The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Suraizai, 2021-07-03 21:18:47

1.1 INTRODUCTION TO NURSING-converted

1.1 INTRODUCTION TO NURSING

INTRODUCTION TO NURSING
Concept of nursing
Definisi Jururawat

• Seseorang yang mengambil berat tentang sakit atau lemah
• Khusus : professional penjagaan kesihatan berlesen yang mengamalkan secara

bebas atau diawasi oleh seorang doktor, ahli bedah, atau doktor gigi dan yang
mahir dalam mempromosikan dan mengekalkan kesihatan.

https://www.merriam-webster.com/dictionary/nurse
• Jururawat adalah orang yang telah menyelesaikan program pendidikan

kejururawatan dasar dan diberi kuasa oleh pihak berkuasa pengawalseliaan
yang sesuai untuk mengamalkan kejururawatan di negaranya. Pendidikan
kejururawatan asas adalah program pengajian yang diiktiraf secara rasmi yang
menyediakan asas yang luas dan kukuh dalam sains tingkah laku, kehidupan,
dan kejururawatan untuk amalan umum kejururawatan, untuk peranan
kepimpinan, dan untuk pendidikan pasca asas khusus atau amalan
kejururawatan lanjutan.
• Jururawat disediakan dan diberi kuasa
(1) untuk melibatkan diri dalam skop umum amalan kejururawatan, termasuk
promosi kesihatan, pencegahan penyakit, dan penjagaan orang sakit fizikal,
sakit mental, dan orang kurang upaya dari semua peringkat umur dan semua
penjagaan kesihatan dan tetapan komuniti yang lain;
(2) menjalankan pengajaran penjagaan kesihatan;
(3) untuk mengambil bahagian sepenuhnya sebagai ahli pasukan penjagaan
kesihatan;
(4) mengawasi dan melatih pembantu penjagaan dan penjagaan kesihatan; dan
(5) terlibat dalam penyelidikan. (ICN, 1987)

Definis kejururawatan
• Nightigale mendefinisikan kejururawatan sebagai :
- menyediakan individu laian dalam keadaan terbaik pada persekitaran yang
baik untuk penyembuhan secara semulajadi adalah fokus utama
kejururawatan bukannya fokus kepada penyakit dan pembaikan

• Menurut WHO (2019) :
- Kejururawatan merangkumi penjagaan secara autonomi dan kolaboratif
individu dari semua peringkat umur, keluarga, kumpulan dan masyarakat,
sakit atau baik dan dalam semua keadaan. Kejururawatan termasuk promosi
kesihatan, pencegahan penyakit, dan penjagaan orang sakit, kurang upaya
dan mati.
- Advokasi, promosi persekitaran yang selamat, penyelidikan, penyertaan
dalam membentuk dasar kesihatan dan pengurusan sistem pesakit dan
kesihatan, dan pendidikan juga merupakan peranan utama kejururawatan.

i. Historical perspective of nursing for Malaysia and international
Perkembangan professional dalam kejururawatan di Malaysia dan diperingkat
antarabangsa
Perkembangan professional dalam kejururawatan di Malaysia

• Kerjaya kejuruawatan telah bermula di Malaysia sejak tahun 1800 di mana
perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari
East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik.

• Latihan (sambil bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan
terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan peperangan dunia ke dua. Sekolah
Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bharu, Pulau
Pinang dan Kuala Lumpur.

• Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951.
• Jururawat adalah profesyen yang mengabungkan antara ‘SENI’ dan ‘SAINS’ yang

membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa
serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan
serta aktiviti penjagaan diri sendiri.
• Selain itu, profesyen kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan
membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu
pesakit tenat mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.

• Kerjaya kejururawatan merupakan kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang
seiring dengan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan
bagi memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa.

• Justeru itu, kerjaya kejururawatan di Malaysia sentiasa menerima perubahan,
penambahbaikan dan peningkatan dalam pembangunan kerjaya seiring dengan era
globalisasi ke arah mencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara maju
menjelang 2020.

