LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Tenaga Alternatif / Buku Teks m/s 161
Rangkap 2
Air sungai yang mengalir ke hilir dapat dibuat empangan bagi menghasilkan tenaga
elektrik dengan menggunakan turbin.
Rangkap 3
Kincir angina yang berpusing ligat mudah untuk menghasilkan tenaga elektrik
tanpa menjejaskan kelestarian alam.
Rangkap 4
Panel solar mampu menyerapkan cahaya matahari untuk diolah dan disimpan bagi
menghasilkan tenaga elektrik.
Rangkap 5
Penyajak menyeru penduduk dunia agar menggunakan anugerah ini dengan sebaik-baiknya
demi menjaga kelestarian alam.
Tiba-tiba Cerah / Buku Teks m/s 162
Ayat Susunan Biasa
1. Aayah memasang sensor pergerakan pada lampu ini.
2. Bagaimanakah alat ini berfungsi, ayah ?
3. Teknologi ini sangat cekap.
4. Terima kasih, ayah kerana mengajar kami untuk memelihara ala mini.
Ayat Susunan Songsang.
1. A yah memasang sensor pergerakan ini, mengapa ?
2. Untuk mengelakkan pembaziran elektrik, ayah memasang sensor ini.
3. Dengan alat ini, lampu di dalam bilik air akan menyala secara automatik apabila
adanya pergerakan.
4. Akan terpadam secara automatik pula lampu apabila tiadanya pergerakan.
Membina ayat susunan biasa
1. Alat sensor pergerakn ini menggunakan teknologi jimat tenaga.
2. Alat ini dapat mengurangkan pencemaran karbon daripada terbebas di alam sekitar.
3. Penggunaan alat ini menyebabkan alam sekitar terpelihara.
Membina ayat susunan songsang.
1. Menggunakan teknologi kimat tenaga, alat sensor pergerakan ini.
2. Dapat mengurangkan pencemaran karbon daripada terbebas di alam sekitar, alat ini.
3. Menyebabkan alam sekitar terpelihara, penggunaan alat ini.
Tiada Lagi Tisu / Buku Teks m/s 163
Ayat Aktif
1. Afifi mencuci tangan di singki.
2. Afifi melihat alat pengering tangan berada pada dinding tandas.
3. Afifi menghulurkan tangan pada alat pengering tangan itu.
4. Tangan Afifi menjadi kering setelah menggunakan alat pengering tangan.
5. Afifi berjanji tidak akan menggunakan tisu lagi selepas ini.
6. Penebangan hutan akan terpelihara jika kita kurang menggunakan kertas.
Pada suatu hari, Afifi dan keluarganya beriadah di Taman Botani. Semasa di sana, Afifi dan
abangnya menuju ke tandas. Afifi terus mencuci tangan di singki. Afifi terpandang alat
pengering tangan. Afifi menghulurkan tangan pada alat pengering tangan. Tangan Afifi
menjadi kering. Afifi berjanji pada dirinya tidak akan menggunakan tisu lagi. Afifi menceritakan
kepada abangnya bahawa hutan terpelihara apabila kita mengurangkan penggunaan tisu.
50
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Sungai Nadi Kehidupan / Buku Teks m/s 164
Ke hadapan sahabatku, Jason, semoga dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Pada
pendapat saya ,pihak berkuasa telah berusaha untuk memulihara sungai - sungai di
negara ini. Selain itu, keadaan kedua-dua sungai tersebut banyak berubah sekarang.
Indeks kualiti air bersih di sungai-sungai itu telah mencapai ke tahap membanggakan.
Pada masa ini, kedua-dua sungai tersebut telah menjadi daya tarikan baharu bagi
pelancong di Kuala Lumpur. Pelancong berpeluang untuk menikmati keindahan
pantulan cahaya lampu neon dan pancutan air di tengah-tengah sungai.
Uniknya Lembangan Maliau / Buku Teks m/s 165
Afifi ; Ya, saya akan mengikuti pasukan pengkaji alam tersebut kerana banyak ilmu
pengetahuan yang akan saya peroleh.
Afifi : Saya tidak akan bersetuju sama sekali jika dibina lombong arang batu di sana.
Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti pelombongan akan merosakkan alam
sekitar. Lembangan Maliau akan tercemar dan ekosistemnya akan musnah.
* pendapat lain yang sesuai juga diterima.
Selamatkan Bumi Kita / Buku Teks m/s 166
Penilaian A
Afifi : Kita boleh menyelamatkan bumi dengan cara melestarikan sekolah, berjimat
dalam penggunaan tenaga elektrik dan bersama-sama mengitar semula
bahan terbuang.
Afifi : Kebaikan mengumpul dan mengguna semula bahan buangan ialah kita dapat
mengurangkan pembuangan sampah dan kerosakan alam.
