. SPI Bil. 1/1995 - Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di Dalam dan Luar Kawasan Sekolah vii. SPI Bil. 8/1995 (Maklumat Tambahan kepada SPI Bil. 7/1988 ) - Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan viii. SPI Bil. 24/1998 - Penglibatan Guru dan Murid dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan ix. SPI Bil. 9/2000 - Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan Sekolah x. SPI Bil. 11/2004 - Pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) xi. SPI Bil. 8/2009 - Langkah-langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti/Program Lawatan Di Luar Waktu Persekolahan xii. SPI Bil. 16/2010 - Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan xiii. SPI Bil. 5/2016 (Maklumat Tambahan SPI Bil. 9/2000) - Panduan Keselamatan Semasa PJK Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan Sekolah xiv. SPI Bil. 5/2018 - Garis Panduan Perwakilan Kuasa Daripada Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru Kepada Pendaftar Bagi Kelulusan Permohonan Oleh Pihak Luar Menjalankan Aktiviti Melibatkan Murid, Guru dan Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia xv. SPI BiL. 9/2023 - Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2023 * Rujuk Lampiran untuk lain-lain peraturan dan SPI KPM.
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 11 8. ELEMEN 2: LATIHAN DAN KESEDARAN 8.1 Semua individu yang terlibat dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian, seperti guru, pengurus aktiviti, dan pengawas, perlu menjalani latihan/kursus berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak. Mereka harus memahami isu-isu penting seperti pengenalan tanda-tanda penyalahgunaan kanak-kanak, prosedur melaporkan kejadian yang mencurigakan, dan cara menyediakan persekitaran yang selamat. 8.2 Satu contoh aktiviti latihan/kursus bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga pendidikan yang dilaksanakan oleh KPM ialah Penataran Kod Sukan Selamat di Sekolah. 9. ELEMEN 3: PENAPISAN STAF 9.1 Semua staf yang terlibat dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian harus menjalani proses penapisan yang ketat sebelum diberikan kebenaran untuk berinteraksi dengan kanak-kanak. Ini mungkin termasuk pemeriksaan latar belakang dan rujukan daripada rakan sekerja terdahulu. 9.2 Guru yang dilantik oleh KPM merupakan penjawat awam yang telah melalui proses penapisan staf yang sangat ketat. Justeru, pemahaman guru terhadap murid sebagai kanak-kanak dan konsep loco parentis harus difahami oleh guru sebagai langkah penting melindungi kanak-kanak dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian. 9.3 Kaedah penapisan staf, jurulatih, mentor atau guru pembimbing selain guru yang dilantik oleh KPM perlu melalui proses penapisan staf bagi memastikan individu yang terlibat dengan kanak-kanak mempunyai kelayakan dan kemahiran yang diperlukan. 9.4 Berikut adalah beberapa kaedah penapisan staf yang boleh digunakan:
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 12 9.4.1 Pengalaman dan Kelayakan: Semak rekod pengalaman dan kelayakan calon untuk memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dalam bidang yang berkaitan. Ini boleh merangkumi pengalaman sebagai atlet, pelatih sebelumnya, penglibatan dalam pertandingan, kejayaan dalam bidang tertentu, dan kelayakan akademik yang berkaitan; 9.4.2 Penilaian Kemahiran: Laksanakan penilaian kemahiran praktikal bagi calon yang berkaitan dengan aktiviti sukan, kokurikulum, atau kesenian yang akan mereka bimbing. Contohnya, jika mereka memohon sebagai jurulatih bola sepak, mereka boleh diminta untuk menunjukkan kemahiran dalam kecekapan teknikal dan taktikal, seperti mengendalikan bola atau merancang strategi permainan; 9.4.3 Temubual: Laksanakan sesi temubual dengan calon untuk menilai kepakaran mereka, motivasi, komunikasi, dan kemahiran interpersonal. Sesi temubual boleh membantu dalam memahami sikap mereka terhadap pembimbingan, bagaimana mereka berinteraksi dengan murid dan bagaimana mereka mengendalikan situasi yang mencabar; 9.4.4 Rujukan dan Penilaian Rakan Sejawat: Dapatkan rujukan daripada individu atau organisasi di mana calon