• Sehubungan itu, ia telah memberi peluang perkembangan kerjaya ke peringkat
yang lebih tinggi bagi menjamin kehidupan dan kepuasan diri.

• Selaras dengan itu, anjakan paradigma terhadap kerjaya kejururawatan telah
dapat dilihat di mana taraf kerjaya jururawat telah dipertingkatkan dari skim
perkhidmatan di dalam kumpulan sokongan melalui pewujudan skim perkhidmatan
yang dikenali sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu.

• Melalui skim perkhidmatan baru ini, gred-gred jawatan di peringkat Pengurusan
dan Profesional telah diperluaskan dari Gred U41 hingga ke Gred U54 berbanding
dengan peruntukan dibawah skim perkhidmatan terdahulu yang hanya menghadkan
gred jawatan tertinggi hingga ke Gred U40 sahaja.

Taraf Kesihatan sebelum Perang
• Perlantikan Pegawai kesihatan yang pertama pada tahun 1891
• Ordinan pendaftaran Perubatan dan ordinanracun diluluskan.
• Julai 1905, sesi seolah Perubatanyang pertama di Singapura di adakan.
• Hospital berjangkit yang pertama dibina pada tahun 1913
• 1917 Ordinan kebidanan diluluskan

Latihan Sebelum Perang
• Tiap Negeri telah menganjurkan Perkhidmatan dan latihan sendiri
• Latihan dalam perkhidmatan
• Syarahan teori dan amali diberi oleh Doktor, penyelia Jururawat dan Ketua
Jururawat
• Standard Kejururawatan berbeza dari satu negeri dengan negeri lain
• Semasa perang Jepun, standard kejururawatan telah merosot

• Gadis-gadis telah menyertai kejururawatan untuk selamatkan diri

Latihan jururawat selepas perang
• 1946, Sekolah latihan Jururawat yang pertama telah ditubuhkan di Johor Bharu
oleh Miss Henderson
• 1947, Sekolah latihan Jururawat di tubuhkan di Pulau Pinang oleh Miss R.K.
Applebee
• Pada tahun yang sama Sekolah latihan Jururawat di tubuhkan di Kuala Lumpur
• Sekolah latihan Jururawat ditubuhkan dengan tujuan untuk mencapai tahapyang
sama di England dan Wales. Kursus yang dijalankan selama 3 tahun 4 bulan.

Latihan sebelum perang
• 1950, lembaga Jururawat malaysia ditubuhkan untuk mendaftar semua jururawat
dan menyelaraskan kejururawatan di Malaya
• Satu lembaga peperiksaan telah ditubuhkan untuk menyemak peperiksaan dan
mengemaskini latihan
• Disebabkan peningkatan yang ketara dan tahap latihan jururawat yang tinggi,
General Nursing Council for England and Wales and malaya telah saling melatih
jururawat
• 1950, lembaga Jururawat Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dan pendaftaran
semua jururawat dikuatkuasakan.
• 1951 , semasa Puan E. Hill menjadi Ketua Penyelia Jururawat, langkah utama telah
di ambil untuk melatih jururawat dengan bantuan dari ”UNICEF” dan pertubuhan
Kesihatan Sedunia.
• Tanah Melayu pertama kali mendapat Ketua Jururawat Pengajar tempatan
berkelulusan dari Maktab Kejururawatan Diraja (Royal College of Nursing) di
England and Wales serta Tanah Melayu
• Jururawat Terlatih tempatan telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Jururawat
dan lain lain jawatan pentadbiran mengikut keputusan Lembaga Pemilihan.
• September 1954, latihan dimulakan untuk Pelawat-pelawat Kesihatan di sekolah
Latihan Jururawat Pulau Pinang dengan kelolaan Puan E. Matealfe, Ketua Pengajar
Kesihatan Am, Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

• Mei 1955, Kursus Pentadbiran wad yang pertama selama 16 minggu dimulakan
dengan pengelolaan oleh Puan L. Turnhull, seorang personal Pertubuhan kesihatan
Sedunia.

