SBLM1023: PENGANTAR PENULISAN KUMPULAN L TUGASAN 3 : PENULISAN POPULAR (MAJALAH) DISEDIAKAN UNTUK: NOR HAFIDAH IBRAHIM DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 2 1. CHOONG KAH LOK (277175) 2. LIM KIT EE, NATELIE (277649) 3. NG WOON YEE (278203) 4. AMIRATUL SYUHADA BINTI CHE ZAKARIA (281195) 5. AMIRA BALQIS BINTI NORSALLEHIN (282095)
DUNIA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 SUKAN DUNIA SUKAN Isu 16 Julai 2023 BADMINTON SUKAN POPULAR DI ASIA TENGGARA 2024 PERSIAPAN OLIMPIK PARIS M A J A L A H 3 DI BALIK TADBIR KISAH DATUK LEE CHONG WEI HARI SUKAN NEGARA 2023 PERKEMBANGAN SUKAN DI MALAYSIA RM 10.00
KANDUNGAN DUNIA SUKAN PEMAKANAN SIHAT YANG DISARANKAN UNTUK ATLET PERKEMBANGAN SUKAN DI MALAYSIA HIDUP BIAR SIHAT, AMALKAN LAPAN LANGKAH INI! 03 PENULISAN 02 TINTA EDITOR 13 14 03 BERITA UTAMA 04 BERITA SAMPINGAN Azizul cipta legasi rangkul emas ke 11 di pentas Asia MUKA 01 DUNIA SUKAN Datuk Lee Chong Wei- Lagenda di hati rakyat Malaysia 08 BERITA SAMPINGAN 05 BERITA SAMPINGAN Azeem Ungguli Lima Terbaik Asia 10 RUANGAN KREATIF 11 RUANGAN IKLAN 12 RUANGAN IKLAN Perkembangan Sukan di Malaysia 06 BERITA SAMPINGAN Azeem Ungguli Lima Terbaik Asia 07 BERITA SAMPINGAN Azeem Ungguli Lima Terbaik Asia Wakil yang tidak dikalahkan- Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi 09 BERITA SAMPINGAN
TINTA EDITOR DARIPADA KETUA EDITOR: Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Pertama sekali, saya mewakili kumpulan editor mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana dapat peluang untuk menterbitkan majalah Dunia Sukan ini. Kami berharap melalui majalah ini, kami dapat menyampaikan penghargaan kepada tokoh-tokoh dan para ahli sukan dalam arena sukan dan menghargai usaha keras mereka demi negara kita. Arena sukan dapat berkembang dan maju kerana usaha keras atlet-atlet negara kita. Setiap usaha daripada mereka haruslah dilihat oleh orang lain dan Majalah Dunia Sukan ini adalah platform dan medium yang menunjukkan detik kemuncak mereka. Dengan majalah ini, kami juga ingin meningkatkan kesedaran dan sokongan daripada semua rakyat untuk sentiasa bangga atas kejayaan atlet-atlet negara. Akhir sekali, kami berharap semua pembaca akan menikmati membaca majalah ini dan marilah kita terus memperkasa dunia sukan! Sekian, terima kasih. KETUA EDITOR AMIRA BALQIS NORSALLEHIN (282095) PEREKA GRAFIK LIM KIT EE,NATELIE (277649) PENULIS CHOONG KAH LOK (277175) PENULIS NG WOON YEE (278203) PENULIS AMIRATUL SYUHADA CHE ZAKARIA (281195) MUKA 02 DUNIA SUKAN
PERKEMBANGAN SUKAN DI MALAYSIA MUKA 03 DUNIA SUKAN MEMAJUKAN SUKAN DALAM ERA PANDEMIK COVID-19 Sukan Malaysia (Sukma) MSN ke-20 dalam era pemulihan daripada pandemik Covid-19 merungkai negeri yang memegang "kuasa besar" Kontinjen Johor meraih juara SUKMA 2022. Diikuti Kontinjen Terengganu & Kontinjen W. Persekutuan Walaupun covid-19 melanda Malaysia memberi kesan kepada atlet sukan untuk beraksi. Namun ini tidak memutuskan semangat mereka untuk memperoleh pingat di SUKMA 2022. Acara terbesar 'Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung memboleh atlet negara untuk meneruskan impian mereka. PERSIAPAN ATLET MALAYSIA KE SUKAN OLIMPIK PARIS 2024 Menurut Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Pasukan badminton membuat persiapan awal Olimpik Paris 2024. Jadual perlawanan