Penilaian B
Poster Sajak
malam kita
bergelap
teknologi Selamatkan sekolah
hijau BumI Kita lestari
kurangkan
kerosakkan
alam
51
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Selamatkan Bumi Kita / Buku Teks m/s 166
Rumusan :
Bagi menyelamatkan bumi, kita perlu mengurangkan perbuatan yang boleh merosakkan
alam. Selain itu, kita perlu menggunakan teknologi hijau dalam sebarang aktiviti.
Program 60 Minit Tanpa Cahaya Lampu memerlukan kita bergelap pada waktu
malam untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Sekolah Lestari juga merupakan satu
usaha untuk mendidik murid-murid agar menyayangi alam sekitar.
C
Ayat susunan biasa
1. Persekitaran sekolah lestari menyejukkan mata kita.
2. Kempen 60 Minit Tanpa Cahaya Lampu mengajar kita tentang amalan berjimat.
3. Kita juga dapat melestarikan sumber tenaga dengan mengamalkan kempen tersebut.
4. Kita perlulah sentiasa mengumpulkan dan guna semula barangan terpakai.
Ayat susunan songsang.
1. Menyejukkan mata kita, persekitaran sekolah lestari.
2. Mengajar kita tentang amalan berjimat, Kempen 60 Minit Tanpa Cahaya Lampu.
3. Dengan mengamalkan kempen tersebut, kita juga dapat melestarikan sumber tenaga.
4. Perlulan sentiasa mengumpul dan guna semula barangan terpakai, kita.
52
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Tema 8 : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Cara Kami / Buku Teks m/s 168
Farisha ; Pada pandangan saya, amalan-amalan yang kamu semua lakukan ini memang
baik untuk membantu keluarga berjimat. Perbuatan memberikan kasut yang
masih elok kepada adik, menanam sendiri sayur-sayuran, berkongsi kereta dengan
jiran tetangga dan membawa bekal ke sekolah memang patut kita amalkan.
Dengan cara ini, ekonomi keluarga kita akan lebih baik.
Farisha ; Saya ingin mengikut semua amalan yang kamu lakukan kerana amalan-amalan
tersebut sangat abaik dan berfaedah untuk saya sekeluarga.
Pembelian Tanpa Tunai / Buku Teks m/s 169
Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat
Farisha sekeluarga telah pergi ke mereka mempunyai pengalaman
Bazar Ramadan di Kampung Baru membuat belian tanpa tunai.
pada bulan puasa yang lepas.
Bazar tanpa tunai pertama di menjadi tarikan kepada pengunjung.
negara ini.
Pengunjung membuat transaksi boleh membeli barangan walaupun tidak
bayaran menggunakan e-dompet. membawa wang tunai.
Kita hanya perlu melakukan urusan jualbeli lebih pantas.
imbasan kod QR untuk membuat
pembelian. setiap transaksi lebih selamat
Setiap transaksi memerlukan
pengesahan nombor pin mengurangkan risiko keciciran wang dan
Pengguna tidak perlu membawa menjadi mangsa ragut.
wang tunai untuk berbelanja.
Respons :
Pada pendapat saya, urusan jual beli menggunakan e-dompet memudahkan penjual dan
pembeli. Orang ramai perlu menggunakan dan memanfaatkan kemudahan yang disediakan ini.
Awas, Akaun Keldai ! / Buku Teks m/s 170
Penjenayah Pemilik Pemilik akaun
menggunakan akaun Akaun Keldai boleh didakwa
bank kita Pemilik akaun boleh
dihukum penjara atau
Penjenayah akan denda atau kedua-duanya
membuat tawaran wang
bagi penggunaan akaun sekali
kita Akaun bank akan disekat
dan tidak boleh membuat
Penjenayah akan
menggunakan maklumat sebarang transaksi
peribadi perbankan kita
53
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Awas, Akaun Keldai ! / Buku Teks m/s 170
1. Pemilik akaun keldai ialah orang yang menggunakan akaun orang lain untuk transaksi
kewangan secara tidak sah dan menyalahi undang-undang.
2. Kesan terhadap pemilik akaun keldai ialah mereka boleh didakwa dan dikenakan hukuman
penjara 5 tahun atau denda atau kedua-duanya, akaun bank akan disekat, tidak boleh membuat
sebarang transaksi perbankan.
3. Masih ramai pemilik akaun yang menjadi mangsa akaun keldai tanpa disedari kerana
tidak berhati-hati dan mudah percaya akan tawaran wang serta mendedahkan maklumat
peribadi perbankan.
4. Pada pendapat saya, kita dapat menyedarkan orang ramai agar tidak menjadi pemilik
akaun keldai dengan menyalurkan maklumat melalui media massa, media sosial dan
media elektronik.
