The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perkembangan Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DayiniDin, 2022-10-03 06:10:18

Perkembangan Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu

Perkembangan Sistem Tulisan dan Ejaan Bahasa Melayu

BMMB1074:
Sejarah Perkembangan

Bahasa Melayu

NAMA: NUR DAYINI BINTI
KAMARUDDIN

KELAS: T1S1.08

ISI KANDUNGAN

Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu

1.1 Sistem Tulisan Pallava
1.2 Sistem Tulisan Kawi

01 1.3 Sistem Tulisan Jawi
1.4 Sistem Tulisan Rumi

Perkembangan bahasa Melayu Zaman Pra merdeka dan Pasca Merdeka

02 2.1 Peranan Jabatan Karang Mengarang
2.2 Peranan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
2.3 Peranan ASAS 50
2.4 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
2.5 Kerjasama Serantau dan Pengantaraan
2.6 Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu

03 ● Ekonomi
● Pendidikan
● Pentadbiran Kerajaan
● Pencampuran Kod
● Penyalahgunaan Bahasa di Media Sosial
● Slanga
● ICT

Penghargaan

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Dr Norasiah binti Abdullah kerana
telah memberi tunjuk ajar dan contoh teladan yang baik kepada saya. Selain itu, merupakan satu
kehormatan untuk belajar kolega yang jujur dan suportif. Ada banyak perkara yang dapat dipelajari.

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja
kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Dr Norasiah binti
Abdullah kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam
tempoh yang ditetapkan.

Dr Norasiah binti Abdullah pensyarah IPG Kampus Pendidikan Islam, beliau yang telah banyak membantu
sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau dan juga
rakan-rakan saya yang telah banyak mencetuskan idea kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan
ini. Syukur Alhamdulillah, dalam menyiapkan tugasan ini banyak yang telah saya pelajari sepanjang proses
penyiapan kerja kursus ini dijayakan. Ianya memberi saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna.

Perkembangan Tulisan bahasa Melayu

Dalam dunia ini, wujud pelbagai jenis bahasa

yang mempunyai kosa kata, cara penyampaian,

intonasi, istilah, nahu serta tulisan yang

tersendiri. Begitu juga dengan bahasa Melayu

yang merupakan bahasa rasmi, bahasa

perpaduan dan bahasa kebangsaan Malaysia.

Dalam sejarah bahasa Melayu, terdapat empat

jenis tulisan, berikut merupakan

tulisan-tulisannya.

Tulisan Kawi Tulisan Pallava Tulisan Jawi

Tulisan
Bahasa
Melayu

Tulisan Rumi

1.1 Tulisan Pallava

★ Tulisan Pallava berasal dari India dan dikenali sebagai tulisan
Devanagari.

★ Tulisan ini dibawa oleh orang Hindu semasa mereka tiba di
kawasan-kawasan Melayu seperti Srivijaya dan Palembang
(Nik Safiah, 2010).

★ Tulisan ini banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit yang
digunakan sebagai bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan .

★ Penemuan terawal tulisan ini adalah pada tiang batu
persembahan (Yupa) di daerah Muara Kaman, iaitu di antara
Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala.

★ Tulisan Pallava merupakan satu sistem tulisan abjad suku kata
(abuguida) yang berasal daripada tulisan Brahmi dari Indo-Aryan
Lembah Indus-Kush.

★ Tulisan ini juga dikenali sebagai ‘tulisan bulat’

★ Manakala di Kepulauan Melayu, tulisan

Pallava ini merupakan tulisan yang tertua dan
paling awal digunakan.

★ Pada mulanya, tulisan ini bertapak di pulau

Jawa dan digunakan dalam penulisan bahasa
Sanskrit.

➔ Bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan
pada ketika itu adalah bahasa Sanskrit.

➔ Penyebaran tulisan ini hanya terhad kepada
golongan istana kerana tiada kemudahan
asas yang dapat menyebarkan tulisan ini
kepada mereka.

➔ Tulisan Pallava juga merupakan tulisan
tertua dalam bahasa Melayu Kuno.

Kepulauan Melayu

Contoh Aksara Pallava

★ Tulisan Pallava jauh lebih kompleks

berbanding tulisan rumi.

★ Hal ini demikian kerana adanya sistem

simbol bagi gabungan bunyi.