pernah bekerja. Tindakan ini boleh memberikan maklumat tambahan mengenai kualiti kerja mereka, kesungguhan mereka, dan kebolehan mereka untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik; 9.4.5 Penilaian Personaliti: Keperluan mengambil kira personaliti calon dan memastikan ia sejajar dengan keperluan aktiviti yang akan mereka bimbing. Sebagai contoh, jurulatih yang baik perlu mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi, manakala mentor/jurulatih dalam bidang seni mungkin memerlukan kreativiti dan kesabaran; 9.4.6 Penilaian Keselamatan: Bagi aktiviti sukan atau kokurikulum yang melibatkan aspek fizikal, seperti aktiviti lasak atau sukan berisiko tinggi,
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 13 pastikan calon mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang mencukupi tentang keselamatan. Ini termasuk pengetahuan tentang peraturan keselamatan, persediaan kecemasan, dan kemahiran pertolongan cemas; 9.4.7 Saringan Latihan: Keperluan mengadakan sesi latihan atau ujian praktikal bagi calon untuk menguji kemahiran mereka secara langsung. Berikut adalah beberapa contoh saringan latihan atau ujian praktikal yang boleh digunakan untuk menguji kemahiran calon dalam melatih murid dalam sukan, kokurikulum, dan kesenian: 9.4.8 Sesi Demonstrasi: Calon diminta untuk melakukan sesi demonstrasi di hadapan panel penapisan. Mereka perlu menunjukkan kemahiran teknikal dan taktikal yang berkaitan dengan aktiviti yang mereka akan ajar. Contohnya, seorang calon jurulatih bola sepak boleh diminta untuk mempersembahkan latihan teknik pemain muda atau sesi taktikal untuk mengatasi situasi pertandingan tertentu; 9.4.9 Penyeliaan Sesi Latihan: Calon diberikan peluang untuk menyelia sesi latihan yang sebenar atau sesi bimbingan dengan murid. Panel penapisan akan menilai kebolehan calon untuk mengendalikan dan memimpin sesi latihan dengan berkesan di samping melihat kemahiran komunikasi, interaksi dengan murid, dan keupayaan untuk memberikan arahan yang jelas; 9.4.10 Penglibatan dalam Pertandingan atau Persembahan: Calon diberikan peluang untuk terlibat dalam pertandingan sukan atau persembahan seni. Mereka akan dinilai berdasarkan kebolehan mereka untuk mengendalikan dan membimbing murid dalam situasi pertandingan atau persembahan sebenar. Panel penapisan boleh menilai bagaimana calon menguruskan tekanan, membuat keputusan yang baik, dan memberikan arahan dalam konteks yang dinamik;
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 14 9.4.11 Penyediaan Rancangan Pengajaran: Calon diminta untuk menyediakan rancangan pengajaran untuk sesi latihan atau bimbingan. Mereka perlu menunjukkan kebolehan mereka dalam merancang program latihan yang sesuai, menetapkan matlamat pembelajaran yang jelas, dan merancang aktiviti yang relevan untuk membangunkan kemahiran murid. Panel penapisan akan menilai kesesuaian rancangan pengajaran dan kejelasan perancangan dengan tahap perkembangan murid; dan 9.4.12 Simulasi Permasalahan: Calon diberikan senario atau situasi yang mencabar yang berkaitan dengan aktiviti sukan, kokurikulum, atau kesenian. Mereka perlu menunjukkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan yang tepat, dan mengendalikan situasi dengan efektif. Panel penapisan akan menilai kemahiran pemecahan masalah, pengambilan keputusan, dan kemampuan calon untuk berfikir secara kreatif dan mengadaptasi strategi. Penting untuk diingat bahawa kaedah penapisan latihan atau ujian praktikal haruslah disesuaikan dengan jenis aktiviti yang sedang dinilai dan matlamat program yang dijalankan. 10. ELEMEN 4: PENGAWASAN DAN PENGURUSAN RISIKO 10.1 Aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian perlu diawasi dengan ketat untuk memastikan keselamatan kanak-kanak. Sekolah perlu menyediakan pengawasan yang mencukupi semasa aktiviti berlangsung dan mengenal pasti dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan aktiviti tersebut. 10.2 Langkah-langkah keselamatan perlu diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan dalam kalangan murid yang menjalani aktiviti di sekolah sama ada aktiviti pembelajaran, pendidikan jasmani atau kegiatan kokurikulum.