Sediakan Payung sebelum Hujan / Buku Teks m/s 171
1. Ikan gelama dibuat keropok
Ayam Kinantan dimasak kari
2. Ambil tahu manfaat kit
Senang keluarga tiada terbeban
3. Lebah bersarang di pokok jelutung
Pisang kaki di atas ran
4. Kurangkan risiko diri kita
Insurans diterima syukur di hati
Rancang Kewangan Keluarga / Buku Teks m/s 172
Petikan 4
Setiap awal tahun, kita mungkin memerlukan perbelanjaan yang banyak. Kelengkapan
persekolahan yang wajib dibeli ialah pakaian seragam, alat tulis dan buku. Kelengkapan
persekolahan ini adalah untuk memudahkan anak-anak belajar. Oleh itu, simpanan ini
amat penting sekali bagi yang telah merancang perbelanjaan.
Kata Pemeri Kata Penguat Kata Bantu
ialah sangat mesti
adalah makin
amat mungkin
sungguh telah
nian boleh
terlalu akan
masih
54
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Unit 23 – Usahawan Berwawasan
Inovasi Pemasaran / Buku Teks m/s 173
Penggunaan pelanggan
media sosial lebih ramai
mengedarkan Promosi pelanggan terdiri
risalah daripada warga sekolah
memasang pelanggan terdiri
gegantung daripada penduduk
sekitar
Irfan : Pada pendapat saya, kaedah yang sesuai kita gunakan untuk mempromosikan
produk jualan kita ialah penggunaan media sosial kerana mampu menyebarkan
promosi kepada pelanggan dengan lebih pantas.
Shu Fen : Pada pendapat saya, kaedah yang sesuai kita gunakan untuk mempromosi
produk jualan kita adalah dengan mengedarkan risalah kepada semua warga
sekolah kerana sasaran pelanggan kita ialah warga sekolah.
Amira ; Pada pendapat saya pula, kaedah yang sesuai kita gunakan untuk mempromosi
produk jualan kita adalah dengan memasang gegantung di hadapan sekolah
supaya penduduk sekitar tahu tentang karnival keusahawanan yang akan kita
adakan nanti.
Mudahnya Ibu Berniaga / Buku Teks m/s 174
Perkataan Maksud
1. tempahan sesuatu yang ditempah,pesanan
2. trend arah aliran ; perkembangan rentetan kejadian
3. jiran orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang
tetangga
4. meningkat 1. menginjak untuk naik ke atas
2. mencapai tingkat
5. permintaan 1. perihal (perbuatan)
2. sesuatu yang diminta,pertolongan
6. membantu memberikan pertolongan
7. pembungkusan pembuatan (proses) membungkus
8. media sosial media - alat atau perantara komunikasi
sosial - segala hal yang berkaitan dengan masyarakat
9. promosi segala usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau
mempertingkatkan jualan barang
10. perkhidmatan kerja (usaha, kemudahan, dan lain-lain) untuk kebajikan
( keperluan,kepentingan orang ramai )
11. berusaha bekerja dengan giat ; berikhtiar dengan sedaya upaya untuk
mencapai kemajuan
12. ejen orang yang menjalankan perniagaan untuk orang lain ;wakil
dalam urusan jual beliatau dalamperdagangan ;wakil penjual
55
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Usahawan Salai / Buku Teks m/s 175
Restoran - pernah melakukan pelbagai pekerjaan
Salai - menghasilkan dan menjual produk salai
- pembungkusan secara vakum atau
kedap udara
- membuka restoran
berhijrah Usahawan ramai
ke Kuala Salai pelanggan
Lumpur
lauk-pauk
sedap
* apa-apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan usahawan salai.
Hobi Menjadi Wang / Buku Teks m/s 176
Pernyataan Draf
- Amira Amira sangat suka ikan pelaga. Ayahnya
- sepasang ikan pelaga membelikan sepasang ikan pelaga.
- memasang rak Ayah dan abang memasang rak akuarium.
akuarium
Amira mengambil gambar dan memuat naik ke
- pelbagai media pelbagai media sosial.
sosial Amira mempunyai banyak koleksi ikan pelaga
- koleksi ikan pelaga
- rezeki Hobinya itu mendatangkan rezeki kepadanya.
Amira sangat sukan ikan pelaga. Ayahnya telah membelikan Amira sepasang ikan laga. Amira berasa
sungguh gembira. Hobi Amira bermain-main dengan ikan pelaga tersebut.
Ayah dan abang Aiman memasang rak akuarium di hadapan rumah mereka. Amira dan ibunya
memberi ikan pelaga makanan dan membersihkan air dalam akuarium. Ikan pelaga Amira
membiak dengan cepatnya.
Bilangan ikan pelaga belaan Amira semakin banyak. Amira mengambil gambar ikan-ikan pelaga
itu dan memuat naiknya ke pelbagai media sosial.
Keluarga Amira tidak menyangka bahawa ramai peminat ikan pelaga menghubungi Amira.
Mereka ingin membeli koleksi ikan pelaga milik Amira. Amira menjual ikan-ikan pelaga tersebut
dengan harga yang berpatutan.
Sejak itu, barulah Amira sedar bahawa hobinya itu mendatangkan rezeki. Dia berharap agar
dapat menjadi usahawan ikan hiasan suatu hari nanti.