★ Contoh: -au, -ai, pa, ya, kka dan nca
★ Konsonan tidak menandakan huruf

semata-mata tetapi membawa bunyi
yang berbeza.

Bukti Penggunaan Tulisan Pallava

Bukti yang menunjukkan Pada tahun 1879, Yupa
penggunaan tulisan Pallawa ini telah dijumpai oleh
terdapat pada yupa, iaitu tiang pekerja topografi
batu persembahan atatu Belanda dalam huruf
prasasti di daerah Muara Kaman, Pallawa berbahasa
pertemuan antara Sungai Sanskrit. Kini, tujuh yupa
Mahakam dan Kedang Kepala, tersebut diletakkan di
sekitar 125km atau dua jam Muzium Nasional. Yupa
menaiki bot laju ke hulu tersebut berasal dari
Tenggarong, ibu kota Kabupaten tahun 400 yang
Kutai Kartanegara. merupakan tinggalan
pemerintahan Hindu

1.2 Tulisan Kawi

★ Tulisan Kawi mula digunakan oleh bangsa
Melayu sejak abad ke-8.

★ Aksara Jawa Kuno adalah turun temurun
aksara Brahmi Pallava yang pernah digunakan
di wilayah lautan Asia Tenggara termasuk
Kepulauan Melayu.

★ Tulisan ini digunakan hingga abad ke-16
Masihi terutamanya di Jawa, Borneo,
Sumatera dan Bali.

★ Bahasa Kawi ialah sejenis bahasa
kesusasteraan berdasarkan bahasa Jawa
Kuno dan mempunyai banyak perkataan
pinjaman daripada bahasa Sanskrit.

★ Bahasa Sanskrit yang mempunyai elemen
Hindu dan nama Kawi diambil daripada
perkataan Sanskrit yang bermaksud penyair
atau penyajak.

Huruf-huruf dalam tulisan Kawi

Huruf aksara Kawi Setiap huruf Aksara Kawi memiliki
adalah huruf-huruf menggambarkan sekitar 47 huruf, namun
yang digubah dari sebuah suku kata vokal ada segelintir huruf
huruf India Selatan. yang dapat diubah yang bentuk
dengan penggunaan penggunaanya kurang
tanda baca. jelas.

Tulisan Kawi lebih mementingkan suku kata,
bukan hurufnya. Tulisan ini hanya ada huruf
seperti berikut:

● Ka
● Me
●a
● sa
● Ti

Bukti Penemuan Tulisan Kawi

Tulisan Kawi adalah Penemuan batu nisan orang
sistem tulisan yang Melayu yang dikenali dengan
digunakan serentak nama Ahmad Majnun di
dengan bermulanya era pengkalan Kempas, Sungai
permulaan tulisan jawi Ujong, Negeri Sembilan. Batu
di kalangan orang nisan tersebut memaparkan
Melayu. tahun 1463 yang terdapat
tulisan Kawi dan Jawi dimana
membuktikan kedatangan
pengaruh Islam ke Tanah
Melayu.

01 1.3 Tulisan Jawi 04

Tulisan Jawi telah 02 03 Tulisan Jawi ini
wujud sejak sekitar telah digunakan
Penganut agama Setelah bangsa secara meluas di
tahun 1300 M di Islam memilih untuk Melayu mendapati
Kepulauan Melayu. negeri-negeri
Tulisan ini bermula menggunakan bahawa tulisan seperti Kesultana
abjad Jawi dalam Pallawa yang
daripada menulis. Tinggalan digunakan oleh Melaka, Johor,
kesusasteraan Arab tulisan Jawi purba mereka tidak sesuai Brunei, Patani, Sulu,
yang diperkenalkan yang tertua pada dijadikan wahan Acheh dan Ternate
penyebaran perihal pada abad ke-15.
oleh orang Parsi Batu Bersurat agama baru ini,
kepada Kerajaan Terengganu pada tulisan Jawi pun Tulisan ini
Melayu Jami di 1303M dan juga telah berkembang digunakan dalam
utara Palembang dengan maju surat menyurat
syair Bidasari selaras dengan
dan Indonesia. tulisan sekitar penyebaran Islam. diraja,
1300-1399 M yang titah-perintah, puisi
serta perhubungan
dijumpai di
Sumatera. antara saudagar.