• Majalah Jururawat untuk Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dicetak iaitu
pada bulan Februari

• Buku Panduan Prosedur yang pertama diterbitkan pada bulan september
• Kumpulan jururawat yang pertama dihantar secara bergilir-gilir ke Australia

untuk menyempurnakan latihan di bawah rancangan Colombo.
• Sekolah latihan Kesihatan Luar Bandar telah dijalankan di Jitra Kedah.
• 1956, satu jawatankuasa pendidikan telah ditubuhkan untuk mengetuai, merumus

dan menggubal PolisiLatihan Jururawat.
• 1956-1957, ramai Jururawat lelaki dan perempuan telah menamatkan kursus Pos

Basik seperti PB Psikitrik, PB Mata, PB Kesihatan kanak-kanak, PB Kesihatan Awam,
Perbidanan dan Pengajar

Perkembangan professional dalam kejururawatan di Malaysia dan diperingkat
antarabangsa

• Laluan dan sejarah kejururawatan secara antarabangsa adalah sama. Perbezaan
dengan negara Malaysia, dinegara-negara maju telah mengiktiraf profesi
jururawat sebagai profesi professional yang berdiri sendiri dan diberi hak
autonomi membuat keputusan dalam penjagaan perawatan pesakit tanpa arahan
daripada profesi lain
- Menggubal polisi jururawat
- Ahli senat
Sarnkwawkum, P. & Oumtanne, A (2018)

Perkembangan professional dalam kejururawatan Nasional dan International
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kejururawatan (National and
Internationally)

a. Individual development
- Subkepakaran, credentialing
- Peningkatan Modal insan

b. Pembangunan Ekonomi
c. Science and Technology development

d. Medical and technology development
- Medical tourism

e. Health service development
- Perkhidmatan kesihatan yang berkualiti

f. Educational development
- Peluang meningkatkan pengajian Diploma kepada Degree, Master and
Doctorate

g. Political development
- Faktor politik seperti Florance Nightigale pernah mempengaruhi politik
dan berusaha dalam penekanan politik pada kerajaan untuk menubuhkan
hospital dan mengimplemen polisi kesihatan awam di Britain.

ii. Concept of holistic nursing
• Definition of holistic nursing
- Dalam holistic nursing, jururawat mempunyai hubungan dengan pesakit
mereka untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Dalam holistic nursing
adalah berdasarkan pada prinsip bahawa biologi, social, psikologi dan
spiritual pesakit saling berkaitan.
- 4 aspek ini sesuai untuk membentuk seseorang yang unik. Oleh itu,
kejururawatan secara menyeluruh memberi tumpuan kepada penjagaan
individu dengan memahami pelbagai keperluan setiap pesakit.
• Holistic Nursing dapat meningkatkan penjagaan Pesakit kerana amalan
penjagaan lebih menfokus untuk mencegah penyakit atau kecederaan dan
dengan cara ini dapat mengurangkan komplikasi terhadap kesakitan atau
penyait yang dialami.
• Penjagaan secara individu membolehkan pesakit untuk menjalani proses
penyembuhan dengan mengubah cara hidup dan menerapkan kepercayaan
mereka terhadap rawatan yang diterima.
• Dalam Holistic nursing, jururawat mengetahui sepenuhnya masalah dan
kekuatan pesakit yang dapat digunapakai untuk membantu pesakit
menambahbaik taraf kesihatan dan proses pemulihan.

• Kombinasi rawatan holistic dengan rawatan perubatan barat kontemporari
memberi jagaan rawatan yang terbaik untuk setiap pesakit. Untuk
menjayakan rawatan kepada pesakit, jururawat perlu mempunyai
pengetahuan mengenai penyakit dan pemahaman mengenai pengaruh fizikal
dan emosi.