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 15 10.3 Langkah-langkah pengawasan dan pengurusan risiko yang boleh diambil oleh pihak sekolah: i. mengenalpasti risiko atau bahaya yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum; ii. membuat penilaian risiko dari segi tahap bahayadan kekerapan; iii. mengambil tindakan pengurusan untuk mencegah risiko atau kemalangan daripada berlaku; dan iv. melaksanakan prosedur dan polisi keselamatan yang telah disediakan. 11. ELEMEN 5: KOMUNIKASI DENGAN IBU BAPA 11.1 Institusi pendidikan terutamanya sekolah harus menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa dan melibatkan mereka dalam proses perlindungan kanakkanak. Ibu bapa perlu diberi maklumat mengenai aktiviti kokurikulum, prosedur keselamatan, dan cara untuk melapor sebarang kejadian yang mencurigakan. 11.2 Beberapa kaedah komunikasi yang boleh digunakan adalah seperti yang berikut: i. melaksanakan pertemuan secara bersemuka; ii. menghantar surat rasmi/makluman kepada ibu bapa; dan iii. memanfaat penggunaan teknologi dalam komunikasi seperti aplikasi WhatsApp, Telegram atau e-mel; 12. ELEMEN 6: PENDIDIKAN ASAS MENGENAI KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN DIRI KANAK-KANAK 12.1 Kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengetahuan asas mengenai keselamatan dan perlindungan diri. Mereka perlu diajar mengenali tanda-tanda bahaya. Hal ini adalah penting untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melindungi diri mereka sendiri dari mengelakkan daripada bahaya dan penyalahgunaan.
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 16 12.2 KPM juga percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Dengan mengambil langkah-langkah pencegahan ini, kita dapat melindungi kanak-kanak daripada bahaya dan memberikan mereka persekitaran yang selamat, seronok, sihat, dan membantu perkembangan mereka dengan baik. 12.3 Terdapat beberapa kaedah pencegahan penting yang boleh diambil bagi melindungi kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil: 12.3.1 Pendidikan Keselamatan: Pendidikan keselamatan perlu diberikan kepada kanak-kanak tentang risiko dan bahaya yang mungkin mereka hadapi di sekeliling mereka termasuk keselamatan diri, keselamatan jalan raya, keselamatan air, dan cara mengenali dan menghindari situasi berbahaya; 12.3.2 Pengawasan Orang Dewasa: Kanak-kanak perlu diawasi oleh orang dewasa yang bertanggungjawab pada setiap masa. Jangan biarkan kanak-kanak berada dalam keadaan yang tidak diawasi, terutama di sekitar air, di tempat umum yang ramai, atau dalam situasi di mana mereka mungkin berisiko; 12.3.3 Komunikasi Terbuka: Komunikasi terbuka dengan kanak-kanak perlu diwujudkan dan beri mereka keyakinan bahawa mereka boleh berbicara dengan staf terlibat tentang apa sahaja yang mereka hadapi, termasuk situasi yang tidak selesa atau bahaya yang mereka alami; 12.3.4 Pengajaran Hak Kehormatan dan Sempadan Peribadi: Kanakkanak perlu diberi pendidikan mengenai hak kehormatan mereka dan bagaimana menetapkan sempadan peribadi yang sihat. Kanak-kanak berhak untuk merasa selamat dan dilindungi, dan bahawa mereka tidak sepatutnya menerima sentuhan yang tidak diingini atau mendedahkan rahsia yang tidak sepatutnya kepada orang lain;
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 17 12.3.5 Kesedaran Digital: Kanak-kanak perlu diberikan pendidikan tentang penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab. Kanakkanak perlu dididik mengenai keselamatan siber, pentingnya privasi dalam talian, dan bahaya yang mungkin mereka hadapi semasa berinteraksi dalam talian; 12.3.6 Mengajar "Ya" dan "Tidak": Kanak-kanak perlu diajar untuk mengenali situasi yang tidak selesa dan melatih mereka untuk mengatakan "tidak" jika mereka merasa tidak selamat atau tidak selesa. Berikan mereka keyakinan bahawa mereka boleh melapor jika mereka mengalami situasi yang tidak diingini atau bahaya; 12.3.7 Pemantauan Media: Pantau akses dan penggunaan media kanakkanak, termasuk televisyen, filem, dan permainan video. Terdapat keperluan untuk memastikan kandungan yang dipaparkan kepada murid sesuai untuk usia mereka dan tidak mengandungi kekerasan, kebencian, atau konten yang tidak sesuai. Tetapkan had masa yang munasabah untuk penggunaan media dan pastikan aktiviti lain yang lebih sihat dan berinteraksi juga perlu diberi perhatian khusus; 12.3.8 Perlindungan dari Keganasan dan Kecuaian: Berikan pemahaman kepada kanak-kanak mengenai jenis kekerasan dan cuai yang mungkin mereka hadapi, termasuk buli, pengabaian, atau penyalahgunaan fizikal dan seksual. Ajarkan mereka mengenali tandatanda dan meminta bantuan jika mereka atau orang lain berada dalam situasi tersebut; 12.3.9 Pembinaan Hubungan yang Sihat: Bina hubungan yang sihat dengan kanak-kanak melalui komunikasi yang berterusan, kehadiran fizikal dan emosi yang stabil, dan memberikan sokongan yang diperlukan. Pastikan mereka tahu bahawa orang dewasa sentiasa ada di sisi mereka dan akan melindungi mereka;