56
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Kompang Lima Beradik / Buku Teks m/s 177
Kata Berimbuhan
Awalan Akhiran
didengar paluan
beradik gerakan
terkenal nyanyian
berformasi tepukan
teratur pujian
mencuri tempahan
membuat hiburan
diterima undangan
menuntut harapan
mengurus bayaran
berjaya amalkan
pemain jamuan
berusaha kumpulan
tumpuan
contohi
Bina Ayat
* murid membina ayat menggunakan mana-mana kata imbuhan.
1. Pencuri itu telah mencuri di sebuah rumah yang terletak di hujung kampung.
2. Mak Siti menerima tempahan makanan dari sebuah syarikat.
3. Jika kita rajin berusaha, kita pasti berjaya.
4. Pemain yang tinggi itu terpaksa dibawa keluar kerana mengalami kecederaan.
5. Salmiah telah diterima bekerja di syarikat besar di bandar.
6. Tetamu memberikan tepukan gemuruh ketika pasukan budaya mempersembahkan tarian.
7. Alisya menerima pujian daripada gurunya kerana berjaya menjawab soalan yang susah itu.
Kompang Lima Beradik / Buku Teks m/s 178
Kata Berimbuhan Apitan 6. dipasangkan
1. mengemaskan 7. membahayakan
2. peralatan 8. mengharapkan
3. pembinaan 9. perusahaan
4. dikemaskan
5. dijadikan
Kata Berimbuahn Sisipan 6. kemuncup
1. selerak 7. telapak
2. sinambung 8. gelupas
3. gelanggang 9. gemilang
4. cerucuk
5. serabut
57
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Unit 24 : Pintar Kewangan
Segala-galanya Bermula di Sini / Buku Teks m/s 179
Farisha : Bagi saya semua galeri di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia dapat
menambah pengetahuan kita tentang pendidikan kewangan. Yang menarik
perhatian saya ialah galeri kanak-kanak. Galeri tersebut menyediakan
permainan interaktif simpan, belanja dan kongsi. Selain itu, pengunjung dapat
mengetahui pendidikan kewangan, meneroka terowong RM 1 juta dan mencipta
wang kertas sendiri.
Kenali Wang Kita / Buku Teks m/s 180
Farisha : Pada pendapat saya, kaedah sentuh lebih berkesan untuk mengenal pasti
ketulenan wang kerta Malaysia berbanding kaedah yang lain. Dengan itu,
saya memilih kaedah sentuh.
Irfan : Setelah membuat pertimbangan, saya fikir, kaedah periksa menggunakan
peranti cahaya ultraungu lebih cekap kerana substrat kertas akan berkilau
pada ciri-ciri keselamatan tertentu. Dengan itu, saya memilih kaedah periksa.
Amira : Saya pula memilih kaedah lihat. Kaedah ini memerlukan saya melihat wang
kertas dengan berlatarbelakangkan cahaya. Potret tanda bayang Yang di-Pertuan
Agong tiga dimensi , tanda dan tingkap pandang telus.
* apa-apa sahaja jawapan yang sesuai diterima.
Jadilah Pengguna Bijak / Buku Teks m/s 181
* Murid menulis ayat yang diimlak.
Hemat Berbelanja / Buku Teks m/s 182
Wahai rakan semua Dengarkanlah
Sikap membazirkan wang Lagu ini
Bukan amalan kita Buat ingatan dalam diri
kelak kita juga yang susah Na na na na na na na ( ulang 2 kali )
Hemat berbelanja
Wahai kawan semua
Hemat dalam berbelanja Ingatlah kawan semua
Sikap berjimat cermat Rancang sebelum berbelanja
Mari amalkan bersama Beli yang perlu sahaja
Ini pesanan untuk semua
Lawatan Celik Wang / Buku Teks m/s 183
Bebas Mantap Kiasan
wang kertas kakitangan buah hati
wang syiling warganegara makan angin
terima kasih antarabangsa
tengah hari tandatangan besar hati
guru pengiring bauh fikiran
buku catatan beritahu membuka mata
tanggungjawab cenderamata
* Murid membina mana-mana ayat yang bersesuaian.
58
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Pintar Merancang / Buku Teks m/s 184
Kata Ganda Penuh Kata Ganda Separa
1. makanan-makanan
2. saudara-saudara 1. bebawang 5. berlebih-lebihan 9. bersama-sama
3. juadah-juadah
4. doa-doa 2. bebola 6. buah-buahan
3. jejari 7. bantu-membantu
4. tetamu 8. barang-barangan
Kata Ganda Berentak
1. kuih-muih
2. lauk-pauk
3. warna-warni
4. serba-serbi
* murid membina mana-mana ayat yang bersesuaian.
Pintar Merancang / Buku Teks m/s 185
* Murid menulis imlak
Mudahnya Menyimpan Wang / Buku Teks m/s 186
1. Kebaikan menyimpan wang di bank ialah kita akan mendapat faedah simpanan
pada setiap tahun. Menyimpan wang di bank juga lebih selamat dan terjamin.