Perkembangan Sistem Tulisan Jawi

★ Sejak dahulu lagi orang Melayu terkenal dengan beberapa sistem tulisan hasil masuk yang dibawa oleh para
pedagang yang secara tidak langsung memberikan pengaruh yang besar kepada orang-orang Melayu. Orang
Melayu mula menggunakan sistem tulisan sejak abad ke-4 Masihi di Champa, Vietnam.

★ Pada abad ke-7, terdapat pula beberapa bahan tulisan bahasa Melayu yang ditemui di Sumatera, Jawa
Tengah dan Kota Kapur.

★ Kesemua bentuk tulisan tersebut boleh dikaitkan dengan penggunaan huruf-huruf India sehingga dapat
melahirkan tulisan-tulisan kain seperti tulisan Jawa, Sunda dan juga Bali.

★ Terdapat juga tulisan Jawi yang dijumpai penggunaannya melalui buku undang-undang, hukum kanun, kitab
agama, hikayat, prosa Melayu, catatan hasil cukai, geran tanah, kira-kira baitulmal dan juga perubatan.

★ Melalui pengembangan sistem tulisan Arab tersebut menyebabkan pelbagai bukti-bukti kewujudan tulisan
Jawi pada batu bersurat atau prasasti, manuskrip lama, surat perjanjian dan surat izin berniaga yang
terlampau banyak dijumpai pada masa itu.

★ Merujuk pendapat Amat Juhari Moain (1996), tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam pelbagai
lapangan dan kegiatan penulisan.

★ Hasil catatan Hashim Musa (1996) dalam buku Sejarah Melayu menunjukkan bahawa tulisan Jawi pada masa
itu digunakan secara meluas dalam urusan-urusan pentadbiran sehingga dianggap satu tulisan yang hebat di
Kepulauan Tanah Melayu dan Nusantara. Penggunaannya yang meluas telah menarik minat penulis-penulis
tempatan dan luar negeri seperti W.G Shellaber (1935) untuk menulis buku Evolution of Malay Spelling.

★ penulisan buku Sejarah Melayu oleh Hashim Musa (1996).

1.4 Tulisan Rumi

★ Berasal daripada perkataan romawi yang digunakan dalam
bahasa arab (semasa zaman empayar Rom).

★ Bermaksud abjad atau huruf yang merupakan pelopor bagi
bahasa Latin.

★ Asasnya, abjad rumi mengandungi 26 huruf (A-Z)
★ Setiap konsonan dalam abjad rumi adalah sama dengan

konsonan bahasa Latin.
★ pada abad ke-17 (semasa pencerobohan British & Belanda)

sebutan diambil alih dari bahasa Arab ke bahasa Latin.
★ Di Malaysia, sistem ejaan rumi bermula selepas kemerdekaan

iaitu untuk menyelesaikan permasalahan
★ Pada tahun 1956, melalui Kongres Bahasa dan Persuratan

Melayu Ketiga satu ejaan rumi bahasa Melayu telah
dipersetujui.
★ Diberi nama Sistem Ejaan Kongres.
★ Dalam perbahasan ini, empat dasar pengejaan bahasa
Melayu dengan huruf rumi telah dirumuskan.

Ejaan Rumi Za’ba

Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah disusun oleh Zainal Abidin
Ahmad, atau lebih dikenali dengan Za’ba pada tahun 1933.
Seterusnya disiarkan dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949.
Disebabkan Sistem Ejaan Wilkinson yang telah dipakai sebelum ini
didapati ada beberapa kelemahan, maka sistem Ejaan Ruim Za’ba
telah diperkenalkan untuk memperkukuhkan serta memantapkan lagi
sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Sistem ejaan Za’ba tidak
menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ia hana
melambangkan bunyi-bunyi bahasa Melayu melalui huruf-huruf rumi
yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu, Terdapat
beberapa pembaharuan dalam Ejaan Za’ba.

Ejaan Rumi Kongres

Selepas Ejaan Rumi Za’ba ialah Ejaan Rumi Kongres. Sistem ejaan rumi Kongres ini ialah hasil dalam salah
satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September 1956.
Sidang tersebut telah menghalusi tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu. Sidang
tersebut telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa
dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi.

Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi bukan fonetik,
iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja. Kedua, perbezaan telah
ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan suku akhir tertutup.