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 18 12.3.10 Menggalakkan Kebebasan Berbicara: Galakkan kanak-kanak untuk berbicara dan berkongsi perasaan dan pengalaman mereka. Dengar mereka dengan penuh perhatian dan ambil tindakan jika perlu. Jangan mengecilkan atau mengabaikan isu-isu yang mereka bawa, walaupun mereka mungkin kelihatan remeh atau tidak penting; 12.3.11 Laporan dan Tindakan: Galakkan kanak-kanak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan jika keselamatan atau kesejahteraan kanak-kanak terancam. 13. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 13.1 Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara seperti yang berikut: 13.1.1 membangunkan Manual Perlindungan Kanak-kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian dan menggariskan perkara-perkara yang perlu dipatuhi serta tanggungjawab semua staf, jurulatih, mentor, guru pembimbing, pegawai dan pihak berkepentingan lain dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian; 13.1.2 mempromosi Manual Perlindungan Kanak-kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian secara meluas agar pihak berkepentingan mengetahui kewujudan dan pelaksanaan polisi; 13.1.3 melantik sekurang-kurangnya seorang pegawai untuk menguruskan perkara berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian; 13.1.4 menyediakan program latihan dan pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang perlindungan kanak-kanak dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian;
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 19 13.1.5 mengurus dan menyelesaikan aduan mengenai perlindungan kanakkanak menggunakan mekanisme dalaman; 13.1.6 memantau pelaksanaan Manual Perlindungan Kanak-kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian; 13.1.7 menyediakan sokongan dan bantuan kepada anggota kanak-kanak yang mungkin terjejas oleh penderaan, gangguan atau keganasan seperti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling; 13.1.8 bekerjasama dengan organisasi lain seperti badan penguatkuasa undang-undang, badan kerajaan dan badan bukan kerajaan yang berkaitan; dan 13.1.9 mengemaskini Manual Perlindungan Kanak-kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian supaya sejajar dengan peraturan dan undang-undang serta kekal relevan. 13.2 Ibu Bapa, Penjaga dan Pengiring bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara seperti yang berikut: 13.2.1 memahami kandungan Manual Perlindungan Kanak-kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia; 13.2.2 mengajar dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak atau individu di bawah tanggungjawab mereka; 13.2.3 mendorong dan mengingatkan anak atau individu di bawah tanggungjawab mereka untuk mematuhi Manual Perlindungan Kanak-kanak dalam Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian; 13.2.4 menyertai program latihan dan pendidikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Manual Perlindungan Kanak-kanak dalam
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 20 Aktiviti Sukan, Kokurikulum dan Kesenian serta memberikan panduan bagaimana untuk melaporkan pelanggaran peraturan dan undangundang perlindungan kanak-kanak dan mendapatkan bantuan; 13.2.5 sentiasa berkomunikasi dengan institusi pendidikan dan peka mengenai perkembangan anak atau individu di bawah tanggungjawab mereka; dan 13.2.6 sentiasa mengawasi dan mengambil berat keadaan dan kesihatan anak atau individu di bawah tanggungjawab mereka serta mengambil tindakan yang sesuai jika mengesyaki berlakunya pelanggaran dalam perlindungan kanak-kanak. 13.3 Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara seperti yang berikut: 13.3.1 mengadaptasi Manual ini dalam tatacara atau prosedur dalaman masing-masing; 13.3.2 mengintegrasikan Manual ini dalam sebarang penganjuran aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian serta mematuhi peraturanperaturan lain yang berkuat kuasa; 13.3.3 menyediakan latihan, pendidikan dan kesedaran mengenai perlindungan kanak-kanak kepada kakitangan; 13.3.4 mengambil tindakan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran dalam perlindungan kanak-kanak; dan 13.3.5 membantu dalam menjalankan aktiviti promosi yang bersesuaian bagi memupuk persekitaran yang selamat bagi aktiviti sukan, kokurikulum dan kesenian.