2. Cara yang selamat untuk membawa wang ialah dengan menyimpannya di dalam
saku atau dompet.
3. Nilai murni yang ditunjukkan oleh Farisha ialah berjimat cermat dan pandai mengurus
kewangannya.
Farisha : Pada pendapat saya, program seperti ini dapat mendidik murid-murid untuk
berjimat cermat dan mengamalkan sikap suka menabung demi masa hadapan.
Usahawan Nasi Dagang Kreatif / Buku Teks m/s 187
Irfan ; Encik Osman dianggap usahawan kreatif kerana beliau melakukan kajian
inovasi untuk menghasilakan nasi dagang sejuk beku.
Irfan : Keistimewaan nasi dagang sejuk beku keluaran Encik Osman ialah
nasi dagang ini dapat disimpan dalam tempoh yang lama tetapi masih
terasa seperti baru dimasak dan masih menepati cita rasa ramuan asli.
Imran ; Ya, saya akan mengesyorkan nasi dagang ini kepada pengembara kerana
nasi dagang ini dapat disimpan dalam tempoh yang lama, senang dibawa
dan mudah disediakan.
Irfan : Pada pendapat saya, Encik Osman dapat memajukan perniagaan beliau lagi
dengan cara menyertai ekspo atau pameran yang diadakan oleh pihak kerajaan
dan mengiklankan produk keluarannya menggunakan pelbagai media sosial serta
membuka cawangan nasi dagang sejuk beku ini di seluruh negara.
59
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Sedapnya Nira Kurma / Buku Teks m/s 188
1. kegigihan - kesungguhan atau keteguhan berpegang pada pendapat atau fikiran sendiri.
2. usahawan - orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan
3. berbaloi - padan atau seimbang dengan sesuatu yang sepayutnya.
4. sambutan – perhatian yang diberikan terhadap sesuatu hal
5. pengusaha – oaring yang mengusahakan sesuatu badan perusahaan.
6. permintaan – perbuatan atau hal meminta ; permohonan
7. hasil – sesuatu yang diperoleh daripada sesuatu usaha; pendapatan ; perolehan;
8. nira – air yang disadap daripada mayang kelapa atau daripada mayang enau dan biasanya
dibuat gula , tuak
9. menampung – menerima dan mengurus sesuatu
10. menghasilkan – mendatangkan hasil ; mengeluarkan hasil bagi manfaat.
11. cuka – cairan yang masam rasanya.
12. perniagaan – urusan berjual beli untuk mencari keuntungan ; perdagangan
13. dipasarkan – dijual
14. pelanggan – pembeli atau pengguna perkhidmatan yang disediakan
15. produk – sesuatu barang, perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kilang, atau
ditawarkan oleh institusi
B
1. Sikap usahawan yang berjaya ialah gigih dan berani dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Keistimewaan perusahaan nira kurma yang dijalankan oleh Encik Mohd Zain apabila
dikatakan mempunyai khasiat menyembuhkan penyakit.
3. Pada pendapat saya, pengusaha perlu menanam lebih banyak pokok kurma
untuk meningkatkan keluaran nira kurma.
4. Jika saya Encik Mohd Zain, saya akan meluaskan pasaran produk nira kurma
dengan mengiklankan menggunakan pelbagai media sosial terkini dan mengeksport
ke luar negara.
C
Kata Berimbuhan Awalan Kata Berimbuhan Sisipan
1. menanam 7. bermula 1. cemerlang
2. berbaloi 8. ditanam 2. semerbak
3. mendapat 9. diperoleh
4. pengusaha 10. ditoreh
5. penyakit 11. menampung
6. pelanggan 12. tersebut
Kata Berimbuhan Akhiran
1. ratusan 4. manisan
2. sambutan 5. tanaman
3. keluaran
Kata Berimbuhan Apitan
1. kegigihan 9. menyebabkan
2. kesungguhan 10. menyembuhkan
3. membuahkan 11. menghasilkan
4. dihasilkan 12. perniagaan
5. menggalakkan 13. memudahkan
6. mengeluarkan 14. dipasarkan
7. mencukupi 15. mendapatkan
8. permintaan
* Murid membina ayat yang sesuai dan gramatis diterima
60
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Tema 9 : Integriti
Intergriti / Buku Teks m/s 189
1, berketampilan
2. bertindak bijak
3. rasional
4. hormat-menghormati
Ketokohan dalam Pimpinan / Buku Teks m/s 190
2. Walaupun dalam hujan renyai, mereka bekerjasama untuk memasang khemah sehingga
siap. Afifi mengingatkan anggota kumpulannya supaya mengemaskan beg-beg yang
dibawa oleh mereka ke dalam khemah.
3. Afifi memberikan tunjuk ajar tentang cara membina gajet. Ahli kumpulannya mengucapkan
terima kasih atas tunjuk ajarnya.