• Oleh kerana kejururawatan holistik menjadi lebih umum dalam persekitaran
penjagaan kesihatan, jururawat berpeluang menggabungkan kaedah
alternatif dengan pendekatan tradisional untuk meningkatkan jagaan
perawatan pesakit.

https://nursingonline.nsuok.edu/articles/rnbsn/what-is-holistic-nursing.aspx

Kelebihan dalam mengamalkan penjagaan holistic dalam setiap aspek penjagaan kesihatan
dan persekitaran perubatan dapat

a. Membantu alam mengurangkan masalah mental
b. Menghormati keupayaan proses penyembuhan semulajadi
c. Menghormati perbezaan kebudayaan dan kaedah penyembuhan tradisional

mengikut agama masing masing.
d. Berkongsi dan mengajar nilai nilai dalam menjaga kesihatan melalui pencegahan

adalah lebih baik dari merawat.
e. Menerangkan mengenai halangan ekonomi, social dan politik dalam penjagaan

kesihatan.
f. Memperkasakan dan meningkatkan kakitangan kesihatan untuk membawa orang

ramai kea rah penjagaan kesihatan yang lebih baik.

https://online.marymount.edu/blog/holistic-care-nursing

Model of holistic nursing
i. Fizikal:
- Management Of Pain
- Pemberian nutrisi mengikut keperluan
ii. Spiritual
- Minda yang tenang

- Bertolak ansur dan memaafkan
iii. Psychological

- Memberi sokongan emosi supaya client rasa selamat
iv. Social

- Rasa diri diterima dalam kumpulan masyarakat
- Menghormati client sebagai seorang individu.

Role, Function And Qualities of The Nurse As A Care Provider
Peranan dan fungsi jururawat

i. Care giver (Orang yang memberi jagaan)
• Sebagai care giver, jururawat memberikan rawatan secara langsung kepada
pesakit dalam pelbagai keadaan.
• Jururawat membantu pesakit yang sakit untuk menguruskan keperluan fizikal,
mencegah penyakit, dan merawat keadaan kesihatan.
• Jururawat juga menyediakan pesakit untuk ujian atau rawatan dan membuat
assessment, termasuk membantu melakukan ujian diagnostik dan menganalisis
hasil yang diperolehi.
• menggunakan tenaga yang minima.

ii. Peranan sebagai communicator (penyampai)
• Seorang jururawat sebenarnya adalah agen komunikasi dan sanga penting
dalam bidang kejururawatan kerana ini adalah kaedah memberi dan menerima
maklumat.
• Komunikasi terapeutik sedang dikaji oleh jururawat untuk memberikan
penjagaan kejururawatan yang lebih baik.
• Sebagai komunikator, jururawat harus menjadi pendengar yang baik sehingga
dia dapat memenuhi keperluan pesakit.
• Jururawat adalah orang yang menjaga pesakit di unit masing masing dan dia
adalah orang yang pertama mendapat maklumat dan perkembangan pesakit.
• Dengan maklumat yang diperolehi dapat dimaklumkan pegawai perubatan.
Tugasnya untuk memberikan maklumat ini kepada pegawai perubatan lain.

iii. Pendidik (Educator)

• Dalam bidang kejururawatan, pengajaran kesihatan adalah sebahagian
daripada amalan kejururawatan yang baik dan salah satu fungsi utama
jururawat berdaftar.

• Jururawat mengajar pesakit dan keluarga mereka bagaimana menguruskan
keadaan perubatan dan rawatan selepas rawatan.

• Jururawat juga memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit tentang
jagaan perawatan diri, tabiat sihat, dan menunjukkan cara bagaimana
meningkatkan kesihatan, mencegah penyakit, menjaga dan memulihkan
kesihatan dengan baik.