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 21 13.4 Staf, Jurulatih, Mentor, atau Guru Pembimbing bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara seperti yang berikut: 13.4.1 mematuhi Manual dan apa-apa peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia; 13.4.2 menyertai program latihan dan pendidikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelaksanaan Manual Perlindungan Kanakkanak; 13.4.3 menjadi contoh teladan (role model) yang baik kepada mana-mana orang dalam persekitaran sukan, kokurikulum dan kesenian; dan 13.4.4 mengawasi dan mengambil berat keadaan dan kesihatan kanakkanak serta mengambil tindakan yang sewajarnya jika mengesyaki berlakunya pelanggaran perlindungan kanak-kanak. 14. PENGURUSAN ADUAN 14.1 Berikut adalah prosedur umum pengurusan aduan pelanggaran perlindungan kanak-kanak: 14.1.1 Aduan yang diterima berkaitan pelanggaran perlindungan kanak-kanak hendaklah diuruskan mengikut prosedur dalaman masing-masing atau polisi yang telah ditetapkan oleh KPM; dan 14.1.2 Semua aduan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa atau organisasi seperti di Perkara 15 Manual ini, akan diselesaikan mengikut prosedur dan tatacara pihak berkuasa atau organisasi tersebut.
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 22 15. MEKANISME PENGADUAN 15.1 Berikut adalah beberapa agensi dan organisasi selain Kementerian Pendidikan Malaysia yang dapat dihubungi untuk bantuan dan nasihat dalam isu dan kes berkaitan perlindungan kanak-kanak: 15.1.1 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): JKM adalah agensi kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab dalam melindungi dan mempromosikan kesejahteraan kanak-kanak. Mereka menyediakan khidmat nasihat, penempatan sementara, dan sokongan kepada kanak-kanak yang memerlukan perlindungmelalui talian bebas tol 15999 atau melalui laman web mereka. 15.1.2 Polis Diraja Malaysia (PDRM): Polis Malaysia mempunyai unit khas yang mengendalikan isu-isu perlindungan kanak-kanak. Sekiranya bantuan segera diperlukan atau ingin melaporkan penyalahgunaan kanak-kanak boleh menghubungi PDRM di talian kecemasan 999 atau ke balai polis terdekat. 15.1.3 Talian Nur: Talian Nur adalah talian bantuan anak-anak yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat yang menawarkan khidmat nasihat dan bantuan dalam isuisu yang berkaitan dengan kanak-kanak. Talian Nur boleh dihubungi di talian bebas tol 15999. 15.1.4 Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (PWWC): PWWC adalah pertubuhan bukan kerajaan yang berdedikasi untuk melindungi dan memperjuangkan hak kanak-kanak. Mereka menyediakan khidmat nasihat, perlindungan, dan sokongan kepada kanak-kanak yang memerlukan bantuan. PWWC boleh dihubung melalui talian pejabat mereka atau melalui laman web mereka.