4. Afifi menerima Anugerah Kadet Terbaik bagi perkhemahan ini atas dedikasi yang tingginya.
Dia memberikan tabik hormat dan menerima sijil di atas pentas dengan penuh bangga.
Pemimpin Cilik / Buku Teks m/s 191
1. Razi merupakan ketua pengawas di sekolahnya.
2. Antara tugas yang dilaksanakan oleh Razi di sekolah ialah
a. membantu guru bertugas di pintu pagar sekolah.
b. mencatat nama murid yang datang lewat ke sekolah.
3. Antara nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan.
a. tanggungjawab
b. rasional
c. amanah
d. disiplin
4. Sekiranya ada pelajar yang datang lambat lewat ke sekolah , Razi menasihati mereka
dengan sopan supaya berubah.
5. Seorang pemimpin yang baik perlulah menjaga sikap kerana dia akan menjadi suri teladan
kepada semua orang. Dia juga perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan
dengan sebaik mungkin.
Selain itu, sebagai pemimpin dia juga perlu sentiasa rasional dan tidak pilih kasih semasa
menjalankan tugas. Dia memberikan nasihat dan teguran terhadap rakan-rakan yang
melanggar disiplin secara berhemah.
Di samping itu, dalam masa yang sama , dia perlu berusaha dengan bersungguh-
sungguh agar berjaya dengan cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Kesimpulannya, dia perlu menjadikan dirinya sebagai contoh kepada rakan-rakan
di sekolah.
61
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Anugerah yang Bernilai / Buku Teks m/s 192
Nisa seorang murid pintar yang berumur tujuh tahun. Dia mempunyai ibu bapa yang cacat pelihatan.
Walaupun ibu bapanya dilahirkan sebagai insan istimewa, Nisa amat menyayangi mereka dengan
sepenuh hatinya.
Pada hari pertama persekolahan, Nisa membawa ibu bapanya melawat persekitaran sekolah.
Dia menceritakan keadaan sekolah tersebut kepada mereka. Dia sangat teruja dan bersemangat untuk
menimba ilmu.
Tindakan Nisa itu disedari oleh Cikgu Arni. Beliau merakam perlakuan Nisa itu. Beliau sangat
tersentuh hati dengan kecekalan murid yang sangat menyayangi ibu bapanya.
Rakaman video Nisa itu telah tular dalam media di seluruh negara. Kisah Nisa mendapat
liputan luas oleh pihak media. Wartawan telah menemu ramah ibu bapa Nisa . Menurut mereka, Nisa
memang anak yang suka berdikari dalam hidup.
Guru Besar memuji sikap Nisa semasa dalam perhimpunan. Beliau meminta murid lain
mencontohi sikapnya. Beliau mengingatkan murid-murid bahawa kekurangan bukan penghalang untuk
meluahkan rasa sayang.
Anugerah yang Bernilai / Buku Teks m/s 193
Surat Kiriman Tidak Rasmi
Untuk pengetahuan saudara, Nisa seorang murid pintar yang berumur tujuh tahun. Dia mempunyai ibu
bapa yang cacat pelihatan. Walaupun ibu bapanya dilahirkan sebagai insan istimewa, Nisa amat
menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
Pada hari pertama persekolahan, Nisa memimpin tangan ibu dan ayahnya melawat ke
persekitaran bilik darjah dan kawasan sekolah. Dia menceritakan keadaan sekolahnya kepada mereka.
Ibu bapanya sangat teruja sambil memberikan semangat kepada Nisa agar belajar dengan tekun.
Seorang guru wanita yang kebetulan berada di situ merakamkan perlakuan Nisa. Beliau sangat
tersentuh hati dengan kecekalan Nisa menghadapi dugaan hidupnya.
Berita tentang kehidupan Nisa menjadi tular sehingga mendapat liputan pihak media. Mereka
telah menemu ramah ibu bapa Nisa dan kagum dengan sikap berdikari mereka dalam hidup.
Sewaktu perhimpunan sekolah, guru besar memuji akan sikap Nisa itu. Beliau meminta murid-
murid di sekolah itu mencontohi sikapnya. Menurut beliau, kekurangan bukanlah penghalang untuk kita
berjaya dalam pelajaran.
Hormati Sesama Kita / Buku Teks m/s 194
* Murid mengenal, mengecam dan menyebut huruf tunggal dalam tulisan jawi.
62
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Konti MACC.FM / Buku Teks m/s 195
Perenggan Pertama
Ayat tunggal peluasan subjek :
1. Puan Dianah masih bertugas sebagai juruhebah sambilan radio.
Ayat tunggal peluasan predikat :
2. Beliau bekerja di MACC.fm di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
di Putrajaya.
Ayat majmuk peluasan subjek :
3. Puan Nora yang bersuara lunak ialah rakan sekerja Puan Zana.
4. Puan Zana dan Puan Nora sangat komited dengan kerjaya.
Ayat majmuk peluasan predikat :
5. Mereka sentiasa berusaha untuk menjadikan siaran ini sebagai pilihan pendengar.
6. Mereka memaklumkan pendengar bahawa MACC.fm ialah saluran utama dalam
penyebaran mesej integriti.