Ketiga, tanda sempang dihapuskan penggunaannya (yang menyalahi sama sekali dengan sistem
Za’ba yang banyak sekali menggunakan sempang), kecuali pada kes-kes tertentu sahaja. Keempat,
terdapat pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu disebabkan ejaan
Kongres menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan sebutannya yang asal.

Kelima, terdapat perubahan dalam penggunaan kata-kata partikel, iaitu kata gelaran si, kata depan
di, ke, dan penanda sama/satu se- dipisahkan ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya tanpa
penggunaan sempang.

Terdapat pembaharuan dalam ejaan za’ba dengan membahagikan
huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar. Berikut

adalah peta yang menunjukkan pembaharuan dalam ejaan Za’ba:

Pembaharuan
dalam Ejaan Za’ba

Huruf Saksi Huruf benar

Huruf saksi Huruf benar
merupakan vokal merupakan konsonan

yang terdiri yang terdiri
daripada enam abjad daripada 21 huruf

iaitu a,e,i,o,u

Perkembangan bahasa
Pramerdeka dan Pascamerdeka

2.1 Pejabat Karang Mengarang

★ Pejabat Karang mula ditubuhkan pada tahun 1974 dan dikenali sebagai
Penerbit Universiti.

★ Dengan usaha O.T Dussek selaku Pengetua Maktab Perguruan Idris, serta
Pendeta Za’ba, pejabat ini dapat ditubuhkan.

★ Penubuhan Pejabat Karang Mengarang ini juga berjaya mendapat
kerjasama daripada R.O. Winstedt yang merupakan Pengarah Pelajaran
Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

★ Pejabat ini beroperasi sehingga 1957 sahaja apabila peranannya diambil
alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

★ Badan ini lebih menumpukan kepada penerbitan buku-buku sekolah
Melayu dan kegiatan menterjemah buku dan pada masa yang sama
penerbitan buku-buku umum.

★ Hingga tahun 1941 pejabat ini menerbitkan 85 judul buku teks sekolah dan
64 judul buku terjemahan untuk perpustakaan sekolah serta bacaan umum.

Menerbitkan buku
teks untuk

kegunaan sekolah
Melayu

Mengadakan Tujuan Penubuhan Menerbitkan
perpustakaan Pejabat Karang jurnal
Mengarang
bergerak

Menerbitkan
bahan bacaan
umum dalam
bahasa Melayu

peMnedmidaMikjueaklnaayonurang Membina asas tteerMbrejmaneacesamruaabknihtaukknamarunyambuku
pengetahuan bahasa

Melayu dan ilmu
karang-mengarang

Sumbangan
Penubuhan

Pejabat
Karang
Mengarang

Memelihara, Menstandardkan
memperlengkapkan ejaan dan
dan mempermoden perkataan
BM dan memelihara

tulisan jawi

Mencipta Matlamat Penubuhan Menubuhkan
perkataan baru Pejabat Karang Mengarang perpustakaan

Mengembangkan Mengeluarkan
pengetahuan “peredar” atau
melalui jurnal 6 bulan

ceramah-ceramah sekali
dan penyelidikan

★ Pakatan Belajar Mengajar 2.2 Peranan Pakatan
Belajar-Mengajar Pengetahuan
Pengetahuan Bahasa dikenali
sebagai PBmPB. Bahasa

★ Salah satu badan pembinaan ★ Ditubuhkan di Johor Bahru pada

dan perkembangan bahasa tahun 1888.
Melayu yang diasaskan sebelum
Tanah Melayu mencapai ★ Sebagai usaha memajukan BM
kemerdekaan.
secara berkumpulan.
★ Kerajaan Johor mempunyai
★ Pengasas persatuan ini ialah Dato’
kesedaran bermula tahun
1850-an kepentingan pelajaran.

Seri Amar Diraja Abdul Rahman

Andak dan Dato’ Muhammad

Ibrahim Munsyi.

★ Mereka telah membawa satu

perubahan baru dalam

memperkasakan peranan bahasa

Melayu agar pengetahuan bahasa

Melayu mudah disebarkan kepada

masyarakat.

Tujuan Penubuhan Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa Melayu

Mengendalikan Mewujudkan
perbincangan perpustakaan
tentang Bahasa

Melayu

2.3 Angkatan Sasterawan 50

★ Ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950.
★ Angkatan Sasterawan 50 atau lebih dikenali sebagai ASAS 50.
★ Pertubuhan sastera pertama di Malaya sebelum perang berlaku.
★ Pertubuhan ini bersifat kemasyarakatan dan menggunakan bahan sastera sebagai wadah

mencapai kemerdekaan pada tahun1957.