• Memberi pendidikan kesihatan semasa sesi klinik atau semasa sesi ceramah
contohnya semasa sesi klinik ibu mengandung.

iv. Kaunselor (Counsellor)
• Jururawat memberikan sokongan emosi dan psikologi kepada pesakit dan
keluarga mereka untuk mengatasi krisis yang dihadapi.
• Jururawat membantu pesakit membuat pilihan dan keputusan yang sihat
sepanjang hayatnya.
• Jururawat bertindak untuk mewujudkan kesedaran pesakit supaya dapat
menerima keadaan kesihatan dengan hati terbuka.

v. Pemimpin (Leader)
• Jururawat menjadi semakin aktif dalam peranan pemimpin. Sebagai pemimpin,
jururawat mencari pengaruh, atau meyakinkan orang lain untuk melakukan
perubahan yang akan memberi kesan positif kepada kesihatan pesakit.
• Fungsi utama peranan kepemimpinan adalah menggunakan perubahan dasar
kesihatan berdasarkan kesihatan orang; oleh itu, jururawat menjadi agen
perubahan.

vi. Penyelidik (Researcher)
• Penyelidik jururawat adalah saintis dan penyelidik yang mengkaji pelbagai
aspek kesihatan, penyakit, dan sistem penjagaan kesihatan.
• Dalam peranan penyelidik, mereka bergabung dalam penyelidikan sistematik,
mengumpulkan dan menganalisis data untuk menyelesaikan masalah dan
mengembangkan amalan kejururawatan di bidang profesional dan masyarakat.

• Berdasarkan hasil kajian, mereka mencari cara untuk meningkatkan kesihatan,
kualiti layanan jagaan perawatan kesihatan, dan hasil perawatan kesihatan.

vii. Collaborator
• Jururawat boleh bekerja di kawasan yang berbeza di negara atau wilayah.
Jururawat selalu berkomunikasi dan berkolaborasi dengan ramai orang
termasuk pesakit dan ahli keluarga pesakit, jururawat lain, doktor, pekerja
sosial, dan pemimpin masyarakat, ahli terapi, pakar pemakanan, psikologi, ahli
epidemiologi, ahli biostatistik, penggubal undang-undang, dan lain-lain sebagai
anggota pasukan penjagaan kesihatan. (Adil 1993, Williams, 1986).

viii. Peguambela/penganjur/ wakil (Advocate)
• Jururawat sebagai pembela hak pesakit mengenai penjagaan mereka dengan
memberikan maklumat yang mencukupi kepada pesakit dan ahli keluarganya
untuk membuat keputusan perawatan kesihatan yang diperlukan mengenai
kesihatan mereka.
• Jururawat juga menolong mereka menjalani sistem perubatan yang kompleks,
menterjemahkan istilah perubatan, dan membantu pesakit membuat keputusan
yang beretika.
• Peguambela/jururawat memastikan autonomi pesakit dan penentuan nasib
sendiri. Mereka juga membantu pesakit / ahli keluarga dalam proses membuat
keputusan (decision making) dan memaklumkan ketika masalah tidak disedari
atau ketika pesakit atau keluarga tidak dapat atau tidak mengatasinya.

http://nursingexercise.com/registered-nurse-duties-responsibilities/

Ciri-ciri jururawat sebagai care provider
i. Kemahiran berkomunikasi
• Kemahiran komunikasi adalah salah satu keperluan yang paling penting dalam
kerjaya jururawat dimana jururawat perlu berkomunikasi dengan pesakit dan
keluarga.
• Pesakit yang sakit tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara untuk diri
mereka sendiri. Pesakit dan keluarga bergantung terutamanya kepada
jururawat mereka untuk sokongan seperti ini.

• Untuk seorang jururawat yang baik, yang menyokong termasuk menjadi wakil
(advocate) yang berkesan untuk pesakit apabila jururawat menjangkakan
masalah atau melihat kebimbangan yang perlu ditangani.