7. Kini, siaran MACC.fm mempunyai ramai peminat kerana pengguna mula sedar akan
pentingnya penerapan integriti.
Konti MACC.FM / Buku Teks m/s 195
Perenggan Kedua
Ayat tunggal peluasan subjek :
1. Afifi gembira ditemu ramah oleh juruhebah.
Ayat tunggal peluasan predikat :
2. Afifi ditemu ramah oleh juruhebah di konti radio.
Ayat majmuk peluasan subjek :
3. Afifi dan Cikgu Zakwan ditemu ramah oleh juruhebah.
4. Murid lain yang tekun mendengar siaran ini mencatat banyak perkara penting tentang
pendidikan integriti.
Ayat majmuk peluasan predikat :
5. Afifi menjawab soalan juruhebah dengan tenangnya kerana dia telah membaca maklumat
integriti sebelum ke sana.
6. Dalam temu ramah tersebut, Cikgu Zakwan menyampaikan pesanan bahawa murid-murid
mestilah mengamalkan nilai-nilai murni untuk membentuk peribadi mulia.
7. Murid-murid mulai sedar akan pentingnya sikap integriti dan berikrar untuk mengamalkannya
dalam kehidupan.
Tanggungjawab Warga Sekolah / Buku Teks m/s 196
1. Nah, ini makanan yang kamu pesan !
2. Aduh, sakitnya kaki saya !
3. Mari saya bantu kamu bangun semual.
4. Tahniah, kamu terpilih menerima anugerah olahragawan sekolah pada kali ini !
5. Wah, kamu semua sangat disiplin ketika menyanyikan lagu Negaru !
Sentiasalah amalkan sikap menghormati kepada lambag negara ini.
* Murid membina ayat lain yang sesuai.
63
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Unit 26 : Dahulukan yang Utama
Sahabat Inspirasiku / Buku Teks m/s 197
Aiman seorang murid yang mengutamakan kesihatan dan keselamatan dirinya. Dia sentiasa
mematuhi saranan kerajaan untuk duduk di rumah semasa wabak COVID-19 melanda negara
kita. Di samping mematuhi jadual pembelajaran secara atas talian, dia juga membantu
rakannya dalam pembelajaran. Aiman dan keluarganya juga sangat prtihatin terhadap
golongan yang memerlukan bantuan.
Tanggungjawab Terlaksana / Buku Teks m/s 198 & 199
1. Puan Ayu bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital .
2. Jalan raya hari itu sesak kerana berlaku sebuah kemalangan.
3. Mangsa masih terlantar di tempat kemalangan kerana kemalangan itu baru sahaja berlaku.
4. Apabila melihat mangsa kemalangan masih terbaring di situ , Puan Ayu terus memberhentikan
keretanya untuk menolong mangsa kemalangan.
5. Selepas 10 minit, ambulans tiba di tempat kejadian.
6. Pada pendapat saya, tindakan yang dilakukan oleh Puan Ayu adalah wajar. Sikapnya yang
bertanggungjawab dan dedikasinya membuatkan beliau sentiasa positif dalam membantu
mangsa tanpa mengira masa dan tempat.
Semangat Membara / Buku Teks m/s 200
1. Perkara yang mengganggu fikiran Danish ialah dia tidak tahu untuk membuat pilihan
terhadap dua aktiviti serentak.
2. Danish harus mengutamakan sukan olahraga kerana sukan tersebut berpotensi dalam
mengembangkan bakatnya yang telah lama diceburi.
3. Jika saya Danish, sukan yang akan saya pilih ialah sukan olahraga kerana bidang sukan
tersebut mempunyai masa depan yang cerah.
4. Kebaikan menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum ialah kita dapat mengembangkan bakat,
menimba ilmu dan berpeluang untuk mewakili sekolah dan ke peringkat yang lebih tinggi.
Cabarannya pula ialah apabila sesuatu aktiviti atau pertandingan tersebut dijalankan serentak
dan penting untuk disertai.
Pesan Bonda / Buku Teks m/s 201
* Murid mempersembahkan tulisan Jawi.
Peribadi yang Baik / Buku Teks m/s 202
1. Ayat pasif
Kerja sekolah diselesaikan oleh Hakim sebelum keluar bermain.
2. Ayat pasif
Aktiviti riadah lebih digemari oleh Hakim berbanding dengan bermain gajet.
3. Ayat aktif
Kita perlu mengutamakan kemudahan teknologi untuk pembelajaran.
4. Ayat aktif
Guru memuji Hakim kerana selalu bertanya jika tidak faham.
Kedai Jujur / Buku Teks m/s 203
Afifi : Kedai Jujur itu sebuah kedai jualan berkonsepkan kedai tanpa penjual. Urus niaga
di kedai itu dijalankan dengan cara merujuk senarai harga barangan. Kemudian,
masukkan wang ke dalam bekas wang mengikut harga barangan. Jika ada baki,
ambil baki mengikut jumlah sebenar. Kita perlu mengamalkan sikap jujur dan
amanah.
