The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fifiiriz, 2022-07-08 01:51:24

PENGALAMAN RAYA 5 SAHABAT

PENGALAMAN RAYA 5 SAHABAT

Kisah 5 sahabat di Hari Raya Aidilfitri



KANDUNGAN

01 Kisah 1 - kisah 5…………………………………………………………..5 - 15
02 Kisah 6 - kisah 10…………………………………………………….16 - 26
03 Kisah 11 - kisah 15…………………………………………………..27 - 40
04 Kisah 16 - kisah 20………………………………………………….41 - 51
05 Kisah 21 - kisah 25………………………………………………..…52 - 59



HARI

KISAH 1 - KISAH 5
HAZLINDA !

Sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh
keluarga Bidayuh Muslim


RAYA!!!































KISAH 8- RAYA RUMAH PERTAMA

Senyumku lemparkan dari jauh apabila terlihat pak cik ku menunggu di muka
pintu. Aku meletakkan motorku di halaman rumahnya. Lalu ku salam pakcik ku
dan mengucapkan salam hari raya. Ku lihat makcik ku mengangkat makanan
dari dapur bersama sepupu lelakiku. Lalu dibuka penutup makanan tersebut
ku lihat juadah ketupat dan berbagai makanan seperti soto dan nasi. Lantas
perut ku berbunyi kerana bau yang mengenakkan menusuk hidungku yang
memang tidak sabar untuk menjamu selera. Kuambil piring laluku kaut
ketupat dan ku tuangkan kuah kacang diatasnya.

Kami sekeluarga memang gemar masakan isteri kepada pak cik saya yang setiap tahun pasti
kami kunjungi. Biasanya, mereka akan memasak nasi briyani yang begitu wangi dan enak namun
juadah tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya. Kami akan solat zohor di sana dan saya akan
bermain- main dengan sepupu-sepupu saya ataupun berbual-bual dengan keluarga mereka.
Hari Raya telah mengeratkan tali persaudaraan kami sekeluarga. Pada setiap tahun, kami akan
bertemu dengan sanak-saudara. Ia adalah masa di mana aku amat gembira.

KISAH 9- RAYA KAMPUNG
SEBELAH

Sesudah aku berpusing satu kampung sehari memenuhkan perutku yang memang
kenyang menjamu selera, aku pun balik untuk berehat di rumah. Sedikit sesak nafasku
apabila aku terlebih kenyang kerana orang kampung yang memang murah hati untuk
memaksa aku menikmati juadah yang mereka sediakan. Aku pun bersedia untuk hari
esok untuk melawat makcik ku yang berada di kampung sebelah. Kring! Kring! Bunyi
loceng ku menandakan solat subuh lalu aku bergegas menunaikannya. Selesai solat
subuh, aku pun mandi bagi mempersiapkan diri untuk ke kampung sebelah beraya di
rumah mak cik ku yang merupakan kakak kepada ayahku

Ku lihat semua ahli keluargaku siap bersedia mengenakan baju serba baru. Kami pun bertolak
pada jam 9.30 pagi menggunakan dua buah kenderaan. Sebaik sahaja tiba di rumahnya, mak
cik menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka. Mak cik telah menyediakan pelbagai
jenis juadah untuk santapan kami sekeluarga. Kami sekeluarga berasa gembira kerana
berpeluang untuk menyambut hari raya bersama sama dengan mak cik yang selalunya akan
kami lawat setahun sekali.

KISAH 9- KAWAN DATANG
BERAYA

Setelah raya keempat, aku merencanakan plan untuk menjemput kawan-kawan kuyang memang
akrab sejak dari sekolah menengah lagi untuk beraya di rumahku. Setiap tahun, makanan ringan
dan barangan yang lazat adalah sorotan setiap rumah terbuka. Tahun ini, untuk membuat
persiapan bagi kuih raya, kami telah pun bersedia sejak sebulan yang lalu untuk menyediakan
santapan bagi para tetamu. Pelbagai jenis makanan manis buatan sendiri yang akan dinikmati oleh
tetamu kami dari cornflakes madu dan tart nanas hingga kuih makmur dan kuih semprit. Kata ibu,
berbanding membeli makanan daripada vendor dan perkhidmatan katering, ambilah masa ini
sebagai peluang untuk mempelajari resipi keluarga lama bersama orang tersayang. Kami selalu
berkumpul seisi keluarga untuk membuat juadah Hari Raya seperti nasi impit, rendang dan juga
belajar menenun ketupat bersama-sama.

Tepat jam 11.00 pagi, kawan-kawanku pun datang lalu aku menjemput mereka masuk ke rumah.
Kami pun bersalaman memohon maaf sekiranya pernah melakukan kesalahan antara satu
dengan lain lalu ku jemput mereka untuk menjamu selera. Kedatangan Hari Raya Aidilfitri
menunjukkan berakhirnya bulan suci Islam pada bulan Ramadhan, namun semangat
kebersamaan dan kebersamaan berlarutan. Akhir bulan puasa juga membawa peluang untuk
memulakan semula. Oleh itu, kepentingan tempoh ini tidak boleh dibayangi oleh makanan,
keseronokan dan perayaan. Ini adalah peluang bagi keluarga dan rakan-rakan untuk
mengukuhkan ikatan dan menyambung semula. Kita harus ingat untuk meminta pengampunan
dari para kita, menebus semua perbuatan salah kita dan berupaya berbuat lebih baik di masa
depan. Sebagai bonus, ambil masa ini sebagai peluang untuk menghargai, menghargai dan
meluangkan masa dengan orang tersayang.

HARI

KISAH 11 - KISAH 15
NUR HAZWANI !

This can be the part of the presentation
where you introduce yourself, write
your email…


RAYA!!!



























HARI

KISAH 16 - KISAH 20
NURUL AFIQAH !

Kejutan anak dan cucu perantau pulang
berhari raya, hari berkumpul yang
bahagia


RAYA!!!


















Click to View FlipBook Version