★ Antara pengasas ASAS 50 seperti berikut:

➔ Muhamaad Arif Ahmad (MAS)
➔ Abdul Wahab Muhammad

(Awamil-Sirkam)
➔ Munir Ali (Rosmera)
➔ Abdul Majid Husain (Hamsah)
➔ Kamaluddin Muhammad (Kris Mas)

Peranan Memperluas dan mempertingkatkan martabat
Angkatan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.
Sasterawan 50
(ASAS 50) Melindungi hak-hak ahli dan pengarangnya.

Melakukan pembaharuan dalam sastera tanpa
menghilangkan yang lama.

1956 Profesor Diraja Ungku 1957 DBP berubah 1962
Abdul Aziz (1956-1957) taraf daripada
Dalam Kongres jabatan kerajaan DBP berpindah ke
Bahasa dan sebagai pengarah kepada badan bangunan baru di
Persuratan pertama di samping dua berkanun apabila Jalan Lapangan
Melayu ke-3 orang pegawai daripada
(1956), nama Parlimen Terbang Lama,
Balai Pustaka Jabatan Karang meluluskan Akta Kuala Lumpur
Mengarang Kementerian Dewan Bahasa
ditukarkan kepada
Dewan Bahasa Pelajaran dan Pustaka
dan Pustaka
1956-1957 DBP berpindah ke 1959
Kuala Lumpur di
sebuah bangunan
bekas wad hos[ital
di Jalan Young
iaitu kini Jalan
Cenderawasih

Tujuan Penubuhan ASAS 50

● Memperluaskan dan mempertingkatkan martabat
kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

● Membantu sasterawan dalam memajukan cita-cita
dan kewangan.

● Memberi perlindungan di sisi undang-undang, jika
terdapat tulisan ahli terkeluar daripada
undang-undang.

● Mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa
melenyapkan yang lama.

● Mempelajari undang-undang negeri yang berhubung
dengan penerbitan.

Mencadangkan ba_ha_sa___ Sumbangan _____
diberi nilai ekonomi ASAS 50
dengan mengutamakan Berperanan dalam
kelulusan bahasa Melayu _____ ejaan dan

untuk memperoleh Menghimpunkan peristilahan
pekerjaan persatuan bahasa,

sastera dan
budaya

2.4 Dewan Bahasa dan Pustaka

★ Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan di Johor Bahru sebagai sebuah
jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran pada 22 Jun 1956.

★ Tujuan penubuhan adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara.

★ Di peringkat awal, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bahru.
★ Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 – 21

September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan
nama Dewan Bahasa dan Pustaka.
★ Di samping itu, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.
★ Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan
Young.
★ Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa
Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.
★ Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa
dan Pustaka 1959.
★ Naik taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu menggubal dasarnya yang khusus; menyusun program
pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku
secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.
★ Pada 31 Januari 1962, Dewan Bahasa dan Pustaka berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang
Lama, Kuala Lumpur.

Memajukan bakat Membina dan Menggalakkan
kesusasteraan memperkaya bahasa penggunaan bahasa
terutama dalam kebangsaan dalam kebangsaan supaya ia
akan digunakan secara
bahasa kebangsaan semua bidang meluas bagi segala
termasuk sains dan maksud mengikut
Mencetak/menerbitkan undang-undang yang
/membantu usaha teknologi sedang berkuat kuasa
percetakan atau
Peranan Dewan Menjadikan Bahasa
penerbitan buku-buku, dan Pustaka Melayu sebagai
risalah-risalah dan
lain-lain bentuk Menggalakkan bahasa komunikasi
persuratan dalam penggunaan bahasa yang cekap dan
bahasa kebangsaan berkesan dalam
kebangsaan yang semua bidang
betul

2.5 Kerjasama Serantau dan Pengantara

★ Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa
antarabangsa memang telah ada dalam sejarah
perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu, sejak
zaman Srivijaya pada abad ke-7 Masihi dan berakhir pada
zaman Kesultanan Melayu.

★ Malaysia dan Indonesia menubuhkan Majlis bahasa
Indonesia-Malaysia (MBIM) pada tahun 1972 bagi
memulakan era baru dalam kerjasama kebahasaan peringkat
serantau.