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 23 16. KERAHSIAAN 16.1 Privasi semua pihak yang terlibat haruslah dihormati dan dilindungi dengan mengimbangi keperluan untuk mengumpul maklumat bagi menilai laporan dan mengambil langkah menangani pelanggaran perlindungan kanak-kanak tersebut; dan 16.2 Semua dokumen dan bukti yang berkaitan dengan pelanggaran perlindungan kanak-kanak adalah sulit dan tidak boleh didedahkan, kecuali bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 24 LAMPIRAN KESELAMATAN 1. SPI Bil. 1/1984 Peraturan Mengenai Masuk ke Kawasan Sekolah untuk Membuat Tinjauan/ Pemerhatian/ Siasatan/Temuduga Dengan Guru-Guru dan Murid Murid di Sekolah Serta Mendapat MaklumatMaklumat Sekolah oleh Organisasi/Individu Luar 2. SPI Bil. 8/1988 Keselamatan Diri Pelajar di Sekolah 3. SPI Bil.4/1991 Pelaporan Kejadian Tidak Diingini di Sekolah 4. SPI Bil. 1/1993 Lapor kepada Polis Salah Laku yang Berbentuk Jenayah 5. SPI Bil. 1/1995 Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan Sekolah 6. SPI Bil. 6/1998 Menjaga Kesihatan Pelajar di Sekolah 7 SPI Bil. 8/1998 Garis Panduan dan Syarat-Syarat Penggambaran di Kawasan Sekolah, Maktab Perguruan dan Politeknik oleh Pihak Luar 8. SPI Bil.17/1998 Memasukkan Elemen Mencegah Rasuah dalam Kurikulum Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi 9. SPI Bil.21/1998 Persediaan Menghadapi Bencana Alam Perkhidmatan 10. SPI Bil.8/1999 Keselamatan Diri Murid dalam Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah 11. SPI Bil.6/2000 Menangani Masalah Keselamatan, Dadah dan Gengster 12. SPI Bil.9/2000 Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan 13. SPI Bil.9/2000 Tambahan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di Luar Kawasan 14. SPI Bil. 8/2009 Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Mengikuti Aktiviti/Program Lawatan di Luar Waktu 15. SPI Bil.10/2009 Perlaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 25 16. SPI Bil. 8/2011 Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah KEBAKARAN 17. SPI Bil. 8/1978 Kawad Kecemasan Kebakaran di Sekolah 18. SPI Bil.12/1989 Garis Panduan dan Segi Pencegahan Kebakaran Bagi Bangunan Dormitori dan Asrama DADAH 19. SPI Bil. 2/1979 Laporan Murid Murid dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah yang Memerlukan Pertolongan 20. SPI Bil.3/1988 Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) 21. SPI Bil.4/1997 Hukuman ke atas Murid Menghisap Rokok GANGSTERISM 22. SPI Bil. 3/1993 Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah 23. SPI Bil. 6/1995 Menangani Masalah Ponteng di Sekolah 24. SPI Bil.7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah 25. SPI Bil.16/1996 Perlaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman di Sekolah 20. SPI Bil.16/1998 Menangani Kegiatan Gengster di Sekolah 21. SPI Bil.7/1999 Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah AGENSI LUAR 22. SPI Bil. 9/1988 Permohonan Kursus Melalui Kedutaan-Kedutaan Asing 23. SPI Bil.4/1993 Taklimat oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/ Bahagian dan Sekolah Kepada Agensi-Agensi Kerajaan atau Swasta 24. SPI Bil. 12/1998 Larangan Menjalankan Jualan Terus di SekolahSekolah 25. SPI Bil. 12/1998 Garis Panduan dan Syarat-Syarat Penggambaran di Sekitar Kawasan Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Pihak Luar
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 26 26. SPI Bil. 24/1998 Penglibatan Guru dan Murid dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan 27. SPI Bil. 19/2000 Panduan Menggalakkan Kerjasama dan Sumbangan Pihak Luar dalam Program Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Sekolah 28. SPI Bil. 19/2000 Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi Selain daripada Agensi di bawah Kementerian Malaysia 29. SPI Bil. 15/2000 Peraturan Secara Pentadbiran Supaya Ibu/Bapa/ Penjaga dibenar Menandatangani Borang Rasmi 30. SPI Bil. 9/2004 Mengundang Orang-Orang Kenamaan ke Upacara Sekolah dan Penggunaan Premis Sekolah oleh Pihak Luar 31. SPI Bil. 9/2023 Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai Tahun 2023 TAJAAN/PENYERTAAN PERTANDINGAN 32. SPI Bil. 6/1988 Panduan Tajaan oleh Syarikat/Badan Perniagaan di Sekolah 33. SPI Bil.7/1998 Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan 34. SPI Bil. 1/1989 Penyertaan Pelajar dalam Kegiatan Sukan di Sekolah 35. SPI Bil. 8/1995 Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 27
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 28
MANUAL PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM AKTIVITI SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN KPM 29