padat menanti atlet kebangsaan dengan sebahagiannya mungkin berada di luar negara hingga akhir tahun ini. BADMINTON JAGUH lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli bakal beraksi di Sukan Paralimpik Paris 2024. Beliau berjaya meraih pingat perak acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris pada Khamis. LONTAR PELURU Kejayaan Datuk Azizulhasni Awang merangkul keseluruhan 12 pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC). Pencapaian ini memberi bayangan Azizulhasni akan bersaing pada ACC 2024 dalam masa yang sama mengutip mata kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024. BERBASIKAL BERITA UTAMA
AZIZUL CIPTA LEGASI RANGKUL EMAS KE 11 DI PENTAS ASIA NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menepati janjinya untuk meraih pingat emas di laman sendiri apabila menguasai perlumbaan akhir acara pecut Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai pada 16 Jun 2023. Pelumba yang diberi julukan “The Pocket Rocketman” itu turun pada peringkat separuh akhir membawa momentum yang terbaik selepas berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara pecut dengan melakar catatan 9.523 saat ketika aksi pusingan kelayakan. Aksi perlumbaan final yang pertama menyaksikan Azizul berjaya melakukan kayuhan deras untuk meninggalkan pencabarnya Ota Kaiya dari Jepun, yang merupakan pemenang pingat perak di Kejohanan Trek Piala Negara-Negara di Indonesia Februari lalu dengan catatan 9.924s. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu terus memacu laju ke hadapan ketika perlumbaan final kedua untuk sekali lagi menewaskan Kaiya dengan catatan 9.828s untuk merangkul pingat emas bagi kontinjen Malaysia. MUKA 04 DUNIA SUKAN “Perasaan saya bercampur-baur, dengan pelbagai perkara yang berlaku sebelum ini, ini pula adalah gelaran juara saya yang ke 11 di Asia, mencapai status legenda, saya rasa bagaikan tidak percaya, akhirnya saya berjaya melakukannya." - Datuk Azizulhasni Awang. BERITA SAMPINGAN
AZEEM UNGGULI LIMA TERBAIK ASIA Sebelum mara ke pusingan akhir Azeem merekodkan 10.35 saat di separuh akhir manakala Khairul Hafiz terkandas di peringkat saringan kedua dengan catatan 10.50 saat menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan impian ke peringkat akhir. Kejayaan Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Khairul Hafiz Jantan menjadi lima peserta terbaik membawa nama Malaysia di peringkat Asia. Walau bagaimanapun, cita-cita Azeem tidak terhenti disitu apabila beliau akan melakukan persiapan rapi untuk Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Hungary, pada 19 hingga 27 Ogos ini. Pada 12 Julai 2023, Kejohanan Olahraga Asia telah berlangsung di Stadium Nasional Suphachalasai, Bangkok, Thailand. Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Khairul Hafiz Jantan telah mewakili Malaysia dalam acara pelari pecut perlumbaan 100 meter. Azeem berjaya mendapatkan gelaran kelompok lima terbaik Asia apabila menamatkan perlumbaan 100 meter dengan catatan masa 10.25 saat di pusingan akhir. MUKA 05 DUNIA SUKAN Azzem Fahmi (kiri) beraksi di peringkat akhir. BERITA SAMPINGAN
Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun akan berlangsung pada 15 Julai 2023. Gandingan ratu terjun negara negara Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri memberi harapan negara Malaysia untuk membawa pulang pingat buat negara bagi acara 10 meter platform seirama wanita. Pengalaman yang dimiliki oleh ratu terjun negara menunjukkan peluang yang cerah untuk meraih pingat di kejohanan ini. Menurut Kehormat Persekutuan Renang Malaysia (MS), Andy Low, mereka berpeluang cerah meraih kedudukan podium sekali gus menempah slot ke Sukan Olimpik 2024 di Paris sekiranya mereka mampu melakukan terjunan mengagumkan dalam kejohanan tersebut. PANDELELA-DHABITAH BAKAL BERAKSI DI JEPUN MUKA 06 DUNIA SUKAN PANDELELA-NUR DHABITAH) BERPELUANG CERAH RAIH PINGAT BERDASARKAN PENGALAMAN DIMILIKI BERITA SAMPINGAN
Sukan baminton merupakan suatu sukan yang paling disukai oleh rakyat Malaysia. Semua ini tidak dapat dipisahkan dengan usaha Datuk Lee Chong Wei yang telah memenangi banyak pencapaian dalam pertandingan antarabangsa. Antaranya pertandingan dengan Lin Dan dari China yang paling popular. berita sampingan MUKA 07 DUNIA SUKAN Beliau berjaya mencapai 737 kemenangan sepanjang kerjayanya sebagai atlet badminton Malaysia. Antaranya 3 pingat perak dalam sukan Olimpik yang berjaya menyatukan semua rakyat untuk bersorak sokongan di hapan skrin. KEBANGGAAN RAKYAT MALAYSIA Walaupun Datu Lee Chong Wei telah bersara, namun beliau masih dikagumi oleh rakyat Malaysia. Semangat gigihnya menyentuh hati orang ramai. Beliau juga merupakan idola kepada atlet-atlet yang berusaha untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa. PENCAPAIAN KEMENANGAN YANG SUKAR DIATASI Datuk Lee Chong Wei - Legenda di hati rakyat MALAYSIA
wakil yang tidak dikalahkanmohamad ridzuan mohamad puzi Beliau berjaya menjadi wakil atlet Malaysia dalam acara lari pecut dan lompat jauh dalam kelas T36. Beliau juga telah memenangi banyak pertandingan di peringkat antarabangsa daripada tahun 2014 hingga 2022. Antara kejayaan beliau berjaya memenangi pingat emas dalam Paralimpik pada tahun 2016. Senyuman beliau yang sentiasa ceria telah menawan hati rakyat Malaysia. Kejayaan beliau juga memberi motivasi kepada orang yang kurang upaya supaya tidak berputus asa. Hal demikian, kurang upaya itu bukan halangan untuk berjaya. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi merupakan seorang atlet yang dilahirkan istimewa. Beliau telah di diagnosis sebagai celebral palsy pada usia satu tahun. Walaubagaimanapun, beliau berjaya dicungkil bakat apabila mengambil bahagian dalam olahraga semasa perjumpaan sekolah. MUKA 08 DUNIA SUKAN JIKA ANDA PERCAYA, ANDA BOLEH MELAKUKANNYA. berita sampingan
HARI SUKAN NEGARA APAKAH HSN? DUNIA SUKAN MUKA 09 Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) merupakan inisiatif Kementerian Belia dan sukan untuk mencapai hasrat bagi Malaysia sebagai "Negara Bersukan". HSN dijangka akan menarik seramai 40% rakyat Malaysia turut meyertai dalam pelbagai aktiviti sukan. Tetapi kadar masih rendah berbanding dengan negara maju sebanyak 50 hingga 60 peratus. Budaya sukan dipromosikan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk membantu menurunkan penyakit kronik di kalangan rakyat Malaysia. Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat 1. 2. 3. OBJEKTIF BERITA SAMPINGAN #JOMTURUNPADANG