• https://www.success.com/6-communication-skills-that-will-make-you-a-better-
leader/

ii. Emosi yang stabil
• Kerjaya jururawat memerlukan kekuatan mental yang mana setiap hari
membawa pelbagai emosi kegembiraan, kejutan, kesedihan dan rasa kecewa.
Keadaan yang sukar adalah kerja harian untuk seorang jururawat, tetapi
untuk mengurus keperluan rakan sekerja, pesakit dan ahli keluarga mereka
dengan berkesan, kekal tenang ketika menghadapi pengalaman yang tidak
dijangkakan adalah penting.
• Kestabilan emosi adalah kemahiran yang boleh dipelajari dan memerlukan
masa, dan jururawat perlu bersabar dengan diri mereka sendiri.

iii. Empati
• Keperibadian, belas kasihan, dan empati kadang-kadang keliru sebagai satu
dan yang sama, tetapi ada perbezaan penting. Empati adalah keupayaan untuk
mendengar dan berkongsi dengan perasaan pesakit. Sebagai jururawat, ini
tidak bermakna anda sentiasa harus bersetuju dengan apa yang difikirkan oleh
pesakit atau keluarganya. Dan untuk keselamatan dan keselesaan anda tidak
perlu cuba meletakkan diri anda ditempat pesakit tersebut, cukup sekadar
anda menjadi pendengar dan cuba untuk mengatasi masalah tersebut.
• Jururawat yang hebat boleh membuat setiap pesakit berasa dilihat dan
didengar, tanpa penghakiman, dan dengan pengiktirafan bahawa setiap individu
mempunyai set nilai, pengalaman hidup, dan perspektif mereka sendiri yang
sah.

iv. Flexibiliti
• Bekerja dalam penjagaan kesihatan, kita perlu melakukan banyak perkara
dalam satu masa (multitasking) dan memerlukan anda menjaga banyak pesakit
pada satu masa dan melakukan tanggungjawab lain contoh seperti melakukan
cucian luka, serve ubat.

v. Attention to details

• Jururawat melakukan ketelitian dalam menjalankan tugas merawat pesakit.
Jururawat perlu ketelitian dalam merawat, mendokumentasi dan melakukan
penilaian terhadap pesakit, keputusan makmal supaya jagaan terhadap pesakit
dapat dilakukan.

vi. Interpersonal skills
• Selain daripada kemahiran komunikasi yang baik, jururawat perlu mempunyai
kemahiran interpersonal yang luar biasa. Jururawat berrtindak sebagai orang
perantaraan antara doktor dan pelbagai pesakit. Selanjutnya, jururawat perlu
bekerjasama dengan jururawat dan ahli kakitangan yang lain.
Bagi pesakit, jururawat adalah wajah hospital dan doktor bergantung kepada
mereka untuk menjalankan beberapa tugas. Seorang jururawat yang cemrlang
mampu memenuhi keperluan doktor dan juga keperluan pesakit dalam masa
yang sama.
http://interpersonalskillsonline.com/nurse#:~:text=Necessary%20Interpersonal%2
0Skills%20for%20Nurses,patience%2C%20emotional%20stability%20and%20hu
mor.

vii. Mempunyai ketahanan fizikal
• Tugas fizikal seperti berdiri untuk jangka waktu yang lama dan mengangkat
objek berat (atau orang) – mengekalkan tenaganya sepanjang merawat pesakit.
Mempunyai cara hidup sihat, makan makanan berkhasiat dan bebas dari gejala
tidak sihat.

viii. Mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan masalah
• Jururawat yang cemerlang dan hebat boleh berfikir dan bertindak cepat
untuk menyelesaikan masalah dalam wad

ix. Memberi maklumbalas yang cepat
• Jururawat perlu bersiap-sedia untuk bertindak balas dengan cepat kepada
keadaan kecemasan dan situasi lain yang timbul.
• Staying on their feet, keeping their head cool in a crisis, and a calm attitude
are great qualities in a nurse.

x. Menghormati
• Jururawat perlu tanamkan sikap hormat menghormati pada orang lain dan
hormat pada peraturanyang ada ditempat ada berada samada di tempat kerja

atau di tempat tinggal anda. Selain itu kita perlu menghormati keputusan yang
telah di buat oleh pesakit dalam jagaan rawatannya.