★ Pada tahun 1985, Brunei Darussalam menyertai pertubuhan
pakatan ini sekali gus MBIM diperluaskan menjadi Majlis
Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM)

★ Kerjasama MBIM dan MABBIM telah menghasilkan
penyeragaman pedoman ejaan dan istilah di peringkat
profesional.

2.6 Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah
Melayu semasa pemerintahan Inggeris. Di sekolah menengah pula,
terdapat dua bahasa yang digunakan, iaitu Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu mata
pelajaran sahaja. Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab
perguruan sejak tahun 1900. Siri buku tulisan Za’ba dalam bentuk
tiga jilid, iaitu Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu
digunakan sebagai rujukan. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut, iaitu zaman
pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka (1957-1970), dan
zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).

Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957)

Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem
persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan berikut:

● Laporan Barnes 1951 – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan
kaum Melayu.

● Laporan Fenn-Wu 1951 – menyemak pendidikan kaum Cina
● Ordinan Pelajaran 1952 – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai

corak sistem persekolahan kebangsaan.
● Laporan Razak 1956 – meletakkan asas bagi perkembangan sistem

pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran
Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem
peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Laporan Barnes 1951

Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari
Universiti Oxford. Cadangan jawatankuasa ini termasuklah:

● Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan taraf pencapaian
dalam Bahasa Inggeris.

● Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan kurikulum
latihan guru yang lebih bersesuaian.

● Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan menubuhkan Penguasa
Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang sama.

Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
sebagai pengantar. Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar, maka bahasa yang
satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu
sebagai memupuk perkembangan individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan
kemahiran, menggalak, merangsang, dan membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam
perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan
atau negara yang bersatu padu yang merangkumi semua kaum. Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik
daripada masyarakat Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina. Ini membawa kepada
pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.

Laporan Fenn-Wu 1951

★ Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah
Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes.

★ Laporan ini mencadangkan agar usaha merapatkan jurang perbezaan dilakukan
dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada
pendidikan yang tidak bercorak perkauman.

★ Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar
manakala bahasa lain sebagai pilihan.

★ Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecil keupayaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar.

★ Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan
pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa
tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian.

★ Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes
oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian
kepada cadangan yang dikemukakan.

Ordinan Pelajaran 1952

Pada 21 November 1952, Penyata
Pelajaran 1952 atau dikenali juga
Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan
oleh Majlis Perundangan Persekutuan
dengan sebulat suara. Penyata ini telah
membawa perubahan besar kepada
susunan sistem pelajaran negara ini.

Matlamat Penyata
Pelajaran 1952

Membekalkan dan Menggalakkan dan Berusaha membentuk
mengekalkan pengetahuan, membolehkan sesuatu warganegara yang bersatu
kemahiran dan perwatakan kaum menyesuaikan diri
yang baik untuk tiap-tiap di seluruh negara yang
dalam masyarakat terdiri dari berbagai kaum
individu berbilang bangsa di

negara ini

Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini satu dasar dan sistem
pelajaran baru diwujudkan. Antara yang tercatat dalam penyata, iaitu:

● Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua
jenis iaitu sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata
pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai
bahasa kedua.

● Sungguhpun begitu, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu
(Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam
salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing.

● Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada
tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Murid-murid
yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran
ke peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan
masing-masing.

Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E.E.C. Thuraisingam
menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan
negara serta menggambarkan sistem pendidikan "vernakular" moden dan membentuk
kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 1952,
2008).

Laporan Razak 1956

Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran
Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah
mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa
Pelajaran 1956. Dalam cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa
cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran
bagi Tanah Melayu telah dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah
(Penyata Razak 1956, 2008):

● Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada
sekolah-sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris, Tamil dan
Cina untuk terus maju.

● Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga
untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.

★ Selain daripada itu, jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guru-guru
dan nazir-nazir sekolah.

★ Pada masa akan datang, semua Perkhidmatan Guru akan disatukan di bawah satu skim
perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah Melayu, Cina atau
Tamil. Mengenai Bahasa Melayu pula Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan
kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada
sekolah-sekolah.

★ Bahasa Melayu dikira sebagai syarat bagi menerima bantuan di semua sekolah dan
Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah.

★ Satu Institut Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih
guru-guru Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang
digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya.