RUANGAN KREATIF DUNIA SUKAN MUKA 10 Dunia sukan penuh semangat bergelora, Atlet berjuang, kejayaan dikejar, Padang, gelanggang jadi medan perjuangan, Semangat berapi, tak pernah pudar. Dalam medan persaingan yang bergelora, Peluh menitik, tekad terus berkobar, Tahap kecemerlangan dikejar bersama, Bak mentari yang terus bercahaya. Atlet mengharungi cabaran dan duka, Memecahkan rekod, menempa sejarah, Sukan menyatukan, semangat menyala, Negara berbangga, cita bergema. Dalam dunia sukan, cerita tercipta, Perjuangan dan kejayaan, tiada terputus, Melalui saingan, semangat terungkap, Dunia sukan membangkitkan semangat yang tersucup SEMANGAT PERJUANGAN DALAM DUNIA SUKAN
Reka bentuk kalis renang Lihat ringkasan mingguan anda Masadepan kesihatan beradadipergelangan tangan anda. Jejak aktiviti harian anda dengan Apple Watch Apple Watch hadir dengan sokongan sensor untuk memantau kadar denyutan jantung, selain menggunakan GPS dan WiFi daripada telefon untuk memantau aktiviti kecergasan anda dan memberikan data yang diperlukan. WATCH SERIES 7 Apple Watch anda boleh menjadi pasangan yang aktif walaupun semasa bersukan. Penderia yang inovatif memberikan cerapan tentang kesihatan anda secara keseluruhan dan mendayakan ciri Penjejakan Kitaran lanjutan. Sukatan Suhu Ukur paras oksigen darah anda dengan penderia dalam aplikasi. Ciri Kesihatan Terkini Tingkatkan latihan anda dengan metrik lanjutan, senaman tersuai dan fungsi berbilang sukan. Aplikasi Senaman DUNIA SUKAN MUKA 11
KKEEKKAALL SSEEGGAARR,, KKEEKKAALL HHIIDDRRAATT!! DUNIA SUKAN MUKA 12
PEMAKANAN SIHAT YANG DISARANKAN UNTUK ATLET 1. Pisang Pisang adalah sumber elektrolit semula jadi rendah kalori dan sangat baik. Ianya boleh menggantikan tenaga yang hilang selepas bersenam atau melakukan acara sukan. Buah ini juga tinggi kandungan kalium, sekali gus menjadikan ia snek ringan sihat. Pisang juga tergolong dalam pemakanan sihat yang boleh membantu anda mengawal pengambilan cecair. Selain itu, buah kegemaran ramai ini juga akan melindungi anda daripada kekejangan otot. 2. Salmon Ikan berminyak ini adalah sumber protein tanpa lemak dan asid lemak omega-3. Ia boleh mengurangkan keradangan yang berlaku kesan aktiviti atletik berterusan. Ia juga berfungsi sebagai pembersih arteri semula jadi serta membantu mencegah penyakit jantung. 3. Beri Beri hitam, raspberi dan beri biru adalah buah beri yang enak dan kaya dengan antioksidan. Beri boleh membantu mengembalikan tenaga setelah melakukan aktiviti kecergasan fizikal. Beri dengan warna lebih gelap mengandungi fitokimia dan unsur pelindung lain berfungsi menghalang tekanan oksidatif yang berlaku di dalam badan semasa melakukan aktiviti berintensiti berat. Buah beri ini juga dapat mengekalkan kekuatan otot seiring peningkatan usia anda. Ini bermakna ia bagus untuk jangka masa panjang. MUKA 13 DUNIA SUKAN
HIDUP BIAR SIHAT, AMALKAN LAPAN LANGKAH INI! 01 03 05 MINUM AIR SECUKUPNYA Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan JANGAN MEROKOK Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan. TANGANI STRESS Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan. 02 04 06 DIET YANG SIHAT Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. BERSENAM Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari. TIDUR BERKUALITI Pastikan tidur anda benar benar berkualiti. 07 TERAPI AROMATERAPI Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian. 08 PENJAGAAN KULIT Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas. MUKA 14 DUNIA SUKAN