Afifi ; Kamu boleh menghubungi pihak sekolah untuk memaklumkan perkara tersebut.
Yang penting, kamu perlu jujur.
Kai Jun ; Betul , Afifi. Kita perlu bersikap jujur kerana orang yang jujur itu sentiasa disanjung
tinggi dan dipandang mulia.
* jawapan lain yang sesuai diterima.
64
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Perpustakaan Hak Bersama / Buku Teks m/s 204
Jason Jamily : Terima kasih , kawan-kawan atas pandangan yang telah diberikan.
Setelah membuat pertimbangan, saya mengambil keputusan untuk
terus membuat ulang kaji di perpustakaan kerana di sini banyak bahan
rujukan yang boleh saya baca.
Penternak Berintegriti / Buku Teks m/s 205
* Murid menulis tekas yang diimlakkan.
Pembelajaran yang Menyeronokkan / Buku Teks m/s 206
Ayat Susunan Songsang;
Menyediakan beberapa buah komputer, pihak sekolah di luar dewan. Menggunakannya
pada waktu rehat, murid-murid. Untuk mematikan suisnya, murid terakhir akan
bertanggungjawab. Menjaga hak sekolah bersama-sama , mereka. Dengan kemudahan
ini, pembelajaran lebih menyeronokkan.
Ayat Susunan Biasa
Pihak sekolah menyediakan permainan dam ular gergasi di tepi kantin. Pemain perlu
menjawab soalan pada setiap kotak selepas membaling dadu gergasi. Mereka tidak
memakai kasut untuk menjaga ketahanan cat itu. Semua murid akan menyimpan
semua peralatan selepas bermain. Inilah cara mereka menghormati hak bersama di
sekolah.
Pemandu Teksi yang Prihatin / Buku Teks m/s 207
Saya menerima tempahan kerana saya berasa bertanggungjawab untuk membantunya.
Saya risau, jika penumpang itu tidak dapat menemui teksi lain pada waktu puncak.
Saya membatalkan tempahan kerana saya kasihan akan penumpang yang perlu
menunggu lama. Dengan berbuat demikian, penumpang boleh membuat tempahan
lain dan mendapat pemandu yang berhampiran.
Saya akan menerima tempahan itu kerana saya mempunyai sifat tanggungjawab untuk
membantunya. Saya risau jika penumpang itu tidak menemui teksi lain pada waktu puncak.
Lawatan ke Parlimen / Buku Teks m/s 208
2. Lawatan itu disertai oleh guru pengiring dan para pengawas dan murid biasa.
3. Petugas parlimen menunjukkan kerusi yang disediakan untuk pelawat.
4. Kami diarahkan oleh petugas untuk duduk dengan sopannya.
5. Segala peraturan yang telah ditetapkan kami patuhi.
6. Ahli parlimen membahaskan pelbagai usul.
7. Cadangan yang dikemukakan disokong oleh semua ahli parlimen.
8. Tidak terbalas oleh rakyat akan jasa ahli parlimen yang berbakti kepada mereka.
* Murid melengkapkan cerita dengan ayat yang dibina.
65
Koleksi Cikgu Rose
LATIHAN BUKU TEKS- TAHUN 5
Tanggungjawab Pengguna / Buku Teks m/s 209
Afifi : Kita perlu memuat turun aplikasi itu ke dalam telefon dan membeli kredit tambah
nilai untuk akaun tersebut.
Afifi : Kita mestilah bertanggungjawab untuk membayar kos perkhidmatan meletak
kenderaan kita di medan letak kereta.
Tinesh : Pada pendapat saya, sistem pembayaran ini lebih memudahkan pengguna
kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah mencari ejen jualan kupon
medan letak kereta.
Soalan :
1. Kita perlu membayar perkhidmatan medan letak kereta kerana medan letak
kereta ialah hak bersama yang perlu disenggara.
2. Kelemahan sistem ini ialah kita tidak boleh menggunakannya jika telefon pintar
kita kehabisan bateri.
3. Pada pendapat saya, sistem ini tidak sesuai dilaksanakan di tempat-tempat tertentu
yang mempunyai masalah capaian Internet yang stabil.
* mana-mana jawapan yang sesuai diterima.
Hak Kanak-kanak / Buku Teks m/s 210
1. Kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang berumur di bawah 18 tahun.
2. Hak kanak-kanak.
a. kehidupan
b. berkembang
c. perlindungan
d. pelibatan
3. Kanak-kanak berhak untuk berkembang. Hal ini merujuk kepada keperluan pendidikan,
bermain dan menyuarakan pendapat. Ini memberi kesan kepada perkembangan minda,
jasmani dan emosi kanak-kanak.
4. Jenis-jenis penderaan
a. penderaan fizikal
b. penderaan mental
c. penderaan seksual
66
Koleksi Cikgu Rose