Perkembangan kejururawatan di Malaysia

Tahun Kejadian
Sekitar • Hospital terdapat di negeri –negeri Selat (Pulau Pinang,
1800
Singapura dan Melaka)
1887- • Jururawat terdiri dari warga India yang dibawa masuk
1900
1891 oleh Syarikat India Timur (Inggeris)
1913 • Jururawat India ini diganti oleh Jururawat & Ketua
Sebelum
perang Jururawat katolik dari England
• Pegawai Kesihatan pertama dilantik
• Hospital berjangkit pertama di tubuhkan
• Setiap negeri menganjurkan perkhidmatan dan latihan

kejururawatan & menjalankan peperiksaan masing-masing
• Latihan dijalankan semasa bertugas (on job training) di

mana syarahan teori diberi oleh doktor, penyelia
jururawat dan ketua jururawat
• Standard kejururawatan berbeza dari negeri ke negeri
• Praktis kejururawatan dalam jagaan pesakit
menitikberatkan aspek penyembuhan

Selepas perang

Tahun Kejadian

1946 Sekolah Latihan pertama ditubuhkan di Johor Bharu

1947 • Sekolah Latihan Pulau Pinang ditubuhkan

• Sekolah Latihan Kuala Lumpur ditubuhkan

• Tujuan utama sekolah latihan ini - mencapai tahap

kejururawatan yang setaraf di England

• Ketiga sekolah ini memberi perkhidmatan di utara,

tengah dan selatan Malaya

• Kursus (3 tahun & 4 bulan) menggunakan sistem blok. Di

akhir setiap blok, jururawat dihantar ke hospital untuk

pengalaman klinikal

• Tamat latihan - Sijil Kejururawatan Asas

1948 Peperikaan kemasukan (entrance exam) diadakan untuk calon

tanpa sijil Senior Cambridge

1950 • Lembaga Jururawat Malaya ditubuhkan bagi mendaftar

kesemua jururawat & menyelaraskan kejururawatan

• Jururawat perlu berdaftar dengan Lembaga Jururawat

Malaya untuk praktis kejururawatan

1952 • Peperiksaan kemasukan dikendalikan oleh Lembaga

Jururawat Malaya

• Jururawat dihantar untuk latihan & kursus post

graduate di England, Australia dan New Zealand

Tahun Kejadian
1955 • Buku manual procedure kejururawatan diterbitkan
• Majalah kejururawatan pertama diterbitkan oleh
1956-1957
Sekolah Latihan Jururawat Pulau Pinang
1970 • Jawatankuasa pendidikan kejururawatan di tubuhkan
1992
1993 bagi membentuk dan membimbing polisi latihan
2005 jururawat pelatih
2005-2006 • Kursus pos basik selama 6 bulan - 12 bulan dimulakan eg:
kesihatan umum, kebidanan, pediatrik, psikiatrik dan
pengajar jururawat
• Bahasa Malaysia diperkenalkan sebagai bahasa
penyampaian
• Program Diploma Kejururawatan (3 tahun) dimulakan
• Sekolah latihan dipertingkatkan ke tahap kolej
• Kejururawatan peringkat ijazah sarjana muda dimulakan
di Universiti Malaya
• Kurikulum menggunakan sistem semester dan penilaian
sistem kredit diperkenalkan
• Peluang kerjaya kejururawatan diperluaskan
A. perkhidmatan

1. jururawat → penyelia jururawat
2. clinical specialist U41
B. pendidikan
jururawat klinikal → pengajar jururawat
C. penyelidikan


Click to View FlipBook Version