★ Bagi mengelola dan menjamin kelicinan pentadbiran pelajaran bagi seluruh
Persekutuan Tanah Melayu, jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya diwujudkan
satu Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk
memperbetulkan perjalanan dan meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah.

★ Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya mengadakan sistem peperiksaan yang
dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu
bagi murid-murid di semua sekolah menengah, mengadakan pelajaran menengah
lanjutan dan mengatur semula serta memajukan pelajaran teknik.

★ Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh
Jawatankuasa Penyata Pelajaran Razak ini ialah
mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada
yang bercorak Tanah Melayu, dengan mengadakan isi
sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan
mengambil langkah-langkah bagi memelihara
perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu
pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua
penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

★ Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini
menandakan satu lagi detik bersejarah dalam proses
pendidikan tanah air yang menuju kepada suatu Dasar
Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat
berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang
aman damai.

Zaman Pascamerdeka (1957-1970)

Selepas mencapai kemerdekaan, banyak usaha ditumpukan untuk
mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan Pelajaran

1957 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan
perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelan Akta
Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu menyebabkan Laporan
Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan

ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang
menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada
semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan
yang sama untuk semua pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

2006-2010, 2006, ms. 17).

Laporan Rahman Talib dan
Akta Pelajaran 1961

Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib,
Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan
Jawatankuasa Pendidikan 1956. Pada 18 Februari 1960, Menteri Pelajaran Encik
Abdul Rahman Talib telah mengumumkan nama sembilan orang anggota
Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. Mereka adalah:

➔ Encik Abdul Rahman Talib (Pengerusi)
➔ Tun Keong Yew Koh(Menteri Kehakiman)
➔ Encik Mohd. Khir Johari (Menteri Perdagangan dan Perusahaan)
➔ Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan (Penolong Menteri Pelajaran)

Mempertimbangkan Mengulang kaji Mengkaji
kesan-kesan Dasar Pelajaran langkah-langkah
nasional dan Razak yang telah untuk mewujudkan
diluluskan oleh
kewangan Dasar Majlis Undangan satu sistem
Pelajaran itu Persekutuan pada pelajaran nasional
16hb Mei, 1956 yang menjadikan
termasuk langkah bahasa kebangsaan
untuk mengadakan Tugas-tugas
pelajaran peringkat Jawatankuasa sebagai bahasa
pengantar yang
rendah dengan Penyemak
percuma utama

Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang akan
membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk masalah kewangan dan latihan
guru. Orang ramai, badan-badan pelajaran, dan sebagainya diberi kesempatan untuk
mengemukakan pendapat tentang Dasar Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji itu.

Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam
semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah
persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya Bahasa Melayu dimajukan dengan
menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan.
Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa
kebangsaan menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus Pengajian)
Sekolah 1956. Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk
memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula pada tahun 1963 apabila semua mata
kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam Bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian
pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma
untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama
sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada
tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan
ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang
melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

Zaman Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990)

Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan
bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung
Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Walau
bagaimanapun, selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan
Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan. Pada tahun 1979, semakan semula
pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem
pendidikan. Laporan ini telah:
★ Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca, menulis dan mengira.
★ Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.
★ Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia pendidikan menengah atas melalui dua jurusan,

akademik dan vokasional.
★ Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun.
★ Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju
dan matlamat pendidikan negara.

3.0 Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu

★ Bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu mula-mula disarankan
dalam Laporan Razak 1956 dan kemudian diperkukuh dalam
Laporan Abdul Rahman Talib 1960.

★ Terbukti kini bahawa bahawa bahasa Melayu mampu menjadi
bahasa ilmu apabila digunakan sepenuhnya di institut pengajian
tinggi awam di Malaysia.

Pendidikan Ekonomi Pentadbiran Kerajaan

Dasar pendidikan nasional ● Bahasa Inggeris Dokumen antarabangsa
tidak mempertahankan mendapat perhatian menggunakan bahasa
dan menjadi bahasa Inggeris sebagai bahasa
penggunaan bahasa Melayu pernataraan pengantar dan bahasa
ketika memperkenalkan
program pengajaran dan ● Bahasa Inggeris Melayu hanya
pembelajaran Sains dan digunakan segala digunakan dalam urusan
Matematik dalam bahasa dominan dalam
Inggeris pada 2003 iaitu pentadbiran dalam
selepas hampir 46 tahun pasaran berbanding negara sahaja
merdeka bahasa Melayu


Click to View FlipBook Version